Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KENT

NAMA PELAJAR : MOHD SYAFIQ BIN SUARDI

ANGKA GILIRAN : 2019062340047

NOMBOR KAD PENGENALAN : 000728120487

KUMPULAN/UNIT : PISMP AMBILAN JUN 2019 – BAHASA MELAYU (SK)

KOD DAN NAMA KURSUS : SJHK3033 – PENSEJARAHAN MALAYSIA

TAJUK TUGASAN : PENULISAN ESEI – TUGASAN 1

NAMA PENSYARAH : DR SAIMIN GINSARI

TARIKH HANTAR : 6 MAC 2020

MARKAH KERJA KURSUS :

30

Saya telah menerima maklum balas


daripada pensyarah

2
Penghargaan

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami
menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Kent kerana memberi peluang kepada kami
menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi
memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kami.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Pensyarah Kursus yang telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini .Selain itu juga,
kami mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana memberi kepercayaan kepada kami
dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta
dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan
dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan tugasan ini dengan sempurna
seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan
seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga
bertukar-tukar idea dalam membantu kami menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan
kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri terutamanya serta kepada
pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam
menyampaikan maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada
masyarakat setempat khususnya.

2
Isi Kandungan
Isi Kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan 4
2.0 Perbandingan Karya 5
2.1 Disiplin Ilmu 5
2.2 Kepentingan Karya Kepada Manusia 5
dan Negara
2.3 Sumber yang digunakan 6
2.4 Tafsiran Penulis 7
2.5 Kepatuhan terhadap konsep 7
objektiviti dan impartiality dalam disiplin
sejarah
3.0 Rumusan 8
4.0 Bibliografi 9
5.0 Lampiran 9

2
1.0 Pengenalan

Pensejarahan berasal daripada perkataan sejarah. Sejarah secara umumnya diertikan


sebagai catatan kepada peristiwa-peristiwa yang lampau. Sesuatu peristiwa yang terjadi lalu
dicatatkan maka itulah yang digelar sebagai sejarah

Menurut pandangan Yusof (2000), pensejarahan dapat ditakrifkan sebagai hasil


karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atau sejarawan. Sejarah akan mengkaji
dan menyelidik tentang zaman, masyarakat, peristiwa yang telah berlaku dan akan
menghasilkan penulisan pensejarahannya. Pandangan Yusof ini disokong oleh Khoo (1975)
yang menyatakan pensejarahan adalah suatu yang merujuk kepada penulisa sejarah atau
karya sejarah yang dihasilkan oleh sejarawan.

Rentetan daripada itu, bidang penulisan merupakan salah satu bidang yang penting
dalam disiplin sejarah. Orang yang menulis mengenai pensejarahan digelar sejarawan.
Sebagai contoh, sejarawan dalam bidang politik, ekonomi, ketenteraan atau sosial.
Demikian juga bentuk atau hasil penulisan mereka ada yang berupa sejarah politik,
ekonomi, sosial atau ketenteraan. Lazimnya penulisan karya sejarah dihasilkan mengikut
bidang dan kepakaran penyelidik masing-masing (Mohd. Yusof, 1988).

Tambahan pula, kedatangan imperialis Barat telah turut memberi kesan kepada
perkembangan pensejarahan yang berjaya memupuk minat kepada masyarakat Melayu
untuk  meminati dan menyedari kepentingan sejarah. Ini bermakna bidang penulisan sejarah
telah mengalami satu perubahan dan mendapat satu suntikan baru dengan dapat
mempelajari kaedah dan cara penulisan yang lebih baik. Bermula dari tempoh tersebut telah
banyak berlaku perubahan dalam perkembangan sejarah sebagai satu disiplin ilmu.
Realitinya kebanyakan karya mengenai Malaysia sama ada budaya atau masyarakat-
masyarakat ditulis oleh penulis-penulis Barat.

            Oleh yang demikian, tugasan ini akan membincangkan tentang perbandingan karya-
karya sejarah barat dan penulis tempatan dari sudut disiplin ilmu, kepentingan karya
teresbut kepada manusia, negara, sumber yang digunakan, tafisran penulis serta
kepatuhan terhadap konsep objektiviti dan impartiality dalam disiplin sejarah.

2.0 Perbandingan Karya

2.1Disiplin Ilmu

2
Pensejarahan Melayu terpecah kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama yang penuh
dengan mitis legendaris iaitu hal-hal berkait dengan mitos/lagenda manakala bahagian yang
kedua pula lebih bersifat sejarah. Oleh itu, hasil karya tradisional melayu dilihat bercampur
baur di antara perkara mitos dan lagenda yang tidak diterima dalam sejarah serta fakta
sejarah yang terselindung di sebalik hal-hal yang bersifat mitos dan lagenda tersebut.
Sebaliknya berbeza pula dengan konsep pensejarahan Barat, penulisan pensejarahannya
dilihat lebih berfokus dan berpandu kepada fakta sejarah dan pembuktiannya. Pensejarahan
barat menolak penulisan yang berbentuk lagenda dan mitos dalam penulisan seseorang
sejarawan.

Ini dapat dibuktikan melalui penulisan sentrik Eropah dalam kalangan pegawai British
dapat dilihat melalui ulasan R. O. Winstedt terhadap Hikayat Hang Tuah. Kewujudan Hang
Tuah sebagai seorang Laksamana di Istana Melaka ditolak oleh R. O Winstedt. Hal ini
demikian kerana beliau beranggapan kewujudan pengaruh sastera panji (epic Jawa) dalam
Hikayat Hang Tuah menjadikan watak Hang Tuah tidak lebih daripada sekadar mitos seperti
epic-epik Hindu -Jawa yang lainnya (Muhammad Yusoff Hashim, 1992).

Corak penulisan barat di Tanah Melayu adalah berfokus dan berpandu kepada fakta
sejarah. Hal ini jelas dibuktikan melalui keinginan mereka untuk lebih memahami tentang
masyarakat tempatan di Tanah Melayu pada masa itu menyebabkan para pegawai colonial
mengkaji dan menulis berkaitan dengan penduduk tempatan. Buktinya R.O Winstedt telah
melakukan pelbagai kajian tentang kebudayaan dan adat resam masyarakat Melayu di
Perak termasuklah yang melibatkan ritual seperti perbomohan sesuai dengan
kedudukannya sebagai seorang Pendidikan di Tanah Melayu (Badriyah dan Liok Ee, 1975).

2.2 Kepentingan Karya Kepada Manusia dan Negara

Antara kepentingan karya tempatan terhadap manusia adalah untuk membekalkan


pengetahuan mengenai masyarakat Melayu tradisional, adat istiadat di istana serta peranan
raja-raja dalam pentadbiran wilayah kekuasaannya. Hal ini dibuktikan melalui karya sejarah
melayu seperti karya Sulalatus Salatin oleh Tun Sri Lanang serta Karya Hang Tuah yang
banyak menceritakan tentang. Kepentingan karya ini kepada negara pula adalah kelahiran
karya-karya mereka ini mencerminkan keupayaan penulis Melayu yang memperlihatkan
kepekaan dan kreativiti tanpa meminjam unsur-unsur luar sama ada pada isi mahupun
bentuknya sebagai model.

Tidak dinafikan juga penulisan karya barat adalah penting bagi kita dan negara. Kita
boleh menggunakan penulisan mereka sebagai perbandingan dengan sumber tempatan
yang sezaman dengan mengkaji dan mencari kesesuaian dengan pensejarahan kita tanpa

2
mengabaikan fakta sejarah malah menghargai peranan, mitos, lagenda, syair dan
sebagainya dalam pensejarahan melayu lama dan mengakjinya berdasarkan perspektif
Malaysia.

Pensejarahan Barat di Tanah Melayu dilihat lebih mementingkan keabsahan dan


penggunaan sumber dalam penulisan sejarah. Hal ini demikian kerana zaman Rennaisance
di Eropah telah banyak membantu perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang sejarah.
Keberantungan para penulis kolonial terhadap fakta dalam penulisan mereka dapat dilihat
melalui penolakan R.O Winstedt terhadap mitos lagenda. Beliau mengkaji teks Hikayat
Hang Tuah sebelum memuatkan analisisnya mengenai hikayat tersebut dalam bukunya A
History og Malay Literature (1939).

Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa terdapat juga kepentingan positif penulisan
barat terhadap manusia dan negara. Hal ini demikian ada zaman dahulu terdapat beberapa
orang pegawai kolonial yang cuba membantu perkembangan pensejarahan di Mlaaysia
dalam merangkumi pelbagai sudut. Jurnal of The Royal Asiatic Society meruapakan salah
satu karya yang banyak menyumbang terhadap kajian terhadap masyarakat tempatan.

2.3 Sumber yang digunakan

Karya-karya pensejarahan tradisional Melayu dibuat tanpa kajian dan lebih


berpandukan kepada pemikiran dan intelek para penulisnya. Walaupun sebahagian
penulisan pensejarahan Melayu dilihat mengambil sumber-sumber daripada penulisan lain
untuk dimuatkan dalam penulisan mereka, pernyataan sumber tidak dinyatakan dalam
penulisan mereka. Sebagai contoh yang ditunjukkan iaitu penulisan Bustanus Salatin yang
ditulis oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri menggalurkan kembali sejarah raja-raja Melayu
semestinya merujuk kepada Sulalatus Salatin atau sumber Pahang dalam penulisannya.

Berbeza dengan penulisan kolonial, penggunaan sumber dinyatakan secara jelas


seperti penulisan Frank Swettenham (1907) dalam bukunya British Malaya yang
menceritakan mengenai kemasukan pengaruh kolonial dan pentadbiranya di Tanah Melayu
yang diambil daripada rekod-rekod kerajan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu sesuai dengan kedudukannya sebagai Gabenor NNMB sebelumnya. Dalam
membantu memahami budaya dan bahasa masyarakat tempatan juga para penulis kolonial
turut mendapatkan bantuan daripada para pemikir tempatan contohnya seperti W.G
Shellabear telah mendapatkan bantuan daripada Sulaiman Bin Muhammad Nur dalam
mengkaji hikayat Melayu seperti Hang Tuah.

2.4 Tafsiran Penulis

2
Penulisan sentrik Malaysia banyak menggunakan sumber tempatan dan tafsirannya
dilakukan menurut kaca mata tempatan dengan menumpukan kepada perlakuan orang-
orang tempatan berdasarkan fakta-fakta tempatan.

Manakala, penulisan sentrik Eropah pula adalah berdasarkan kepada sumber


mengenai aktiviti-aktiviti pihak barat yang mudah diperoleh sebagai rujukan. la juga bersifat
menyentuh tempat atau kawasan-kawasan tertentu yang berkepentingan kepada kerajaan
kolonial. Kebanyakan hasil tulisan adalah berbentuk laporan rasmi atau penulisan yang
mempunyai tujuan rasmi semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Teks sejarah yang
dihasilkan biasanya terlalu bias kepada pihak kerajaan iaitu pihak British. Contohnya, segala
peristiwa-peristiwa perjuangan kemerdekaan oleh tokoh-tokoh tempatan pada zaman itu di
gelar sebagai penderhaka atau pemberontak seperti Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul
Rahman Limbong di Terengganu, Mat Kilau di Pahang dan lain-lain yang menentang
pentadbiran kolonial British di Tanah Melayu (Khoo Kay Kim, 1980).

2.5 Kepatuhan terhadap konsep objektiviti dan impartiality dalam


disiplin sejarah.

Kepatuhan terhadap konsep objektiviti dalam disiplin pensejarahan Barat jelas


terserlah berbanding pensejarahan tempatan. Hal ini demikian kerana Keinginan mereka
(barat) untuk lebih memahami tentang masyarakat tempatan di Tanah Melayu pada masa itu
menyebabkan para pegawai kolonial mengkaji dan menulis berkaitan dengan penduduk
tempatan. Buktinya, R.O. Winstedt telah melakukan pelbagai kajian tentang kebudayaan
dan adat resam masyarakat Melayu di Perak termasuklah yang melibatkan ritual seperti
perbomohan sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang pegawai pendidikan di Tanah
Melayu pada ketika itu (Badriyah dan Liok Ee, 1975).

Sebaliknya kepatuhan terhadap konsep impartiality bagi pensejarahan barat agak


kurang. Para pegawai yang menulis pensejarahan kolonial di Tanah Melayu cenderung
untuk melakukan penulisan yang dilihat bias terhadap pentadbiran kolonial yang dianggap
sebagai membawa pelbagai perubahan di Tanah Melayu. Hal ini kerana kebanyakan
penyelidik dan penulis kepada pensejarahan kolonial di Tanah Melayu adalah terdiri
daripada pegawai British (Khoo Kay Kim, 1975).

Unsur ini juga dapat dilihat melalui pengadilan moral ke atas tokoh-tokoh pejuang
tempatan dalam penulisan pensejarahan kolonial. Para pejuang tempatan seperti Tok
Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Mat Kilau di Pahang dan
lain-lain yang menentang pentadbiran kolonial British di Tanah Melayu dianggap sebagai
penderhaka kerana kononnya menentang Sultan mereka sendiri walhal para pejuang

2
tersebut menentang British dan bukannya Sultan mereka. Oleh itu, apabila munculnya
penulisan sejarah yang bersentrikkan tempatan, baharulah para penentang British ini
diangkat sebagai para pejuang.

Sebaliknya, kepatuhan kepada konsep impartiality jelas terserlah bagi pensejarahan


tempatan apabila terdapanya perubahan pensejarahan Malaysia daripada konsep sentrik
Eropah kepada sentrik Malaysia. Penulisan sejarah Malaysia yang berunsur sentrik
Malaysia bermaksud bahawa sejarah Malaysia yang dihasilkan itu ditulis dengan
memberikan penumpuan kepada perlakuan orang Malaysia sendiri. Oleh itu, konsep sentrik
Malaysia adalah berbeza dengan pensejarahan Malaysia yang menggunakan konsep
sentrik Eropah. Hal ini kerana sentrik Eropah lebih mengutamakan seseorang tokoh atau
segala kepentingan pihak Barat seperti sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat
di Tanah Melayu. Suatu perubahan telah berlaku terhadap pensejarahan Malaysia kerana
penulisan yang menggunakan prinsip barat ini sering sahaja merendahkan ketepatan
sejarah tradisional (Zainal Abidin, 1991).

3.0 Rumusan

Tuntasnya, sejarah merupakan satu medium penting dalam memupuk perpaduan


dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Sejarah juga mampu
membantu kita sebagai rakyat Malaysia mengelak daripada mengulangi kesilapan yang
sama. Contohnya, penjajahan kuasa asing ke atas tanah air kita sendiri. Dengan ini, bidang
penulisan sejarah adalah satu daripada aspek yang dapat membantu kita dalam mencari
fakta yang betul dan sahih.

Penulisan sejarah negara dari perspektif kolonial banyak memaparkan kehebatan yang
dimiliki oleh pihak kolonial dari segi pentadbiran. Kehebatan yang ditonjolkan oleh pihak
kolonial akan mengukuhkan dan mengagungkan martabat orang Eropah di mata dunia.
Justeru, martabat masyarakat Timur khususnya di Tanah Melayu akan dipandang rendah
oleh masyarakat lain.

Oleh yang demikian, penulis sejarah tempatan bangkit untuk mengubah dan menulis semula
sejarah negara mengikut perspektif sentrik Malaysia. Terdapat beberapa faktor seperti
timbul kesedaran, kebangkitan semangat nasionalisme, kesediaan bahan rujukan dan lain-
lain telah mempengaruhi perubahan pensejarahan Malaysia daripada konsep sentrik
Eropah kepada sentrik Malaysia.

4.0 Bibliografi

2
Badriyah Haji Salleh Dan Liok Ee. (1975). Alam pensejarahan dan pelbagai perspektif.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Khoo Kay Kim. (1975). Pensejarahan Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Khoo Kay Kim. (1980). Pensejarahan Melayu Yang bersifat Perjuangan Sebelum Dan
sesudah Merdeka. JEBAT, Bil. 10

Mohd Yusof Ibrahim. (2000). Ilmu sejarah: Falsafah, pengertian dan kaedah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Putaka

Muhammad Yusoff Hashim. (1992). Pensejarahan Melayu: Kajian tentang tradisi sejarah


Melayu nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayuddin Haji Yahaya. (1988). Sejarawan dan pensejarahan:
Ketokohan dan karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin bin Abdul Wahid. (1991). Sejarah Malaysia: pentafsiran dan penulisan. Dilayari
pada10.09.2014
dari http://library.perdana.org.my/Digital_Content/NLM/Batch4/DVD02/27-
10/M959.5ZAISejarahMalaysiaPentafsirandanPenulisan%5BzainalAbidinbinAbdulW
ahid%5D.pdf

5.0 Lampiran

Anda mungkin juga menyukai