Anda di halaman 1dari 2

Imbuhan Awalan Imbuhan Apitan Imbuhan Sisipan Imbuhan Akhiran

(SARANG ANAK TUPAI DAN IBUNYA)

Pada suatu hari, ada seekor anak tupai yang bernama Didi. Didi pandai mencari makanan. Didi
seekor tupai yang handal dan cekap. Didi juga berani untuk memanjat pokok dan melompat dari
dahan ke dahan.

Suatu pagi yang cerah, ibunya mahu mencari makanan.

Ibu Didi: “Anakku! Kamu duduk di sarang! Biar ibu mencari makanan.”

Tetapi Didi tidak bersetuju. Didi berkata dengan lembut.

Didi: “Ibu, rehatlah di sarang, biarlah Didi keluar mencarikan makanan. Didi masih muda dan
bertenaga untuk mencari makanan. ”

Ibu: “Baiklah, anakku, berhati-hati semasa memanjat pokok. Jangan sampai jatuh dan tercedera
pula!”

KAWASAN POKOK DURIAN (SANG MONYET DAN ANAK TUPAI)

Didi bersungguh-sungguh mahu mencari makanan. Ibunya tidak dapat menghalang. Didi
mendengar nasihat ibunya. Didi pun keluar dari sarang lalu mencari pokok-pokok yang berbuah
dengan wajah yang gembira. Tiba-tiba Didi ternampak sepohon pokok durian. Pokok durian yang
dijumpai itu berbuah dengan lebat. Didi bertambah gembira melihat hasil pencariannya. Didi mahu
memanjat pokok durian itu tetapi tiba-tiba Sang Monyet datang menghampiri.

Sang Monyet: (marah) “Jangan kamu memanjat pokok ini, pokok ini adalah kepunyaan aku! Pokok
durian ini aku yang temui dahulu. Kamu tidak berhak untuk mengambil buah ini sesuka hati”

Didi: “Janganlah tamak Pak Cik Monyet. Buah durian itu terlalu banyak! Apa salahnya berkongsi
sedikit dengan haiwan-haiwan lain bak kata pepatah sedikit sama dirasa, banyak dibahagi rata.”

Sang Monyet: “Ahhh tidak! Sukar untuk mendapatkan buah durian kerana musimnya setahun
sekali.”

Didi: “Tapi Pak Cik Monyet, ibu saya amat gemar akan buah durian. Wahai pak cik monyet,
bertimbang rasalah sikit.”

Sang Monyet: “Aku tidak kisah, walaubagaimanapun kamu tidak berhak mengambil buah ini”

Didi: “Baiklah kalau begitu, saya minta diri dulu.”, kata anak tupai dengan perasaan hampa.

Sang Monyet tetap tidak membenarkan Didi mengambil durian di situ. Sang Monyet tetap dengan
pendiriannya. Didi tidak mahu merayu lagi. Didi kemudiannya meneruskan hajatnya untuk mencari
makanan. Anak tupai tersebut yakin bahawa rezekinya tetap ada.

Didi meneruskan langkahnya melalui semak-samun yang serabut. Sebelum beredar, Didi sempat
melihat wajah Sang monyet yang tidak menghiraukan kata-katanya. Sang Monyet memang seekor
haiwan yang tamak. Sang Monyet berpendirian bahawa pokok durian adalah hak miliknya.
KAWASAN BUAH-BUAHAN (ANAK TUPAI DAN IBUNYA)

Setelah beberapa jam mencari makanan, Didi akhirnya berjaya menemui sebuah kawasan yang
dipenuhi dengan buah-buahan yang masak ranum.

Didi: “Wah! Tempat apakah ini ? banyaknya buah-buahan! Aku harus mencari makanan secepat
mungkin sebelum matahari terbenam”

Tanpa membuang masa, Didi segera mencari makanan.

Mata Didi tertarik apabila melihat pokok pisang yang buahnya masak ranum dan berwarna kuning
keemasan. Buah tersebut merupakan makanan kegemaran ibunya.

Didi: “Pisang emas ini sungguh sedap! Sudah lama aku tidak menikmati buah yang masak ranum
seperti ini.”

Dalam perjalanan pulang, anak tupai sempat menikmati pemandangan matahari terbenam. Tiba-
tiba Didi terdengar sayup-sayup suara ibunya, “Wahai anakku! Di manakah kamu ?”

Didi terus menoleh mencari ibunya, ibunya kelihatan amat risau.

Didi: “Ibu !! Didi di sini.”

Ibu Didi: “Didi! Ke manakah kamu pergi sehingga tidak pulang ? Ibu mencari kamu sehingga ke hutan
seberang.”

Didi: “Untuk pengetahuan ibu, Didi sudah menemui makanan kegemaran ibu!”

Ibu Didi: “Benarkah anakku? Makanan apakah itu?”

Didi: “Pisang yang masak ranum dan berwarna keemasan, Didi pasti yang ibu akan menyukainya”

Ibu Didi: “Sudah lama ibu tidak menikmati buah tersebut. Wahai anakku, tidak usahlah kamu
menyusahkan diri mencari makanan sehingga membahayakan diri kamu”

Didi: “Baiklah ibu, ayuh kita pulang , hari sudah malam”

__________________________________________________________________________________

ATAS POKOK (ANAK TUPAI DAN PAKCIK MONYET)

Ketika sedang berehat di atas sebatang pokok, Didi terdengar suara yang mengerang kesakitan. Didi
terus mencari dari manakah suara itu datang. Rupa-rupanya Sang Monyet sedang meminta tolong.

Pak Cik Monyet: “Tolong! Tolong!”

Didi terus mendekati Pak cik Monyet. Apabila Didi sampai di tempat kejadian, alangkah terkejutnya
didi apabila melihat beberapa biji durian telah menimpa badan Sang Monyet yang tamak itu.

Didi terus berasa simpati dan berkata

Didi: “Inilah balasan orang yang bersikap tamak”……….

-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai