Anda di halaman 1dari 8

Tutorial Minggu 1

Asyraf Yunus
Modular Seni Bahasa
Aspek seni Bahasa merujuk kecekapan murid mengungkap
dan mengapresiasi keindahan bahasa.
Murid dapat menghasilkan dan mempersembahkan karya
kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui
variasi teknik yang menarik.
Aspek ini juga menekankan pembelajaran menyeronokkan
secara didik hibur.
Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa
yang dipelajari oleh murid melalui tekni penyampaian yang
menarik dan menyeronokkan seperti menyanyi , bercerita,
berlakon dan berpuisi.
Objektif Seni Bahasa
Menyebut dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian
dengan gerak laku secara didik hibur
Mengujarkan ayat menggunakan bahasa yang indah
dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta
menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui
penceritaan secara didik hibur
Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan
bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara didik
hibur
Melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang
indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud
pantun secara didik hibur.
Nyanyian
Membaca atau melafazkan seni kata lagu dengan
menggunakan rentak atau diiringi muzik.
Mampu menimbulkan minat murid untuk mengukuhkan
kemahiran Bahasa, menambah pebendaharaan kata,
meningkatkan pemahaman, memupuk nilai dan perasaan
serta meningkatkan apresiasi terhadap keindahan bahasa.
Contoh aktiviti: Guru menyediakan lirik lagu dan meminta
murid menyanyikan serta menggayakan pergerakan yang
bersesuaian dengan lagu.
Bercerita
Kaedah bercerita merupakan satu kaedah yang amat disukai
oleh murid kerana kanak-kanak amat menyukai mendengar
cerita.
Guru hendaklah bersedia bercerita secara natural kerana
sesuatu cerita dapat memberi pengajaran, nilai murni dan
menyuburkan imaginasi murid.
Kaedah bercerita dapat dibahagikan kepada dua iaitu bercerita
tanpa alat dan dengan alat.
Contoh aktiviti:
1. Guru menceritakan sebuah cerita pendek dengan menerapkan
nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan tajuk pengajaran.
2. Guru mendeklamasikan sajak tersebut dan diikuti oleh murid.
3. Murid mendeklamasikan sajak tersebut dengan bantuan guru.
Lakonan
Aktiviti lakonan ialah membolehkan murid bertutur dengan
gaya, intonasi, suara, nada dan sebutan yang betul.
 Selain itu, lakonan membiasakan murid bertutur
menggunakan bahasa yang kemas dan teratur serta membantu
murid berinteraksi dengan orang lain untuk menyatakan
perasaan, keinginan, pengalaman dan fikiran mereka.
Contoh aktiviti: Murid membuat lakonan ringkas seperti
memberi ucapan tahniah, meniru aksi pendaki, melakonkan
semula situasi seperti penjual ikan, meniru aksi yang pernah
dilihat seperti jatuh, melakonkan semula adegan yang pernah
dilihat seperti filem dan melakonkan dengan menggunakan
alatan seperti boneka, kain atau bunga.
Dialog
Teknik dialog ialah pemilihan dialog daripada bahan yang
dikaji dan murid diminta menulis dan melafazkan dialog
pilihan mereka dengan gaya dan intonasi yang sesuai.
Contoh aktiviti:
1. Guru memberikan teks dialog kepada murid untuk
mereka melakukan bacaan senyap.
2. Murid mendengar rakaman contoh dialog yang diujarkan.
3. Murid diminta berlatih dalam kumpulan membaca dialog
mengikut watak yang terdapat dalam dialog tersebut.
4. Setiap kumpulan melakonkan watak dalam teks dialog.
Guru menyediakan prop dan merakamkan lakonan tersebut
bagi menarik minat murid.
Deklamasi
Teknik deklamasi ini memerlukan murid untuk mahir
dengan intonasi, suara dan sebutan yang betul dalam
bertutur.
Deklamasi ini memerlukan murid untuk mahir
dengan teknik mendeklamasi yang betul mengikut
bahan bacaan yang digunakan.
Contoh aktiviti: Guru menyediakan teks sajak untuk
mendeklamasikan di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai