Anda di halaman 1dari 3

Kump 1 (Fadhlan, Irsyad, Amsyar)

1) Lima faktor masalah tingkah laku adalah:

faktor persekitaran, emosi, didikan ibu


bapa, kemahiran sosial dan penderaan.Huraiian terperinci adalah seperti berikut
1. Faktor persekitaran
Berlakunya sesuatu tingkah laku biasanya dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti
persekitaran rumah iaitu tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan
pengaruh rakan sebaya; faktor persekitaran sekolah seperti kurikulum yang terlalu padat,
bilik darjah yang kurang kondusif, dan faktor rakan sebaya; faktor taraf sosioekonomi
keluarga, dan faktor pemakanan
2. Emosi
Faktor emosi juga pula merupakan satu faktor yang berupaya mempengaruhi tingkah
laku seseorang. Masalah emosi yang dialami akan sering menganggu diri mereka dan
menyebabkan emosi mereka tidak stabil (Gross, 1995). Selain itu, individu terbabit juga
tidak dapat memberikan tumpuan yang agak lama terhadap proses pembelajaran apabila
emosinya terganggu. Tingkah laku individu tersebut juga lazimnya sukar dikawal dan
pada kebiasaannya akan bertindak mengikut emosi tanpa berfikir panjang.
3. Didikan Ibu Bapa
Didikan ibu bapa juga boleh merupakan salah satu punca masalah emosi yang berlaku
dalam kalangan kanak-kanak. Sikap serta layanan ibu bapa akan mempengaruhi tingkah
laku anak-anak mereka (Wilmshurst & Brue, 2005). Kekurangan perhatian serta kasih
sayang oleh ibu bapa boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu berasa tersisih, tidak
dihargai dan tidak selesa dan perasaan ini seterusnya akan menyebabkan timbulnya
pelbagai karenah dan tingkah laku negatif yang sukar dikawal. Sikap sesetengah ibu
bapa yang tidak mengambil kisah pergerakan anak-anak mereka akan memburukkan lagi
keadaan (Kartini Ilias, Ponnusamy, & Normah, 2008).
4. Kemahiran Sosial
Kemahiran sosial pula merujuk aspek pergaulan kanak-kanak. Mereka lebih gemar
menyendiri dan pasif untuk bersosial. Biasanya mereka lebih suka hidup dalam dunia
mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Mereka juga lebih suka bertindak
mengikut emosi mereka, kurang berkomunikasi atau berinteraksi dengan orang lain.
5. Penderaan
Selain masalah yang dinyatakan di atas, masalah tingkah laku juga boleh terjadi apabila
seseorang kanak-kanak sering menjadi mangsa dera oleh ibu bapa, ahli keluarga, penjaga,
ataupun rakan sebaya. Biasanya kanak- kanak yang bermasalah tingkah laku kategori ini
akan mengalami masalah emosi dari segi fizikal dan mental. Hal ini disebabkan mereka
yang menjadi mangsa penderaan akan mempunyai satu perasaan untuk membalas dendam
atau melakukan tingkah laku penderaan yang dialami oleh mereka terhadap orang lain
pula. Selain itu, penderaan emosi juga adalah berkaitan dengan perasaan, contohnya, ibu
bapa atau ahli keluarga yang sering mengejek kanak-kanak dengan kata-kata yang kurang
sopan atau kata-kata penghinaan atau sering memandang rendah terhadap mereka akan
menyebabkan kanak-kanak tersebut bertingkah laku kurang baik kerana mereka akan
berasa bahawa mereka menjadi satu beban kepada orang lain dan sering tidak dipedulikan
atau berbeza dengan orang lain.

2) Kesan tingkah laku positif

Tingkah laku positif iaitu sikap ingin tahu kanak-kanak akan mengganggu fokus guru dan murid-
murid yang lain. Hal ini kerana mereka sering bertanya dan guru perlu menjelaskan, maka
proses pdp tidak berjalan lancar dan murid-murid lain hilang fokus kerana sebahagian mereka
tidak memahami apa yang ditanya. Lama kelamaan murid murid akan hilang minat untuk
belajar. Selain itu,
cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif. Tingkah laku ini menyukarkan guru
untuk mengajar mengikut rancangan pengajaran mingguan (rpm) kerana mutid telah
memahami tajuk yang akan diajar. Menyebabkan murid bosan dan akan mengganggu kawan-
kawan yang lain yang sedang belajar. Guru juga sukar menyamakan topik yang perlu diajar
kerana terdapat mutid yang telah menguasainya. Kanak-kanak yang proaktif juga merupakan
tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif. Ini kerana
kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti dan suka
bermain. Jadi, guru terpaksa merancang aktiviti-aktiviti yang menarik bagi setiap waktu pdp. Hal
ini menyukarkan guru kerana perlu melakukan persediaan terlebih dahulu dari segi
keselamatan, kesesuaian dan keperluan aktiviti. Seterusnya, kanak-kanak pintar cerdas,
walaupun jarang dijumpai namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai
memberikan aktiviti yang menarik agar mereka tidak mudah bosan. Guru perlu menjadi kreatif.
Hal ini juga akan menambahkan beban kerja guru kerana perlu menyediakan 2 rancangan
pengajaran yang berbeza iaitu untuk kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak normal.

3) Jenis dan kesan tingkah laku negatif

a) Hiperaktif
Hiperaktif adalah tingkah laku yang menunjukkan tingkah laku kurang tumpuan iaitu tidak selari
dengan tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak hiperaktif juga mudah lupa dengan aktiviti
harian mereka dan lalai dalam membuat tugasan. Maka, mereka sukar untuk mengikut arahan
dan gagal menyudahkan kerja sekolah.

b)Agresif
Tingkah laku bermasalah jenis agresif dapat dikenal pasti apabila terdapat beberapa perubahan
pada individu. Antaranya seperti tidak dapat tidur malam dan mimpi ngeri, perasaan takut yang
amat sangat dan tingkah laku agresif. Selain itu, kanak-kanak ini juga akan cepat naik marah,
tidak sabar menunggu giliran dan tidak menerima teguran atau komen orang lain. Kanak-kanak
ini juga sering melawan dan menganggap dirinya adalah yang terbaik.

c) Separation Anxiety
Tingkah laku ini
dikenali sebagai kebimbangan. Tingkah laku ini dapat ditunjukkan melalui perasaan kurang
senang atau takut akibat andaian bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Perkara ini
terjadi akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang pernah dialami
oleh seseorang.

d) Overdependency
Tingkah laku overdependency adalah tingkah laku yang sering bergantung kepada orang lain.
Kanak-kanak seperti ini tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri kerana memilik
pendirian yang kurang tegas dan tiada tujuan. Perkara ini terjadi kerana kanak-kanak mendapat
perlindungan yang terlalu melampau dan sering kali dimanjakan. Ini menyebabkan kanak-kanak
itu menjadi kurang yakin. Mereka akan sering bimbang dan tertekan jika tiada pertolongan
diberikan.

e) Withdrawal
Withdrawal atau pengasingan diri adalah tingkah laku yang suka menjauhkan diri daripada
orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku yang ditunjukkan ini dijadikan sebab untuk
membela diri supaya dapat elakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai