Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Secara umumnya, ensembel adalah kumpulan vokal ataupun instrumen yang


dimainkan secara beramai-ramai (Estrella, E., 2017). Contohnya, nasyid, rekorder
ensembel, koir, gamelan, band dan lain-lain. Hal ini menunjukkan bahawa ensembel
muzik adalah kumpulan muzikal yang merangkumi sekumpulan dari dua atau lebih
pemuzik yang memainkan alat-alat muzik atau muzik vokal. Berdasaekan tugasan
yang diberi,saya dan ahli kumpulan saya telah merancang sebuah ensembel muzik
di sekolah rendah untuk Lakonan Pentomin di sekolah rendah dan bertema Zaman
Jazz .Cerita bagi lokonan kita adalah bertajuk “Gadis Merah”.

2.0 Pentomin

Pentomin merupakan seni pertunjukan yang hanya dengan gerak-gerik


melalui bahasa tubuh bahkan cenderung bisu ini oleh Aristoteles disebut
sebagaipantomime (Richard Levin,1960), Untuk itu, perlu dimengerti bahwa seni
gerak-gerik yang tidak bersuara telah memiliki umur yang panjang. Unsur-unsur
pembentuk sebuah cerita dalam Pantomime adalah pemain-pemain pantomime
sangat mengandalkan ekspresi mimik dalam menerangkan suatu keadaan seperti
sedih, marah, kecewa, gembira, bingung .Selain itu ,gerak tubuh bertugas
menciptakan sesuatu yang tidak ada menjadi ada,seperti memegang gelas,
memegang pisau, memegang kaca, berjalan, berlari, berjatuh.

Dalam hal ini, Muzik berperanan sebagai media untuk menyatakan perasaan dan
juga emosi pemain muzik. Bukan itu sahaja, emosi pendengar akan diungkapan
melalui irama lagu dan muzik. Apabila irama jaz bersemangat, para pendengar akan
berasa bersemangat dan ceria manakala jika irama jaz sedih, pendengar juga akan
berasa sedih. Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa muzik mempunyai unsur yang
menghiburkan, begitu juga dengan muzik jaz. Muzik Jaz bertujuan untuk
menghilangkan kebosanan serta menenangkan fikiran manusia.Selepas menonton
video muzik Jaz, juga didapati bahawa pemain Jazz menggunakan alat-alat muzik
untuk berkomunikasi antara satu sama lain melalui irama dalam muzik. Muzik
merupakan bahasa sejagat yang mampu mewujudkan kedamaian, perpaduan
manusia, dan menggabungkan perbezaan. Muzik telah menjadi bahasa sosial dan
media komunikasi dalam kehidupan manusia walaupun terdiri daripada bangsa yang
berbeza. Muzik adalah media komunikasi yang lebih mudah difahami, walaupun
anda tidak memahami bahasa muzik yang anda dengarkan. Ini kerana muzik
sebagai media komunikasi ialah muzik dapat mewakili perasaan yang ingin pemain
muzik menyampaikan kepada pendengar. Dalam muzik jazz, improvisasi memberi
pemuzik jazz kebebasan untuk membuat tafsiran mereka sendiri mengenai lagu
yang telah ditetapkan.Misalnya, untuk menunjukkan kesedihan, percintaan,
keseronokan, dan sebagainya.

3.0 Merancang Ensembel Pentomin

Pada mulanya, uji bakat terbuka kepada murid-murid Tahap Dua akan berlangsung
di bilik muzik sekolah. Hal ini demikian kerana murid-murid Tahap Dua mempunyai
kemahiran asas bagi berlakom dan memainkan piano yang lebih kukuh dan berani
untuk berlakom .Uji bakat terbuka ini akan dihakimi oleh ketua Panitia Pendidikan
Muzik dan beberapa orang guru Pendidikan Muzik. Para peserta uji bakat
dibahagikan kepada 2 kumpulan antara pelakon Pentomin dan pemain Piano/Guitar
muzik Jazz.Bagi pemain alat muzik ,murid perlu membawa skor lagu muzik Jazz
yang dipilih . 10 orang murid-murid yang lulus akan dipilih sebagai pelakon dan 2
orang murid dipilih sebagai pemain guitar dan piano dan 6 orang sebagai pentomin
bagi membaca skrip. Bagi pelakon pentomin, kemahiran asas seperti ekspresi mimik
dalam menerangkan suatu keadaan seperti sedih, marah, kecewa, gembira, bingung
akan diuji manakala bagi pembaca skrip pentomin pertuturan bahasa mesti jelas

Selepas uji bakat dijalankan, 10 orang murid-murid yang terpilih akan dibahagi
kepada watak-watak yang akan dilakonkan seperti Gadis Merah,nenek,pemburu,
Serigala,ibu gadis merah dan sebagainya . Muzik skor zaman Jazz akan disediakan
oleh guru dan dilatih oleh murid yang bermain guitar dan piano.Pada masa yang
sama pemain jazz juga boleh mencipta nota, irama dan rentaknya yang tidak
terdapat dalam muzik secara spontan. Improvisasi sering dikatakan sebagai ukuran
kreativiti pemain jazz. Seseorang pemain jazz jarang memainkan lagu yang sama
dengan gaya yang sama secara berulang kali. Ini kerana kebiasaan improvisasi
dalam muzik jazz.
Selepas pembahagian watak-watak dan skor lagu pemain, latihan tersebut akan
dijalankan pada setiap minggu hari Rabu, pukul 2.30 petang sehingga 4.30 petang di
bilik muzik sekolah. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran ensembel, guru perlu
merancang beberapa perkara yang berkaitan dengan aktiviti muzikal di peringkat
awal lagi seperti aktiviti membaca skor muzik secara semerta,membaca skrip
dengan jelas dan suara yang berbeza serta penggunaan mimik muka,pergerakkan
badan yang sesuai bagi murid-murid yang menyertai ensembel. Sebagai contoh
Oleh itu, aktiviti membaca skor muzik Jazz boleh diberi kepada murid-murid seperti
latihan membaca dan menepuk pola irama dalam pelbagai meter 2an, 3an dan 4an
secara individu dan berkumpulan. Selain itu, latihan menepuk pelbagai pola irama
pelbagai rentak seperti tradisional dan moden boleh dibagi kepada murid-murid.
Latihan mendengar dan membaca serta menepuk pola irama seperti rentak berikut
adalah zapin, inang, jazz rock, waltz, foxtrot dan lain-lain boleh dibagikan kepada
murid-murid.

Pengendalian aktiviti pentomin adalah mudah. Semasa beraksi pelakon tidak perlu
berdialog. Kemudian ini memberi peluang kepada pelajar berlakon dengan penuh
yakin tanpa memikirkan masalah menghafaz dialog. Arahannya dapat difahami
melalui suara. Pelakon seharusnya terlebih dahulu menghayati skrip bersama-sama
dengan pembaca skrip sebelum memulakan lakonan. Ini supaya lakonan dapat
diselaraskan dengan skrip yang dibaca oleh pelajar lain. Tumpuan perhatian hanya
kepada latihan aksi dan teknik persembahan sahaja.Dengan ini, Guru boleh
memulakan penerangan cerita “Gadis Merah “ kepada murid-murid dengan jelas dan
memberi demonstrasi terhadap setiap character sebagai contoh pergerakkan gadis
merah dan cara lakonan ye supaya murid-murid lebih jelas tentang watak-watak
sendiri. Seterusnya, bagi murid pembaca pentomin. guru boleh membimbing murid-
murid membaca skrip pentomin dengan emosi dan suara yang betul dan realistik .

Seterusnya, guru juga boleh membimbing murid-murid pemain lagu Jazz supaya
dapat memainkan skor lagu dengan tempo dan melodi yang betul.Swing merupakan
salah satu ciri khas bagi muzik Jaz. Selanjutnya, hampir semua muzik Jaz
didominasi oleh ciri swing yang sangat menyenangkan apabila didengar. Ia dikenali
sebagai momentum berirama, denyutan rentak yang dibuat untuk memainkan not
yang ditulis dalam jangka masa yang sama dengan corak panjang dan pendek.

Dalam sesebuah ensembel muzik, ekspresi adalah amat penting kerana dapat
meluahkan situasi atau perasaan sesebuah lakonan kepada penonton. Pengertian
ekspresi dalam muzik adalah proses pengungkapan perasaan dan emosi di dalam
proses penciptaan karya seni muzik (Bimo, 2011). Dalam ensembel yang
dicadangkan, perubahan dinamik lagu yang luas digunakan. Tamsilnya, piano (p)
yang dimainkan secara beransur lembut, mezzo-piano (mp) yang dimainkan secara
sederhana lembut yang lebih kuat daripada p, mezzo-forte (mf) yang dimainkan
secara sederhana kuat dan forte (f) dimainkan secara beransur kuat. Perubahan
dinamik yang luas dapat didengar kerana penggunaan dinamik yang berbeza-beza
seperti p, mp, mf, f.

Akhir sekali, guru harus mengagihkan kostum yang sedarhana kepada setiap murid
yang membuat persembahan .Dalam hal ini,pelakon tidak perlu bersolek atau
berhias dan berpakaian yang berlebihan ketika mempersembahkan pentomin. Murid
membaca skirp pentomin dan pemain alat muzik perlu berpakaian formal dan
supaya dilihat secara kemas.

4.0 Rumusan

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa muzik sememangnya mendatangkan impak


positif kepada kita kerana melibatkan penggabungjalinan pelbagai elemen misalnya
kinestatik, pendengaran dan juga visual. Secara tidak langsung, sebagai seorang
guru muzik abad 21 perlulah menguasai pengetahuan mengenai muzik barat seperti
zaman Jazz supaya dapat menghasilkan persembahan ensembel muzik di sekolah
rendah pada masa yang akan datang. Guru mestilah sentiasa membuat refleksi dan
membuat penilaian mengenai kekuatan dan kelemahan yang ada. Oleh itu, guru
boleh merancang dan membuat pembaikan semula dalam persembahan ensembel
rekoder supaya kualiti Pendidikan Muzik di sekolah dapat ditingkatkan.
6.0 Rujukan
Mohamad Azam Samsudin dan Kamariah Abu Bakar. (7 Mei 2018). Kepentingan
Muzik dan Nyanyian dalam Pendidikan Prasekolah. Diakses daripada
https://www.researchgate.net/publication/338293436_Kepentingan_Muzik_da
n_Nyanyian_dalam_Pendidikan_Prasekolah/citation/download
http://carmahlms.com/Info_Muzik/ISarticles/ISaumj.htm

Hariqah binti Sued dan Mohd Sharizam Hamzah. (2018). Penerimaan Pendengar
Terhadap Muzik Jazz di Malaysia: Satu Kajian ke atas Pengunjung Jazz Ampang
103, Kuala Lumpur. Diakses daripada
https://ir.unimas.my/id/eprint/23621/1/PENERIMAAN%20PENDENGAR %20TERHA
DAP%20MUZIK%2024pgs.pdf

Adrian Rahmat Purwanto. (2010). All About Jazz: Gambaran Umum Tentang Muzik
Jazz di dunia dan di Indonisia. Diakses daripada http://lib.ui.ac.id/file?
file=digital/132873SK%200072010%20Pur%20b%20-%20Becoming%20a %20jazz
%20-%20Analisis.pdf

Kamien, R. (2014). Music an Appreciation. New York: McGraw Hill.

Mengenal Bentuk Rondo. (2010, Februari 21). Retrieved from Catatanku:


http://apresiasimusik.blogspot.my/2010/02/rondo.html

Ooi, J. E. (2016, November 19). Zaman Renaissance. Retrieved from Muzik Barat:
https://www.scribd.com/document/331630161/Nota-Muzik-Barat-2016-Nik

Tranh, A. (2012, Mac 27). Waltzes. Retrieved from Music Analysis:


http://www.ourchopin.com/analysis/waltz.html

Anda mungkin juga menyukai