Anda di halaman 1dari 1

RANGKA CERITA/CERPEN

TEMA : Kegagalan individu menggunakan teknologi serta pengaruh rakan.

LATAR

 MASA : Pagi, Petang dan Malam


 TEMPAT : di rumah dan di sekolah
 SOSIAL : kaya, miskin, terpelajar dan budaya

WATAK UTAMA : Azaman

 CIRI-CIRI FIZIKAL : berumur 12 tahun, berkulit putih dan masih bersekolah.


Merupakan anak tunggal
 PERWATAKAN : seorang yang bijak pandai, peramah, rajin berusaha, tidak penah
berputus asa, suka membuat tindakan terburu-buru, seorang
yang nakal

WATAK SAMPINGAN : ibu, ayah Azaman, abang joe, Halim, Cikgu Adli dan guru besar

SINOPSIS/ JALAN CERITA:

Cerpen ini mengisahkan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang bernama Azaman. Azaman
merupakan seorang murid yang cemerlang di sekolah dan sangat disayangi oleh ibu bapa mereka.
Azaman merupakan berlatar belakangkan orang yang berada. Hidup Azaman berubah setelah dia
mengenali seorang lelaki remaja iaitu abang Joe. Banyak liku-liku kehidupan yang terpaksa Azaman
hadap akibat daripada pengaruh abang Joe yang memperkenalkan teknologi kepada Azaman ke arah
keburukan. Azaman telah melakukan banyak kesalahan di sekolah punca daripada penggunaan
teknologi yang salah sehingga dia dipanggil ke bilik guru besar. Ibu bapanya juga merupakan orang yang
bekerjaya tidak dapat mengisi masa lapang bersama anak tunggalnya sehingga menyebabkan Azaman
kurang kasih sayang. Detik perubahan Azaman apabila ibu bapanya mula memberikan perhatian
kepadanya. Kejadian tersebut menyebabkan Azaman telah berubah dan berubah menjadi seorang anak
yang baik.

KONFLIK : Pengaruh orang luar dan pengaruh teknologi ke arah kegelapan

PELERAIAN/AKHIR : Ibu Bapa mengambil serius tanggungjawab terhadap seorang anak untuk
membimbing dan mendidik ke jalan yang benar

CADANGAN TAJUK : Teknologi Hitam

Anda mungkin juga menyukai