Anda di halaman 1dari 16

Teks Ucaptama dan Perasmian

YB. Encik Khairy Jamaluddin


Menteri Belia dan Sukan

Sempena

Seminar Penyelidikan IYRES 2016


Menerajui Penyelidikan, Menempa Perubahan

Pada: 9 Ogos 2016


Tempat: Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur

1
Salutasi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam sejahtera, Salam 1 Belia 1Malaysia.

1. Alhamdulillah dan bersyukur kita ke hadrat Allah SWT. Kerana


dengan limpah kurnia-nya jua, dapat kita bersama-sama hadir dalam
Seminar Penyelidikan IYRES 2016 pada hari ini.

2. Saya mengucapkan terima kasih kepada IYRES atas kesudian


menjemput saya menyampaikan ucaptama bagi program Seminar
Penyelidikan IYRES 2016 yang akan berlangsung dari 9 10 Ogos
2016 dengan tema Menerajui Penyelidikan, Menempa Perubahan.

3. Seminar penyelidikan ini akan menyokong dan membudayakan


amalan penyelidikan, pembangunan, inovasi dan penerbitan dan
penterjemahan. Sebagaimana yang disebut oleh Neil Armstrong,
Research is creating new knowledge. Ini menunjukkan betapa
pentingnya bidang penyelidikan dan seminar yang dianjurkan oleh
IYRES ini menjadi medan perbincangan para ilmuan secara
intelektual mengenai isu dan fenomena yang berkaitan dengan
pembangunan belia serta melihat ruang bagi penonjolan kepentingan
sesuatu hasil penyelidikan bagi memahami golongan belia dengan
lebih dekat lagi.

2
4. Kehadiran wakil-wakil agensi pembuat dasar, ahli-ahli akademik,
wakil agensi swasta, pelajar dan belia massa dalam seminar ini, jelas
memperlihatkan kepentingan bidang penyelidikan.

5. Umum telah mengetahui dan mengakui bahawa penyelidikan


merupakan tunjang kepada pembangunan serta perkembangan
tamadun manusia. Eksplorasi serta hasil-hasil kajian yang
dilaksanakan mampu untuk menyerlahkan realiti sesuatu situasi dan
membantu dalam penyelesaian isu yang pelbagai.

6. Keperluan memperkasakan penyelidikan terutama di dalam kajian


berasaskan human factor semakin ketara bagi menyahut pelbagai
cabaran pada masa ini. Isu-isu pembangunan belia merupakan isu
yang perlu dititik beratkan kerana generasi muda ini adalah wajah
negara pada masa hadapan.

7. Justeru itu, usaha KBS menerusi IYRES menganjurkan seminar


penyelidikan buat julung kalinya ini menunjukkan bahawa betapa
pentingnya hasil dan dapatan kajian yang dilaksanakan perlu
dikongsi bersama dengan semua pihak terutama sekali mereka yang
terlibat secara langsung dalam pembangunan belia.

Hadirin sekalian,

8. Rentetan dari perjalanan selama 11 tahun bermulanya Institut


Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) yang dikenali
sebagai IYRES pada hari ini adalah lanjutan dari Pelan Tindakan

3
Belia Nasional. Dilancarkan oleh Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia Yang ke-5 pada ketika itu. Sebagai bapa
pembangunan modal insan, Tun melihat kepada keperluan dan
kepentingan fungsi penyelidikan belia diwujudkan untuk menyokong
semua gerak kerja serta polisi dan dasar pemprograman kerajaan
dalam membangunkan modal insan belia.

9. Sejumlah 263 kajian belia merangkumi 3 kajian iaitu kajian asas dan
gunaan, penilaian dan tindakan termasuk kajian berbentuk tinjauan
telah dilaksanakan dan dijadikan rujukan dalam pembentukan dan
perancangan program, memperkukuhkan polisi dan dasar. Kajian
yang berimpak tinggi ini akan menjadi kepada pemacu perubahan
belia.

10. Landasan penggubalan Dasar Belia Malaysia (DBM) juga adalah


berteraskan hasil dapatan kajian kesejahteraan belia Malaysia
yang telah dilaksanakan secara konsisten sejak tahun 2005.
Kajian ini menjadi asas pembentukan Indeks Belia Malaysia 15
(IBM15) yang merupakan kayu pengukur kepada status
kesejahteraan belia Malaysia dalam 12 domain utama.

