Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Menurut Mana Sikana. (1989), drama ialah satu pertunjukan yang berlaku
penyatuan antara lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku, serta
melakonkan atau meniru watak-watak. Drama mengandungi persoalan, tindakan,
perkembangan, dan klimaks serta kesimpulan. Drama memupuk kemahiran bahasa
seperti membaca, menulis, bertutur dan mendengar dengan mewujudkan konteks yang
sesuai. Drama merupakan alat pengajaran bahasa yang kuat yang melibatkan semua
murid secara interaktif. Guru dapat menghubungkan emosi dan kognitif murid melalui
drama kerana drama membolehkan murid mengambil risiko dengan bahasa dan
mengalami hubungan antara pemikiran dan tindakan. Drama dapat mengekalkan
motivasi murid dengan menyediakan suasana yang penuh dengan keseronokan dan
hiburan.

Drama menggalakkan pelajar untuk berinteraksi dan berkomunikasi walaupun


dengan bahasa terhad dan menggunakan komunikasi bukan lisan seperti pergerakan
badan serta ekspresi muka. Menurut Taksonomi Bloom, mencipta ialah aras tertinggi
dalam kontinum kesukaran pembelajaran. Sebelum murid boleh mencipta, mereka
perlu mengingat, menjelaskan, menerapkan, menganalisis dan menilai. Hal ini demikian
kerana dengan menulis drama Melayu dalam bentuk skrip dan kemudian
melakonkannya, murid bukan sahaja dapat mengembangkan kemahiran kognitif tetapi
juga kemahiran sosial mereka. Sudah terang lagi bersuluh, mereka juga dapat
meningkatkan kemahiran menggunakan bahasa dan kemahiran berfikir dalam bahasa
tersebut.

1
TUGASAN 1: PENULISAN ESEI

2.0 KONSEP IMPROVISASI

Improvisasi sering diaplikasikan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam


pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa.
Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak dirangsang untuk berinteraksi secara spontan
berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan
membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan
yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak
dicerna secara maksimum.

Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad. (2012), improvisasi membawa


maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka.
Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, gambar, watak dan petunjuk. Tujuan
utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan,
dan kepala) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Murid
bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada
murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah murid.

Bukan itu sahaja malahan dalam pengajaran bilik darjah asas bercerita juga perlu
dimantapkan. Untuk itu, pengajaran drama akan melibatkan penganalisisian skrip
drama sebelum sesebuah drama dipersembahkan di atas pentas. Menurut Kamus
Dewan edisi keempat.(2015), improvisasi bermaksud perihal melaksanakan atau
membuat sesuatu tanpa persediaan awal, secara spontan, atau dengan menggunakan
bahan-bahan yang ada sahaja.

Guru mengaplikasikan teknik imropvisasi dalam pementasan dan pendidikan


bahasa melayu secara individu atau kumpulan dengan memberi rangsangan samada
berdasarkan situasi, objek watak, petikan cerita atau gambar. Murid diberi masa untuk
berbincang dalam kumpulan kecil. Setelah murid benar-benar yakin , barulah mereka

2
dikehendaki beraksi di hadapan kelas. Dalam hal ini, guru tidak perlu menyedarkan
murid mengenai penonton kerana ini untuk membentuk keyakinan murid beraksi.

Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan sosial murid lebih luas. Guru
perlu membimbing murid dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka untuk
berimprovisasi.

3
Meningkatkan
daya imaginasi

Merangsang
Meningkatkan
kemahiran
keyakinan diri
berbahasa

Peranan
improvisasi

Mewujudkan
Pengurusan suasana
masa menyeronokka
n

Pembelajaran
kolaboratif

Rajah 1 menunjukkan Peranan


improvisasi drama dalam pendidikan.

Rajah 2 menunjukkan aktiviti


improvisasi yang guru boleh
gunakan dalam bilik darjah.

4
2.1 TEKNIK ASAS BERCERITA

Teknik bercerita kebiasaannya digemari oleh kanak-kanak dan memainkan peranan


yang penting dalam pengajaran lisan bahasa. Dalam pengajaran bahasa secara
umumnya, teknik bercerita bermaksud guru menyampaikan pengajarannya melalui
aktiviti bercerita, iaitu guru akan bercerita kepada murid-muridnya dan seterusnya
disusuli dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti soal jawab, murid
menceritakan semula cerita tersebut dan sebagainya. Dalam konteks pengajaran lisan,
teknik bercerita lebih tertumpu kepada murid itu sendiri, iaitu mereka akan bercerita
secara lisan sama ada tentang pengalaman, harapan, tentang sesuatu cerita yang
didengar atau dibaca dan sebagainya. Semasa murid bercerita, guru hendaklah
memberi perhatian tentang sebutan, bahasa, gaya pertuturan, dan kelancaran. Latihan
pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

Melalui bercerita informasi diperolehi begitu cepat kerana dalam proses bercerita
komunikasi lebih satu hala wujud. Pencerita bercerita, yang mendengar akan menyoal
dan bertanya pada waktu tertentu. Inilah sebenarnya yang diperlukan dalam dunia

5
pendidikan. Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis dikalangan murid.

Ada beberapa aspek yang perlu diambil kira bagi menentukan keberkesanan cerita.
Suara amat penting. Suara itu sebenarnya aset yang sangat dituntut dalam dunia
pendidikan. Dalam bercerita, suara itu mempunyai disiplin. Intonasi suara perlulah jelas
dan lantang supaya dapat didengar oleh semua pendengar. Nada suara tidak terlalu
mendatar. Pencerita perlu menunjukkan emosi melalui nada suara yang sesuai seperti
sedih, cemas, marah dan gembira. Variasi suara dan kecekapan bercerita perlulah
sesuai dengan situasi episod cerita. Sebutan mestilah jelas.

Di samping suara, bahasa juga satu keperluan yang mesti diambil kira. Melalui
bahasalah pengajaran bercerita itu dapat disalurkan. Oleh itu penggunaan bahasa perlu
sesuai dengan tahap kebolehan pendengar. Sebelum istilah-istilah baru diperkenalkan,
kanak-kanak perlu faham asas-asas bahasa yang boleh dijadikan titik tolak semasa
bercerita. Pergerakan bahasa mestilah bergerak dari yang konkrit kepada yang abstrak.
Apa yang penting adalah cerita itu dapat difahami dengan jelas dan memberi kesan
kepada murid-murid. Aspek lain yang dapat mendukung keberkesanan cerita itu ialah
gerak badan dan mimik muka. Gerak badan dan mimik muka perlu sesuai dan tepat.
Mimik muka yang berlebihan boleh menukar 'mood' murid-murid dan ini perlu dielakkan.
Oleh itu hubungan guru dan murid itu mesti sentiasa terjalin semasa bercerita. Guru
boleh menukar haluan jika didapati konsentrasi dan emosi murid tidak seperti yang
diharapkan. Pendek kata, teknik bercerita ini memainkan peranan penting dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa murid-murid.

6
2.2 ANALISIS SKRIP DRAMA

Menurut Md Sidin Ahmad Ishak. (2005), drama merupakan karya kreatif yang unik
kerana mengandungi dua aspek iaitu aspek sastera dan aspek teater. Merujuk kepada
aspek sastera ia mengandungi cerita dan unsur-unsur karya kreatif seperti pemikiran,
plot, watak, bahasa, dan latar. Analisis skrip drama dilakukan berdasarkan unsur-unsur
karya kreatif drama untuk memahami drama tersebut dengan lebih mendalam lagi.

DRAMA KANAK-KANAK ASPEK DRAMA MASYARAKAT


- Menggunakan konsep Konsep Menggunakan konsep
cerita binatang yang realiti kehidupan di mana
berperanan sebagai wadah masyarakat didedahkan
bagi mendekatkan sastera dengan ilmu pengetahuan
kepada kanak-kanak. tentang pelbagai aspek
dalam kehidupan seperti
- Menjurus kepada
dalam bidang politik,

7
campuran antara elemen sejarah, agama, psikologi
fantasi dengan realiti. dan falsafah.
Melalui rancangan realiti Pendedahan Pertandingan penulisan
seperti Idola kecil, Pondok- kreatif dan pelbagai lagi.
pondok dan Tetombak
Dicorakkan dengan ilustrasi Gambaran Hanya lakaran gambar
dan gambar-gambar yang yang umum sahaja untuk
menarik. mengambarkan situasi.

Konsep yang sangat Pengajaran Mesej yang bersifat


abstrak dan sarat dengan informatif, mendidik,
nilai dan tangapan yang berupaya membina watak,
bernilai bagi individu kanak- memperkaya pengalaman
kanak. dan pengetahuan
masyarakat serta
membangkitkan daya cipta,
menitikberatkan perihal
nilai-nilai murni, nilai
kemanusiaan dan
nasionalisme .
Kanak-kanak sebagai watak Watak dan Watak pelbagai dan
utama atau menyerupai perwatakan abstrak. yang
kanak- kanak. menampilkan watak
(binatang/tumbuhan). tauladan, tidak mustahil
dan ideal, kreatif, bercitra
jujur, setia, gigih dan
lasak/aktif, dan berfikiran
rasional dan matang dalam
melakukan tindakan atau
membuat keputusan.

8
Ditulis khas untuk kanak- Tumpuan Ditulis khas untuk
kanak. masyarakat.
Mudah dan senang Gaya bahasa Bahasa lebih tinggi,
difahami, ringkas. memerlukan pemahaman
yang tinggi untuk
memahami, pengunnan
kosa kata yang pelbagai.
Jumlah perkataan terhad Jumlah patah Keseluruhan adalah teks.
dan denotatif. perkataan
Mudah dan berfokus Plot Lebih kompleks dengan
kepada aksi dalam unsur-unsur konflik.
pengembaraan.
Mempunyai illustrasi grafik, Persembahan Tidak banyak mempunyai
reality, imaginasi, alam illustrasi grafik, lebih
fantasi kepada realiti, logik akal.
Personal Nilai Mendidik dan motivasi
Menyeronokan Membentuk jati diri atau
Motivasi, Nilai moral sahsiah
Akademik. Memberi maklumat baru
Meningkatkan tahap
membaca
Menulis
Apreasasi seni

Pengalaman penulis yang Perspektif Berdasarkan isu-isu


menulis berkenaan penulisan semasa yang berlaku atau
perspektif dan pemikiran peristiwa yang telah
kanak-kanak berdasarkan berlaku dalam masyarakat.
perkembangan psikologi
kanak-kanak.
Latar masa : boleh jadi Latar Latar masa : boleh jadi

9
pada masa sekarang, yang pada masa sekarang, yang
sudah lepas, atau masa sudah lepas, atau masa
akan datang. akan datang.

Latar tempat : Boleh jadi di Latar masyarakat pelbagai.


tempat yang biasa dengan
kanak-kanak atau fiksyen
semata-mata
Berasaskan kanak-kanak Persoalan Berasaskan masyarakat
secara langsung (eksplisit) setempat secara tidak
langsung (implisit)
2.3 PENGURUSAN PERSEMBAHAN DRAMA PENTAS
Jadual 1 di atas menunjukkan perbandingan antara drama kanak-kanak dengan
Pengurusan merupakan aspekdrama masyarakat.
penting dalam persembahan sesuatu drama pentas.
Pengurusan yang sistematik akan mengundang kepada persembahan drama pentas
yang berkualiti. Oleh itu, persembahan drama pentas bagi peringkat sekolah guru
memainkan peranan penting dalam berfikiran kreatif dan kritif menyesuaikan aktiviti
dengan suasana dan keupayaan pelajar. Guru membuat perancangan aktiviti dengan
penyediaan bahan dan persediaan tempat. Bahan yang dipilih sesuai dengan matlamat
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Perananya sebagai rangasangan , isi pelajaran,
pengukuhan, pemulihan, dan penilaian. Bahan –bahan seperti cerita daripada
pengalaman pelajar, gambar bersiri dalam bentuk mcerita dan peristiwa, skrip dan teks.
Seterusnya, dari segi persediaan tempat adalah pentas bagi persembahan drama. Guru
seharusnya memberi perhatian terhadap situasi dan ruang lakon. Ruang yang luas
akan memudahkan kelancaran persembahan drama.

Di samping itu, dalam pemilihan pelakon atau watak guru menggalakkan murid
mencuba pelbagai watak dalam situasi yang berbeza serta memberi peluang kepada
murid untuk memilih watak yang hendak dilakonkan mengikut bakat dan minat mereka.
Melalui ini, guru boleh mencungkil bakat-bakat murid yang terpendam bagai ‘harimau
menyembunyikan kukunya’. Selepas itu, guru membentuk kumpulan persembahan
drama pentas. Murid berkoloborasi dengan guru menghasilkan satu skrip drama
pentas yang lengkap dan menarik. Dalam penghasilan skrip drama, guru perlu

10
menitikberatkan juga elemen-elemen struktur yang membangunkan karya iaitu
melibatkan tema, plot, watak-watak dan perwatakan, latar dan bahasa.

Guru membimbing murid dalam menghasilkan skrip drama yang sempurna serta
murid mula membuat latihan. Pada masa yang sama, guru menyediakan peralatan
ataupun props yang bersesuaian dengan persembahan drama pentas seperti barang-
barang, gambar-gambar, bunyi, kad-kad penanda saranan bergambar atau bertulis.

Setersunya, murid melakukan latihan drama pentas tersebut di bawah bimbinga


guru untuk mengenalpasti kesilapan dan membuat penambahbaikan. Melalui latihan,
guru dan murid mendapat pelbagai idea yang menarik untuk diselitkan dalam skrip
drama tersebut. Secara tidak langsung, murid-murid dapat membina keyakinan diri
untuk mempersembahkan drama pentas dengan jayanya. Selepas segala aspek
praproduksi disediakan akhirnya berlakulah pementasan dimana drama dipentaskan.
Selepas persembahan drama pentas berlakunya pascanilai. Dalam ini, persembahan
drama pentas akan dinilai dan dibincangkan kekuatan dan kelemahanya serta
pengajaran daripada drama tersebut. Kesimpulanya, pengurusan merupakan elemen
yang sangat penting dalam mempersembahkan drama pentas yang menarik. Drama
berperanan membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari segi Intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Ini amat selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

11

Anda mungkin juga menyukai