Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN & ATUR CARA PERHIMPUNAN PAGI 17 OKTOBER 2016

Majlis bermula tepat pukul 7.50 pagi (sebelum pukul 8.00 pagi)

Pemberitahuan untuk Bersedia Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hadirin diminta untuk mengambil tempat
kerana majlis perhimpunan ini akan
bermula sebentar sahaja lagi.

Lagu Negaraku Hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan


lagu Negaraku dan melafazkan Ikrar
Rukun Negara.

Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis perhimpunan kita


pada pagi ini dijemput saudara
_________(PPISMP 1C9)_________untuk
memimpin bacaan doa.

Terima kasih diucapkan kepada saudara


_________(PPISMP 1C9)_________atas
bacaan doa itu sebentar tadi.

Kata Alu-aluan Assalamualaikum dan salam sejahtera


diucapkan kepada Yang Berusaha Pn
Mahani binti Mohamad, Ketua Jabatan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Yang
Dihormati Cik Kalaivalli a/p Ratnam, Ketua
Unit Kepimpinan dan Pengembangan
Pelajar, para pensyarah, barisan JPP dan
para pelajar sekalian.

* bergantung kepada pensyarah yang turut


hadir semasa perhimpunan

Slot Bicara Pemimpin Majlis diteruskan dengan Slot Bicara


Pemimpin. Dipersilakan saudari Ernani
binti Takbirun untuk menyampaikan
maklumat beliau.

Terima kasih diucapkan kepada saudari


Ernani binti Takbirun atas penyampaian
maklumat itu sebentar tadi.
Ucapan Yang Berusaha Pn Mahani binti Seterusnya majlis dengan sukacitanya
Mohamad menjemput Yang Berusaha Puan Mahani
binti Mohamad untuk menyampaikan
ucapan.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang


Berusaha Puan Mahani binti Mohamad
atas ucapan itu sebentar tadi.

Taklimat Setiausaha Akademik Majlis diteruskan lagi dengan taklimat


daripada setiausaha akademik Dr Tuan
Jah Tuan Yusof. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Tuan


Jah Tuan Yusof atas penyampaian
taklimat itu sebentar tadi.

Penyampaian Maklumat Majlis seterusnya mempersilakan


_________________________ untuk
menyampaikan maklumat. Majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada


_________________________ atas
penyampaian maklumat itu sebentar tadi.

Penerangan Peraturan Akta 174 Majlis diteruskan dengan penerangan


peraturan Akta 174. Dipersilakan saudara /
saudari _____(PPISMP 1C9)_____untuk
menerangkan peraturan Akta 174.

Terima kasih diucapkan kepada saudara /


saudari _____(PPISMP 1C9)_____atas
penerangan peraturan Akta 174 itu
sebentar tadi.

Nyanyian 3 Rangkaian Lagu Bagi mengakhiri majlis perhimpunan kita


pada hari ini hadirin diminta untuk berdiri
untuk menyanyikan 3 rangkaian lagu.
Akhir Kata Akhir bicara, pihak majlis memohon
kemaafan sekiranya tersalah bicara
mahupun mengguris perasaan mana-
mana pihak sepanjang mengendalikan
majlis perhimpunan pada hari ini. Sekian,
terima kasih.

Rujukan Kehormat

Yang Berbahagia Dr. Hajah Maridah binti Haji Alias – Pengarah IPG Kampus
Bahasa Melayu

Yang Mulia Tengku Adli bin Raja Omar – Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa
Melayu

Yang Berusaha – Ketua Jabatan / Ketua Unit / Pensyarah Berjawatan

Yang Dihormati – Para pensyarah

Majlis perhimpunan perlu ditamatkan selewat-lewatnya pukul 8.50 pagi

* Pastikan kehadiran pengarah / timbalan pengarah / pensyarah sebelum majlis


bermula.

* Kenal pasti kumpulan yang bertugas untuk sebarang persembahan dan nama JPP
yang terlibat dalam Slot Bicara Pemimpin.

* Sebarang persediaan (sehari sebelum) dan masalah berkenaan dewan dan sistem
siar raya boleh hubungi Encik Mansor (01116325670).

Anda mungkin juga menyukai