Anda di halaman 1dari 6

lOMoARcPSD|7381003

Asas lakonan dan Latihan Fizikal

Asas Komunikasi Bahasa Melayu 2/Asas Komunikasi Bahasa Melayu 2 (Universiti


Pendidikan Sultan Idris)

StuDocu is not sponsored or endorsed by any college or university


Downloaded by SITI NABILA BINTI MO U1 (u1-30604@pelajar.ipgmipoh.edu.my)
lOMoARcPSD|7381003

1.0 PENGENALAN

Brian Way (1976) berpendapat, aktiviti lakonan yang memerlukan gerak kreatif
bertujuan memperkembangkan penyuburan diri individu secara menyeluruh dari
aspek intelek, rohani, emosi, jasmani, kreativiti, disiplin, sikap, estetika dan motivasi.
Pembelajaran adalah lebih terjamin apabila emosi dilibatkan melalui pengalaman
dan hal ini semakin dapat diperkukuh seandainya penggunaan bahasa yang baik
dikombinasikan dengan gerak-geri badan dan perlakuan. Hakikat ini diakui oleh
Mana Sikana (2012) yang mengatakan bahawa lakonan adalah satu proses
semulajadi yang meliputi alam kanak-kanak. Ia berlaku secara peniruan menerusi
pandangan dan pengamatan. Hal ini adalah satu perkara penting bagi masa
hadapan mereka kerana lakonan merupakan satu penghayatan terhadap realiti
kehidupan. Oleh sebab itu, guru perlulah menguasai asas lakonan dan latihan fizikal
serta mengenalpasti segala kelebihan, kekurangan, peluang dan ancaman demi
menjamin keberkesanan proses pembelajaran murid-murid.

2.0 MENGANALISIS DAN MENILAI ASAS LAKONAN DAN LATIHAN FIZIKAL

2.1 Asas Lakonan

Asas lakonan terdiri daripada beberapa aspek, iaitu pembinaan luaran


watak dalam drama dan pembinaan emosi dan psikologi watak. Seseorang pelakon
akan diberi watak dan pelakon tersebut sudah semestinya perlu menghayati
perwatakan watak tersebut bagi menghidupkan lagi sesebuah drama tersebut.
Watak bermaksud tokoh dalam sesuatu cerita atau novel yang mempunyai sifat
keperibadian. Perwatakan pula bermaksud watak seseorang dalam sesuatu cerita.

Koh (1994), di dalam bukunya menulis, pembinaaan luaran watak merujuk


kepada kemahiran fizikal pelakon yang sangat signifikan untuk diaplikasikan dalam
menjayakan naskah lakonan. Misalnya, untuk melakonkan watak seorang ayah,
maka gerak geri dan perwatakan ayah itu perlu ada seperti cara bercakap yang
tegas dan matang, berkumis dan sebagainya. Dari segi bahasa tubuh pula, kerlingan
mata, menggeleng dan sebagainya perlu dititkberatkan bagi membina watak luaran
pelakon. Contohnya, dialog ayah yang sedang marah akan anaknya, maka bahasa
tubuh perlu selari dengan ayat yang ingin dilafazkan dan bukannya sebaliknya.
Tambahan itu, aspek solekan juga memainkan peranan yang sangat penting. Tanpa

Downloaded by SITI NABILA BINTI MO U1 (u1-30604@pelajar.ipgmipoh.edu.my)


lOMoARcPSD|7381003

solekan yang cantik dan mantap, sesuatu watak itu tidak akan hidup meskipun
pelakon tersebut menghayati watak secara emosi dan dalaman. Misalnya, garis
kedutan di wajah ayah perlulah menggunakan alat solek seperli ‘liners’ atupun
‘grease paint’.

Dapat kita lihat disini, kemahiran fizikal pelakon sangat diambil kira dalam
menjayakan suatu drama. Kebiasaannya, murid-murid mungkin berpengetahuan
mengenai perwatakan sesuatu watak kerana ianya berlaku dalam kehidupan realiti di
sekeliling mereka, namun, mereka mungkin tidak mempunyai bakat untuk
mengekspresikannya dalam sebuah lakonan. Misalnya, seorang murid yang
menjelaskan dan tahu bahawa watak nenek memerlukan cara berjalan yang
bongkok, solekan kedutan dan uban, namun tidak mempunyai kemahiran untuk
melakonkannya serta mempersembahkan di atas pentas. Semasa pementasan,
biasanya konflik antara dirinya dengan watak yang dipegangnya akan berlaku di
mana murid yang mengalami konflik ini akan kelihatan kurang yakin dan segan
(Nazili, 2007). Walau bagaimanapun, konflik ini dapat di atasi sekiranya guru
memberikan lebih banyak peluang kepada mereka untuk berlakon.

Justeru itu, guru dikehendaki untuk membimbing murid-murid dengan teknik-


teknik lakonan dan latihan fizikal yang bersesuaian supaya mereka lebih yakin dan
berani untuk mempersembahkan suatu watak dengan baik. Hal ini kerana,
Kamaruddin dan Siti Hajar (2003), menyatakan bahawa pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu akan sentiasa menarik dan berkesan jika disampaikan
dengan kaedah dan teknik yang sesuai. Tambahan itu, melalui pembinaan luaran
watak ini lah menyebabkan murid akan lebih peka dengan masyarakat sekeliling
demi pembawakan watak yang realistik untuk pementasan seiring menjadi seorang
insan yang bakal menyumbang kepada dunia seni dan masa kelak.

Pembinaan emosi dan psikologi juga merupakan aspek penting dalam drama.
Berdasarkan takrifan yang diberikan oleh Nachiappan, Munovah, Mildred, Abdullah
dan Suffian (2017), emosi dapat merujuk kepada ungkapan perasaan. Bagi
melahirkan emosi yang sesuai dengan watak, cara peniruan adalah satu cara untuk
menghayati watak. Peniruan boleh dilakukan dari aspek tingkah laku, cara hidup,
kebiasaan, pergaulan, cara bicara seseorang individu. Kebiasaannya teknik ini
berguna kepada pementasan drama yang mengadaptasikan atau membuat lakonan
semula terhadap sesuatu cerita yang sememangnya sudah wujud contohnya, Pak

Downloaded by SITI NABILA BINTI MO U1 (u1-30604@pelajar.ipgmipoh.edu.my)


lOMoARcPSD|7381003

Pandir. Para pelakon perlu mendalami dan mengenal watak yang ingin dilakukan
dan hal ini meliputi tingkah laku, cara hidup, pergaulan, dialek, kebiasaan dan
sebagainya. Setelah mengenali dengan mendalam tentang individu tersebut, maka
dapatlah pelakon meniru watak tersebut.

Sehubungan dengan itu, guru perlulah melatih ekspresi muka murid untuk
membina emosi dan psikologi watak. Hal ini demikian kerana, Rahmah (1994)
mengemukakan bahawa ekspresi wajah merupakan salah satu cara penting dalam
menyampaikan maklumat sosial dalam kehidupan manusia. Melalui ekspresi muka
sudah memadai bagi menunjukkan emosi. Misalya, muka berkerut menunjukkan
emosi keliru bercelaru. Apabila mereka berkomunikasi di dalam komuniti sebenar,
mereka akan mudah memahami sesuatu situasi dengan hanya melalui ekspresi
muka. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka untuk menyesuaikan diri
dalam kelompok masyarakat kelak. Dapat kita lihat di sini, pengajaran melalui aspek
pembinaan emosi dan psikologi watak mampu menyediakan murid menghadapi
realiti kehidupan dan bukan hanya kepada persembahan lakonan semata-mata.

2.2 Latihan Fizikal

Kemahiran fizikal sangat penting untuk mengaplikasikan naskhah lakonan sama


ada berdialog atau tidak. Justeru itu, latihan olah tubuh dan pergerakan kreatif yang
berterusan perlulah dilaksanakan bagi membentuk kemahiran asas lakonan yang
baik. Fowler dan Levin (1984) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu
pendekatan dalam kaedah pengajaran. Misalnya pergerakan yang melibatkan motor
kasar dan motor halus iaitu pergerakan kemahiran asas, permainan, tarian dan
aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran. Pergerakan
kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan-gerakan fizikal
anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif bertujuan untuk
membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan melahirkan perasaan masing-
masing.

Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai
pergerakan adalah “Pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap
perasaan melalui muzik”. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun kadang-kala
kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka
boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang ditulis oleh

Downloaded by SITI NABILA BINTI MO U1 (u1-30604@pelajar.ipgmipoh.edu.my)


lOMoARcPSD|7381003

Dalcroze, hal ini terbukti benar apabila kanak-kanak mula memberi tindak balas
positif setelah mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah
dipersembahkan di hadapan mereka. Misalnya, watak penunggu hutan sedang
keluar secara misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak
mula menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk bersama-sama
ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan ketika penunggu hutan
itu menari mengikut rentak muzik yang rancak. Ini jelas menunjukkan bahawa, setiap
emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak
mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi
yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih.
Melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan ini telah memberi peransang
dan peluang kepada kanak-kanak di dalam melahirkan emosi mereka sekaligus telah
memudahkan guru untuk mengenalpasti dan membimbing perlakuan kanak-kanak
tersebut.

Selain tu, pergerakan kreatif juga melibatkan pergerakan melalui gerak tubuh
mengikut irama. Potensi pergerakan kanak-kanak boleh diransang melalui ritma dan
pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan
sentiasa aktif. Dalam kurikulum pendidikan di sekolah, aktiviti-aktiviti gerak tari
merupakan suatu bentuk seni dan rekreasi. Hal ini kerana, aktiviti-aktiviti pergerakan
adalah penting dalam membina keupayaan mengawal gerak geri fizikal dan sebagai
landasan untuk melahirkan perasaan dalaman serta gaya kreativiti (Salmah Ayub,
1992). Sebagai contohnya, guru meminta murid untuk menghafal langkah tarian
mengikut rentak dan irama yang mempunyai lirik seperti 15 kata majmuk mantap.
Kaedah ini membantu murid untuk menghafal kesemua kata majmuk mantap dengan
berkesan memandangkan penglibatan aktif murid yang melibatkan beberapa
kecerdasan pelbagai mereka. Maka dapat dilihat di sini, gerak kreatif ini akan terus
memainkan peranan penting dalam masyarakat memandangkan ianya sesuai untuk
pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak.

Di samping itu, penglibatan secara aktif melalui gerak kreatif dalam aktiviti muzik
yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi yang positif. Dari segi
kognitif, murid dapat menambah pengetahuan dan kefahaman mengenai konsep
muzik yang asas. Misalnya, bagi murid tahap satu khasnya, Buschner (1994),
berpendapat bahawa aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu

Downloaded by SITI NABILA BINTI MO U1 (u1-30604@pelajar.ipgmipoh.edu.my)


lOMoARcPSD|7381003

pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka


memahami konsep muzik yang abstrak Manakala dari aspek sosialisasi, aktiviti
menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi peluang
kepada murid untuk lebih berkomunikasi dan berinteraksi di samping mengamalkan
nilai-nilai murni. Tambahan itu, pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai
unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan
patriotisme dalam diri murid. Misalnya, bagi tema ‘Perpaduan’, murid-murid diminta
untuk menyanyikan lagu-lagu patriotik secara berkumpulan di hadapan kelas sambil
dinilai oleh rakan sebaya mereka. Oleh itu, pelaksanaan gerak kreatif ini harus
mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan, strategi dan teknik yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti teori Pelbagai Kecerdasan,
Kajian Masa Depan, Pembelajaran Masteri, Teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
dan Kemahiran Belajar demi menjamin keberkesanannya.

3.0 RUMUSAN

Secara keseluruhan, dapat saya katakan disini, aktiviti-aktiviti yang melibatkan


asas lakonan dan latihan fizikal merupakan salah satu elemen didik hibur yang telah
disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal ini kerana, pengajaran dan
pembelajaran ini mempunyai ciri-ciri di mana terkandung unsur kelakar, kecindan,
unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan lain-lain. Di samping menguji
kemahiran berbahasa, murid juga berpeluang melihat aksi rakan-rakan ketika
berlakon. Selain menyeronokkan, murid-murid juga lebih berkeyakinan ketika
berhadapan dengan khalayak. Aktivti-aktiviti asas lakonan dan gerak kreatif tidak
dapat dinafikan dapat memberi hiburan dan memupuk nilai-nilai murni seperti
bertanggungjawab, berdisiplin, berani, sabar dan prihatin dengan persekitaran.
Justeru itu, peranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian
Komunikasi dan Multimedia (KKM) dahulunya Kementerian Penerangan Malaysia
amat penting bagi menggalakkan pertumbuhan minat dan bakat berlakon murid
berkembang secara terancang. Jelaslah disini, walaupun kanak-kanak di peringkat
sekolah rendah sudah membesar, penggunaan pergerakan fizikal sebagai media
pengucapan dan komunikasi selain daripada penggunaan bahasa haruslah
diperlakukan demi mempelbagaikan saluran untuk berkomunikasi. Gallahue (1996),
juga menegaskan bahawa pergerakan fizikal dapat menjadi media untuk melahirkan
emosi dengan lebih berkesan daripada pengucapan kata-kata.

Downloaded by SITI NABILA BINTI MO U1 (u1-30604@pelajar.ipgmipoh.edu.my)

Anda mungkin juga menyukai