Hati itu
Sudah tua
Terlalu tua
Untuk segalanya.
Sekeping hati,
Menjadi raja kepada diri
Pemandu arah juga tujuan
Jasad dan akal
Menuju kasih
Redha Ilahi
Sekeping hati,
Jatuh bangunnya,
Tiada ternoktah
Saban hari
Sekeping hati,
Kadang terlihat
Kekuatan yang luar biasa
Kecekalan yang tiada terkira
Kecintaan yang utuh sentiasa
Walau hakikatnya
Sekeping hati itulah
Mudah rapuh dan lemah
Dihempas badai ujian
Jua cabaran
Ditiup taufan emosi
Jua perasaan
Sekeping hati,
Walau apa halangan mendatang
Tabahlah,
Jangan kau rebah
Tekadlah,
Jangan kau kalah
Kuatlah,
Jangan kau lemah
Kerana kau,
Tonggak utama
Mujahadah sekeping hati.