Anda di halaman 1dari 6

ISLAMIC STUDIES

Analisis Filem : SYURGA CINTA

PENSYARAH : PUAN NOR SAIDAH NAMA : AMIRRULHAKEEM BIN MOHAMAD ID PELAJAR : 2011676642 KUMPULAN : EUCLA

ISI KANDUNGAN
INTISARI CERITA1 WATAK WATAK UTAMA..2 PENERAPAN NILAI NILAI IMAN, ISLAM DAN IKHSAN3

Irham (Awal Ashaari), berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah (Heliza), seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal (Hadziq). Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan misinya. Melihat ketulusan Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diamdiam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat. Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma suka-suka dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Oleh sebab itu, Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah. Diakhir cerita ini , Irham dan Syuhadah dapat bersama semula dengan bantuan adiknya Irham iaitu Ikmal dan juga datuk Syuhadah .

Irham (Awal Asyaari) Jahil Rosak akhlak Suka bertangguh Menginsafi diri

Syuhadah (Heliza Hilmi) Kuat agama Sopan santun Suka membantu Hormati Orang Tua

Ikmal (Hadziq) Petah Berbicara Berpengetahuan agama Baik hati Bijak

Nilai-nilai Iman,Islam dan Ikhsan Iman : 1.Kurang penghayatan Iman 2.Irham ingat akan mati (ketentuan Qada dan Qadar) 3.Syuhadah berkongsi hadith Nabi (percaya kepada Rasul) Islam : 1.Irham dan Ikmal menunaikan solat 2.Syuhadah menutup aurat sepanjang masa 3.Syuhadah menjaga batas pergaulan Ikhsan : 1.Ibu bapa Irham membantu orang dalam kesusahan 2.Syuhadah memberikan banyak nasihat 3.Ikmal mengajak Irham menunaikan solat Asar 4.Irham meminta maaf atas kesalahan yg akan dilakukan

Iman= 1)Keimanan seseorang boleh bertambah dan berkurang Irham insaf atas segala kesalahan dan perbuatan dia mempermainkn perassan wanita.

Ihsan=1)Irham meminta maaf kepada Syuhada kerana telah mempermainkn perassan beliau. Islam=1)Memahami Islam dengan lebih mendalam Jodoh ada tiga jenis jodoh. Jodoh dari Syaitan berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah. Jodoh dari Jin berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah. Jodoh dari Allah cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA .^_^

Anda mungkin juga menyukai