Anda di halaman 1dari 5

CATATAN REFLEKSI INTERNSHIP 2016

NAMA PELAJAR

: PAVITHIRA DEVI A/P BALAKRISNAN

1. ISU / PERKARA YANG DIFOKUS


Sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu tahun 1
(Perancangan dan pelaksanaan PdP Bahasa Melayu Tahun 1)
2. ANALISIS ISU / PERKARA YANG DIFOKUS
2.1 Kekuatan
Guru berjaya mewujudkan kesediaan belajar murid dengan merancang dan
melaksanakan set induksi dengan aktiiviti permainan bahasa.Sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan, terdapat kekuatan yang telah dikesan.
Antara kelebihan tersebut ialah suara guru yang kuat dapat didengari dengan jelas
oleh semua murid. Selain daripada itu, guru peka dengan murid yang tidak mengambil
perhatian iaitu dengan meminta murid tersebut untuk sebut balik perkataan yang
diajar.
Dalam pada itu, guru juga peka dengan kesilapan murid iaitu terus menegur dan
membetulkan murid yang telah menggunakan bahasa Melayu ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, guru juga dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif dengan murid dapat belajar secara bersahaja tetapi
masih lagi disipin murid terkawal serta murid dapat belajar dengan tenang. Murid
juga dapat memberi respon ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
2.2 Kelemahan
Kelemahan pertama yang telah dikesan ialah pada peringkat perancangan iaitu
sepatutnya guru jika objektif guru adalah membaca kuat dengan kelancaran
sebutan, intonasi dan gaya pembacaan yang sesuai, guru hendaklah membanyakkan
masa pada langkah ini. Begitu juga dengan objektif murid dapat menjawab soalan
pemahaman secara lisan dan memahaminya. Ini bermakna, hasil pembelajaran kurang
eksplisit, atau lebih tepat kurang sesuai dengan tahap kebolehan murid.
Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat banyak
kelemahan yang telah dikesan. Antaranya ialah guru sepatutnya menerangkan dengan

CATATAN REFLEKSI INTERNSHIP 2016


lebih lanjut tajuk pelajaran atau makna disebalik tajuk tersebut agar murid dapat
memahami dengan lebih jelas.Ketika murid membaca sepatutnya guru meminta
muridan. membaca dengan lebih kuat dengan memberi penekanan kepada tanda baca
dan sebutan.
3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Dalam perancangan lagi, sepatutnya guru lebih menekankan aktiviti yang menguji kemahiran
murid. Seharusnya guru menggunakan lebih banyak BBM dan aktiviti yang bersesuaian agar
tahap murid diuji. Guru juga hendaklah menyediakan plan A dan plan B bagi sesi
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru hendaklah menggunakan strategi dan
aktiviti yang tepat dan mengambil kira semua aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk
unsur-unsur ICT dan KMD. Pemilihan sumber-sumber yang baik dapat membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Guru seharusnya sentiasa menggunakan kemahiran berfikir dengan jelas dan tepat. Di
samping merancang dan melaksanakan dengan lebih jelas. Boleh juga, guru menggunakan alat
rangsangan yang dapat mencabar keupayaan minda murid.Guru boleh melakukan aktiviti
menyoal dan menjawab soalan pemahaman secara berpasangan agar semua murid mendapat
kemahiran tersebut.

1. ISU / PERKARA YANG DIFOKUS


Projek : Pembangunan bilik darjah abad ke -21

CATATAN REFLEKSI INTERNSHIP 2016

2. ANALISIS ISU / PERKARA YANG DIFOKUS


2.1 Kekuatan
Memberi satu peluang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara-cara
menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan
lain demi memupuk semangat kerjasama kerjasama dan berpasukan di
sekolah. Membantu pihak sekolah dalam membangunkan kelas abad ke -21
2.2Kelemahan
Projek ini

agak

memerlukan

masa

yang

lebih

kerana

kesukaran

melaksanakannya. Waktu sekolah yang agak terhad juga memberi kesan


kepada kelancaran perlaksanaan projek. Tambahan pula, kesuntukan masa
juga saya kami tergesa-gesa bagi menyiapkan tugasan ini.

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Saya harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik
supaya projek ini dapat dijalankan dengan baik dan disiapkan dalam masa yang
ditetapkan.

1. ISU / PERKARA YANG DIFOKUS


Melatih murid murid tahun 4 dan 5 untuk pementasan drama sempena pelancaran
bulan kemerdekaan
2. ANALISIS ISU / PERKARA YANG DIFOKUS
2.1
Kekuatan
Mengeratkan hubungan interpersonal dan intrapersonal sesama warga sekolah
dan masyarakat sekeliling. Selain itu, program ini menghidupkan suasana

CATATAN REFLEKSI INTERNSHIP 2016


kemerdekaan. Murid murid menyedari kesusahan yang dihadapi oleh
masyarakat

sebelum

mendapat

kemerdekaan.

Projek

ini

Berjaya

meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid murid. Murid


murid dapat menonjolkan bakat dan kemahiran yang ada pada diri masing
masing .
2.2

Kelemahan
Kekangan masa ketika melatih murid murid. Ini adalah kerana saya dan
rakan saya hanya dapat melatih mereka selama 15 minit sahaja dalam masa 3
hari kerana kami sibuk dengan pelaksanaan beberapa projek individu kami.
Kami juga tidak dapat menyediakan peralatan yang diperlukan untuk
persembahan drama disebabkan kesuntukan masa.

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Saya akan cuba untuk mencari pengalaman dalam menguruskan sesuatu program
dalam jangka masa yang terdekat. Saya juga akan belajar kaedah-kaedah untuk
melatih murid ke arah sesuatu persembahan dengan lebih efektif dan efesien.

1. ISU / PERKARA YANG DIFOKUS


Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas pemulihan
( Mengumpul data untuk kajian tindakan)

CATATAN REFLEKSI INTERNSHIP 2016

2. ANALISIS ISU / PERKARA YANG DIFOKUS


2.1
Kekuatan
Objektif pengajaran pada hari tersebut tercapai sepenuhnya 100% kerana murid
dapat membaca 10 perkataan kvkvk yang telah diajar oleh saya. Murid juga dapat
mengeja perkataan kvkvk dengan betul dan tepat. Permainan bahasa yang digunakan
berjaya menarik minat murid dan menghilangkan rasa kebosanan dalam diri mereka.
Kesemua murid memberi respons yang sangat menggalakkan. Murid murid berasa
sangat seronok ketika menjalankan aktiviti permainan Dadu Gergasi.
2.2
Kelemahan
Antaranya adalah penggunaan masa yang kurang tepat mengikut perancangan RPH
yang telah dirancang.Sepatutnya guru menggunakan masanya dengan bijak agar
selari penyampaian isi pelajaran dengan masa yang telah diperuntukkan.Jika keadaan
ini berlaku dan berterusan,maka akan menyebabkan gangguan kepada proses p&p
berjalan dengan lancar dan berkesan.Selain itu,penggunaan masa yang lebih daripada
yang diperuntukkan akan mengganggu proses p&p bagi sesi pembelajaran dan
pengajaran yang seterusnya.

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Penambaikan perlu dilakukan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang didapati dalam
makropengajaran tersebut.Ketepatan penggunaan masa perlu diberi perhatian yang serius
dalam menyampaikan pelajaran di dalam kelas. Oleh itu,guru akan cuba menggunakan ruang
masa dengan efektif supaya pembelajaran dan pengajaran mengikut rancangan yang
disediakan. Guru perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses
pembelajaran dan pengajaran.Menepati masa akan memudahkan guru menyelesaikan setiap
bahagian penyampaian pengajaran dari mula hingga akhir pengajaran

Anda mungkin juga menyukai