Anda di halaman 1dari 9

PENGAJARAN ASPEK SENI

BAHASA
NUR ATIKAH BINTI ABDUL RAHMAN
TUTORIAL MINGGU
1
MODULAR SENI BAHASA

 Merujuk kepada aspek kebahasaan,keindahan dan kehalusan dalam


Bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid.
 Penguasaan aspek seni Bahasa merangkumi kecekapan memahami,
mengungkap dan menghayati Bahasa yang indah.
 Murid dapat menghasilkan dan mempersembahkan arya kreatif
pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang
menarik.
 Aspek ini juga menekankan pembelajaran menyeronokkan secara
didik hibur
OBJEKTIF SENI BAHASA
I. Menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian
dengan gerak laku secara didik hibur
II. Mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah dengan
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan
bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara didik
hibur
III. Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa
badan secara kreatif melalui lakonan secara didik hibur
IV. Melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah
dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun
secara didik hibur.
NYANYIAN
 Membaca atau melafazkan seni kata lagu dengan menggunakan
rentak atau diiringi muzik
 Mampu menimbulkan minat murid untuk mengukuhkan kemahiran
Bahasa, menambah perbendaharaan kata, meningkatkan
pemahaman, memupk nilai dan perasaan serta meningkatkan
apresiasi terhadap keindahan Bahasa
 Contoh aktiviti: guru menyediakan lirik lagu contoh seperti ‘Bangau
oh Bangau’ dan meminta murid menyanyikan serta melakukan
gerakan
BERCERITA
 Kaedah bercerita merupakan satu kaedah yang amat disukai
oleh murid kerana kanak-kanak amat menyukai mendengar
cerita.
 Guru hendaklah bersedia bercerita secara natural kerana sesuatu
cerita dapat memberi pengajaran, nilai murni dan menyuburkan
imaginasi murid.
 Kaedah bercerita dapat dibahagikan kepada dua iaitu bercerita
tanpa alat dan dengan alat.
 Contoh aktiviti:
LAKONAN
 Aktiviti lakonan ialah membolehkan murid bertutur dengan gaya,
intonasi, suara, nada dan sebutan yang betul.
 Selain itu, lakonan membiasakan murid bertutur menggunakan
bahasa yang kemas dan teratur serta membantu murid berinteraksi
dengan orang lain untuk menyatakan perasaan, keinginan,
pengalaman dan fikiran mereka.
 Contoh aktiviti: membuat lakonan ringkas seperti memberi ucap
tahniah, meniru aksi pendaki, melakonkan semula situasi seperti
penjual ikan, meniru aksi yang pernah dilihat seperti jatuh,
melakonkan semula adegan yang pernah dilihat seperti filem dan
melakonkan dengan menggunakan alatan seperti boneka, kain
atau bunga.
DIALOG
 Teknik dialog ialah pemilihan dialog daripada bahan yang dikaji dan
murid diminta menulis dan melafazkan dialog pilihan mereka dengan
gaya dan intonasi yang sesuai.
 Contoh aktiviti:
1. Guru memberikan teks dialog kepada murid untuk mereka
melakukan bacaan senyap.
2. Murid mendengar rakaman contoh dialog yang diujarkan
3. Murid diminta berlatih dalam kumpulan membaca dialog
mengikut watak yang terdapat dalam dialog tersebut.
4. Setiap kumpulan melakonkan watak dalam teks dialog. Guru
menyediakan prop dan merakamkan lakonan tersebut bagi menarik
minat murid.
DEKLAMASI

Anda mungkin juga menyukai