Anda di halaman 1dari 2

Tugasan 1 : Penulisan Esei

Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada 21 Ogos 2017 hingga
25 Ogos 2017 di Sekolah Kebangsaan Mengkabong, Tuaran atas tujuan menyiapkan
tugasan kursus BMMB 3063, Kaedah Pengajaran Melayu Sekolah Rendah yang
mengkehendaki saya untuk menganalisis pelaksanaan pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik PdP bahasa Melayu di sekolah rendah. Saya telah membuat pemerhatian dan
menemu bual dua orang guru yang mengajar Bahasa Melayu. kedua-dua guru ini mengajar
tahap 1 dan tahap 2. Melalui pemerhatian saya, kedua-dua guru ini menggunakan strategi
pengajaran yang berbeza untuk mengajar murid tahap satu dan murid tahap dua. Saya
mewakili guru-guru tersebut sebagai Guru A dan Guru B.

Saya membuat pemerhatian semasa Guru A mengajar kemahiran membaca tahun 2.


Guru A telah menggunakan strategi berpusatkan guru. Beliau memberikan arahan kepada
murid dan murid hanya bertindak mengikut arahan guru. Jelas menunjukkan bahawa Guru A
mengawal keadaan bilik darjah dan menyesuaikan keadaan bilik darjah dengan pengajaran
kemahiran bahasa pada hari tersebut, iaitu membaca. Strategi ini kemudian dibantu oleh
teknik latih tubi berserta kaedah ajuk hafaz bagi melancarkan lagi pengajaran dan
pembelajaran. Guru A mengaplikasikan kaedah ajuk hafaz apabila mengajar murid dengan
membaca ayat asas yang terdapat pada buku teks terlebih dahulu kemudian diajuk oleh
murid. Kemudian, kosa kata yang baru dipelajari oleh murid diterangkan oleh Guru A dalam
bahasa ibunda dibantu oleh bahan ICT yang menayangkan gambar dan video bagi
membantu pemahaman murid. Dalam pembelajaran kemahiran membaca, Guru A
mementingkan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul yang dilakukan oleh murid. Oleh
hal yang demikian, bagi memastikan murid dapat menguasai pembelajaran pada hari
tersebut, Guru A mengaplikasikan teknik latih tubi, iaitu membimbing murid untuk membaca
kosa kata yang baru dipelajari secara berulang.

Saya membuat pemerhatian semasa Guru B mengajar kemahiran menulis karangan


Bahasa Melayu tahun 5. Guru ini telah menggunakan strategi berpusatkan murid. Sebelum
memulakan aktiviti penulisan, guru memberikan masa kepada murid untuk mencari isi yang
berkaitan dengan tajuk. Murid melakukan perbincangan bersama rakan kemudian
menyenaraikan isi dalam buku latihan. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing dan
bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain untuk membimbing murid mencari isi.
Guru menanyakan soalan kepada murid dan menyebabkan murid untuk berfikir dan kaitkan
dengan isi. Kemudian, guru meminta murid untuk membaca isi yang telah mereka
senaraikan dan membuat pembetulan dan penambahbaikan bersama murid. Di sini, Guru B
telah menggunakan pendekatan induktif, di mana murid akan menyenaraikan isi karangan

1
dan kemudian Guru B membimbing murid membuat kesimpulan berkaitan tajuk karangan
tersebut bersama-sama. Pada pemerhatian saya, Guru B juga menggunakan kaedah
natural semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di mana beliau
memulakan pengajaran dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk karangan. Guru
B juga menggunakan kaedah tatabahasa terjemahan. Beliau mementingkan aspek ejaan,
penulisan dan tatabahasa dan ini diperlihatkan semasa guru membimbing murid, beliau
menegur dan membetulkan murid yang melakukan kesilapan salah ejaan dan tatabahasa.

Berdasarkan teori kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget, semua kanak-kanak
sejak lahir telah dilengkapi dengan alat nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk
semua kebolehan manusia termasuklah kebolehan berbahasa. Pemerolehan bahasa
dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara
langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untuk mempelajarinya, sebaliknya
memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli masyarakat di sekitarnya. (Tan Meng
Guat, 2006). Melihat kepada perbezaan strategi pengajaran yang digunakan oleh dua orang
guru pada tahap yang berbeza, jelas dibuktikan bahawa tahap kognitif kedua-dua tahap
adalah berbeza. Bagi tahap satu, pengukuhan dilakukan dengan menggunakan teknik latih
tubi sesuai dengan perkembangan murid untuk mempelajari dan menguasai kemahiran
yang asas terlebih dahulu. Bagi tahap dua, kemahiran berfikir secara kritis mula
diaplikasikan dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk merangsang dan memberi galakan
kepada murid untuk berfikir dan membuat penerokaan. Tahap kognitif murid bagi kedua-dua
tahap tersebut masih berada pada Tahap Operasi Konkrit. Oleh itu, adalah penting bagi
guru sekolah rendah untuk membekalkan objek maujud dan aktiviti hands-on yang
melibatkan pengakaman langsung (Wong Kiet Wah dan rakan, 2013).

Anda mungkin juga menyukai