Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan

Novel yang saya pilih untuk dijadikan kajian kritikan sastera saya ialah novel Kalam Fitrah.
Karya Salina Ibrahim. Novel ini bermula dengan watak Fitrah yang terjun ke dalam dunia
kewartawanan meskipun pilihannya tidak digemari bapanya. Ini kerana bapanya lebih gemar
Fitrah memanfaatkan ijazah Pengajian Islam dan Teknologi Maklumatnya di Sekolah al-
ehsan yang diusahakan olehnya tetapi ternyata ‘jodoh’ Fitrah nampaknya tetap juga kuat
dengan dunia kewartwanan. Menyertai bidang itu membuka luas dunianya dan disebabkan
tugas, Fotrah bertemu dengan beberapa individu ‘menarik’ termasuk ahli perniagaan, Datuk
Budiman yang juga oportunis dan mahu kembali dalam dunia politiknya. Datuk Budiman
menggunakan pengaruh wang untuk menguasai akhbar Suara dan menggunakan media
untuk mengangkat imejnya. Fitrah kemudian ditemui bekas pekerja Datuk yang
mendedahkan rahsia rasuah Datuk yang disimpan belasan tahun dulu dan juga kemalangan
ibunya Zaleha. Fitrah ditampilkan sebagai representasi ramai lagi dalam lapangan media
yang berpendirian tegas membongkar kebejatan meskipun beliau sendiri awalnya begitu
‘digemari’ oleh watal Datuk Budiman. Apa yang menarik adalah bagaimana pengarang
menjalinkan watak Fitrah, wartawan muda ketika ‘menuntut’ keadilan bagi mencari punca
kematian ibunya. Tanpa perlu membalas kematian dengan kematian, watak Firah
membuktikan bagaimana kejahatan yang cuba disembunyikan akhirnya akan tetap
membongkarkan kebenaran meskipun kematian ibunya sudah berlalu 17 tahun lalu.

1
2.0 Kritikan novel

Kritikan novel ini telah menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu yang diperkenalkan
oleh Hashim Awang berdasarkan kehidupan dan kebudayaan Melayu. Teori ini
dikemukakan dengan berdasarkan cara dan sikap hidup, kepercayaan, dan kebudayaan
masyarakat Melayu yang melahirkan karya sasteranya sendiri. Hashim Awang
membahagikan teori pengkaedahan Melayu kepada dua iaitu pengkaedahan keagamaan
dan alamiah. Kritikan novel ini menggunakan salah satu pegkaedahan iaitu pengkaedahan
keagamaan.

2.1 Pengkaedahan Keagamaan

2.1.1 Pendekatan Kemasyakatan


Menerusi pendekatan kemasyarakatan sastera dianggap sebagai alat
pendedahan kepada segala persoalan yang wujud dan bertujuan mencari
kebaikan serta keadilan dalam masyarakat seperti yang dituntut oleh Islam.
Pengarang menerusi karyanya Kalam Fitrah turut memapar dan
mendedahkan dengan jelas segala permasalahan kehidupan yang penuh
dengan pergolakan serta kemungkiran seperti pertengkaran dan kerasuahan.
Novel ini mengangkat isu masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat
Melayu terutamanya masalah institusi kekeluargaan. Novel ini menemui
pertentangan pendapat antara golongan muda dan tua. Gejala pertentangan
ini mengakibatkan konflik yang berpanjangan kerana golongan muda
mempunyai cita rasa dan pandangan berbeza daripada golongan tua.
Tambahan pula kebanyakan remaja hari ini inginkan kebebasan, mahu
mencari kepuasan sendiri dan tidak mahu dikongkong oleh ibu bapa.
Pertentangan pendapat antara anak dengan bapa dalam karya
menggambarkan bapa Fitrah iaitu Rusdi tidak menyenangi tindakan Fitrah
yang sesuka hati bertukar pekerjaan untuk menjadi seorang wartawan tanpa
persetujuannya. Rusdi tidak senang hati kerana Fitrah tidak mengikuti
kehendaknya untuk bekerja sebagai eksekutif muda di sekolah yang
diusahakan olehnya iaitu Sekolah al-Ehsan. Walaubagaimanapun, Fitrah
tetap berteguh dengan minat dan cita-cita sendiri untuk menjadi seorang
wartawan. Peristiwa ini terpapar sewaktu pertengkaran Fitrah dengan Rusdi.
Seperti katanya:
“Abah sayangkan along!”
“Tapi abah suka kawal along!”
“Sebab abah sayangkan along!”

2
“Kalau sayang, berilah along ruang. Along tahu apa yang along buat.”
(Kalam Fitrah; hlm 46)
Pengarya menggunakan pendekatan masyarakat dengan menggambarkan
konflik yang wujud disebabkan golongan tua tidak mahu menerima pendapat
orang muda yang disifatkan masih kurang mentah dan kurang
berpengetahuan.
Novel ini juga menggambarkan nilai kasih sayang keluarga hubungan
antara anak dengan ibu tidak dapat dipisahkan. Nilai kasih sayang
merupakan perasaan yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripasa
kerelaan hati seseorang. Hubungan kasih sayang yang terjalin dalam
keluarga boleh menjelmakan keselesaan dalam kehidupan individu.
Hubungan kasih sayang amat penting untuk memupuk budaya murni kerana
kasih sayang merupakan satu nilai kehidupan yang cukup tinggi lagi mulia.
Nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya dapat dilihat apabila Mak
Arah mengkritik Hawa terlalu menyayangi Fitrah yang bukan merupakan anak
kandungnya sendiri. Seperti katanya:
“Sampai bila kau nak jaga anak tiri?” Tak teringin anak sendiri? Esok-
esok jadi apa-apa pada Rusdi, anak dia dapat semua. Kau satu apa
pun tak dapat kerana kau tak ada zuriat.” (Kalam Fitrah; hlm 52)
Hawa tersinggung hatinya mendengar kata-kata Mak Arah namun dia
berbalas,
“ Anak Abang Rusdi, anak saya juga. Sayang saya pada dia lebih
daripada segalanya. Saya sayangkan Fitrah, sampai akhri hayat saya
dan sampai saya mati, kasih saya akan tetap bersama-sama dia.”
(Kalam Fitrah; hlm 52)
Nilai kasih sayang Hawa terhadap Fitrah memperlihatkan hubungan yang
terjalin antara anak dan ibu tidak akan putus walaupun terpaksa menghadapi
pelbagai rintangan. Menerusi pendekatan ini menegaskan nilai kasih sayang
sebagai unsur keindahan dalam karya yang selari dengan etika Islam.

2.1.2 Pendekatan Dakwah


Novel ini juga menampilkan persoalan keindahan agama Islam.
Pendekatan dakwaan dapat disesuaikan dengan peristiwa Adam memeluk
Islam kerana terpengaruh dengan keindahan islam bukan terlalu cinta dan
tergoda dengan Fitrah. Dia begitu tertarik dengan kemurniaan islam selepas
membaca rencana-rencana yang ditulis oleh Fitrah. Dia juga mendalami

3
Islam melalui pembacaan dengan melafazkan syahadah. Peristiwa ini
terpapar sewaktu perbualan Fitrah dengan Adam. Seperti katanya:

“Saya jadi sangat berminat mengenali Islam selepas saya kenal awak.
Awak ingat tak, rencana-rencana awal yang awak tulis ketika awak mula
bekerja? Rencana tentang saudara baru…tentang orang yang mendapat
hidayah? Saya mula tertarik bagaimana mereka beroleh hidayah…lalu buat
saya mula mencari. Terima kasih sebab semua yang awak tulis, kerana
membuka hati saya nak lebih mengenali Islam dan mencari kebenaran.”
(halaman 326)

Peristiwa ini selaras dengan teori pendekatan dakwah kerana


menampilkan persoalan keindahan agama Islam sehinggalah kaum lain juga
sanggup memeluk Islam tanpa paksaan tetapi terpesona dan tertarik dengan
kemurniaan Islam. Penganutan Adam ini membuktikan wujudnya kebebasan
dalam amalan dakwah Islam.

