Anda di halaman 1dari 1

Kamus Rima Kata Puisi Melayu (KRiK)

Nur Faiqah Nasuha binti Muhd Zafrullah

Aiman Haziq bin Hamzah

Hanis Wahidah binti Shuib

Nurul Aqilah binti Mohd Isa

Dr. Azman bin Rahmat (P)

Abstrak

Inovasi yang dihasilkan ialah KRiK iaitu akronim yang merujuk kepada Kamus Rima Kata Puisi
Melayu. Melalui inovasi yang diperkenalkan ini, para pelajar yang sebelum ini tidak pernah
mempunyai pengalaman dalam bidang puisi Melayu, seperti pantun, sajak, syair dan banyak
lagi untuk mempelajari teknik membina puisi tradisional mahupun moden dengan mudah dan
cepat. Selain itu, pelajar juga dapat membina pantun dengan mengunakan kosa kata yang
pelbagai dengan adanya Kamus Rima Kata Puisi Melayu ini.

KRiK merupakan akronim kepada Kamus Rima Kata Puisi Melayu yang bertujuan
membantu para pelajar untuk mencari kosa kata bagi membina puisi, contohnya dalam
membina pembayang yang baik dan bermutu dalam bidang pantun. Kelebihan lain yang boleh
dilihat melalui penggunaan Kamus Rima Kata Puisi Melayu ialah para pelajar dapat
menggunakan kosa kata yang bermutu tinggi serta mempunyai maksud yang mendalam dan
berkaitan dengan puisi yang ingin dibina. Selain itu, murid diberi kemudahan untuk mengetahui
tentang makna kosa kata yang ingin digunakan dalam setiap pembinaan puisi dengan
menggunakan bantuan kamus rima kata yang akan diperkenalkan ini. Murid juga dapat
mencipta puisi yang baik dalam masa yang lebih singkat dengan menggunakan kamus rima
kata ini. Kamus ini bukan sahaja mempunyai senarai kosa kata yang pelbagai mengikut suku
kata akhir malahan senarai rima kata tersebut dikategorikan kepada 10 kategori yang berbeza
mengikut warna-warna yang telah ditetapkan. Hal ini secara tidak langsung membantu
memudahkan urusan pengguna untuk menggunakan kamus rima kata ini dalam mencari kosa
kata yang sesuai dan tepat dalam masa yang singkat. Bentuk kamus yang bersesuaian dan
boleh dibawa ke mana sahaja ini juga membantu pengguna untuk menggunakan kamus ini
pada bila-bila masa sahaja.

Anda mungkin juga menyukai