Anda di halaman 1dari 4

SULIT BMMB3033

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSITITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
Semester 2 Tahun 1

PENTAKSIRAN ALTERNATIF JUN 2020

KOD KURSUS : BMMB3033

KURSUS : KESUSASTERAAN MELAYU

TARIKH : 18 JUN 2020


HARI : KHAMIS
MASA : 8 JAM
WAKTU : 9.00 PAGI – 5.00 PETANG
JUMLAH MARKAH : 40

1
SULIT BMMB3033

PENTAKSIRAN ALTERNATIF BAGI KURSUS INI TERDIRI DARIPADA 2 (DUA) SOALAN


ESEI YANG PERLU DIJAWAB DALAM TEMPOH YANG DIBERI.
____________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA CALON:
BACA DENGAN TELITI DAN PATUH ARAHAN-ARAHAN BERIKUT:
Pentadbiran Peperiksaan

 Soalan Peperiksaan Alternatif bagi kursus BMMB3033 ini akan diberikan kepada calon
pada pukul 7.30 pagi pada 18 Jun 2020 melalui WhatsApp kelas dan e-mel kelas.
 Calon perlu mengesahkan penerimaan soalan tersebut kepada pensyarah melalui
medium yang sama.
 Peperiksaan bagi kertas soalan BMMB3033 Kesusasteraan Melayu akan
dilaksanakan pada 18 JUN 2020 pukul 9.00 pagi – 5.00 petang.
 Calon perlu akur kepada masa yang ditetapkan bagi menjawab soalan tersebut iaitu
selama 8 jam.
 Buku soalan peperiksaan ini mengandungi 4 muka surat.
Penulisan

 Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words menggunakan
font Arial 12, serta langkau 1.5 baris.
 Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah
kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.
 Anda boleh membuat rujukan dari mana-mana medium yang autentik menggunakan
format serta peraturan menggunakan sitasi gaya APA terkini.
 Jawapan bagi setiap soalan perlu tidak melebihi 500 patah perkataan.

Penghantaran Jawapan
 Calon perlu menghantar jawapan kepada pensyarah masing-masing pada atau sebelum
pukul 5.00 petang 18 Jun 2020.
 Satu peringatan (done) perlu dihantar kepada saya melalui Whatsapp kelas tentang
penghantaran tersebut dan saya akan mengesahkan penerimaan jawapan anda.
 Semua jawapan mesti diserahkan secara e-mel kepada pensyarah masing-masing.

Kelas Nama Pensyarah E-mel No. Tel

Kumpulan 1 Dr. Noor Hayati bt. Che Mat noorhayati@ipgkik.edu.my 019-3584880


Kumpulan 2 En. Amat Tarop b. Sumo tarop@ipgkik.edu.my 016-3476321

Kumpulan 3 Pn. Norliza bt. Ahmad Kamal norliza.ahmadkamal@ipgkik.edu.my 019-3808288

 Penghantaran jawapan yang lewat dari pukul 5.00 petang 18 Jun 2020, tidak akan
diterima.
 Calon diminta menyimpan satu salinan lembut dan satu salinan bercetak sebagai
sandaran (backup) sekiranya fail yang di-e-mel rosak.

2
SULIT BMMB3033

SOALAN

Jawab kedua-dua soalan.

Puisi tradisional merupakan puisi yang sangat dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu.
Puisi tersebut banyak memberi nilai-nilai yang positif kepada masyarakat.

1. Berikan pendapat anda berserta contoh tentang pemikiran masyarakat Melayu yang
terdapat dalam puisi tradisional.

[20 markah]

Baca dan fahami petikan cerpen di bawah dengan teliti.

Kamar itu telah ditinggalkan lama. Kamar itu dikunci mati setelah arwah Tundra
suaminya, pemilik rumah lama itu meninggal dunia. Maka seluruh ahli keluarga
berkabung seadanya. Kematian memang mengubah hidup. Sang Isteri meninggalkan
rumah itu untuk berkabung.

Maka, untuk menenangkan jiwa yang semakin tenggelam, kamar itu pun dikunci
mati. Tidak dibenarkan sesiapapun memasukinya. Debu bermaharajalela memanjakan
dirinya dalam ruang dan waktu. Maka suatu hari yang bertuah itu, Ayah dan Ibu Tupai
memasuki kamar itu pada jam 12:45 tengah hari, tanggal 1 April 2011.

Tupai ini bersaiz sederhana dengan bahagian atas dan ekornya berwarna
keperangan. Bahagian bawahnya berwarna perang kemerah-merahan. Sementara
terdapat belang hitam halus yang menghiasi belakang leher sehingga ekornya. Aku
membesar dalam suasana kemanusiaan yang likat. Hari demi hari aku membelek buku,
di samping belajar melompat-lompat dari buku ke buku dan artifak ke artifak. “Jangan
terlalu banyak melompat,” nasihat Ayah. “Kenapa Ayah?” Aku curiga. “Sepandai-pandai
tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua,” tegas Ayah. Begitulah Ayah mengajar
anaknya tentang manikam hidup, dan Aku mengambilnya sebagai mata pelajaran paling
penting.

Dalam kesibukan keluarga kecilku menghuni kamar terlarang itu, kesibukan itu
mencetuskan juga bunyi-bunyian yang pelik. Bunyi hantu peliharaan arwah dahulu, kata
mereka, dan kerana itu, tiada seorang pun berani memasuki kamar itu. Tiba-tiba pada
suatu hari yang biasa, Sang Isteri kembali dari tempoh perkabungannya. Hal pertama

3
SULIT BMMB3033

yang dilakukan oleh Sang Isteri ialah kamar itu, yang segala-galanya tentang kehidupan
rumah tangganya – cinta dan air mata, tersimpan dan terpendam.

Kamar dibuka. Bau debu menyesak rongga. Ayah, Ibu dan Aku terperangkap
dalam satu babak pertembungan yang tidak terdugakan. Panik menyelubungi. Secepat
kilat Ayah dan Ibu melompat meninggalkan kamar dan Aku anak Sang Tupai
ditinggalkan kerana Aku tidak biasa melompat seperti Ayah dan Ibuku kerana Aku tidak
diajar untuk melompat. Aku ditangkap oleh Basri anak Sang Isteri lalu Aku dipelihara
dalam sangkar.

Membesar di tangan manusia tidaklah membesar bertuankan naluri sendiri.


Membesar oleh alam semula jadi yang hijau dan subur itu, membesar berbumbungkan
langit, berlantaikan dinding, dan berdindingkan angin.

Aku rindu akan dahan.


Aku rindu akan pucuk.
Aku rindu akan perdu.

Aku merindui segala-galanya tentang kebebasan di luar sana. Di luar daripada


garis tangan Basri yang mulai kasar itu. Di luar daripada bau tubuh perempuan yang
asing baginya itu. Aku pun rindu akan bau tubuh makhluk spesiesku.

(Dipetik dan diubah suai daripada cerpen Sang Tupai konspirator,


karya Taksu Zacharia, Dewan Sastera, Bilangan 3, 2018)

2. Berdasarkan petikan cerpen di atas, perincikan jenis-jenis kritikan sastera dengan


mengambil contoh daripada petikan cerpen tersebut.

[20 markah]

Soalan Tamat

Anda mungkin juga menyukai