Selain pedekatan kemayarakatan, novel ini juga menggunakan


pendekatan dakwah untuk mengkritik dan membicarakan secara sinis
mengenai isu masalah kurang pengetahuan masyarakat terhadap agama
Islam. Menurut Hasihm Awang, pendekatan dakwah sebagai satu hasil
sastera menenkankan aspek-aspek yang menyentuh segala persoalan yang
berkaitan dengan pengutaraan kebesaran dan sifat-sifat keagungan Allah
SWT dalam hasil kesusasteraan Islam. Menurut Dusuki Hj. Ahmad (1980),
dakwah dalam Islam bertujuan memperkuatkan keimanan dan ketakwaan,
membanteras kepercayaan karut dan khurafiat, memerangi kejahilan dan
kemiskinan, memperkukuh ukhwah Islamiah serta menyeru umatnya
mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Bagaimanapun
untuk menjadi pendakwah, seseorang itu sewajarnya mempunyai sifat
keberanian untuk mengatakan yang benar dan yang salah atau yang hak dan
yang bathil. Peristiwa ini terpapar sewaktu perbualan Fitrah dengan Adam.
Fitrah berani mengatakan apa yang benar berkenaan dengan Islam. Seperti
katanya:

“Islam tidak ajar keganasan begitu, kefahaman ramai tentang konsep


jihad belum mendalam. Jihad tidak semestinya melalui perang sahaja. Jihad
ada banyak cara lagi. Contohnya, zaman Rasulullah dulu, seorang
sahabatnya yang bernama Hassan bin Tsabit yang tidak pernah keluar
berperang. Tapi, dia adalah penyair Rasasullah atau mungkin dalam konteks

4
hari ini dikatakan sasterawan. Karyanya membangkitkan tentera, menaikkan
taraf agama. Itulah jihad Hassan dan karya-karyanya membawa dia masuk
syurga.” (Kalam Fitrah; hlm 160)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dalam realiti kehidupan hari ini
masih ada kelompok masyarakat yang mempercayai pelbagai kepercayaan
dan amalan yang bercanggah dengan nilai keagamaan Islam. Kekeliruan ini
harus diperbetulkan kerana Islam tidak mengajar keganasan dan
permusuhan, tetapi lebih pentingkan kedamaian dan kasih sayang. Justeru,
masyarakat bukan Islam harus mengubah persepsi negatif terhadap Islam.
Jangan menilai dan mengenali Islam daripada tingkah laku sebahagian
umatnya atau berdasarkan laporan media yang kadangkala menyimpang
atau daripada pemimpin politik tertentu yang hanya ingin mencari keuntungan
politik, tetapi kenalilah Islam daripada sumber dan rujukannya.

2.2.2 Pendekatan Seni

Pendekatan Seni merupakan pendekatan yang memberi penumpuan


kepada aspek-aspek keindahan dalam karya sastera, iaitu keindahan yang
membataskan dirinya kepada nilai-nilai etika yang membataskan dirinya
kepada nilai-nilai etika Islam dan tidak bertentangan dengan akidah serta
ajaran Islam. Pendekatan ini dapat disesuaikan dengan sifat keluarga
Ahmedi. Contohnya:

“Usai solat maghrib, sementara menanti isyak, ibu adik dan isteri
Ahmedi diam di sudut dan tenggelam dalam bacaan al-Quran. Ya, itu satu
lagi kekaguman yang mercup di hatinya. Betapa keluarga ini, malah
kebanyakan keluarga di Gaza yang dia temu, cukup akrab dengan al-Quran.
Kediaman mereka tanpa television, tanpa talian Internet, tetapi al-Quran
itulah hiburan mereka, dialunkan sepanjang masa, basah sentiasa bibir.”
(Kalam Fitrah; hlm 325)

Dalam peristiwa ini, pengarya menggunakan pendekatan seni dalam


watak dengan memaparkan unsur keindahan sastera yang indah dari segi
bahasanya untuk menunjukkan kehidupan sesebuah keluarga Islam yang
menjalani kehidupan berteraskan keunggulan dan keluhuran Islam yang
semurninya. Menerusi pendekatan ini memperkukuhkan tapak-tapak asas
yang murni lagi suci, iaitu keimanan, ketakwaan dan kecintaan kepada Allah.

