Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENDAHULUAN

Menurut ringkasan Ee Ah Meng (2001), pengajaran makro didefinasikan sebagai


satu proses pengajaran lengkap yang menggabungkan teknik-teknik pengajaran
mikro bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup.
Oleh itu, refleksi ini akan membincangkan kekuatan dan kelemahan yang
dikenalpasti semasa menjalankan pengajaran makro serta memberikan cadangan-
cadangan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan yang telah dikemukakan
berdasarkan rakaman dan maklum balas rakan-rakan sebaya.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

Berdasarkan tugasan 2, kita telah menjalani perbentangan RPH dalam bentuk


video.Pengajaran makro telah dilaksanakan mengenai topik permainan alat perkusi .
Borang-borang maklum balas telah diedarkan kepada 2 orang guru pelatih untuk
menilai dan memberikan komen kepada saya.

2.1 KEKUATAN

Berdasarkan RPH yang saya reka, saya telah menggunakan sumber pengajaran
dan pembelajaran yang menarik minat dan perasaan ingin tahu murid, yang mana
pada set induksi telah menerapkan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
bersesuaian dengan perlaksanaan pengajaran abad ke-21 masa kini.
Contohnya,saya memperkenalkan tajuk pelajaran dengan menayangkan video
muzik untuk murid menjalani pergerakkan serta meningkatkan sifat inkuiri supaya
murid dapat mengaitkan slaid yang dilihat tersebut dengan tajuk yang akan
dipelajari. Kekuatan seterusnya adalah penggunaan BBM dalam pengajaran bagi
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menarik serta
menyeronokkan. BBM yang pelbagai seperti alat perkusi kayu Tiktok dan kerincing
telah digunakan untuk mengiringi lagu Kek cawan comel .Hal ini dapat memberi
keseronokan, mendorong perasaan ingin tahu serta menimbulkan keterujaan dalam
diri murid. Penggunaan BBM yang dihasilkan oleh saya turut digunakan untuk
sebagai contoh kepada murid-murid bagi menghasilkan BBM dengan menggunakan
bahan kitar semula di rumah .Hal ini juga dapat kemberi peluang kepada murid-
murid untuk menjalani latihan di rumah.

2.2 KELEMAHAN

Kelemahan yang saya dapati dalam pada fasa ini adalah dari segi bahasa.Bahasa
yang digunakkan semasa perbentangan RPH tidak begitu jelas dan biasaye
termasukklah bahasa Inggeris.Hal ini akan menjadi tidak begitu proffesional apabila
pengajaran dilaksanakan.Di samping itu, Aktiviti-aktiviti yang dirancang terlalu banyak
dan pembahagian tempoh pengajaran bagi setiap fasa tidak bersesuaian dengan
jumlah serta pelaksanaan aktiviti. Misalnya, bagi fasa aktiviti persermbahan , murid
perlu berbincang dalam kumpulan dan mencipta pergerakkan secara kreativiti dalam
mereka persembahan. Masa yang diperuntukkan bagi aktiviti pengajaran pertama
hanya 10 minit sedangkan aktiviti-aktiviti ini .Kelemahan pengurusan masa semasa
merancang pengajaran akan menyebabkan proses PdP menjadi tidak sistematik.

3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Peluang bagi penambahbaikan pengajaran makro ini adalah guru perlu merancang
pengajaran dengan sebaik mungkin terutamanya pengurusan masa pengajaran.
Perancangan pengurusan masa adalah penting untuk memastikan masa yang ada
dapat digunakan dengan tepat dan berkesan oleh guru. Perancangan masa yang
baik dapat mengelakkan dari berlakunya pelaksanaan PdP yang tidak bersistem
(Husairi, 2004). Semasa merancang masa, guru juga perlu bersedia dengan
kemungkinan dan ancaman yang bakal berlaku semasa pengajaran seperti kawalan
kelas, masalah teknikal dan kesediaan murid. Semua ini penting agar guru lebih
bersedia dan memastikan guru dapat mengajar dengan berkesan. Pengurusan
masa yang cekap dapat membantu guru menyesuaikan diri dengan pelbagai
tuntutan dan kebuntuan kerja yang dihadapi sewaktu melaksanakan tugas sebagai
pemimpin pengajaran dan pembelajaran (Gordon, 1982 dalam Husairi, 2004).Di
samping itu,bagi kelemahan bahasa .Saya harus menguasai bahasa dengan lebih
mendalami serta menjalani latihan pengajaran dan merekodkan video sebelum kelas
bagi memastikam pengajaran Pdp yang dilaksanakan adalah disampaikan dengan
jelas dan betul.

3.0 PENUTUP

Pelaksanaan pengajaran makro memberi pengalaman langsung kepada guru pelatih


sebagai persediaan menghadapi situasi sebenar di sekolah. Proses merancang
pengajaran turut mendedahkan guru pelatih tentang pembinaan RPH yang baik
serta bagaimana memilih kaedah, teknik dan kemahiran yang sesuai untuk
mencapai matlamat pembelajaran. Melalui pengajaran makro juga, faktor
perancangan aktiviti pengajaran, pengurusan masa, penggunaan BBM dan
kesediaan murid didapati mempengaruhi pengajaran guru. Refleksi yang dilakukan
adalah bagi mengenalpasti kelemahan dan ancaman semasa melaksanakan
pengajaran. Penambahbaikan dapat dilakukan terhadap kelemahan semasa
pengajaran manakala ancaman akan ditangani dengan lebih baik. Guru akan lebih
peka terhadap ancaman yang bakal berlaku dan mereka akan lebih bersedia untuk
menangani ancaman tersebut.
RUJUKAN

Abd Ghafar Md Din. (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Che Nudin. (2007). Penyeliaan Pensyarah Terhadap Pengajaran Guru Pelatih


Semasa Latihan Mengajar. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana
Muda.

Ee Ah Meng. (2001). Pedagogi II Semesta II. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

Mok Song Sang. (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd

Sulaiman E. (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Tay. (2000). Kaedah Pembelajaran Koperatif: Ke Arah Pembelajaran Bacaan


Pemahaman

Teks Yang Berkesan. Jurnal Akademik MPSAH, 8, 1-8.


Lampiran

Anda mungkin juga menyukai