Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN (PPISMP)


AMBILAN JUN 2019
SEMESTER 2 TAHUN 1

TUGASAN 2

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD ADLAN WAAFI BIN CHE


FGFGFAWANG
ANGKA GILIRAN : 2020092350044
NO KAD PENGENALAN : 010908110429
KUMPULAN/UNIT : BM3
KOD DAN NAMA KURSUS : BMM3043 KAJIAN KURIKULUM BAHASA
MELAYU
NAMA PENSYARAH : DR ROSLI BIN AB RAHMAN
TARIKH HANTAR : 3 APRIL 2021
TARIKH TERIMA : 17 MAC 2021

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :


1.0 PENGENALAN

Kemahiran bahasa merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Kemahiran


berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Penguasaan
kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya
berjalan dengan lancar dan berkesan. Dokumen Standard Kurikulum (DSKP) Bahasa
Melayu pula merupakan panduan kepada guru dalam merancang aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP). Kemahiran bahasa dan DSKP sangat berkait rapat bagi menghasilkan
atau membantu generasi baru untuk menjadi murid yang berkualiti. Bagi mencapai hasrat
tersebut, terdapat satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi standard
kemahiran bahasa dan aspek bahasa DSKP Bahasa Melayu Rendah tahap dua.

2.0 PERANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA


MELAYU

Pengajaran didefinisikan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang dilangsungkan bersama
oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini merupakan perancangan yang diatur secara
sistematik oleh guru melalui penggunaan kaedah dan teknik yang sesuai bagi menghasilkan
proses belajar yang terancang. Menurut Shababuddin (2003), hasil daripada pengajaran
berlakulah perubahan yang secara relatifnya kekal sama ada dalam bentuk yang eksplisit
ataupun implisit. Pembelajaran pula bermaksud proses interaksi peserta didik dengan
pendidik agar berlakunya proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan atau penguasaan
kemahiran atau pembentukan sikap dan kepercayaan pada peserta didik. Sesi Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) merupakan satu kegiatan atau proses pendidikan yang melibatkan
komunikasi dua hala antara murid dan guru. Sesi PdP ini dilaksanakan oleh para guru
dengan berpandukan kepada jadual pembelajaran harian yang diatur oleh pihak sekolah.
Proses ini dilangsungkan secara terancang sama ada di dalam atau diluar bilik darjah
dengan berunsurkan pembelajaran berpusatkan murid dan guru.

Oleh itu, saya telah merancang satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran ‘didik hibur’ yang
mengaplikasi standard pembelajaran kemahiran bahasa berpandukan kepada DSKP
Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahap 2 dan aktiviti ini dinamakan sebagai ‘Teka

Lakonan Objektif’. Sasaran bagi pelaksanaan aktviti ini ialah dengan memfokuskan kepada
murid tahun 5 kerana penciptaannya berpandukan kepada DSKP Bahasa Melayu Sekolah
Rendah Tahun 5. Aktiviti ini amat sesuai dilakukan di dalam bilik darjah bagi mengisi waktu
PdP dengan menjadikan suasana bilik darjah lebih seronok di samping mempengaruhi
kefahaman murid-murid. Cara pelaksanaan aktiviti ini ialah para guru perlu menyediakan
beberapa kepingan kad. Pada kepingan kad ini, para guru mestilah menulis satu perkataan
(kata kerja) dan disertakan gambar yang berbentuk animasi pada setiap kepingan. Animasi
merupakan cara yang afektif untuk menarik perhatian dan berpotensi menjadikan
pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Menurut Abdul Rasid (2012), penggunaan
kartun dapat menjalinkan hubungan mesra yang akan mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang kondusif antara guru dan pelajar, keseronokan akan timbul dalam
pembelajaran. Aktiviti ini boleh dilakukan sama ada secara berkumpulan atau individu. Bagi
memperlihatkan kerjasama antara murid-murid, ianya sesuai dilakukan secara berkumpulan.
Justeru, murid-murid perlulah dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan dan setiap
daripadanya haruslah diwakili oleh seorang murid yang cemerlang dari kalangan mereka
bagi memberikan keadilan kepada semua kumpulan yang bermain. Setiap kumpulan perlu
melantik ketua kumpulan masing-masing untuk bertindak sebagai penggerak kepada aktviti
yang akan dilangsungkan.

Kemudian, sebelum permainan dimulakan, ketua kumpulan akan mencabut undian bagi
menentukan giliran kumpulan mereka. Seterusnya, kumpulan yang mendapat giliran yang
pertama akan memulakan permainan dengan menghantar dua orang wakil untuk mengambil
kepingan kad daripada guru. Mereka akan diperuntukkan masa selama lima minit untuk
berbincang sebelum melakonkannya di hadapan kelas berpandukan kepada perkataan (kata
kerja) dan gambar animasi (kartun) yang terdapat pada kepingan kad. Setelah masa
perbincangan telah tamat, mereka perlu melakonkannya di hadapan kelas. Semasa
berlakon, mereka disyaratkan supaya tidak mengeluarkan suara (bertutur) namun hanya
boleh melakukan pergerakan sahaja. Contohnya, kata kerja memancing, mereka akan
melakonkan kata kerja tersebut berdasarkan kreativiti masing-masing dan ahli-ahli kumpulan
mereka akan meneka kata kerja tersebut. Jika tekaan itu betul, maka kumpulan mereka
akan mendapat satu markah. Seterusnya, seorang wakil daripada kumpulan tersebut perlu
tampil ke hadapan dan membina ayat berdasarkan kata kerja yang diberikan untuk
menghasilkan satu petikan. Permainan ini akan diteruskan oleh kumpulan lain mengikut
giliran namun mereka perlu menyambung ayat yang dibina oleh kumpulan pertama dengan
menggunakan kata kerja yang terdapat pada kad untuk menghasilkan satu petikan. Pada
akhir permainan, semua murid akan membaca petikan tersebut dan kumpulan yang
memperoleh markah yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang.

Berdasarkan aktviti yang telah dirancang, terdapat dua kemahiran yang telah saya
aplikasikan iaitu kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Oleh itu, melalui pelaksanaan
aktiviti ini, murid-murid dapat menguasai kedua-dua kemahiran yang dijelaskan dengan lebih
baik. Jadi, mereka dapat mengaplikasikan kemahiran ini di dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu seperti menulis karangan dan membina ayat. Melihatkan kepada standard
pembelajaran dan standard prestasi yang terkandung dalam DSKP Bahasa Melayu Tahun 5
bagi kemahiran membaca, murid-murid dapat membaca dan memahami maklumat tersurat
dan tersirat untuk memberikan respons. Oleh itu, melalui penglibatan murid-murid dalam
aktviti yang dilaksnakan, mereka mampu untuk membaca dan memahami kata kerja yang
terdapat pada kepingan kad kemudian memberikan respon dengan melakonkannnya di
hadapan kelas. Selain itu, murid-murid juga dapat membaca dan mempersembahkan karya
sastera dan karya bukan sastera dengan pelbagai bentuk penyampaian iaitu melalui
lakonan. Justeru, ini menunjukkan bahawa pelaksanaan aktviviti ini mampu mendatangkan
hasil bersesuaian dengan Standard Prestasi (SPi) yang digariskan. Bagi kemahiran
membaca, terdapat enam tahap penguasaan yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Jadi,
para guru dapat menilai dan merekod tahap penguasaan dengan melakukan pemerhatian
terhadap penglibatan murid-murid melalui pelaksanaan aktiviti didik hibur ‘Teka Lakonan
Objektif’. Para guru akan dapat menentukan tahap-tahap penguasaan anak murid mereka
seterusnya melakukan perubahan sama ada dari segi teknik dan cara mengajar bagi
meningkatkan kefahaman, kebolehan dan penguasaan murid-murid. Bagi tahap
penguasaan yang tertinggi iaitu tahap 6 (cemerlang), memperlihatkan murid-murid mampu
untuk membaca, memahami kandungan teks dan maklumat untuk membuat pertimbangan
dan keputusan, rumusan, dan mempersembahkan karya sastera dan bukan sastera dalam
pelbagai bentuk pada tahap sangat terperinci, konsisten, dan menjadi model teladan.

Selain itu, kelebihan yang terkandung dalam aktiviti ini ialah murid-murid dapat menguasai
kemahiran menulis secara holistik dan menyeluruh. Kelebihan ini bersesuaian dengan
standard kandungan dan standard pembelajaran kemahiran menulis yang menggariskan
tentang asas-asas menulis, menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna serta
menghasilkan penulisan. Perancangan aktiviti ini telah mematuhi setiap standard kandungan
yang digariskan iaitu murid-murid perlu membina ayat untuk membentuk sebuah petikan.
Jadi, berbalik kepada standard pembelajaran, murid-murid dapat menghasilkan jawapan
dengan memberikan alasan secara kritis dan kreatif. Mereka juga mampu untuk mencatat
maklumat berdasarkan bahan yang dibaca, dilihat dan didengar. Dalam aspek menghasilkan
penulisan, murid-murid dapat mengedit dan memurnikan perenggan dari aspek ejaan, tanda
baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat. Kemudian, jika
diperhatikan terhadap standard prestasi kemahiran menulis, para guru dapat menilai tahap
penguasaan kemahiran menulis murid-murid berpandukan kepada SPi tersebut. Para guru
dapat menentukan tahap kefahaman murid-murid sama ada berada pada tahap sangat
terhad, terhad, memuaskan, baik, sangat baik dan cemerlang. Jelaslah membuktikan
bahawa aktiviti sebegini mampu meningkatkan kemahiran murid-murid dalam subjek
Bahasa Melayu.

3.0 PENUTUP

Rumusannya, pendekatan didik hibur mampu memberikan impak yang positif terhadap
proses pembelajaran murid-murid. Aktiviti ini juga berpotensi untuk bertindak sebagai bahan
bantu mengajar kepada para guru. Oleh itu, ianya berperanan penting dalam memudahkan
kerja para guru di samping memberikan beberapa kelebihan bersesuaian dengan Standard
Prestasi dan Standard Pembelajaran yang digariskan. Pendekatan ini juga mampu
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, ceria dan sistematik.
RUJUKAN

Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Faridah Nazir, Faiziah Shamsudin, Amran Bakar. (2018). Kajian Kurikulum Bahasa Melayu
Sekolah Rendah . Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.Bhd.

Ishak Ramly. (2005). Inilah Kurikulum Sekolah. Putrajaya: PTS Profesional Publishing
Sdn.Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksitan


Tahun 1 Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai