Anda di halaman 1dari 17

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

Bab 2 : Pendekatan Pengajaran Bahasa

Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat :

Menjelaskan beberapa pendekatan pengajaran bahsa Melayu.


Mengetahui kelemahan dan kelebihan pendekatan pengajaran
bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.
Membuat penilaian dan memilih mana-mana pendekatan
pengajaran bahasa yang sesuai digunakan semasa pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah.

2.0. Pengenalan
2.1. Kaedah Natural
2.2. Kaedah Tatabahasa
Terjemahan
2.3. Kaedah Terus
2.4. Kaedah Bahasa Komuniti
2.5. Kaedah Kod Kognitif
2.6. Kaedah Linguistik
2.7. Kaedah Oral-Aural

Bab 1: Pemerolehan Bahasa


Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa
Bab 3: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 1
Bab 4: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 2
Bab 5: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 3
Bab 6: Strategi Pengajaran & Pembelajaran Tahun 4
Bab 7: Mengajar Kemahiran Membaca
Bab 8: Mengajar Kemahiran Menulis
Bab 9: Mengajar Kemahiran Mendengar & Bertutur

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

2.1 PENGENALAN

Sesuatu pendekatan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
Aspek pengajaran menjadi teras penting dalam meransang peluasan ilmu pengetahuan atau
kemahiran tertentu murid di dalam bilik darjah. Proses ini meliputi aktiviti perancangan,
pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian (Stevicc, 1980). Tujuam utamanya
adalah untuk berfokus kepada penyampaian ilmu pengetahuan atau kemahiran dengan cara
yang lebih berkesan.
Dari semasa ke semasa, perkembangan pendidikan telah membawa banyak perubahan dalam
aktiviti pengajaran di dalam bilik darjah. Corak pengajaran pada masa ini juga telah
mengalami perubahan yang besar, selain meningkat maju. Pengajaran dalam konteks semasa
boleh ditafsirkan sebagai satu proses pedagogi. Justeru pendekatan pengajaran bahasa wajar
berkembang dan perlu terus ditransformasikan penggunaannya dalam konteks yang lebih
namik atau ada unsur-unsur keseimbangan dari segi pengajaran kreatif dan inovatif.
Umumnya, pendekatan merupakan cara peraturan membuat sesuatu. Pendekatan begitu nyata
berbeza dengan pendekatan. Hakikatnya pendekatan merujuk kepada satu siri tindakan guru
yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa
pendek. Dalam erti kata lain, pendekatan pengajaran ialah cara seseorang guru mendekati
sesuatu objektif pembelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
Guru boleh memilih pelbagai pendekatan untuk mengajar. Pelbagai pendekatan boleh
dilibatkan seperti pendekatan natural, pendekatan tatabahasa terjemahan, pendekatan terus,
pendekatan ajuk hafaz, pendekatan linguistik, pendekatan kod kognitif, pendekatan bahasa
komuniti dan pendekatan oral-aural.
2.2 PENDEKATAN NATURAL

Pendekatan natural berfokuskan kepada penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif.


Pendekatan ini kurang memberikan penekanan terhadap rujukan analisis tatabahasa, latih tubi
tatabahasa dan teori tatabahasa. Krashen dan Terrel (1983) menyifatkan pendekatan natural
sebagai pendekatan yang memperincikan bahasa sebagai satu alat untuk menghubungkan
makna dengan mesej. Ini bermaksud bahawa penguasaan hanya akan berlaku apabila
seseorang murid dapat memahami mesej dalam bahasa sasaran.
Pendekatan natural melibatkan dua cara untuk mengembangkan keupayaan berbahasa iaitu
penguasaan dan pembelajaran. Dari segi pembelajaran, cara yang semulajadi akan terlaksana
iaitu sama dengan cara murid menguasai bahasa pertama dengan merujuk kepada langkahlangkah yang tidak disedari menerusi penglibatan untuk perkembangan pemahamam dan
penggunaan bahasa dalam komunikasi bermakna. Dari segi pembelajaran pula, prosenya
melibatkan peraturan peraturan secara sedar tentang bahasa yang dikembangkan.
Pengetahuan yang terhasil adalah jelas dari segi bentuk bahasa, manakala keupayaan
merealisasikan pengetahuan tercetus dalam bentuk lisan. Pengajaran yang formal diperlukan
untuk membolehkan pembelajaran bahasa berlaku secara semulajadi. Pembetulan kesalahan
atau penambahbaikan bahasa dapat membantu perkembangan murid dari segi peraturanperaturan yang dipelajari.
2

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

Matlamat pendekatan natural ialah kelas diasaskan kepada tugasan yang dapat memenuhi
keperluan murid. Guru menentukan situasi supaya murid dapat menggunakan bahasa sasaran
dengan berkesan. Seabik-baik tajuk yang dipilih hendaklah yang membolehkan murid
menghubungkan maklumat dalam kalangan mereka. Dalam menentukan matlamat
komunikasi, murid tidak perlu menguasai struktur dan bentuk ayat tetapi diharap dapat
mengendalikan sesuatu set topic tertentu dalam topic yang diberikan.
Objektif pendekatan ini bergantung kepada keperluan murid, kemahiran bahasa (mendengar
dan bertutur, membaca dan menulis) dan peringkat yang akan diajar. Selepas beberapa jam
pembelajaran, murid harus dapat bercakap atau berkomunikasi dalam bahasa sasaran tanpa
mengalami sebarang kesulitan dan masalah, berkebolehan membaca teks dengan bantuan
kamus dan berkemampuan memperbaik ekupayaan diri sendiri.
Aspek-aspek penting dalam pendekatan natural yang perlu diambil perhatian antaranya ialah:

Bermula daripada sekolah rendah, iaitu semenjak murid berada pada peringkat
prasekolah atau tahun satu. Penekanan adalah kepada persembahan input pemahaman
dalam bahasa sasaran. Dalam hal ini guru harus memberikan fokus kepada barangbarang atau objek yang ada di dalam kelas.
Peranan murid berubah mengikut tahap perkembangan linguistik mereka. Pada
peringkat sebelum produksi, murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa tanpa perlu
bertindak balas dalam bahasa sasaran. Murid boleh berlakon atau melakonkan aksi
berdasarkan arahan fizikal, mengenal pasti rakan berdasarkan deskripsi guru,
mempamerkan gambar dan sebagainya.
Pada peringkat awal produksi murid bertindak balas terhadap soalan-soalan pendek
dengan menggunakan perkataan atau frasa-frasa pendek, memenuhi carta dengan
menggunakan pola perbualan yang ditentukan.
Contoh: Siapa nama awak? , apa khabar? , dan sebagainya. Pada tahap melontarkan
kata-kata , murid melibatkan diri dalam aktiviti main peranan, sumbang saran,
permainan dan memberikan pendapat dan maklumat secara personal serta melibatkan
diri dalam kumpulan dan aktiviti menyelesaikan masalah.
Murid mempunyai empat tanggungjawab dalam pendekatan natural iaitu:
a) Memberikan maklumat tentang matlamat khusus mereka supaya aktiviti
penguasaan bahasa boleh ditumpukan kepada topik atau situasi yang paling
relevan dengan keperluan mereka.
b) Memgambil bahagian yang aktif untuk pemerolehan input pemahaman mereka
belajar dan menggunakan teknik perbualan pengurusan untuk mencetuskan input.
c) Menentukan masa untuk memulakan penghasilan pertuturan dan
mempertingkatkannya.
d) Bagi latihan tatabahasa tentukan masa dengan guru untuk menyempurnakannya
atau membentuk latihan sendiri.
Dalam pendekatan ini guru merupakan sumber utama bagi membolehkan input
pemahaman berlaku dalam bahasa sasaran, iaitu bahasa yang diajarkan kepada muridmurid, dalam konteks ini ialah bahasa Melayu. Masa di dalam kelas diperuntukkan
sepenuhnya kepada aktiviti memberikan input untuk penguasaan bahasa. Guru
disarankaan memberikan arus input, bahasa yang tekal(constant), sambil memberikan
klu yang berupa panduan bukan bahasa untuk membimbing murid mentafsir input
tersebut.
Antara bahan-bahan bantu mengajar yang diperlukan bagi pendekatan natural ialah
brosur, iklan, peta, jadual dan buku-buku yang sesuai dengan tahap keupayaan dan
3

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

kebolehan murid. Permainan secara umumnya juga berguna untuk dijadikan sebagai
bahan-bahan sokongan dalam bilik darjah.
Prosedur Pendekatan Natural
Yang berikut ini diterangkan bagaimana cara pendekataan pendekatan natural digunakan
untuk menciptakan satu input yang komprehensif:

Pelajaran dimulakan dengan arahan TPR(Total physical Response). Mulakan arahan


yang mudah seperti pusing ke kanan, berdiri, angkat tangan dan sebagainya.
Guru menggunakan TPR untuk mengajar nama bahagian tubuh dan
memperkenalkan nombor dan urutan. Misalnya, letak tangan kanan atas perut dan
letak tangan kiri di atas tangan kanan. Bilang 1 hingga 5 kemudian tepuk tangan
sebannyak 5 kali.
Mengajarkan nama-nama dalam kelas dan lakukannya melalui arahan. Misalnya
tulis tarikh hari ini di sudut kanan sebelah papan putih dan jumlah murid yang hadir
ditulis disudut kiri di bahagian atas papan putih.
Menggunakan nama dan ciri-ciri fizikal dan pakaian untuk mendeskripsikan rakan
dalam kelas.
Menggunakan alat visual, misalnya gambar majalah untuk memperkenalkan
perbendaharaan kata yang baharu.
Menggunakan beberapa gambar dan meminta murid menunjukkan gambar yang
sedang diceritakan.

a. Pada pendapat anda, bagaimana kaedah natural boleh diaplikasikan


dalam pengajaran bahasa Melayu di dalam kelas?
b. Nyatakan aspek-aspek penting dalam kaedah natural yang perlu
diambil perhatian.
c. Apakah tanggungjawab murid dalam kaedah natural?

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

2.3 PENDEKATAN TATABAHASA TERJEMAHAN

Pendekatan ini diajarkan untuk membolehkan murid memahami nahu sesuatu bahasa dan
juga melatih murid menulis dengan menggunakan bahasa yang betul. Pendekatan ini juga
memberikan penekanan kepada kemahiran menulis dan bukan bertutur. Oleh itu pendekatan
ini tidak mementingkan fonetik, sebaliknya mementingkan ejaan dan penulisan. Rumusan
tatabahasa dijelaskan dengan terperinci.
Pendekatan ini menetapkan bahasa dalam pengajaran perbendaharaan kata haruslah diberi
semasa sesi awal pengajaran. Terjemahan dianggap satu cara yang penting untuk mempelajari
perbendaharaan kata. Kata-kata yang diberikan dalam bentuk terasing daripada konteks.
Kata-kata disusun dalam bentuk ayat mengikut undang-undang atau hukum-hukum
tatabahasa dan hukum-hukum ini dihafaz untuk menguasainya.
Tujuan pendekatan tatabahasa terjemahan
Pendekatan ini bertujuan untuk:
Membolehkan murid-murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa.
Melatih murid-murid menulis dengan menggunakan bahasa yang betul.
Membolehkan murid-murid menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan
sebaliknya.
Melengkapkan murid-murid dengan perbendaharaan kata yang luas untuk digunakan
dalam penulisan.
Berkebolehan membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca kepada
bahasa ibunda.
Prosedur Pelaksanaan Pengajaran Menggunakan Pendekatan Tatabahasa Terjemahan.

Mula-mula murid diperkenalkan dengan undang-undang atau hukum tatabahasa.


Guru memberikan penerangan tentang hukum tatabahasa diikuti dengan contoh.
Murid perlu menghafaz hukum-hukum atau rumus tatabahasa supaya tidak berlaku
kesilapan
Kemudian murid diberikan senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafaz
Pembelajaran dalam bahasa kedua senarai perbendaharaan kata yang perlu dihafaz.
Pembelajaran dalam bahasa kedua senarai perbendaharaan kata dipasangkan dengan
makna dalam bahasa kedua tersebut.
Murid-murid diminta membina ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan
kata berdasarkan hukum-hukum atau rumus tatabahasa yang dipelajari.

Kebaikan Pendekatan Tatabahasa Terjemahan


Pendekatan ini mempunyai beberapa kebaikan dan kekuatan. Antaranya ialah:
Tidak menggunakan masa yang panjang.
Guru yang kurang fasih dalam bahasa tersebut masih boleh mengajarkan bahasa
tersebut.
Kurang membebankan guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan
lain.
5

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

Murid-murid boleh belajar sendiri tanpa bimbingan guru.

Kelemahan Pendekatan Tatabahasa Terjemahan


Pendekatan ini mempunyai beberapa kelemahan dan kekurangan.
Menghadapi kesulitan dan kesukaran untuk membuat terjemahan disebabkan tiada
dua perkataan yang betul-betul sama ertinya dalam dua bahasa. Contohnya idiom atau
peribahasa.
Boleh memberikan tanggapan yang salah dalam kalangan murid terhadap
pembelajaran bahasa. Mereka menganggap kajian fonetik atau bunyi-bunyi bahasa
tidak penting untuk dipelajari, apa yang penting dan harus diberikan penekanan ialah
abjad, ejaan dan tulisan.
Murid boleh membuat tanggapan dan berfikiran negatif bahawa pembelajaran struktur
bahasa tidak penting dan apa yang lebih ditegaskan ialah menghafaz tatabahasa.

a. Nyatakan kebaikan dan kelemahan kaedah terjemahan tatabahasa.


b. Apakah tujuan kaedah terjemahan tatabahasa?
c. Pada pendapat anda, bagaimana kaedah tatabahasa terjemahan boleh
diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu di dalam kelas?

2.4 PENDEKATAN TERUS


Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun 19201935. Pendekatan ini disamakan dengan pendekatan tentera kerana pernah digunakan untuk
melatih tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Tegasnya, dalam Perang Dunia
Kedua, semasa askar memerlukan kemahiran dalam beberapa bahasa bagi memudahkan
mereka mengintip dalam peperangan tersebut maka kefasihan bahasa perlu dicapai dalam
masa yang singkat. Kemahiran bahasa yang diperlukan untuk operasi tentera ialah kemahiran
lisan. Tentera pelatih dikehendaki mencapai peringkat kemahiran bahasa yang sama dengan
penutur bahasa ibunda baik dalam sebutan mahupun dalam bidang memahami bahasa itu..
Jika diteliti dari aspek pengjaran bahasa, pendekatan ini lebih moden daripada pendekatan
terjemahan. Pendekatan ini mengutamakan prinsip-prinsip mengajar berdasarkan psikologi
kanak-kanak. Antara lain pendekatan ini amat sesuai diajarkan sebahai pengajaran bahasa

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

kedua dan segala pengajaran tidak sekali-kali menggunakan bahasa yang sudah diketahui
oleh murid.
Pendekatan terus dapat mengatasi dua kelemahan terbesar pendekatan tatabahasa terjemahan
iaitu dengan menggantikan penghafalan nahu dengan pertembungan bahasa dan
menggantikan terjemahan dengan pemakaian bahasa. Idea utama dalam pendekatan terus
ialah asosiasi perkataan dan ayatt dengan maknanya melalui tunjuk cara,lakonan dan lainlain. Apabila pendekatan terus digunakan oleh guru yang cekap maka seluruh kelas akan
Berjaya. Manakala pendekatan tatabahasa terjemahan hanya memberikan kejayaan kepada
murid-murid yang bijak sahaja.
Dalam pendekatan terus ini, bahasa sasaran akan digunakan, maka pengajaran dijalankan
dnegan menggunakan benda-benda atau objek konkrit, melalui gambar dan sebagainya atau
melalui perbandingan dan persamaan sekiranya benda itu tidak konkrit. Manakala pengajaran
tatabahasa dilaksanakan melalui tunjuk cara dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai
dan relevan. Dalam kata lain. Pengajaran tatabahasa secara formal tidak dijalankan,
melainkan jika perlu. Hal ini bermakna bahan mengajar disususn menurut tatabahasa yang
harus dikuasai oleh murid. Inilah yang dimaksudkan bahawa tatabahasa tidak diajarkan
secara formal tetapi diserapkan dalam bahan mengajar.
Selain itu, pendekatan terus bertujuaan untuk membolehkan murid-murid atau kanak-kanak
menguasai keempat-empat kemahiran bahasa secara berkesan dan sekaligus membolehkan
mereka menggunakan bahasa yang dipelajarinya dalam masyarakat berkenaan. Pendekatan
ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu:

Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan
perkataan atau sebaliknya.
Pengajaran dikaitkan dengan pengalaman sedia ada.
Harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak atau murid-murid melalui
soalan-soalan yang dirancang sebagai ransangan.
Pengajaran haruslah berpandukan kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari
bahasa ibunda mereka.

Menurut Raja Mukhtaruddin(1980), pendekatan terus ialah pendekatan paling popular. Beliau
menyenaraikan sepuluh ciri-ciri utama pendekatan ini, iaitu:
Penggunaan kkosa kata dan stuktur bahasa sehari-hari
Menggunakan banyak perkara baharu dalam pelajaran-pelajaran yang sama supaya
bahasa itu menjadi natural dan perbualan bahasa dapat digalakkan. Tatabahasa
diajarkan melalui keadaan.
Pengajaran kosa kata dan tatabahasa secara lisan.
Makna-makna yang konkrit diajarkan secara perkaitan idea.
Tatabahasa ditunjukkan melalui penyampaian visual.
Menyediakan banyak latihan mendengar dan mengajuk sehingga bentuk-bentuk
bahasa itu dapat digunakan secara automatik.
Kebanyakan daripada kerja-kerja menyediakan latihan mendengar dan mengajuk
dijalankan di dalam kelas, justeru lebih banyak masa diperlukan untuk pendekatan ini.
Beberapa minggu pertama dikhusukan untuk latihan sebutan.
Semua bahan bacaan mula-mula disampaikan secara lisan.

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

Kebaikan Pengunaan Pendekatan Terus

Sangat sesuai dipelajari oleh kanak-kanak kerana cirinya yang sama dengan
menguasai bahasa ibunda kanak-kanak atau murid-murid.
Pengajaran yang dijalankan secara terus dapat menguasai bahasa itu dengan cepat dan
dapat bertutur dengan cekap dan fasih.

Kelemahan Pengunaan Pendekatan Terus

Memerlukan masa yang panjang


Memerlukan guru yang terlatih
Kemahiran membaca tidak dapat dijalankan serentak dengan kemahiran lisan.
Penerimaan murid tidak sama dengan maksud sebenar makna perkataan
Tidak dapat menulis hasil tulisan kerana mengutamakan bahasa lisan
Bahan perbualan telah ditetapkan

Ringkasnya pendekatan ini menimbulkan kesusahan kepada guru terutama apabila hendak
menyampaikan makna bagi perkataan yang abstrak kerana mungkin wujud kekeliruan bagi
makna perkataan itu. Oleh itu terpaksa mengambil masa yang panjang untuk menjelaskan
makna perkataan yang sukar itu. Keadaan ini memerlukan guru yang terlatih untuk
menyampaikannya.
Dalam pendekatan ini kemahiran bacaan tidak dapat diajarkan serentak dengan pertuturan
kerana perkataan-perkataan yang ada dalam teks mestilah telah diajarkan dalam masa
pertuturan. Tetapi apabila kanak-kanak atau murid-murid telah dapat bertutur, kesulitankesulitan yang timbul semasa mengajar bacaan hanyalah masalah-masalah mengenai symbolsimbol iaitu tulisan. Pendekatan ini juga mungkin menerbitkan makna yang kurang tepat
yakni penerimaan murid tidak sama sebagaimana yang dimaksudkan oleh makna perkataan
sebenar.
Oleh sebab pendekatan ini mengutamakan bahasa lisan, murid tidak dapat menulis hasil
tulisan yang betul. Hasil tulisan merupakan struktur-struktur natid yang disalut dengan
perbendaharaan kata asing. Hal ini disebabkan murid-murid telah mempunyai kebiasaan
pertuturan bahasa ibunda yang kukuh sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing.
Bahan-bahan yang digunakan dalam pendekatan ini merupakan bahan-bahan yang boleh
dihafalkan atau bahan perbualan yang telah ditetapkan yang mungkin tidaks esuai untuk
perkembangan pertuturan biasa secara sistematik.
Selain itu, jangkamasa yang lama diperlukan untuk pengajaran pendekatan terus ini.
Pendekatan ini hanya Berjaya diikuti oleh murid-murid cerdik manakala murid-murid lemah
akan ketinggalan.
Teknik Pengajaran Pendekatan Terus
Pendekatan ini dapat disampaikan dengan beberapa cara. Sebagaimana yang dibincangkan di
atas penekanan terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan amat diutamakan iaitu:
Bahan-bahan yang dipilih mestilah berdasarkan kepada benda-benda yang ada dalam
pengalaman kanak-kanak atau murid-murid.
Tiap-tiap perkataan dan ayat hendaklah diajarkan dengan mengaitkannya dengan
simbol sebenar.
8

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

Pelajaran bahasa dimulakan dengan menghubungkan murid terus kepada bahasa yang
dipelajarinya.
Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. Sebutan penutur natif
dijadikan model dan pertuturannya ditiru oleh murid.
Terjemahan tidak digunakan langsung.
Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan secara huraian, lukisan, aksi,
perkataan seerti, perkataan berlawanan dan lain-lain yang sesuai.
Pelajaran tatabahasa diajarkan secara induktif. Pola ayat diajarkan secara latih tubi
sehingga murid dapat menguasainya.
Hukum tatabahasa hanya diajarkan selepas murid menguasai struktur ayat.
Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan yang ada kaitan dengan
latihan lisan yang dijalankan.
Guru perlu mengaitkan perkataan atau ayat dengan benda yang sebenar.
Dapat dilaksanakan dengan menggunakan teknik lakonan, misalnya hendak
menerangkan perkataan bertumbuk, duduk, bangun, menyanyi dengan cara bercerita.

a. Apakah kebaikan dan kelemahan kaedah terus?


b. Apakah tujuan kaedah terus?
b. Pada pendapat anda, bagaimana kaedah terus boleh diaplikasikan
dalam pengajaran bahasa Melayu di dalam kelas?

2.5 PENDEKATAN BAHASA KOMUNITI

Pembelajaran bahasa komuniti (Community Language Learning, CLL) merupakan cara


pembelajaran asas yang diasaskan oleh Charles A. Curren bersama-sama dengan rakanrakannya. Curren ialah seorang pakar dalam bidang kaunseling dan seorang professor dalam
bidang psikologi. Dalam pengajaran bahasa, beliau menggunakan teknik psikologi dalam
kaunseling. Beliau membuat kajian cara orang dewasa belajar bahasa. Beliau mendapati
bahawa golongan dewasa sentiasa terancam apabila berada dalam situasi pembelajaran yang
baharu. Mereka bimbang dan takut jika mereka kelihatan bodoh sama ada oleh guru atau
rakan sekelas.
Curren berpendapat untuk mengurangkan dan mengatasi kebimbangan ini, beliau menjadikan
guru bahasa sebagai kaunselor bahasa yang mahir untuk memahami masalah murid apabila
9

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

mengajarkan sesuatu bahan bahasa. Kaunselor bahasa memahami perasaan murid dengan
menyuburkan empati kaunselor dan menegaskan penerimaan murid tanpa syarat. Dengan
cara ini, kaunselor bahasa lebih peka kepada perasaan murid dan membantu mereka
mengatasi perasaan negative untuk melaksanakan p&p dengan lancar dan licin.
Pendekatan bahasa komuniti berkait rapat dengan amalan pengajaran bahasa asing yang
disebut sebagai teknik kemanusiaan. Teknik ini menganggap murid sebagai manusia yang
mempunyai emosi dan perasaan di samping pengetahuan linguistik dan kemahiran tingkah
laku. Curran tidak banyak menulis tentang teori bahasa komuniti ini. La Forge(1983),
seorang muridnya cuba meluaskan teori CLL. Beliau mengesahkan bahawa teori bahasa
mestilah bermula daripada cirri-ciri bunyi, ayat dan model-model abstrak bahasa. Seseorang
murid yang belajar bahasa perlu memahami system bunyi, makna yang ditetapkan dan
tatabahasa bahasa itu.
Berdasarkan pengamatan beberapa orang tokoh dan pendokong pendekatan ini, terdapat lima
peringkat cara pendekatan ini digunakan iaitu:
Peringkat pertama yang dikenali sebagai peringkat kelahiran, iaitu semangat kekitaan
dan perasaan keselamatan dipupuk.
Peringkat kedua, kebolehan murid meningkat maju dan mula berdikari daripada ibu
bapa.
Peringkat ketiga murid bebas bercakap dan membina identiti sendiri.
Peringkat keempat, murid berasa selamat dikritik.
Peringkat , murid memajukan gaya dan pengetahuan linguistik yang sesuai. Pada
peringkat ini murid mengetahui semua yang diajarkan dan bersedia menjadi pengajar
kepada orang lain.
Pendekatan juga menekankan bahawa kejayaan menguasai bahasa berkait rapat dengan
keadaan hubungan baik guru dengan murid dan sesama murid. Pembelajaran dianggap
sebagai satu pengalaman yang bersepadu, bersifat peribadi dan bermasyarakat. Murid tidak
digalakkan belajar bersendirian dan terasing daripada murid lain.
Curren menekankan kemesraan, pemahaman dan penilaian yang positif terhadap diri dan
orang lain.perhubungan dibina atas dasar yang dianggap perlu dalam prosedur kelas
Pembelajaran Bahasa Komuniti. Falsafah pembelajaran melalui pendekatan ini ialah
komitmen di pihak murid sebelum proses pemerolehan bahasa dapat berfungsi. Antara
aktiviti pengajaran yang sesuai menggunakan pendekatan ini ialah kerja kumpulan, rakaman,
transkripsi, analisis, gambaran, pemerhatian, pendengaran dan perbualan bebas. Pembelajaran
bahasa komuniti ini menggabungkan jenis dan aktiviti pembelajaran inovatif dan
konvensional.
Kesimpulannya, pendekatan ini menggunakan psikologi dalam kaunseling atau dikenali juga
sebagai teknik kemanusiaan.

10

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

a.

Apakah kaedah pengajaran yang digunakan dalam kaedah bahasa


komuniti?

b.

Pada pendapat anda, apakah kaedah ini benar-benar berkesan untuk


mengajar bahasa di sekolah?

c.

Pada pendapat anda, bagaimana kaedah bahasa komuniti ini boleh


diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu di dalam kelas?

2.6 PENDEKATAN KOD KOGNITIF

Pendekatan ini berasaskan pendapat golonganmentalis yang melihat bahasa sebagai satu
kreativiti mental. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pendekatan ini menekankan
bentuk dan makna. Seseorang murid atau kanak-kanak yang hendak mempelajari sesuatu
bahasa seharusnya mengetahui sistem bahasa yang didasarkan apda hokum-hukum dan
norma-norma tertentu dalam ilmu tatabahasa. Dengan adanya pengetahuan sedemikian
memungkinkan seseorang itu dapat mempelajari bahasa itu dengan berkesan. Pendekatan kod
kognitif mengutamakan beberapa ciri penting iaitu:

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran lisan kurang diberikan


penekanan. Sebaliknya perkara yang diberikan yang diberikan perhatian uatam ialah
kemahiran membaca dan menulis. Oleh hal yang demikian, aspek yang menjadi
tumpuan ialah sintaksis dan diikuti oleh morfologi dan fonologi.
Pembelajaran bahasa diterapkan secara langsung yang boleh dilakukan melalui
pendekatan deduktif. Apa yang penting, berdasarkan pendekatan ini murid-murid
mesti mempunyai pengetahuan tentang tatabahasa yang hendak dipelajari.
Proses pengajaran dan pembelajaran mestilah berupaya menggalakkan murid
menggunakan sebanyak mungkin kemampuan kreatif.
Pendekatan ini amat mementingkan makna. Oleh hal yang demikian, pengertian dan
huraian dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran bahasa perlu diwujudkan.
Dalam menghuraikan bahasa pendekatan ini menggunakan aplikasi tatabahasa
transformasi-generatif.

Teknik Pengajaran Kod Kognitif

Beri penerangan bagi murid murid memahami rumus-rumus tatabahasa.

11

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

Ayat-ayat pencilan digunakan dan huraian unsur-unsur tatabahasa pula dibuat secara
induktif.
Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaanperbezaan antara unsur tatabahasa sasaran
dengan bahasa pertama dihuraikan.
Dalam pengajaran bahasa pertama, unsur pebandingan struktur ayat digunakan bagi
memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar.
Contohnya:
- membandingkan struktur ayat yang mengandungi akhiran kan dan I bagi
membolehkan murid memahami imbuhan transitif dan transitif lokatif.
Setelah murid faham huraian unsur tatabahasa, barula diberi latihan peneguhan.

a.

Apakah kaedah pengajaran yang digunakan dalam kaedah Kod Kognitif?

b.

Pada pendapat anda, apakah kaedah ini benar-benar berkesan untuk


mengajar bahasa di sekolah?

2.7 PENDEKATAN LINGUISTIK


Pendekatan ini merupakan pendekatan mengajar bahasa moden secara saintifik, iaitu dengan
membandingkan antara dua bahasa itu, iaitu antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa
yang telah diketahui oleh murid-murid sama ada bahasa itu bahasa ibunda mereka atau
bahasa lain. Pengetahuan bahasa murid harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu
di samping aspek lain seperti bunyi, makna dan lain-lain. Dengan kata lain, pendekatan ini
mementingkan pertuturan dan membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui murid.
Tujuan Pendekatan Lingustik
Murid boleh menggunakan bahasa yang diketahuinya.
Murid dapat menerangkan tentang nahu yang terdapat dalam tatabahasa.
Menghasilkan murid yang memahami serta bertutur dalam bahasa sasaran dengan
sebutan yang baik
Prosedur Menggunakan Pendekatan Linguistik
Memulakan pengajaran dengan mengajar sebutan bunyi perkataan.
Memulakan dengan peringkat mudah.
Pengajaran sruktur ayat dan unsur tatabahasa dilaksanakan secara induktif.
Aktiviti penulisan adalah berdasarkan bahan lisan dan bacaan

12

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

Apabila murid menyebut, tumpuan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa
iaitu;
a. Sebutan (accent)
-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang
membawa makna dalam sesuatu situasi.
b. Tatabahasa (grammar)
Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek
c. Perbendaharaan kata (vocabulary)
Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam
situasi tertentu.
d. Kefasihan (fluency)
Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar
dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam
ayat dengan jelas dan betul.
e. Kefahaman (comprehension)
Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan
menumpukan daya kreativiti murid.
Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran
yang memerlukan ikutan dan ulangan.

Kelebihan Pendekatan Linguistik


Penyediaan bahan tersusun dan teratur.
Murid dapat bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

Kelemahan Pendekatan Linguistik


Perlukan guru terlatih
Memerlukan kos yang tinggi.
Murid boleh bertutur tetapi tidak boleh kembangkan bahasa dengan baik
Perlukan masa yang lama

13

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

a. Apakah 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa yang ditumpukan dalam


kaedah ini?
b. Apakah kelebihan dan kelemahan kaedah ini?
c. Berikan tujuan kaedah ini dan prosedur yang digunakan untuk mengajar
bahasa menggunakan kaedah ini di dalam kelas.

2.8 PENDEKATAN ORAL-AURAL

Pendekatan oral-aural yang disebut juga sebagai pendekatan dengar tutur diajarkan kepada
murid adalah bertujuan untuk membolehkan murid memperkembangkan keempat-keempat
kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan kemahiran menulis.
Selain itu, murid-murid juga dapat mempelajari mengenai kebudayaan asing melalui
pengalaman bahasa yang dipelajari.
Pendekatan ini biasanya menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih
tubi dan dialog dijalankan dengan cara memberikan perhatian kepada intonasi yang betul.
Perkara yang menjadi objektif bagi pendekatan inii ialah sebutan penutur jati bahasa itu.
Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya jika gurunya bukan penutur jati bahasa
yang diajarkan kepada murid. Hal ini akan membuatkan murid lebih mudah memahami
bahasa yang dipertuturkan dan mewujudkan suasana yang kondusif.
Alat pandang dengar digunakan secara meluas. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi
yang realistic disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Bahan-bahan untuk
aktiviti menyebut dan membaca disusun rapi dan diajarkan secara induktif mengikut
pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata diberikan kepada murid secara beransuransur dalam konteks yang bermakna. Hal yang demikian akan membuatkan murid-murid
lebih mendalami bahasa dari segi penggunaan kosa kata yang betul.
Setelah murid menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Pada
awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari dan hanya
selepas itu barulah latihan menulis bebas dibenarkan.
Tujuan Pendekatan Oral-Aural
Murid memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu; mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
14

