Anda di halaman 1dari 35

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDKAN

HBEF 2503
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

OLEH
SYUHAIDA BINTI RAZAHALI
821027145970001
PUSAT PEMBELAJARAN OUM SHAH ALAM SEKSYEN 13
012-9425468

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDKAN

HBEF 2503
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

PENDEKATAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN (KVKVK)


MURID PRASEKOLAH

OLEH
SYUHAIDA BINTI RAZAHALI
821027145970001
PUSAT PEMBELAJARAN OUM SHAH ALAM SEKSYEN 13
012-9425468

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana di atas limpahan rahmatnya dan keizinannya
memberikan saya peluang dan ruang untuk menyiapkan penulisan Kaedah Penyelidikan
DalamPendidikan hingga ke akhirnya.
Ucapan terima kasih kepada penyelia , pensyarah dan e-tutor atas bimbingan dan
kerjasama sepanjang menyiapakn tugasan ini. Beliau banyak mebantu member tunjuk ajar
dalam menyiapkan fasa kajian dari bab 1 hingga bab 3.
Penghargaan ini juga diberikan kepada semua rakan-rakan yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapakan penyelidikan ini. Semoga
bantuan yang diberikan akan mendapat rahmat darinya.
Tidak lupa kepada suami, Mohd Firdaus bin Hassan, putera puteriku Farid Ikhwan bin
Mohd Firdaus dan Sara Aisya binti Mohd Firdaus serta ayahanda Razahali bin Mamat dan
bonda Halimah binti Hassan kerana memberikan sokongan dan dorongan sepanjang
pengajian ini.
Yang baik itu datangnya dari Allah swt dan segala kekurangan adalah kelemahan diri
sendiri.
Sekian, terima kasih.

SYUHAIDA BINTI RAZAHALI


SEMESTER MEI 2013
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
ABSTARAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
BAB 1 :

MASALAH KAJIAN

1.1

Pengenalan

1.2

Latar Belakang Masalah

1.3

Kerangka Konsep

1.4

Objektif Kajian

1.5

Persoalan Kajian

1.6

Kepentingan Kajian

1.7

Batasann Kajian

1.8

Terminologi (istilah)

1.9

Rumusan

BAB 2 :

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

2.2

Literatur Berkaitan

BAB 3 :
3.1

METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan

3.2

Rekabentuk Kajian

3.3.

Populasi dan Sampel Kajian

3.4

Instrumen Penyelidikan

3.5

Prosedur Pengumpulan Data

3.6

Analisis data

3.7

Rumusan

LAMPIRAN

4.1

Lampiran A

4.2

Lampiran B

4.3

Lampiran C 1

4.4

Lampiran C 2

4.5

Lampiran D 1

4.6

Lampiran D 2

4.7

Lampiran E

RUJUKAN

ABSTRAK

Kajian ini akan dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid prasekolah dalam
meningkatkan kemahiran membaca perkataan (kvkvk). Kajian ini akan dijalankan di Sekolah
Kebangsaan Seksyen 24. Kumpulan sasaran dalam kajian yang akan in dijalankan ke atas 12
orang yang terdiri daripada murid Prasekolaj Mutiara. Kajian ini akan dijalankan terhadap
pengajaran tradisional dan penggunaan bahan bantu mengajar (bbm) yang akan dilaksanakan
oleh pengkaji sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam
kelas Prasekolah Mutiara. Kajian ini menggunakan kaedah ujian pengesanan bacaan,
pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian ini akan membantu guru, murid, pentadbir
sekolah dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor melihatkan keberkesanannya.

ABSTRACT
This research will be conducted to help all children in increasing word reading skills (kvkvk).
This research will be conducted at the Sekolah Kebangsaan Seksyen 24. Target groups in the
research will be carried out on 12 children consisting of children Prasekolah Mutiara. This
research will be conducted on traditional teaching and use of teaching aids (bbm) to be
implemented by the research during the process of teaching ang learning in scholl classes
held at Prasekolah Mutiara. The method of detection test readings, observations and
interviews. The findings of this research will help teachers, students, school administrators
and Selangor State Education Department sees its effectiveness.

BAB 1
PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan teras sistem pendidikan Malaysia
member tumpuan kepada perkembangan emosi diri murid secara menyeluruh untuk
melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berkertrampilan dan
bertangungjawab dalam segala bidang serta mampu menggalas cabaran menuju
wawasan negara. Di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan merangkumi tujuan serta
matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan individu dan negara yang berjaya.
Kepentingan pendidikan prasekolah sebagai penyediaan kepada kanak-kanak
ke alam persekolahan telah banyak didokumentasikan.
pendidikan

awal

kanak-kanak

memainkan

peranan

Menurut UNESCO,
yang

penting

dalam

perkembangkan minda kanak-kanak dan dapat mengurangkan kekurangan sedia adab


an di masa depan (Sub NKRA Prasekolah 2010). Oleh itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia menambahn bilangan kelas prasekolah, khususnya bagi kanak-kanak
berumur 4++.
Pihak Kememterian Pelajaran Malaysia juga melaksanakan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula Januari 2010 yang dibangunkan
dengan

kerjasama

agensi

swasta.Penambaikan

kepada

Kurikulum

Standard

Prasekolah Kebangsaan ini merupakan satu inisiatif yang diterima baik

oleh

pengunjung ke ruang pameran pendidikan semasa Hari Terbuka Literasi dan


Numerasi.

