Anda di halaman 1dari 18

PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK (BMMB 3103) |1

DAFTAR KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN…………………………………………………………………………..…...….3

2.0 KONSEP PENULISAN SASTERA KREATIF KANAK-KANAK……………..………………4

2.1 CIRI-CIRI PENULISAN SASTERA KREATIF KANAK-KANAK………………….5-6

2.2 JENIS PENULISAN SASTERA KREATIF KANAK-KANAK……………………...7-8

3.0 KEPENTINGAN PENULISAN SASTERA KREATIF KANAK-KANAK………………….9-11

4.0 ANALISIS PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA KREATIF KANAK-

KANAK YANG DIPILIH……………………………………………………………………..…12

4.1 TEMA DAN PERWATAKAN………………………………………………….…..12-13

4.2 NILAI DAN PENGAJARAN…………………………………………………..…...13-14

4.3 LATAR MASYARAKAT……………………………………………………….…..14-15

4.4 PENGGUNAAN KATA…………………………………………………….……..……15

4.5 UNSUR KHAYALAN…………………………………………………….……….……16

5.0 KESIMPULAN………………………………………………………………………………......16

6.0 RUJUKAN……………………………………………………………………………………….17
PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK (BMMB 3103) |2

Simpuh puteri bawahan sena,

Tampak serasi berteman pemuda;

Esei diberi tugasan terlaksana,

Untuk berkongsi ilmu yang ada.

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdullilah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat dan kurnia
dariNya yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


tercinta saya, Encik Mohd Fauzi bin Abdullah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripada beliau, saya mampu menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang telah memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya berjaya
menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang menjadi kesilapan saya. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka dengan memberikan
penerangan yang jelas.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terimalah serangkap pantun dari
saya,

Tumbuh pulasan di tanah datar,

Bersama seraya tepian sena;

Setelah tugasan sudah dihantar,

Harapan supaya semuanya sempurna.


PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK (BMMB 3103) |3

1.0 PENGENALAN
Secara umumnya, sastera kanak-kanak merupakan bahan bacaan yang sesuai dalam kalangan
kanak-kanak. Menurut Hadijah Rahmat (2006), sastera kanak-kanak boleh didefinisikan
sebagai hubungan kanak-kanak dengan hasil kreatif iaitu buku atau bahan bacaan. Hubungan
tersebut boleh berbentuk mendengar, bertutur, membaca, dan juga menulis. Kanak-kanak pada
peringkat awalnya, sering didedahkan dengan pelbagai bahan seperti buku-buku cerita
bergambar dan berwarna untuk menarik minat mereka. Bahan sastera kanak-kanak yang
berbentuk digital menggunakan audio dan visual juga mampu untuk menarik minat mereka,
seterusnya menjadikan kecenderungan mereka untuk lebih banyak membaca. Kanak-kanak
perlu diterapkan nilai untuk membaca sejak kecil lagi, contohnya dengan memperbanyak aktiviti
yang melibatkan pembacaan, seperti membaca pelbagai jenis buku cerita, ditunjukkan cara
mengumpul buku-buku cerita pelbagai warna, dan berkunjung ke perpustakaan kanak-kanak.
Hal ini penting kerana seawal usia 5 tahun, kanak-kanak telah mula menguasai asas-asas
bahasa seperti semantik, pragmatik dan sintaksis.
Sastera kanak-kanak sememangnya mempunyai tafsiran yang agak luas dan umum.
Karya puisi, novel, drama dan segala bentuk penerbitan yang memberikan manfaat kepada
kanak-kanak adalah merupakan sastera kanak-kanak (Md. Sidin Ahmad Ishak, 2005). Kanak-
kanak secara semulajadinya memang memiliki kecenderungan terhadap cerita. Penggunaan
sastera kanak-kanak, contohnya cerita dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ternyata
merupakan antara metodologi yang efektif dalam usaha untuk membantu kanak-kanak
memahami sesuatu konsep. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa kanak-kanak sememangnya
mempunyai minat secara semulajadi terhadap cerita. Cerita juga termasuk dalam sastera
kanak-kanak.
Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sastera kanak-kanak merupakan antara komponen
penting yang banyak membantu kanak-kanak memperoleh ilmu pengetahuan dalam pelbagai
aspek dengan lebih mendalam. Penulisan kreatif bagi sastera kanak-kanak sangat penting
dalam usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan kanak-kanak terhadap ilmu pengetahuan
selari dengan peredaran masa kini. Justeru, dalam tugasan ini, saya akan memperincikan
mengenai konsep penulisan kreatif sastera kanak-kanak, kepentingannya serta analisis
pemikiran masyarakat Melayu dalam karya kreatif sastera kanak-kanak yang akan saya pilih.
PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK (BMMB 3103) |4

2.0 KONSEP PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK


Mohd Kasim Ismail (1999) mendefinisikan kesusasteraan sebagai hasil seni kreatif yang
mengungkapkan pelbagai fenomena kehidupan berdasarkan sensitiviti dan kreativiti pengarang.
Sastera kanak-kanak dan remaja pula ialah segala hasil sastera yang sesuai untuk bacaan
kanak-kanak dan remaja. Sastera kanak-kanak merupakan sastera yang berkaitan dengan
genre kanak-kanak dan sastera yang dihasilkan untuk kanak-kanak. Penulisan sastera kanak-
kanak yang menepati citarasa kanak-kanak ialah penulisan yang mengandungi cerita dan diikuti
dengan ilustrasi yang menarik. Hal ini kerana fitrah semulajadi mereka itu sendiri menyukai
gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni (Wan Zaliha Wan Othman & Ratna Laila
Shahidin, 2017).
Atan Long (1977) berpendapat bahawa sastera kreatif termasuk sastera kanak-kanak
biasanya digunakan sebagai bahan hiburan serta bahan pengajaran untuk mengenal diri dan
masyarakat dalam sesuatu bangsa. Antara faktor yang menarik minat murid untuk membaca
bahan sastera berbanding bahan pembelajaran ialah bahasa dalam bahan sastera itu sendiri
yang dapat menarik minat murid untuk terus membaca. Hal ini bertepatan dengan pendapat
Ramli Isin (1984) yang mengatakan bahawa bahasa sastera bukanlah begitu sahaja dapat
disamakan dengan bahasa ilmu pengetahuan. Bahasa ilmu pengetahuan bersifat lebih kering
dan kurang menepati maksud karya asli jika dibandingkan dengan bahasa sastera.
Sastera kanak-kanak juga memerlukan penulisan yang berimaginasi tinggi dan
berkreativiti menarik sebagai sumber bacaan untuk hiburan. Penulisan kreatif sastera kanak-
kanak memerlukan pemikiran yang berinovatif, sejajar dengan tujuan penghasilannya iaitu
sebagai bahan bacaan yang sesuai, mudah dibaca dan difahami, serta memberikan manfaat
kepada kanak-kanak. Menurut Othman Puteh (1987), sastera kanak-kanak dan remaja
merupakan bahan bacaan sastera kreatif yang tercetus daripada pengamatan, pengalaman,
dan kreativiti pengarang yang relevan dengan pertumbuhan dan perkembangan psikologi
remaja berusia 12 hingga 20 tahun.
PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK (BMMB 3103) |5

2.1 CIRI-CIRI PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK


Penulisan karya sastera yang baik bergantung sepenuhnya kepada ciri-ciri yang ditekankan
oleh penulis semasa menghasilkan karya berkenaan. Terdapat banyak aspek yang boleh dilihat
sekiranya membincangkan ciri sastera kanak-kanak. Dalam hal ini, sastera kanak-kanak boleh
dilihat daripada pelbagai perspektif kandungan dan bentuk atau sudut akademik dan komersial
mahupun sudut persembahan penulisan dan persembahan fizikal. Terdapat beberapa ciri
sastera kanak-kanak yang perlu dipatuhi untuk menghasilkan karya sastera kanak-kanak yang
bermutu tinggi. Rajah di bawah menunjukkan ciri-ciri penulisan kreatif sastera kanak-kanak
yang saya akan perincikan.

Rajah 1 : Ciri-ciri Penulisan Kreatif Sastera Kanak-Kanak

Terdapat empat ciri utama yang bagi saya, antara yang terpenting sebagai komponen
atau ciri penulisan kreatif sastera kanak-kanak. Ciri pertama yang akan saya perincikan ialah
penulisan kreatif sastera kanak-kanak perlulah mempunyai unsur hiburan dan menjadi
bahan bacaan yang menyeronokkan, khususnya kepada golongan kanak-kanak itu sendiri.
Sastera kanak-kanak yang berkualiti perlulah mempunyai unsur hiburan yang semestinya akan
PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK (BMMB 3103) |6

membantu menarik minat kanak-kanak untuk membaca. Aspek hiburan dan keseronokan
menjadi daya tarikan utama kerana kanak-kanak menyukai hiburan dalam bentuk bacaan dan
permainan. Sebagai contoh, kita dapat lihat sastera kanak-kanak pada masa kini, khususnya
yang berbentuk cerita, akan menggunakan buku bergambar, mempunyai ilustrasi yang menarik,
serta tulisan yang bersaiz lebih besar berbanding kebiasaan. Ini merupakan antara langkah
bijak yang diambil oleh penulis untuk menarik minat kanak-kanak seterusnya menjadikan bahan
bacaan tersebut satu bahan bacaan yang menyeronokkan dan mempunyai unsur hiburan yang
bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak.
Seterusnya, ciri kedua bagi penulisan kreatif sastera kanak-kanak yang baik ialah
penggunaan bahasa yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Menurut Keris Mas (1988),
Penggunaan bahasa untuk tujuan-tujuan khusus itu mempunyai gaya masing-masing. Beliau
juga berpendapat bahawa gaya bahasa dimaksudkan dengan gaya seseorang penulis
menggunakan bahasa. Penggunaan bahasa yang relatif dengan usia kanak-kanak amat
penting untuk melatih mereka menjana idea di samping mengajarkan mereka ilmu-ilmu lain
secara tidak langsung. Oleh itu, sebagai penulis sastera kanak-kanak, ciri kedua ini perlu
dititikberatkan dalam usaha untuk menjadikan sesebuah karya kreatif tersebut bermutu dan
berkualiti. Sebuah karya kreatif sastera kanak-kanak yang bermutu perlu menggunakan bahasa
yang mudah difahami, berbentuk terus, dan menggunakan ayat-ayat yang mudah. Ini bertujuan
memudahkan pemahaman kanak-kanak dalam pembacaan mereka, seterusnya menjadikan
mereka seronok dan bersifat ingin tahu mengenai karya-karya sastera kanak-kanak yang lain.
Di samping itu, aspek kandungan yang sesuai juga perlu diberi perhatian sebagai ciri
penting dalam penulisan kreatif sastera kanak-kanak. Kandungan yang menarik dan
mempunyai nilai-nilai serta pengajaran sangat penting dalam memastikan karya sastera
tersebut memberi manfaat kepada kanak-kanak. Corak penulisan juga perlu relevan dengan
perkembangan dan pertumbuhan psikososial kanak-kanak bagi merangsang minat dan
mengasah pemikiran yang baik. Glazer (2000) dalam Wan Zaliha Wan Othman & Ratna Laila
Shahidin (2017) berpendapat bahawa kanak-kanak akan mendapat pengajaran tentang sebab
dan akibat daripada sesuatu perlakuan melalui cerita kanak-kanak. Hal ini jelas membuktikan
bahawa kandungan yang bersesuaian dan menepati objektif penghasilan karya perlu diterapkan
sebagai ciri penting dalam penulisan kreatif sastera kanak-kanak.
Akhir sekali, ciri penulisan kreatif kanak-kanak yang bermutu ialah bersifat didaktik.
Kamaruddin Hj. Husin (1998) berpendapat bahawa didaktik merupakan unsur nilai pendidikan
dan pengajaran yang perlu ada dalam setiap penulisan kreatif, terutamanya untuk sastera
kanak-kanak. Hal ini penting kerana penulisan yang bersifat didaktik ini mampu mengasuh dan
PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK (BMMB 3103) |7

mempengaruhi kanak-kanak supaya menjadi insan yang lebih baik. Sebagai contoh, cerita-
cerita sastera kanak-kanak banyak dipenuhi dengan kisah-kisah pengajaran yang bertujuan
menyemai semangat kerohanian dalam jiwa kanak-kanak. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa ciri
penting untuk penulisan kreatif kanak-kanak yang baik ialah penulisan yang bersifat didaktik,
iaitu yang mempunyai nilai dan pengajaran.

2.2 JENIS PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK


Penulisan sastera kreatif kanak-kanak dihasilkan untuk memberikan didikan dari aspek
pemikiran dan keperibadian kanak-kanak. Menerusi aktiviti bacaan, setiap karya yang
dihasilkan mengandungi pelbagai pemikiran, walaupun berbeza genre dan jenisnya. Pengarang
yang menulis karya kreatif sastera kanak-kanak sememangnya ingin mewujudkan satu wadah
penyaluran ilmu yang membentuk nilai-nilai murni dan sahsiah kanak-kanak secara tidak
langsung. Penulisan sastera kreatif kanak-kanak terdiri daripada pelbagai genre dan jenis, dan
kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, dan berlandaskan matlamat yang sama.

P
u
misC
ra
D
is
u
P
e
y
tk
p
ln
v
o
N/c
d C erita raky t

ram a
D No
vel
C ek/crita p
d
en
p en

Rajah 2 : Jenis Penulisan Kreatif Sastera Kanak-Kanak


Rajah di atas menunjukkan jenis-jenis penulisan kreatif sastera kanak-kanak. Cerita rakyat
pada hari ini semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat. Cerita rakyat ialah cerita teladan
yang disampaikan dari satu generasi ke satu generasi yang lain secara lisan. Namun begitu,
kemajuan teknologi pada masa kini telah menjadikan cerita rakyat sebagai cerita yang
PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK (BMMB 3103) |8

dinaskhahkan dan diterbitkan. Contoh cerita rakyat termasuklah Bawang Putih Bawang Merah,
Pak Pandir, Pak Kaduk, Lebai Malang dan Puteri Santubong.
Cerita pendek atau cerpen ialah sebuah genre sastera prosa, namun berbeza dengan
novel. Meskipun cerpen menggunakan komponen-komponen yang sama dengan novel iaitu
tema, plot, watak perwatakan dan latar, namun teknik pengolahan dan pengadunannya adalah
berbeza (Kamaruddin Hj. Husin, 1998). Cerpen kanak-kanak ialah himpunan cerita pendek
yang mengandungi pelbagai mesej dan pengajaran untuk kanak-kanak. Cerita ini akan menjadi
lebih menarik seandainya penulis menghasilkan karya kreatif tersebut mengikut keperluan
psikologi, dan selari dengan fitrah kanak-kanak pada masa kini.
Novel pula didefinisikan sebagai penulisan cerita yang lebih panjang berbanding
cerpen. Pengalaman atau imaginasi yang ada pada penulis perlu ditulis, disusun, dan diadun
untuk menjadikan penulisan karya sastera kanak-kanak iaitu novel dengan lebih mudah.
Proses-proses penulisan seperti mengumpul, menyusun, menilai dan menulis semula perlu
dilaksanakan oleh penulis untuk memastikan novel yang dihasilkan menepati selera audiens,
iaitu kanak-kanak. Kandungan novel, serta bahasa yang digunakan hendaklah bersesuaian
dengan peringkat umur kanak-kanak.
Penulisan genre karya kreatif yang seterusnya iaitu drama pula memerlukan orang yang
mahir dalam bidang penghasilan skrip. Sebelum skrip dihasilkan, cerita akan ditulis dan disusun
mengikut tema kanak-kanak untuk memastikan watak-watak yang terlibat dapat difahami
dengan lebih mudah. Drama untuk kanak-kanak juga perlu mementingkan aspek kandungan
serta penggunaan bahasa agar sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
Puisi boleh didefinisikan sebagai karangan berangkap yang disusun mengikut
perkataan-perkataan tertentu dengan menggunakan irama, bunyi, dan kiasan-kiasan yang
berkesan. Puisi dapat dibahagikan kepada dua, iaitu puisi tradisional dan puisi moden. Puisi
tradisional melibatkan karangan berangkap yang mempunyai bentuk dan ciri yang tidak terlepas
daripada ikatan peraturan tertentu, contohnya pantun, syair, gurindam, seloka dan nazam. Puisi
tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat. Puisi
tradisional mempunyai ciri dan sifat bahasa yang memperlihatkan penggunaan bahasa yang
lebih baik, ekspresif, kental dan puitis. (Mohd Fauzi bin Abdullah, 2019). Puisi moden pula
terdiri daripada sajak, yang mana puisi ini lebih bebas dan tidak terikat kepada peraturan-
peraturan tertentu.
Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sastera kanak-kanak mempunyai pelbagai genre dan
jenis. Walaupun berbeza genre, namun pengisian, kandungan, bahasa yang digunakan adalah
PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK (BMMB 3103) |9

selari dan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak dalam usaha untuk memastikan
kanak-kanak lebih berminat dengan karya kreatif sastera kanak-kanak.

3.0 KEPENTINGAN PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK


Menurut Wan Zaliha Wan Othman & Ratna Laila Shahidin (2017), sastera kanak-kanak
sememangnya dapat memberikan jaminan terhadap peningkatan ilmu dalam diri kanak-kanak.
Bahan pembacaan ini dikatakan sebagai ejen pembangunan diri seseorang manusia pada
peringkat awal kanak-kanak. Semakin banyak karya yang dibaca, maka semakin banyak
perkembangan yang berlaku dalam diri kanak-kanak seterusnya mempercepat perkembangan
psikologi remaja. Kanak-kanak yang banyak membaca mampu membuat pertimbangan dan
lebih matang berbanding dengan kanak-kanak yang kurang membaca. Oleh itu, jelaslah di sini
bahawa penulisan kreatif sastera kanak-kanak mempunyai kepentingan yang tersendiri
terhadap masyarakat, khususnya kepada golongan kanak-kanak itu sendiri. Terdapat banyak
kepentingan penulisan kreatif sastera kanak-kanak secara umumnya. Berikut merupakan rajah
mengenai kepentingan penulisan kreatif sastera kanak-kanak yang akan saya perincikan
mengikut pembahagian-pembahagian yang terdapat di dalam rajah.
P E N U L I S A N K R E A T I F S A S T E R A K A N A K - K A N A K ( B M M B 3 1 0 3 ) | 10