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

Mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya


dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan.
Murid boleh memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

Prosedur Pengajaran Pendekatan Oral-Aural

Guru memperdengarkan sebutan penutur jati


Murid diminta menyebut perkataan atau rangkai kata yang didengar.
Aktiviti dijalankan mengikut kumpulan.
1. Murid berlatih bersama-sama
2. Pecahkan kepada kumpulan kecil
3. Jika terdapat kesalahan-kesalahan yang dilakukan, murid akan diperbetulkan dan
mereka diminta mengulang-ulangkan sebutan yang betul itu.
Apabila murid sudah mahir sebutan, latih tubi pola-pola ayat berdasarkan struktur
bahasa diberi kepada murid.
Berikan teks untuk dibaca oleh murid
Latihan menulis pada akhir pengajaran
Daripada sebutan-sebutan tadi akan dijadikan dialog.
Latih tubi pada pola-pola ayat menjadi aktiviti yang penting.
Apabila murid telah menguasai struktur-struktur asas baharulah mereka dibenarkan
membaca bahan-bahan bacaan
Latihan menulis dilakukan kemudian setelah murid-murid boleh membaca.

Kelemahan Pendekatan Oral Aural


Membebankan guru-banyak menjalankan latih tubi
Masa yang panjang-boleh membosankan murid
Murid hilang keyakinan diri
Tumpuan oral sahaja-sebutan

a. Apakah kelebihan dan kelemahan kaedah ini?


b. Berikan tujuan kaedah ini dan prosedur yang digunakan untuk mengajar
bahasa menggunakan kaedah ini di dalam kelas.
c. Pada pendapat anda, apakah kaedah ini benar-benar berkesan untuk
mengajar bahasa di sekolah? Adakah anda menggunakan kaedah ini untuk
mengajar bahasa Melayu di dalam kelas dan bagaimana kesannya ke atas
murid-murid?

15

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

Pendekatan Natural

Pendekatan
Terjemahan

Tatabahasa

Pendekatan Terus

Pendekatan Linguistik

Pendekatan Kod Kognitif

Pendekatan
Komuniti

Bahasa

Pendekatan Oral-Aural

Fokus kepada penggunaan bahasa dalam situasi yang


komunikatif.
Melibatkan dua cara iaitu penguasaan dan pembelajaran
Penguasaan
merujuk
kepada
perkembangan
pemahaman dan penggunaan bahasa dalam komunikasi
bermakna.
Terhasil daripada gabungan antara tatabahasa dan
terjemahan.
Tatabahasa yang diajar ialah tatabahasa formal.
Kosa kata yang digunakan bergantung kepada teks yang
dipilih.
Pendekatan ini mengutamakan pengajaran berdasarkan
psikologi.
Amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua.
Tidak menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh
murid.
Tujuannya membolehkan murid-murid menguasai
keempat-empat kemahiran bahasa secara berkesan.
Pendekatan yang membandingkan dua bahasa.
Pengetahuan bahasa tertumpu kepada bentuk dan fungsi
bahasa.
Mendahulukan bentuk daripada makna.
Pemilihan bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-dua
bahasa.
Merupakan pengubahsuaian daripada pendekatan
tatabahasa terjemahan.
Menekankan bentuk dan mankna.
Diasaskan oleh Charles A. Curren dan rakan-rakan.
Bahasa bermula daripada ciri bunyi, ayat dan model
bahasa yang abstrak.
Pembelajaran berlaku dalam situasi komunikasi guru
dan murid.
Menjurus kepada kemahiran asas dalam lisan untuk
membaca dan menulis.
Aktiviti terawal dalam pendekatan oral-aural berkisar
kepada penggunaaan dialog untuk dihafaz dan diikuti
secara ajukan.

16

Bab 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa

Tuan Jah Tuan Yusof (2013). Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia.
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur. Oxford Fajar.
Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu(Edisi Ke-4). Kuala
Lumpur:Fajar Bakti Sdn. Bhd
Kamarudin Hj. Husin(1998). Pedagogi Bahasa Melayu(edisi ke-8).
Selangor:Longman Malaysia Sdn. Bhd

17

Anda mungkin juga menyukai