1.2

Latar Belakang Masalah


Kesediaan membaca merujuk kepada kemampuan seseorang murid menerima

pengajaran dan pembelajaran dari segi mental, emosi dan fizikal, yang melibatkan
peringkat mendirikan asas membaca, memperkukuh asas membaca dan seterusnya,
peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Kesediaan mental dilihat sebagai potensi
seseorang untuk mengingat apa-apa yang diberitahu dan berkebolehan menyatakan
semula maklumat yang diketahui. Kesediaan emosi dikaitkan dengan minat mereka
terhadap bahan-bahan bacaan, sama ada membelek-beleknya sahaja atau tertarik akan
gambar yang dilihat dan berminat mendengar cerita yang dibacakan. Kesediaan
fizikal pula merujuk kepada kemampuan kanak-kanak menggunakan alat-alat sebutan
untuk menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk,
saiz, perbezaan atau persamaan bentuk dan keupayaan pendengaran untuk mengecam
pelbagai bunyi seperti alat-alat muzik, haiwan, kenderaan, suara (mekanis, semula
jadi dan buatan).
Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca
sangat penting. Menurutnya, Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha
untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia,malah boleh
menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru.
Konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami
oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka.
Menurut Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan
membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan.Peringkat
prabacaan meliputi kemahiran pengamatan penglihatan, kemahiran pengamatan
pendengaran, aktiviti pergerakan koordinasi psikomotor (mata dantangan), latihan
menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.Peringkat bacaan meliputi
kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat.
Juriah Long et. al (1994) menjelaskan bahawa konsep kesediaan membaca
bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga
merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran secara khusus dan berterusan.

Pendedahan kemahiran membaca pada peringkat awal sangat penting kepada


murid-murid prasekolah bagi membantu mengatasi masalah membaca dalam
pendidikan formal dan menjamin kejayaan masa depan seseorang.

1.3

Kerangka Konsep
Kajian ini akan melihatkan pendekatan pengajaran kemahiran membaca
perkataan (kvkvkk)

Guru prasekolah.

Pendekatan

Pengajaran
kemahiran membaca
Murid Prasekolah
perkataan (kvkvk)
Rajah 1.0 Kerangka konsep : Pendekatan Pengajaran Kemahiran Membaca Perkataan
(kvkvk) murid prasekolah.
1.4

Objektif Kajian
Berpandukan kepada kajian yang akan dijalankan, objektif kajian ini adalah :
1.5.1. Untuk mengenal pasti pendekatan pengajaran kemahiran membaca perkataan
yang disukai dengan murid prasekolah.
1.5.2

Untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca


dengan pendekatan kedua-dua pengajaran.

1.5

Persoalan Kajian
Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji akan mendapat jawapan kepada soalansoalan berikut;

1.5.1

Apakah pendekatan pengajaran yang disukai bagi kemahiran membaca


perkataan dengan murid prasekolah. ?

1.5.2

Apakah tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca berdasarkan


kedua-dua pendekatan pengajaran ?

1.6

Kepentingan Kajian
Kajian yang akan dijalankan ini member manfaat kepada pihak yang terlibat
dalam bidang pendidikan khususnya dalam kemahiran membaca. Berikut pihak-pihak
yang bakal mendapat faedah dari kajian yang akan dijalankan adalah;
1.6.1

Guru
Guru Prasekolah memainkan peranan penting dalam memastikan
penguasaan kemahiran membaca perkataan. Guru perlu meningkatkan
motivasi untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran. Guru juga akan memperolehi kepuasan sekiranya murid
prasekolah yang diajar dapat membaca perkataan dengan betul dan lancar.
Guru Prasekolah juga akan menyediakan murid prasekolah dengan
kemahiran yang terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangssan sebelum memasuki pendidikan formal di tahun satu. Ianya perlu
bagi mengelakkan murid prasekolah tergolong dalam murid LINUS
( program Literasi dan Numerasi).

1.6.2

Pentadbir sekolah
Pihak pentadbir sekolah yang terdiri daripada guru besar dan penolong
kanan memainkan peranan penting dalam menyelia guru prasekolah dalam
melaksanakan tugas. Pihak pentadbir mempunyai hak untuk membuat
pemantauan

kepada guru dan murid prasekolah tentang penguasaab

kemahiran membaca. Pihak pentadbir juga ingin memastikan agar bilangan


murid prasekolah tidak termasuk dalam golongan murid LINUS semasa di
tahun satu.

1.6.3

Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia


Kajian yang akan dijalankan dapat membantu pihak Jabatan Pelajaran
Negeri dan

Kementerian Pelajaran Malaysia

mengetahui penguasaan

kemahiran membaca di kalangan murid prasekolah. Pihak kementerian juga


boleh mengetahui kaedah pengajaran yang berkesan bagi membantu murid
prasekolah

menguasai

kemahiran

membaca.

Selain

itu

juga

boleh

mengurangkan bilangan murid dalam program LINUS yang akan dijalankan


di tahun satu.
1.6.4

Murid-murid Prasekolah
Murid prasekolah perlu menguasai

kemahiran membaca bagi

memperluaskan kosa kata yang akan digunakan semasa di tahun satu. Ibu bapa
rasa gembira bila melihat penguasaan kemahiran membaca. Ia juga memberi
persediaan kepada murid prasekolah melangkah ke tahun satu.
1.7

Batasan Kajian
Kajian ini akan dijalankan kepada murid-murid Prasekolah Mutiara yang
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seksyen 24. Kajian ini akan melibatkan seramai
12 orang murid. Kajian ini akan membahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu
kumpulan tradisional dan penggunaan bahan bantu mengajar. Di samping itu, borang
soal selidik akan diedarkan kepada 6 orang guru prasekolah bagi melihat respons
tentang kaedah pengajaran kemahiran membaca.

1.8

Terminologi (istilah)
Definisi istilah ini adalah maksud atau definisi bagi istilah-istilah yang akan
digunakan oleh pengkaji di dalam kertas kajian yang dibuat. Berikut adalah
merupakan definisi istilah-istilah yang akan digunakan dalam kajian ini.

1.8.1

Pendekatan
Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu
diajarkan untuk mencapai objektifnya. Ia bertujuan untuk memudah murid
untuk

menerima

dan

memahami

isi

pelajaran

yang

disampaikan

guru.pendekatan juga harus berlandaskan kepada model, prinsip atau teori


pembelajaran iaitu;

1.8.2

Konkrit kepada abstarak

Mudah kepada kompleks

Keseluruhan kepada bahagian

Umum kepada spesifik (deduktif)

Spesifik kepada umum (induktif)

Dekat kepada jauh

Diketahui kepada belum ketahui.

Pengajaran
Merupakan
memberitahu,

satu

bentuk

mempengaruhi

dan

komunikasi

yang

menghibur. Tugas

bertujuan

untuk

pengajar

untuk

memberitahu atau menyampaikan himpunan maklumat atau fakta kepada


murid. Tujuan bahan bantu mengajar juga bertujuan untuk mempengaruhi dan
menghibur.(Kamarudin Husin:1989)
1.8.3

Kaedah Pengajaran Tradisional


Kaedah pengajaran tradisional merujuk kepada pendekatan yang
berasaskan teori pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru. Guru
bertindak sebagai pengajar yang menyampaikan ilmu pengetahuan secara
langsung kepada murid. Kaedah pengajaran tradisional menggunakan gaya
chalk and talk dan komunikasi sehala. Hilezan Zainal (2004) menyatakan
bahawa pendekatan tradisional, murid kurang aktif kerana kurang aktiviti yang
melibatkan mereka.

1.8.4

Bahan Bantu Mengajar


Bahan bantu mengajar merupakan faktor yang utama dalam
menentukan kejayaan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu
mengajar juga dapat merangsang minat murid untuk belajar.
Menurut Atan Long (1981), bahan bantu mengajar terdiri pelbagai
bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya
dalam bentuk buku, carta atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin.
Alat-alat penyampaiannya dinamakan bahan bantu mengajar.

1.8.5

Kemahiran
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kemahiran didefinisikan sebagai
kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu
perkara.

1.8.6

Membaca
Membaca pula merupakan aktiviti seseorang sama ada belajar, menelaah,
merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengkaji, mengaji, melafazkan,
mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir,
meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati.
( Kamus Dewan Edisi Ketiga).
Dalam kemahiran bahasa di sekolah, penekanan kepada kemahiran tertentu
telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah melahirkan murid
yang berketrampilan dalam berbahasa (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan
Omar Hisham Mohd Baharin 2007)

1.8.7

Murid Prasekolah

Murid prasekolah merupakan golongan kanak-kanak yang berusia antara 4


hingga 6 tahun yang mendapat pendidikan sebelum mereka memasuki
pendidikan secara formal di tahun satu sekolah rendah ( Garis Panduan
Kurikulum Prasekolah 1998).
1.9

Rumusan
Bab ini akan menghuraikan latar belakang, pernyataan masalah, kerangka konsep,
objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan terminologi

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan
Membaca merupakan salah satu aspek kemahiran bahasa yang penting. Pelajar
yang gagal menguasai kemahiran membaca sering kali terkandas dalam pelajaran kerana
mereka tidak berupaya menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru. Mereka juga

selalunya cepat berputus asa. Oleh itu, kemahiran ini perlu dikuasai sepenuhnya oleh
setiap pelajar agar mereka tidak ketinggalan dalam mengejar ilmu pengetahuan.
Bagi menguasai kemahiran membaca bukanlah satu perkara yang mudah.
Penguasaan kemahiran membaca tidaklah semudah kanak-kanak menguasai
kemahiran bertutur ( untuk bahasa pertama ) yang tidak memerlukan pendidikan
formal. Kanak-kanak perlu mendapat satu bentuk pengajaran formal untuk menguasai
kemahiran membaca.
Hanya pengajaran dan pembelajaran formal sahaja yang dapat memastikan
seseorang kanak-kanak menguasai sepenuhnya kemahiran tersebut.Kemahiran
membaca merupakan gabungan beberapa proses yang kompleks. Kemahiran ini
merangkumi proses mendengar, mengamati dan membezakan bunyi-bunyi yang jelas
dan tepat.
2.2

Literatur Yang Berkaitan


Usaha menjalankan kajian dalam bidang bacaan secara saintifik telah bermula
di Eropah sejak pertengahan kurun ke sembilan belas lagi. Kebanyakan kajian terawal
dijalankan di negara Perancis dan Jerman. Kemudian kegiatan tersebut telah
berkembang ke Amerika Syarikat. Pada tahun 1910 sahaja, sebanyak tiga puluh empat
kajian bacaan telah dijalankan di England dan Amerika Syarikat.(Sofiah Hamid dan
Azman Wan Chik (ed), 1986 : 35). Kajian terhadap bacaan kemudiannya menjadi satu
bidang khusus. Pada tahun 1917, sebuah desertasi ijazah kedoktoran dalam bidang
bacaan telah dihasilkan oleh Wiliam S. Gray di Univesiti Chicago. Kemudian tiga
belas buah desertasi kedoktoran lagi telah dihasilkan menjelang tahun 1924. Dalam
perkembangan berikutnya, iaitu dari tahun 1925 hingga tahun 1935 sejumlah

654kajian telah dilakukan. Kebanyakan kajian ditumpukan kepada pengajaran


pemulihan membaca (Sofiah Hamid dan Azman Wan Chik (ed), 1986 : 37).

Kesedaran tentang pentingnya kemahiran membaca dalam pendidikan,


kerajaan Amerika telah menyediakan peruntukan khas bagi membiayai penyelidikan
dalam bidang tersebut dengan membeli pelbagai bahan bacaan, menubuhkan institusi
untuk memperbaiki kaedah pengajaran bacaan dan memberi bantuan kepada individu
yang ingin mendalami aspek bacaan sebagai satu bidang khusus.
Dokumen pertama yang mengandungi laporan pengkaedahan pengajaran
membaca untuk kanak-kanak yang mengalami masalah telah diterbitkan dalam tahun
1921. Grace Fernald dan Helen B. Keller merupakan orang yang bertanggungjawab
memperkenalkan Pendekatan Fernalad (Sofiah Hamid dan Azman Wan Chik (ed),
1986 : 39).
Sementara Currier dan Buguid ( Sofiah Hamid, 1983 : 20 ) dalam kajian
mereka selama lima tahun, iaitu dari tahun 1918 hingga 1923, mendapati latih tubi
fonik seharusnya dilakukan setiap masa dan dipergunakan dengan bijak. Ini bermakna
latih tubi perlulah diubah suai mengikut keperluan individu. Fries ( 1963 : 230 )
dalam buku Linguistic and Reading berpendapat bahawa huruf-huruf juga harus diajar
terlebih dahulu supaya pelajar dapat mengenali persamaan dan Sementara Currier dan
Buguid ( Sofiah Hamid, 1983 : 20 ) dalam kajian mereka selama lima tahun, iaitu dari
tahun 1918 hingga 1923, mendapati latih tubi fonik seharusnya dilakukan setiap masa
dan dipergunakan dengan bijak. Ini bermakna latih tubi perlulah diubah suai mengikut
keperluan individu.
Zaidah Hj. Omar ( 1978 : 135 ) dalam satu kajian mengenai kemahiran asas
pelajar Tahun 2 dari segi huruf, suku kata dan gabungan bunyi suku kata mengatakan
dalam pengajaran membaca peringkat awal, kemahiran asas bacaan perlu
diperkukuhkan sebelum pengajaran membaca ayat dijalankan. Hal ini adalah kerana
dalam kajian tersebut beliau mendapati Kaedah Abjad Suku Kata adalah lebih
berkesan jika dibandingkan dengan Kaedah Terus. Antara kemahiran asas bacaan
yang perlu diperkukuhkan ialah kemahiran menamakan huruf-huruf abjad

ataumembunyikannya, kemahiran membunyikan suku kata dalam perkataan dan


kemahiran menggabungkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
Abdul Aziz Talib ( 1978 ) telah menjalankan satu kajian diagnostik yang
menganalisis masalah kanak-kanak mengenal huruf dalam abjad rumi. Tumpuan
kajian beliau adalah terhadap kebolehan kanak-kanak mengenal bentuk, nama dan
bunyi huruf. Seramai 1,315 orang pelajar yang dapat membaca pada peringkat
bimbingan dan 4,158 orang pelajar yang dapat membaca pada peringakat lemah
( darjah satu hingga enam ) telah
dijadikan subjek kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa peratus kegagalan
pelajar dalam mengenal bunyi huruf adalah paling tinggipengajaran asas membaca,
iaitu Pendekatan Abjad Suku Kata dengan Pendekatan Terus Membaca. Beliau
mendapati kemahiran asas bacaan seperti kemahiran menamakan dan membunyikan
huruf abjad, kemahiran menghubungkan huruf dengan bunyinya, kemahiran
membunyikan suku kata, dan kemahiran menggabungkan bunyi-bunyi suku kata
dalam perkataan perlu diperkukuhkan. Hasil daripada eksperimen yang dijalankan
selama dua bulan telah menunjukan bahawa Pendekatan Abjad Suku Kata dengan
pemeringkatan bahan pengajaran yang sistematik bolah digunakan bagi mengajar asas
bacaan di peringkat awal membaca ( Azman Wan Chik (ed), 1986 : 213 ).
Dalam prinsip pengajaran berdasarkan kaedah elektif pula, kedua - dua kaedah
pengajaran secara induktif dan deduktif digabungkan bagi menghasilkan strategi
pengajaran yang lebih berkesan, seimbang dan berfaedah. Antara kelebihan kaedah ini
ialah ia sesuai bagi kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan dan sifatnya
yang fleksibel membolehkan guru mentadbir pengajaran dengan mudah tanpa terikat
dengan teknik-taknik tertentu ( Kamarudin Hj. Husin 1994 : 89).
Berdasarkan kajian yang dibuat, jelas menunjukkan bahawa kaedah
pengajaran memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan pelajar
menguasai kemahiran membaca. Oleh sebab itu Mangantar Simanjuntak ( 1985 : 5 ),
mengatakan pengkaedahan gurulah yang menjadi punca kegagalan pelajar menguasai
kemahiran membaca. Pada pendapat beliau, berdasarkan kepada penelitian
masalahpelajar lembab membaca, tidak ada yang salah pada pelajar tersebut tetapi
mereka telah dikategorikan sebagai pelajar lembab.

Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh


setiap pengkaji sama ada di barat atau di timur tentang kaedah pengajaran asas bacaan
adalah bertujuan untuk memberikan panduan kepada guru-guru bagi memperbaiki
prosespengajaran dan pembelajaran. Walaupun banyak kajian yang telah dijalankan,
namun sehingga kini belum terdapat kaedah yang betul-betul mantap untuk dijadikan
pegangan dalam pengajaran membaca permulaan. Setiap pendekatan dan kaedah yang
dikemukankan mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan
Kajian ini akan menjadi satu kajian yang dirancang untuk melihat pengajaran
kemahiran membaca perkataan (kvkvk) di kalangan murid prasekolah. Kajian ini akan
dijalankan di sebuah sekolah rendah di Daerah Petaling Perdana

iaitu Sekolah

Kebangsaan Seksyen 24, Shah Alam. Kajian ini akan dijalankan terhadap sebuah
kelas prasekolah iaitu Prasekolah Mutiara. Seramai 12 orang murid prasekolah dan 6
oarang guru prasekolah yang akan dipilih. Setiap responden mempunyai latar
belakang, kebolehan dan tahap penguasaan yang berbeza. 12 orang murid akan
dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu pengajaran tradisional dan pengajaran
menggunakan bahan bantu mengajar. Maklumat yang akan diperolehi boleh
menerangkan kaedah yang digunakan. Di dalam bab 3 ini juga akan dinyatakan
maklumat tentang penggunaan instrumen-instrumen yang akan digunakan oleh
pengkaji dalam melaksanakan kajiannya nanti. Instrumen yang akan digunakan akan
dilampirkan bersama dengan cadangan kajian ini.
3.2

Rekabentuk Kajian
Kajian yang akan dijalankan ini menggunakan kaedah kualitatif berbentuk
deskriptif. Statistik deskriptif yang akan digunakan berdasarkan skala Linkert untuk
mendapatkan kekerapan untuk menjawab soalan objektif kajian.
Skala Linkert
SS

Sangat Setuju

Setuju

TP

Tidak Pasti

TS

Tidak Setuju

STS

Sangat Tidak Setuju

Statistik deskriptif akan mengandungi carta, graf, dan jadual sebagai salah
satu cara bagi meringkaskan kuantiti data supaya lebih mudah difahami.Skala Linkert

akan digunakan dalam borang kaji selidik yang akan diberikan kepada guru
prasekolah.
Kajian ini juga akan dipecahkan kepada

dua kumpulan iaitu kaedah

pengajaran tradisional dan kaedah penggunaan bahan bantu mengajar. Kesemua murid
akan diajar mengikut kaedah yang telah ditentukan. Setelah sesi pengajaran selesai,
murid akan diberikan ujian bagi melihat hasil dari kaedah yang diajar. Soalan ujian
pra adalah dari sukatan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kedua-dua
kumpulan akan menjawab ujian pra dan ujian pos yang sama.
Temubual juga akan dijalankan kepada 12 murid prasekolah yang terlibat
dalam kajian ini. Temubual ini berdasarkan keberkesanan pengajaran, ujian pra dan
juga pengalaman murid sepanjang kajian dijalankan. Soalan temubual akan ditanya
bersesuaian dengan umur murid prasekolah agar mereka faham dengan kehendak
soalan.
Secara keseluruhannya, langkah-langkah yang dijalankan seperti di bawah.
Guru Prasekolah akan mengisi Borang Soal Selidik
dan Borang Maklumat Peribadi Murid

Pra
Pra
Ujia
Ujia
n
n

Pengkaji menggunakan pendekatan pengajaran kaedah tradisional bagi


kumpulan A dan kaedah penggunaan bahan bantu mengajar (bbm)

Ujia
Ujia
n
n
Pos
Pos

Temuramah mengenai kaedah koperatif dijalankan kepada


3.3.

Populasi

murid prasekolah dari kedua-dua kumpulan

dan

Sampel Kajian
Menurut Gay and Airasian (2003), populasi bermaksud kumpulan sasaran

pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digenerasikan. Manakala
sampel kajian bermaksud responden-responden kajian yang akan dipilih untuk
mewakili sesuatu populasi.
Populasi dan sampel kajian ini akan dijalankan kepada 12 orang murid
Prasekolah Mutiara Sekolah Kebangsaan Shah Alam dan 6 orang guru prasekolah.
Kesemua responden yang dipilih mempunyai latar belakang yang berbeza.
12 orang murid prasekolah akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu
Kumpulan A yang

akan menggunakan pendekatan pengajaran tradisional

dan

Kumpulan B yang akan menggunakan pendekatan pengajaran berbantukan bahan


bantu mengajar. Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertukar pendekatan pengajaran
untuk peringkat seterusnya. Setiap kumpulan akan terdiri daripada 6 orang murid
prasekolah.
Pengajaran akan berlaku di dalam kelas dan diasingkan tempat bagi
melancarkan pengajaran. Bagi kumpulan yang menggunakan bahan bantu mengajar,
guru akan menerangkan cara pelaksanaannya agar mereka dapat menggunakan bahan
yang diberi secara maksimum. Manakala bagi pendekatan pengajaran tradisional akan
tertumpu antraa guru dan murid menggunakan chalk and talk.

3.4

Instrumen Kajian
Untuk kajian yang akan dijalankan, pengakaji akan menggunakan lima

instrumen kajian iaitu borang maklumat murid, borang soal selidik, ujian pra, ujian
pos dan temubual. Berikut huraian tentang instrument kajian yang akan digunakan;
3.4.1

Borang Maklumat Murid


Borang ini akan diisi oleh guru kelas berdasarkan maklumat yang
dikehendaki. Borang maklumat murid ini akan diisi oleh kesemua 12 orang
murid prasekolah yang akan terlibat dalam kajian ini ( Lampiran A). Borang
maklumat murid merangkumi nama, umur, tarikh lahir, tempat lahir, kaum,
agama, kelas, sekolah, alamat rumah, nama bapa,nama ibu dan pekerjaan.

3.4.2

Borang Soal Selidik


Borang soal selidik ini akan diisi oleh guru prasekolah. Borang ini
bertanyakan soalan tentang pendapat guru prasekolah pendekatan pengajaran
kemahiran membaca untuk murid prasekolah. Borang soal selidik ini dibahagi
kepada dua bahagian iaitu Bahagian A (maklumat diri) dan Bahagian B
(maklumat berkaitan pengajaran). Borang ini menggunakan Skala Likert
(Lampiran B)

3.4.3

Ujian Pra
Ujian Pra akan diberikan kepada kesemua 12 orang murid prasekolah
yang akan terlibat. Ujian ini akan dijalankan seblum kedua-dua pelaksanaan
pengajaran. Ujian pra ini melihat sejauh mana kebolehan dan pengalaman
sedia ada murid tentang kemahiran membaca perkataan (kvkvk). Teradpat dua
contoh ujian pra iaitu menyusun huruf supaya membentuk perkataan dan
memadankan gambar dengan perkataan (Lampiran C).

3.4.4

Ujian Pos

Ujian pos ini akan diberikan kepada semua murid prasekolah setelah
mereka mempelajari kedua-dua pengajaran kemahiran membaca perkataan.
Tujuan ujian pos ini adalah untuk mengenal pasti sejauh mana keberkesanan
pengajaran kemahiran membaca perkataan dan mengaplikasikannya di dalam
soalan yang diberikan oleh guru. Terdapat dua ujian pos iaitu menulis
perkataan yang disebut oleh guru dam menulis perkataan (kvkvk) yang betul
berdasarkan gambar yang disediakan (Lampiran D).
3.4.5

Temubual
Temurah akan dijalankan selepas sesi penngajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca selesai. Temubual ini akan dijalankan kepada 12 orang
murid yang terlibat dalam kajian ini. Terdapat 6 soalan yang akan ditanya
dalam temubual ini nanti. Temubual ini dijalankan bagi melihat pendekatan
pengajaran yang senang dan mudah untuk murid ikuti (Lampiran E).

3.5

Prosedur Pengumpulan Data


Data yang dikumpul akan diperolehi daripada borang soal selidik, ujian pra,
ujian pos dan temubual yang akan dijawab oleh guru prsekolah dan murid prasekolah
yang terlibat. Seramai 6 orang guru prasekolah akan menjawab soalan borang soal
selidik.Setiap guru akan diberi penerangan ringkas tentang tujuan kepada mereka.
Bagi ujian pra, murid prasekolah akan ditempoh masa setengah jam untuk
menjawab dua contoh soalan. Selepas selesai ujian pra yang akan dijalankan, pengkaji
akan membuat analisa pencapaian daripada ujian tersebut. Ujian pra ini akan
dijalankan sebelum sesi pengajaran berlaku.
Ujian pos pula akan dikendalikan selepas sesi pengajaran kemahiran membaca
perkataan (kvkvk). Masa yang akan diberi kepada murid prasekolah adalah setengah
jam. Ujian ini akan dijalankan bagi melihat perkembangan murid prasekolah setelah
tamat pembelajaran kemahiran membaca perkataan (kvkvk).Untuk ujian pra dan ujian
pos, pengkaji akan menerangkan tatacara untuk menjawab soalan yang diberi.

Temubual juga akan dibuat kepada murid prasekolah yang terlibat. Ia untuk
melihat respons refleksi pembelajaran kemahiran membaca perkataan (kvkvk).
3.6

Analisis Data
Dapatan analisis yang akan diperolehi akan melalui proses menyusun data.
Terdapat lima langkah yang akan diikuti dalam penganalisisan data :
(a)

tahap pra-analisis;

(b)

tahap kemasan data;

(c)

tahap pameran data;

(d)

tahap verifikasi data; dan

(e)

tahap dapatan.

Setiap lima langkah akan dihuraikan sebagai senarai rujukan;

Langkah
I

Item
Tahap Pra- Analisis
Semua nota lapangan dibaca, disemak, ditingkat dan lengkapkan. Semua
nota dilabelkan mengiku jenis dan disusun mengikut urutan. Data direkod
seperti dikehendaki. Data komputer dimasukkan dalam sesuatu fail. Mula
mengambil nota tema dan bentuk yang wujud. Pastikan data mudah

II

diakses.
Tahap Kemasan Data
Tahap kemasan data, data ditranskrip-sikan dalam format analisis tekstual
menggunakan komputer. Data yang akan ditranskripsikan dipermudahkan
dan bersifat berfokus.

III

Tahap Pameran Data


Data akan dipamerkan dalam bentuk jadual, lembaran tanda dan rumusa.
Data akan dipamerkan perlu dijelaskan analisi atau tindakan tambahan
yang akan perlu dibuat.

IV

Tahap Verifikasi
Triangulasi data akan digunakan untuk verifikasi pelbagai tindakan
analitik yang akan diambil untuk mencapai kesimpulan. Semua prosedur

yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat. Proses


dokumentasi semua proses penyelidikan dinyatakan dengan tepat.
Tahap Dapatan

Penyemakan dan interpretasi dapatan.

3.7

Rumusan
Kajian ini menggunakan pendekatan secara tradisional dan penggunaan bahan
bantu mengajar. Penyelidikan ini merupakan satu proses bagi mengenal pasti
keberkesanan pengajaran kemahiran membaca perkataan (kvkvk) yang bersesuaian
dengan murid prasekolah. Pengumpulan data secara soal selidik, ujian pra, ujian pos
dan temubual akan melalui analisis deskriptif.

Lampiran A

CONTOH BORANG MAKLUMAT MURID

MAKLUMAT

PERKARA
NAMA MURID
UMUR
TARIKH LAHIR
TEMPAT LAHIR
KAUM
AGAMA
KELAS
SEKOLAH
ALAMAT RUMAH
NAMA BAPA
AGAMA
KAUM
PEKERJAAN
NAMA IBU
AGAMA
KAUM
PEKERJAAN

Lampiran B
SULIT

FAKULTI BAHASA DAN PENYELIDIKAN


OPEN UNIVERSITI MALAYSIA
SOAL SELIDIK PENDEKATAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
PERKATAAN (KVKVK) MURID PRASEKOLAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan/puan yang dihormati,

Kajian ini merupakan kajian tindakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat untuk
mendapatkan Ijazah Prasekolah di Fakulti Bahasa dan Pendidikan Open Universiti Malaysia .
Borang soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat

pendekatan pengajaran

kemahiran membaca perkataan (kvkvk) murid prasekolah. Maklum balas dari pihak
tuan/puan adalah amat penting kerana ia dapat memberi gambaran sebenar pendekatan
pengajaran yang sesuai untuk maurid prasekolah Oleh itu saya dengan besar hati memohon
jasa baik tuan/puan untuk memastikan semua soalan dijawab dengan lengkap.
Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A (maklumat latar belakang
guru) dan bahagian B untuk disi dan dilengkapkan tuan/puan.
Semua maklumat yang diperoleh dalam soal selidik ini adalah sulit dan hanya digunakan
untuk tujuan penyelidikan sahaja. Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih. Sekiranya menghadapi masalah berkaitan soal selidik ini, tuan/puan
boleh menghubungi saya di talian 012-9425468 atau email syuhaidarazahali@gmail.com
Sekian, terima kasih.

Syuhaida binti Razahali


Fakulti Bahasa dan Pendidikan
Open Universiti Malaysia.

Bahagian A :

Maklumat Latar Belakang Guru

Sila isikan jawapan dan menandakan (/) pada pernyataan yang bertepatan dengan diri anda.
A01

Jantina :

1.Lelaki

2.Perempuan

A02

Umur :

___________ Tahun

A03

Lokasi sekolah tempat mengajar sekarang : 1.Bandar

A04

Jenis sekolah tempat anda mengajar sekarang :

2.Luar Bandar

1. Sekolah Kebangsaan
2. Sekolah Jenis Kebangsan Cina
3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
4. Sekolah Rendah Agama
A05

Pengalaman mengajar kelas prasekolah :

A06

Kelayakan akademik tertinggi :

Tahun

1. SPM/MCE/SPMV
2. STP/HSC/STPM
3. DIPLOMA
4. Ijazah Sarjana Muda
5. Ijazah Sarjana
A07

Kelayakan ikhtisas
1. Sijil Perguruan
2. Diploma Perguruan Malaysia
3. Diploma Pendidikan
4. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
5. Lain-lain (nyatakan . )

A08

Bilangan murid prasekolah anda :

_____________ orang.

Bahagian B
1.

Sila berikan respon anda terhadap pernyataan di bawah dengan membulatkan nombor
mengikut skala yang berikut ;
1

: Sangat Tidak Setuju (STS)

: Tidak Setuju (TS)

: Kurang Setuju (KS)

: Setuju (S)

: Sangat Setuju (SS)

Sejauh manakah anda bersetuju dengan aspek-aspek berikut .

BIL
B01

ITEM
Pengajaran tradisonal untuk kemahiran membaca

B02
B03

lebih mudah
Murid mudah mengikuti pengajaran tradisional
Kawalan murid semasa pengajaran tradisional

1
1

2
2

3
3

4
4

5
5

B04

kemahiran membaca senang dikawal


Pengajaran menggunakan bahan bantu mengajar

B05

untuk kemahiran membaca senang


Bahan bantu mengajar menarik minat murid

B06
B07

untuk belajar kemahiran membaca


Murid suka terokai bahan bantu mengajar
Penggunaan bahan bantu mengajar mewujudkan

1
1

2
2

3
3

4
4

5
5

komunikasi dua hala

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24


JALAN PETOLA 24/8,
40300 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Lampiran C 1

CONTOH UJIAN PRA


Nama : ___________________________________
Hari : ________________

Tarikh

: _______________

Padankan gambar dengan perkataan dengan betul.

bibir

pagar
gelas
sikat
tikus

Lampiran C 2
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24
JALAN PETOLA 24/8,
40300 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

CONTOH UJIAN PRA

Nama : ___________________________________
Hari : ________________

Tarikh

Susun semula huruf supaya menjadi perkataan.

: _______________

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24


JALAN PETOLA 24/8,
40300 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Lampiran D 1

CONTOH UJIAN POS


Nama : ___________________________________
Hari : ________________

Tarikh

Padankan gambar dengan perkataan dengan betul.

: _______________

Lampiran D 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24


JALAN PETOLA 24/8,
40300 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

CONTOH UJIAN POS

Nama : ___________________________________
Hari : ________________

Tarikh

Tulis suku kata (kvkvk) yang disebut dengan betul.

: _______________

1.

___________________________________

2.

___________________________________

3.

___________________________________

4.

___________________________________

5.

___________________________________

6.

___________________________________

7.

___________________________________

8.

___________________________________

9.

____________________________________

10.

____________________________________
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24
JALAN PETOLA 24/8,
40300 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

CONTOH SOALAN TEMUBUAL

1. Adakah kamu suka belajar membaca perkataan ?

2. Antara salah satu pengajaran, yang manakah yang kamu suka ?

Lampiran E

3. Mengapa kamu suka dengan pengajaran itu ?

4. Mengapa kamu tidak suka dengan pengajaran yang tidak dipilih itu ?

5. Adakah kamu suka bermain bahan bantu mengajar setelah selesai kerja kamu ?

6. Adakah kamu akan belajar bersama-sama dengan kawan kamu yang lain ?

RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian. (2011). Jurnal Pendidikan Bahasa MelayuPemasalahan Kemahiran
Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar
Bandar. Selangor Darul Ehsan. Jurnal Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan.
Atan Long. (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selangor Darul Ehsan : Gempita maju Sdn. Bhd.
Dr David Lim Chong Lim, Dr Nor Azizah Salleh etl (2011). Fakulti Pendidikan dan Bahasa

HBEF2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Penyelidikan. Selangor Darul Ehsan :


Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Institut Pendidikan Guru. (2011). Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod Pendidikan
Jarak Jauh

Modul WAJ3104 Literasi Bahasa. Kementerian Pelajaran Malaysia:

Putrajaya.
Kamarudin Haji Husin. (1994). KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru) Siri
Pendidikan Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1996). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marzukhi Nyak Abdullah (1994). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Kurikulum
Bersepadu Sekoah Rendah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Mohamad Lutfi bin Mat Saad. (2011). Penggunaan Kaedah Nyanyian Dapat Menarik Minat
dan Meningkatkan KEmahiran Membaca Perkataan (vkv, kvkv, vkvk, kvkvk) Murid
Prasekolah. Kedah Darul Aman : Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus
Sultan Abdul Halim Yang Tidak Diterbitkan.
Suzana Binti Abd. Mutalid. (2012). Soal Selidik Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran
Formatif Di Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Selangor Darul Ehsan :
Borang Soal Selidik Yang Tidak Diterbitkan.

Yahya Othman. (2004). Mengajar Membaca Teori Dan Aplikasi. Pahang Darul Makmur :
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi. (2005). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa
Untuk Menguasai Kemahiran Membaca. Kuala Lumpur : Jurnal Teknologi Yang
Tidak Diterbitkan.

Anda mungkin juga menyukai