Rajah 3 : Kepentingan Penulisan Sastera Kreatif Kanak-Kanak

Kepentingan penulisan sastera kreatif kanak-kanak pertama yang akan saya kupas
dengan lebih mendalam ialah penulisan sastera kreatif kanak-kanak sebagai medium hiburan.
Ia berperanan memberikan hiburan kepada kanak-kanak yang membacanya. Bahan-bahan
bacaan tersebut ternyata mampu untuk memberikan hiburan kerana karya-karya tersebut
semestinya mempunyai pelbagai isu dan persoalan yang bersesuaian dengan peringkat umur
kanak-kanak, sekaligus menarik perhatian mereka untuk membacanya. Contoh karya sastera
kanak-kanak yang sering memberi hiburan kepada mereka ialah cerita haiwan. Hal ini kerana
ilustrasi yang dipaparkan sememangnya mampu menghiburkan kanak-kanak lalu menarik minat
mereka untuk membaca. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa penulisan kreatif sastera kanak-kanak
penting sebagai medium hiburan buat mereka.
Seterusnya, kepentingan penulisan kreatif sastera kanak-kanak ialah pemupukan
minat membaca dalam kalangan kanak-kanak itu sendiri. Setelah mereka menganggap
bahan sastera bukan semata-mata bahan bacaan berilmu, malahan menghiburkan, kanak-
kanak cenderung untuk lebih berminat untuk membacanya. Pelbagai program telah
dilaksanakan untuk membantu mendedahkan serta memupuk minat membaca bahan sastera
kanak-kanak dalam kalangan mereka. Antara usaha yang secara jelas dilihat membuahkan
hasil ialah melalui KOMSAS yang diajar di sekolah, serta program NILAM dan Kempen
P E N U L I S A N K R E A T I F S A S T E R A K A N A K - K A N A K ( B M M B 3 1 0 3 ) | 11

Gerakan Membaca ternyata sangat membantu dalam memupuk minat membaca dalam diri
kanak-kanak, terutamanya untuk bahan sastera.
Di samping itu, penulisan kreatif sastera kanak-kanak juga dilihat berkepentingan
sebagai medium pengajaran. Cerita kanak-kanak sebagai contohnya, sangat banyak
membantu dalam memberikan pengajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung
kepada kanak-kanak. Oleh kerana setiap cerita dan karya sastera kanak-kanak mempunyai
mesejnya yang tersendiri, maka banyak unsur pengajaran yang diperoleh bertujuan untuk
mengasah perkembangan minda kanak-kanak. Mereka juga secara tidak langsung, akan
mencontohi perbuatan baik yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat dalam bahan sastera
kanak-kanak.
Penulisan kreatif sastera kanak-kanak juga dilihat berkepentingan dalam aspek
peningkatan daya pemikiran kognitif kanak-kanak. Sastera kanak-kanak sememangnya
mampu melatih dan meningkatkan daya serta tahap pemikiran kanak-kanak. Mereka juga
sudah tentu akan mempelajari cara untuk membandingkan sesuatu perkara sama ada yang
baik atau yang buruk, hasil daripada pembacaan bahan sastera. Rangsangan pemikiran kanak-
kanak berlaku setelah mereka sentiasa membaca bahan sastera yang sarat dengan nilai dan
pengajaran yang tersendiri. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa penulisan sastera kanak-kanak
penting untuk meningkatkan tahap kognitif mereka.
Akhir sekali, peranan sebagai medium pendidikan juga menjadi kepentingan penulisan
kreatif sastera kanak-kanak. Medium pendidikan dapat dicapai melalui pembacaan bahan
sastera iaitu kanak-kanak akan mengadaptasi pengajaran yang diperoleh daripada bahan
bacaan mereka lalu diterapkan dalam kehidupan seharian mereka. Cara ini juga mampu untuk
melatih mereka bersosialisasi dengan masyarakat sekeliling, sejajar dengan ilmu, nilai dan
pengajaran yang diperoleh daripada bahan sastera yang dibaca. Apabila watak yang ada dinilai
dan dipertimbangkan, maka kanak-kanak secara umumnya mampu untuk membuat
generalisasi terhadap sesuatu perkara atau masalah yang perlu ditangani dan diselesaikan
dengan cepat. Medium pendidikan juga dilihat sebagai kepentingan penulisan sastera kanak-
kanak kerana dengan adanya penulisan sastera bagi kanak-kanak, ia akan meningkatkan
kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak itu sendiri. Minat membaca dan menulis juga
mampu dipupuk dari semasa ke semasa seandainya penulisan sastera kanak-kanak berupaya
berperanan sebagai medium pendidikan.
Oleh itu, jelaslah di sini bahawa terdapat banyak kepentingan penulisan kreatif sastera
kanak-kanak. Tanpa bahan sastera kanak-kanak, mereka mungkin akan ketandusan hiburan
sambil belajar, serta memiliki pelbagai kekurangan daripada pelbagai aspek.
P E N U L I S A N K R E A T I F S A S T E R A K A N A K - K A N A K ( B M M B 3 1 0 3 ) | 12

