Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI PENDIDIKAN

GGGB6022

PENULISAN AKADEMIK 2
PENGISIAN AKTIVITI MASA SENGGANG
BELIA BANDAR PELBAGAI KAUM

NAMA

: KALAISELVI KANDEEBAN

NO.PELAJAR

: P66342

PROGRAM

: SARJANA PENDIDIKAN
(SOSIOLOGI PENDIDIKAN)

PENSYARAH

: DR. MOHD MAHZAN AWANG

PENGISIAN AKTIVITI MASA SENGGANG


BELIA BANDAR PELBAGAI KAUM

Kalaiselvi Kandeeban
FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43650 BANGI,
MALAYSIA
___________________________________________________________________________
ABSTRAK
Golongan belia merupakan aset paling berharga kepada sesebuah negara. Golongan ini
merupakan bakal pemimpin dan penggerak dalam menentukan kemajuan dan pembangunan
negara masa hadapan. Jenis aktiviti waktu senggang yang dilakukan pada waktu senggang amat
penting untuk memastikan pembangunan belia yang positif dan berkualiti. Corak pengisian masa
senggang oleh golongan belia mempengaruhi arah tuju masa depan belia. Objektif kajian adalah
untuk meninjau konsep masa senggang warga belia bandar dari pelbagai kaum. Aspek kajian
juga akan merangkumi pola aktiviti masa senggang warga belia bandar mengikut kaum
Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif. Penyelidikan
kuantitatif menggunakan teknik soal selidik. Responden kajian terdiri daripada belia bandar
dari pelbagai kaum yang berusia 30 hingga 40 tahun . Hasil dapatan dari kajian lepas
menunjukkan bahawa pengisian masa senggang dalam pelbagai aktiviti dapat memberi kesan
positif terhadap kesejahteraan hidup disamping membuktikan pengurusan masa senggang dapat
merehatkan minda dan membina keyakinan diri menjurus ke arah pembentukan potensi diri yang
lebih mantap.
Kata Kunci :

1.0 PENGENALAN

Generasi belia merupakan sumber terbesar dalam negara dan golongan berpotensi untuk
menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan

negara. Keupayaan mengembleng tenaga

belia akan menentukan kekuatan dan ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik
negara. Belia adalah aset negara yang sangat berharga yang perlu dipelihara dan dididik dengan
sempurna. Belia juga merupakan bakal kepada pemimpin masa depan. Sebagai pewaris dan
pembina masa depan setiap warga belia perlu melihat peranan yang boleh mereka mainkan
dalam membantu negara mencapai hasrat wawasan 2020. Cabaran belia masa kini adalah cukup
besar dan mencabar.
Panduan dan hala tuju masa depan yang positif harus disemai dan dipupuk pada jiwa
belia negara supaya mereka bergerak ke arah dimensi baharu. Pengurusan masa senggang yang
bijak membawa impak positif terhadap corak kehidupan diri dan masyarakat. Kecenderungan
masyarakat meluangkan masa senggang terhadap perkara yang memanfaat diri mencerminkan
budaya , membentuk gaya hidup dan memberi imej dan indentiti ahli masyarakat ke arah
peningkatan kesejahteraan hidup . Secara asasnya dalam kajian ini, di fokuskan kepada aspek
bentuk , pola dan kekerapan pengisian masa senggang warga belia bandar pelbagai kaum.
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Pembangunan belia positif merupakan pelaburan ke atas pembangunan setiap individu belia.
Ia merangkumi satu bentuk kepimpinan diri sama ada dari sudut pemikiran, emosi dan fizikal
melalui sumber dan pendekatan yang betul. Di Malaysia, kewujudan Majlis Belia Malaysia
(MBM) sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta badan induk yang menyelaras
pertubuhan belia menggambarkan betapa seriusnya pendekatan yang diambil untuk membentuk
keperibadian belia yang berkualiti. Penubuhan MBM selaras dengan usaha dan matlamat negara
ke arah melahirkan generasi belia yang mampu berperanan secara proaktif sebagai rakan kongsi
pembangunan.

Perwatakan belia dalam masyarakat mampu mendatangkan kesan sinar atau

suram kepada negara secara keseluruhan. Berdasarkan laporan terkini serta statistik semasa,
sebahagian besar isu serta permasalahan sosial yang berlaku di Malaysia ternyata melibatkan
golongan belia. Kemelut yang berlaku menyuramkan sinar pembangunan belia dan negara.
Apakah sebenarnya yang berlaku kepada generasi belia di Malaysia hari ini? Jika dilihat dari mata
kasar, telah banyak kemudahan dan prasarana yang disediakan oleh kerajaan bagi menyediakan
peluang kepada generasi belia membangunkan diri mereka. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia UPM (Kajian penglibatan Belia dan
Masyarakat Dalam Sukan 2009) mendapati peratus masyarakat dewasa Malaysia yang aktif
fizikal dalam seminggu adalah rendah secara keseluruhannya iaitu hanya mencatatkan 34% dan
3

hanya 25% masyarakat belia remaja aktif melakukan aktiviti fizikal. Manakala berdasarkan satu
kajian yang dijalankan ke atas 5223 orang responden yang terdiri dalam kalangan belia , hasil
dapatan menunjukkan hanya 18.2% belia menggunakan waktu senggang untuk aktiviti
sukarelawan.Walau bagaimanapun, sebanyak 81.8% menggunakan waktu senggang mereka
dalam lain-lain aktiviti (Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ,2011).
Apakah aktiviti lain yang diceburi oleh belia Negara kita pada waktu senggang mereka
yang membawa jumlah peratus sebanyak 81.8%? Jelas sekali, angka tersebut menunjukkan
majority belia kita lebih cenderung melabur masa senggang dalam aktiviti bukan
kemasyarakatan. Ini memberi petanda yang lebih menarik dan mendorong untuk membuat
kajian terhadap minat golongan belia kita dan aktiviti masa senggang mereka.
Apakah belia di Malaysia menggunakan masa senggang mereka untuk melakukan aktiviti
berfaedah? Adakah aktiviti yang menjadi pilihan mereka membawa kesejahteraan hidup?
Bagaimanakah pilihan aktiviti belia dibandar untuk mengisi masa senggang mereka? Semua
individu mempunyai masa senggang masing-masing dan menggunakan masa senggang mengikut
minat dan kehendak sendiri. Dalam kajian ini , tinjauan akan dibuat berdasarkan belia di bandar
dari pelbagai kaum dan pola pengisian masa senggang .
3.0 BELIA
Dasar Pembangunan Belia Negara mentakrifkan

belia sebagai mereka yang berumur

antara 15 hingga 40 tahun. Berdasarkan kepada Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007,
belia Malaysia adalah didefinisikan sebagai mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (khasnya ESCAP) menggunakan lingkungan umur antara 15
hingga 25 tahun, manakala Commonwealth Youth Programme (CYP) pula menganggap
kumpulan umur 18 hingga 35 tahun sebagai belia. Walaupun pelbagai interpretasi dikemukakan
apabila membincangkan isu belia, lingkungan umur antara 30 hingga 40 tahun menjadi fokus
yang dibincangkan dalam kajian ini untuk meninjau aktiviti,pola dan kekerapan aktiviti masa
senggang warga belia bandar pelbagai kaum.
Indeks Belia Malaysia (IBM) 2011 telah berjaya dihasilkan oleh Institut Penyelidikan
Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama sarjana
dan ilmuwan dari Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Utara Malaysia dan
Universiti Malaysia Sabah. Indeks Belia Negara adalah bermatlamat untuk mewujudkan belia
Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah dan jasmaniah,
bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak
kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan Wawasan 2020.
4

IBM (2011) mengandungi 62 indikator yang dikelompokkan dalam sembilan domain berbanding
lapan domain dan 47 indikator pada IBM (2008). Pertambahan domain Kesejahteraan Ekonomi
dan 21 indikator baharu ini amat penting bagi meninjau realiti perkembangan belia semasa
secara lebih menyeluruh. Jadual 1 menunjukkan perbandingan skor untuk 9 domain antara tahun
2006, 2008 dan 2011 yang dikaji oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
(IPPBM).
Jadual 1

Indeks Belia Malaysia 2011

DOMAIN
2006
2008
2011
Pembangunan Kendiri
68.8
66.5
67.2
Hubungan Sosial
73.5
66.5
69.0
Indentiti
57.2
63.7
58.0
Potensi Diri
59.2
63.9
66.7
Waktu Senggang
21.0
29.3
30.2
Kesihatan
97.7
97.1
97.4
Ketembusan Media
84.8
85.0
87.4
Tingkah Laku Devian
87.4
87.8
98.0
Kesejahteraan Ekonomi
46.9
Skor IBM
68.7
70.0
69.0
Sumber : Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) 2011
Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan dapatan Indeks Belia Malaysia 2011 ialah
belia Malaysia masa kini menunjukkan potensi yang tinggi dan terbimbing sebagai rakan
pembangunan Negara. Walau bagaimanapun, skor beberapa domain meliputi kesihatan mental,
pemerkasaan oleh komuniti, keupayaan dari segi ekonomi, sosialisasi politik dan dayasaing juga
menunjukkan bahawa belia Malaysia sangat memerlukan sokongan emosi dan psikologikal yang
lebih holistik dari semua peringkat masyarakat. Skor yang rendah dan trend penurunan dalam
domain berkenaan menunjukkan bahawa belia Malaysia terhubung melalui elektronik dan maya,
tetapi semakin tersisih dalam hubungan antara diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat dan
proses politik. Skor rendah bagi waktu senggang juga menunjukkan terdapatnya keperluan yang
penting untuk memperkasakan pertubuhan belia dalam negara bagi menjadi penggerak
pembangunan belia Malaysia.
4.0 MASA SENGGANG
Kebanyakan orang memahami perkataan leisure

tetapi dalam konsep yang berbeza-

beza. Menurut Halimah Sakdiah dan Rahmah (2011) agak sukar untuk mendefinisikan masa
sengggang, malahan ahli bidang sosial sendiri tidak dapat memberi definisi yang sepakat tentang
5

masa senggang. Bidang yang berbeza memberi definisi yang berbeza mengikut lapangan masingmasing walaupun mereka merujuk kepada aktiviti yang sama. Yin (2008) menyatakan, hasil
kajian yang pernah dijalankan oleh Edginton et al. (2002) masa senggang merujuk kepada masa
lapang atau masa terluang, masa apabila seseorang tidak perlu untuk belajar, bekerja atau untuk
melakukan tugasan rutin harian. Konsep masa senggang adalah berbeza mengikut faktor umur
dan kerja.Namun tidak semestinya aktiviti senggang itu memberikan kesan yang positif di
kalangan belia. Menurut Salwa Ahmad (1993), Masa senggang belia lebih banyak melakukan
aktiviti berbentuk sosial seperti menonton wayang, bersukan dan berhibur.
Cheung et al. (2009) menyatakan terdapat 3 komponen dalam aspek masa senggang iaitu
masa yang diluangkan , aktiviti tertentu dan keadaan minda semasa. Masa senggang merangkumi
masa melakukan sesuatu di luar tanggungjawab atau tugasan, masa untuk relax dan bermain dan
masa untuk melakukan sesuatu yang diinginkan . Nilai masa senggang bertambah dengan
penyertaan dalam sesuatu aktiviti tertentu.Masa senggang berkait rapat dengan melakukan
aktiviti yang digemari, aktiviti yang bertujuan dan juga mencerminkan minda individu. Masa
senggang meliputi ketiga-tiga aspek ini yang memberi konsep masa senggang yang sebenar.
Senggang adalah aktiviti tanpa kerja yang seseorang tumpukan semasa masa lapang mereka.

LEISURE
Cheung et al. (2009)
Masa senggang boleh digunakan untuk memenuhi minat dan keinginan untuk
mempertingkatkan nilai diri dan memberi kepuasan peribadi.(Dumasedier,1967). Aktiviti
senggang adalah masa bebas di mana kita boleh memilih aktiviti yang dilakukan secara sukarela,
dapat memberi kepuasan dan memenuhi citarasa yang dihajati (Noordin & Roziah 1991) Pada
masa kini, penglibatan pelajar dalam aktiviti senggang semakin meningkat.Ini mungkin kerana
6

terdapatnya kesedaran belia tentang kepentingan aktiviti senggang kepada perkembangan diri
untuk masa hadapan mereka. Rehat, berekreasi dan senggang amat penting kepada pertumbuhan,
pemulihan dan pemeliharaan fungsi sistem tubuh badan. Selain memulihkan kelesuan, ketigatiga elemen di atas juga dapat meningkatkan daya tumpuan dan kecekapan tubuh badan dari segi
fisiologinya.(Noordin & Roziah 1991).
Ross dan Wu (1996) melaporkan bahawa pendidikan mempunyai impak yang besar ke
atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti
kehidupan. Pendidikan masa senggang telah lama dipengaruhi oleh pelbagai teori dari ahli
psikologi dan sosiologi. Teori-teori tersebut boleh digunakan

dalam pembangunan dan

pelaksanaan pelbagai program pendidikan masa senggang. Beberapa teori dipetik dari Leisure
Education In the Schools:Promoting Healthy Lifestyles for All Children and Youth yang
diterbitkan oleh American Association for Physical Activity and Recreation (AAPAR) (2011).
Sebuah teori dipetik dari sumber yang sama iaitu Self-determination theory. Deci dan Ryan
(2000) membangunkan sebuah teori

masa senggang

Self-determination theory setelah

menyelidikan beberapa dekad dilakukan. Teori ini menjadi asas kepada kemajuan pendidikan
dengan gabungan masa senggang. Teori teori menegaskan bahawa minat dan keazaman dalam
melaksanakan sesuatu aktiviti sangat penting. Pengisian masa senggang oleh warga belia dengan
penuh minat dan keazaman yang tinggi dapat memberi hasil yang diingini. Konsep pengisian
masa senggang yang betul dapat memandu golongan belia terhadap pembentukan emosi yang
seimbang,kesihatan yang terpelihara dan pergaulan social yang lebih sihat.
Csikszentmihalyi dalam bukunya berjudul, Flow: The Psychology of Optimal
Experience (1990), menyokong pernyataan ini di mana beliau mencadangkan walaupun ramai
orang tahu memenuhi masa lapang mereka tetapi kebenaran adalah sebaliknya. Beliau
mengatakan masa lapang itu lebih sukar dinikmati dari waktu bekerja. Masa lapang akan
dirasai sukar apabila pengalaman individu menyekat serta menyukarkan penggunaan sepenuhnya
masa lapang. Kepentingan masa senggang telah lama berkembangan di arena antara bangsa dan
mendapat tempat di institusi pendidikan sebagai salah satu bidang kajian. Semakin banyak
institusi dan pertubuhan wujud di barat untuk kembangkan dan memupuk pendidikan masa
senggang kepada masyarakat . Dunia yang semakin rancak mengejar kemajuan dan kebendaan
mudah lupa konsep keseimbangan dalam kehidupan iaitu well balance life.
Youth Report 2005,

Menurut ,World

The leisure needs of young people must be considered in the process of urban planning
and rural development in order to ensure that they have access to a range of constructive
voluntary activities and opportunities (p. 71)
World Leisure Organization

(WLO) telah ditubuhkan pada tahun 1952 untuk

menyelidik , mengkaji, memupuk dan menjayakan konsep leisure untuk kemajuan dan
kesejahteraan manusia sejagat. Diantaranya adalah, The 2012 World Leisure International
Innovation Prize (di kenali sebagai

WLO Prize) merupakan majlis untuk menghargai dan

menganugerahi tokoh-tokoh yang memiliki dan mempamerkan daya kreativiti dan inovasi
terhadap projek-projek leisure yang memaparkan sumbangan mantap dan berfaedah kepada
kesejahteraan masyarakat. Majlis ini telah diadakan di World Leisure Congress di Rimini, Italy
mulai 30 September hingga 3 Oktober.
Tambahan pula, 2011 World Leisure EXPO telah diadakan di Hangzhou, China dari 17
September hingga 18 November 2011, telah memberi peluang individu mendekati konsep masa
senggang yang terdiri daripada empat kumpulan kategori iaitu leisure expositions; leisure
forums; leisure events dan juga leisure experiences. Expo tersebut telah memberi peluang kepada
individu untuk mengalami dan memahami konsep dan idea leisure,

cara amalannya oleh

pelbagai budaya di dunia. Dianggarkan seramai 37 juta pengunjung telah mengambil bahagian
dalam expo tersebut. Tema expo tersebut adalah Leisure- Enhancing The Quality of Life
Kepentingan masa senggang telah lama di sedari di dunia barat dan berkembang sehingga
muncul sebagai satu cabang pendidikan.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan mendapatkan maklum balas dari responden warga belia bandar pelbagai
kaum di Kuala Lumpur berkaitan pengisian masa senggang mereka. Secara khususnya, objektif
kajian adalah untuk melihat pandangan tentang masa senggang dan cara masa senggang
digunakan oleh belia Bandar pelbagai kaum.
Objektif kajian adalah untuk:
1.

Mengenalpasti konsep masa senggang warga belia bandar pelbagai kaum.

2.

Mengenalpasti pola aktiviti masa senggang warga belia bandar mengikut kaum.

