Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
1
0007020107014 JEWELLE TAN JIA QI BMMB3023
PEMERIKSA
Kekuatan :
MODERATOR
Kekuatan :
Tarikh : Tarikh :
0007020107014 JEWELLE TAN JIA QI BMMB3023
Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan
oleh pensyarah
..................................................................................
( )
Tarikh :
* Sila potong yang tidak tidak berkenaan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG
IBRAHIM
2. Menghuraikan fungsi frasa dan klausa dengan berdasarkan bukti yang kukuh
(C5, PLO3, CTPS5)
0007020107014 JEWELLE TAN JIA QI BMMB3023
Pelajar dapat:
Morfologi dan sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji hukum tatabahasa
yang mendasari bentuk kata, golongan kata, kaedah pembentukan kata, penyusunan
kata dan frasa dalam ayat. Penguasaan aspek morfologi dan sintaksis
membolehkan seseorang itu mengetahui sama ada sesuatu ayat itu menepati hukum
tatabahasa. Dalam hal ini, ilmu morfologi dan sintaksis dapat diterapkan dalam
pengkajian terhadap hasil penulisan pengguna bahasa.
Anda dikehendaki menulis esei, iaitu menilai penulisan pengguna bahasa dari segi
frasa, klausa dan ayat dengan memberi justifikasi yang kritis.
Penulisan pengguna bahasa yang perlu anda kaji ialah artikel bertajuk Rai
Keharmonian, Padam Bara Perkauman Sempit (Lampiran 1).
Esei anda perlu menepati ciri-ciri bahasa Melayu tinggi.
Esei ini perlu dilaksanakan secara individu.
Panjang esei anda adalah dalam lingkungan 1000 patah perkataan.
Jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words.
Anda dikehendaki menganalisis ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam
pantun budi bahasa dengan memasukkan rajah pohon sebagai sokongan analisis
anda.
Analisis anda perlu menepati ciri-ciri bahasa Melayu tinggi.
Analisis ini perlu dilaksanakan secara individu.
Panjang analisis anda adalah dalam lingkungan 1000 patah perkataan.
Ayat yang digunakan sebagai contoh untuk menganalisis ayat tunggal dan ayat
majmuk perlulah diambil daripada pantun bahasa yang diberi (Lampiran 2).
Analisis anda perlu disokong oleh rajah pohon.
Jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words.
Disahkan oleh:
2.1 Contoh Ayat Tunggal yang terdapat dalam Pantun Budi Pg 2-4
Bahasa
2.1.1 Ayat Tunggal (Ayat Aktif)
2.1.2 Ayat Tunggal (Ayat Pasif)
3.0 Ayat Majmuk Pg 4
3.1 Contoh Ayat Majmuk yang terdapat dalam Pantun Budi Pg 4-8
Bahasa
3.1.1 Ayat Majmuk Pancangan Relatif
3.1.2 Ayat Majmuk Keterangan Syarat
3.1.3 Ayat Majmuk Keterangan Musabab
3.1.4 Ayat Majmuk Keterangan Pertentangan
4.0 Rumusan Pg 8
5.0 Bibliografi Pg 9
1
0007020107014 JEWELLE TAN JIA QI BMMB3023
1.0 Pengenalan
Menurut Asmah Haji Omar (2006), ayat didefinisikan sebagai unit
pengucapan yang tertinggi dalam susunan tatabahasa yang dilengkapi dengan
intonasi yang sempurna iaitu dimulai serta diakhiri dengan kesenyapan. Klausa
merujuk kepada rangkaian perkataan yang mempunyai subjek dan predikat yang
dijadikan sebagai konstituen kepada sesuatu ayat. (Nik Safiah Karim dan et.al, 2015)
Secara umumnya, bilangan klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat dapat
mengenal pasti jenis ayat tersebut, iaitu sama ada jenis ayat tunggal atau ayat
majmuk.
Ayat tunggal dikenali sebagai ayat yang merangkumi satu subjek dan satu
predikat, iaitu mempunyai satu klausa sahaja. (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008) Secara
umumnya, jenis ayat tunggal terbahagi kepada empat jenis iaitu ayat penyata, ayat
tanya, ayat perintah dan juga ayat seruan.
2.1 Contoh Ayat Tunggal yang terdapat dalam Pantun Budi Bahasa
Terdapat beberapa contoh ayat tunggal dalam pantun ini, antaranya ialah
“pokok tumbuh tepi perigi” yang terdapat dalam rangkap pertama baris kedua. Ayat
ini merupakan ayat penyata yang bertujuan untuk menjelaskan dan memberikan
keterangan terhadap sesuatu perkara. Dalam ayat tersebut, terdapat satu subjek
iaitu “pokok” dan juga satu predikat “tumbuh tepi perigi”. Perkataan “pokok”
merupakan frasa nama manakala “tumbuh tepi perigi” merujuk kepada frasa kerja.
Oleh itu, pola ayat adalah FN+FK. Kata kerja “tumbuh” merujuk kepada kata kerja
tak transitif kerana tidak boleh dipasifkan manakala “tepi perigi” berperanan sebagai
pelengkap yang menunjukkan arah.Tambahan pula, ayat ini dikenali sebagai ayat
tunggal susunan biasa kerana konstituen subjek mendahului konstituen predikat.
Ayat tersebut juga dikenali sebagai ayat aktif kerana mempunyai kata kerja yang
0007020107014 JEWELLE TAN JIA QI BMMB3023
mementingkan subjek asal iaitu “pokok” sebagai unsur yang diterangkan. Rajah
pohon 1.1 di bawah menunjukkan binaan ayat tunggal.