4.0 ANALISIS PEMIKIRAN MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA KREATIF


SASTERA KANAK-KANAK YANG DIPILIH
Setiap karya kreatif sastera kanak-kanak yang dihasilkan mempunyai pemikirannya yang
tersendiri. Setiap bahan bacaan buat kanak-kanak sememangnya memperoleh nilai,
pengajaran, dan juga pemikiran masyarakat setempat. Oleh itu, saya telah memilih untuk
menganalisis pemikiran masyarakat Melayu dalam karya kreatif sastera kanak-kanak yang telah
saya pilih iaitu cerita rakyat. Saya akan menganalisis dengan lebih mendalam mengenai karya
sastera kanak-kanak yang berjudul ‘Pak Pandir dengan Gergasi’ karya Mohd Shukri Edrus
(1988) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka berdasarkan rajah di bawah.
P E N U L I S A N K R E A T I F S A S T E R A K A N A K - K A N A K ( B M M B 3 1 0 3 ) | 13

Rajah 4 : Aspek-aspek yang akan Dianalisis

4.1 TEMA DAN PERWATAKAN


Aspek pertama yang akan saya analisis melalui cerita rakyat yang telah saya pilih ialah aspek
tema dan perwatakan bagi watak-watak yang ada dalam cerita rakyat tersebut yang
menunjukkan pemikiran masyarakat Melayu. Tema bagi cerita rakyat ‘Pak Pandir dengan
Gergasi’ ini ialah jenaka. Cerita jenaka ialah cerita yang mempunyai unsur kelucuan yang boleh
dilihat dari watak-watak yang bersifat dan berperilaku lucu sehingga pendengar akan terasa
terhibur dan geli hati ketika membaca cerita-cerita ini. Perbuatan bodoh yang tidak dapat
diterima akal yang dilakukan oleh watak utama dalam cerita jenaka menimbulkan kelucuan. Hal
ini dapat dilihat melalui watak Pak Pandir yang sangat malas dan dungu sehingga memanggil
kambing yang berjanggut dengan panggilan Tuk Lebai, dan burung pipit berkepala putih
dengan panggilan ‘Tuk Haji’. Pemikiran masyarakat Melayu dapat dilihat dengan jelas di sini
kerana nama Pak Pandir sering dikaitkan dengan perbuatan bodoh yang akan menyusahkan
orang lain. Buktinya, menurut Mohd Taib Osman (2007), masyarakat Melayu umumnya telah
mengenali watak tersebut sebagai manusia yang hidup di antara manusia-manusia Melayu. Hal
ini dapat dijelaskan lagi dalam jadual yang berikut yang menunjukkan kebodohan watak utama
iaitu Pak Pandir;
Jadual 1 : Analisis Perwatakan Watak Utama (Pak Pandir)

Muka Surat Petikan Cerita

2 Ada seorang lelaki bernama Pak Pandir. Dia mempunyai


P E N U L I S A N K R E A T I F S A S T E R A K A N A K - K A N A K ( B M M B 3 1 0 3 ) | 14

seorang isteri bernama Mak Andih. Pak Pandir sangat malas


dan dungu.

5 Kambing berjanggut panjang disangkanya Tuk Lebai. Burung


pipit berkepala putih pula difikirkan Tuk Haji. Sungguhpun
begitu kehidupan Pak Pandir suami isteri aman bahagia.

6 Pak Pandir mendengar dengan teliti kerana dia seorang


pelupa.

13 Rupa-rupanya Pak Pandir sudah terlupa lorong mana yang


patut diikutnya.
“Alangkah baiknya kalau aku pandai membaca. Kalau
begini aku ikut sahajalah jalan yang ini,” kata Pak Pandir
kepada dirinya sendiri lalu mengikut lorong yang kiri.

25 Malangnya selepas itu, anak gergasi terus tidak bergerak-


gerak lagi!
“Ha, dah tertidur pun anak gergasi ini!” fikir Pak Pandir

4.2 NILAI DAN PENGAJARAN


Aspek kedua yang akan saya analisis melalui cerita rakyat yang telah saya pilih ialah aspek
nilai dan pengajaran yang ada dalam cerita rakyat tersebut yang menunjukkan pemikiran
masyarakat Melayu. Pemikiran masyarakat Melayu sangat ditonjolkan dalam cerita rakyat ini
melalui unsur-unsur kiasan yang menjadi nilai dan pengajaran yang ingin disampaikan kepada
pembaca. Sebagai contoh, perwatakan Pak Pandir yang dungu dan malas dikiaskan untuk
menjadi pengajaran kepada kanak-kanak supaya tidak menjadi malas dan dungu seperti Pak
Pandir.
Jadual 2 : Analisis Pengajaran supaya Rajin Belajar dalam Cerita Rakyat ‘Pak Pandir dan
Gergasi’

Muka Surat Petikan Cerita

13 Rupa-rupanya Pak Pandir sudah terlupa lorong mana yang


patut diikutnya.
“Alangkah baiknya kalau aku pandai membaca. Kalau
begini aku ikut sahajalah jalan yang ini,” kata Pak Pandir
kepada dirinya sendiri lalu mengikut lorong yang kiri.
P E N U L I S A N K R E A T I F S A S T E R A K A N A K - K A N A K ( B M M B 3 1 0 3 ) | 15

Jadual di atas jelas membuktikan bahawa pengajaran tersirat telah dimasukkan oleh pengarang
melalui monolog Pak Pandir, iaitu seseorang perlulah rajin belajar sehingga pandai supaya
tidak menjadi dungu seperti Pak Pandir.

Jadual 3 : Analisis Nilai Kasih Sayang dalam Cerita Rakyat ‘Pak Pandir dan Gergasi’

Muka Surat Petikan Cerita

5 Kambing berjanggut panjang disangkanya Tuk Lebai. Burung


pipit berkepala putih pula difikirkan Tuk Haji. Sungguhpun
begitu kehidupan Pak Pandir suami isteri aman bahagia.

Jadual di atas menunjukkan nilai kasih sayang yang cuba diterapkan oleh pengarang yang
sememangnya membuktikan pemikiran masyarakat Melayu, iaitu Pak Pandir dan Mak Andih
yang hidup bahagia dan saling menyayangi walaupun Mak Andih sudah sedia maklum akan
kebodohan Pak Pandir.

4.3 LATAR MASYARAKAT


Latar masyarakat merupakan aspek ketiga yang akan saya analisis secara terperinci melalui
cerita rakyat ‘Pak Pandir dengan Gergasi’. Masyarakat dalam cerita Pak Pandir sudah pun
terdedah kepada agama Islam dan telah menganuti agama Islam tetapi belum mengetahui
agama itu secara mendalam kerana Islam hanya bermula mendapat tapak di alam Melayu pada
akhir abad ketiga belas. Cerita ini pula dihasilkan sebelum tahun 1400 dan ditulis semula pada
tahun 1988 sebagai sastera kanak-kanak yang bergambar. Kita boleh lihat bahawa Islam sudah
menjadi agama kebanyakan masyarakat pada masa itu kerana perkataan-perkataan seperti
“Tuk Imam” dan “kenduri”. Cerita rakyat ini juga menunjukkan latar masyarakat yang berbudi
bahasa. Buktinya, Mak Andih menyuruh Pak Pandir untuk menjemput Tuk Imam untuk datang
ke kenduri yang ingin diadakan. Jadual berikut menunjukkan petikan dalam cerita rakyat ini
yang menunjukkan latar masyarakat yang sudah menganut agama Islam, dan latar masyarakat
yang berbudi bahasa.
Jadual 4 : Analisis Latar Masyarakat dalam Cerita Rakyat ‘Pak Pandir dan Gergasi’

Muka Surat Petikan Cerita

6 Pada suatu hari yang baik, berhajatlah Mak Andih membuat


P E N U L I S A N K R E A T I F S A S T E R A K A N A K - K A N A K ( B M M B 3 1 0 3 ) | 16

kenduri.
Lalu, disuruhnya Pak Pandir pergi menjemput Tuk Imam.

4.4 PENGGUNAAN KATA


Aspek keempat yang akan saya analisis melalui cerita rakyat yang telah saya pilih ialah aspek
penggunaan kata iaitu kata seirama yang ada dalam cerita rakyat tersebut yang menunjukkan
pemikiran masyarakat Melayu. Pemikiran masyarakat Melayu sangat ditonjolkan dalam cerita
rakyat ini melalui nyanyian Pak Pandir semasa dalam perjalanan untuk menjemput Tuk Imam
ke rumahnya. Rangkap lirik yang dinyanyikan Pak Pandir bersifat seirama, dan sememangnya
menunjukkan ketinggian bahasa Melayu dan menunjukkan pemikiran masyarakat Melayu yang
terdapat dalam karya kreatif ini. Jadual di bawah menunjukkan kata seirama yang dinyanyikan
Pak Pandir.
Jadual 5 : Analisis Penggunaan Kata dalam Cerita Rakyat ‘Pak Pandir dan Gergasi’

Muka Surat Petikan Cerita

8 Hari itu cerah dan udaranya pun sungguh nyaman. Pak


Pandir bernyanyi dengan riang sambil menghafal pesanan
Mak Andih.

Lorong kiri, lorong kanan,


Lorong kiri, lorong kanan;
Mak Andih membuat kenduri,
Pak Pandirlah yang makan.

Jelaslah di sini bahawa penggunaan kata iaitu kata seirama telah diletakkan oleh pengarang di
dalam cerita rakyat ini untuk menunjukkan pemikiran masyarakat Melayu yang puitis,
mempunyai perbendaharaan kata yang indah serta bahasa yang halus.

4.5 UNSUR KHAYALAN


Aspek terakhir iaitu unsur khayalan merupakan antara aspek yang akan saya perincikan
pemikiran masyarakat Melayunya di dalam cerita rakyat yang telah saya pilih iaitu ‘Pak Pandir
dengan Gergasi'. Cerita Pak Pandir mempunyai unsur-unsur khayalan yang dicampur adukkan
dengan dunia kenyataan bagi menghiburkan masyarakat pada masa itu. Unsur-unsur khayalan
P E N U L I S A N K R E A T I F S A S T E R A K A N A K - K A N A K ( B M M B 3 1 0 3 ) | 17

iaitu kewujudan gergasi di dalam cerita rakyat ini dapat membawa masyarakat ke alam khayal
agar mereka terhibur dan dapat melepaskan diri dari alam yang nyata, kesulitan dan kebosanan
yang dialami setiap hari. Ini menunjukkan bahawa masyarakat pada masa itu masih percaya
kepada unsur-unsur khayalan walaupun Islam sudah mendapat tempat dalam masyarakat itu.
Ini juga menunjukkan bahawa Islam tidak dapat menghapuskan pengaruh Hindu yang sebegitu
lama berkesan di alam Melayu dengan serta-merta. Berikut merupakan jadual yang
menunjukkan petikan cerita rakyat mengenai unsur khayalan.
Jadual 6 : Analisis Penggunaan Kata dalam Cerita Rakyat ‘Pak Pandir dan Gergasi’

Muka Surat Petikan Cerita

19 Dan, dengan tidak disangka-sangka, muncullah gergasi


yang amat besar lagi menakutkan! Mulutnya yang amat
besar itu terbuka luas. Maka kelihatanlah gigi taringnya yang
panjang.
Apalagi, dengan serta-merta berubahlah muka Pak Pandir
menjadi pucat lesi!

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, ilmu penulisan kreatif sastera kanak-kanak sangat penting dalam usaha untuk
meningkatkan mutu kanak-kanak pada masa kini secara amnya. Penulisan sastera kanak-
kanak dilihat sangat berguna untuk membantu perkembangan kanak-kanak. Hal ini dapat dilihat
dengan jelas melalui perincian saya terhadap konsep penulisan sastera kanak-kanak,
kepentingannya, serta analisis karya kreatif kanak-kanak iaitu cerita rakyat yang berjudul ‘Pak
Pandir dengan Gergasi’.
Kanak-kanak bukan sahaja mempunyai minat membaca yang mendalam, serta
kemahiran membaca yang baik, malahan perkembangan aspek kognitif mereka juga turut
berkembang. Oleh itu, penulisan kreatif sastera kanak-kanak sememangnya perlu
dititikberatkan oleh semua pihak terutamanya bakal guru dalam usaha untuk menjadikan murid-
murid sebagai generasi yang pintar dan berkebolehan dalam semua aspek, pada masa yang
akan datang.

6.0 RUJUKAN

Atan Long. (1977). Pendekatan ke arah pembinaan asas bacaan yang kukuh di peringkat
permulaan membaca. Pejabat Pelajaran Johore.
P E N U L I S A N K R E A T I F S A S T E R A K A N A K - K A N A K ( B M M B 3 1 0 3 ) | 18

Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan perkembangan sastera kanak-kanak. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Kamaruddin Hj. Husin. (1998). Kaedah mengajar kesusasteraan Melayu. Fakulti Pengajian
Pendidikan. Universiti Putra Malaysia.

Keris Mas. (1988). Perbincangan gaya bahasa sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Md. Sidin Ahmad Ishak. (2005). Perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia: buku Melayu
mencari nafas baru. Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Mohd Fauzi bin Abdullah. (2019). Penciptaan dan persembahan puisi tradisional. Penerbit IPG
Kampus Bahasa Melayu.

Mohd Kasim Ismail. (1999). Kesusasteraan kanak-kanak dan remaja. Fakulti Bahasa Moden
dan Komunikasi. Universiti Putra Malaysia.

Mohd. Taib Osman. (2007). Cerita jenaka Melayu. Yayasan Karyawan.

Mohd Shukri Edrus. (1988). Pak Pandir dengan gergasi. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh. (1987). Sastera kanak-kanak dan remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramli Isin. (1984). Riak dan gelombang sastera Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Zaliha Wan Othman & Ratna Laila Shahidin. (2017). Penulisan sastera kreatif kanak-
kanak. Sasbadi Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai