Anda di halaman 1dari 10

Kaedah pengajaran tatabahasa

(Kaedah Pandang dan Sebut


& Kaedah Fonik)
Disediakan oleh Kumpulan
2:
Tiffany Wee Jing Yi
Ang Shirley
Sharifah Anna Balqis
Azmina Athirah
Kaedah Pandang dan Sebut
• Dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan
dengan memperkenalkan perkataan dan bukan huruf atau suku kata
• Pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa
diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya,
minum, kopi, sepak, bola emak, bapa, adik, abang, kawan, dan sebagainya.
• Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan menyebutnya
berulang-ulang.
• Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan murid belajar
secara pandang dan mengecam perkataan. Kaedah ini tidak menggunakan
aktiviti mengeja sama sekali.
Aplikasi dalam PdP
1. Murid diajar menyebut ‘seluruh perkataan’ selepas guru
menyebutnya dan menulisnya di papan tulis.
2. Perkataan seperti ‘meja’ dan ‘cawan’ kemudian dicerakinkan
menjadi suku kata, seperti ‘me ja’ dan ‘ca wan’. Murid membaca
suku kata.
3. Kemudian perkataan ‘meja’ dan ‘cawan’ ini dicerkain lagi menjadi
huruf. Seperti ‘m’ ‘e’ ‘j’ a’ ‘c’ ‘a’ ‘w’ ‘a’ ‘n’.
4. Murid mengeja dan menulis huruf dan perkataan. 
5. Kaedah seluruh perkataan ini sesuai untuk bahasa yang sistem
ejaannya logografik eg. Bahasa Cina dan bahasa Mesir Tua.
Kelebihan
• Murid-murid memahami apa yang mereka baca dan ini dapat
mengelakkan mereka merasa bosan.
• Mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya
murid-murid telah menguasai sejumlah perkataan.
• Pengalaman pembecaan murid akan lebih bermakna jika dibacanya
merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka.
Kelamahan
• Kanak-kanak cuba mengecam dan membaca perkataan dengan cara
meneka dari bentuknya.
• Kanak-kanak tidak dapat mengguna kemahiran membaca perkataan
yang lalu untuk membaca perkataan baharu.
• Murid perlu mengcam dan menghafal banyak perkataan sebelum ia
boleh membaca sesuatu cerita.
• Murid pandai menyebut perkataan tetapi tidak pandai mengeja.
Kaedah Fonik
• Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), kaedah fonetik mensyaratkan
murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa
mengingat nama huruf.
• Kaedah ini adalah berasaskan teori bahawa belajar membaca dengan
melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara
bunyi dan lambang yang dilihat.
• Kaedah ini menekankan kepada setiap bunyi abjad yang terdapat dalam
bahasa.
• Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad
mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam bahasa Inggeris.
Aplikasi dalam PdP
1. Kaedah ini boleh dimulakan dengan pengenalan bunyi huruf vokal dan
konsonan.
2. Kemudian, bunyi-bunyi tersebut digabungkan untuk membentuk suku kata dan
seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna.
3. Guru boleh menggunakan gambar ilustrasi untuk menarik minat murid sebagai
sokongan.
4. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf sebaliknya diajar bunyi-bunyi huruf.
5. Setelah mereka mengetahui hubungan setiap huruf dengan bunyi, suku kata pula
boleh dibina, kemudian baru digabungkan dengan suku kata menjadi perkataan-
perkataan.
6. Seterusnya, murid-murid diberi latihan membaca ayat mudah yang
menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari.
Kelebihan
• Sesuai dengan susuk Bahasa Melayu yang bersifat fonemik.
• Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan baharu
• Memudah murid-murid menguasai kemahiran membaca
Kelemahan
• Pembacaan murid tidak lancar dan licin
• Tidak menarik hati kerana suku kata yang diajar tidak mempunyai
makna
• Sukar untuk membunyikan fonem diftong dan digraf
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai