Anda di halaman 1dari 14

DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES WITH EDUCATION (DIS)

MEI / 2023

ADSL3103
KEMAHIRAN PENGAJARAN BAHASA ARAB

NO. MATRIKULASI : 001202040073001


NO. KAD PENGENALAN : 001202040073
NO. TELEFON : 018-2865217
E-MEL : ghafarirabbani2@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MELAKA

1|TUGASAN ADSL3103 MEI/2023


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN 3

DEFINISI RPH DAN KEPENTINGANNYA DALAM PROSES 4-5


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAEDAH YANG BERKESAN UNTUK MEMBANTU PROSES


6-7
PEMBELAJARAJAN KEMAHIRAN MENDENGAR BAHASA
ARAB

RPH BAHASA ARAB 8-9

PENGALAMAN MENGHASILKAN RPH MATA PELAJARAN


BAHASA ARAB 10 - 12

13
KESIMPULAN

RUJUKAN
14

2|TUGASAN ADSL3103 MEI/2023


PENGENALAN

Kemahiran dan kecekapan membaca dalam pengajaran bahasa merupakan asas kepada
penguasaan pembelajaran bahasa. Dengan menguasai kemahiran membaca, dapat
menambahkan penguasaan kosa kata dan membantu pelajar menguasai bahasa kedua
khususnya dan pelbagai bahasa secara amnya. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2007),
kemahiran merujuk kepada kepandaian dan kecekapan sesuatu perkara, dan perkataan
membaca bermaksud memerhatikan dengan teliti isi sesuatu yang tertulis atau tercetak
dengan teliti dan memahami isi kandungannya dengan rapi. Membaca didefinisikan sebagai
proses yang kompleks dan memerlukan komunikasi aktif antara pembaca dan teks yang
dihasilkan oleh penulis. Proses membaca bukanlah sekadar membaca perkataan yang ditulis,
sebaliknya ialah dengan mengambil kira bacaan yang betul dari pelbagai aspek. Ia
merangkumi aspek isi, tatabahasa, kosakata dan sebagainya. Selain itu, mampu menyebut
dengan betul, mengetahui makna perkataan yang dibaca, memahami petikan dan seterusnya
memberi kritikan dan rumusan terhadap pembacaan tersebut, merupakan kemahiran yang
melengkapkan proses pembacaan. Melalui pembacaan, kita boleh meningkatkan asas
pembentukan diri dan sebagai sumber ilmu pengetahuan. Tujuan membaca ialah untuk
memahami teks yang dibaca dan kandungan teks yang memberi makna kepada pembaca.
Dalam menguasai sesuatu bahasa, adalah tidak lengkap seseorang itu sekiranya tidak dapat
menguasai kemahiran yang dipelajarinya. Dan dari sudut pembelajaran bahasa Arab sebagai
bahasa asing atau bahasa istimewa di Malaysia, kemahiran membaca merupakan kemahiran
yang perlu dikuasai.

3|TUGASAN ADSL3103 MEI/2023


DEFINISI RPH DAN KEPENTINGANNYA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

RPH (Rancangan Pengajaran Harian) merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal
oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. RPH ini dibina sebagai
panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik serta mampu untuk mencapai apa
yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Rancangan ini sangat
penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia
juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi
terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas. Penulisan RPH dilihat sebagai salah satu
kewajipan guru dalam menentukan keberkesanan pengajaran kerana guru terlebih dahulu
telah memahami dan menilai semua aspek yang akan dilaksanakan ketika proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah. Penyediaan RPH yang rapi dan tersusun sudah pasti dapat
membantu pelajar menerima dan memahami isi pengajaran dan pembelajaran dengan baik.
Guru pula sudah pasti mempunyai kompetensi yang tinggi dalam penulisan RPH.
Kompetensi guru diperlukan di dalam melaksanakan kurikulum dan lebih lagi diperlukan
untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kerana tanpa tahap kompetensi
kemampuan guru untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran sukar dicapai. Ini
dijelaskan oleh Mohammed Sani Ibrahim, Ahmad Zabidi dan Husaina Banu (2015) yang
menegaskan kejayaan ataupun kegagalan proses pengajaran pembelajaran di dalam kelas
bergantung sepenuhnya kepada tahap kompetensi guru. Memandangkan kepentingan setiap
guru memiliki tahap kompetensi, maka guru perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk
melaksanakan semua aspek yang berkaitan dengan tugasnya bagi mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran yang diingini.

Antara kepentingan RPH dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang pertama ialah
meningkatkan keyakinan diri guru semasa mengajar. Persediaan sebelum memasuki kelas
adalah sangat penting bagi seseorang guru agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lancer. Dengan adanya penyediaan rancangan pengajaran harian yang
lebih awal, maka guru mempunyai panduan yang lebih sistematik untuk mengendalikan kelas
tersebut. Selain itu, isi kandungan matapelajaran juga lebih mudah disampaikan kepada para
pelajar kerana guru berkenaan mempunyai persiapan yang rapi untuk mengendalikan kelas
berkenaan. Perkara ini sekali gus akan meningkatkan keyakinan guru semasa mengjar di

4|TUGASAN ADSL3103 MEI/2023


kelas kerana guru telah pun mempunyai persiapan yang lebih teratur sebelum memulakan
kelas berkenaan.

Kepentingan yang kedua, merancang penggunaan alat bantu mengjar yang sesuai. Aktiviti
pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandungan
pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub-topik yang sistematik membolehkan murid
menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan jelas dan terperinci.
Penggunaan teknologi Pendidikan juga dapat dimanfaatkan dengan optimum apabila
perancangan dilalakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan
diimplementasikan dalam pengajaran semasa mereka menyediakan RPH. Guru boleh
memeriksa sama ada media yang sesuai dapat diaplikasikan dalam pengajaran terdapat di
Pusat Sumber Sekolah.

Akhir sekali, kepentingan RPH dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah memastikan
objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Objektif atau hasil pembelajaran yang telah
dirancang dalam RPH menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran setiasa tertumpu dan
guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat serta isi kandungan dengan lebih tersusun
dan berfokus. Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran oleh
keranan jadual waktu pengajaran bagi setiap subjek begitu terhad. Oleh itu, RPH akan
membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap dan sistematik.

5|TUGASAN ADSL3103 MEI/2023


KAEDAH YANG BERKESAN UNTUK MEMBANTU PROSES PEMBELAJARAN
KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA ARAB

Keberkesanan pengajaran bahasa Arab sangat berkait rapat dengan penulisanRPH.Guru dapat
mengetahui semua aspek yang berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan
bagaimana guru menyesuaikan pengajaran mereka dengan pendekatan, kaedah, teknik dan
strategi yang tepat. Mengikut Ismail Sini (1980), guru adalah pelaksana kepada pendekatan.
Pendekatan tidak lahir begitu saja tanpa persediaan dan perancangan rapi oleh guru.Justeru,
aspek pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran guru bahasa Arab perlu disesuaikan dengan
kehendak pelajar bagi membantu mereka memahami setiap isi pelajaran yang diajar serta
menarik minat mereka terhadap pembelajaran bahasa Arab. Aktiviti pengajaran berkait rapat
dengan tanggungjawab guru sebagai penyampai ilmu. Keberkesanan pengajaran banyak
bergantung kepada kejayaan guru dalam mencapai objektif pengajarannya untuk membantu
pelajar. Kedua-dua peranan tersebut amat penting dalam usaha meningkatkan keinginan
pelajar untuk terus menerokai pengetahuan baru yang kadangkala menjangkaui batasan
keupayaan seseorang pelajar. Selain dapat membantu pelajar mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih mudah, guru juga perlu
prihatin terhadap perkembangan dan keperluan semasa pelajar .

Terdapat beberapa kaedah yang berkesan untuk membantu proses pembelajaran kemahiran
membaca bahasa arab dalam kalangan pelajar antara kedah yang berkesan ialah dengan
menerapkan pengajaran mengikut mode. Penerapan pengajaran mengikut mode merupakan
kaedah pengajaran membaca secara nyaring dan senyap. Pembacaan secara nyaring penting
dalam pembelajaran bahasa arab. Pembacaan secara nyaring bertujuan memantapkan
kefasihan membaca dan menyebut perkataan Arab di samping menekankan aspek makhraj
huruf. Dalam menerapkan pengajaran membaca secara nyaring, guru perlu sedar bahawa
pelajar tidak dapat mengusai sesuatu bahan bacaan dengan baik melainkan setelah memahami
artikel itu terlebih dahulu. Oleh itu, pelajar perlu diberi peluang membaca artikel yang
diberikan secara senyap disusuli dengan perbincangan tentang makna dan gaya bahasa.
Manakala matlamat utama penerapan bacaan secara senyap pula adalah untuk melatih pelajar
memahami apa yang dibaca.

Dan proses pengajaran membaca secara senyap pula, pelajar disediakan dengan beberapa
soalan dan dikehendaki menjawab soalan tersebut selepas selesai membaca sama ada secara
6|TUGASAN ADSL3103 MEI/2023
bertulis mahupun lisan. Bentuk soalan yang disekan adalah tidak lansung bertujuan untuk
melatih pelajar berfikir secara mendalam semasa menjawab apa yang telah dibaca. Soalan
disediakan dengan pelbagai jenis dan berperingkat-peringkat daripada yang mudah
sehinggalah yang sukar. Ini sangat penting kerana ia dapat meningkatkan minda pelajar
dalam proses membaca. Tujuan ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejauh mana
kefahaman pelajar terhadap bahan bacaan dan menguji maklumat yang diperolehi. Dalam
mengajar kemahiran membaca secara senyap, guru boleh menggunakan buku teks atau bahan
bacaan yang lain sebagai bahan bacaan pelajar. Pelajar diminta membaca satu tajuk dengan
bacaan senyap, cepat dan pada waktu tertentu. Selepas selesai dari pembacaan, pelajar
diminta menjawab pelbagai soalan. Tujuannya adalah untuk menguji kefahaman pelajar.
Guru menulis soalan di atas papan putih atau di atas kad indeks dan diberikan kepada pelajar.
Soalan yang diberikan hendaklah mudah difahami dan jelas. Dan guru juga mesti membuat
perbincangan bersama pelajar-pelajar tentang apa yang tidak difahami.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


7|TUGASAN ADSL3103 MEI/2023
MATAPELARAN BAHASA ARAB MINGGU 2
MASA 9.30 pagi – 10.30 pgi TARIKH/HARI 14 Jun 2023/ Rabu
UNIT Unit 3 KELAS 3 Abu Bakar
TEMA/TAJUK Perlatan Dapur BIL.MURID 17 murid
STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Menyebut nama peralatan dapur.
3.2 Menghafaz dan menyebut nama peralatan dapur.
3.3 Berdialog dengan nama perlatan dapur.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mendengar dialog tetang peralatan dapur dengan baik.
2. Menyebut peralatan dapur dengan betul.
3. Dapat menyebut nama peralatan dapur dengan sebutan yang jelas.
4. Menulis nama peralatan dapur dengan penulisan yang betul.
5. Berlatih berdialog dengan dialog yang betul.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Set Induksi
1. Murid menonton video “Peralatan-peralatan di dapur” yang dipasang oleh guru.
Kemudian beberapa soalan ditanya sebagai permulaan seperti :
 Adakah mengenal peralatan-peralatan dapur tersebut ?
 Pernah melihat peralatan-perlatan tersebut ?

Aktiviti
1. Murid membaca dan meneliti perkataan dan gambar.
2. Murid mendengar penerangan guru mengenai :
 Nama peralatan-peralatan dapur dalam Bahasa Arab
 Terjemahan bagi setiap nama peralatan-peralatan dapur
3. Murid dilatih menyebut dengan makhraj dan sebutan yang betul.
4. Murid ditayangkan semula video untuk proses menghafaz.
5. Murid dikehendaki untuk menghafaz nama-nama peralatan dapur.
6. Guru bertanya soalan, murid menjawab soalan.
7. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk tugasan, guru memberikan

8|TUGASAN ADSL3103 MEI/2023


gambar peralatan-peralatan dapur dan setiap kumpulan harus menjawab dan
memberikan jawapan kepada guru untuk semakan.
8. Guru memberikan tugasan setiap kumpulan mempunyai nama peralatan dapur
masing, dan murid berdialog ringkas tentang peralatan yang diberikan.
9. Murid menulis nama peralatan-peralatan dapur dan menjawab soalan di dalam buk
teks.

Penutup
1. Murid menyatakan semua nama peralatan dapur dengan bimbingan guru
REFLEKSI
Kekuatan
Secara keseluruhannya, saya telah menjalankan pengajaran dengan jayanya. Tayangan video
dapat menarik perhatian dan minat murid dalam mempelajari Bahasa Arab. Murid berminat
dalam menonton video dan dapat memberikan respon yang baik dan dapat menjawab soalan
guru dengan tepat. Murid-murid dapat menyelesaikan tugasan berkumpulan dengan baik dan
murid dapat menulis dengan baik perkataan yang berkaitan dengan tajuk.

Kelemahan
Murid menggunakan masa yang lebih dalam menyelesaikan tugasan berkumpulan
mengakibatkan masa yang dirancang tidak dapat dikuasai. Murid menjalankan aktiviti dalam
kumpulan sememangnya dapat memupuk nilai kerjasama dalam kumpulan, tetapi murid
nyaris berlaku pergaduhan akibat perbezaan idea. Guru perlu mengawal disiplin kelas.

Cara mengatasi
Saya perlu mempertingkatkan kemahiran dalam kawalan kelas dan memastikan semua murid
bekerjasama dalam aktiviti kumpulan untuk meningkatkan persahabatan antara murid-murid.
Saya juga perlu menguatkan perancangan membahagikan masa dalam pengajaran supaya
dapat melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya.

9|TUGASAN ADSL3103 MEI/2023


PENGALAMAN MENGHASILKAN RPH MATA PELAJARAN BAHASA ARAB

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat
menyiapkan tugasan menghasilkan RPH mata pelajaran bahasa Arab untuk kali ini.
 Emotif
            Sepanjang menyiapkan tugasan ini, pelbagai perkara yang telah saya pelajari.
Saya belajar bahawa tugas sebagai seorang guru bukannya mudah. Banyak persediaan
yang perlu dilaksanakan sebelum masuk ke kelas. Persediaan itu merangkumi
pelbagai aspek terutama dari sudut bahan resos dan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH). Rancangan Pengajaran Harian adalah nadi seorang guru pelatih mahupun guru
sebenar. Selama ini, saya tidak begitu mengambil berat akan perlaksanaan RPH ini.
Saya beranggapan bahawa RPH tidaklah penting jika dibandingkan dengan proses
pembelajaran dan pengajaran itu sendiri di dalam kelas. Namun begitu, setelah
merasai sendiri pengalaman mengajar ketika proses pengajaran mikro, barulah saya
sedar tanggapan saya selama ini benar-benar salah.

            RPH merupakan perkara yang amat penting kerana ianya menggambarkan
persediaan yang dilakukan oleh guru sebelum mengajar. Sebagaimana hebat seorang
guru itu atau seberapa lama guru tersebut telah mengajar, guru tersebut masih perlu
menyediakan RPH sebelum masuk ke kelas mengajar. Ini adalah kerana dengan
adanya Rancangan Pengajaran Harian, ianya akan membantu memudahkan proses
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Set induksi, pengenalan pada langkah 1,
perkembangan pada langkah 2, langkah 3, dan penutup adalah komponen-komponen
di dalam RPH yang akan membantu guru dalam merangka perjalanan pengajarannya
mengenai sesuatu topik tersebut. Ini membolehkan guru bersedia untuk masuk ke
kelas.

10 | T U G A S A N A D S L 3 1 0 3 M E I / 2 0 2 3
 Kognitif

Apa yang terlintas dalam fikiran saya setelah mendapat tugasan ini, saya sedia maklum
bahawa mengajar bahasa Arab bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana bahasa Arab
bukanlah bahasa ibunda atau bahasa tempatan di Malaysia, lebih-lebih lagi untuk pelajar-
pelajar sekolah rendah. Jika pincangnya pemahaman mengenai asas bahasa Arab, maka akan
pincanglah pemahaman dalam memahami matapelajaran bahasa Arab. Oleh sebab itu, setelah
mengetahui bahawa topik yang saya perlu laksanakan, saya agak risau kerana saya tahu saya
akan menghadapi kesukaran.

Namun, saya tidak berputus asa. Saya cuba berfikiran positif bahawa ini adalah salah satu
cara saya dapat belajar bagaimana cara mengajar matapelajaran bahasa Arab dengan peluang
yang diberikan ini. Saya boleh mengaplikasikannya ketika praktikum di sekolah yang akan
berlangsung tidak lama sahaja lagi. Peluang dan ruang ini perlu saya gunakan sebaik
mungkin. Saya juga merujuk dengan beberapa rakan-rakan dan juga pensyarah bagaimana
hendaklah melakukan persiapan melakukan RPH khususnya untuk matapelajaran bahasa
Arab.

 Penilaian
Pada pendapat saya, pengalaman menghasilkan RPH mengenai matapelajaran bahasa Arab
ini menjadi sangat menyeronokkan dengan sokongan bahan rujukan yang menarik. Oleh
sebab itu, saya mempelbagaikan bahan rujukan agar murid dapat mencambahkan idea dapat
memahami matapelajaran dengan seronok. Dengan cara mempelbagaikan kaedah pengajaran
beserta alat bantu mengajar yang banyak membantu dalam melancarkan proses pembelajaran.

Unsur-unsur permainan dan aktiviti berkumpulan perlu dilaksanakan ketika merancang


pengajaran untuk memberi keseronokan kepada mereka. Kita sedia maklum bahawa murid
akan mudah bosan dengan pengajaran yang sama. Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab
seorang guru untuk menyediakan suasana pengajaran yang kondusif dengan mempelbagaikan
teknik dan kaedah pengajaran.

11 | T U G A S A N A D S L 3 1 0 3 M E I / 2 0 2 3
 Analisis
Apa yang saya dapat pelajari dalam menghasilkan RPH untuk matapelajaran bahasa Arab ini
adalah belajar bagaimana hendak melakukan persiapan yang sewajarnya sebelum hendak
memulakan proses pembelajaran dan pengajaran. Sedia maklum bahawa matapelajaran ini
bukanlah matapelajaran yang menggunakan bahasa tempatan tetapi menggunakan bahasa luar
negara. Oleh itu, persiapan yang hendaklah dibuat mestilah tepat dan kena dengan cara
pembawakan dan pengajaran untuk murid terutamanya untuk memahamkan mereka dalam
bahasa arab. Dapat menambahkan lagi pemahaman saya berkenaan cara bagaimana cara
untuk menarik perhatian dan pemahaman murid, sebab matapelajaran ini tidak sama dengan
mata pelajaran lain yang mana perlu mempelbagaikan cara dan kaedah pengajaran

Selain itu, apa yang saya dapati ialah dalam membuat tugasan ini dapat menjadikan seorang
guru yang bertanggungjawab. Dimana dalam menjalankan aktivti PAK21, ia sangat
memerlukan pemerhatian dan pantauan guru. Dengan adanya bimbingan guru, segala aktiviti
yang dijalankan di dalam kelas semasa pembelajaran akan berjalan dengan baik. Tugasan kali
ini juga dapat meningkatan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan bidang saya sebagai
seorang guru. Seseorang guru efektif semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam
dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya. Guru seharusnya sentiasa meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa kemaskini, menarik, bertenaga
dan inspirasional. Ada kalanya murid bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau
kurikulum yang tertera dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan
tepat bersama fakta dan bukti kukuh, pasti akan menimbulkan minat, keyakinan dan
kecenderungan murid untuk mengikuti lanjutan epistemologi disiplin tersebut. Lebih menarik
dan efektif sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu berkenaan dan mengaitkan dalam
kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk
dirinya pada masa ini dan akan datang.

12 | T U G A S A N A D S L 3 1 0 3 M E I / 2 0 2 3
KESIMPULAN

Guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan


pembelajaran, termasuklah guru berpengalaman, guru cemerlang dan guru pakar. Persediaan
mengajar oleh guru akan melibatkan masa yang berbeza mengikut pencapaian murid, kelas,
bahan, dan kearifan individu guru. Objektif dan isi pelajaran disusun mengikut keutamaan
atau kefahaman murid, seperti bermula daripada aspek yang mudah kepada yang lebih sukar,
aspek yang berada dalam pengetahuan atau pengalaman murid kepada perkara yang belum
berada dalam pengetahuan dan pengalaman mereka. Setiap perkembangan pelajaran diikuti
pula oleh aktiviti murid secara terancang dan sebahagainnya spontan. Pendekatan berasaskan
spiral curriculum membolehkan murid mengembangkan ilmu sedia ada dan memantapkan
pengalaman tersedia. Mereka akan mengikuti pengajaran peringkat demi peringkat, langkah
demi langkah, fakta demi fakta, yang keseluruhannya secara sistematik dan efektif. Guru
menerajui haluan perkembangan pengajaran dengan murid-murid mengayuh bersama menuju
ke destinasi yang diketahui bersama. Usaha dan kebersamaan sedemikian boleh
mempercepatkan perolehan kandungan pembelajaran dan seterusnya peningkatan pencapaian.
Penerangan disampaikan secara susunan tanpa memasukkan terlampau banyak isi pelajaran
dalam sesuatu masa berasaskan pendekatan teach sequentially and globally.

13 | T U G A S A N A D S L 3 1 0 3 M E I / 2 0 2 3
RUJUKAN

Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Ismail Hj Ibrahim &Mohd Sahril Abdul Rahman (1994).ILMU Dan Kecemerlangan Dari
Perspektif Islam.Kuala Lumpur: IKIM

Maslow, A. H. (1970). Motivation and personality. New York: Harper & Row.

Mohd Ali Hassan. (2004), Utusan Online.

Mohd Izzuddin, Mohd Faeez.et.al. (2016). Dinamika Guru. Kajang : KUIS

Noraziah Abdul Hamid (1981). Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Kertas Kerja
Seminar Perguruan. Jurnal Universiti Malaya: 28-30 Dis 1981 : 2-11

Rosni Samah (2009). Isu pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Nilai : USIM.

Kamaruddin Hj Husin. (1997). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur : Kumpulan


Budiman Sdn. Bhd.

Sani Ibrahim, Ahmad Zabidi.et.al. (2015). Strategi Implementasi Pelan Pembangunan


Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian Agama Islam & J-QAF : Metodologi Dan Pedagogi
Pendidikan Untuk KPLI.Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar.

Sini Mahmud Ismail (1980). Wasa’il Tadrib Mu‘Allimi Al-Lughah Alarabiyyah Wa


Tatwiriha, Dlm Mahmud Ismail Sini Dan Ali Muhammad Al-Qasimi (Pnyt), al-Sijill al-‘ilm
li al-nadwah al- ‘alamiyyah al-’ula lita‘lim al-‘arabiyyah li ghayr alnatiqinabiha, h.7-27.
Riyadh, Saudi Arabia: Matabi‘ Jami‘ah al-Riyadh.

14 | T U G A S A N A D S L 3 1 0 3 M E I / 2 0 2 3

Anda mungkin juga menyukai