Anda di halaman 1dari 1

NAMA : NURAZMINA BINTI MOHAMAD AYOB

UNIT : PISMP BM1 SK JUN17 TUTORIAL 4


DRAMA DALAM PENDIDIKAN

1. Nyatakan dengan jelas fungsi tubuh dalam pementasan drama.

Fungsi tubuh dalam pementasan drama memerlukan gerak-gerik. Contohnya kelenturan badan.
Gerak-gerik inilah yang nantinya dapat membentuk postur tubuh kita sedemikian rupa untuk
menyampaikan penceritaan drama dengan lebih berkesan dan mendalami watak yang dipegang.
Fungsi tubuh dalam drama juga sebagai elemen dasar teater dan boleh menjadi simbol dan isyarat
dalam drama. Otot-oto badan tidak seharusnya terlalu tegang kerana akan berkait dengan pemikiran,
atau emosi yang hendak disampaikan tidak menepati seperti yang dikehendaki. Contohnya, seorang
usahawan mempunyai sifat dan fungsi tubuh yang tersendiri seperti postur ketika berjalan dan
sebagainya.

2. Apakah itu pendidikan asas olah tubuh? Jelaskan tujuannya dalam persiapan berlakon.

Pendidikan asas olah tubuh adalah untuk mendapat keadaan atau kondisi tubuh yang maksimal. Selain
itu olah tubuh juga mempunyai tujuan melatih atau merenggangkan otot-otot kita supaya elastik,
lentur, dan supaya tidak ada bahagian-bahagian tubuh kita yang kaku selama melakukan aksi sesuatu
karakter atau watak dalam lakonan.

3. Persiapan olah tubuh perlu dilakukan sebelum memulakan sesebuah pementasan/lakonan.


Jelaskan setiap satunya berserta tujuan dan contoh.

Olah tubuh merupakan keterampilan tubuh, iaitu penguasaan bahagian-bahagian tubuh kita yang
dapat digerakkan dan dikawal. Tujuan olah tubuh untuk menguasai secara sedar bahagian-bahagian
tubuh yang akan digunakan untuk menunjang keperluan seorang pelakon dan menggambarkan
watak yang akan dimainkan agar pelakon dapat menguasai segala gerak yang diinginkan. Kerana
tubuh adalah alat utama bagi seorang pelakon untuk dapat mewujudkan watak yang akan
diperanankan. Antara contoh latihan olah tubuh ialah latihan pernafasan, latihan menggerakkan
otot, latihan menggerakkan tubuh, latihan releksasi (pengenduran ketegangan), latihan konsentrasi
dengan gerak, latihan perasaan dengan gerak, latihan gerakkan menirukan gerak yang tidak biasa,
latihan gerakkan dalam menguasai ruang dan latihan dengan tempo.

4. Berikan definisi dan objektif Pergerakan Kreatif dalam latihan fizikal drama.

Pergerakan kreatif berbentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau
perasaan. Matlamat utama pergerakan kreatif adalah untuk berkomunikasi melalui pergerakan.
Komponen cabang pergerakan ini terdiri daripada badan, ruang, masa dan daya. Pergerakan
kreatif boleh dilakukan secara bersendirian, berpasangan atau berkumpulan.

Anda mungkin juga menyukai