Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


( AMBILAN JUN 2017 SEMERTER 6 )

SEMANTIK BAHASA MELAYU


(BMMB 3123)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: MUHAMMAD ASYRAF BIN MD.YUNUS

NO. KAD
981025065195
PENGENALAN:

ANGKA GILIRAN: 2017192340080

PISMP C5 AMBILAN JUN 2017


KUMPULAN:
BAHASA MELAYU (SK)

NAMA
PENSYARAH PUAN ROZEHA BINTI HARUN
AKADEMIK:

TAJUK TUGASAN
ANALISIS PERIBAHASA
PROJEK:

TARIKH SERAHAN: 19 MAC 2020

TARIKH
MENERIMA
MAKLUM BALAS
KANDUNGAN
PENGHARGAAN................................................................................................................... 2

PENGENALAN....................................................................................................................... 4

ANALISIS PERIBAHASA.......................................................................................................4

Helang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga................................................5

Harimau menunjukkan belangnya.......................................................................................5

Bagai pinang dibelah dua...................................................................................................6

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.........................6

Menari di ladang orang.......................................................................................................7

Habis manis sepah dibuang................................................................................................8

Padi masak jagung mengupih.............................................................................................8

Genggam bara api biar sampai jadi arang..........................................................................9

Dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan............................................................9

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing........................................10

PENUTUP............................................................................................................................ 10

RUJUKAN............................................................................................................................ 11

1
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, pertama dan selamanya
saya merafak syukur kepada Ilahi kerana dengan izin dan bantuan-Nya dapat juga saya
berjaya menyiapkan tugasan pada kali ini. Secara jujurnya, tugasan yang diberikan pada kali
ini memang menguji ketahanan fizikal dan mental saya dalam memikul segala cabaran
untuk menyiapkan sebuah hasil yang berkualiti. Dalam tugasan kali ini, saya akan
menganalisis makna peribahasa secara kritis. Tetapi terlebih dahulu, molek rasanya untuk
saya memberi sejambang penghargaan kepada semua pihak yang banyak membantu
sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Rozeha
Binti Harun, pensyarah bagi kursus Semantik Bahasa Melayu, yang telah memberi tunjuk
ajar dan bimbingan yang tidak terkira kepada saya dan rakan seperjuangan. Segala tip-tip
dan teguran itu secara tidak langsung telah membantu saya untuk memperbaiki segala
cacat-cela yang terselit pada tugasan yang saya lakukan kali ini. Tanpa bimbingan beliau,
sudah pasti saya sukar untuk menghasilkan sebuah kerja yang cukup berkualiti.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayahanda dan bonda
tercinta, Md.Yunus Bin Sahat dan Roslina Binti Nordin kerana tidak putus-putus memberi
dorongan dan bantuan kepada anakanda dalam menyiapkan tugasan ini dari bentuk
kewangan, kelengkapan dan sebagainya. Tanpa sokongan kuat daripada kedua-dua insan
ini, sudah pasti saya akan tersungkur di tengah perjalanan dalam melengkapkan sebuah
perjuangan. Mereka banyak menasihati saya agar melakukan semua perkara dengan penuh
kesungguhan dan ikhlas dalam melaksanakannya. Kata-kata itu akan saya pegang dan
amatinya buat selama-lamanya. Saya begitu yakin bahawa doa-doa merekalah yang
memberi semangat kepada saya untuk bermusafir mencari ilmu di muka bumi ini.

Selain itu, ingin saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan
seperjuangan saya di kelas PISMP semester 6 C5 yang telah menyumbang seribu satu
sumber dan maklumat dalam menjayakan tugasan ini. Tanpa mereka juga sudah pasti saya
buntu dalam mencari olahan idea yang penuh kreatif dan inovatif untuk menghasilkan satu
nilai estetika dalam tugasan kali ini. Dengan pengalaman ini bersama mereka juga saya
dapat merasakan begitu indahnya persahabatan yang senantiasa menghulur bantuan dalam
apa jua keadaan, sama ada susah ataupun senang.

Tidak dilupakan juga kepada mana-mana individu yang bersama-sama membantu


saya menyiapkan tugasan pada kali ini sama ada secara langsung ataupun tidak. Segala

2
bantuan kalian amatlah saya hargai dan sudah pastinya pengorbanan kalian tidak saya akan
lupakan sampai bila-bila insya-Allah.

Merpati putih mencari makan,


Tika menunggu tepi perigi,
Ucapan kasih hamba layangkan,
Tanda jasamu kusanjung tinggi,

Tika menunggu tepi perigi,


Terlihat renang ikan haruan,
Tanda jasamu kusanjung tinggi,
Moga tuhan rahmati tuan.

Sekian terima kasih.

3
PENGENALAN
Peribahasa Melayu merupakan satu daripada komponen penting dalam puisi Melayu
tradisional yang mencorakkan nilai budi orang Melayu, yang telah sebati dalam kehidupan
seharian. Keindahan peribahasa Melayu tidak hanya terpancar melalui susunan kata-kata
dan perlambangannya, tetapi lebih daripada itu, peribahasa Melayu adalah paparan tingkah
laku, ketinggian ilmu dan falsafah yang terbit daripada akal budi orang Melayu. Satu perkara
yang tidak dapat disangkal dalam penciptaan peribahasa Melayu adalah ketinggian tahap
renungan orang Melayu terhadap alam sekelilingnya. Menurut Muhammad Haji Salleh
(2002) penggunaan unsur alam sebagai perlambangan memberikan identiti kepada kepada
sastera Melayu malah menjadi alatan terpenting sastera Melayu. Hassan Ahmad (2004)
pula menyatakan bahawa;

“Pemikiran Melayu besifat sintesis dan holistik iaitu menyeluruh dengan


menggunakan data daru pengalaman dan pemerhatian empirikal di sekeliling alam
mereka, untuk membentuk pandangan hidup atau falsafah hidup, mencipta makna
yang mesejnya atau nilainya dapat kekal sepanjang zaman. mereka belajar dari
alam. Alam adalah gurunya. Mereka berfikir melalui metafora, melalui kiasan, melalui
perbandingan, melalui tamsil barat, melalui lambang atau imagery.”

Secara tuntasnya, peribahasa Melayu dan alam sekelilingnya mempunyai hubungan


yang amat rapat yang berkembang beriringan. Dalam tugasan ini akan menganalisis makna
sepuluh peribahasa secara kritis yang bertemakan alam Melayu. Merujuk Kamus Dewan
(2010), peribahasa merangkumi pepatah, kiasan, tamsil dan ibarat, bidalan, perbilangan,
simpulan bahasa dan perumpamaan. Oleh itu, sepuluh peribahasa yang dipilih akan terdiri
daripada pepatah, kiasan, tamsil dan ibarat, bidalan, perbilangan, simpulan bahasa dan
perumpamaan.

ANALISIS PERIBAHASA
Analisis akan dilakukan kepada terhadap sepuluh peribahasa bahasa Melayu. Analisis ini
akan dilakukan dengan menerangkan perubahan makna yang berlaku dalam peribahasa-
peribahasa tersebut.

Bungkus tulang dengan daun talas

Peribahasa bungkus tulang dengan daun talas membawa maksud menyembunyikan rahsia
dengan tidak berhati-hati (Abdullah Hussain, 2017). Peribahasa ini terdiri daripada lima
perkataan. Tulang dalam peribahasa ini merujuk kepada sesuatu yang berharga iaitu

4
sebahagian dari tubuh manusia atau binatang. Daun talas pula merujuk kepada sejenis
herba yang berumbi seperti keladi.

Jika diteliti perubahan makna dalam peribahasa ini dilihat jelas iaitu membungkus tulang
yang membawa maksud satu perbuatan membungkus atau menyembunyikan sesuatu yang
berharga supaya tidak kelihatan. Daun talas pula mewakili sesuatu yang lembut dan mudah
rosak.

Peribahasa ini merujuk kepada sikap segelintir masyarakat yang tidak berhati-hati
dalam menyembunyikan rahsia. Sikap tidak berhati-hati dikaitkan dengan penggunaan daun
talas yang lembut dan mudah koyak dalam membungkus sesuatu yang berharga. Perkara
atau barang yang berharga seharusnya dijaga dan dibungkus dengan baik dengan
menggunakan pembungkus yang baik dan berkualiti agar perkara atau barang berharga
selamat. Berikut merupakan contoh penggunaan peribahasa ini dalam ayat.

I. Sikap bungkus tulang dengan daun talas yang diamalkannya itu telah
menyebabkan kepercayaan orang kampung terhadapnya telah hilang.

Helang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga


Menurut Abdullah Hussain (2017), peribahasa helang terbang mengawan, agas hendak
mengawan juga membawa maksud orang miskin hendak meniru kelakuan orang kaya.
Peribahasa ini terdiri daripada enam patah perkataan. Helang merujuk kepada seekor
burung yang gagah dan boleh terbang tinggi. Agas pula merujuk kepada sejenis serangga
yang seakan-akan nyamuk tetapi lebih kecil berbanding nyamuk.

Perubahan makna dalam peribahasa ini dilihat pada helang yang terbang tinggi jika
dibandingkan dengan burung-burung yang lain. Helang ini umpama individu tertentu yang
mempunyai harta dan kemewahan. Agas pula merujuk kepada individu yang yang tidak
mempunyai harta dan kemewahan jika dibandingkan dengan helang. Peribahasa ini
digunakan oleh orang Melayu suatu masa dahulu untuk menegur golongan agas iaitu
individu yang tidak mempunyai harta atau kemewahan namun ingin meniru golongan helang
iaitu golongan yang mempunyai kuasa, harta dan kekayaan. Berikut merupakan contoh
penggunaan peribahasa ini dalam ayat.

I. “Kita orang miskin, tidak usahlah bersikap seperti helang terbang mengawan,
agas hendak mengawan juga nanti kita yang melarat,” kata Pak Rahmi kepada
isterinya.

5
Harimau menunjukkan belangnya
Peribahasa harimau menjunjukkan belangnya membawa maksud orang besar yang
menunjukkan kekuasaannya (Abdullah Hussain, 2017). Peribahasa ini terdiri daripada tiga
perkataan. Harimau merujuk kepada seekor haiwan yang gagah dan berani yang terkenal
sebagai raja di rimba. Harimau juga amat ditakuti oleh semua haiwan yang lain
mendengarkan bunyinya sahaja, semua haiwan lain di rimba ketakutan. Malah manusia juga
berasa gerun dan takut akan harimau.

Kehidupan orang Melayu suatu ketika dahulu sangat rapat dengan alam sekitar.
Oleh itu, ciri-ciri harimau telah diserap dalam peribahasa Melayu untuk menyampaikan
sesuatu makna. Perubahan makna dalam peribahasa ini dapat dilihat melalui ciri-ciri
harimau itu sendiri yang gagah dan berani dilambangkan atau diumpamakan sebagai
segelintir manusia yang mempunyai kuasa contohnya orang besar dalam sesuatu kawasan
itu. Oleh itu, apabila harimau atau orang besar menunjukkan kekuasaannya tentu semua
yang meilhat akan gementar. Berikut merupakan contoh penggunaan peribahasa ini dalam
ayat.

I. Penghulu Hitam seperti harimau menunjukkan belangnya kepada orang


kampung yang labat membayar cukai.

Bagai pinang dibelah dua


Peribahasa bagai pinang dibelah dua bermaksud dua orang atau pasangan yang sama
padan dan sama cantik (Abdullah Hussain, 2017). Peribahasa ini terdiri daripada empat
perkataan. Pinang ialah sejenis tumbuhan palma yang buahnya dimakan dengan sirih. Jika
pinang dibelah dua akan menghasilkan dua bahagian yang sama saiz.

Pinang sangat rapat dengan kehidupan orang Melayu suatu ketika dahulu terutama
sekali bagi mereka yang makan sirih. Perubahan makna dalam peribahasa ini dapat dilihat
pada buah pinang yang dibelah dua yang merujuk kepada dua orang insan yang sama
cantik sama padan.

Peribahasa ini selalunya digunakan untuk merujuk kepada pasangan lelaki dan
perempuan. Kedua-duanya mempunyai rupa paras yang menarik sama seperti buah pinang
yang dibelah dua kerana menghasilkan dua bahagian yang sama. Berikut merupakan
contoh penggunaan peribahasa ini dalam ayat.

I. Pasangan yang bertunang itu bagai pinang dibelah dua.

6
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
membawa maksud menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan (Abdullah Hussain,
2017). Peribahasa ini terdiri daripada 8 perkataan. Kambing dan kerbau ialah sejenis
binatang mamalia yang dipelihara. Walau bagaimanapun kedua binatang ini mempunyai
bunyi yang berbeza iaitu kambing mengembek manakala kerbau menguak.

Kedua jenis binatang ini digunakan dalam peribahasa kerana kedua binatang ini rapat
dengan kehidupan orang Melayu pada ketika dahulu. Perubahan makna dalam peribahasa
ini dapat dilihat dari bunyi kambing dan bunyi kerbau yang berbeza merujuk kepada
manusia yang mempunyai banyak perbezaan iaitu bahasa, kepercayaan, kebudayaan dan
sebagainya. Peribahasa ini berbentuk nasihat kepada semua masyarakat agar tidak
mementingkan diri sendiri dan sentiasa berusaha menyesuaikan diri dengan masyarakat
sekeliling walaupun mempunyai perbezaan dari aspek bahasa, kepercayaan dan
sebagainya. Hal ini kerana hubungan yang baik antara masyarakat akan menjamin
kesejahteraan sejagat. Berikut merupakan contoh penggunaan peribahasa ini dalam ayat.

I. “Kita perlulah pandai menyesuaikan diri dengan masyarakat sekeliling supaya tidak
berasa janggal ketika bergaul dengan mereka, bak kata pepatah, masuk ke kandang
kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak” pesan ibu kepada
Faisya.

Menari di ladang orang


Peribahasa menari di ladang orang membawa maksud bersenang-senang memakai harta
orang atau bersenang-senang di rumah orang (Abdullah Hussain, 2017). Peribahasa ini
terdiri daripada empat perkataan. Menari ialah satu perbuatan menggerakkan badan, kaki
serta tangan mengikut irama muzik. Manakala ladang orang pula ialah kawasan yang
ditanami padi, ubi, jagung dan sebagainya yang dimiliki oleh seseorang.

Tarian mengikut irama muzik merupakan salah satu jenis hiburan bagi orang Melayu
suatu ketika dahulu. Manakala ladang pula merupakan sumber pendapatan atau sumber
makanan yang sangat penting bagi masyarakat suatu ketika dahulu. Perubahan makna
dalam peribahasa ini dapat dilihat pada perbuatan menari iaitu umpama seseorang yang
sedang bergembira. Ladang orang pula merujuk kepada harta milik seseorang.

Peribahasa ini berbentuk nasihat kepada segelintir masyarakat yang menari iaitu
bergembira ke atas ladang iaitu harta milik orang lain. Sebagai manusia kita tidak
seharusnya mengamalkan sikap sebegini kita seharusnya rajin berusaha untuk

7
mendapatkan pendapatan kita sendiri. Berikut merupakan contoh penggunaan peribahasa
ini dalam ayat.

I. Sikapnya yang suka menari di ladang orang menyebabkan ramai orang kampung
yang tidak suka padanya.

Habis manis sepah dibuang


Peribahasa habis manis sepah dibuang membawa maksud setelah tidak berguna, dibuang
atau tidak diendahkan lagi (Abdullah Hussain, 2017). Peribahasa ini terdiri daripada empat
perkataan. Manis merujuk kepada sesuatu yang rasanya seperti gula atau madu. Manakala
sepah pula merujuk kepada hampas benda yang telah dikunyah dan dihisap airnya seperti
tebu.

Perubahan makna dalam peribahasa ini boleh dilihat pada tebu iaitu apabila seseorang
yang memakan tebu akan memamah dan menghisap semua kemanisannya sepah atau
hampas yang tinggal akan dibuang kerana tidak berguna lagi. Orang Melayu pada zaman
dahulu menggunakan peribahasa seperti ini untuk memberikan nasihat kepada remaja
terutamanya bagi golongan wanita agar sentiasa menjaga diri daripada diambil kesempatan
oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab. Berikut merupakan contoh penggunaan
peribahasa ini dalam ayat.

I. Gadis remaja dinasihatkan untuk tidak terlalu mengikut kata hati kerana sikap ini
akan menyebabkan mereka mudah diperdaya dan akhirnya menyesal setelah habis
manis sepah dibuang.

Padi masak jagung mengupih


Peribahasa padi masak jagung mengupih membawa maksud keuntungan berlipat ganda
(Abdullah Hussain, 2017). Peribahasa ini terdiri daripada empat patah perkataan. Padi dan
jagung ialah tumbuhan yang ditanam oleh masyarakat Melayu suatu ketika dahulu yang
merupakan sumber makanan mereka. Oleh itu dua tumbuhan ini sangat rapat dengan
kehidupan masyarakat Melayu.

Perubahan makna dalam peribahasa ini dapat dilihat pada padi yang ditanam telah
masak yang merujuk kepada musim memungut hasil. Seterusnya jagung mengupih juga
membawa maksud yang sama iaitu telah tiba masanya untuk memungut hasil setelah
menanam jagung.

Oleh itu, padi telah masak dan pada masa yang sama jagung juga mengupih membawa
maksud bahawa keuntungan yang didapati berlipat ganda atau berkali-kali untung. Hal ini
kerana padi dan jagung merupakan antara sumber makanan yang penting bagi masyarakat

8
pada suatu ketika dahulu. Berikut merupakan contoh penggunaan peribahasa ini dalam
ayat.

I. Hidup Pak Ali semakin baik apabila dia telah mendapat keuntungan seperti padi
masak jagung mengupih sejak beberapa bulan yang lepas.

Genggam bara api biar sampai jadi arang


Peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang membawa maksud kalau melakukan
sesuatu pekerjaan yang susah, biarlah bersungguh-sungguh dan hendaklah bersabar
sehingga mendapat hasilnya nanti (Abdullah Hussain, 2017). Peribahasa ini terdiri daripada
tujuh perkataan. Bara api ialah serpihan arang batu atau kayu yang bernyala dalam api yang
hampir padam. Arang pula ialah benda hitam yang rapuh atau sisa kayu yang terbakar.

Perubahan makna boleh dilihat pada perbuatan menggenggam bara api. Meskipun bara
api ialah sesuatu yang sangat panas dan menyakitkan namun jika bersungguh-sungguh,
bara itu akan berjata digenggam sehingga menjadi arang. Jika diteliti peribahasa ini
ditujukan kepada golongan remaja yang sedang membesar menjadi dewasa. Hal ini kerana
golongan remaja seharusnya bersedia dan berani merebut peluang dan menyahut cabaran
agar berjaya dalam hidup. Berikut merupakan contoh penggunaan peribahasa ini dalam
ayat.

I. “Aku tidak akan berhenti daripada menulis buku ini walaupun begitu banyak cabaran
yang menghalang. Aku akan genggam bara api biar sampai jadi arang,” kata Azlina
dengan penuh semangat.

Dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan


Peribahasa dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan ini membawa maksud
mendengar untung besar yang belum pasti dapat untung kecil dilepaskan begitu sahaja
(Abdullah Hussain, 2017). Peribahasa ini terdiri daripada lapan patah perkataan. Dalam
peribahasa ini guruh ialah bunyi bising di langit yang biasanya didahului oleh kilat.
Tempayan pula ialah sejenis bejana yang dibuat daripada tanah liat untuk menyimpan air.

Perubahan makna dalam peribahasa ini dapat dilihat pada guruh yang berbunyi yang
menunjukkan bahawa hujan akan turun. Segelintir orang menyangka bahawa hujan pasti
akan turun apabila mendengar guruh di langit, lalu air yang sedia ada di dalam tempayan
dicurahkan. Mereka ingin menadah air hujan yang bakal turun itu sedangkan hujan belum
tentu turun atau mungkin akan beralih ke tempat yang lain. Pemikiran orang Melayu yang
kreatif menggunakan unsur alam ini untuk menyampaikan mesej kepada orang lain agar

9
bersikap lebih rasional dalam membuat sebarang keputusan jika mendapat berita yang tidak
pasti. Berikut merupakan contoh penggunaan peribahasa ini dalam ayat.

I. Lily menasihati Jason agar jangan seperti dengar guruh di langit, air di tempayan
dicurahkan dengan berhabisan harta untuk memikat Mei Ling yang belum pasti
hendak mengawininya.

Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing


Peribahasa bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing ini membawa
maksud mementingkan diri sendiri dan tidak hidup bermasyarakat (Abdullah Hussain, 2017).
Peribahasa ini terdiri daripada tujuh patah perkataan. Enau ialah sejenis pokok palma yang
tumbuh di hutan dan dikenali sebagai kabung atau aren. Apabila tumbuh di dalam belukar,
pokok ini kurang mendapat cahaya matahari, lalu berusaha untuk naik lebih tinggi daripada
pokok lain dengan tujuan untuk mendapatkan cahaya matahari.

Perubahan makna dalam peribahasa ini dapat dilihat dengan jelas pada sifat pokok enau
yang memang bersifat sentiasa berusaha untuk naik lebih tinggi daripada pokok lain dengan
tujuan untuk mendapatkan cahaya matahari. Sifat pokok enau ini melambangkan sikap
segelintir masyarakat yang pentingkan diri sendiri dalam perlakuan dan tidak memikirkan
orang sekeliling. Berikut merupakan contoh penggunaan peribahasa ini dalam ayat.

I. Kehidupan masyarakat moden yang mewah di bandar bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing. Hal ini menyebabkan semangat kejiranan di bandar kian
pudar.

PENUTUP
Kesimpulannya, dalam tugasan ini akan menganalisis sepuluh peribahasa bahasa Melayu
yang bertemakan alam Melayu dan analisis maknanya secara kritis. Sesungguhnya setiap
peribahasa bahasa Melayu mempunyai mesej yang tertentu seperti nasihat dan sebagainya.
Dalam analisis setiap peribahasa di atas akan menjelaskan proses perubahan makna yang
berlaku dalam peribahasa yang dipilih dan disertakan contoh penggunaannya dalam ayat
dengan betul agar analisis peribahasa lebih jelas. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru yang
akan mendidik anak bangsa pada masa akan datang haruslah mempunyai ilmu
pengetahuan yang baik agar dapat mencapai matlamat iaitu melahirkan anak bangsa yang
berilmu dan dan berkualiti.

10
RUJUKAN
Abdullah Hussain. (2017). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua. Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ainon Mohd. (2003). Kamus Pepatah Bidalan dan Perumpamaan: PTS Publications &
Distributor Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010): Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Haji Salleh. (2002). Cermin Diri, Esei-esei Kesusasteraan: Fajar Bakti.

Noraini Shahida Ishak & M Mascitah Mansor. (2007).Peribahasa: Gambaran Minda Melayu
Dalam Penciptaan Iklan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia: Divisyen Bahasa
Melayu, CELPAD.

Sapinah Haji Said. (2013). Kamus Peribahasa Melayu: Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.

Sidang Pengarang. (2000). Koleksi Peribahasa dan Simpulan Bahasa: Ciptaan Jiwa Seni
Sdn. Bhd.

Zurinah Hassan. (2010). Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

11

Anda mungkin juga menyukai