Anda di halaman 1dari 8

NO.

ANGKA GILIRAN : 2019072340069 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:BMMB 3083


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS GAYA

BUKU JAWAPAN
UJIAN TERBUKA (OPEN BOOK TEST - OBT) : MEI 2021

PROGRAM PISMP
(Programme)
AMBILAN JUN 2019
(Intake)
SEMESTER 4
(Sem)
ANGKA GILIRAN 2019072340069
(Index Number )
NO.K/PENGENALAN 990128126741
(Identity Card No.)
KOD KURSUS BMMB 3083
(Course Code)
TAJUK KURSUS DRAMA DALAM PENDIDIKAN
(Course Title)
TARIKH 20 MEI 2021 SESI PAGI (Morning)
PEPERIKSAAN (Session)
(Examination Date) Tandakan ( / ) PETANG (Afternoon)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod
kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

Untuk kegunaan pemeriksa sahaja

Bahagian / No Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 Jumlah


Soalan

Jumlah
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340069 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:BMMB 3083

Bahagian A (Soalan 1)
Aplikasi teknik improvisasi dalam persembahan pentas dapat meningkatkan kemahiran
berbahasa dalam kalangan murid berdasarkan situasi dan watak disebabkan teknik
improvisasi dapat “meningkatkan daya imaginasi murid” berdasarkan situasi dan watak.
Melalui teknik ini, daya imaginasi murid dapat dikembang pesatkan kerana teknik ini mampu
mencerna atau mencapah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum. Improvisasi juga
dapat menggalakkan kemahiran berfikir dan kemahiran berbahasa murid dengan lebih kreatif
dan kritis serta meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih
berfikir sekaligus tahap kemahiran berbahasa murid dapat dioptimumkan dengan adanya
teknik improvisasi dalam persembahan berdasarkan situasi dan watak. Sebagai contoh,
pengimplementasian kemahiran mendengar dan bertutur yang telah digariskan di dalam
Dokumen Standard dan Pentaksiran Bahasa Melayu dapat terlaksana dengan efektif melalui
teknik improvisasi yang diimplementasi dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam
bilik darjah secara kondusif.
Selain itu, teknik improvisasi juga “mampu merangsang kemahiran berbahasa”
murid. Melalui implementasi teknik improvisasi, guru mampu menggalakkan murid untuk
berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu murid meningkatkan
penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Teknik improvisasi terbukti dapat
merangsang kemahiran berbahasa murid kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara
spontan. Dalam erti kata lain, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu
sebelum berupaya menuturkan dialog mereka. Natijahnya, murid berupaya menggunakan
bahasa secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks dan murid juga boleh
menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan situasi
dan watak yang diberikan oleh guru. Sebagai contoh, Standard Pembelajaran 4.3.1 yang
mana di akhir pembelajaran murid dapat “mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi
yang betul” dapat dikembang pesatkan dan dikuasai oleh murid melalui teknik improvisasi
yang sistematik dan efektif.
Disamping itu, teknik improvisasi mewujudkan suasana menyeronokkan dalam
pengajaran kemahiran bahasa sekaligus meningkatkan kemahiran berbahasa dalam
kalangan murid berdasarkan situasi dan watak dalam sesebuah sesi PdPc yang dijalankan.
Asasnya, aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam kalangan murid.
Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan berkolaborasi sesama ahli
kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal. Dalam erti kata lain berlakon atau aktiviti
main peranan yang diimplementasi dalam pengajaran bahasa merupakan satu aktiviti yang
amat digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam bentuk bermain dan bersuka ria.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340069 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:BMMB 3083

Mereka diberi peranan untuk bersuara dengan bebas, melahirkan pandangan dan pendapat
,bergaya dan beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya
dengan melibatkan diri serta bekerja bersama-sama bagi meningkatkan kemahiran berbahasa
secara optimum dan holistik.
Seterusnya, kemahiran berbahasa dapat ditingkatkan melalui teknik improvisasi
dengan adanya kaedah “Pembelajaran Koperatif” yang diaplikasikan dalam teknik ini.
Asasnya, Pengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran murid secara
kolaboratif kerana pada kebiasaanya watak yang diberikan perlu dilakonkan bersama ahli
dalam kumpulan masing-masing. Apabila murid membiasakan diri dengan cara bekerjasama,
saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang
menjadi seorang murid yang sentiasa berkolaboratif serta bekerjasama. Melalui teknik ini,
kemahiran berbahasa murid dapat ditingkatkan dengan adanya sumbang saran serta
kepelbagaian corak pemikiran bahasa yang dikongsi oleh murid melalui kaedah
“Pembelajaran Koperatif” dan digarap dengan teknik improvisasi secara berkesan dalam
meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Sebagai contoh, murid akan berkolaboratif dalam
melakonkan serta melaksanakan aktiviti main peranan berdasarkan situasi dan watak yang
digariskan berpandukan ruang lingkup kemahiran berbahasa yang disediakan oleh guru
dalam meningkatkan kemahiran berbahasa murid.
Akhir sekali, teknik improvisasi dapat meningkatkan kemahiran berbahasa murid
dengan cara teknik ini mampu “meningkatkan keyakinan diri murid” dalam
mempersembahkan kemahiran berbahasa mereka. Seperti yang kita sedia maklum,
Improvisasi memerlukan murid mempersembahkan kemahiran berbahasa mereka dengan
cara beraksi di hadapan murid-murid lain. Perkara ini secara tidak langsung mampu
meningkatkan keyakinan serta semangat murid semasa melakonkan watak dan
mempersembahkan kemahiran berbahasa mereka. Perkara ini juga mampu memberikan satu
suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan membentuk pembinaan sahsiah
yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton. Sebagai contoh, guru akan
memberikan tugasan untuk melakokan serta mengujarkan dialog yang mengandungi
kemahiran berbahasa yang digarapkan dalam bentuk drama kanak-kanak yang akan
dipersembahkan di khayalak warga sekolah yang mampu meningkatkan kemahiran
berbahasa murid dengan adanya teknik improvisasi yang diaplikasikan dalam sesi Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340069 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:BMMB 3083

Bahagian B (Soalan 2)
Meneltiti ruang lingkup polemik drama, vokal dan pengucapan merupakan aspek yang
memainkan peranan penting untuk memastikan drama yang dipersembahkan mampu
menarik perhatian penonton. Oleh itu, asas vokal dan pengucapan dalam memantapkan
persembahan sesebuah drama yang dipentaskan dapat dibahagikan serta dihuraikan
seperti berikut :-

Asas Vokal dan


Pengucapan

Pernafasan Vokal Variasi Vokal


Pengucapan

Pertama, teknik pernafasan mampu memantapkan persembahan sesebuah drama


jika dikuasai dengan sempurna. Rentetan itu, terdapat empat cara pernafasan yang biasa
digunakan antaranya ialah pernafasan dada, pada pernafasan dada kita menghirup udara
kemudian kita masukkan ke rongga dada sehingga dada kita membusung dan pada
kebiasaannya pernafasan ini tidak digunakan oleh pelakon teater kerana ia akan mengganggu
gerak lakonan seperti bahu menjadi kaku yang menyebabkan kemahiran gerak tubuh tidak
dapat dipersembahkan dengan baik. Kedua pula ialah Pernafsan Perut, yang mana
pernafasan melalui rongga perut ini sering digunakan oleh pelakon teater kerana ia kurang
mengganggu pergerakan pelakon dan daya tahannya lebih lama, untuk melakukan
pernafasan ini kita perlu menarik nafas melalui hidung dan pastikan perut mengembung ketika
nafas ditarik dan apabila kita melepaskan nafas perut kita akan mengempis. Teknik
pernafasan yang ketiga ialah pernafasan lengkap pada pernafasan lengkap kita perlu
menggunakan dada dan perut untuk menyimpan udara , sehingga udara yang kita serap
sangat banyak, pernafasan lengkap digunakan oleh sebahagian artis panggung yang
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340069 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:BMMB 3083

biasanya tidak terlalu mengutamakan lakonan tetapi mengutamakan vokal. Oleh itu, kaedah
pernafasan yang terakhir ialah teknik pernafasan diafragma, yang mana pernafasan
diafragma lebih kerap digunakan oleh manusia dalam percakapan seharian dan pernafasan
ini tidak banyak mengganggu pergerakan dan daya tampungnya lebih banyak berbanding
pernafasan perut. Rentetan itu, bahagian tubuh kita iaitu perut,pinggang dan bahagian
belakang pinggang turut mengembang melalui teknik pernafasan ini. Justeru, teknik
pernafasan yang baik akan mampu memberikan impak yang optimum kepada pelakon drama
sekaligus memberikan kesan yang positif terhadap lakonan yang dipersembahkan di atas
pentas.
Kedua, “kemahiran vokal” yang merupakan suara yang dikeluarkan melalui
pernafasan yang betul dan getaran kod vokal yang akhirnya menghasilkan tona yang spesifik
yang sangat penting dikuasai bagi memantapkan persembahan sesebuah drama. Rentetan
itu, apabila seseorang pelakon drama bernafas ketika persembahan, udara dari paru-paru
akan melalui kawasan kod vokal sekaligus kod vokal akan bergetar dan mencipta bunyi yang
ingin dilontarkan. Pada masa yang sama, tulang dan ruang di kepala dan dada beraksi seperti
papan bunyi untuk memperkuatkan dan memperbesarkan bunyi tersebut. Lidah, bibir dan
rahang membantu mencipta bunyi konsonan dan vokal/vowel bagi menghasilkan perkataan.
Lidah berperanan menerbitkan kegiatan dan keadaan yang berbeza dan fungsi ini penting
dalam menentukan kualiti vokal. Kedudukan lidah boleh dihuraikan menurut dua ukuran, iaitu
tinggi rendah dan depan belakang. Lidah boleh diturunkan serendah rendahnya atau
dinaikkan sehingga mendekati lelangit keras dalam menghasilkan bunyi. Dengan ini, bunyi
yang terhasil boleh rendah dan boleh tinggi. Tuntasnya, bunyi vokal ialah bunyi bahasa yang
tidak mengalami sebarang gangguan pada arus udara. Oleh sebab bunyi vokal dihasilkan
melalui penyuaraan, maka pita suara merupakan alat yang memainkan peranan penting
dalam penghasilan bunyi vokal. Sementelahan itu, penguasaan vokal yang baik oleh pelakon
drama mampu menyampaikan skrip dan mesej drama dengan jelas kepada penonton
sekaligus membantu pemantapan persembahan drama yang disajikan.
Disamping itu, “pengucapan” merupakan elemen yang penting dalam memantapkan
sesebuah persembahan drama. Dalam hal ini, pengucapan yang baik memerlukan kelenturan
alat-alat pengucapan yang merupakan perkara asas yang perlu dikuasai dan dilatih dengan
secukupnya. Alat-alat tersebut termasuklah bibir, yang mana bibir sangat berperanan dalam
membentuk huruf-huruf hidup dan huruf M-B-P. Bagi meningkatkan tahap persembahan
lakonan, seorang pelakon perlu lakukan latihan pengucapan berulang-ulang mulai dengan
tempoh masa untuk membentuk lambang-lambang bunyi dan perlu dipercepatkan temponya
dengan kadar semakin cepat dan cepat lagi. Pelakon drama perlu melakukan latihan dengan
menyuarakan gabungan huruf mati dengan huruf di atas, menjadi MA-BA-PA, MI-BI-PI, MU-
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340069 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:BMMB 3083
BU-PU. ME-BE-PE, MO-BO-PO berulang-ulang dari lambat ke sedang dan cepat. Selain
daripada melatih alat-alat pengucapan, salah satu daripada tanggungjawab pelakon bagi
memastikan pengucapannya dalam keadaan yang baik, pelakon perlu memastikan suaranya
kedengaran dalam panggung teater. Suara adalah sesuatu yang amat bernilai bagi seseorang
pelakon. Bagaimanapun, seseorang pelakon itu harus bercakap dengan lantang tanpa
menjerit. Justifikasinya agar penonton dapat memahami perkataan yang disebut dan diujarkan
oleh pelakon terbabit dengan jelas dan berkesan. Dalam hal ini, pengucapan memainkan
peranan yang sangat penting dalam pemantapan persembahan drama yang mana latihan
pernafasan yang betul mampu membantu seorang pelakon yang baik suaranya dapat
didengari di seluruh auditorium tanpa menjerit sekaligus memberikan satu emosi serta
kefahaman yang signifikan kepada penonton jika penguasaan pengucapan dikuasai oleh
seseorang pelakon dengan jayanya.
Seterusnya, aspek yang dititkberatkan dalam pemantapan persembahan drama ialah
“variasi vokal”. Meneliti pendapat Jerry et.al ( 1995 ), variasi vokal saling berkaitan dengan
konteks iaitu maksud pada setiap perkataan dalam setiap ayat yang merujuk kepada dialog
sesebuah pementasan. Kemampuan membezakan suara di dalam barisan tone yang enak
mencipta kepelbagaian variasi vokal agar ujaran vokal tidak monoton atau statik. Suara yang
dapat berubah mengikut masa berpotensi mencipta variasi vokal berkesan dengan
menggunakan tingkatan nada, lingkungan, infleksi, kekuatan, kadar atau tempo, berhenti
sekejap dan irama. Dalam hal ini, penguasaan variasi vokal oleh seseorang pelakon mampu
membezakan emosi serta penghayatan dalam setiap baris rangkap skrip drama yang
diujarkan di atas pentas. Perkara ini akan menarik perhatian penonton serta mampu
mengelakkan kebosanan dalam menonton drama yang dipersembahkan disebabkan variasi
vokal oleh seseorang pelakon dalam keadaan lemah dan tidak tepat. Oleh itu, jadual berikut
menjelaskan perihal definisi kepada terma yang dinyatakan oleh Jerry et.al (1995) :-
Jenis Variasi Vokal Huraian
Tinggi atau rendahnya nada Pitch adalah bagaimana tinggi atau rendah
(Pitch) dan lingkungan (Range) bunyi suara. Manakala range pula adalah
ukuran jarak dalam nota antara pitch paling
rendah dan paling tinggi.
Infleksi Infleksi adalah naik dan turunnya pitch pada
suara.
Kekuatan (Intensity) Kekuatan memasukkan emosi di dalam
menggabungkan kualiti percakapan dengan
kelakuan.
Kadar atau Tempo Kelajuan dengan satu percakapan.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340069 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:BMMB 3083

Berhenti Seketika (Pause) Permulaan penangguhan pada suara atau


keraguan dalam percakapan.
Irama (Rhythm) Perubahan dalam senyap, bunyi, kekuatan
dan kelemahan dalam percakapan

Intihanya, sesebuah pementasan drama yang baik dan menakjubkan bermula daripada
penguasaan teknik yang betul dan tepat agar mesej serta emosi melalui drama yang
dipersembahkan mampu dialirkan kepada para penonton agar kesan dan impak daripada
mesej drama yang disajikan akan lebih berkesan dan efektif. Oleh itu, seseoran pelakon perlu
menguasai teknik asas vokal dan pengucapan sebelum melangkahkan kaki mereka di pentas
drama secara megah dan bergaya.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340069 KOD KERTAS PEPERIKSAAN:BMMB 3083

Anda mungkin juga menyukai