3.0 Kesimpulan

5
Kesimpulannya, pendekatan keagamaan sesuai untuk mengkritik novel Kalam Fitrah
yang menyentuh berbagai aspek seperti kasih sayang, pertentangan pendapat, gejala
sosial dan keagamaan yang bertujuan untuk mencari kebajikan dan kesejahteraan
hidup. Novel ini menggunakan teori pengkaedahan melayu sebagai kaedah operasional
dalam usaha mendekati dan menyelongkari nilai-nilai kemelayuan dan keislaman
Melayu.

Rujukan

Fendy Buli. (2009, February 8). Teori Pengkaedahan Melayu. Daripada


https://www.scribd.com/doc/11906228/Teori-Pengkaedahan-Melayu

Haji Dusuki Haji Ahmad. (1980). Ikhtisar perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa
dan Pustaka.

Hashim Awang. (2002). Teori perkaedahan Melayu dan kritikan kesusasteraan Tanah Air.
Kuala Lumpur: Univerisity Malaya.

Mana Sikana. (2005). Teori dan kritikan sastera Singapura: penghadiran dan


pengukuhannya.
Kuala Lumpur: Penerbitan Ilmu Didik.

Salina Ibrahim. (2017). Kalam fitrah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6
Di samping itu, pertentangan pendapat dalam kalangan suami isteri juga merupakan
masalah sosial keluarga yang kerap berlaku dan dijumpai dalam masyarakat yang
berkeluarga. Perbezaan pendapat antara Rusdi dan Zaleha telah membawa penceraian
kepada perkahwinan mereka. Watak Zaleha merupakan seorang wanita yang bercita-cita
tinggi sehinggalah sanggup meninggalkan suami dan anaknya untuk kembali meneruskan
pengajiannya yang tidak tercapai-capai sebab kehamilan. Zaleha mementingkan diri sendiri
dengan bercerai bersama suaminya dengan tidak berfikir terhadap kesannya semata-mata
untuk mengejarkan impiannya untuk terus melanjutkan pengajian.

Menerusi teori Pengkaedahan Melayu, sikap Zaleha ini bertentangan dengan


pendekatan kemasyarakatan di mana pendekatan ini dianggap sebagai suatu alat
pendedahan kepada pelbagai persoalan yang bertujuan untuk mencari kebaikan dan
keadilan dalam masyarakat seperti yang dituntut dalam agama Islam. Perbuatan Zaleha ini
tidak menunjukkan nilai-nilai positif yang seharusnya ada dalam budaya tradisi masyarakat
Melayu seperti nilai kasih sayang khususnya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
demi menjamin kebahagiaan dalam rumah tangga. Peristiwa ini terpapar sewaktu perbulan
Fitrah dengan Adam. Seperti katanya:

“Usai solat maghrib, sementara menanti isyak, ibu adik dan isteri Ahmedi diam di
sudut dan tenggelam dalam bacaan al-Quran. Ya, itu satu lagi kekaguman yang mercup di
hatinya. Betapa keluarga ini, malah kebanyakan keluarga di Gaza yang dia temu, cukup
akrab dengan al-Quran. Kediaman mereka tanpa television, tanpa talian Internet, tetapi al-
Quran itulah hiburan mereka, dialunkan sepanjang masa, basah sentiasa bibir.”

Sepertimana yang ditegur Marlina kepada Fitrah:

“Jaga-jaga dengan Datuk Budiman itu. Orang tidaklah sebudiman namanya!” Bapa
saudara aku veteran Parti Amal pernah beritahu…zaman mudanya dulu bukan main liar.

