Anda di halaman 1dari 36

1.

PENGENALAN

Kritikan sastera di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu bidang baharu dan
bergerak agak perlahan berbanding bidang sastera kreatif itu sendiri. Bidang kritikan
sastera Melayu di Malaysia boleh dibahagiakan kepada empat era fasa
perkembangan iaitu era sebelum perang dunia kedua, era sebelum merdeka, era
selepas kemerdekaan dan era pemantapan.
Era Sebelum Perang Dunia Kedua
Menurut Hashim Awang (1988), tulisan kritikan dalam era ini juga lebih bersifat
objektif dengan penilaian-penilaian yang dangkal. Sifat kritikan pada tahap ini
membayangkan tahap permulaan genre kritikan di Tanah Melayu yang boleh
disifatkan sangat baharu dan sangat kekurangan ilmu. Para pengkritik yang
mengkritik rata-ratanya adalah golongan wartawan dan penulis yang berkerja secara
sambilan.
Oleh itu, kritikan yang dilakukan tidak menggambarkan mutu analitik
sebagaimana sifat dan bentuk karya kritikan sastera yang difahami hari ini. Terdapat
juga beberapa tulisan yang membicarakan cerpen-cerpen Ishak Hj Muhammad dan
Abdul Rahim Kajai dan ternyata tulisan-tulisan itu bercorak sanjungan dan lebih awal
dari itu tulisan Keris Mas tentang Sejarah Melayu sendiri (Mana Sikana,1985:169).
Era Sebelum Merdeka
Ramai sarjana sastera Malaysia seperti Hashim Awang, Mana Sikana, Ismail
Hussein, Kassim Ahmad dan Yahya Ismail menganggapkan bahawa tradisi kritikan
sastera di Malaysia dalam pengertian modennya bermula dalam tahun 1950-an.
Pandangan ini berasaskan kepada perkembangannya seiring dengan kemunculan
generasi sasterawan tahun 50-an atau dengan nama ringkasnya ASAS 50.
Hashim Awang meletakkan Aminuddin Baki sebagai seorang perintis kepada
perkembangan kritikan Melayu moden. Tulisan Aminuddin Baki yang bersifat kritikan
terhadap novel Korban Kesucian karya Keris Mas telah disiarkan dalam akhbar
Utusan Zaman keluaran 12 Jun 1949 (Hashim Awang,1988:104).
Aminuddin telah menjangkau sempadan teoretikal dan analitis dengan
mengaplikasikan pendekatan formalistik atau struktural dan kritikannya. Dalam tahun
1950-an, perkembangan kritikan makin rancak dengan kemunculan beberapa

penulis dan pengkritik dari golongan ASAS 50. antara mereka yang penting sebagai
tokoh kritikan ialah Asraf dan Hamzah (Hashim Awang,1988:104). Tokoh-tokoh lain
yang turut terlibat ialah Aminudin Baki, Usman Awang, Keris Mas, Abu Zaki Fadhil,
A.Samad Ismail dan Masuri S.N., Zubir Osman, Abdul Salam dan Awam-il Sarkam
yang turut terlibat memberi pandangan dan penilaian terhadap karya-karya dan teori
sastera, namun tulisan Asraf dan Hamzah lebih ke depan kerana terlibat secara
langsung dalam polemik sastera yang berlaku pada tahun 1950-an.
Ada beberapa faktor yang turut mempengaruhi perkembangan genre kritikan
ini, antaranya ialah pertumbuhan pesat persuratkhabaran dan majalah. Surat khabar
dan majalah menjadi medan kepada para penulis dan pengkritik melahirkan buah
fikiran dan pendapat tentang pelbagai isu. Faktor nasionalisme juga boleh dianggap
sebagai turut membantu peerkembangan genre kritikan. Penulis dan pengkritik
dalam masa yang sama adalah juga seorang pejuang kemerdekaan dan penentang
penjajah. Suara-suara kritikan diluahkan menerusi tulisan dan karya kreatif. Sedikit
demi sedikit, teknik dan penggunaan bahasa telah beralih dari beraliran romantis
kepada aliran realisme, daripada bahasa indah dan puitisme kepada gaya bahasa
patriotik dan mudah, ringkas serta denotatif.
Era Selepas Kemerdekaan
Era ini merangkumi tahun-tahun 1960-an dan 1970-an. Dalam era ini, genre kritikan
semakin bertambah rancak. Perkembangan ini ada kaitanya dengan aspek-aspek
pertambahan

pengkritik,

keragaman

pendekatan

dan

ketelitian

penulisan

(HashimAwang, 1988:107). Jumlah pengkritik telah bertambah dengan ramainya


serentak dengan kemunculan begitu ramai golongan penulis baharu dalam bidang
kreatif, khususnya yang berpendidikan tinggi.
Ada di antaranya yang mendapat pendidikan khusus dalam bidang kritikan
sastera di luar dan di dalam negara seperti Muhammad Haji Salleh. Kasim Ahmad li
dan Ali Ahmad. Mereka ini bukan hanya peminat sastera tetapi juga pelopor dan
sarjana yang mendokong ilmu kritikan sebagai bidang pengajaran di universiti.
Tulisan mereka lebih bersifat ilmiah, analitis berserta dokongan teori-teori sastera
yang sememangnya mantap dan berkembang pesat pada waktu itu. Bentuk kritikan
telah jauh meninggal tradisi dalam era sebelum kemerdekaan. Tulisan kritikan lebih
berbentuk kritikan praktikal di samping kemajuan dalam kritikan teoretikal. Satu lagi
sifat kritikan yang muncul ialah kritikan sastera yang bersifat subjektif dan tidak
bersifat impresionis (Hashim Awang,1988:108). Pada penghujung tahun 1970-an

berlaku satu lagi polemik penting dalam sejarah perkembangan kritikan sastera
Melayu di Malaysia (selepas polemik yang melib atkan Asraf dengan Hamzah
Hussin)yang melibatkan pula Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad. Polemik ini
berligar tentang konsep kesusasteraan Islam.
Polemik ini menjadi faktor yang lebih mempercepatkan lagi kemunculan teoriteori sastera Melayu di Malaysia. dapat menduga aliran yang Ramli anuti.
Perkembangan teori dan pendekatan analisis teks dari barat dalam tahun-tahun
1960an, khususnya pendekatan Struktural di Perancis dan teori Kritikan Baharu di
Amerika Syarikat telah turut mempengaruhi pemikiran para penulis dan pengkritik
Melayu di Malaysia waktu itu. Ada dalam kalangan pengkritik Melayu yang
mengambil teori-teori dan pendekatan-pendekatan dari Barat ini sebagai pegangan
dan landasan kritikan mereka. Yahya Ismail, Shahnon Ahmad dan Baha Zain, Mana
Sikana, Ramli Isin dan Rahman Shaari misalnya sangat akrab dengan pendekatan
Formalisme. Umar Junus rapat dengan Strukturalisme, Psikologi pula digemari oleh
Hashim Awang dan Ali Ahmad dan ramai lagi dengan pelbagai pendekatan pula.
Jelasnya, perkembangan genre kritikan pada era selepas kemerdekaan, khususnya
dalam tahun 1960-an dan 1970-an bertambah maju dan mula menampakkan
wajahnya.
Ada beberapa faktor yang mendorong hal ini berlaku, antaranya ialah
kemunculan pengkritik baharu, penerusan secara konsisten para pengkritik ASAS
50, penguasaan ilmu kritikan yang diperolehi di universiti, pengkritik memiliki
kelulusan tinggi. pengaruhi teori kritikan dan pendekatan dari Barat, berkembangnya
ilmu kritikan di universiti dan kerancakan penghasilan karya-karya sastera.
Era Pemantapan
Era pemantapan boleh dikira dari tahun 1980-an sehingga tahun 1990-an.
kemunculan teori-teori baharu sastera Barat khususnya teori-teori pascamoden,
wacana teori dan kritikan yang meluas serta perubahan sikap dalam kalangan
sarjana dan pengkritik sastera di Malaysia. Kecenderungan mengunakan pelbagai
teori dan pendekatan kritikan dari Barat sebagaimana yang diterangkan sebelum ini
sememangnya terus mewarna dunia kritikan sastera Malaysia.
Tambahan pula kemunculan tokoh-tokoh pengkritik baharu seperti Mana
Sikana, Sahlan Mohd Saman, Muhammad Haji Salleh, Mohd Affandi Hassan, Ungku
Maimunah Mohd Tahir, Salleh Yaapar, Rahman Shaari, Shafie Abu Bakar, Ramli Isin,

Jaafar Abdul Rahim, Hamzah Hamdani, Rosnah Baharudin, Noriah Taslim dan ramai
lagi menggamat dunia kritikan di Malaysia. Sementara itu, tokoh-tokoh kritikan yang
muncul lebih awal seperti Usman Awang, A.Samad Said, Suhaimi Hj Muhammad,
Kasim Ahmad dan Ali Ahmad terus memantapkan lagi perkembangan dalam era
dengan lebih banyak karya kritikan yang dihasilkan.
Tidak kurang penting dalam era pemantapan ini ialah kemunculan teori-teori
dan pendekatan kritikan pascamoden. Teori-teori ini dikatakan telah meninggal jauh
teori-teori sastera moden. Kemunculan teori sastera Poststrukturalisme khususnya
teori Dekonstruksi, kemudian New Historisisme, PostFeminisme dan sebagainya
telah turut mempengaruhi perkembangan genre kritikan sastera Melayu. Mana
Sikana dilihat sangat rajin menelaah teori-teori pasca moden ini dan berusaha
memberi tempat dalam dunia kritikan Malaysia.
Kritikan sastera merupakan suatu usaha mempertimbang dan menilai karya
sastera secara jujur dan sistematik. Kritikan sastera merupakan cabang ilmu yang
mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Penjelasan terhadap krtitik sebagai esei
atau artikel yang menyorot secara kritis sesebuah hasil seni, biasanya sastera,
dengan tujuan menentukan sifat yang dimiliki dan menuntut mutunya menurut suatu
ukuran tertentu yang telah ditetapkan atau sering digunakan. Kritik jauh lebih seirus,
adil, dan bijaksana daripada ulasan. Sementara kritikan pula merupakan cabang
pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisi, mengelaskan, menghurai,
dan menilai karya kesusasteraan.
Kritikan sastera merupakan suatu disiplin ilmu yang saintifik kerana ia
ditumpukan kepada penghayatan, penganalisisan dan penilaian sesebuah karya
sastera. Kritikan sastera dikatakan sebagai suatu ilmu yang saintifik kerana ia
menggunakan pendekatan atau metadologi tertentu dalam membuat kritikan. Kritikan
sastera melibatkan penghayatan. Proses penghayatan merangkumi apresiasi,
pengamatan, pemahaman, tanggapan, perasaan, serta pemikiran yang terjelma
sebagai reaksi terhadap sesuatu bacaan. Analisis dalam konteks kritikan sastera
bersifat menghurai, membincang, membedah, dan mendalami aspek penghayatan.
Pengalaman-pengalaman apresiasi dijelaskan dengan mengemukakan bukti, contoh
serta hujah yang konkrit dan munasabah.

Tiga dasar utama dalam kritikan sastera ialah penghayatan, penganalisisan


dan penilaian. Dengan demikian kritikan sastera dapat dibahagikan kepada tiga
peringkat iaitu kritikan pada tahap penghayatan, kritikan pada tahap penganalisisan,
dan kritikan pada tahap penilaian. Kritikan pada tahap penghayatan melibatkan
apresiasi, pengamatan, pemahaman, tanggapan, perasaan dan pemikiran. Kritikan
pada tahap ini menekankan aspek penikmatan sebagaimana dirasa, difikir dan
difahami oleh pengkritik.
Penafsiran

dilakukan

dengan

melihat

keseluruhan

isi

karya

serta

menampilkan pandangan dan pemikiran secara impresionistik. Kritikan pada tahap


penghayatan dan penganalisisan memberi perhatian terhadap persoalan yang
dikemukakan oleh pengarang dan perkaitannya dengan sosiobudaya. Pengkritik
akan membuat sorotan terhadap pelbagai dimensi hidup seperti masalah sosial atau
ekonomi

tanpa

membuat

sebarang

penilaian.

Pengkritik

tidak

melakukan

penghakiman terhadap karya tetapi menganalisis dan menghuraikan pengertianpengertian dalam karya tersebut berlandaskan persoalan dan komposisi karya
berkenaan.
2.0

KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP TEORI KRITIKAN SASTERA

2.1

TEORI SEMIOTIK

Teori semiotik adalah pembacaan, kajian dan analisis yang merujuk kepada tandatanda yang wujud dalama teks-teks karya sastera. Teori ini adalah hasil
perkembangan teori strukturalisme. Pemikiran bahawa sastera yang menggunakan
bahasa itu dinyatakan sebagai bahasa adalah sistem tanda dan merupakan
gabungan antara dua aspek penanda dan petanda yang menghasilkan lambang.
Menurut Aart V. Zoest (1993), Ia merupakan cabang ilmu yang berurusan
dengan pengkajian tanda dan segala sesuatu yang berhubungan dengan tanda
seperti sistem tanda dan proses yang berlaku bagi penggunaan tanda. Tanda-tanda
ini wujud dalam setiap aspek kehidupan manusia dan memahaminya maka kita perlu
memahami tanda itu melalui analisis bahasanya.
Teori semiotik bermula apabila pemikiran strukturalisme Fredinand De
Saussure (1857-1913) semakin berkembang. Teori ini mengkaji dalam bahasa sama
ada susunan dan struktur dengan konsep utamanya simbol dan makna atau bentuk

dan isi, paradigmatic dan syntagmatic yang kemudiannya dalam sastera melahirkan
signifier dan signified atau penanda dan petanda. Dalam kehidupan kita setiap
pertuturan, gerak laku dan perbuatan adalah kaya dengan sistem -sistem
perlambangan sama ada bersifat sahih ataupun kabur iaitu lambang-lambang yang
sukar difahami.
Saussure menggunakan istilah semiologi untuk ilmu tentang tanda. Teori
semiologi mengkaji tanda-tanda yang dipengaruhi dan merujuk kepada kehidupan
sosial. Semiologi Saussure adalah untuk memahami tanda-tanda secara sistematik
dan intelektual untuk mendapatkan makna. Beliau juga meletakkan asas semiologi
dengan mengkaji bahasa dalam konteks konvensi, norma sosial, perhubungan yang
berkaitan dengan penghuraian sistematik, nilai-nilai sistem dalam koda, sintagmatik
dan sistem-sistem konstruksional bahasa.
Roland Barthes adalah tokoh lain yang mengaplikasikan teori ini kerana amat
sesuai untuk kajian bahasa terutamanya sastera yang juga merupakan aspek
kebahasaan. Tegasnya, kajian bahasa semiotik amat luas dan menyeluruh dan
menyentuh semua persoalan hidup kerana di dalamnya begitu kaya dengan
lambang-lambang yang perlu digali makna pada setiap satunya.
Prinsip semiotik terbahagi kepada lima iaitu yang pertama, cara yang paling
baik untuk menganalisis sesebuah karya ialah berlandaskan kepada pentingnya ada
satu sistem yang dijadikan sebagai prinsip pertama. Kedua, semiotik cuba untuk
menghubungkan sistem karya itu dengan sistem di luar karya. Sistem luar karya
bermaksud segala perkara yang membawa kepada lahirnya sesebuah karya. Ketiga,
kita perlu menganggap setiap apa yang dituliskan oleh pengarang boleh meainkan
peranan yang amat penting dalam pembinaan sesebuah karya. Keempat, kita harus
melihat setiap genre sastera terdapat nilainya yang tersendiri dan mempunyai
kekuatan dan aspek-aspek tertentu serta menganggap setiap genre itu ada
keistimewaannya yang tersendiri.

2.2

TEORI MARXISME

Teori Marxisme terdapat dalam kesusasteraan Melayu Moden dan suaranya dapat
didengari dalam gerakan ASAS 50. Teori ini pada awalnya bermula daripad asuatu
teori ekonomi, sejarah, masyarakat dan revolusi. Teori Marxisme sering kali dianggap
sebagai pencetus kajian sastera dengan politik dan kekuasaan. Pada asalnya ia

adalah tulisan nukilan Karl Marx tentang ekonomi terutamnya konflik, kelas dan
perkaitanya dengan cara untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan adil.
Kata-kata pujangga Marx yang membincangkan masyarakat sebagai the
history of class struggle telah meresap masuk dan membawa kepada konsep teori
sastera Marxist. marx berpendapat bahawa strukutur sosial sesebuah masyarakat
yang berkaitan dengan sistem, peraturan, moraliti, kepercayaan, ekonomi, budaya
malah kesusateraan ditentukan oleh situasidan keadaan kehidupan. Lantaran
kehidupan manusia yang bersifat dinamik maka ada yang mendapat keuntungan
yang lebih dan sebaliknya sehingga mencetuskan pergesaran, konflik dan
pertentangan antara keduanya.
Marxisme berpendapat kajian kesusateraan hanya dapat difahami dengan
sempurna jika ia tidak memisahkan masyarakat dan sejarah dalam sesebuah karya.
Marxisme berpendapat bahawa kesusasteraan itu muncul daripada realistik sosial.
Secara tidak langsung teori sastera Marxis melihat teks di luar karya sastera iaitu
sebab dan akibat. Selain itu, ia menganggap bahawa bentuk yang betul ialah bentuk
yang mencerminkan realitisecara yang paling objektif dan teks dianggap sebagai
tidak asli jika tumpuan tulisan hanya kepada hal-hal yang remeh -temeh atau
gambaran yang paling subjektif dan maksud yang ditulis bukan sebenarnya.
Terdapat lima model teori marxisme iaitu antaranya Model Pencerminan,
Model Penerbitan, Model Pengetahuan Negatif, Model Genetik dan Model yang
berpusatkan Bahasa. Model Pencerminan juga dikenali sebagai model peniruan
yang melihat sastera sebagai cerminan masyarakat dengan mengambil fenomenafenomena sosial yang benar-benar berlaku untuk dijadikan persoalan-persoalannya.
Model Penerbitan memberikan penekanan kepada hubungan antara penulis dengan
karya yang dihasilkan. Model Pengetahuan Negatif yang dipelopori oleh Theordor
Adorno yang menyatakan seni dan realiti itu berada pada suatu jarak tertentu yang
membolehkan karya sastera berada pada suatu sudut yang baik untuk mengkritik
kebenaran. Model Genetik lebih melihatkan kepada unsur tragedi dalam sesebuah
karya.

2.3

TEORI FEMINISME

Teori Feminisme adalah teori yang mengandungi konsep feminis dan kerap
dipandang serong dan disalahtafsirkan bahawa teori ini bertentangan dengan nilai
dan norma wanita di negara ini. Feminisme adalah perjuangan untuk menuntut hak
kaum wanita untuk mendapatkan status yang sama dengan lelaki.
Sebenarnya bukan setiap perkara yang berkaitan dengan feminisme adalah
radikal dan menentang lelaki secara melalu. Contoh terkini bagaimana kaum wanita
di Arab Saudi yang menuntut hak mereka untuk memandu kenderaan. Memang tidak
dinafikan bahawa terdapat beberapa pendokong pendekatan ini radikal dan
menentang patriaki secara total dan bercita-cita untuk mengubah keseluruhan
kebudayaan yang mereka dakwa sebagai bersifat patriaki.
Toril Moi (1985) menyatakan bahawa para feminis telah menggunakan
konsep-konsep ini untuk merujuk kepada beberapa perkara. Belaiu menyatakan
bahawa isu-isu politik hanya dapat difahami dengan mencadangkan konsep
feminism diertikan sebagai merujuk kepada isu dan kedudukan politik wanita,
femaleness (wanita) diertikan sebagai merujuk kepada aspek fizikal atau bilogi dan
feminity (kewanitaan) diertikan sebagai tingkah laku yang diingini oleh kebudayaan.
Kritikan feminis dicirikan oleh aktiviti politik dalam menentang patriaki dan
seksisme. Dengan mengetengahkan seorang pembaca wanita, kritikan sastera
feminis menyedarkan kita betapa signifikannya kod-kod seksual di dalam sesebuah
teks yang dianalisis. Kritikan feminis juga mengkaji bagaimana citra wanita dalam
sastera sering kali ditonjolkan sterotaip tentang wanita dan sedikit pun tidak
mencerminkan kerumitan dan kompleksiti jiwa wanita tetapi lebih membela kaum
lelaki.
Kritikan feminis juga mengkaji semula usaha pengkritik sastera dalam
megemukakan ciri-ciri salah anggap kritikan sastera tentang watak wanita. Dalam
usaha tersebut, feminis cuba menarik perhatian kita kepada isu serta pengarang
wanita yang tidak dimasukkan ke dalam sejarah. Kritikan feminis juga menganalisis
wanita yang dieksploitasi dan dimanipulasikan.

2.4

TEORI PSIKOANALISIS

Dasar teori psikoanalisis ialah bawah sedar terstruktur seperti bahasa. Antara
pelopor teori ini adalah Sigmund Freud dan Jacques Lacan. Lacan menjelaskan
nahawa keperluan adalah tidak sama dengan keinginan. Keinginan didorong oleh
kuasa diri yang aktif ke arah nafsu. Nafsu selalu mengatasi tuntutan luar biasa yang
muncul dalam diri seseorang. Kadang kala, ia membawa seseorang ke masa silam
dan selalu pula mendorongnnya mengisinya dengan apa yang diperlukan pada masa
kini. Setiap detik dan waktu manusia digoda dan berjuang untuk memenuhi
memenuhi keinginannya.
Perbincangan tentang konsep bawah sedar, bahasa dan teks Lacan yang
diutarakan telah menggantikan konsep triniti freud yang menjadi dasar teorinya iaitu
id, ego dan superego dengan imiginari, simbolik dan kebenaran. Kritikan sastera
Lacan menganalisis struktur keinginan seperti yang dibina oleh diri dan ditentukan
dengan hubungan perlambangan. Teori sastera Lacan sebenarnya mudag difahami
daripada perbicaraan konsep imiginari sebagai keperluan, simbol realiti keperluan
dan real dunia penuh tanda-tanda. Kritikan psikoanalisis Lacan dapat dikaitkan
dengan kajian terhadap teks, subjek, perwatakan, tekstualisme, pengarang dan
hubungannya dengan bacaan.

Pendekatan kritikan psikoanalisis telah melahirkan beberapa tanggapan yang


berkait

langsung

dengan

proses

kepengkaryaan,

seperti

aliran

kesedaran

(conscious) dan separuh sedar (subconscious). Pengkarya dikatakan mendapat


ilham secara separuh sedar, kemudian dia akan menggunakan ilham itu untuk
berkarya. Sewaktu berkarya pengkarya berada dalam sedar. Sesuatu karya akan
dianggap baik jika sekiranya dalam waktu subconscious pengkarya dapat
melukiskan apa-apa yang tergambar sewaktu dia mengalami subconscious itu.

Pendekatan Psikoanalisis sangat sesuai diterapkan terhadap teks dan juga


pengarang. Aspek kejiwaan watak-watak dalam teks dapat ditelusuri dengan baik
terutama watak-watak yang mengalami tekanan jiwa. Selain watak dalam teks,
pendekatan ini juga dapat digunakan untuk menyelusuri proses pengkaryaan
pengarang dalam menghasilkan karya.
Dalam pemikiran Lacan terhadap susunan perwatakan manusia adalah hasil
daripada pelbagai penentu sosial. Maka, Lacan meneroka hubungan antara tidak

sedar dengan masyarakat manusia. Sesebuah teks biasanya mempunyai satu atau
lebih subteks. Analisis teori Lacan membuka perspektif dengan penentu sosial.ia
adalah isu-isu yang berhubungan antara bawah sedar dengan apa yang ada
disekelililngnya. seperti manusia dan sosial yang mempengaruhi pembinaan
sesebuah teks.

2.5

TEORI PASCASTRUKTURALISME

Pascastrukturalisme adalah fahaman yang menandakan berakhirnya strukturalisme.


Kemunculan pascastrukturalisme adalah akibat daripada penentangan terhadapn
strukturalisme dan menyaksikan kemunculan dekonstruktif yang akhirnya menentang
strukturalisme itu sendiri. Teori ini dipelopori oleh Jacques Derrida dan Paul de Man.
Pascastrukturalisme ialah suatu proses membongkar segala apa yang
dipercayai terhadap sistem-sistem teks, kesatuan, transformasi dan segala istilah
lainnya untuk membebaskan teks dengan peraturan yang dikatakan penuh dengan
kepalsuan dan kepura-puraan. Teori pasca pascastrukturalisme bersifat interdisiplin
dan heterogen. Pascastrukturalisme hanya ditelaah melalui strukturnya yang
dilambangkan dalam kata, maka pada dasarnya, kata tersebut tidak selamanya
mampu menampung hakikat makna.
Prinsip utama teori pascastrukturalisme ialah bahawa makna terutamnya
hasil daripada tanda-tanda tidak stabil dan tidak pernah selesai. Teks-teks sastera
sentiasa berubah maknanya menurut pentafsir, penilai, zaman dan waktu. Teori ini
juga menentang naratif besar sebaliknya mengagungkan karya-karya bersifat naratif
kecil. Sementelah, teks yang sangat digemari ialah teks-teks interstekstual, parodi,
metahistografik,

realisme

magis,

kits,

lotta

dan

sebagainya.

Teori

pascastrukturalisme sebenarnya memberikan kebebasan berkearya dan kebebasan


dalam menilai teks-teks sastera tersebut.

2.6 TEORI KRITIKAN BARU


Istilah Kritikan Baru ini digunakan untuk merujuk kepada teori dan kritikan sastera
yang bermula dengan karya I.A. Richardsdan T.S. Eliot di England pada masa
sebelum perang, dan diteruskan lagi oleh para tokoh seperti John Crowe Ransom,
W.K. Wimsatt, Clenth Brooks dan Allen Tate di Amerika Syarikat pada tahun empat
puluhan, lima puluhan dan enam puluhan.

10

Teori ini menyaran agar diperbaharui perhatian terhadap sastera sebagai


sastera. Teori ini memperlakukan teks sastera sebagai satu objek yang pada
hakikatnya terpisah daripada pengarang dan konteks sejarahnya. Kritikan Baru
adalah bersifat empiris dan humanis. Kesimpulannya, pengkritik baru menegaskan
bahawa kritikan dapat mencapai darjah keobjektifan serta kejituan yang sama seperti
yang dapat dicapai oleh kesarjanaan tradisional.

3.0

ANALISIS NOVEL SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR


MELALUI TEORI SEMIOTIK

3.1

PENGENALAN

Saya telah memilih novel 'Saudagar besar Dari Kuala Lumpur' untuk melaksanakan
tugasan kritikan sastera ini. Novel ini telah dikarang oleh Sasterawan Negara yang
pertama iaitu SN Keris Mas. Novel ini telah diterbitkan pada 1982 oleh Utusan
Melayu (M) Bhd. Novel ini setebal 365 halaman terbahagi kepada 44 bab. Saya
telah memilih teori semiotik untuk melaksanakan kritikan sastera terhadap novel ini.
Keris Mas ialah tokoh sastera tanah air yang pertama dipilih untuk menerima
Anugerah Sastererawan Negara yang disampaikan oleh Yang di-Pertan Agong pada
26 April 1981 di bangunan Parlimen. Antara sumbangan besar beliau ialah karyakarya beliau mengungkapkan pengalaman orang Melayu dalam zaman-zaman yang
genting iaitu melalui trauma semasa pendudukan Jepun, ancaman komunis Bintang
Tiga, perjuangan menentang Malayan Union, dan seterusnya perjuangan mencapai
kemerdekaan serta penyesuaian dengan perubahan-=perubahan selepas merdeka.

3.2

TEORI SEMIOTIK

Semiotik Peirce
Menurut Panuti Sudjiman dan Aart V. Zoest (1992). Pierce semasa menekuni dan
menyusun teori semiotiknya percaya bahawa kehidupan manusia dipenuhi dan
dikelilingi oleh tanda dan tanda berperanan penting dalam kegiatan berfikir manusia.
Tanpa tanda, manusia tidak dapat berkomunikasi Tanda merupakan segala sesuatu

11

yang dapat diamati atau dapat ditangkap sebagai tanda serta dapat diberikan
hubungan segi tiga dengan ground, denototum dan interpretant.
Peirce menyatakan ground adalah latar daripada tanda yang mendasari
tanda sehingga menjadi tanda. Sesuatu tanda itu merupakan sebahagian
keseluruhan peraturan, perjanjian dan kebiasaan yang disebut sebagai kod. Peirce
mengaitkan tanda yang berdasarkan ground dengan menggolongkannya kepada
qualisign, sinsign dan legisign.
Qualisign ialah kualiti yang ada pada tanda seperti kata-kata keras, lembut,
lemah dan merdu. Sinsign pula ialah tanda yang berdasarkan kemunculannya dalam
kenyataan. Setiap sinsign mengimplikasikan peristiwa peristiwa memperoleh bentuk
daripada sifat seperti berdehem, langkah kaki ketawa, nada kasar dalam suara dan
sebagainya. Legisign ialah tanda yang berdasarkan suatu peraturan yang berlaku
secara umum sebuah konvensi dan sebuah kod. Oleh itu semua bahasa merupakan
legisign kerana ia peraturan yang berlaku secara umum, sebuah konvensi dan
sebuah kod dalam masyarakat yang berkongsi bahasa dan budaya yang sama.
Maka, legisign ialah tanda yang mudah difahami oleh penerima tanda.

Denototum ialah unsur kenyataan yang ditunjukkan oleh tanda. Pinggan


misalnya ialah sebuah kenyataan yang lain seperti kuali dan pokok. Denototum tidak
semestinya bersifat konkrit kerana ia boleh terdiri daripada abstrak. Ia terdiri
daripada sesuatu yang pernah ada, dapat dibayangkan atau tidak dapat
dibayangkan. Semua yang dapat difikirkan boleh dianggap sebagai denototum.
Berdasarkan denototum, Pierce menggolongkan tanda kepada tiga jenis iaitu ikon,
indeks dan simbol.
Ikon adalah tanda yang merujuk terus kepada objek yang digambarkan atau
yang dibawa oleh objek dengan subjek. Proses memahami dan menghayati dunia
cerita dalam karya sastera berjalan lancar sekiranya penerima tanda melepasi
tataran semiotik pada karya sastera. Dalam erti kata yang lain, penerima tanda yang
memiliki atau berkongsi bahasa dan budaya yang sama dengan pengirim tanda tidak
menghadapi masalah dalam menginterpretasikan tataran semiotik yang dikirimkan
oleh pengirim tanda. Mereka mengenali aturannya, konvensinya dan kodnya yang
berlaku secara umum itu.

12

Perkataan ikon berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud bayang,


bayangan, mirip, kemiripan, keserupaan, replika, analogi dan sebagainya. Sebagai
contoh, apabila kita membaca karya SN A. Samad Said iaitu Lantai T-Pinkie, watak
T-Pinkie yang hidup sebagai penari dan berkelana dengan masalah cinta dan
maruah adalah ikon kepada watak Salina dalam novel Salina oleh penulis yang
sama.
Menurut Puji Santosa (1993), Indeks ialah tanda yang menunjukkan
hubungan sebab akibat antara penanda dengan petandanya dan memberikan
makna yang lebih jauh lagi kerana segala-galanya berlaku dengan fenomena dan
simptom yang menyatakan ada perkara yang mendorong sesuatu itu berlaku. Selain
menunjukkan hubungan sebab-akibat, indeks juga merupakan tanda yang mengacu
pada

sesuatu,

yang

menyebabkan

kita

menoleh,

yang

mengejutkan,

menggoncangkan, menyentuh, melukai, menggerakkan hati kita atau membuat kita


marah kerana kesemua ini dapat dihubungkan pada penanda dan petandanya yang
memiliki sifat-sifat.
Menurut Paul Cobley dan Litza Janz (2002), simbol ialah tanda yang
hubungan antara penanda dengan petandanya bersifat arbitrari dan konvensional
atau berasiolasikan kesepakatan masyarakat semata-mata. Bahasa ialah contoh
tanda simbol.Malah keupayaan manusia berbahasa membolehkan mereka mencipta
pelbagai jenis simbol untuk tujuan pengetahuan, pemikiran, perasaan dan
sebagainya.
Interpretant ialah tanda yang terdapat dalam fikiran penerima tanda setelah
penerima tanda mengenal pasti tanda tersebut. Peirce menggolongkan interpretant
kepada rheme, dicent sign dan argument.
Argument ialah tanda langsung yang memberikan alasan tentang sesuatu
dan tanda ini memberi penjelasan tentang daya kebenaran daripada sistem-sistem
semiotik yang kita hadapi dan membuatkan kita berwaspada terhadap sebarang
bentuk penipuan. Gelap misalnya ialah tanda argument

apabila seseorang

mengatakan "Bilik ini gelap" kerana seseorang itu menilai ruang tersebut
bersesuaian sekali untuk dikatakan gelap. Pada penilaian tersebut mengandungi nilai
kebenarannya.

13

Oleh itu, penerima tanda yang menguasai bahasa dan budaya Melayu tidak
menghadapi masalah untuk memahami dan menghayati dunia cerita dalam novel
'Saudagar besar dari Kuala Lumpur'. Dari perspektif yang berbeza, penerima tanda
membaca novel ini bermula daripada kata demi kata dan ayat demi ayat yang setiap
satunya mempunyai makna, terikat dengan representatif tanda yang dikirimkan oleh
Keris Mas.
Ikatan inilah yang menjadikan pengirim tanda membawa penerima tanda
masuk ke dalam dunia ceritanya. Ikatan ini bermula daripada judul novel lagi. Judul
dan

dunia

cerita

dalam

novel

menunjukkan

hubungan

indeksikal

iaitu

menghubungkan judulnya 'Saudagar Besar dari Kuala Lumpur' dengan dunia cerita
dalam novel ini. Hal ini menunjukkan bahawa Keris Mas membina judul novel secara
sinekdoki dalam bahagian totum pro parte. Dengan membina judul secara totum pro
parte tentulah Keris Mas mengharapkan sesuatu daripada penerima tanda. Paling
tidak, Keris Mas mengharapkan tanda yang sedemikian akan memberi daya tarikan
kepada penerima tanda mencari tanda-tanda yang lain dalam dunia ceritanya untuk
mendapatkan tanda yang penuh tentang orang yang menjadi saudagar besar dari
Kuala Lumpur.
Daripada sejumlah tanda ikon yang dimunculkan oleh Keris Mas dalam dunia
ceritanya itu, penerima tanda mengetahui bahawa ikon yang dimaksudkan sebagai
saudagar besar dari Kuala Lumpur itu ialah

Encik Muhammad. Keris Mas

memberikan banyak tanda kepada ikon ini untuk menunjukkan hubungan kemiripan
antara penanda (Encik Muhammad) dengan petandanya (saudagar besar). dari segi
kemiripan, ikon ini diberikan tanda seorang yang berpengaruh, ahli perniagaan yang
berjaya dan lahir daripada golongan bangsawan.
'Pintu bilik pejabat itu tertutup dengan amat perlahan. Dia berdiri
di situ melihat-lihat sekeliling bilik yang kemas dan teratur. Dia
tidak pernah suka menunggu. Tarafnya selalu menyebabkan dia
ditunggu -bukan menunggu. Tetapi dengan orang seperti ini dia
mesti boleh bertolak ansur, merendahkan sedikit rasa ketinggian
dan kekayaannya.'
( SBDKL : 1 )

14

'Pandangannya itu terhenti pada potret besar di tengah-tengah


dinding jati, tepat di bahagian atas kepala sandaran kerusi
pusing itu. Bingkainya berwarna perak, kontras tajam dengan
warna jati dari potret itu sendiri. Seorang lelaki gagah, bertanjak,
berbaju Melayu cekak musang dengan beberapa pingat
kebesaran di atas dada sebelah kiri dan sebuah bintang pecah
lima tergantung di tengah dada dengan tali reben tiga warna
berkalung ke tengkuk. Di bahagian bawah potret tertulis pada
sekeping kertas putih yang ditampalkan : Orangkaya Indera
Datuk Idris bin Muhammad Saman.
( SBDKL : 3 )
"Satu," kata Encik Muhammad, "uruskan supaya saya dapat
berhubung dengan telek kepada Presiden Syarikat Frankfurt
Import-eksport dI Frankfurt, hari ini juga."
( SBDKL : 8 )

Orangkaya Indera Datuk Idris bin Muhammad Saman, anak


Orangkaya Indera Datuk Muhammad Saman bin Bendahara
Muda adalah orang besar wilayah yang pertama berkongsi
dengan tauke Cina melombong biji

dalam wilayahnya.

Orangkaya Bendaahara Muda ialah pahlawan yang melawan


campur tangan Inggeris memungut cukai di wilayahnya.
( SBDKL : 10 )
Menurut Alex Sibor (2003), dicent sign ialah tanda yang sesuai dengan
kenyataan atau tanda yang memberikan hubungan yang wujud antara tanda dengan
denototum dan menampilkan informasi tentang petandanya. Dicent sign dapat dilihat
pada tempat yang sering berlaku kemalangan jalan raya. Pada tepi jalan raya itu,
diletakkan tanda yang menunjukkan di situ kerap berlaku kemalangan jalan raya.
Tanda ini merupakan tanda dicent sign kerana ia bersesuaian dengan
kenyataan. Orang yang dilahirkan daripada golongan bangsawan selalunya memang
seorang yang kaya raya dan mempunyai perniagaan yang besar serta berjaya dalam
lapangan kerjayanya. Encik Muhammad dalam dunia cerita ini memang merupakan
ikon seorang saudagar besar.

15

Menyirat makna 'dari Kuala Lumpur' pada indeks tempat yang menjadi latar
tempat seorang saudagar besar itu datang merupakan tanda rheme.
'Tiba-tiba Encik Muhammad berhenti kerja. Dan tiba-tiba dia
dibawa ke kampung Jeram Medang, Pekan Tualang, wilayah
Sungai Tualang. Itulah kali pertama dia dibawa ke kampung dan
diperkenalkan kepada keluarga suaminya.'
( SBDKL : 22 )
'Baru sebulan yang lalu dia pulang bersama isteri dan anaknya
serta pula dengan sahabat anaknya yang juga setiausahanya,
Mahani. Tak kan orang tua ini mengharapkan dia akan datang
lagi sekeluarga. Dia mengharapkan kedatangannya seorang diri
begini menimbulkan kesan pada abangnya akan tanda adanya
urusan penting bukan sekadar pulang bercuti-cuti sahaja.'
( SBDKL : 36 )
Rheme ialah tanda yang memungkinkan penerima tanda menafsirkannya
berdasarkan pilihan. Sebagai contoh, orang yang merah matanya mungkin
menandakan orang itu baharu menangis, penyakit mata, baru bangun daripada tidur
ataupun ingin tidur. Dalam novel Saudagar besar dari Kuala Lumpur, kita dapat lihat
Keris Mas sengaja membiarkan pembaca tertanya-tanya sama ada Encik
Muhammad ini adalah seorang ahli perniagaan yang jujur dan baik atau pun
sebaliknya. Hal ini kerana apabila disebut 'Kuala Lumpur' semacam ada sesuatu
yang tidak baik disebabkan kota Kuala Lumpur yang pesat membangun dan
melahirkan pelbagai jenis manusia daripada yang baik sehingga yang paling jahat.

Pada indeksikal ini, ikon Encik muhammad bersimpati dengan kesusahan


dan kepayahan orang kampungnya yang sebelum ini hidup susah. Beliau mahu
mengubah status kehidupan mereka dengan mewujudan peluang pekerjaan yang
mampu mengubah nasib orang kampungnya. Encik muhammad berbincang dengan
simbol orang yang berkuasa iaitu Yang Berhormat Muhd. Yusof dan abangnya
Penghulu Mahmud. Indeksikal simpati

ialah perasaan ikon Encik Muhammad

kepada simbol-simbol terebut dapat dilihat dengan jelas dalam dialognya di bawah
ini:

16

"Saya pun sangat sangat merasa bersyukur dapat bersemuka


dengan Yang Berhormat. Perkara kemajuan di wilayah Tualang
selamanya menjadi fikiran saya. Dan saya tentu memerlukan
bantuan dan sokongan orang seperti Yang Berhormat"
( SBDKL : 71 )
"Beginilah Yang Berhormat," katanya. " Saya rasa saya sudah
faham duduknya sekarang ini. Janganlah bimbang. Kalau Yang
Berhormat setuju eloklah serahkan saja soal ini kepada saya.
Urusan antara abang saya dengan Tauke Chan itu biarlah saya
saja

menyelesaikannya.

Saya

rasa

kita

berdua

boleh

bekerjasama untuk mencapai cita-cita memajuka wilayah


Tualang dengan rakyatnya yang miskin itu."
( SBDKL : 73 )
Indeks perasaan ini terpancar pada pada tanda kata deiktik 'kita' yang
mengidentifiikasikan rasa kebersamaannya untuk membantu bersama-sama
dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf memajukan penduduk wilayah Tualang. Yang
Berhormat tidak pulak membantah cadangan ikon ini. Beliau bersetuju untuk
mengalah kerana beberapa simbol yang terdapat pada ikon ini. Simbol Yang
Berhormat menyirat makna jawatan yang disandang oleh ikon ini iaitu wakil rakyat
dalam wilayah itu. Simbol ini juga menyirat makna kuasa dan pengaruh.
Simbol ini diperkukuhkan lagi dengan simbol Yang Berhormat yang menyirat
makna ikon ini bermartabat tinggi dalam masyarakatnya. Sementara simbol
saudagar besar yang berjaya dI Kuala lumpur menyirat makna kekayaan dan
kemampuan ikon ini. Semua simbol ini yang bergabung dengan ikon ini telah
memberikan nilai-nilai seperti kuasa, pengaruh, kekayaan dan penghormatan
kepada dirinya. Nilai-nilai terhad ini tidak dimiliki oleh ikon-ikon lain dalam
mukimnya. Hal ini memberikan kekebalan kepadanya untuk menjadikan ikon-ikon
lain menurut sahaja cadangan dan kemahuannya.
Oleh itu, tanda-tanda bahawa ikon ini ingin membantu mengubah nasib
penduduk kampungnya sebenarnya tidak ditentang hebat dariapada mana-mana
ikon yang dimunculkan oleh Keris Mas dalam novel Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur ini.

17

Terdapatnya tanda indeks menyesalnya ikon ini terhadap orang kampung


kerana selam ini beliau berkelana di bandar besar Kuala Lumpur untuk memajukan
diri tetapi tidak membantu penduduk kampungnya.
"Paksu ini nampaknya sudah insaf sekarang. Dia mula mahu
menolong anak-anak saudaranya. Dulu dia tidak peduli. Dia
sibuk dengan perniagaannya saja."
( SBDKL : 134 )
Selain itu, tanda indeks menyesal, indeksikal kecewa dan sinikalnya ikon ini
terhadap ikon yang bersimbolkan kekuasaan dan kedudukan dalam masyarakat
diluahkan kepada ikon Yang Berhormat Muhd. Yusuf
"Mudah-mudahan kalau Yang Berhormat tahan ke sana ke mari
dan tidak berdiam diri saja senang-senang, tentu kesuburan ini
tidak akan mendatangkan apa-apa kecuali kemakmuran yang
melimpah-limpah. Yang Berhormat bukan tak tahu orang
Melayu dari dulu lagi lebih berpendapat gemuk itu tanda
makmur."
( SBDKL : 66 )
'Encik Muhammad ketawa juga tetapi tidak terbahak-bahak. Dia
sebenarnya tidak pandai ketawa kuat-kuat, apalagi lama-lama
dan bersambung-sambung seperti yang dilakukan oleh Yang
Berhormat di depannya itu. Lemak yang banyak sperti ini,
fikirnya,

tidak

akan

berkumpul

kalau

tidak

kerana

kemewahan;mewah pangkat, mewah nama, mewah kuasa,


mewah harta, mewan makan, mewah minum, mewah waktu dan
mewah kesenangan'
( SBDKL : 66 )
Melalui tanda indeks hubungan sebab akibat, Keris Mas berhasrat
menyampaikan mesej yang penting. Bagi Keris Mas, ikon melayu yang mempunyai
simbol pangkat, kedudukan, kuasa, pengaruh dan kekayaan dalam masyarakat
ialah tidak semestinya merosakkan masyarakat. Ikon ini boleh sahaja berubah untuk
mencetuskan perubahan masyarakat ke arah kebaikan walaupun mendapat
tentangan hebat daripada anaknya sendiri.

18

"Ayah dan emak tidak usah berpura-pura dengan dengan Rahim.


Tak ada gunanya. Rahim tahu ayah menjadi salah seorang
tenaga penting dalam proses pembangunan ekonomi orang
Melayu walaupun ayah hanya berfikir untuk mencari kekayaan
bagi kepentingan ayah saja. Orang-orang macam ayah sudah
banyak jumlahnya dalam negeri kita sekarang. Makin banyak
orang macam ayah makin berjaya rancangan pembangunan
ekonomi orang Melayu."
( SBDKL : 217 )
Dalam menganalisis pendekatan semiotik, prinsip utama adalah memahami
sistem utama yang boleh dijadikan prinsip utama dalam sesebuah karya yang ingin
dikaji. Dalam novel 'Saudagar Besar dari Kuala Lumpur' ini, kita dapat lihat bahawa
tema dan mesej utama yang ingin disampaikan oleh Keris Mas ialah mengangkat
martabat orang Melayu supaya setanding dengan masyarakat bukan Melayu baik
dari segi ekonomi mahupun kualiti hidup dan akhirnya mewujudkan satu sistem nilai
dalam budaya yang berubah. Perkara ini jelas disampaikan oleh pengarang melalui
ikon lain iaitu Tan Sri Syed Aris,
"Jangan lupa kita dalam bidang yang sama dengan cita-cita
politik kerajaan untuk mengisi matlamat tiga puluh peratus
penyertaan

orang

Melayu

dalam

dunia

dagang

dan

perusahaan."
( SBDKL : 61 )
Ungkapan

ini

membuktikan

bahawa

sistem

utama

yang

ingin

diketengahkan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ini ialah sistem
ekonomi iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kita dapat lihat latar masa dalam novel
ini adalah sekitar 70-an yang mana berlakunya zaman transisi selepas berlakunya
tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969. Saudagar Besar dari Kuala Lumpur mungkin
hanya sekelumit episod tentang kehidupan, tetapi novel ini boleh ditelaah kerana
perjalanan ceritanya yang berkisarkan persoalan nilai melalui tanda ikon yang
ditonjolkan Setiap ikon yang dikemukan mempunyai sikap, wawasan, nilai,
pandangan (worldview) dan kepercayan masing-masing. Hal ini dapat dilihat pada
ikon Rahim anak kepada Encik Muhammad yang belajar di luar negara mempunyai
sistem kepercayaan tersendiri.

19

"Dia teringat juga kemudiannya surat Rahim tiba-tiba menjadi


ganjil; sering menyindir-nyindir orang kaya yang tamak harta;
menyebut keruntuhan moral dunia zaman ini."
( SBDKL : 77 )
Hal ini berlaku lantaran salah faham yang Rahim menyangka ayahnya ingin
mengambil kesempatan daripada orang Kampung Pulai.
"Supaya jangan menentang ayahnya kerana salah sangka
sahaja, perlulah dia diberi maklumat yang lengkap. Pak Cik
Muhammad

pun bukan orang yang busuk hati. Malah dia

akan mempunyai sifat yang mulia lebih dari Rahim. Kalau Pak
Cik Muhammad masih muda sudah tentu dia lebih menarik
dan

menawan

dibandingkan

dengan

Rahim.

Pak

Cik

Muhammad tidak mungkin bermaksud jahat terhadap orang


Kampung Pulai."
( SBDKL : 197)
Kajian semiotik menghubungkan sistem karya iaitu dengan sistem di luar
karya bermaksud segala perkara yang membawa lahirnya sesebuah karya.Sistem
kehidupan atau kebudayaan seluruh masyarakat yang menjadi sumber inspirasi
pengkaryaan tersebut. Kita dapat melihat lahirnya novel 'Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur' ini sistem kehidupan yang berlaku dalam masyarakat Melayu dan Cina.
Jika sebelum ini, tempat tinggal orang Melayu sebelum wujudnya Dasar Ekonomi
Baru (DEB) ialah kampung. Hatta, kawasan kediaman orang di kawasan bandar
pun turut dikenali sebagai kampung seperti Kampung Baru dan Kampung Datuk
Keramat. Seperti mana yang difahami bahawa sejarah pecah dan perintah pada
zaman penjajahan British telah mengatur pola penempatan sedemikian rupa.
Perkara ini ditegaskan dalam novel ini:

20

"Saya tidak melihat ada orang Melayu menjadi saudagar besar


seperti orang kita. Dan saya tak pernah dengar mereka pernah
berkongsi dengan orang kita. Saya kira mereka bukan orang
perniagaan."
( SBDKL : 14)
Setelah DEB dilaksanakan barulah penyusunan semula pembahagian kek
ekonomi menjadi sama rata dan pola penempatan berlaku. Sejak itu orang Melayu
mula berhijrah dan tinggal di bandar. Tentang kehadiran orang Melayu ke bandar,
Keris Mas menukilkannya secara sinis. Beliau menggambarkan tokoh korporat Cina,
Datuk Tan Chong Seng dan isterinya tersenyum lebar di akhir perbualan.
"Jauh dari kampung setinggan di lembah bukit, terdengar
kokokan ayam. Datuk Tan memandang wajah isterinya dan
Datin Tan tersenyum lesu."
( SBDKL : 15 )
Kampung setinggan di lembah bukit di bandar adalah tempat kediaman
orang Melayu berpindah masuk. Sebahagian mereka yang datang ke bandar itu
tanpa mempunyai modal dan pelajaran tinggi. Mereka bukanlah golongan yang
berjaya. Di bandar mereka membina kehidupan dengan membanting tulang empat
kerat. Penghijarahan seperti ini berlaku dalam kalangan golongan muda dari
kampung Pulai dan antara meraka ialah Mat Akil, Ali dan Kasim. Mereka adalah
rata-ratanya menjadi pekerja bahawan seperti pemandu, jaga kereta dan tidak
mempunyai pekerjaan tetap.
Sebilangan orang Melayu lain yang berjaya dalam sektor ekonomi moden
seperti perdagangan dan bidang perkhidmatan profesional di bandar adalah mereka
yang mempunyai pendidikan tinggi. Namun bilangannya tidak banyak. Seperti yang
kita maklum, mereka yang berjaya dalam pelajaran sebelum merdeka secara
dasarnya ialah anak-anak bangsawan dan aristokrat. Kesemua kisah tentang status
dan kedudukan digarap dengan baik oleh Keris Mas dalam 'Saudagar Besar dari
Kuala Lumpur' yang diwakili oleh ikon utama Encik Muhammad, Sudin dan Mat Akil.
Encik Muhammad keturunan Orang Besar Daerah, Mat Akil ialah orang kampung
biasa dan Sudin ialah golongan pertengahan kerana dia pernah menerima
pendidikan menengah kerana beliau adalah anak kepada imam.

21

"Engkau

percaya

atau

tidak,

terpulanglah,"

katanya

meneruskan."Tapi aku pasti ayah engkau, Imam Saad itu, tidak


marah pada engkau."
( SBDKL : 90)
Kita juga dapat lihat bahawa nilai-nilai moden telah meresap masuk
kehidupan penduduk kampung sebelum DEB dilaksanakan. Bagaimanapun nilai itu
tidak merebak sebagaimana ia berlaku selepas DEB dilaksanakn. Sebagai contoh,
pada dekad 1960-an itu sudah ada wanita yang minum di kedai-kedai kopi. Gaya
hidup seperti ini masih boleh diterima oleh semua anggota masyarakat kampung.
Sungguhpun nilai-nilai moden sudah diterima oleh semua secara meluas, tidaklah
bermakna nilai-nilai tradisional diketepikan langsung. Perubaha tersebut boleh
dianggap bercampur seperi asimilasi dan akomodasi kehidupan dalam mendepani
kehidupan moden.
Dalam kehidupan moden, kejayaan ditandai dengan kekayaan. Individu
yang berjaya ialah individu yang dapat mengumpulakan kekayaan . Seandainya
seseorang itu berkuasa, dia akan menggunakan kuasanya untuk mendapatkan
kekayaan sebanyak mungkin. Kedudukan, status dan kelas diukur mengikut
kekayaan yang dimilik oleh seseorang. Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ialah
seorang yang kaya dan bercita-cita mahu menambah kekayaannya.
"Orang di Kuala Lumpur tidak ada kerja lain melainkan
mengejar

wang,

kemewahan

dan

keseronokan.

Encik

Muhammad tidak mengira apa pun halangan di hadapannya dia


tetap jalan terus hingga kalau mungkin, seluruh wang dalam
negeri ini terkumpul dalam simpanan dan kekuasaanya."
( SBDKL : 291 )
"Encik Muhammad mencapai kejayaannya kerana dia berani.
Dia berani menghadapi apa juga cabaran. Tetapi juga
keberanian sahaja yang menjadi keutamaan pada saudagar
besar itu. Dia cerdik. Dia memasang perangkap. Dia
menjerumuskan lawan ke dalam perangkap itu. Dan orang tidak
tahu di mana Encik Muhammad menahan perangkapnya."
( SBDKL : 295 )

22

Nilai individualistik memang terdapat dalam budaya Melayu. Ikon-ikon


dalam dunia cerita novel Saudagar Besar dari Kuala lumpur ini pada umumnya
adalah mereka yang mengutamakan nilai ini. Penghulu Mahmud pada mulanya
bersedia mengetepikan hak warisnya apabila beliau berpakat dengan Tauke Chan
dan Yang berhormat Muhd. Yusuf untuk memajukan tanah pusakanya manakala
Yang Berhormat Muhd. Yusuf pula melakukan apa sahaja untuk memelihara
kepentingan politiknya untuk meneruskan survival dalam politik. Begitu juga dengan
Encik Muhammad yang mencari kekayaan dengan apa cara sekali pun. Sudin
bersedia menjadi broker untuk mendapatkan wang dengan mudah. Mat Akil pula
bersedia melakukan apa sahaja walaupun perlu berbunuhan demi mendapatkan
idaman hatinya. Nilai individualistik sering kali digambarkan oleh Keris Mas dalam
bentuk bayangan fikiran Sudin:
"Yang Berhormat Muhd. Yusuf ada motifnya. Dia mahu
menambah kekuatan politiknya di wilayah itu. Tauke Chan ada
motifnya. Dia ingin meluaskan lagi sayap kekayaannya. Jika
motif kedua orang itu tercapai dia pasti akan mencapai
motifnya pula. Dia mahu melepaskan dirinya daripada
belenggu hutang. Tetapi keluarga Penghulu Mahmud itu
apakah motifnya? Kalau Penghulu Mahmud mahu memegang
wang banyak sebelum dia mati, adiknya tauke besar dari Kuala
Lumpur itu mungkin mempunyai cara lain menambah
kekayaannya.
( SBDKL : 45)
".....ayah sekarang bertambah mabuk nampaknya. Kereta buruk
Peugeot 404 itu sudah digantinya dengan sebuah Mercedes
240D."
( SBDKL : 23)
Semiotik itu adalah tanda dan petanda yang berlaku dalm kehidupan
seharian. Status dan darjat juga diterapkan diterapkan dalam novel ini untuk
mengkritik isu tersebut. Pengungkapan itu membayangkan nilai tersebut masih
nyata dalam realiti kehidupan masyarakat Melayu pada ketika itu. Dalam 'Saudagar
Besar dari Kuala Lumpur, walaupun perkara ini secara tipikal dinukilkan oleh Keris
Mas melalui novelnya ini dengan mewujudkan babak, iaitu ketika Puan Sri Sharifah

23

Mu'nah tidak dapat tidur kerana bimbang puterinya, Sharifah Mahani dilamar oleh
pemuda yang bukan berketurunan Syed.
"Jangan tidur dulu. Awak tak ingat Mahani itu anak kita dan kita
ini keturunan Syeikh Syed Salim Makky."
( SBDKL : 30 )
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur merakamkan percampuran nilainilai tersebut secara pergolakannya. Setiap nilai cuba menempatkan diri masingmasing dalam senario yang berubah itu. Pada tempat dan keadaan tertentu, nilai
moden seperti nilai kejayaan diri, materialisme menjadi nilai utama dan pada tempat
dan keadaan lain, nilai kemurahan hati dan hidup seadanya dianggap lebih mulia.
Keris Mas bukan sahaja ingin memaparkan pergolakan tetapi cuba juga untuk
mencadangkan apa yang sepatutnya harus berlaku. Seseorang pengarang seperti
dinyatakan sebelumnya, menulis buakan sahaja untuk bercerita semata-mata tetapi
untuk menyampaikan agenda tertentu.
Prinsip semiotik yang menganggap apa sahaja yang ditulis oleh pengarang
boleh memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan sesebuah karya.
Berasiolasikan tajuk novel, tema, jalan penceritaan dan perwatakan boleh sahaja
kita ungkapkan novel ini memberi keutamaan pada nilai-nilai moden seperti
kejayaan diri dan kekayaan. Cuma di akhir cerita, mungkin kesimpulan dan
cadangan pengarang bahawa nilai moden itu harus digabungkan dengan nilai
tradisonal seperti kekeluargaan dan kepentingan bersama agar budaya Melayu
yang lahir daripada Dasar Ekonomi Baru itu membentuk suatu budaya yang
mantap. Pengarang bukan sahaja penulis tetapi juga pemikir dan intelektual dan
itulah yang diserlahkan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur tentang
ranah budaya bangsanya. Keris Mas telah menjalankan tugasnya dengan begitu
cemerlang sekali.
Prinsip semiotik yang terakhir melihat pendekatan ini melihat setiap genre
sastera ada nilainya yang tersendiri.Setiap genre itu mempunyai kekuatan pada
aspek-aspek tertentu dan menganggap genre itu ada keistimewaannya yang
tersendiri. Semiotik menganalisis unsur-unsur istimewa yang terdapat dalam karya
itu haruslah dilihat dalam konteks dirinya dan bukannya dibandingkan dengan
karya-karya yang lain. Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri kerana mengetengahkan nasib bangsa Melayu
dan cara untuk memajukan diri mereka tanpa bergantung pada orang lain.

24

REFLEKSI
Melalui tugasan yang telah saya siapkan ini, secara peribadinya saya merasakan ia
telah memberi pelbagai pengalaman dan juga pengetahuan yang baru kepada saya
berkaitan ilmu kritikan sastera. Jika sebelum ini saya hanya membaca novel namun
kini saya berpeluang mempelajari cara mengkritik hasil karya sastera. Tambahan
pula ini adalah baru tugasan semester tiga semenjak saya menjejakkan kaki ke
Program PISMP. Di sini saya akan menceritakan apa yang telah saya perolehi dan
pengalaman-pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang proses untuk saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Secara jujurnya, melalui tugasan

ini saya telah dapat mempelajari dan

mengetahui banyak ilmu yang tidak saya ketahui sebelum ini. Malah mungkin jika
saya tidak diberikan peluang untuk mengkaji dan menyiapkan tugasan ini, saya
langsung tidak akan mengetahuinya. Melalui tugasan ini saya dapat memahami
konsep dan prinsip teori-teori sastera seperti Semiotik, Marxisme, Feminisme,
Psikoanalisis, Pascastrukturalisme dan kritakan Baru. Saya memilih teori Semiotik
untuk melaksanakan tugasan kritikan sastera ini. Hal ini kerana saya pernah
mendengar dan terbaca mengenai semiotik. Namun begitu, saya belum lagi
menguasai ilmu ini. Walaubagaimanapun, selepas melaksanakan tugasan ini, saya
mendapat ilmu dan inpu yang berguna berkaitan ilmu semiotik ini.
Sebelum ini walaupun saya pernah mengambil subjek Kesusateraan Bahasa
Melayu di sekolah, saya masih tidak mampu memahami dan kurang berminat
dengan subjek tersebut. Namun selepas mempelajari subjek Kritikan Sastera (PSE
3101) melalui didikan En. Shamsudin Bin Abu Bakar membuatkan saya semakin
memahami dan meminati kembali subjek ini. Melalui tunjuk ajar dan bimbingan
beliau membuatkan saya semakin bersemangat untuk mendalami subjek ini jika
diberi peluang sekali lagi.
Kejayaan seseorang banyak bergantung kepada usaha dan pengalaman
yang diperolehi. Tugasan ini memberikan pengalaman dan cabaran kepada saya dan
membuatkan saya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan
tugasan ini dengan sebaik mungkin. Pengalaman dan ilmu yang saya dapat melalui
pengumpulan isi pelajaran yang untuk melaksanakan tugasan ini. Ilmu yang
diperolehi daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal, internet, akhbar dan
sebagainya banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini dengan sebaik
mungkin.

25

BIBLIOGRAFI
Aart Van Zoest. (1993). Semiotika: Tentang Tanda, Cara Kerjanya dan Apa yang
Kita Lakukan Dengannya. Jakarta: Yayasan Sumber Agung.
Abdul

Halim

Ali.

(2010).

Diakses

pada

21

Februaru

2014

http://teorisastera.blogspot.com/search?updated-max=2010-0729T17:49:00-07:00&max-results=10&reverse-paginate=true
Alex Sabor. (2003). Semiotika Komunikasi. Bandung: PT Remaja Rosdakarya.
A, R. H. (2005). Teori sastera kontemporari. Bandar Baru Bangi, Selangor:
Pustaka Karya.
Hashim, A., & Temu Kritikus dan Sastrawan. (1984). Perkembangan kritikan sastera
di Malaysia. Jakarta: Ditjen Kebudayaan Depdikbud: Dewan Kesenian
Jakarta.
Hashim, A. (1988). Kritikan kesusasteraan: Teori dan penulisan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Keris, M. (1982). Saudagar besar dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keris, M., & A, B. H. (1981). Esei pilihan Keris Mas: Kesusasteraan bahasa
dan kemasyarakatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maimunah,. (1992). Panduan menganalisa aspek-aspek di dalam cereka:
Penganalisaan novel Saudagar besar dari Kuala Lumpur karya Keris Mas.
Shah Alam: Biro Penyediaan Teks (Biroteks), Institut Teknologi Mara.
Mana, S. (1985). Mendekati drama. Subang Jaya: Penerbitan Sarjana.
Mohd, P. M. (2005). Kajian & ulasan STPM: Novel saudagar besar dari
Kuala Lumpur. Shah Alam: Federal -Marshall Cavendish
Education.
Moi, Toril. (1985). Sexual, Textual Politics: Feminist Literacy Theory. London:
Methuen.
Panuti Sudjiman dan Aart Van Zoest. (1992). Serba serbi Semiotika. Jakarta:
Penerbit GT Gramedia Utama.
Puji Santosa. (1993). Ancangan Semiotika dan Pengkajian Susastera. Indonesia:
Penerbit Angkasa Bandung.
Rahman, S. (1988). Kritikan sastera Melayu: Pendekatan dan pemikiran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Seminar Pemikiran Sasterawan Negara :, Jaafar, A. R., Mohd, A. D., & Muhamad, I.
F. H. (2005). [Pemikiran Keris Mas sebagai tonggak pembangunan sastera

26

kebangsaan]: : prosiding Seminar Pemikiran Sasterawan Negara : Keris Mas.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Selamat Bin Saimun (2010) Diakses pada 20 Februari 2014
ttp://mimbarkata.blogspot.com/2013/05/saudagar-besar-dari-kuala
umpur-i.html
Zaid Harith. (2009). Diakses pada 22 Februari 2014
http://aduweh.blogspot.com/2009/07/teori-semiotik.html

27

LAMPIRAN
BIODATA KERIS MAS
Kamaluddin Muhamad adalah Sasterawan Negara Malaysia 1981. Beliau lebih
dikenali sebagai Keris Mas. Beliau seorang wartawan, editor, pentadbir sastera,
sasterawan, dan pengkritik.
Beliau dilahirkan di Kampung Ketari, Bentong, Pahang pada 10 Jun 1922.
Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Bentong; Tawalih School, Sumatera iaitu
sebuah sekolah menengah dengan pengantar bahasa Indonesia dan bahasa
Arab .Keluarganya berharap beliau akan bekerja sebagai guru agama. Seterusnya
sambung belajar di Kolej Kulliahtul Muallimin Al-Islamiah, Sumatera (Maktab
Perguruan Islam) bagi melayakkan beliau menjadi seorang guru. Beliau juga belajar
bahasa Belanda. Kemudian belajar di Pitman College, Singapura (1940) untuk
mengambil

peperiksaan

matrikulasi

Universiti

London.Namun

pengajiannya

terhalang kerana Perang Dunia Kedua meletus.


Beliau pernah terbabit dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan
Pahang dan menjadi exco penerangannya. 1947, Keris Mas hadir dalam Kongres
PKMM di Singapura mewakili negeri Pahang.
Semasa penjajahan Jepun, Keris Mas bekerja sebagai kerani di gudang
percetakan Dai Nippon Insatsu di Singapura.
Apabila British kembali ke Tanah Melayu pada 1948, beiau berkhidmat di
akhbar Melayu Raya dan Warta Negara sebelum berpindah ke Utusan Melayu di
Singapura. Tumpuan tugas beliau ialah memastikan majalah Mastika dan akhbar
Utusan Zaman mendapat tempat di hati pembaca.
Beliau pindah ke Dewan Bahasa dan Pustaka setelah dijemput oleh Ungku
Aziz yang menjadi pengarah DBP cawangan Johor Bharu sebagai Ketua Bahagian
Pengarang (1 Julai 1966 - 30 Jun 1971) dan sebagai Ketua Bahagian Pembinaan
dan Pengembangan Sastera mulai 1 Julai 1971 hingga 10 Jun 1977. Beliau
bertangungjawab sebagai Ketua Pengarang majalah Dewan Sastera dan Dewan
Bahasa . Keris Mas bersara pada tahun 1977.
Keris Mas ahli aktif dalam Angkatan Sastera 50 atau 'Asas 50' Novel dan
cerpen Asas 50 cenderung kepada 'Seni untuk Masyarakat'.Mereka pernah
menghantar 'Memoranda Asas 50' kepada kerajaan dan membentangkan cita-cita
dan perjuangan pertubuhan itu.Kegigihannya menyebabka beliau dilantik sebagai

28

Ketua Satu ASAS 50.


Semasa berkhidmat di DBP, beliau aktif dalam Persatuan Penulis Nasional
(PENA) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).
eris Mas dalam berkarya telah menghasilkan 60 buah cerpen dengan cerpen
pertamanya berjudul Wasiat Orang Bangsawan, tersiar di majalah Suluh Malaya (1
Jun 1946). Semua cerpen-cepennya terkumpul dalam antologi cerpen: Mekar dan
Segar (1959), Dua Zaman (1963), Patah Tumbuh (1963) dan Pertentangan
(1968).Antologi

cerpen

Patah

Tumbuh

juga

pernah

menjadi

teks

subjek

Kesusasteraan Melayu di peringkat STPM.


Antara novel penghasilan Keris Mas ialah Pahlawan Rimba Malaya (1946),
Korban Kesuciannya (1949), Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar Dari Kuala
Lumpur (1983) dan Rimba Harapan (1985). Novel Rimba Harapan telah
diterjemahkan oleh Adibah Amin kepada 'Jungle of Hope' dan diangkat sebagai teks
kajian komponen sastera, Bahasa Inggeris SPM.
Beliau banyak menghasilkan karya kreatif lama sebelum ASAS 50
ditubuhkan.Novel pertamanya, Pahlawan Rimba Malaya' (1976) lebih pendek
daripada manuskrip asalnya kerana penerbit berhadapan kekurangan kertas .
Pahlawan Rimba Malaya, Korban Kesuciannya dan Anak Titiwangsa merupakan tiga
buah novel yang sederhana.Pahlawan Rimba Malaya ditulisnya selepas pendudukan
Jepun sementara Korban Kesuciannya (1949) ditulisnya semasa bekerja di Utusan
Melayu. Anak Titiwangsa pula(1967) dihasilkan semasa di DBP.
Selaku Pegawai Penerangan PKMM, beliau menulis sebuah cerpen
perjuangan bertajuk Darah dan Air Mata (majalah Kenchana ; 15 Oktober 1947).
Antara 1950-1960-an beliau cukup aktif menghasilkan cerpen bermutu berkisar
tentang masyarakat Melayu tempatan dan berunsur didaktik.
Persoalan yang relevan pada masa itu yang digarap oleh beliau ialah soal
cinta, kepincangan masyarakat, perjuangan kebangsaan, kisah darurat dan sosialpolitik sesudah merdeka 1957 .Semua berdasarkan pengalaman Keris Mas di
Pahang dan seluruh Tanah Melayu / Singapura sejak tahun 1940-an hinggalah
sesudah merdeka 1957.
Beliau dipilih sebagai penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka selama
setahun (1 Julai 1977 hingga 30 September 1978).Sebagai Penulis Tamu, beliau
menulis memoir mengenai penglibatannya dalam perkembangan sastera sepanjang
1945-1977.Keris Mas menjadi Karyawan Seni di Universiti Malaya (1979-1980) dan

29

membantu dalam kursus penulisan kreatif. 1980-an, Keris Mas menghasilkan novel
'Saudagar Besar dari Kuala Lumpur' - novel sosiopolitik yang disiarkan setiap minggu
di akhbar Mingguan Malaysia.
Beliau dilantik sebagai Penulis Tamu DBP sekali lagi (1985-1986) dan berjaya
menghasilkan sebuah novel yang berjudul Rimba Harapan.
Beliau menerima 'Anugerah Pejuang Sastera' dan membawa pulang RM10
000.00 , watikah daripada Perdana Menteri Malaysia, Tun Hussein Onn pada 29 Mei
1976. Perdana Menteri melantik beliau sebagai Setiausaha Panel Hadiah Karya
Sastera (1971-1976), dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara 1979. Beliau
penerima Anugerah Sastera Negara yang pertama (1981). Majlis diadakan di Dewan
Bankuet, Bangunan Parlimen pada 26 April 1981 oleh Yang di Pertuan Agong. Tahun
1987, beliau menerima Anugerah ASEAN (dalam bidang kesusasteraan).
Keris Mas juga dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh
Universiti Sains Malaysia pada 5 Ogos 1989.[1][2][3]
Kolej kediaman mahasiswa di UKM, Bandar Baru Bangi turut dinamakan sebagai
'Kolej Keris Mas'.
Hasil Penulisan :
1.

Anak Titiwangsa : DBP, 2010.

2.

Darah dan air mata : kumpulan cerpen pilihan : DBP, 2006.

3.

Saudagar Besar dari Kuala Lumpur: DBP, 2003.


4. Sasterawan negara Keris Mas : tanggapan tokoh dan sarjana/ diselenggarakan oleh
A. Karim Abdullah & A. Rahim Abdullah : DBP, 2001.

5.

Jungle of hope / Keris Mas ; (terjemahan) Adibah Amin. : DBP, 2000.


6. Koleksi terpilih sasterawan negara Keris Mas / penyelenggara A. Rahim Abdullah:
DBP, 1995.
7. Dua novel Keris Mas : Pahlawan Rimba Malaya dan Korban Kesuciannya /
diselenggarakan oleh A. Karim Haji Abdullah : DBP, 1993.

8.

Kumpulan cerpen 1946-1989 : DBP, 1992.


9. Patah tumbuh : Cerita-cerita pendek dikumpulkan dan dibicarakan oleh Syed Husin
Ali :Fajar Bakti , 1991
10. Perbincangan gaya bahasa sastera : DBP, 1988.
11. Rimba harapan : DBP, 1986.

12.

Blood and tears: Fajar Bakti, 1984

13.

Esei pilihan Keris Mas : kesusasteraan, bahasa, dan kemasyarakatan / disusun oleh

30

A. Bakar Hamid.: DBP, 1981.


14.

Laporan Panel Anugerah Sastera Negara, 1981 : DBP, 1981.

Terjemahan ke dalam bahasa Rusia :


15.

Keris Mas. Nashi Torgovie Ryadi (Kedai Sederet Di Kampung Kami). Terjemahan B.
Parnikel U Obochini Shosse. Rasskazi Sovremennih Malayskih Pisatelei (Di Tepi
Jalan. Cerita Pendek Penulis Melayu Moden). Penyusun B. Parnikel. Moscow:
Vostochnaya Literatura, 1963.

16.

Keris Mas. Oni Ne Ponimayut (Mereka Tidak Mengerti). Terjemahan R. Korigodsky


Sovremennaya Malayziyskaya Novella (Cerita Pendek Malaysia Moden). Penyusun
V. Sigaev, B. Parnikel. Prakata oleh B. Parnikel. Moscow: Progress, 1977.

17.

Keris Mas. Chudo-Pechka (Dapur Ajaib). Terjemahan E. Cherepneva Aziya i Afrika


Segodnya (Asia dan Afrika Hari Ini), 1979, 5, hlm. 11-16.
Keris Mas. Oni Ne Ponimayut (Mereka Tidak Mengerti). Terjemahan R. Korigodsky
Izbrannie Proizvedeniya Pisateley Yugo-Vostochnoy Azii (Karya Pilihan Penulis Asia
Tenggara). oscow: Khudozhestvennaya Literatura, 1981.
Keris Mas atau Kamaludin Muhamad meninggal dunia di Hospital Besar
Kuala Lumpur pada 9 Mac 1992 kerana sakit jantung. Jenazah dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Beliau terlantar di hospital beberapa
lama kerana penyakit misteri.
Beliau meninggalkan isteri Roswita Ali, dua anak Hayati dan Amir, dan tujuh orang
cucu.

31

SINOPSIS NOVEL SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR


NOVEL INI secara keseluruhannya cuba membincangkan kesan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang telah diperkenalkanl oleh kerajaan pada tahun 1970 demi
membasmi kemiskinan terutama di kalangan orang melayu.
Sebagai pengarang yang berpegang teguh kepada konsep ASAS 50, iaitu
Seni untuk Masyarakat, Keris Mas juga dapat dilihat menggerakkan novel tesebut
dari aspek perpaduan antara kaum. Selain itu, novel ini juga ditulis berkemungkinan
kesan daripada buku Revolusi Mental tulisan Datuk Senu Abdul Rahman (1970)
yang membincangkan tentang ehwal sejarah bangsa Melayu.
Keris Mas menggunakan buku Revolusi Mental dalam penulisan novel
Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur kerana semangat Melayu yang cuba
dimotivasikan oleh buku ini jelas dapat dilihat pada seorang tokoh utama yang
menjadi pusat naratif novel ini, iaitu Muhammad. Hampir keseluruhan sikap yang
cuba dimotivasikan itu terimej pada watak tersebut.
Namun begitu, perbincangan ini hanya akan menumpukan kepada inti pati
penting daripada DEB untuk melihat sejauh mana pandangan Keris Mas terhadap
pelaksanaan dasar di Malaysia.
DEB telah dibahagikan kepada tujuh perkara sebagai garis panduan kerajaan
mencapai dasar tersebut dan Keris Mas telah menerapkan beberapa dasar yang
penting dan seterusnya menjadi pokok perbincangan dalam novelnya.
Perkara pertama, dalam DEB ialah pengurangan ketidakseimbangan
ekonomi di antara kaum secara muktamad dari segi pendapatan, pekerjaan dan
kekayaan. Seperti yang dicatatkan dalam Buku Dasar Ekonomi Baru: Inti pati,
matlamatnya

adalah

untuk

membawa

perubahan

dalam

sistem

ekonomi

terutamanya dalam kalangan orang Melayu kerana kerajaan percaya bahawa sistem
'aparteid' telah digunakan oleh kolonial Inggeris dalam agihan ekonomi di Tanah
Melayu demi keselamatan mereka.
Demi mengubah status orang-orang Melayu yang telah ketinggalan jauh itu,
kerajaan telah menyarankan agar orang-orang Melayu bekerja keras dalam
meningkatkan taraf hidup mereka. Mereka perlu melibatkan diri secara aktif dalam
ekonomi negara. Cadangan kerajaan ini adalah untuk melihat kebolehan dan

32

memberi pengalaman kepada orang Melayu dalam pembahagian dan pembangunan


sumber ekonomi.
Dalam novel ini, Keris Mas telah memberi peranan penting kepada
Muhammad, iaitu seorang saudagar yang menguruskan sebuah anak syarikat milik
saudagar Cina, Datuk Tan Chong Seng. Syarikat ini menguruskan import eksport
lada hitam. Namun kebijaksanaan dan sikap hemah Muhammad telah melawan arus
sikap orang Melayu lama. Kebenaran ini diperlihatkan apabila Datuk Tan kagum
pada kebolehan dan keberanian Muhammad dalam membuat sesuatu rundingan
perniagaan. Kekaguman Datuk Tan kepada Muhammad dalam mentadbir dan
mengurus anak syarikatnya menyebabkan beliau menjadikan Muhammad sebagai
rakan kongsi perniagaan dalam syarikat import eksport lada hitam.
Berdasarkan contoh di atas, Keris Mas cuba membentuk personaliti watak
Melayu yang dikehendaki oleh DEB. Dalam dasar kerajaan tersebut orang Melayu
harus

diberi

peluang saksama

membentuk

kekayaan

baru dalam

proses

pembangunan negara. Selain itu orang Melayu juga harus berani merebut peluang,
seperti Muhammad yang mencuba menerima cabaran dan risiko dalam bidang
perniagaan.
Dalam perkara pertama DEB itu juga dimaklumkan bahawa untuk
memperkembangkan kebolehan orang Melayu, langkah-langkah yang akan diambil
oleh kerajaan dalam mempertingkatkan kebolehan orang-orang Melayu ialah
memberikan pendidikan dan latihan kemahiran terutama kepada generasi muda.
Pendidikan penting dalam pembangunan sesebuah negara kerana generasi mudalah
nanti yang akan mewarisi kepimpinan negara seterusnya.
Selain untuk membangunkan negara melalui pendidikan, kerajaan juga
melihat faktor pendidikan sebagai tonggak penting membentuk satu sistem nilai baru
kepada generasi muda terutamanya dari segi perpaduan negara dan penyatuan
kaum. Seruan kerajaan ini telah dilukiskan oleh Keris Mas pada watak Rahim, iaitu
anak kepada Muhammad dan Robert, anak kepada Datuk Tan. Kedua-dua mereka
sedang menuntut di England, berumur 23 tahun, rakan karib dan mengambil
pengkhususan dalam bidang yang sama, iaitu kejuruteraan lombong.

33

Kedua-dua watak ini sebenarnya ialah wakil generasi muda yang menjadi
harapan kerajaan untuk sama-sama menggerakkan pembangunan negara seperti
dalam pernyataan DEB tentang pentingnya pendidikan dalam negara membangun.
Sehubungan dengan itu, jika kita melihat bidang pengkhususan yang diambil
oleh kedua-dua anak muda itu juga selaras dengan galakan kerajaan yang mahu
bidang kemahiran tinggi. Pengkhususan yang diambil oleh kedua-dua anak muda itu
juga secara tersirat digambarkan oleh Keris Mas betapa bidang kejuruteraan yang
sinonim dengan pembangunan adalah penting dan simbol kepada pembangunan
negara.
Selain itu, imej Rahim yang mewakili orang Melayu dan Robert yang mewakili
orang Cina dan merupakan rakan karib sejak bersekolah lagi adalah imej perpaduan
antara kaum yang cuba diutuskan oleh Keris Mas dalam novel ini.
Dalam perkara pertama DEB juga disentuh tentang rancangan pembangunan
wilayah baru atau dikenali sebagai tanah rancangan seperti Felda. Melalui program
tanah rancangan ini, kerajaan menempatkan orang Melayu dan seterusnya
menyediakan sumber pekerjaan kepada mereka. Tujuan tanah rancangan ini adalah
untuk mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi orang Melayu yang keseluruhan
masih tinggal di desa-desa yang telah kekurangan sumber dan mengalami
kejumudan sikap menyebabkan mereka berada dalam kemiskinan. Program tanah
rancangan ini juga berkaitan dengan perkara kedua DEB yang penting, iaitu
membasmi kemiskinan terutama orang-orang Melayu. Mengikut pemerhatian
kerajaan yang serius, pada tahun selepas merdeka kadar kemiskinan sangat tinggi di
kawasan luar bandar dan juga orang-orang Melayu di bandar.
Justeru,

dalam

Saudagar

Besar

Dari

Kuala

Lumpur,

Keris

Mas

menggambarkan imej orang Melayu di Lembah Tualang dan Jeram Medang, iaitu
kampung Muhammad yang rata-rata masih bergantung hidup pada sawah dan getah
yang pada waktu itu tidak lagi menjadi sumber pendapatan penting. Faktor ini
menyebabkan penduduk Melayu di situ berada dalam kemiskinan. Untuk
menyelesaikan kemelut kemiskinan yang dialami oleh kebanyakan penduduk
Lembah

Tualang

dan

Jeram

Medang,

Muhammad,

telah

mengusahakan

perpindahan orang Lembah Tualang dan Jeram Medang ke tanah rancangan Felda.

34

Dalam perkara ketiga DEB pula, kerajaan mahu melibatkan orang-orang


Melayu ke dalam sektor-sektor moden. Penglibatan orang Melayu ini penting demi
menjamin kesamarataan agihan sumber hasil bumi negara dengan bangsa asing.
Oleh itu melalui Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, Keris Mas telah
meneroka satu bidang yang baru walaupun bidang ini sebenarnya telah diceburi oleh
pembesar Melayu di zaman kolonial British dahulu. Bidang yang dimaksudkan itu
ialah bidang perlombongan bijih timah. Lembah Tualang ini menurut pendapat pakar
kaji bumi masih lagi kaya dengan hasil bijih timah. Hal ini menarik minat Datuk Tan
dan rakan kongsinya Muhammad yang mempunyai pengaruh keturunan di Lembah
Tualang untuk menjalankan kembali projek cari gali bijih timah di sana.
Hasrat ini secara tidak langsung menggambarkan bagaimana proses
kemasukan orang Melayu, Muhammad ke dalam satu bidang perniagaan yang
moden, iaitu dalam sektor perlombongan. Di samping itu, kerjasama yang
digambarkan antara Datuk Tan dan Muhammad melambangkan bagaimana bentuk
agihan itu boleh terjadi.
Dalam perkara keempat DEB pula kerajaan mahu menggiatkan penggunaan
sumber tenaga sepenuhnya dalam sektor moden. Dalam erti kata lain kerajaan mahu
mengurangkan masalah pengangguran terutama dalam kalangan orang Melayu.
Perkara kelima DEB pula menggariskan bentuk peranan kerajaan-kerajaan
negeri dan persekutuan serta agensi yang berkaitan dalam membentuk ekonomi
negara. Dalam novel ini, watak YB Muhammad Yusuf adalah sebagai wakil kerajaan
negeri. Beliau menjadi rujukan Muhammad dalam menyelesaikan isu tanah
penduduk Lembah Tualang dan Jeram Medang. Dengan kuasa kerajaan yang miliki
oleh YB Muhammad Yusuf, beliau telah menguruskan perpindahan penduduk
Lembah Tualang ke tanah rancangan Felda.
Sebagai seorang pengarang Islam, Keris Mas telah memberi penilaian
kepada DEB yang secara keseluruhan masih mempunyai kelemahan. Kelemahan
yang dikesani oleh Keris Mas ialah tentang aspek pembangunan rohaniah Islam.
Atas kesedaran ini juga, Keris Mas telah melontarkan pemikirannya tentang perlunya
pembangunan agama seiringan dengan pembangunan fizikal agar pembangunan
yang ingin dicapai dan dicita-citakan oleh kerajaan itu lengkap dan sempurna.
Justeru melalui tokoh generasi muda Rahim yang mendapat pendidikan di

35

luar negara dan Lebai Maarup yang hanya mendapat pendidikan setakat SPM
melontarkan pesan kepada Muhammad dan juga kerajaan bahawa dalam mengejar
kekayaan asas-asas keagamaan jangan dipinggirkan.
Selain itu, Muhammad, iaitu seorang saudagar dari Kuala Lumpur yang
menjadi judul novel secara simboliknya ialah imejan kepada DEB. Rahim secara
simbolis

mewakili

golongan

intelektual-akademik

yang

akhirnya

berjaya

mengingatkan ayahnya tentang nilai-nilai budaya bangsa yang harus dipelihara


dalam mengejar kekayaan material.
Lebai Maarup pula lambang kepada golongan agama-ulama yang mahu
pembangunan rohani tidak dipinggirkan juga akhirnya berjaya mengingatkan
Muhammad tentang kepentingan agama dalam mengejar pembangunan fizikal.
Manakala YB Muhammad Yusuf lambang kepada kuasa kerajaan. Begitulah Keris
Mas membuat penilaiannya terhadap DEB yang dirangka oleh kerajaan untuk
memacukan pembangunan negara Malaysia.

36

Anda mungkin juga menyukai