11. Dua belas domain IBM15 ini menyokong dan memastikan


keberkesanan 9 bidang keutamaan belia yang telah yang telah
ditekankan dalam Dasar Belia Negara yang baru dilancarkan.
Sekali gus menjadi satu pendekatan progresif yang begitu ketara
dalam penyediaan pelan strategik dan hala tuju KBS.

4
12. Suatu fakta yang dianggap terbaru beberapa tahun lepas mungkin
sudah tidak relevan lagi pemakaiannya pada hari ini berikutan
perubahan pesat dinamik penduduk, gaya hidup generasi muda
serta perubahan sosio politik dan ekonomi dan teknologi yang
sentiasa berubah senarionya.

13. KBS melihat bahawa maklumat-maklumat penting hasil daripada


kajian yang dilaksanakan perlu digunakan dalam proses
pembentukan polisi, perancangan, pelaksanaan dan evolusi
program-program pembangunan belia pada pelbagai peringkat,
termasuk peringkat antarabangsa, serantau, kebangsaan, negeri
malah daerah.

14. KBS sedang merangka satu program belia pada tahun 2017 yang
dikenali sebagai dialog nasional yang diterajui oleh orang muda
bagi membincangkan berkenaan Malaysia Pasca 2020 (MP2020)
dan hasrat ini telah saya sampaikan sendiri dan dipersetujui oleh
YAB Perdana Menteri kita.

15. Saya percaya matlamat serta harapan bagi Malaysia Pasca 2020
harus datang daripada rakyat terutama sekali generasi muda.
Outcome dari program ini ialah untuk mewujudkan kanvas
pembangunan belia Malaysia : perspektif belia pasca 2020. KBS
akan menggunakan data-data yang kita dapati dari hasil kajian
untuk menyokong segala harapan yang diutarakan oleh generasi
muda.

5
16. Pemantapan data sekunder melalui pendekatan yang lebih luas
perlu diperkukuhkan bukan sekadar melalui hasil kajian tetapi dari
sumber agensi lain menerusi sistem bank data belia di bawah
kendalian IYRES. Ini bertujuan agar kita sentiasa mempunyai
sumber data untuk dirujuk dan menjadi bukti atas apa saja program
atau polisi yang akan dilaksanakan.

Tuan-tuan dan hadirin yang saya hormati sekalian,

17. Seminar ini akan membincangkan mengenai 22 kajian yang


dilaksanakan oleh IYRES merentasi 4 segmen yang secara
keseluruhannya mencerminkan corak atau pola generasi muda
Malaysia dalam pelbagai isu tidak kira mereka berada di bandar,
luar bandar, pusat-pusat pendidikan atau mereka yang telah pun
berkerjaya.

18. Melalui segmen Merungkai dan Mendepani Permasalahan Sosial


Belia, KBS melihat isu ini dalam konteks yang lebih besar. Bukan
sekadar terus-terusan melabelkan belia sebagai satu kelompok
yang dipinggirkan.

19. Antara masalah sosial belia adalah yang berkaitan isu penagihan
dadah. Sumber Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pada
tahun 2014 mendapati seramai 16,882 orang belia adalah penagih
dadah berbanding dengan seramai 15,765 orang pada tahun 2013.
Peningkatan seramai 1,117 orang secara jelas ia memberi
gambaran lebih ramai belia terlibat berdasarkan angka yang

6
bertambah dari semasa ke semasa dan semestinya amat
membimbangkan.

20. Jumlah ini tidak termasuk statistik belia yang terlibat dalam salah
laku jenayah atau permasalahan sosial yang lainnya. Menerusi
kajian, KBS telah mengenal pasti 5 profil belia berisiko tinggi dalam
masalah sosial iaitu belia yang tinggal dalam kejiranan yang
berisiko tinggi, yang telah terlibat dalam masalah sosial, yang aktif
jenayah, yang berada dalam tahanan dan akhirnya yang telah
dibebaskan selepas menerima hukuman.

21. Dapatan kajian dalam segmen pertama ini akan menggambarkan


di mana kepincangan dan pasti ada jalan penyelesaian atau
pencegahannya. Justeru itu, apa jua isu yang melibatkan
permasalahan sosial belia perlu diterajui dengan pendekatan yang
lebih terbuka, komprehensif dan dilaksanakan dalam bentuk wide
government approach yang penting ia mampu menempa
perubahan dari yang negatif kepada yang positif.

22. Generasi muda dari kawasan terpinggir tidak akan kita tinggalkan.
Mereka yang berada di kelompok ini selalunya dengan mudah
terdedah dengan pengaruh negatif. Melalui kajian yang
dilaksanakan secara bersama antara KBS dan Kementerian
Pengajian Tinggi, dengan jelas menunjukkan memahami isu dan
masalah akan memberikan input penting untuk membolehkan
pihak yang berwajib mengurus pembangunan mereka dengan lebih
baik.

7
23. Ekonomi belia juga merupakan isu utama yang boleh mendorong
kepada permasalahan sosial belia. Domain kesejahteraan ekonomi
IBM15 menunjukkan skor 54.26 iaitu tahap kurang memuaskan
dan ini memberi gambaran bahawa pelbagai inisiatif perlu
dirancang dan dilaksanakan untuk meningkatkan tahap ekonomi
belia Malaysia dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa dan
masa hadapan.

24. Wawasan 2020 menumpukan kepada ekonomi yang mampan,


inklusif dan kesejahteraan insani. Generasi muda perlu mengambil
peranan utama dan merebut manfaat ini sebagai first-mover dan
menerajui produk sosial mereka secara proaktif bagi
merealisasikan faedah sosial dan ekonomi.

Tuan- tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalian

25. Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam


menghayati kehidupan selepas arus pasca pemodenan. Perubahan
terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan
maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai
budaya.

26. Adalah dikenal pasti bahawa penggunaan media sosial di kalangan


generasi muda adalah tinggi. Hasil IBM15 menunjukkan bahawa
86.6% responden kerap melayari rangkaian sosial dan
memperuntukkan 3-4 jam melayari internet dan 5 -6 jam
menggunakan telefon bimbit.

8
27. Senario ini jelas bahawa belia amat terdedah dengan teknologi
digital tanpa sempadan. Ia boleh memberi manfaat dan mudarat.
Mungkin dari segi ekonomi, boleh dijadikan medium untuk tujuan
pemasaran tetapi jika disalahgunakan, generasi muda ini akan
terdedah dengan anasir-anasir yang tidak sihat bermula daripada
siber buli hingga kepada sebaran fahaman-fahaman yang mampu
menggugat keselamatan negara.

28. Melalui segmen Belia dan Isu Antarabangsa, KBS turut memberi
perhatian terhadap isu global yang memberi impak kepada
golongan belia. Antara isu penting yang berkembang dengan pantas
di pentas global ialah berkaitan isu radikalisme dan ekstremisme.
Kita perlu mengekang penyebaran kefahaman ini dari terus terusan
berakar umbi.

29. Justeru itu, KBS telah mengatur gerak kerja dengan mewujudkan
jawatankuasa pemandu menangani dan pencegahan ekstremisme
dalam kalangan belia kerana melihat akan keperluan untuk
mengumpulkan profil belia yang terlibat dalam kegiatan
ekstremisme di Malaysia. Jawatankuasa ini akan melibatkan
kerjasama pelbagai agensi yang penting iaitu Kementerian Dalam
Negeri, Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia, JAKIM
dan lain-lain agensi yang berkaitan.

9
30. Keperluan untuk mendapatkan profil belia ini adalah untuk
menghasilkan panduan yang jelas bagi membantu belia menepis
sebarang pengaruh radikalisme secara lebih berinformasi dan
terdidik.

31. Jika kita lihat hasil dari kajian pada tahun 2015 berkaitan pengaruh
The Islamic State of Iraq and Syria (ISIS): di kalangan pelajar institut
pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia dengan jelas
bahawa pengaruh negatif ini telah berkembang terutama sekali
melalui penggunaan media digital.

32. Dikenal pasti 19.5% iaitu 133 orang daripada 687 responden di
kalangan mahasiswa bersetuju dan menghormati fahaman ISIS dan
apa yang amat membimbangkan, 9.3% iaitu 12 orang dari golongan
ini percaya mereka akan mendapat balasan syurga jika menyertai
ISIS. Dan justeru itu terdapat juga belia yang bersedia untuk
menghulurkan bantuan kewangan kepada gerakan ini dengan
peratusan 19.5%.

33. Penglibatan belia dalam gerakan militan ini menunjukkan terdapat


usaha kumpulan tersebut bagi mengukuhkan pengaruh mereka
untuk bertapak dalam jangka masa yang lebih lama. Sudah pasti
perkara sedemikian semakin membimbangkan serta menggusarkan
kita semua yang cintakan perpaduan dan keamanan.

34. Pada hemat saya, golongan belia lebih cenderung untuk dijadikan
sasaran oleh kumpulan militan ini kerana mereka mudah
dipengaruhi berbanding orang dewasa. Dengan penerapan doktrin

10
kumpulan terbabit yang menganggap perjuangan menegakkan
Islam yang dilakukan mereka adalah suci, mereka memerlukan
kelompok belia yang lebih ramai untuk memastikan pemikiran
mereka bertahan dalam masa lama.

35. Tanggungjawab semua pihak untuk menidakkan gerakan dan


fahaman ini di kalangan generasi muda Malaysia.

Hadirin sekalian,

36. Dalam segmen Membangunkan Aset dan Potensi Belia, dapatan


kajian memperlihatkan sifat luaran dalam setiap belia itu dan di
mana ia perlu diserlahkan. Kecenderungan belia terlibat dalam isu
kepimpinan, arus perdana pembangunan dan politik negara juga
sering dipersoalkan oleh pelbagai pihak. Secara realitinya belia
Malaysia lebih berminat dalam isu-isu lain seperti hiburan,
perkembangan teknologi siber dan sebagainya berbanding dengan
isu-isu politik. Hal sedemikian turut dirungkaikan dalam dapatan
indeks belia Malaysia yang lepas yang menyarankan usaha yang
berterusan dalam memupuk kesedaran belia dalam politik.

37. Walaubagaimanapun perubahan minat ini semakin lama semakin


berubah setelah generasi muda pada hari ini melihat bahawa
mereka adalah pemain sebenar dalam menuju kepada
pembentukan negara maju pada tahun 2020.

11
38. Pembangunan pengetahuan belia dalam politik dan pendedahan
awal terhadap seluruh jentera dan struktur politik perlu disemai
dalam kalangan belia Malaysia. Ini dapat dilakukan melalui
pendidikan terutamanya dalam peringkat sekolah menengah
sehingga ke peringkat universiti.

39. Melalui proses pendidikan ini, belia juga dapat belajar mengenai
nilai-nilai integriti dan etika yang patut ada dalam tadbir urus
sesebuah negara. Ini akan menjadikan belia Malaysia lebih berminat
kepada isu-isu politik di samping dapat memberi cadangan dan
pandangan yang matang untuk memastikan pentadbiran negara
berjalan dengan baik.

40. KBS melalui pelaksanaan program Felo Perdana dan program


Parlimen Belia memberi peluang dan ruang untuk belia
mengetengahkan potensi diri mereka dalam pentadbiran dan politik.
Usaha yang dilaksanakan ini merupakan sebahagian daripada
langkah kerajaan dalam membangunkan potensi belia ke arah
pembangunan belia positif (positive youth development) seperti
yang digariskan sebagai teras pertama dalam dasar belia Malaysia.

41. Selain itu, melalui program MyCorp, iaitu suatu program


kesukarelaan di bawah inisiatif KBS, kita dapat membangunkan nilai
positif dalam kalangan belia yang mempunyai semangat
kesukarelawan yang tinggi. Baru-baru ini, 50 orang sukarelawan
muda yang dihantar oleh kementerian ke Kemboja telah pun berjaya
menjalankan misi kemanusiaan di sana. Kementerian juga

12
bercadang akan menghantar rombongan Misi kedua pada bulan
September tahun ini.

42. Segmen terakhir yang diketengahkan dalam seminar ini adalah


mengenai Hala Tuju Belia yang boleh direalisasikan melalui
pembentukan polisi dan dasar. Bermula dengan kesedaran politik ia
akan mengukur nilai patriotisme belia terhadap negara. Dalam erti
kata yang lain, patriotisme meliputi rasa cinta, sayang dan
tanggungjawab individu kepada negara.

43. Berdasarkan Laporan Indeks Belia Malaysia (2015), domain identiti


menunjukkan skor yang sederhana terutamanya nilai patriotisme
dalam kalangan belia. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh semua
pihak kerana secara tidak langsung hal sedemikian memberi
gambaran bahawa belia Malaysia masih kurang mencintai atau
bangga terhadap tanah air.

44. Pada hemat saya, sudah tiba masanya usaha pemupukan dan
penghayatan nilai-nilai patriotisme perlu ditekankan secara holistik
bermula di peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat pengajian
tinggi.

45. Selain itu, program pembangunan belia pada masa hadapan juga
perlu memberi tumpuan kepada ke arah pemupukan dan
peningkatan nilai cintakan Malaysia yang memerlukan sinergi
daripada semua pihak termasuk institusi keluarga, institusi
pendidikan, pihak kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan yang
terlibat secara langsung dengan belia.

13
46. Usaha bagi memupuk nilai patriotisme belia perlu meliputi
kefahaman terhadap sistem pentadbiran negara, kebanggaan
menjadi rakyat Malaysia, merasakan negara adalah kepunyaan bagi
belia, kesetiaan kepada negara, berdisiplin dan tata susila demi
menjaga nama baik negara.

Tuan-tuan dan hadirin yang saya hormati sekalian,

47. Sebelum saya mengakhiri ucaptama pada hari ini, saya ingin
mengucapkan tahniah kepada Institut Penyelidikan Pembangunan
Belia Malaysia (IYRES) kerana telah berjaya menganjurkan seminar
penyelidikan pada kali ini.

48. Besar harapan saya dan kementerian menerusi penganjuran


seminar penyelidikan kali ini dapat memberi manfaat dalam usaha
kita memantapkan pelan tindakan pembangunan belia seperti yang
digariskan dalam Dasar Belia Malaysia yang telah digubal sebelum
ini.

49. Tanggungjawab ini perlu disokong bersama oleh lebih ramai pihak
termasuk pihak swasta , agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta
masyarakat bagi memastikan penyelidikan yang dihasilkan benar-
benar mampu memberi impak yang besar kepada semua yang
terlibat.

14
50. Kerjasama ini bukan sahaja berkaitan dengan pembiayaan
penyelidikan malah merangkumi partisipasi pelbagai agensi dan
masyarakat dalam proses perancangan dan implementasi suatu
projek penyelidikan. Ini bagi memastikan setiap projek penyelidikan
tersebut relevan dengan kehendak belia dan seterusnya menepati
aspirasi negara.

51. Saya berharap perkongsian ilmu menerusi usaha penyebarluasan


hasil kajian IYRES secara berterusan dan sinergi kerjasama atau
government wide approach yang sedia terjalin antara Kementerian
Belia dan Sukan dengan para ilmuan daripada universiti awam
mahupun swasta melalui IYRES akan berterusan dan lebih mantap.
Kerjasama dan permuafakatan dua hala ini secara tidak langsung
dapat memperkukuhkan dan menyerlahkan potensi modal insan
belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara pada masa
hadapan.

52. Kepentingan dan keperluan untuk lebih banyak lagi kajian dan
susulan tindakan dari hasilnya, saya berharap aspek penyelidikan
perlu diberi penekanan dan diberi keutamaan dalam penyaluran
sumber tenaga kerja dan kewangan untuk pembiayaan kajian.
Agensi yang berwajib perlu melihat kepada keperluan ini.

53. Saya percaya menerusi hasil penyelidikan dan penerbitan ilmiah,


usaha pembangunan potensi dan aset belia yang berumur antyara
15 30 iaitu seramai 11.887,900 orang akan dapat direalisasikan
melalui pelaksanaan polisi, dasar dan program dan menjadikan

15
impian negara untuk persediaan mendepani cabaran menuju
sebagai negara maju akan tercapai.

54. Dengan harapan tersebut saya mengakhiri ucaptama dalam


seminar ini seterusnya dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya
dengan ini merasmikan Seminar Penyelidikan IYRES 2016.

55. Saya akhiri ucapan saya dengan wabillahi taufiq wal hidayah,
wassalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.

16

Anda mungkin juga menyukai