7
Tapi, dia bukan daripada keluarga orang politik. Keluarganya orang berniaga. Anak orang
senang…biasalah…perempuan keliling pnggang. Sampai ada yang mati sebab dia!” 196
197

Selain itu, novel ini juga menonjolkan perihal korupsi politik yang
berlaku dalam kalangan pemimpin dan masyarakat. Menerusi novel ini,
memperlihatkan bagaimana seorang pemimpin atau ahli politik yang sanggup
melakukan pelbagai cara untuk mengekalkan kuasa dan menjatuhkan
saingan dalam arena politiknya. Keadaan ini diperlihatkan melalui watak
Datuk Budiman yang sanggup melakukan pelbagai muslihat serta cara untuk
mengukuhkan kuasa dan kedudukannya daripada digugat oleh pesaingnya.
Peristiwa ini terpapar sewaktu perbualan antara Datuk Budiman dan Si Don.
Seperti katanya:
“Datuk…Datuk percayakan saya untuk tengok kawasan
Perkasa. Datuk nak pikat hati orang Perkasa. Datuk ingat
mereka akan mudah percaya begitu sahaja? Datuk….saya nak
bantu naikkan nama Datuk di mata orang Perkasa. Tapi
macam mana saya nak bantu kalau saya sendiri tangan
kosong. Alang-alang Datuk nak sokongan mereka, datuk
kenalah melabur, beli hati mereka, beli jiwa mereka. Takkan itu
pun Datuk tak faham?”
“Aku sudah banyak bagi pada kau. Bulan lepas saja dekat
RM15K.”
“Orang Perkasa bukannya 150 orang. Saya ke sana sini
dengan kereta. Kereta saya diisi dengan minyak. Minyak perlu
dibayar. Saya tak pergi dengan tangan kosong. Saya beli
barang keperluan untuk orang yang memerlukan. Itu caranya
kalau kita nak beli jiwa mereka”.
(Kalam Fitrah; halaman 226)
Pengarya menggunakan pendekatan

8
Bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi ahli Parlimen, Datuk
Budiman telah melakukan pelbagai cara untuk memikat hati masyarakat di
Perkasa. Dia telah membeli Saadon yang merupakan penggangur terhormat
di Perkasa untuk menjadi orang tengah di Perkasa dan juga membeli hati
masyarakat dengan salah menggunakan duit yayasan. Selain itu, Datuk
Budiman juga membeli orang di akhbar Suara untuk menutup segala berita
yang dapat mencemarkan nama baiknya iaitu kemalangan yang berlaku pada
12 Disember 1999 di jalan lama Gombak yang menyebabkan kematian ibu
kandung Firtrah iaitu Zaleha. Datuk Budiman yang sama kereta dengan
Zaleha pada masa itu tidak berbuat apa-apa untuk membantu Zaleha yang
mungkin sedang nazak ketika itu tetapi sebaliknya meninggalkan tempat
kejadian untuk mendapatkan pertolongan bagi dirinya sendiri.
2.2 Pengkaedahan Alamiah

2.2.1 Pendekatan Firasat

Pengarya juga menggunakan salah satu pendekatan menerusi


Pengkaedahan Alamiah iaitu pendekatan firasat dalam kritikan novel ini.
Pendekatan Firasat menurut Hashim Awang (2002) berlandaskan kepada
tanggapan bahawa sastera adalah satu kejadian alam semesta yang
memberikan dan memperkayakan pengalaman hidup. Namun pengalaman
hidup itu lebih mengarah kepada pengalaman penciptaan karya yang penuh
dengan karya kemisterian. Sungguhpun begitu, mimpi yang dilakukan itu
sedar dan didasarkan kepada wawasan dan maklumat yang khusus. Mana
Sikana (2005) menghubungkan pendekatan firasat dengan konsep mimpi
Frued dan kajian tanda dalam semiotik. Pendekatan ini dapat disesuaikan
dengan situasi Datuk Budiman bermimpi dikejar hantu Zaleha. Situasi seperti
berikut:

“Say nak awak!” Dan akhirnya senyuman itu berubah menjadi manis.
Dia terpesona. Tersihir dia dek senyuman itu, Lama dia merenung. Dan
anehnya, wajah dengan senyuman bergula yang menyihirnya itu perlahan-
lahan berubah. Perlahan-lahan, detik demi detik, diganti dengan wajah yang
aneh. Masih wajah sama tetapi wajah itu sudah berubah. Ada cecair merah
mengalir dari mata, hidung, mulut, telinga, malah seluruh liang roma.
Perlahan-lahan dia dapat lihat seluruh muka dan tubuh itu sudah berlumuran
darah. Dia terkejut yang teramat. Bingkas lalu menjerit cemas. Dia mahu
buka langkah seribu tetapi kakinya tersadung entah apa, lalu dia terjerumus

9
jatuh. Kepalanya terhantuk benda keras. Sakit. Dia angkat kepala. Terkejut
lagi. Sekelilingnya gelap. Dia dapati dirinya di atas lantai di dalam kamar
tidurnya di rumah. Dia terjerumus jatuh dari katilnya. (halaman 270)

Pengarya menggunakan pendekatan firasat iaitu melalui mimpi untuk


mengkritik perbuatan kezaliman Datuk Budiman sehinggalah menyebabkan
kematian orang. Balasannya, Datuk Budiman sentiasa dihantui oleh Zaleha
dalam mimpi setelah kejadian kemalangan jalan raya yang menyebabkan
kematian Zaleha.

10
Datuk Budiman

Zaman mudanya dulu bukan main liar

Bukan keluraga orang politik

Dia tumpang kekayaan isteri

Suka berfoya-foya dan memburu pengalaman dalam dunia sosial, suka membuang masa,
tidak suka fikirkan masa depan, kaki perempuan kerana dia merupakan orang senang yang
akan mewarisi syarikat ayahnya. Masuk politik untuk menjamin kestabilan perniagaan.
Mendapat sokongan b Pg92de

Pg 99

http://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2016/09/4.-Nilai-Baik-Hati-web.pdf

“Setakat ini semua yang dipaaprkan adalah dari kaca mata media Barat yang memusuhi
Islam yang selalu beri tanggapan negatif pada Islam. Lalu mudahlag isu ini

Novel ini juga menyindir ketidakberanian orang Islama untuk

http://eprints.usm.my/39282/1/ART_19.pdf

Sepertimana yang dikatakan Marlina, “Jaga-jaga dengan Datuk Dudiman itu. Orang tidaklah
sebudiman namanya!” Bapa saudara aku veteran Parti Amal pernah beritahu…zaman
mudanya dulu bukan main liar. Tapi, dia bukan daripada keluarga orang politik. Keluarganya
orang berniaga. Anak orang senang…biasalah…perempuan keliling pnggang. Sampai ada
yang mati sebsb dia!” Datuk Budiman sebagai seorang ahli politik sanggup membuat apa-
apa sahaja yang dapat membantunya untuk memenangi parti poltik. Dia juga salah guna
duit yayasan untuk beli hati masyarakat di Perkasa sebagai strategi untuk menaikkan
namanya di mata orang Perkasa dan memilihnya sebagai wakil Perkasa supaya dapat
mencapai hasratnya untuk menjadi ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri.226
Selain itu, Datuk Budiman juga membeli orang di akhbar Suara untuk menutup segala berita
yang dapat mencemarkan nama baiknya iaitu kemalangan yang berlaku pada 12 Disember

11
yang menyebabkan kematian ibu kandung Firtrah iaitu Zaleha. Datuk Budiman yang sama
kereta dengan Zaleha pada masa itu tidak berbuat apa-apa untuk membantu Zaleha yang
mungkin sedang nazak ketika itu tetapi sebaliknya meninggalkan tempat kejadian untuk
mendapatkan pertolongan bagi dirinya sendiri.
Datuk Budiman kaki perempuan, salah menggunakan duit yayasan, membeli

12

Anda mungkin juga menyukai