Anda di halaman 1dari 2

Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Guru

 Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting
sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja.
 Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak
bercakap dan murid banyak mendengar.
 Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid tidak berpeluang menyumbangkan
pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.
 Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif
pengajaran guru.
 Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni
atau perkembangan emosi.
 Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan
peperiksaan.
 Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara
menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal dan
kurang berupaya membuat interpretasi.
 Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat
dipupuk.
 Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi
kebolehan dan minat tidak diberikan perhatian.
 Di bawah strategi ini, murid menjadi kurang kreatif dan berinisiatif
Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Murid

 Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang


penting sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid
menjalankan aktiviti pembelajaran.
 Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala.
 Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat
mereka.
 Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif
pembelajaran murid.
 Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif
seperti tolong-menolong, berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk.
 Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari segi
kebolehan dan minat diberikan perhatian.
 Di bawah strategi pemusatan murid, lazimnya murid menunjukkan sifat kreatif dan
berinisiatif.
Ciri-ciri Strategi Pemusatan Bahan

Anda mungkin juga menyukai