Anda di halaman 1dari 26

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI,


KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 3 )

SEMANTIK BAHASA MELAYU


(BMMB 3123)

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA:
MOHAMAD DANIAL BIN MOHAMAD ZAKIRUDIN

NO. KAD PENGENALAN: 971008-10-5643

ANGKA GILIRAN: 2017192340040

KUMPULAN: PISMP C3

NAMA PENSYARAH
DR. AZMAN BIN RAHMAT
AKADEMIK:

TAJUK TUGASAN
TUGASAN 2: ANALISIS PERIBAHASA
PROJEK:
TARIKH SERAHAN: 19 MAC 2020
TARIKH TERIMA:

1
PENGHARGAAN

Pertamanya, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan taufik
dan hidayahnya telah memberi kekuatan dan keyakinan dalam menyiapkan dan
menunaikan tanggungjawab menyelesaikan kerja-kerja penulisan tugasan ini. Semasa
menyiapkan tugasan ini saya mendapati banyak pihak sentiasa menyokong dan
memberikan galakan sepenuhnya kepada saya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan Dr. Azman Bin Rahmat
sebagai pensyarah kerana telah membimbing dan memberi tunjuk ajar dengan ikhlas,
komited, dan tanpa jemu sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Tanpa ilmu dan
manfaat daripadanya, penulisan ini tidak sempurna untuk dihasilkan.

Jutaan terima kasih kepada ibu, Maimunah bt Md Rasoll dan ayah, Mohamad
Zakirudin bin Idris yang membantu daripada segi kewangan dan sentiasa menyokong penuh
sebagai tulang belakang. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang membantu dan menegur
salah dan silap saya sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Akhirnya, Semoga hasil penulisan ini memenuhi kehendak soalan dan menjawab
dengan jelas dan tepat. Segala kelebihan ilmu dalam penulisan ini ialah milik Allah,
manakala kelemahannya datang dari kejahilan saya.

2
Isi Kandungan
PENGHARGAAN ....................................................................................................... 2
PENGENALAN ........................................................................................................... 4
PERIBAHASA MELAYU............................................................................................. 4
1.1 Konsep Peribahasa ....................................................................................... 4
1.2 Jenis Peribahasa........................................................................................... 5
2 PERUBAHAN SEMANTIK DALAM PERIBAHASA .............................................. 7
2.1 Proses Perubahan Makna - Stilistik Dan Simbolik ........................................ 7
2.2 Kesilapan Bahasa / Tatabahasa ................................................................... 8
3 Analisis peribahasa.............................................................................................. 9
3.1 10 Peribahasa pilihan .................................................................................... 9
3.2 Analisis peribahasa berdasarkan analisis semantik inkuisitif ...................... 10
3.3 Indah Khabar Dari Rupa ............................................................................. 12
3.4 Alah bisa tegal biasa ................................................................................... 13
3.5 Muka masam............................................................................................... 14
3.6 Bapa borek anak rintik ................................................................................ 16
3.7 Pisang mas diluar, onak di dalamnya .......................................................... 17
3.8 Kasihkan padi buangkan rumput-rumput .................................................... 18
3.9 Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam ............................................. 19
3.10 Laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku ............................... 20
3.11 Biar mati ditangkap harimau, jangan mati digigit anjing .............................. 21
3.12 Bunga pun gugur,putik pun gugur, tua pun gugur, masak pun gugur ......... 22
KESIMPULAN .......................................................................................................... 23
RUJUKAN ................................................................................................................ 24

3
PENGENALAN

PERIBAHASA MELAYU

1.1 Konsep Peribahasa

Semua bahasa memiliki keindahan dan kesantunan dalam pertuturan seharian mereka
sebagaimana di alam nusantara terdapat peribahasa yang menjadi adab dalam berbicara.
Hal ini peribahasa dikira sebagai khazanah sastera tradisional yang sangat bernilai dan
berharga untuk masyarakat Melayu. Daripada bahasa dapat dilihat bagaimana tinggi
kebijaksanaan masyarakat Melayu mentadabur alam (Noraini Abd. Shukor, 2016) dan
menghayati ciptaan Allah sehingga terbentuknya sesuatu peribahasa. Hal ini bertepatan
dengan Parameswaran (2006), peribahasa merupakan alat penanda aras untuk mengukur
tahap pemikiran suatu masyarakat. Hal ini kerana peribahasa mengandungi unsur-unsur
alam budaya, pemikiran dan pegangan bagi suatu masyarakat.

Peribahasa juga dikategorikan sebagai bahasa kiasan yang mengandungi makna


tersurat mahupun tersirat. Ianya wujud kerana masyarakat Melayu sering menganalogi dan
membuat perbandingan sesuatu tingkah laku atau kejadian dengan unsur alam (Junaini
Kasdan et al., 2016). Dapat disimpulkan bahawa peribahasa Melayu sebagai satu nilai seni
bahasa tradisional yg mengandungi unsur-unsur alam budaya, pemikiran dan pegangan
bagi menilai kebijaksanaan seseorang dalam masyarakat pada ketika itu. Antara objektif
penggunaan peribahasa untuk bertutur dengan dengan berlapik supaya pendengar tidak
mudah rasa tersinggung dengan nasihat dan teguran yang diberi. Hal ini kerana menurut
(Tangaprabhu Murthy & Mary Fatimah Subet, 2018) masyarakat Melayu sangat
mementingkan adab kesantunan berbahasa sehingga mencipta peribahasa agar tidak
menyinggung hati seseorang itu. Dalam kajian ini, penulis akan memilih 10 peribahasa
Melayu bagi menilai dan membincangkan makna semantik bagi memahami pemikiran
masyarakat Melayu.

4
1.2 Jenis Peribahasa

Menurut Wan Norasikin Wan Ismail et al. (2016), bagi memastikan kelestarian penggunaan
peribahasa, ia perlulah dipelajari, dihayati dan dipraktikkan penggunaannya. Secara
umumnya, penulis membahagikan struktur peribahasa Melayu kepada empat kategori.

Peribahasa

Simpulan
Perumpamaan Pepatah Bidalan
Bahasa

Rajah 1: Struktur peribahasa Melayu

Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada jurnal (Muhammad Zaid Daud, 2018)

Berdasarkan rajah 1, struktur peribahasa dikategorikan kepada empat iaitu simpulan


bahasa merujuk kepada rangkaian perkataan yang disusun mengikut rumus tertentu yang
membawa maksud tertentu. Menurut Mohd Tajuddin Abd Rahman (2017), simpulan bahasa
terbahagi kepada dua jenis iaitu (i) mempunyai maksud yang sama, dan (ii) dua makna yang
berbeza. Contohnya seperti jadual berikut.

Jadual 1: Jenis simpulan bahasa

Jenis
Contoh Maksud
Simpulan
Telinga Nipis
Seerti(Sama
Panas Hati Perasaan Marah / Meradang
Maksud)
Naik Angin
Banyak Tidak Menerima Pengajaran / Zalim
Buta Hati
Maksud Tidak Pandai Membaca Atau Menulis

Berdasarkan jadual 1, ringkasnya jelas disini terdapat dua jenis simpulan bahasa.
Jenis peribahasa yang kedua ialah perumpamaan. Perumpamaan bermaksud ayat
perbandingan yang menggunakan kata bandingan contohnya, seperti, bak, penaka, bagai,
macam, ibarat, laksana, umpama dan kebiasaanya digunakan di pangkal ayat (Mohd
Tajuddin Abd Rahman, 2017). Contohnya.

5
i. Bagai pinang dibelah dua
ii. Seperti cincin dengan permata
iii. Ibarat ayam tiada mengais tiada makan
iv. Umpama kiambang di air , akar tidak menjejak bumi

Seterusnya yang ketiga, ialah pepatah yang terbentuk daripada sesuatu peristiwa
yang berkaitan dengan kehidupan anggota masyarakat sehari-hari (Mohd Tajuddin Abd
Rahman, 2017). Contohnya, ditelan mati emak, diluah mati bapa. Makna tersirat baginya
ialah sukar dalam membuat pilihan. Pepatah dapat dilihat seakan puisi yang indah kerana
disusun mengikut perbilangan atau perkataan. Jika menurut Abdullah hassan & Ainon Mohd
(2003), menyatakan pepatah atau perbilangan sebagai ungkapan yang berasal-usul
daripada pusaka adat resam. Kekadang ianya lebih dari dua baris dan disebut satu demi
satu. Walau bagaimanapun ia tidak sama dengan bidalan. Bidalan merupakan kata yang
menunjukkan makna yang selapis, terus dan nyata (Muhammad Zaid Daud, 2018). Bidalan
juga berfungsi sebagai nasihat. Misalnya, biarkan lambat asalkan selamat yang
membawa maksud pada permukaan ayat dengan jelas. Namun tidak selari dengan
pandangan Zauyati Zainal Mohamed Alias (2006), menyatakan peribahasa terdiri daripada
dua kategori iaitu peribahasa yang mempunyai makna selapis seperti bidalan, pepatah dan
perbilangan manakala yang mempunyai dua lapis makna seperti simpulan bahasa dan
perumpamaan.

Penulis dapat merumuskan bahawa terdapat pelbagai pandangan dan pengelasan


yang dikategorikan oleh tokoh dan sarjana lepas dalam kajiannya. Walau bagaimanapun,
fungsi asal bagi peribahasa itu tetap tidak berubah iaitu peribahasa bertujuan memberi
teguran, menyatakan hasrat hati dan melahirkan pandangan tanpa mengguriskan hati
seseorang khususnya orang muda. Oleh sebab demikian, peribahasa tidak seharusnya
difahami secara harfiah kerana maknanya tersimpul secara tersirat (Junaini Kasdan et al.,
2016). Justeru itu, penulisan ini akan menganalisis 10 peribahasa daripada makna semantik
mahupun tersurat dan membincangkan sebab-sebab pemilihan leksikal yang digunakan
dalam peribahasa tersebut.

6
2 PERUBAHAN SEMANTIK DALAM PERIBAHASA

2.1 Proses Perubahan Makna - Stilistik Dan Simbolik

Terdapat banyak faktor perubahan makna dalam peribahasa. Antaranya, tujuan stilistik dan
simbolik. Pertama, perubahan makna bagi tujuan stilistik dan simbolik dapat dilihat dalam
hasil karya yang berbentuk sastera. Contohnya, dalam 10 peribahasa pilihan dalam
penulisan ini terdapat banyak simbolik dan stilistik yang digunakan dalamnya:

Padi Isteri dan anak


Cempedak Mambung Perempuan gemuk
Bunga,putik,tua,masak Usia muda hingga tua

Perkataan „Padi‟ dikaitkan dengan insan tersayang seperti isteri dan anak-anak.
Ianya sebagai simbolik bahawa tempat periuk nasi perlu dijaga sebaiknya sebagaimana ahli
keluarga perlu disayangi sebaiknya. Terdapat juga „cempedak mambung‟ yang memberi
simbolik kepada perempuan gemuk. Perbandingan ini dek kerana bentuk cempedak yang
seakan perempuan gemuk manakala kerengga disimbolik dengan perempuan yang
bertubuh ramping dan ideal.

Selain daripada itu, terdapat juga perkembangan bunga pada pokok buah-buahan
diibaratkan dengan usia manusia dari muda hingga tua. Perubahan makna dari aspek
simbolik ini sukar difahami kerana ia mempunyai makna yang tersirat (Nur Afiqah Wan
Mansor & Nor Hashimah Jalaluddin, 2016).

Seterusnya, stilistik bermaksud penggunaan gaya bahasa berkesan dalam


penulisan. Gaya bahasa bagi sastera berbeza jika dibandingkan dalam peribahasa (Anida
Sarudin, 2016). Menurutnya lagi, gaya bahasa dalam penulisan sastera lebih berbunga-
bunga dan estetik. Dalam peribahasa, terdapat domain sumber yang dikaitkan dengan
domain sasaran. Perkaitan ini bukan difikirkan mengikut andaian namun bersistem dan
teratur. Keindahan metafora yang digunakan dalam peribahasa menunjukkan intelektual
masyarakat Melayu dalam menghayati dan memahami alam.

7
2.2 Kesilapan Bahasa / Tatabahasa

Kesilapan dalam menggunakan tatabahasa yang betul dalam peribahasa dapat dikecualikan
kerana tatabahasa Melayu mengalami proses perkembangan dan bersifat abtrari
berbanding perubahan pada peribahasa. Hal ini berlaku kerana peribahasa menjadi buah
mulut dan penggunaan ramai menyebabkan ianya kekal sebegitu. Dahulu kala hukum D-M
dalam tatabahasa Melayu belum wujud menyebabkan peribahasa yang tercipta sebelumnya
dicipta secara spontan. Misalnya pada peribahasa di bawah;

khabarnya indah tapi


Indah khabar dari rupa Hukum D-M
rupanya tidak begitu

Kasihkan padi buangkan Jika padi dikasihi maka


Hukum D-M
rumput-rumput. Rumput-rumput dibuang

Maka, pada peribahasa ini mengalami kesalahan tatabahasa namun


penggunaannya telah meluas dan kekal sejak dahulu lagi. Oleh yang demikian, terdapat
pengecualian pada peribahasa kerana ia merupakan khazanah Melayu yang kekal secara
turun-temurun.

8
3 Analisis peribahasa

3.1 10 Peribahasa pilihan

Jadual 2: 10 peribahasa pilihan

Analisis kategori
Peribahasa
berdasarkan;

Peribahasa 1. Indah khabar daripada rupa


Makna selapis 2. Alah bisa tegal biasa
3. Muka masam
4. Bapak borek anak rintik

Peribahasa 5. Pisang mas diluar, onak di dalamnya


makna dua lapis 6. Kasihkan padi buangkan rumput-rumput.
7. Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam.
8. Laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku
9. Biar mati ditangkap harimau, jangan mati digigit anjing
10. Bunga pun gugur,putik pun gugur, tua pun gugur, masak pun
gugur

Berdasarkan jadual 2 di atas, penulis telah memilih 10 peribahasa yang akan digunakan
dalam menganalisis semantik dan diksi pemilihan kata peribahasa tersebut. Penulis
membahagikan lagi kepada dua kategori iaitu peribahasa makna selapis iaitu makna yang
mudah difahami tanpa memerlukan keterangan yang kompleks dan kedua, makna dua lapis
yang memerlukan kefahaman tentang peribahasa dan semantiknya. Analisis akan dibuat
berdasarkan dua aspek utama iaitu makna tersurat dan makna tersirat bagi peribahasa
tersebut.

Makna tersurat merujuk kepada makna hakiki yang difahami dari sesuatu. ia juga
disebut sebagai makna eksplisit iaitu strukur makna permukaan. Menurut Mat Taib Pa
(2016), ia merupakan makna yang disepakati dan difahami oleh orang ramai apabila ia
disebut. Namun begitu antonimnya adalah makna tersirat iaitu makna sampingan dan
tambahan kepada makna tersurat tersebut. Justeru, sesuatu perkataan atau ayat itu tetap
mempunyai makna asalnya tetapi ia mungkin terdapat makna implisit yang tersembunyi. Hal
ini menyebabkan makna implisit itu lebih sukar difahami kerana mempunyai unsur-unsur
makna tersirat (Nur Afiqah Wan Mansor & Nor Hashimah Jalaluddin, 2016).

9
3.2 Analisis peribahasa berdasarkan analisis semantik inkuisitif

Pendekatan Semantik Inkuisitif

Pendekatan semantik inkuisitif yang digunakan dalam penulisan ini berlandaskan gagasan
idea oleh Nor Hashimah (2014) dalam Asad Mohamed (2018), dengan melakukan inovasi
kaedah pengkajian makna yang berbentuk metafora dan bukan metafora. Hal ini kerana
penggunaan pendekatan ini menekankan 3 tahap dalam mentafsir suatu peribahasa. Selari
dengan kajian oleh Asad Mohamed (2018), yang menggunakan pendekatan semantik
inkuisitif yang terdapat tiga tahap tafsiran yang dilaksanakan dalam usaha melakukan
pentafsiran makna. Berikut merupakan rajah aliran proses analisis semantik inkuisitif:

Tahap 1
Makna Harfiah

Tahap 2 (Proses Abstrak)


Dicungkil maklumat kognitif penutur ayat dan
dihubungkaitkan domain sumber
Peribahasa digunakan dalam contoh ayat
(peribahasa) dengan domain sasaran (ayat
tambahan).

Tahap 3 (Semantik Inkuisitif)


Meneroka sebab pemilihan diksi atau objek Menunjukkan ketinggian nilai dan pemikiran
sehingga mencapai tahap konkrit atau masyarakat Melayu dalam peribahasa
rasional. (Menjawab soalan mengapakah?) tersebut

Rajah 2 : Aliran proses penganalisisan data menggunakan


pendekatan semantik inkuisitif (Nor Hashimah, 2017)

Tahap pertama melibatkan tafsiran makna harfiah. Pada tahap ini tafsiran dilakukan
secara umum bagi mengenal pasti kewujudan peristiwa yang dapat dihubungkaitkan melalui
padanan pada makna ayat secara harfiah. Proses ini secara tidak langsung
mengkategorikan domain bagi peribahasa berdasarkan rujukan peristiwanya (rujuk rajah 2).

10
Pada tahap kedua, tafsiran melibatkan proses menghuraikan pemikiran penutur
secara kognitif melalui proses abstrak. Pada peringkat ini, analisis yang dilakukan akan
menampilkan abstraksi domain sumber (kata/ayat pada peribahasa) kepada domain
sasaran (ayat tambahan pada penutur) yang menjadi penyebab wujudnya suatu metafora.
Pada tahap ini, penulis akan melihat penggunaan peribahasa tersebut dalam ayat bagi
mengkaji corak pemikiran penutur dengan melihat proses abstrak yang berlaku. Proses
abstrak adalah proses yang mencari sebab wujudnya peribahasa sebagai domain sumber
berdasarkan ciri-ciri penerangan ayat tambahan atau perkataan yang menjadi domain
sasaran.

Akhirnya pada tahap ketiga, penulis akan mencari sebab musabab pemilihan diksi
atau leksikal peribahasa berbuktikan data, teori, kognitif, falsafah, kajian saintifik, hukum
alam, hukum logik atau budaya masyarakat Melayu. Bahkan menurut Asad Mohamed
(2018), analisis boleh dilakukan sehingga membandingkan objek yang hampir sama sebagai
tamsilan untuk melihat kewujudan akal budi Melayu yang mencipta peribahasa dengan teliti,
tepat dan padat.

11
3.3 Indah Khabar Dari Rupa
Jadual 3: Peribahasa satu

Peribahasa Makna Domain

Cerita yang berlebihan tapi


Indah Khabar Daripada Rupa Penipuan
tidak terjadi pada realitinya

Peribahasa indah khabar dari rupa membawa maksud “cerita yang berlebihan tapi tidak
terjadi pada realitinya”. Peribahasa ini berunsur makna selapis yang wujudnya berdasarkan
suatu peristiwa yang berlaku kepada penutur. Penutur seolah bercerita bahawa apa yang
dilihatnya tidak seperti mana apa yang didengarnya. Domain diberi berdasarkan peristiwa
yang terjadi kepada penutur iaitu terdapatnya unsur penipuan kepada penutur yang
menyebabkan lahirnya perasaan kecewa, menyesal dan sebagainya. Peristiwa ini sering
terjadi dalam masyarakat Melayu yang menyampaikan cerita dengan menokok tambah
suatu cerita sehingga menjadikan ianya sedap didengar walaupun palsu.

Proses Abstraksi “penipuan”

Ali tertipu dengan produk kurus di televisyen yang mengatakan dapat mengurangkan berat

badan sebanyak 10kg seminggu. Sedangkan semuanya indah khabar daripada rupa. Ali

tetap gemuk.

Berdasarkan contoh ayat, terdapat hubungan yang sangat kuat daripada domain
sumber iaitu „khabar‟ dengan sasarannya „mengatakan‟. Hal ini sasaran tersebut sebagai
maklumat tambahan bagi seseorang memahami peribahasa ini. „Mengatakan‟ merupakan
kata kerja yang berkait rapat dengan khabar-mengkhabarkan-pengkhabaran membolehkan
digolong dalam kategori kata yang sama. Manakala „rupa‟ membawa konotasi kesan
daripada „khabar‟ sama ada benar atau tidak. Dalam konteks ayat ini, „tetap gemuk‟
merupakan kontradiksi bagi cerita yang mengatakan produk itu dapat mengurangkan berat
badan. Perkara ini telah menyebabkan Ali tertipu dengan cerita tersebut. Ia merupakan
andaian awal bagi pembaca dalam mentafsir makna peribahasa ini.

Jika diteliti pada peribahasa ini, ianya makna selapis yang mudah. Tidak perlu
disangkal pemilihan katanya kerana berdasarkan peristiwa yang terjadi. Kata „khabar‟
berasal daripada bahasa arab [Kho-Ba-Ro] yang selalu digunakan sejak dahulu. Justeru itu,
wujudnya simpulan bahasa „khabar angin‟ yang bersangkut paut dengan peribahasa ini. Dari
segi diksi mengapa memilih leksim khabar daripada „cerita‟. Menurut kamus dewan edisi
keempat khabar membawa maksud laporan tentang sesuatu kejadian yang berlaku. Ini

12
menunjukkan ianya perkara yang telah berlaku lalu dikhabarkan kepada orang ramai.
Berkait dengan penggunaan kata surat khabar yang melaporkan kejadian semalam yang
telah berlaku. Tidak disebut sebagai surat cerita, surat kisah, surat perkara dan sebagainya.
Ini menunjukkan kata khusus „khabar‟ membawak konotasi semantik perkara yang telah
terjadi. Apabila terjadi bermaksud ianya sepatutnya fakta bukan seperti hikayat atau kisah
dongeng yang sememangnya ditokok tambah. Namun, peribahasa ini menjelaskan „rupa‟
membawa konotasi realiti atau kejadian tersebut.

3.4 Alah bisa tegal biasa


Jadual 5: Peribahasa dua

Peribahasa Makna Domain

Alah bisa tegal biasa Perkara yang susah menjadi


Sikap
senang kalau selalu dibuat.

Peribahasa Alah bisa tegal biasa membawa maksud “Perkara yang susah menjadi senang
kalau selalu dibuat”. Peribahasa ini masyhur dan seringkali digunakan dalam pertuturan dan
penulisan (Zauyati Zainal Mohamed Alias, 2006). Ia merupakan bidalan atau kata nasihat
bagi menambah semangat dalam kehidupan seharian. Penutur seolah-olah memberi
rangsangan dalam menghadapi cabaran hidup. Domain „sikap‟ diberi berdasarkan terjadinya
peribahasa berdasarkan sikap kesungguhan dalam menempuh dugaan. Peribahasa
berbentuk rangsangan sebegini banyak dalam alam Melayu. Misalnya, biar lambat asal
selamat, sikit-sikit lama-lama jadi bukit dan sebagainya. Ini menunjukkan masyarakat
Melayu sentiasa bermuhasabah dalam setiap perilakunya. Kemudian, mengambil perkara-
perkara yang positif lalu dijadikan bentuk peribahasa yang indah dan bermanfaat.

Proses Abstraksi “sikap”

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih

bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, alah bisa tegal biasa,''

kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Berdasarkan contoh ayat, terdapat perkaitan antara domain sumber iaitu „bisa‟
dengan sasarannya „bukan mudah‟. Hal ini sasaran tersebut sebagai maklumat tambahan
bagi seseorang memahami peribahasa ini. „Bisa‟ membawa maksud suatu zat racun
daripada binatang mahupun tumbuhan yang boleh membawa kepada penyakit dan mati. Ini

13
menunjukkan kesukaran, pahit, dan unsur negatif yang menunjukkan kepayahan sesuatu.
Namun, perubahan makna semantik di sini berlaku kerana maklumat tambahan „bukan
mudah‟ menunjukkan kepayahan dalam latihan sukan itu sebagai bisa yang boleh diatasi
dengan penawarnya yakni sikap tidak putus asa. Oleh itu, „tegal biasa‟ merupakan implikasi
daripada latihan berterusan itu menjadi „lebih handal‟ menjadikan konteks kesan dalam ayat
ini. Sikap tidak berputus asa menjadi penawar pada bisa kesukaran dan kepahitan dalam
hidup. Ia mempunyai persamaan dengan peribahasa Inggeris ”Practice makes perfect”.

Peribahasa ini dikatakan mudah difahami namun ianya tidak membawa maksud
secara langsung jika dibandingkan dengan peribahasa inggeris di atas. „Alah‟ merujuk
kepada (1) keadaan atau perihal, dan (2) menewaskan, menundukkan. „Tegal‟ pula sinonim
dengan kata „kerana‟, „lantaran‟ atau ‟akibat‟ yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu
lama. Hal Ini membawa maksud selapis „mengalahkan bisa lantaran biasa‟. Jika diteliti
peribahasa ini menunjukkan pencipta asal mengaitkan dengan kehidupannya yang mudah
terdedah dengan bisa atau racun sama ada binatang atau tumbuhan. Ini bertepatan dengan
kehidupan masyarakat Melayu dahulu yang memungut hasil hutan, memburu, dan bercucuk
tanam untuk kehidupan seharian. Mereka terdedah dengan bahaya racun binatang berbisa
seperti ular, lipan, tembuan, ulat bulu dan kala jengking. Tumbuhan pula seperti Jelatang
rusa, kecumbung, Bebuta, dan Rengas. Tanaman hiasan seperti pokok keladi (caladium
bicolor) juga terdapat racun yang menyebabkan cirit-birit, sakit mulut dan mata kemerahan
(Asmar Zakri, 2018). Hal ini dijadikan metafora dalam masyarakat Melayu suatu kepayahan
dan kesukaran itu umpama bisa yang sakit namun menjadi kebal dan biasa jika terbiasa.

3.5 Muka masam


Jadual 6: Peribahasa tiga

Peribahasa Makna Domain

Seorang yang menunjukkan


Muka Masam
rupa muka yang kecewa atau Perasaan
tidak senang

Peribahasa muka masam membawa maksud “seorang yang menunjukkan rupa


muka yang kecewa atau tidak senang”. Ia merupakan salah satu jenis simpulan bahasa
yang menyatakan air muka negatif (Nur Afiqah Wan Mansor & Nor Hashimah Jalaluddin,
2016). Domain „perasaan‟ diletakkan kerana imej perasaan itu dizahirkan kepada air muka
seseorang yang menonjolkan gambaran di dalam hati. Menurut Norazlina & Raja Masittah
(2014), air muka memberikan gambaran imej seseorang mengenai konsep tentang harga
diri, status dan maruah. Hal ini jelas menunjukkan perasaan dalam peribahasa ini.

14
Proses Abstraksi “Perasaan”

Aina menarik muka masam apabila calon lelaki pilihannya ditolak mentah-mentah oleh ibu

bapanya.

Berdasarkan contoh ayat, domain sumber iaitu „muka masam‟ dengan sasarannya
„ditolak‟. Sasaran „ditolak‟ ini menjawab persoalan mengapakah pada domain sumber itu.
Pembaca akan mengaitkan kiasan muka masam dengan frasa „calon lelaki pilihannya
ditolak‟. Tambahan pula, ia sebagai maklumat tambahan yang membuktikan Aina
berekspresi tidak senang kepada ibu bapanya. Ekspresi masam pada Aina boleh diibaratkan
dengan air muka yang menunjukkan perasaan kecewa (Nur Afiqah Wan Mansor & Nor
Hashimah Jalaluddin, 2016). Ianya jelas perasaan kecewa terhadap perkara yang tidak
disukainya menonjolkan air muka negatif kepada ibu bapanya.

Jika ingin memahami kognitif penulis ayat ini, ia cuba memberi gambaran deskriptif
kepada pembaca yang menilai perasaan subjek iaitu Aina ketika itu. Penggunaan „muka‟
dan „masam‟ membentuk gambaran wajahnya yang kurang senang dek kerana marah,
kecewa, merengus, dan tidak suka. Ini kerana bahasa boleh ditafsirkan secara non-verbal
yang mengungkapkan makna dan persekitaran (Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2018).
Mengapa deria rasa masam dikaitkan dengan muka. Hal ini kerana apabila seseorang yang
merasai sesuatu yang sangat masam maka muka menahan rasa masam itu dianggap
hodoh, tidak senang dan berunsur negatif. Hal ini menunjukkan keintelektual masyarakat
Melayu membuat perbandingan muka yang masam menyamai dengan keadaan seseorang
yang kecewa atau tidak senang. Lama kelamaan hal ini menjadi kebiasaan orang Melayu
lalu digarap sebagai peribahasa. Ianya makna selapis yang senang ditafsirkan oleh
pembaca kerana mempunyai kiasan tersirat yang mudah.

15
3.6 Bapa borek anak rintik
Jadual 5: Peribahasa empat

Peribahasa Makna Domain

Sifat dan kelakuan seorang


Bapa borek anak rintik anak lazimnya mengikut sifat Sikap/Sifat
bapanya juga.

Peribahasa Bapa borek anak rintik membawa maksud “Sifat dan kelakuan seorang
anak lazimnya mengikut sifat bapanya juga”. Ianya salah satu peribahasa yang juga
menunjukkan sifat dan sikap seseorang yang diwarisi daripada bapanya. Maka, domain
sikap atau sifat diberikan kepada peribahasa ini. Hal ini memberikan gambaran bahawa
sikap baik dan buruk seseorang itu diwarisi. Masyarakat Melayu sering memandang serong
kepada ibu bapa jika seorang anaknya itu nakal dan gagal. Kita akan menggambarkan ibu
bapanya itu juga pasti gagal sewaktu dahulu. Hal ini selari dengan pepatah lama Melayu
'bagaimana perlakuan si ayah, maka begitulah perlakuan si anak‟ kerana kanak-kanak itu
meniru perlakuan ibu bapanya sejak kecil lagi (Azizi Ahmad, 2018).

Proses Abstraksi “Sikap/Sifat”

Siti menyesal selepas 2 bulan berkahwin kerana Ahmad telah berpoligami mengahwini isteri

kedua. Benarlah kata orang kampung bapa borek anak rintik kerana sikap Ahmad sama

seperti bapanya yang mempunyai isteri yang ramai.

Berdasarkan contoh ayat, domain sumber iaitu „Borek‟ dengan sasarannya frasa
„isteri yang ramai‟. Manakala, domain „rintik‟ berganding dengan sasaran „poligami‟. Dengan
kata mudah poligami bermaksud seorang lelaki yang mengahwini lebih daripada satu isteri.
Ini jelas mengaitkan sikap anaknya serupa dengan bapanya. Ianya jelas kepada pembaca
mentafsirkan andaian awal makna peribahasa berdasarkan maklumat tambahan tersebut.

Jika diteliti lebih mendalam pada peribahasa ini, menurut kamus dewan bahasa
„borek‟ bermaksud berbintik-bintik putih hampir sama maksud dengan „rintik‟ iaitu bintik atau
titik-titik. Persamaan sifat ini menonjolkan pemikiran masyarakat Melayu dalam membuat
metafora. Bahkan, hal ini menjelaskan unsur sains di dalam peribahasa ini. Sifat rintik itu
sebagai deoxyribonucleic acid (DNA) yang diwarisi oleh anak daripada bapa yang berborek.
Genetik ini biasanya diwarisi daripada bapa seperti senyuman, bentuk gigi dan warna anak
mata kerana genetik bapa lebih aktif daripada genetik ibu (Suhaidah Abd Wahab, 2018). Hal
ini dalam masyarakat Melayu, memandang tinggi kepada ibu bapa yang berjaya mendidik
anaknya menjadi insan yang berjaya. Semuanya bermula dari institusi kekeluargaan.

16
3.7 Pisang mas diluar, onak di dalamnya
Jadual 6: Peribahasa lima

Peribahasa Makna Domain

Pisang mas diluar, onak di Mulut manis yang berisi tipu


Sikap
dalamnya muslihat.

Peribahasa Pisang mas diluar, onak di dalamnya merujuk maksud “mulut manis yang
berisi tipu muslihat”. Ianya menunjukkan sikap seseorang yang pandai mengayat namun
ada niat jahat yang tersembunyi. Sudah pasti domain „sikap‟ sangat bersesuaian diberikan
kepada peribahasa ini. Hal ini menggambarkan sikap seseorang yang kuat mengampu dan
memuji demi kepentingan diri. Kebiasaannya jurujual, peniaga dan ahli politik yang bijak
bermain kata dengan mulut yang manis. Daripada sikap ini masyarakat Melayu
menggambarkan sikap tersebut umpama kelihatan pisang mas diluarnya namun rosak di
dalamnya.

Proses Abstraksi “Sikap”

Rakyat kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak membantu rakyat seperti apa yang

dijanjikan pada waktu manifesto. Hal ini seperti pisang mas diluar, onak di dalamnya.

Berdasarkan contoh ayat, domain sumber iaitu „pisang mas‟ dengan sasarannya
„dijanjikan‟ manakala domain „onak‟ pada sasarannya frasa „tidak membantu‟. Maka, janji-
janji hanya sekadar kata-kata manis tetapi rakyat tetap sengsara. Ianya sebagai maklumat
tambahan yang membuktikan perasaan kecewa rakyat terhadap kerajaan yang diundinya
dahulu. Ianya jelas dan sebagai andaian awal kepada pembaca tentang sikap kerajaan.

Mengapa menggunakan pisang mas berbanding pisang jenis lain. Hal ini kerana
pisang mas atau emas masak sebiji-sebiji dalam satu masa (Kenapa pisang emas yang
dibawa belayar bukan pisang berangan atau pisang tanduk?, 2017). Ini disebabkan pisang
emas mengandungi daya ketahanan yang tinggi selepas dipotong menyebabkan ia mudah
masak mengikut tahap-tahap sesuai. Oleh itu, pisang emas selalu dibawa untuk berlayar
kerana tahan lama. Persamaan masak sebiji-sebiji ini dapat dikaitkan dengan kata-kata
manis dan janji ini bukan hanya satu namun berkali-kali dan bertahap. Ianya janji selepas
janji sehingga ia menjadi banyak. Kemudian, tidak dapat ditunaikan. Hal ini seperti pisang
emas yang kelihatan diluarnya elok namun jika dikupas rupa-rupanya rosak. Terdapat
penyakit seperti kanser ubi dan penyakit moko yang masih tiada penawar khusus (Hassan
Omar, 2019). Jelas kebijaksanaan masyarakat Melayu menggambarkan bermula dengan
harapan yang tinggi untuk dimakan, selepas dikupas baru sedar rosak isinya.

17
3.8 Kasihkan padi buangkan rumput-rumput
Jadual 7: Peribahasa enam
Peribahasa Makna Domain

Jikalau sayangkan anak dan


Kasihkan padi buangkan
isteri, berhentilah daripada Sikap
rumput-rumput.
mengasihi orang lain.

Peribahasa Kasihkan padi buangkan rumput-rumput bermaksud jikalau sayangkan


anak dan isteri, berhentilah menyayangi orang lain. Ianya menunjukkan sikap seorang
ketua keluarga dalam memimpin bahtera wajar memikirkan nasib anak dan isterinya
melebihi orang lain. Ianya dikategorikan sebagai domain sikap berdasarkan makna
peribahasa ini. Hal ini berlaku apabila seorang ayah yang terlalai daripada
tanggungjawabnya maka ianya perlu memikirkan nasib anak dan isterinya di rumah. Bahkan
fitrah manusia yang menyayangi sesuatu akan menjaga sebaik mungkin tanpa
menggantikan dengan sesuatu namun menghargai dan memperbaik perkara itu.

Proses Abstraksi “Sikap”

Aiman bermesraan dengan Rokiah tanpa pengetahuan isteri dan anaknya. Hal ini telah

ditegur oleh Faiz, „jikalau kasihkan padi buangkan rumput-rumput‟ namun tidak

diendahkan oleh Aiman.

Berdasarkan contoh ayat, domain sumber iaitu „padi‟ dengan sasarannya „isteri dan
anaknya‟ manakala domain „rumput‟ pada sasarannya ialah Rokiah sebagai orang lain.
Dalam ayat ini, pembaca dapat memahami bahawa Aiman telah curang dan berpaling kasih
daripada isteri dan anaknya. Hal ini kerana telah ditegur oleh Faiz namun tidak dihiraukan
olehnya. Sebagai andaian awal pembaca faham bahawa Rokiah bukanlah di kalangan ahli
keluarga rapat yang boleh bermesra. Hal ini menjadi salah dalam konteks agama Islam
bahkan dalam konteks sudut pandang masyarakat Melayu. Adat Melayu tidak seperti negara
barat yang menganggap itu sebahagian daripada perkara kecil dan tiada masalah.

Dalam peribahasa ini, penggunaan Padi sebagai subjek perbandingan isteri dan
anak menjadi persoalan. Dalam masyarakat Melayu, beras yang berasal daripada padi
menjadi makanan ruji utama. Bahkan bercucuk tanam padi pernah menjadi pekerjaan utama
pada waktu dahulu. Oleh yang demikian, bagi petani proses penanaman padi yang selama
4-5 bulan menyebabkan padi perlu dijaga sebaiknya. Lagi-lagi apabila rumput sambau dan
rumpai yang mengurangkan hasil tanaman pokok padi (Izham Alias, 2012). Sebelum adanya
racun, maka petani perlu mencabut rumput-rumput agar tidak menganggu kualiti padi. Oleh
itu, peribahasa ini menasihati agar mengutamakan anak dan isteri demi kebaikan bersama.

18
3.9 Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam
Jadual 8: Peribahasa tujuh
Peribahasa Makna Domain

Jika bernasib baik akan


Untung sabut timbul, Untung
selamat, jika bernasib Takdir
batu tenggelam.
malang binasalah.

Peribahasa Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam bermaksud Jika bernasib
baik akan selamat, jika bernasib malang binasalah. Domain takdir sangat bersesuaian
diberikan pada peribahasa ini. Peribahasa ini menunjukkan walau sehebat mana pun
manusia tetap tidak dapat berlawan dengan takdir tuhan yang esa. Oleh itu, sifat
kebergantungan kepada pencipta dan menerima nasib atau takdir qadak dan qadar wajib
bagi setiap muslim. Oleh itu, jika mendapat nasib yang baik bersyukurlah, jika mendapat
nasib yang buruk terima dan redalah dengan hati yang terbuka.

Proses Abstraksi “Takdir”

Walaupun kereta Hakim mengalami masalah enjin, dia tetap meneruskan perjalanan pulang

ke kampung. Tindakannya untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Berdasarkan peribahasa ini sebagai domain sumber ia menunjukkan sasarannya


iaitu takdir yang akan menimpa Hakim. Takdir itu jelas dapat dilihat daripada frasa
„mengalami masalah enjin, dia tetap meneruskan perjalanan‟. Pembaca akan mengandaikan
jika nasib Hakim baik maka dia pulang ke kampung dengan selamat. Jika sebaliknya maka
sesuatu yang buruk mungkin berlaku. Oleh yang demikian, itu merupakan andaian awal buat
pembaca. Hal ini kerana tiada lagi maklumat tambahan yang menceritakan nasib hakim.

Menariknya pada peribahasa ini, masyarakat Melayu membuat metafora kelebihan


dan rezeki setiap orang itu berbeza-beza. Sebagaimana kelebihan bagi sabut kerana ia
timbul. Kelebihan bagi batu mampu tenggelam sedangkan sabut tidak tenggelam. Dalam
tidak sedar, masyarakat Melayu telah membuat kiasan ini dengan ilmu sains iaitu hukum
ketumpatan air. Air biasa mempunyai ketumpatan (1.00
g/cm³). Maka, sesuatu pepejal yang memiliki ketumpatan
lebih rendah dari air maka ia timbul seperti sabut. Manakala,
batu yang lebih tumpat daripada air, ia akan tenggelam
(Naza, 2012). Peribahasa ini menunjukkan betapa tinggi
intelektual masyarakat Melayu. Rajah 3: Hukum ketumpatan

sumber: (Naza, 2012)

19
3.10 Laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku
Jadual 9: Peribahasa lapan
Peribahasa Makna Domain

Laksana cempedak
Perempuan gemuk yang
mambung, pulur saja jual tak Sifat
tidak disukai orang
laku

Peribahasa Laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku merujuk kepada
perempuan gemuk yang tidak disukai orang (Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 2011).
Domain „sifat‟ diberikan sebagai gandingan sifat gemuk itu. Sifat gemok dianggap sebagai
negatif bagi masyarakat khususnya Melayu. Pada peribahasa ini perumpamaan pencipta
asalnya membawa makna dua lapis yang memerlukan pembacaan apabila cempedak
disamaertikan dengan perempuan gemuk. Tidak suka juga membawa erti sifat dan negatif.

Proses Abstraksi “Sifat”

Fatimah yang menjadi anak dara tua di kampung itu tidak pernah dipinang oleh orang. Dek

kerana sikapnya yang kasar dan bertubuh besar menyebabkan tidak digemari orang laksana

cempedak mambung, pulur saja jual tak laku.

Berdasarkan peribahasa ini sebagai domain sumber „cempedak mambung‟ dengan


sasarannya „bertubuh besar‟. Bagi domain „jual tak laku‟ sasarannya pada frasa „tidak
pernah dipinang‟ sebagai bukti bahawa Fatimah tidak pernah digemari orang. Pembaca
mengandaikan bahawa sifatnya yang bertubuh besar menyebabkan orang tidak suka.
Bahkan wujud maklumat sampingan iaitu „sikapnya kasar‟ mendukung hujah „jual tak laku‟.

Pada peribahasa ini, mambung bermaksud kering tidak berisi di dalamnya. Hal ini
cempedak mambung hanya bersaiz besar namun tiada isi dalamnya menunjukkan tidak
berguna. Walaupun pulur yang bererti lembut, namun tetap tidak laku. Hal ini cempedak
yang kekurangan isi didalamnya menunjukkan ianya masih muda dan mentah walaupun
lembut jika ditekan namun tidak berapa digemari kerana sedikit isinya. Kiasan ini kepada
sasaran perempuan gemuk menunjukkan malas berkerja menyebabkan gemuk. Wanita
masyarakat Melayu dahulunya kebiasaan bertubuh kecil dan ramping. Hal ini kerana
bertubuh kurus simbolik seorang yang rajin membuat kerja rumah dan menjaga kecantikan
tubuh. Jika dilihat baju kebaya orang dahulu memang ramping dan kurus. Jadi, wanita yang
gemuk seolah-olah tidak pandai membuat kerja rumah dan menjaga kecantikan diri. Oleh
itu, gemuk membawa konotasi negatif yang tidak disukai masyarakat kerana berkait dengan
malas (Nur Izzati Rozman, 2018).

20
3.11 Biar mati ditangkap harimau, jangan mati digigit anjing
Jadual 8: Peribahasa sembilan
Peribahasa Makna Domain

kalah di tangan orang yang


Biar mati ditangkap harimau, kuat lebih baik daripada
Kedudukan
jangan mati digigit anjing kalah di tangan orang yang
lemah

Peribahasa Biar mati ditangkap harimau, jangan mati digigit anjing membawakan
makna kalah di tangan orang yang kuat lebih baik daripada kalah di tangan orang yang
lemah. Menurut Dinie Asyraf Salehan et al. (2018), metafora harimau menggambarkan
orang yang lebih berkuasa seperti yang terkandung dalam makna tersirat peribahasa. Oleh
yang demikian, domain „kedudukan‟ sangat bersesuaian dengan peribahasa ini. Kedudukan
menggolongkan termasuk pangkat, kuasa atau kekuatan. Jikalau adat pertarungan hutan,
siapa yang kuat itu dikira berkuasa. Kini siapa yang kaya harta juga dikira berkuasa.

Proses Abstraksi “Kedudukan”

Semasa Komunis menakluki tanah Melayu, ramai orang Melayu sanggup mati dibunuh

daripada menjadi hamba kepada puak komunis. Mereka umpama “Biar mati ditangkap

harimau, jangan mati digigit anjing”.

Berdasarkan domain sumber „mati ditangkap harimau‟ kepada sasarannya „mati


dibunuh‟. Hal ini berhubung apabila mati dibunuh itu dianggap lebih baik daripada menjadi
hamba. Domain kedudukan jelas ditunjukkan dalam ayat ini. Pembaca mengandaikan
bahawa masyarakat Melayu ketika itu lebih sanggup mati daripada hidup namun terpaksa
menjadi hamba kepada komunis. Maruah dan kedudukan disini dibuktikan dengan
mempertahankan maruah diri, keluarga dan juga negara. Sebagaimana pahlawan-pahlawan
tanah Melayu yang berkorban seperti Mat Kilau, Rentap, Tok Kenali dan sebagainya.

Pada peribahasa ini, membandingkan kedudukan antara harimau dan anjing.


Pastinya dari segi kekuatan di rimba harimau lebih kuat berbanding anjing yang banyak
menjadi haiwan peliharaan. Apabila kekuatan yang menjadi ukuran maka metafora anjing
sebagai domain sumber membawa maksud orang yang lemah (Dinie Asyraf Salehan et al.,
2018). Dalam masyarakat Melayu, haiwan dijadikan simbolik tertentu. Sebagai contoh
harimau sebagai haiwan yang paling kuat. Dijadikan simbol pada jata negara dan juga Kelab
Bola Sepak Johor Darul Takzim. Selain itu, kijang atau kancil haiwan yang cerdik dan bijak
diletakkan pada logo bendera Kelantan. Maka, simbolik kedudukan haiwan ini telah diatur
sejak zaman dahulu. Sehingga ke hari ini Melayu masih memegang kepercayaan itu.

21
3.12 Bunga pun gugur,putik pun gugur, tua pun gugur, masak pun gugur
Jadual 8: Peribahasa 10
Peribahasa Makna Domain

Bunga pun gugur,putik pun


Setiap manusia muda atau
gugur, tua pun gugur, masak Takdir
tua akan menemui ajalnya
pun gugur.

Peribahasa Bunga pun gugur,putik pun gugur, tua pun gugur, masak pun gugur
bermaksud Setiap manusia muda atau tua akan menemui ajalnya. Secara harfiah di sini,
bunga pada pokok buah-buahan menjadi kebiasaan untuk gugur sama ada ketika berputik,
atau setelah buahnya tua dan juga ketika masak juga gugur (Sapinah Said, 2013). Pencipta
peribahasa membuat persamaan metafora dengan ajal manusia itu tidak kira tua mahupun
muda. Hal ini menjadi takdir dan menjadi domain pada peribahasa ini.

Proses Abstraksi “Takdir”

Wabak penyakit Covid-19 yang melanda Malaysia telah meragut nyawa tidak kira muda

mahupun tua. Umpama Bunga pun gugur,putik pun gugur, tua pun gugur, masak pun

gugur.

Berdasarkan domain sumber „gugur‟ merujuk pada sasarannya „meragut nyawa‟.


Manakala bagi domain „bunga, putik, tua dan masak‟ merujuk sasaran tidak kira tua
mahupun muda. Pembaca memahami bahawa penyakit ini tidak memilih mangsanya dan
merebak secara meluas. Hal ini dibuktikan apabila muda dan tua juga berisiko untuk mati.
Andaian awal pembaca akan mengatakan penyakit ini berbahaya.

Penilitian dibuat pada peribahasa ini, bunga kemudian putik lalu tua serta masak
merujuk kepada proses perkembangan bunga pada pokok buah-buahahan. Kiasan ini dibuat
berdasarkan tahap-tahap penghasilan buah. Proses ini menjadi persoalan mengapa proses
perkembangan buah menjadi pilihan diksi. Jika diteliti setiap tahap perkembangan ini
berisiko untuk gugur atau dimakan oleh musuh luar. Bermula dari bunga kemudian berputik
boleh dirosakkan oleh monyet. Lalu buah yang belum sempat tua dirosakkan oleh burung
gagak dan gugur. Semasa buah masak ditebuk tupai dan burung sehingga buah rosak dan
gugur. Oleh sebab itu, masyarakat Melayu sejak dahulu lagi telah membungkus beberapa
jenis pokok buah sejak mula bunganya tumbuh. Misalnya pokok rambutan dibaluti bunganya
agar tidak dirosakkan oleh burung. Kiasan tahap perkembangan buah ini sangat
menunjukkan ketinggian nilai metafora dengan membandingkan kematian manusia itu tidak
pada waktu tertentu. Sejak daripada mula lahir hingga ke hari tua, ajal maut di tangan tuhan.

22
KESIMPULAN

Tuntasnya penggunaan teori semantik inkuistik dalam penulisan ini dapat menganalisis
sedikit sebanyak makna tersirat secara menyuluruh dan bersistem. Hal ini boleh dijadikan
panduan bagi penulis akan datang dalam membuat kajian dan analisis pada peribahasa. Hal
ini kerana peribahasa dalam masyarakat Melayu tidak terkira sehingga mampu dibuat
kamus. Maka, masih banyak lagi peribahasa-peribahasa yang tidak diselidik dan dianalisa
secara bersistem berpandukan teori. Selain itu juga, terdapat teori relevans dan teori
semantik kognitif yang boleh dijadikan panduan dalam membuat analisis bagi peribahasa.
Akhirnya, melalui penulisan ini sedarlah bahawa masyarakat Melayu mempunyai nilai
keilmuan yang tinggi dalam pelbagai bidang. Sama ada sains, fizik, linguistik dan lain-lain
jika dikaji makna tersirat daripada peribahasa di alam Melayu ini.

23
RUJUKAN

Abdullah hassan, & Ainon Mohd. (2003). Kamus pepatah bidalan & perumpamaan. PTS
publication & distributors.
Abdullah Hassan, & Ainon Mohd. (2011). Kamus Peribahasa Kontemporari. PTS publication
& distributors.
Anida Sarudin. (2016). Aspek Kognitif dalam pembentukan simpulan bahasa kata makan.
PENDETA- Jurnal Bahasa Dan Sastera Melayu, November, 96–114.
Asad Mohamed. (2018). Abstraksi objek konkrit dalam peribahasa Melayu: analisis semantik
inkuisitif. Jurnal Bahasa, 18(2), 197–218.
Asmar Zakri. (2018). Awas 5 pokok hiasan ini mampu memudaratkan anak anda. IMPIANA.
https://www.impiana.my/awas-5-pokok-hiasan-ini-yang-mampu-memudaratkan-anak-
anda/
Azizi Ahmad. (2018). Ungkapan hikmah “bapa borek anak rintik.” GPS Bestari.
https://www.gpsbestari.com/mobile/artikel/rencana/ungkapan-hikmah-bapa-borek-anak-
rintik-masih-sesuai-1.793841
Dinie Asyraf Salehan, Omrah Hassan @ Hussin, & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2018).
Metafora konsep manusia ialah haiwan dalam peribahasa Melayu dan perancis
berkaitan metafora haiwan kesayangan. International Journal of the Malay World and
Civilisation (Jurnal Antarabangsa Alam Dan Tamadun Melayu), 6(3), 17–27.
Hassan Omar. (2019). Ancaman moko. Mymetro.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/441168/ancaman-moko
Izham Alias. (2012). Pengurusan racun rumpai yang petani perlu tahu. Kebun Bandar.
https://kebunbandar.com/pengurusan-racun-rumpai/
Junaini Kasdan, Nor Hashimah Jalaluddin, & Wan Nurasikin Wan Ismail. (2016). Ikan
(Pisces) dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkuisitif. International Journal of
the Malay World and Civilisation, 4(1), 31–42.
Kenapa pisang emas yang dibawa belayar bukan pisang berangan atau pisang tanduk?
(2017). BelangtarungTeam. https://www.belangtarung.com/2017/07/kenapa-pisang-
emas-yang-dibawa-belayar.html
Mat Taib Pa. (2016). Konsep Makna dan Jenisnya. Jurnal Kesidang, 1, 1–18.
Mohd Tajuddin Abd Rahman. (2017). Kamus Peribahasa (4th ed.). Oxford Fajar.
Muhammad Zaid Daud. (2018). Gallus gallus domesticus and Paradoxurus hermaphroditus
dalam peribahasa Melayu : analisis semantik inkuisitif. Sains Humanika, 2(10), 41–51.
Naza. (2012). Konsep ketumpatan. Sains 1 2 3.
http://www.sains123.cikgunaza.com/2012/02/konsep-ketumpatan.html
Noraini Abd. Shukor. (2016). Padi dan air sebagai tanda dalam peribahasa Melayu:
pendekatan firasat (Vol. 1). Universiti Malaya.
Norazlina, & Raja Masittah. (2014). Kesantunan Berbahasa Orang Melayu Menerusi Gaya
Pengurusan Air Muka dalam Saga: Aplikasi Teori Ting-Toomey. Jurnal Bahasa., 284–
291.

24
Nur Afiqah Wan Mansor, & Nor Hashimah Jalaluddin. (2016). Makna implisit bahasa kiasan
Melayu: mempertalikan komunikasi, kognisi dan semantik (the implicit meaning in
Malay figurative language: synergising communication, cognition and semantics).
Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 32(1), 311–334.
https://doi.org/10.17576/jkmjc-2016-3201-15
Nur Izzati Rozman. (2018). Kesantunan Berbahasa : Konsep Tabu dan Perwajaran
Eufemisma dalam Bahasa Melayu dari Perspektif Sosiolinguistik. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Parameswaran, G. (2006). Languages and the Tamil terms. Scribd publisher.
Sapinah Said. (2013). Kamus peribahasa Melayu. Pelangi professional publishing.
Suhaidah Abd Wahab. (2018). Ini 6 perkara yang biasanya anak-anak warisi melalui genetik
ayah. Mingguan Wanita. https://www.mingguanwanita.my/ini-6-perkara-yang-biasanya-
anak-anak-warisi-melalui-genetik-ayah/
Tangaprabhu Murthy, & Mary Fatimah Subet. (2018). Imej tebu dalam peribahasa Tamil:
analisis semantik inkuisitif(sugar cane images in Tamil proverbs: a semantic inquisitive
analysis). Trends in Undergraduate Research, 1(1), 24–29.
https://doi.org/10.33736/tur.1176.2018
Wan Norasikin Wan Ismail, A. Latif Samian, & Nazri Muslim. (2016). Ayam dalam
peribahasa Melayu: lambang keintelektualan masyarakat. Rampak Serantau, 1(26),
90–119.
Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2018). Bahasa dalam realiti kehidupan dan realiti kehidupan
dalam bahasa. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(2), 338–
353. https://doi.org/10.17576/JKMJC-2018-3402-21
Zauyati Zainal Mohamed Alias. (2006). Penguasaan, sikap dan pandangan pelajar tingkatan
lima terhadap peribahasa di dua buah sekolah daerah Raub, Pahang. In Universiti
Pendidikan Sultan Idris (Vol. 1).

25
26

Anda mungkin juga menyukai