7.0

PERSOALAN

Persoalan kajian adalah seperti berikut:


1. Apakah konsep masa senggang warga belia bandar pelbagai kaum?
2. Apakah pola aktiviti masa senggang warga belia bandar pelbagai kaum?
8.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini dijalankan di sekitar Bandar Kuala Lumpur. Skop kajian berkisar tentang corak
pengisian masa senggang belia di bandar .Responden ialah belia bandar berusia 30 hingga 40
tahun dari pelbagai kaum yang terpilih secara rawak.
9.0

KERANGKA KONSEPTUAL

MASA
SENGGANG

BELIA BANDAR
PELBAGAI KAUM

KONSEP MASA
SENGGANG
POLA MASA SENGGANG

Aktiviti Masa Senggang Belia Bandar Pelbagai Kaum


10.0

METODOLOGI
9

10.1

REKA BENTUK

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan yang dilaksanakan terhadap
30 orang responden lelaki

dan wanita dibandar Kuala Lumpur .

Responden terdiri

daripada belia bandar pelbagai kaum yang berusia 30 hingga 40 tahun. Rekabentuk kajian
ialah soal selidik menggunakan skala likert 5 tahap. Pengkaji menggunakan kaedah ini
kerana merasakan ianya paling sesuai untuk mendapatkan maklumat secara terperinci
tentang corak pengisian masa senggang belia di Bandar Kuala Lumpur dari pelbagai
kaum.Menurut Azizi et al. (2007) kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan bagi
mendapatkan maklumat daripada responden selain membuat pemerhatian .Selain itu ia
dapat mengumpulkan data dengan lebih mudah dan sesuai dengan responden dalam kajian
ini. Penggunaan soal selidik juga dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan semasa
mengumpul data.
10.2

INSTRUMEN

Kajian ini dijalankan melalui teknik soal selidik berstruktur yang digunakan sebagai alat
untuk memperoleh maklumat daripada responden. Tujuan kajian adalah untuk bertujuan
mendapatkan maklum balas dari responden terdiri daripada warga belia bandar pelbagai
kaum di Kuala Lumpur berkaitan pengisian masa senggang mereka. Secara khususnya,
objektif kajian adalah untuk melihat konsep tentang masa senggang dan cara masa
senggang digunakan oleh belia bandar pelbagai kaum.
Satu set soalan soal selidik telah disediakan bagi mengumpulkan maklumat dan data. Soal
selidik ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A: Demografi; Bahagian B: Konsep masa
senggang warga belia; Bahagian C: Manfaat yang diperolehi dari aktiviti pilihan masingmasing.Setiap maklumat dalam soal selidik telah ditakrifkan secara kuantitatif.
10.3

SAMPEL

Sampel kajian terdiri daripada 30 orang responden lelaki dan wanita dari pelbagai kaum
yang dipilih secara rawak di bandar Kuala lumpur. Data diperoleh menggunakan soal
selidik yang telah diedarkan kepada responden yang terpilih mewakili populasi responden.
Maklumat mengenai corak pengisian masa senggang

yang boleh didapati melalui

pencerapan selalunya amat terhad. Jadi, kajian soal selidik diperlukan untuk memperolehi
maklumat daripada responden iaitu belia di sekitar Bandar Kuala Lumpur. Responden
daripada pelbagai tempat dalam Bandar Kuala Lumpur adalah sumber maklumat yang

10

paling baik. Responden adalah terdiri daripada belia bandar Kuala Lumpur dari pelbagai
kaum dan berusia antara 30 tahun hingga 40 tahun.
11.0

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Data dan maklumat yang dikumpulkan dalam soal-selidik telah dianalisis dan dirumuskan ke
dalam Jadual 2 dan 3 yang berikut:
Mengenalpasti Konsep Masa Senggang Warga Belia Bandar Pelbagai Kaum.
JADUAL 2 : Konsep Masa Senggang Warga Belia Bandar Pelbagai Kaum

Konsep
Masa
senggang

Sangat
Tidak
Setuju
M C
I
(%)

Masa senggang penting utk saya


Masa senggang ada byk kebaikan
Boleh dilakukan bila-bila masa
Pengisian dilakukan dgn minat
Pengisian dilakukan dgn jadual
Pastikan ada masa senggang
Masa untuk diri saya
Masa yang bermakna

0
0
6.7
0
14.3
0
0
0

Tidak
Setuju
M C
I

Tidak
Pasti
M C
I

Setuju
M

(%)

(%)

(%)

(%)

(%)

(%)

(%)

(%)

(%)

(%)

(%)

0
0
50
0
50
20
0
0

7.1
0
21.4
0
21.4

16.6
0
16.6
0
16.6
16.6
0
0

30
0
20
0
20
30
30
30

28.6
14.3
21.4
0
21.4
21.4
21.4
0

33.3
33.3
16.6
0
16.6
50.0
16.6
33.3

40
20
10
0
10
50
20
30

42.9
42.8
28.6
57.1
28.6
21.4
35.7
42.9

33.3
33.3
16.6
66.7
16.6
16.6
66.7
33.3

20
30
10
70
10
0
30
20

0
0
0
0
0
0

5
0
0

Sangat
Setuju
M C
I
(%)
21.4
57.1
14.3
42.9
14.3
21.4
57.1
57.1

(%)

(%)

16.6
33.3
50.0
33.3
50.0
16.6
16.6
33.3

10
50
10
30
10
0
20
20

Jadual 2 menunjukkan tahap pemahaman konsep masa senggang warga belia pelbagai
kaum di bandar Kuala Lumpur. Secara keseluruhannya dapatan ini menunjukkan maklum balas
yang berbeza dari setiap kaum . Kaum Melayu menunjukkan pemahaman yang lebik baik
berbanding dengan kaum Cina dan India dalam memahami konsep masa senggang. Majoriti
kaum Melayu iaitu 64.3% menganggap masa senggang sangat penting dan sangat perlu dalam
kehidupan. Responden kaum Cina seramai 49.9% berpendapat penting dan hanya 30% dari
kaum India beranggapan masa senggang penting. Ini jelas mencerminkan kaum Melayu memberi
tanggapan yang lebih positif berhubunga soal masa senggang berbanding kaum Cina dan kaum
India. Peratusan kaum Melayu memberikan jawapan sangat setuju kepada soalan bersifat
positif. Ini menunjukkan responden dari kaum Melayu mempunyai konsep yang positif terhadap
masa senggang. Ini menjadi teras pembentukan konsep pengisian masa senggang yang positif
yang stabil untuk kesejahteraan individu dan sesebuah masyarakat. Hampir semua responden
dari semua kaum yang dikaji bersetuju dan menyatakan masa senggang membawa kebaikan.
Ini mencerminkan kepentingan masa senggang itu sendiri disedari oleh responden. Begitu juga
semua responden dari semua kaum berpendapat aktiviti masa senggang mempunyai kaitan rapat
11

dengan minat dan sangat bermakna untuk seseorang individu itu . Secara keseluruhannya,
responden dari semua kaum menunjukkan tahap pemahanan konsep masa senggang yang baik.
Mengenalpasti Pola Aktiviti Masa Senggang Warga Belia Bandar Mengikut Kaum.
Jadual 3 Aktiviti Masa Senggang Belia Bandar Pelbagai Kaum
Bentuk Aktiviti
Laman Sosial
Rekreasi/Sukan
Kemasyarakatan
Hobi
Hiburan
Permainan Komputer
Tempat Ibadat
Sukarela
Lain-lain
Jumlah

Melayu

3
3

21.4
21.4

1
1
2
2

7.1
7.1
14.3
14.3

2
14

14.3
100.0

Cina

India

3
1

50.0
16.6

2
3

20.0
30.0

8
7

26.7
23.3

1
1

10.0
10.0

20.0

2
3
3
4

6.7
10.0
10.0
13.3

1
10

30.0
100.0

3
30

10.0
100.0

1
1

16.6
16.6

100.0

Jumlah %

Jadual 3 memaparkan pelbagai aktiviti masa senggang yang dilaksanakan oleh belia bandar
pelbagai kaum. Dari aspek aktiviti, jelas dilihat aktiviti berkaitan laman social seperti melayari
internet,face book, twitter,e-mail, chatting, whatsapp dan sebagainya berkaitan dunia teknologi
mendapat sambutan yang lebih tinggi berbanding aktiviti lain. Ini dapat dikaitkan dengan
perkembangan penggunaan gajet-gajet komunikasi berteknologi tinggi dewasa ini yang semakin
menular dengan drastic. Ini memberi maklumat bahawa aktiviti masa senggang belia

dari

pelbagai kaum lebih terdedah kepada kemajuan teknologi. Belia lebih cenderung menggunakan
laman social sebagai aktiviti pilihan untuk mengisi masa lapang mereka. Aktiviti berkaitan
rekreasi atau bersukan juga mendapat sambutan dimana 23.3% belia pelbagai kaum di bandar
menceburkan diri dalam aktiviti berkaitan sukan atau rekreasi. Aktiviti masa senggang untuk
menjalankan aktivit hobi tidak popular dalam kalangan belia pelbagai kaum di bandar. Aktiviti
menziarahi tempat beribadat kurang mendapat sambutan manakala aktiviti sukarela dan aktiviti
masyarakatan tidak dijadikan aktiviti masa senggang oleh belia bandar pelbagai kaum. Ini jelas
menunjukkan aktiviti bersosial samada melalui amalan agama atau bersukarela tidak menjadi
pilihan belia bandar pelbagai kaum. Situasi ini agak membimbangkan dimana aktiviti
kemasyarakatan harus juga diamalkan untuk mengeratkan hubungan belia bandar pelbagai kaum.

12

2.0

KESIMPULAN

Pendidikan masa senggang adalah satu program yang sangat berharga untuk beriadah dan aktiviti
yang boleh membangunkan dan membentuk modal insan. Semua remaja atau belia diberi
peluang membentuk dan meningkatkan kemahiran mereka dan menimba pengalaman yang
positif. Melalui program pendidikan masa senggang juga remaja atau belia dapat merasai
pengalaman dalam mengisi masa senggang yang bermakna dalam hidup mereka. Pengalaman
inilah yang membantu memahirkan mereka di dalam aspek yang lain juga.(Pesavento,2002).
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025 ), kerajaan telah menggaris
komponen perkhidmatan komuniti sebagai aktiviti wajib untuk semua pelajar supaya peluang
untuk berinteraksi dengan individu lain yang berbeza latar belakang sosioekonomi, agama, etnik
dan lokasi geografi serta belajar untuk memahami dan menerima perbezaan. Melalui interaksi
ini, satu set nilai dan pengalaman serta aspirasi untuk masa depan Malaysia dapat dibentuk.
Seterusnya, nilai serta pengalaman yang dikongsi bersama ini akan menjadi asas pemupukan
identiti nasional dan perpaduan serta menjurus dalam pembentukan kesejahteraan hidup
bermasyarakat. Kesimpulannya pendidikan masa senggang akan membantu memperbaiki kualiti
hidup manusia serta menjurus ke arah kehidupan yang sejahtera.
The goal of leisure is to enable individuals to enchance the quality of their lives through
leisure (Mundy,1998)
Belia mencapai usia 30 an sudah mula mengenalpasti erti kebahagiaan hidup sebenar dan
makna kesejahteraa kehidupan yang memberi kepuasan berbanding dengan zaman remajanya.
Dalam usia 30an, kebanyakkan belia sudah berumahtangga dan memiliki sebuah keluarga .
Pengisian masa senggang mereka mungkin mula berubah jika dibandingkan dengan zaman
remaja. Kini pilihan aktiviti untuk mengisi masa senggang bukan hanya sekadar mengikut rakan
atau sekadar mengikut trend malah lebih kepada pengisian yang lebih bermakna. Pilihan aktiviti
mesti lebih cenderung terhadap sesuatu yang dapat melengkapkan keperluan dan minat masingmasing. Pilihan aktiviti adalah sesuatu yang mencerminkan minat dan keperibadian serta
matlamat dalam kehidupan . Belia menggunakan masa senggang bersama keluarga atau
bersendirian demi mencapai kepuasan diri. Pengisian masa senggang secara positif dapat
memandu arah individu untuk mencapai kepuasan dalam hidup.

Rujukan
Aaron, D. J., Storti, K. L., Robertson, R. J., Kriska, A. M., & LaPorte, R. E. (2002). Longitudinal
study of the number and choice of leisure time physical activities from mid to late
adolescence: implications for school curricula and community recreation programs.
Archives of pediatrics & adolescent medicine, 156(11), 1075.
Ahmad, A. (2008). Kepentingan Pendidikan13
Dalam Penbentukan Kualiti Hidup Sejahtera.
Dalam Malaysian Education Deans Council Journal, 2, 1-8.
Ajzen, I., & Driver, B. L. (1992). Application of the theory of planned behavior to leisure choice.

14

15

Anda mungkin juga menyukai