Anda di halaman 1dari 7

Teks Pengacara Majlis

Program Ceramah Pencegahan Kebakaran

12 Mei 2017

QUE SKRIP

Ketibaan Mohon perhatian kepada semua hadirin. Hadirin dipersilakan berdiri

penceramah sebaik sahaja ketibaan tetamu diumumkan. Terima kasih atas kerjasama

semua.

--------------------------------------------------------------------------------

Mengumumkan, ketibaan dif-dif jemputan,

diiringi oleh Yang Berusaha, Encik Zamerene bin Ruin, Guru Besar SK

St. Alphonsus dan Encik Kueh Gian Boh, Pengerusi Program.

Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan,

Menjadi perisa sedap terperi

Selamat datang kami ucapkan,

Semoga majlis tambah berseri.


QUE SKRIP

Ucapan alu- Bismillahirrahmanirrahim,

aluan emcee Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang dihormati,

_____________________________________________

Pegawai Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah

_______________________

Yang Berusaha,

Encik Zamerene bin Ruin, Guru Besar SK St. Alphonsus, Julau.

Encik Kueh Gian Boh, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK St.

Alphonsus, merangkap Pengerusi Program,

Puan Carolan Anak Banding, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK St.

Alphonsus selaku naib pengerusi I Program,

Puan Casier Chendu Anak Giman, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK

St. Alphonsus selaku naib pengerusi II program,

Barisan guru penolong kanan SK St. Alphonsus,

*Yang dihormati,

Encik Tony Hong dan Puan Selina binti Jaludin, selaku Penyelaras

Program,

Rakan-rakan guru, *rakan-rakan staf sokongan, seterusnya murid-murid

yang dikasihi sekalian.


Warga dewan sekalian,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-

Nya jua, kita diberikan kelapangan waktu, dapat bersama-sama

berhimpun pagi ini untuk menjayakan program

Ceramah Pencegahan Kebakaran bagi sesi persekolahan 2017.

Lagu Hadirin dan hadirat sekalian,

Negaraku, Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan,lagu Negaraku,

Ibu Pertiwiku diikuti lagu kebesaran negeri Sarawak, Ibu Pertiwiku dan lagu sekolah.

Lagu Sekolah Dif-dif jemputan dan para hadirin dipersilakan berdiri untuk bersama-

sama menyanyikan lagu.

-----------------selesai nyanyi-------------------

Bacaan doa Seterusnya majlis menjemput Encik Joshua Anak John untuk

mengetuai bacaan doa bagi memberkati majlis. Dipersilakan.

----------- setelah doa dibaca -----------

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian dan bacaan doa itu tadi.

Hadirin dipersilakan duduk.


QUE SKRIP

Ucapan alu- Sidang hadirin sekalian,

aluan GB

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis berbesar hati

menjemput

Yang Berusaha, Encik Zamerene bin Ruin, Guru Besar SK St. Alphonsus

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya majlis

mempersilakan…

-----------------------------selesai berucap---------------------------------

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Zamerene atas ucapan

sebentar tadi.

Ceramah Hadirin yang dihormati sekalian,

Pencegahan

Kebakaran Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita sama-sama

mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari

Balai Bomba dan Penyelamat Daerah __________________.

Oleh itu, majlis dengan penuh hormat dan takzimnya ingin menjemput,

Encik ____________________________________________,

Pegawai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Daerah ___________

untuk menyampaikan ceramah beliau. Majlis mempersilakan..

*Para hadirin sekalian, sesi ini kita teruskan pula dengan memberi

peluang kepada sesiapa yang ingin mengajukan soalan mengenai ceramah

sebentar tadi.
--------------ceramah selesai------------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih

kepada Encik ______________________________________

atas ceramah yang penuh informasi itu tadi.

Diharapkan sama-samalah kita mendapat manfaat dan pedoman dari

ceramah beliau tadi dalam mendidik hati dan menjadikan kita insan yang

lebih berwaspada dan bertanggungjawab selepas ini.

Hadirin sekalian,

Majlis akan berhenti berehat sebentar dan akan diteruskan selepas

rehat untuk demonstrasi memadam kebakaran daripada pihak bomba.

Oleh itu, majlis mempersilakan, Yang Berusaha, En. Zamerene bin Ruin

untuk mengiringi dif-dif jemputan ke dewan makan bagi menikmati

jamuan ringan.

--------------------------------Demonstrasi-------------------------
Penyampaian Hadirin sekalian,

cenderahati Orang berbudi, kita berbahasa,

Orang memberi, kita merasa,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada

penceramah jemputan kita pada hari ini.

Untuk itu, majlis mempersilakan

Yang Berusaha, Encik Zamerene bin Ruin, Guru Besar Sk St. Alphonsus

dengan diiringi oleh En. Kueh Gian Boh, Pengerusi Program ke pentas

bagi menyempurnakan acara.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada seluruh warga SK

ST. Alphonsus, maka majlis dengan rasa rendah hati

menjemput____________________________________ bagi

menerima cenderahati. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Zamerene bin Ruin atas

penyampaian cenderahati itu tadi.


bersurai Hadirin sekalian,

Selesai sudah Program Ceramah Pencegahan Kebakaran,

Saya mewakili jawatankuasa program memohon maaf atas segala

kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga kepada Balai Bomba dan

Penyelamat Daerah ______________ khususnya Yang dihormati,

______________________________________________ serta

hadirin dan hadirat sekalian kerana sudi melapangkan masa bagi

menjayakan program.

Terima kasih sekalung ingatan kepada semua yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis yang penuh

bermakna ini.

Saya akhiri majlis dengan serangkap pantun,

Sekian sahaja, salam hormat,

wa billahit taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum w.b.t..

Anda mungkin juga menyukai