Subjek Predikat
Selain itu, contoh ayat tunggal yang terdapat dalam pantun tersebut ialah
“daun purut digetus rusa” yang berada di rangkap kedua baris dua. Ayat ini
merupakan ayat pasif disebabkan kata kerja “digetus” mementingkan subjek terbitan
sebagai unsur yang diterangkan. Ayat tersebut merupakan ayat pasif dengan
imbuhan kata kerja pasif di-. Jika ayat ini ditukar kepada ayat aktif akan dijadikan
sebagai “rusa mengetus daun purut”. Dengan ini, jelas dilihat bahawa konstituen
subjek dalam ayat tersebut adalah “rusa” manakala konstituen predikat adalah
“mengetus daun purut”. Perkataan “rusa” merupakan frasa nama manakala
“mengetus daun purut” merupakan frasa kerja. Oleh itu, pola ayat tersebut adalah
FN+FK. Kata kerja “mengetus” merupakan kata kerja transitif kerana memerlukan
frasa nama “daun purut” sebagai frasa nama dalam ayat.
0007020107014 JEWELLE TAN JIA QI BMMB3023
Subjek Predikat
Antara ayat majmuk yang terdapat dalam pantun budi bahasa adalah ayat
majmuk pancangan relatif yang berada di rangkap kedua baris tiga dan empat. Ayat
ini terdiri daripada dua ayat tunggal dan dipancangkan terjadi ayat majmuk. Pola ayat
0007020107014 JEWELLE TAN JIA QI BMMB3023
bagi ayat (a) adalah FN+FA kerana perkataan “manis” merupakan kata adjektif
manakala pola ayat bagi ayat (b) adalah FN+FK. Kata kerja bernama merujuk
kepada kata kerja tak transitif berpelengkap yang diikuti dengan perkataan “budi”
yang berperanan sebagai unsur pelengkap untuk menyempurnakan maksudnya.
Pada asalnya, terdapat frasa nama yang mendahului ayat relatif yang seperti yang
ditunjukkan di (a), (b), dan (c). Ketika kedua-dua ayat dimajmukan, ayat (b)
dipancangkan ke dalam ayat induk (a).
Subjek Predikat
Subjek Predikat
Berdasarkan pandangan Nik Safiah Karim dan et.al (2015), perkataan yang
bukan sahaja boleh dijadikan sebagai penanda relatif, tetapi juga boleh dijadikan
sebagai pengganti nama yang digugurkan daripada frasa nama + yang. Dalam ayat
tersebut, jelas dilihat bahawa perkataan yang dijadikan sebagai pengganti nama
yang digugurkan daripada frasa nama + yang. Frasa nama yang mendahului frasa
relatif itu digugurkan disebabkan tidak mempengaruhi maksud ayat yang ingin
disampaikan. Oleh itu, selepas mengalami proses pengguguran frasa nama, terjadi
ayat “yang manis bernama budi”.
(a) Sebelum pengguguran frasa nama: (Frasa Nama) yang manis bernama budi.
Selain itu, contoh ayat majmuk yang terdapat dalam pantun ini adalah berada
di rangkap kelima baris pertama dan kedua iaitu ayat “Kalau tuan pergi ke Kelang,
belikan saya semangkuk rojak”. Jelas dilihat bahawa ayat tersebut merupakan ayat
majmuk keterangan syarat. Berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim (2015), ayat
majmuk keterangan terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih
yang berperanan sebagai keterangan kepada predikat. Ayat induk adalah kalau tuan
pergi ke Kelang manakala ayat kecil merupakan belikan saya semangkuk rojak. Ayat
tersebut dikenali sebagai ayat majmuk keterangan syarat yang membawa maksud
unsur yang menjelaskan tuntutan yang mesti dipenuhi. (Mohd Hafizmas, 2010) Ini
kerana dalam ayat ini, terdapat kata hubung keterangan syarat iaitu “kalau”.
Ayat
Menurut Nik Safiah Karim dan et.al (2015), keterangan musabab merupakan
unsur yang menjelaskan sebab berlakunya sesuatu perkara atau perlakuan. Dalam
pantun budi bahasa yang dikaji, terdapat ayat yang merupakan ayat majmuk
keterangan musabab iaitu berada di rangkap keempat baris ketiga “Indah tampan
kerana budi”. Ayat ini dikenali sebagai ayat majmuk keterangan musabab kerana
mengandungi kata hubung keterangan musabab iaitu kerana.
4.0 Rumusan
5.0 Bibliografi
Asmah Haji Omar. (2006). Nahu Bahasa Melayu Mutakhir dalam Kursus Menguasai
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hajah Noresah bt. Baharom. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohammad bin Rentek Rote. (12 Mac 2013). Kata Tunggal. Diakses daripada
https://www.slideshare.net/MohammadBinRentekMoRe/kata-tunggal-
17148802
Mohd Fadhli bin Mohd Yakof. (2 Februari 2013). Ayat Majmuk. Diakses daripada
https://www.slideshare.net/fadhliacr/ayat-majmuk-16310949
Muhammad Azib bin Nor Azmi. (9 Julai 2017). Kata Kerja Tansitif dan Kata Kerja
Tak Transitif. Diakses daripada
http://arezeebpunyer.blogspot.com/2017/07/kata-kerja-transitif-tak-
transitif.html
Nik Safiah Karim dan Shahidah Hashim. (2019). Bahasa Melayu Semester 2. Shah
Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
0007020107014 JEWELLE TAN JIA QI BMMB3023
6.0 Lampiran
Gambar 1:
Gambar 2:
Bahasa Melayu Semester 2 karya Nik Safiah Karim dan Shahidah Hashim.
Gambar 3:
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga karya Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim
Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood.
0007020107014 JEWELLE TAN JIA QI BMMB3023
Gambar 4:
Gambar 5: