Anda di halaman 1dari 2

Analisis kepentingan kritikan sastera dalam perkembangan penghasilan karya sastera.

Antara kepentingan kritikan sastera adalah menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya


menyebarkan pengetahuan itu. Apabila seseorang memberikan kritikannya terhadap
sesuatu sastera, seseorang itu sebenarnya melihat karya sastera itu daripada sudut
pandangan yang berbeza daripada penulis karya itu. Hal ini menyumbangkan idea dan
pandangan yang baharu yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada penulis karya.
Misalnya, dalam memperbaiki karya lama atau pun mencipta karya baharu yang dapat
menggunakan idea dan pandangan tersebut. Dengan itu, idea dan pengetahuan yang
diterima daripada kritikan dapat digunakan dan disebarkan melalui penghasilan karya
baharu.

Selain itu, kritikan sastera penting kerana kritikan yang jelas dapat membantu
pembaca-pembaca lain untuk menghayati hasil karya sastera tersebut. Kadang-kala
pembaca akan membaca sesuatu karya sastera itu bukan kerana ternampak buku di rak
buku, tetapi kerana didedahkan sama ada melalui pencarian sendiri atau disyorkan oleh
orang lain dengan kritikan orang lain terhadap karya tersebut dan terpupuknya minat untuk
mengetahui dengan lebih mendalam tentang karya tersebut. Dengan adanya minat ini,
pembaca akan membaca dan memahami karya tersebut dan jika pembaca meminati karya
tersebut, pembaca akan berkongsi pula dengan pembaca-pembaca lain. Hal ini seumpama
tindak balas rantai di mana pembaca-pembaca saling berkongsi karya sastera yang menarik.
Misalnya, buku novel Bahasa Inggeris siri Harry Potter karya J.K. Rowling yang bertemakan
magik dan keajaiban mendapat sambutan yang hangat daripada ramai pembaca dan
peminat. Salah satu sebab karya ini disebarkan adalah kerana mendapt kritikan daripada
pelbagai media seperti akhbar New York Times, majalah USA Today, majalah Publishers
Weekly dan dimasukkan dalam Senarai Pilihan Editor (Booklist Editors’ Choice) dan
sebagainya. Oleh itu, kita jelas melihat kepentingan kritikan sastera dalam menanam minat
pembaca.

Di samping itu, kritikan sastera juga dapat membantu penulis mendidik masyarakat
setelah mengeahui kemahuan dan keperluan pembaca. Kadang-kala kita akan terbaca
karya-karya yang dalam bentuk cerita, namun mesej yang ingin disampaikan sebenarnya
adalah teguran kepada masyarakat. Jenis karya yang istimewa ini mempunyai maksud
tersirat yang sukar untuk difahami oleh sesetengah masyarakat. Oleh itu, kritikan yang
berbentuk penilaian boleh diberi supaya penulis dapat memperbaiki karyanya agar mesej
utamanya dapat ditonjolkan dan difahami dengan jelas dan nyata oleh masyarakat. Namun,
terdapat juga keistimewaan karya jenis dan kritikan saranan juga boleh diberi untuk
membantu penulis menonjolkan pemikiran, tem dan persoalan karya sastera tersebut. Hal
ini dapat memberikan pembaca idea yang umum dan mempunyai keinginan untuk membaca
karya tersebut. Dengan itu, kita faham bahawa kritikan sastera memang penting dalam
dunia sastera.

Secara kesimpulannya, kita boleh merumuskan bahawa kritikan sastera penting


kerana menyumbangkan pengetahuan kepada pembaca, memupuk minat pembaca, dan
membuka minda serta memberikan idea yang umum kepada pembaca.

Anda mungkin juga menyukai