Anda di halaman 1dari 44

SEINDAH HUSNUL KHATIMAH Senyumnya meleret mencapai telinga. Fikirannya ligat melayang.

Hatinya berbunga riang mengalahkan orang yang sedang asyik dilamun cinta. Wajahnya girang dihiasi cahaya rindu pada seseorang. Matanya asyik menatap tulisan emel. Emel dari Mesir itu benar-benar memutik rasa bahagia dalam atmanya . Bukan sahaja Siti Nor Aisyah yang bahagia, malah, kedua ibu bapanya juga turut merasai tempiasnya. Salam rindu buat Umi, Abi dan adik-adikku yang dikasihi Ilahi.. Maafkan abang sebab tidak menghubungi kalian selama 6 bulan. Abang tahu, Umi dan Abi risau. Maafkan abang sebab buat Umi dan Abi resah. Maafkan abang juga sebab tak sempat untuk membalas mesej-mesej rindu di emel daripada adik abang,Aisyah. Abang tak pernah lupakanmu wahai adikku sayang. Abang amat merindui kalian. Bukan abang tak nak berhubung, tetapi, disebabkan beberapa masalah teknikal di sini, abang tak dapat menghubungi kalian. Ditambah pula dengan kesibukan abang dalam talaqqi, masa seakan tidak mengizinkan abang untuk meluangkan bicara bersama kalian. Tetapi, jangan risau. Kalian tetap abang doakan. Segalanya sudah selesai. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan mudah. Ini semua berkat doa dan restu kalian. Abang berjaya juga menggenggam segulung ijazah. Insya-Allah, abang akan pulang ke tanah air kita pada minggu hadapan. Hari Khamis, 10.00 pagi. Tunggu abang di KLIA ya. Abang Shukri, Kaherah, Mesir.. Segar di ingatan Aisyah, abangnya itu merupakan salah seorang pelajar cemerlang dalam Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM). Shukri berjaya mendapat pangkat Mumtaz Sofi. Abi dan Umi berasa amat bahagia dengan kejayaan anak mereka. Rasa bahagia di jiwa semakin membara apabila abang Shukri mendapat tawaran untuk menyambung pelajarannya di Universiti Al-Azhar, Mesir. Itulah citacita abang Shukri sejak di tingkatan 1 lagi. Aisyah mempunyai seorang lagi abang dan dua orang adik lelaki, Amri dan Zakri. Hanya dia satusatunya puteri dalam mahligai itu. Yusri adalah keluaran Timur Tengah. Abang Yusri telah berjaya mendapat 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat tawaran belajar di Universiti Yarmouk,Jordan. Sekarang, dia menabur bakti pada ummah demi agama yang dicintainya. Abang Yusri kini bergelar ustaz. Dia menjadi tenaga pengajar di sebuah sekolah menengah agama dan sering menjadi jemputan untuk ceramah dan tazkirah di masjid dan surau. Penangan isi ceramah abang Yusri sering menjelira ke dalam jiwa-jiwa yang merindui kebenaran dan hidayah serta mengharap reda Ilahi. Sebagai adik kepada dua orang abang produk keluaran Timur Tengah, ditambah pula dengan ketinggian ilmu agama yang dimiliki mereka, Aisyah berasa amat bersyukur kerana abang-abangnya itulah yang sering memberi suntikan kata-kata perangsang untuk memuhasabah dirinya. Sebagai manusia, dia memang sering lalai dengan kehidupan duniawi. Kedua abangnya itulah yang selalu menegur salah dan silapnya. Walaupun pada pandangannya, abang Yusri agak tegas berbanding abang Shukri, namun, kedua-duanya tetap menjadi abang kecintaannya. ******* Saatnya sudah tiba. Akhirnya, Shukri selamat sampai di KLIA. Tetapi, pendaratannya awal sejam. Pukul 9.00 pagi, kakinya sudah berpijak ke bumi kelahirannya,Malaysia. Shukri menghirup udara segar pagi itu. Terasa nyaman sekali. Sejuk dan dingin pagi menusuk hingga ke rongga hati. Dia amat merindui Malaysia kerana sudah 4 tahun kakinya tidak bertapak di negara sendiri. Sepanjang 4 tahun

berada di Mesir, dia sanggup tidak pulang keMalaysiakerana tidak mahu membebankan ibu bapanya. Dia hanya fokus untuk belajar dan menamatkan pengajiannya dalam Fakulti Syariah Wal Qanun di bawah Jabatan Syariah Islamiah. Shukri, jom makan! Nizam mengajak Shukri kerana perutnya perlu diisi. Sedari tadi, bingit telinganya mendengar lagu keroncong hasil dendangan perut yang sedang kelaparan. Dia amat merindui makanan tempatan. Nizam merupakan sahabat seperjuangan Shukri di Mesir. Dia baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam Fakulti Usuluddin. Mereka berdua menuju ke caf untuk menjamah makanan. Sambil menjamah, Shukri melihat sekeliling untuk memastikan ibu bapanya sudah sampai atau belum. Dia sabar menanti. Matanya tidak lekang dari memerhati. Usai makan di caf, Nizam segera pulang sendiri menaiki teksi. Dia tidak mahu membebankan orang tuanya. Dia hanya memberitahu adiknya, Azzam, agar ibu bapanya menunggu kepulangannya di muka pintu rumah. Azzam satu-satunya adik yang Nizam ada. Azzam hanya belajar di peringkat Sijil. Kemudian, dia bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat dengan berpendapatan sebanyak RM1 500 sebulan. Dia memang tidak minat untuk belajar. Namun, Azzam amat sayang dan bertanggungjawab terhadap kedua orang tuanya. Dialah yang menjaga ibu bapanya semasa ketiadaan Nizam. Umurnya baru mencecah 20 tahun. Masih muda dan gagah perkasa. Shukri sabar menanti kedatangan keluarganya. Jam hampir menunjukkan pukul 11.00 pagi, namun, kelibat mereka masih belum kelihatan. Shukri tetap menanti. Menanti penuh pasti. Dia mundar-mandir tanpa tujuan. Perasaannya semakin bergelora. Rindu pada keluarga makin meresahkan jiwa. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Duduknya tidak senang. Abang Shukri!! Siti Nor Aisyah menjerit tanda terkejut dengan apa yang ada di hadapannya. Shukri tersentak. Lalu tersenyum gembira. Dia terus menuju ke arah Umi dan Abinya. Pelukan erat melekat antara mereka. Pelukan rindu antara ibu bapa dan anak. Berkali-kali kucupan singgah di pipi Shukri. Umi mengucup pipi anak lelaki yang dirinduinya itu dengan penuh rasa cinta. Abi juga. Shukri membalas kucupan rindu di pipi mereka dengan perasaan kasih menggunung tinggi. Aisyah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abangnya itu. Dia mengucup tangan abangnya itu dengan limpahan air mata rindu. Shukri terharu bercampur bahagia. Kemudian, Amri pula. Amri menyalami Shukri dan memeluknya dengan erat. Zakri seakan tidak punya perasaan. Dia hanya melihat dari jauh. Zakri tak nak peluk abang ke? Shukri mendekati adik lelakinya. Zakri hanya menghulurkan tangan tanpa sepatah kata. Shukri menepuk-nepuk bahu Zakri. Adik lelakinya yang seorang itu memang agak keras kepala dan sukar mendengar kata. Abang rindu dengan Zakri. Luah Shukri dengan senyuman. Zakri beredar dari situ dan menuju ke kereta. Dia memang macam tu. Abang jangan ambil hati ya. Pujuk Aisyah. Shukri hanya mengangguk. Mereka menuju ke kereta untuk pulang ke rumah. Abang Yusri kirim salam dekat abang. Dia tak dapat datang sebab ada hal. Insya-Allah, malam nanti abang Yusri datang dekat rumah. Dia nak jumpa abang. Rindu katanya. Aisyah menyampaikan pesan abang Yusri. Shukri amat bersyukur kerana kerinduan selama 4 tahun akhirnya berbalas dengan pertemuan indah pada hari ini. Alhamdulillah. Hatinya tidak henti-henti bertahmid pada Ilahi. Betapa Allah itu Maha Penyayang!

******* Usai solat Maghrib, Siti Nor Aisyah sekeluarga menjamu selera sambil menunggu kedatangan Yusri. Zakri dan Amri tidak turut serta kerana asyik bermain PS2 di dalam bilik mereka. Shukri tidak lekang dengan senyuman manis di bibirnya. Rasa bahagianya terpancar dari mata yang bergenang dengan badai rindu. Alhamdulillah! Sedap masakan Umi. Terima kasih ya. Shukri merapati Umi. Umi hanya tersenyum sambil mencubit mesra pipi Shukri. Sama-sama sayang. Umi tahu,anak Umi rindu masakan Umi kan? Sebab tu Umi masak special hari ni. Balas Umi. Mereka berborak di ruang tamu utama sambil menonton TV. Abi dan Umi asyik mengusik Shukri tentang calon isteri. Aisyah asyik tergelak melihat gelagat abangnya yang pemalu itu. Pipi Shukri merona merah. Berkali-kali Shukri mempertahankan dirinya bahawa dia masih belum punya calon. Assalamualaikum Suara Yusri muncul jua. Dia datang bersama keluarga tercinta. Shukri terus menuju ke arah abangnya itu. Mereka bersalaman dan berpelukan. Isteri Yusri, Norlia, hanya tersenyum bahagia melihat gelagat dua beradik yang dilanda gelora rindu itu. Kalau ya pun Shukri, bagilah kakak ipar dengan baby masuk dulu. Kesian cucu Umi. Kesejukan. Tegur Umi. Shukri mempersilakan mereka masuk. Aisyah menculik baby kakak iparnya. Comel sungguh! Umi juga mengucup pipi cucunya itu sambil mengusap-usap rambut nipisnya. Yusri dan Norlia telah membina mahligai bahagia semasa usia mereka 24 tahun. Kini, perkahwinan mereka sudah berusia 6 tahun dan dikurniakan 3 cahaya mata termasuk baby yang baru beberapa bulan lahir untuk melihat indahnya dunia ciptaan Tuhan ini. Dua puteranya dan seorang puteri iaitu baby Humaira adalah harta yang paling berharga kurniaan Allah kepadanya. Kedua-dua putera abang Yusri, Rifki dan Razali, terus meluru ke dalam bilik Zakri dan Amri untuk bermain PS2 bersama sebaik saja sampai di rumah nenek mereka. Macam mana? Apa khabar? Lama sangat kita tak jumpa kan.. Yusri meluahkan rasa rindunya. Mereka duduk berhadapan di luar rumah. Umi sedang menyediakan minuman untuk anak-anaknya itu sambil dibantu oleh menantu sulungnya, Norlia. Aisyah pula sendirian mendukung baby Humaira. Alhamdulillah,sihat. Okey. Lepas ni, nak cari kerja sajalah. Jadi ustaz macam abang ke kan.. best tak jadi ustaz? Tanya Shukri. Yusri hanya tersenyum sambil menjawab, Okey. Biasalah, kena layan kerenah budak-budak. Tapi alhamdulillah. Seronok sebab dapat kongsi ilmu dengan mereka. Kerja gurukan kerja yang mulia. Elok sangatlah kalau kau nak jadi ustaz juga. Dah ada tempat ke? Insya-Allah. Rezeki Allah ada di mana-manakan? Minggu depan ada temuduga dengan Kementerian Pelajaran. Doakanlah ya. Alhamdulillah kalau macam tu. Apa cerita 4 tahun dekat sana? Dah ada calon? Bila nak kahwin ni? Yusri sengaja mengajukan soalan cepumas untuk Shukri. Shukri tersipu-sipu sambil menggelengkan kepala. Haha. Mana ada. Lambat lagilah. Kerja dulu, baru fikir semua tu.

Baguslah kalau macam tu. Tapi, jangan lambat sangat tau. Menyesal kalau kau kahwin lambat. Terurus sikit hidup bila dah kahwin ni. Seronok! Ada yang tolong gosok baju, kemas rumah, masak dan sediakan semua keperluan kita.Untung! Lagipun, ni kan perkara sunnah. Jangan dilambatlambatkan. Insya-Allah bang Umi dan Norlia berjalan seiringan menuju ke luar rumah sambil membawa minuman dan keropok lekor. Umi tersenyum dari jauh. Kelihatan bahagia. Kenapa muka kamu merah ni Shukri? Ni mesti kena usik dengan Yusri. Yusri, kamu buat apa dengan anak Umi ni? Umi menepuk-nepuk bahuYusri. Saja usik dia Umi. Yusri tanya pasal calon isteri. Umi suruh dia kahwin cepat-cepat tau. Betul tak sayang? Norlia hanya tersenyum menjawab persoalan suaminya itu. Umi tak kesah. Tapi biarlah adik kamu ni berduit dulu. Kalau dah ada duit, kerja, baru boleh sara anak orang. Betul tu! Hehe. Shukri menyokong kata-kata Umi. Suasana yang kecoh bertambah riuh dengan gemersik teriakan tangis Humaira. Aisyah bergegas ke luar untuk mencari kakak iparnya. Kak, tiba-tiba dia menangis. Aisyah tak buat apa-apa pun. Ngadu Aisyah. Dia dah mengantuklah. Dah lapar ni. Jom teman kakak masuk bilik. Nak tidurkan Humaira. Ajak Norlia. Abang, Lia masuk bilik dulu ya. Nak tidurkan Humaira ni. Norlia meminta izin daripada suaminya untuk masuk ke bilik dahulu bersama Aisyah. Yusri hanya mengangguk lantas bangun untuk mencium puterinya itu. Malam ni kamu tidur sinilah. Esok kancuti. Dah pukul 9.00. Tidur sinilah ya. Pujuk Umi. Baiklah Umiku sayang. Yusri akur dengan kehendak Uminya itu. Abi pula keluar. Dah. Masuk. Jom kita solat berjemaah. Shukri, Abi nak kamu jadi imam boleh? Abang Shukri tersenyum sambil mengangguk tanda setuju. Usai solat berjemaah, Abi, abang Yusri dan Shukri menonton TV bersama. Mereka menonton perlawanan bola sepak. Umi terus ke bilik untuk merebahkan diri. Terasa otot-ototnya mula lucut meminta istirahat. Budak-budak lelaki yang lain masih melayan permainan PS2. Mereka berhenti sebentar untuk solat berjemaah sahaja tadi. Aisyah bersama kakak iparnya, Norlia, berborak mesra di dalam bilik. Humaira telah lama lena diulit mimpi indah. Telefon bimbit Norlia berbunyi tanda mesej masuk. Dia segera membaca. Selamat malam, sayang

Sender : My Hubby Norlia tersenyum sambil tangannya ligat membalas mesej tersebut.

Siapa kak? Sampai tersenyum tu. Usik Aisyah. Abang kamu. Hantar mesej selamat malam. Aik? Macam orang dah lama tak jumpa saja. Apa salahnya kan? Perkara-perkara macam inilah yang akan membuat cinta antara kami makin mekar. Semua kasih yang dicurahkan kini adalah halal. Norlia tersipu malu. Kak,nak tanya sikit boleh? Norlia hanya mengangguk. Macam mana abang Yusri dengan akak boleh bersatu ya? Maksud Aisyah, pertemuan akak dengan abang. Maaflah kalau menyebuk. Saja nak tahu. Abang Yusri tak nak cerita. Norlia hanya tersenyum sambil menjawab, Entahlah. Semua ini ketentuan Allah, dik. Masa tu, kami belajar dekat Jordan. Universiti sama. Tapi kami tak pernah kenal satu sama lain. Pertemuan kali pertama kami semasa semester akhir. Tak tahu macam mana boleh tersangkut. Hehe. Alhamdulillah, masa tu dah habis belajar pun. So, taklah ganggu pembelajaran kami. Tunggu nak balikMalaysia saja. Lepas tu? Takkan terus kahwin? tanya Aisyah lagi. Matanya dibulatkan tanda tak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh kakak iparnya itu. Eh, tak. Balik Malaysia taklah terus kahwin. Cari kerja dulu. Hampir dua tahun bekerja, barulah kami kahwin. Tadi kata tak kenal. Habis tu, akak takde keluar dating dengan abang ke? Hish! Takdelah! Buat apa? Buat tambah dosa saja. Memanglah tak kenal. Kenal macam tu saja. Mesej pun kalau ada hal penting. Nak berjumpa, jauh sekali dan tak pernah pun. Kadang-kadang, abang Yusri hantar mesej tazkirah. Kadang-kadang, akak pun balas mesej tazkirah tu. Ibu bapa pun tahu. Kami cubajaga hubungan kami ni sebaiknya. Sepanjang kami berkawan, tak pernah ada mesejmesej cinta dan rindu yang dihantar kerana kami tak mahu terjebak dalam perangkap syaitan durjana. Alhamdulillah, dah 6 tahun kami bersama. Akak bersyukur sangat tau. Lepas dah nikah, barulah kami pulun bercinta. Hehe. So sweet! Abang Yusri garang tak? Apa yang membuatkan akak terpikat dengan abang Yusri? Aisyah terus menyoal seperti wartawan. Kakak iparnya tidak jemu-jemu melayan kerenahnya. Mana ada garang. Kalau garang pun, garang bertempat. Akak suka dengan agama yang ada pada abang kamu. Dia rajin ke masjid, hafaz quran, bagi tazkirah, mengimamkan solat dan lain-lain lagi. Akak suka bacaan doa dan bacaan quran abang Aisyah. Merdu dan menusuk hingga ke perdu hati. Itu yang akak cair kot. Hehe. Akak pandang agamanya dulu, yang lain, akak terima seadanya. Aisyah pun suka dengan sikap abang-abang Aisyah. Abang Yusri pernah beritahu, dia pun terpikat dengan agama yang ada pada diri akak. Pakai tudung labuh, sopan, tundukkan pandangan dan pandai dalam pelajaran. Sebab tu abang selalu suruh Aisyah jadi wanita solehah supaya kelak, akan ada lelaki soleh yang meminang Aisyah. Hehe. Baguslah. Semoga adik akak ni dapat suami soleh. Jaga diri baik-baik ya sayang. Insya-Allah. Jomlah tidur kak. Jom! Akhiri mereka. Lampu pun ditutup.

******* Yusri sekeluarga sudah pulang ke rumah mereka. Shukri sedang membantu Abi membasuh kereta dan motor. Umi pula sedang duduk berehat sambil membaca majalah Solusi. Siti Nor Aisyah dan adiknya, Amri sedang tekun mengulangkaji pelajaran di kamar masing-masing. Zakri pula, tidak berganjak bermain PS2 sedari Subuh tadi. Bosannya! Keluh Zakri. Dia menghubungi sahabatnya, Ridhuan dan Rahim untuk diajak berlepak di tempat biasa. Bro! Macam biasa, jom! Setelah semua sahabatnya setuju, Zakri mempersiapkan diri. Dia terus meluru keluar untuk mencapai motor. Motor yang baru saja dibasuh oleh Shukri digunakannya tanpa mempedulikan sesiapa. Telinganya dipekakkan. Zakri! Nak ke mana tu? Abi tanya ni! Suara Abi menjerit langsung tidak diendahkan. Motor yang dipandu Zakri terus meluncur laju. Sabar ya Abi. Duduk dulu. Shukri cuba menenangkan Abi. Abi mengurut dadanya dengan perlahan. Tak tahu nak jadi apa dengan adik kamu tu. Perangai makin hari makin teruk. Tengoklah tadi! Pagipagi lagi dah keluar, mesti balik malam ni! Pergi mana pun Abi tak tahulah. Kamu dah balik ni, tolong tengok-tengokkan adik tu ya. Luah Abi penuh kesal. Shukri hanya mengangguk. Boleh abang masuk? Shukri meminta izin dari luar pintu bilik Aisyah yang tertutup rapat. Masuklah bang. Pintu tak kunci tu. Jawab Aisyah sambil tangannya khusyuk menulis. Tengah study ke? Abang ganggu tak? Aah. Tak pun. Kenapa bang? Saja. Dah lama tak borak dengan puteri kesayangan abang ni. Rindu kan? Aisyah pun rindu sangat dengan abang. Ya? Abang pun rindu. Abang nak tanya sikit ni. Sejak bila Zakri berubah sampai jadi macam tu? Abi tanya tadi, dia buat tak tahu saja. Kasihan tengok Abi. Entahlah bang. Ni semua mesti sebab pengaruh kawan-kawan dia tu. Abang baru nampak yang hari ni. Banyak lagi yang abang tak nampak. Lagi teruk. Yeke? Apa lagi yang dia buat? Dia pernah baling bekal yang Umi bagi. Selalunya, sebelum pergi sekolah, Umi bagi kami bertiga bekal yang Umi masak. Zakri pernah baling bekal tu sebab katanya bosan asyik makan makanan dalam rumah saja. Umi sedih sangat. Dah banyak Umi bazirkan air mata disebabkan dia. Astaghfirullah. Sampai macam tu sekali? Tahu tak dia selalu lepak dekat mana? Tak tahulah bang. Susah nak intip dia. Syukurlah si Amri tak terpengaruh dengan abang dia tu. Amri okey. Aisyah selalu dekat dengan dia. Alhamdulillah. Tapi, abang risau dengan Zakri ni. Takut dia jadi liar. Senang terpengaruh dengan gejala negatif. Abang Yusri tahu tak?

Tahu. Dia takut kalau abang Yusri balik. Sebab tu semalam dia tak keluar, ada dekat rumah sampai malam. Abang Yusri balikkan. Abang Yusri pernah rotan dia sebab dia melawan cakap Abi. Abi suruh solat, tapi, dia buat tak tahu saja. Asyik main PS2 saja. Dah kena rotan dengan abang Yusri, barulah nak bangun. Lepas tu, menangis. Padan muka! Garangnya abang Yusri! Zakri menangis? Itu petanda baik. Hatinya masih ada kelembutan. InsyaAllah, kita sama-sama bimbing dia ya. Lembut hati? Abang tak tahu, Aisyah pernah tegur dia sebab asyik bergayut dekat telefon dengan awek. Abang tahu dia buat apa? Dia kata Aisyah ni cemburu dan dengki sebab takde lelaki nak bergayut dekat telefon dengan Aisyah. Bukan tu saja, dia bengang, dia koyakkan buku latihan Aisyah. Tak pasal-pasal, Aisyah kena marah dengan cikgu. Kasihannya puteri abang ni. Sabar ya sayang. Nanti abangcubapula. Bila periksa SPM? Abang kenalah tegas sikit macam abang Yusri tu. Erm.. Tak lama,lagi dua bulan.. Ooo..Kenapa? Abang ni lembut sangat ke? Haha. Bukanlah lembut tapi baik sangat. Memanglah Aisyah suka dapat abang yang baik sangat ni tapi abang kenalah tegas sikit dengan orang yang macam Zakri tu. Tahun ni dia periksa PMR. Risau juga tengok dia asyik main saja. Okeylah puteriku. Kita sama-sama doa agar adik kita tu lembut hatinya untuk hadam nasihat dan tazkirah kita nanti ya. Sambunglah belajar. Abang keluar dulu. Terima kasih ya. Shukri tahu, dia sekarang perlu menggalas tanggungjawab yang telah tergendala selama 4 tahun. Tanggungjawab untuk membimbing dan mentarbiah adik-adiknya. Dia tidak boleh mengharapkan Abi, Umi dan abang Yusri semata-mata untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Dia juga mesti berganding bahu bersama mereka. Sepakat membawa berkat! ******* Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Abi dan Umi sudah tidur. Siti Nor Aisyah dan Amri juga sudah lena di bilik masing-masing. Shukri masih menunggu kepulangan adiknya, Zakri. Dia mundar-mandir di ruang tamu. Shukri mencapai al-quran. Dia mengulangi hafalannya sambil duduk di atas sofa lembut. Sesekali, bacaannya tersangkut, dia merujuk kepada al-quran. Kemudian, dia menyambung kembali. Matanya memandang ke arah jam. Jarum jam menunjukkan hampir ke nombor 11. Hati Shukri semakin tidak senang. Dia bermonolog sendirian. Ya Allah, lindungilah adikku, Zakri. Lembutkan hatinya. Jauhkanlah dia daripada segala gejala negatif. Lembutkan jiwanya. Bunyi enjin motor menghentikan monolog Shukri. Dia menuju ke muka pintu. Pintu dikuak oleh Zakri. Dari mana ni? Kenapa balik lambat? Tanya Shukri dengan lembut. Tak payah sibuklah. Orang nak tidur. Jawab Zakri sambil kakinya terus menapak ke bilik. Jawab dulu pertanyaan abang. Dari mana ni? Zakri merokok ke? Shukri mencapai tangan Zakri untuk memberhentikan langkahnya. Deria baunya seakan mengesyaki bahawa Zakri merokok. Aaarrgghh! Baru balik Mesir dah sibuk hal orang! Zakri menarik tangan sambil masuk ke bilik. Pintu bilik dihempas kuat. Aisyah tersedar dari tidurnya.

Jangan lupa solat dulu! Sempat Shukri melaung dari jauh. Hati Shukri seakan terguris oleh tindakan adik lelakinya itu. Dia amat merindui Zakri yang dahulu. Zakri yang dahulu tidak seganas ini, tidak sebiadab ini dan tidak sekeras ini. Dia beristighfar berkalikali. Dia akan cuba juga untuk memperbaiki adiknya itu. Abang okey? Sapa Aisyah sambil matanya digosok-gosok. Shukri hanya tersenyum. Okey, dah, pergi tidur ya. Abang pun nak tidur ni. Selamat malam. Shukri melangkah lesu ke arah biliknya. Aisyah tahu bahawa hati abangnya terluka dengan sikap ganas Zakri. ******* Seminggu sudah pun berlalu. Hari ini, Shukri bersiap sedia untuk menghadapi temuduga di Kementerian Pelajaran. Diacubaberfikiran positif dan berlapang dada. Segala kelengkapan telah disediakan dua hari sebelum temuduga. Harapan di hati, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Doa pada Yang Maha Esa tidak pernah dilupakannya. Temuduga telah pun selesai. Bibir Shukri menguntum bunga sambil bertahmid pada Ilahi. Dia diterima untuk bekerja sebagai guru di sebuah sekolah menengah agama. Kebetulan, sekolah itu adalah tempat yang sama di mana Yusri bekerja. Nampaknya, dua beradik keluaran Timur Tengah akan menyebarkan ilmu agama mereka di sekolah yang sama. Terbaik! Jam di tangan Shukri menunjukkan pukul 1.30 petang. Dia mamper ke masjid terdekat untuk menunaikan solat Zohor. Usai solat, Shukri mencapai butir-butir tasbih. Lafaz cinta berbentuk tahmid, istighfar dan takbir mengalir bersama jiwa yang sentiasa rindu akan Syurga Ilahi. Pipinya terasa hangat dengan titisan air mata yang tiba-tiba menjelma. Gelora di hati semakin menemui ketenangan. Kesedihan di kalbu semakin terubat. Benarlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. AlhamdulillahAllahu akbarSubhanallahAstaghfirullah.. Shukri sampai di rumah tepat pukul 3.00 petang. Amri sedang mengaji bersama Umi di ruang tamu. Abi pergi keluar sebentar kerana ada hal. Siti Nor Aisyah sedang membaca novel di atas sofa empuk. Sesekali, bibirnya mengukir senyuman. Sesekali, keningnya dikerutkan. Zakri pula, menghilang lagi. KRING!! KRING!! Telefon rumah berkumandang. Aisyah segera bangun dan menjawab panggilan itu. Assalamualaikum..Hello.. Aisyah ya? Ya. Ezza Atilia ke ni?Ada apa? Aah. Esok balik lambat sikit nak? Kita buat usrah. Dah lama kita tak usrah bersama. Okey. Insya-Allah. Terima kasih. Jumpa esok. Assalamualaikum.. Waalaikumussalam. Aisyah gembira kerana esok dia akan punya kesempatan untuk berhalaqah membuat usrah bersama sahabat-sahabat karibnya. Usrah bagi dirinya amat penting. Dengan usrah, hati akan selalu diingat, jiwa akan dekat dengan Pencipta dan rasa boleh dikongsi bersama. Andai ada masalah, sama-sama mencari penyelesaiannya. Dengan usrah juga, diri akan lebih mengenal Allah dan bisa mengukuhkan

ukhuwah fisabilillah. Itulah keistimewaan usrah bagi dirinya. Tanpa usrah, hidup memang tak lengkap kerana hati dan jiwa akan merasa kosong. Umi, Zakri mana? Tanya Shukri. Umi hanya menggelengkan kepala tanpa sepatah kata. Aisyah, esok ada masa lapang tak? Shukri ingin mendapatkan kepastian daripada Aisyah. Dia ingin mengajak adiknya ke suatu tempat istimewa esok. Esok Aisyah balik lambat sikitlah bang. Abang ambil Aisyah petang boleh? Kenapa? Okey. Boleh. Zakri balik dengan Aisyah sekali kan? Aah. Abang nak bawa Aisyah dengan Zakri dekat satu tempat ni. Mesti Aisyah suka.Ada program remaja dekat tempat tu esok. Ceramah tentang cinta remaja. Shukri tersenyum. Aisyah membalas senyum abangnya itu sambil mengangguk setuju. Umi, Shukri balik malam untuk esok boleh? Ceramah tu mula lepas maghrib. Shukri meminta kebenaran daripada Umi pula. Umi hanya mengangguk tanda setuju. Nak ikut juga! Amri menyampuk. Shukri mendakap adik kecilnya yang berusia 11 tahun itu sambil mencium pipi mulusnya. Tak boleh. Tempat tu ramai orang, nanti Amri kena culik, kasihan Umikan? Amri ikut abang lain kali ya? Shukri cuba memujuk. Amri hanya mengangguk. Dia meneruskan pembacaan al-qurannya. ******* Ezza! Maaflah tak jumpa kau masa rehat tadi. Siti Nor Aisyah mendakap erat sahabat karibnya itu. Seperti yang mereka janji, usrah mereka berjalan di musolla sekolah. Tak apa. Aku faham. Kita tunggu lagi dua orang lagi kawan kita ya. Balas Ezza Atilia. 5 minit kemudian, Syifa dan Dayana muncul dengan lambaian dari muka pintu. Kelajuan kaki dimaksimakan untuk segera sampai ke destinasi. Maaflah, lambat. Dah lama ke tunggu? Syifa bersuara manja. Tak lama pun. Adalah dalam setengah jam. Ezza menjawab dengan nada bergurau. Mereka terhibur. Dah, kita mulakan usrah kita hari ni dengan Al-Fatihah. Aisyah memulakan bicara. Okey, kita nak bincang apa hari ni? Tanya Aisyah inginkan kepastian. Soal hati ke, soal cinta..nak tak? Huhu. Dayana menjawab sambil tergelak. Syifa turut ketawa bersama. Ezza hanya tersenyum. Tak habis-habis lagi ke? Hati siapa pula kali ni? Aisyah menggelengkan kepala. Apa pandangan korang tentang couple? Jujur soalan Syifa. Couple bermakna berpasangan. Berpasangan tak salah. Tapi, zaman sekarang ni, berpasangan dah disalaherti dan disalahgunakan. Mereka fikir keseronokan semata-mata. Pernikahan tak pernah terlintas di fikiran mereka. Nak bercinta, berdating dengan orang lain tapi kahwin pun nak dengan orang lain. Dayana mengutarakan pendapatnya sambil mencebik bibir tanda geram.

Ezza pula bersuara, Betullah tu. Bila kita dah masuk ke perangkap Syaitan, kita memang tak fikir panjang. Apa yang kita tahu, seronok. Seronok dapat berbual lama-lama dengan bukan mahram, seronok dapat pegang-pegang dengan bukan mahram dan lain-lain lagi. Kita kena ingat, syaitan tu bijak. Perkara maksiat ni memang selalunya menyeronokkan.Nauzubillah. Remaja zaman sekarang, memang tak ramai yang masih berfikiran waras antara halal dan haram, nikmat dan azab. Cinta bukan saja buta, tapi, tak mengenal batas halal dan haram juga. Yang nikmat itu tidak semuanya halal tetapi yang pasti, halal itu lebih nikmat. Nikmat bercinta selepas kahwin lebih manis berbanding sebelum kahwin. Macam kakak ipar dengan abang aku, mereka bercinta bagai nak rak selepas kahwin. Alangkah indahnya! Akhiri Aisyah sambil tersenyum. Betul betul betul! Aku sokong pendapat kawan-kawan aku ni. Aku nak takidkan lagi dengan firman Allah yang bermaksud ;Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (Surah al-Israa : 32) Respons Syifa. Oh ye! Malam ni abang aku nak ajak aku pergi dengar ceramah. Pasal cinta remaja. Jangan cemburu ya! Sampuk Aisyah. Bestnya! Nanti kongsi-kongsilah ilmu ya. Semangat sungguh Ezza bersuara. Tak ada masalah. Mesti. Insya-Allah. Aisyah hanya tersenyum. Okey. Mak aku dah tunggu dekat bawah tu. Balik dulu. Assalamualaikum. Sayang kamu semua! Dayana bergegas untuk pulang. Dia sempat melayangkan flying kiss untuk sahabat-sahabatnya. ******* Usai solat Maghrib, ceramah pun bermula. Siti Nor Aisyah tidak menanggalkan telekungnya. Dia mengambil tempat yang sesuai untuk mendengar ceramah tersebut. Ceramah tentang Cinta Remaja itu berlangsung di Masjid Shah Alam. Ustaz Iskandar menjadi penceramah pada hari itu. Aisyah semakin tak sabar untuk mendengar ceramah itu kerana tajuknya amat-amat menarik hati sang remaja. Shukri dan Zakri duduk di baris hadapan. Reaksi muka Zakri menzahirkan bahawa dia amat tidak selesa berada di masjid ini. Hatinya meraung ingin keluar dari situ. Benci! Abang! Bila kita nak balik? Bosanlah! Tanya Zakri dengan nada yang agak tinggi. Shukri hanya tersenyum sambil menjawab, Baru nak mula ni, sabarlah sikit. Lepas solat Isyak kita balik ya. Zakri mencebikkan bibir tanda tidak puas hati dengan jawapan abangnya itu. Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, kita dapat berhimpun sama-sama di sini. Terima kasih yang tak terhingga kepada para remaja kerana sudi hadir untuk perkongsian ilmu tentang Cinta Remaja. Pastinya tajuk ceramah hari ini menjadi magnet yang menarik kuat diri anda sekalian untuk hadir ke sini, bukan? Alhamdulillah. Tanpa buang masa, kita mulakan ya. Remaja zaman sekarang menganggap couple itu satu keperluan. Betulkah? Ustaz Iskandar memulakan persoalannya. Remaja yang menganggap begitu selalunya memiliki ego yang tinggi. Kenapa saya cakap begitu? Sebab mereka sering terikut-ikut dengan pengaruh rakan sebaya. Apabila kawan-kawan semuanya sudah memiliki pasangan, diri tercabar dan ingin memiliki pasangan juga bagi membuktikan kesejatian mereka. Itu adalah keperluan bagi mereka. Percintaan monyet yang dianggap keperluan itu makin disalaherti apabila sang kekasih sudah mula berdating dan meluahkan rasa cinta melalui naluri yang telah dikuasai nafsu dan syaitan. Cinta itu ada banyak. Ramai remaja sering

menggunakan istilah cinta kerana Allah, tapi, hakikatnya, jauh terpesong daripada syariat Islamiah. Sambung beliau. Fikiran Aisyah cuba menghayati setiap kalam yang diluahkan oleh ustaz tersebut. Dia cuba menghadam isi yang diutarakan satu per satu. Remaja memang sukakan perhatian. Sikap sang jejaka yang terlebih prihatin kepada perempuan telah menyebabkan si perempuan tadi asyik melayan perasaan. Begitu juga halnya dengan lelaki. Sebab itulah, Islam membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Islam hanya membataskan bukan menghalang seratus peratus. Islam mengambil alternatif mencegah lebih baik daripada mengubati. Lebih baik kita mencegah diri daripada melakukan perkara maksiat yang boleh menghanyutkan diri kita sendiri seperti zina,arak dan dadah. Saya teringat isi kandungan dalam sebuah novel untuk remaja. Penulis menyebut bahawa syaitan itu licik dalam menipu manusia. Terutama sang kekasih yang sedang mabuk rindu dan cinta. Orang yang bersms dengan kekasihnya beralasan, alah, mesej je,tak dengar suara pun! Orang yang call mendengar suara pula berkata, alah, tak berjumpa pun! Orang yang berjumpa dengan kekasihnya memberi alasan, alah, tak pegang-pegang pun! Orang yang berpegang-pegang pula berkata, alah, bukannya berzina pun! Orang yang berzina pula masih ada alasan, takdelah sampai mengandung! Begitulah liciknya syaitan! Nauzubillah..! Ustaz Iskandar mengambil sedikit masa untuk mengikis dahaganya dengan meminum segelas air. Zakri mendengus dalam hati. Eleh! Suka hati akulah nak bercinta ke tak nak. Ada kau susah? Ish! Bila nak balik ni?! Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi pada masa kini, ruang untuk kita bermaksiat semakin terbuka luas. Peluang untuk menambahkan dosa juga semakin cerah. Sebab itulah kekuatan dan kekentalan iman yang tinggi amat diperlukan tatkala kita berada di dalam dunia tanpa sempadan. Dunia maya hari ini menghimpunkan kita dengan pelbagai dosa dan maksiat. Andai kita lupa dan lalai, pasti kita akan lemas dan hanyut. Bila bercinta,remaja sering tertipu dengan media teknologi hari ini. Internet digunakan sebagai penghubung, telefon bimbit berfungsi untuk mendengar suara sang kekasih dan tempat untuk melihat gambar yang dihantar. Bukan itu saja, telefon genggam itu juga digunakan sebagai media untuk meluahkan rasa rindu yang terbuku di kalbu. Dari situ saja, sudah berapa agaknya calit hitam yang telah bertompok di hati kita wahai remaja?? Ingat, janganlah cinta kita berlebihan sehingga melampaui batas halal dan haram. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Taubah, ayat 24 yang bermaksud : Katakanlah: Jika bapa-bapa, anakanak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. Tidak ada cinta yang lebih agung dan abadi selain cinta kepada Pencipta diri kita, Allah Yang Maha Esa. Ustaz Iskandar ingin mengakhiri ceramahnya kerana waktu solat Isyak semakin tiba.

Sebagai kesimpulannya, khas untukmu wahai remaja sekalian, jaga dan peliharalah diri anda sebaiknya. Andalah penyambung pejuang di jalan Allah. Jangan sesekali mencampakkan dan membinasakan diri anda ke lembah kehinaan dan kemaksiatan. Ingatlah, tidak ada kebahagiaan dan ketenanangan dengan melanggar perintah-Nya dan melupakan-Nya. Fokuslah pada pembelajaran anda. Ingat segala keringat ibu bapa untuk kita. Bersabar dan teruskanlah usaha untuk memburu cinta sejati iaitu cinta pada Allahurabbi. Itu sahaja. Mari kita solat Isyak. Wassalam. Akhiri ustaz Iskandar. Isi ceramah itu benar-benar menginsafkan jiwa Aisyah. Hati Aisyah menangis hebat kerana sedar akan dirinya yang sudah semakin karat dengan dosa dan noda. Dia beristighfar berkali-kali. ******* 50 hari lagi. Erm. Siti Nor Aisyah mengeluh sendirian di dalam bilik. Dia sedang mengemaskini jadual hariannya sambilcountdown hari peperiksaan SPM. Kak! Pinjam RM 10! Zakri tiba-tiba menyerbu bilik Aisyah. Tanpa rasa bersalah dan segan, dia meminta 10 ringgit dengan suara yang agak kasar. Aisyah menjeling tajam. Nak buat apa? Telefon awek lagi? Cubalah berjimat sikit. Sibuklah kau! Aku nak pinjam RM 10 ringgit saja! Bukan RM 100! Cepatlah! Bukan Aisyah tak nak bagi, tapi, dia tahu, duit RM 10 itu akan dihabiskan oleh adiknya dengan hanya berbalas mesej dan telefon awek saja. Dia tidak mahu bersubahat melakukan maksiat! Aku tak ada duit. Kredit aku pun tak topup lagi ni. Aisyah cuba bersikap tegas. Kau ni kedekut kan dengan aku! Zakri bengang. Dia mencapai buku-buku Aisyah dan mencampakkannya ke muka Aisyah. Aduh! Sakitlah! Aisyah menjerit kesakitan. Biliknya bersepah. Buku bertaburan di atas lantai bumi. Padan muka! Zakri mengambil wang RM 10 di dalam tabung Aisyah di atas meja. Dia terus melangkah keluar dari situ tanpa mempedulikan tangis hiba Aisyah. Iskisksampai hati kau, Zakri. Aisyah menangis perlahan, tersedu-sedan. Tangan lembutnya segera menyeka air mata yang berjurai di permukaan pipi. Hatinya terasa sayu sekali. Shukri berdiri tegak di hadapan pintu bilik Aisyah. Dia masuk dan mengutip buku-buku hasil lemparan Zakri pada puteri kesayangannya itu. Buku-buku tersebut disusun rapi di atas meja. Shukri berjalan perlahan menuju ke arah Aisyah yang masih menitiskan air mata pilunya. Dia harus menenangkan adiknya kerana Abi, Umi dan Amri tiada di rumah. Mereka keluar membeli barang keperluan. Shukri mula mengambil posisi selesa untuk duduk di sebelah adiknya itu. Dia cuba menghilangkan lara di jiwa Aisyah dengan ungkapan penuh hikmah. Sudahlah tu. Banyakkan bersabar ya. Ini semua dugaan. Sebab Allah sayangkan Aisyah, Dia bagi Aisyah dugaan ini. Dugaan yang menitiskan air mata cinta kepada-Nya. Mungkin, Allah rindu dengan rintihan suara Aisyah. Kita kena terus berdoa supaya Allah lembutkan hati Zakri dan beri hidayah padanya. Abang akan cuba sedaya upaya untuk betulkan si Zakri tu. Ya,mungkin,abang taklah segarang macam abang Yusri tu, tapi, abang pun tegas juga. Tegas bila tiba masanya. Aisyah nak tengok abang tegas tak? Mata Shukri menjenguk mata Aisyah di sebelahnya. Maksud abang? Aisyah mengerutkan dahinya.

Iyalah, Zakri dah buat Aisyah macam ni. Nanti dia balik, abang akan bagi dia pengajaran. Abang nak buat apa? Rotan? Ish! Rotan tu macam dia dah biasa saja. Kalau dia tak solat, bolehlah abang rotan dia. Abang ni, lain sikit. Abang akan sorokkan PS2 dia. Biar dia tak main. Lagipun, PMR dah dekat kan. Umi pun risau tengok Zakri asyik main PS2 saja. Kalau dia marah abang macam mana? Abang diam sajalah. Kalau dia buat perangai lagi, tahulah abang nak buat apa pula lepas ni. Aisyah doakan abang ya. Dah,jangan menangis lagi. Senyum sikit. Usik Shukri sambil tangannya mengesat sisa-sisa air mata Aisyah. Aisyah mengukir senyum untuk abang Shukri yang sangat baik itu. Aisyah risaulah bang. SPM pun dah makin hampir. Kalau hari-hari emosi macam ni, tak fokuslah nak belajar. Tapi Aisyah tak nak duduk asrama. Tak boleh urus diri. Ramai orang, susah juga nak fokus. Hmmm Keluh Aisyah. Cuba Aisyah bincang dengan Umi. Rumah abang Yusri dekat dengan sekolah Aisyah kan? Apa kata Aisyah duduk dekat rumah abang Yusri sampai peperiksaan tamat? Cadang Shukri penuh semangat. Erm,boleh kot. Tapi, kena bincang dengan Abi, Umi dan abang Yusri dulu. Kalau okey, Aisyah ikut saja cadangan bernas tu. Tapi Tapi apa lagi dik? Abang macam mana? Abang seorang kena tengok-tengokkan Zakri. Takpe ke? Ooo.. Jangan risau. Abi dan Umi kan ada. Sekarang, fokus dekat peperiksaan Aisyah dulu. Abang pun nak fokus dengan pembelajaran Zakri. Kalau dia malas juga, rotanlah jawabnya. Okey, Aisyah ikut saja apa yang abang cadangkan. Ingat tau, abang kena garang dengan Zakri tu. Haha. Iyalah Aisyah. Tapi abang nak cuba cara lembut dulu. Kalau garang atau kasar sangat, takut dia jadi lebih agresif dan makin jauh dengan abang. Dalam surah Ali-imran, ayat 159, Allah ada sebut ; sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.. Faham kan maksud ayat ni? Ya, Aisyah faham bang. Tapi, Zakri tu lain bang. Macam mana pun, abang kena garang sikit dengan dia. Dia tu jenis yang susah nak makan nasihat. Insya-Allah. Abang garang bertempat. Hehe. Oh ye, lepas ni, nak sambung ke mana? Dalam ke luar negara? Shukri menukar topik perbincangan. Duduknya beralih ke hadapan Aisyah. Entahlah bang. Umi macam berat hati nak lepaskan Aisyah jauh-jauh macam abang dan abang Yusri. Aisyah teringin juga nak main salji dekat Jordan. Ada laut mati lagi. Mesir pun kalau boleh Aisyah nak pergi. Nak tengok piramid firaun. Paling Aisyah nak tengok, Sungai Nil dan universiti alAzhar. Aisyah tersenyum manja. Amboi! Panjang angan-angan ya. Buat betul-betul untuk SPM ni. Boleh pergi Jordan. Kalau nak ke Mesir, kenalah ambil STAM macam abang dulu. Mungkin, Umi berat hati sebab Aisyah kan satusatunya puteri kesayangan dalam rumah ni. Mestilah Umi risau. Aisyah tahu. Tapi, entahlah. Tak kesahlah dalam ke luar ke, asalkan ada tempat untuk Aisyah nak sambung belajar. Betul tak bang? Hehe.

Betul. Okeylah, pergi sambung belajar. Abang nak simpan PS2 Zakri sebelum dia balik ni. Shukri melangkah pergi menuju ke bilik Zakri. Aisyah mengambil wuduk sebelum memulakan ulangkajinya. Dia berdoa dan mengulangkaji dengan penuh khusyu. Semoga ilmu di dada semakin hari semakin bertambah dan dapat difahami dengan mudah. ******* Abi! PS2 Zakri mana??!! Zakri tiba-tiba muncul di hadapan Abi yang sedang menonton televisyen bersama Umi dan Shukri. Abi mengerutkan dahi. Mana Abi tahu. Ringkas jawapan Abi. Umi melihat Zakri dengan pandangan sayu. Sikap anaknya itu yang mengukir perasaan sayu di dalam jiwa seorang ibu. Setiap ibu pasti mendoakan kebaikan dan kesejahteraan anak-anaknya. Umi selalu berdoa agar Zakri dilembutkan hati dan dapat memperbaiki peribadinya sebagai seorang anak dan hamba Allah. Abang yang ambil. Tak payah nak marah-marah Abi. Shukri menjawab dengan nada tegasnya. Namun, masih dengan cara lembutnya. Apehal pula abang ambil? Itu Zakri punya kan??!! Bagi balik!! Zakri mula meninggikan suara. Jiwa remajanya memberontak keras. Abi yang beli, bukan Zakri. Abang nak Zakri fokus dengan PMR yang dah semakin hampir ni. Dapatkan 6A ke atas, baru abang pulangkan balik PS2 Zakri. Kalau tak, abang bagi orang lain. Abang siapa nak tentukan semua ni? Umi! Tengoklah ni! Dia baru balik, dah sibuk hal orang! Umi hanya membisu. Abi juga diam seribu bahasa. Mereka mahu memberi Zakri pengajaran juga. Pergi ulangkaji. Periksa tinggal lagi sebulan lebih saja. Tolonglah rebut masa yang ada ni. Rebut sementara ada kesempatan, jangan menunggu sehingga kesempitan. Suara Shukri sedikit tinggi. Aaaarrrgghhh! Suka hati akulah! Zakri menapak laju ke biliknya. Dia menghempas kuat pintu biliknya. Abi dan Umi berkali-kali istighfar di dalam hati. Shukri menghembuskan nafas panjangnya. Dia cuba mengukir kata. Abi, Umi, maafkan Shukri ya. Kamu tak salah. Zakri memang macam tu. Memang kena tegas sikit. Abi memang nak bagi dia pengajaran. Abi tak kesah kamu nak buat apa lepas ni. Tapi, hati-hatilah ya. Abi cuba mengerti perasaan anak lelakinya itu. Umi mengesat air mata pilunya. Shukri mengatur langkah menuju ke bilik Amri. Dia mahu merawat hati yang duka dengan meluangkan masa belajar bersama Amri. Amri memang budak baik dan mendengar kata. Siti Nor Aisyah terkedu mendengar perbalahan yang berlaku sebentar tadi. Suara Zakri yang kuat itu menyelinap masuk ke gegendang telinganya. Sakit berbisa bekasnya masih dirasa. Kasihan abang Shukri. Aisyah melangkah keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Abi, Umi, Aisyah nak cakap sikit boleh? Abi dan Umi hanya mengangguk. Aisyah terus menyusun kata untuk berbicara. Peperiksaan SPM Aisyah berbaki lebih kurang dua bulan saja lagi. Aisyah tak boleh fokus nak ulangkaji disebabkan perangai Zakri yang mengganggu emosi Aisyah dan kita semua. Boleh tak kalau Aisyah nak duduk dekat rumah abang Yusri sampai tamat peperiksaan? Lembut bicara Aisyah. Kenapa tak nak duduk asrama? Soal Abi.

Asrama pun ramai orang. Aisyah tak boleh fokus. Lagipun, rumah kita taklah jauh sangat dari sekolah. Hanya yang tinggal jauh saja layak diterima untuk duduk di asrama. Jawab Aisyah dengan penuh keyakinan di dadanya. Umi okey saja. Nanti Aisyah tanyalah dengan abang Yusri ya. Umi nak masuk bilik dulu. Pening ni. Umi nak rehat. Okey, Umi. Aisyah masuk ke biliknya semula dan mencapai telefon genggamnya. Nama abang Yusri segera dicari untuk didail. Jumpa! Butang panggilan terus ditekan. Assalamualaikum abang. Maaflah kalau mengganggu. Nak bincang sikit boleh? Waalaikumussalam. Ada apa Aisyah? Erm.. Boleh tak kalau Aisyah nak duduk dekat rumah abang sampai Aisyah tamat peperiksaan SPM? Dekat sini, Aisyah tak boleh fokuslah bang. Zakri asyik buat hal saja. Boleh tak bang? Dah tanya Abi dan Umi? Boleh saja. Abang tak kesah pun. Dah. Okey, terima kasih. Sayang abang! Zakri buat hal apa? Entahlah, banyak sangat. Dia asyik melawan saja cakap abang Shukri. Aisyah kasihan tengok abang tu. Erm.. Bila nak abang ambil Aisyah? Terpulang pada abang. Aisyah ikut saja. Okey, insya-Allah, cuti hujung minggu nanti abang ambil Aisyah ya. Okey bang, terima kasih. Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Jiwa Aisyah terasa lapang dengan jawapan positif abang Yusri. Dia bersyukur sangat. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran pada abang Shukri untuk membantu Zakri. ******* Siti Nor Aisyah melangkah masuk ke dalam sekolah dengan membisikkan kata semangat dan tekad menuntut ilmu kerana Allah di dalam atmanya. Setiap hari, dia akan cuba untuk memperbaiki dan meningkatkan sahsiah dirinya. Dia sedar, sebagai seorang muslim, seseorang itu mestilah menjadikan hari ini lebih baik dari semalam sebagai moto dalam setiap liku hari-hari yang dilalui. Walau dihujani mehnah, walau dibanjiri musibah, di dalam hati perlu sematkan tabah, sabar dan mohon bantuan Allah. Kerana hanya Dia tempat kembali segala masalah. Hari ini, sekolah Aisyah mengadakan program khas untuk calon-calon yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Program motivasi yang bertajuk Aku Pelajar Satria itu dilaksanakan di dalam dewan yang tersergam indah dengan hiasan bunga yang berwarna-warni. Slot program pada hari itu diterajui oleh ustaz Zakuan. Beliau merupakan ketua panitia untuk subjek Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah. Tepat jam 8 pagi, program rancak bermula. Ustaz Mahmud selesai membacakan doa pembuka majlis.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Terima kasih sebab kamu semua hadir ke sekolah pada hari ini. Anda adalah insan pilihan Allah. Anda bertuah. Bersyukurlah. Motivasi kita pada hari ini menekankan konsep seorang pelajar yang memikul tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah dan anak kepada kedua ibu bapa. Ustaz Zakuan memberi penjelasan umum sebagai mukaddimah untuk para pelajarnya. Cuba fokus dan hayati betul-betul apa yang ingin saya katakana ni. Sebagai seorang hamba yang hina dan diselubungi dosa, kita perlu sentiasa ada rasa malu terhadap Allah s.w.t. Malu untuk melakukan maksiat pada-Nya, malu meninggalkan suruhan-Nya dan malu untuk tidak bersyukur atas segala kurniaan nikmat-Nya ke atas diri kita. Kita harus patuh dan taat pada-Nya. Jangan sampai murka Allah menampar diri dan membinasakan kita. Apa yang penting, kita mestilah membina pahala sebanyak mungkin di dunia ini untuk memenangi reda dan rahmat dari-Nya. Semoga dengan rahmat-Nya kelak, kita akan tergolong dalam golongan ahli-ahli Syurga. Ingatlah, Syurga Allah itu tidak murah dan sangat mahal. Ia tersedia buat diri yang tabah dan sabar dengan ujian dan dugaan-Nya. Dengan sabar, jiwa akan lebih tegar. Dengan tabah, hati akan lebih dekat dengan Allah. Ustaz Zakuan memberhentikan kata sebentar. Lagu Cahaya Hati yang dilaungkan oleh Opick menjadi hidangan gegendang telinga. Liriknya yang mendalam dengan nada lembut bisa memukau dan mencairkan jiwa seorang hamba. Usai lagu dimainkan, ustaz Zakuan kembali bersuara. Sebagai seorang anak pula, kita memiliki tanggungjawab yang perlu dipikul. Tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa kita. Allah memerintahkan kita dalam surah Al-Ankabut ayat 8 yang bermaksud ; Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya Kita juga mestilah menjaga setiap tutur kata bicara yang diucapkan kepada mereka. Jangan sesekali menengking dan memarahi mereka sesuka hati kita. Allah s.w.t. mengingatkan kita dalam surah AlIsraa ayat 23 yang bermaksud ; janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan jangan sesekali kita lupa bahawa Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Reda Allah juga bergantung di atas reda ibu bapa terhadap kita. Akhiri ustaz Zakuan dengan suasana yang menginsafkan. Aisyah pulang dari sekolah dengan jiwa dan hati yang telah dicuci dan dijirus dengan air mata keinsafan. Insaf akan segala dosa dan noda terhadap Umi, Abi dan pencipta diri, Allah Yang Maha Esa. Insaf dengan lafaz istighfar dan zikir pada Yang Maha Pengampun. ******* Shukri bahagia dengan kerja barunya sebagai ustaz. Dia mengajar pelajar tingkatan 4 dan 5 untuk subjek al-Azhar. Dia juga mengajar pelajar-pelajat tingkatan 6 STAM untuk subjek Insya Mutolaah dan Hifz Quran Tajwid. Rasa bahagia yang dirasa makin bertambah saat dia bertemu dengan Nizam. Nizam juga mengajar di sekolah yang sama. Dua sahabat kembali bertamu mengukuh sebuah ukhuwah yang telah terikat kerana Allah. Yusri mencari masa terluang untuk bertemu dengan adiknya, Shukri. Usai makan tengahari, dia pantas menuju ke bilik Shukri. Macam mana kerja? Okey? Tanya Yusri penuh prihatin. Alhamdulillah, okey. Suasana sekolah ni pun nampak menyelesakan dengan islamiknya. Jawab Shukri dengan sopan.

Ya, tapi, tak semua pelajarnya baik-baik. Kalau dah jahat, memang betul-betul jahatnya. Pernah ada kes, pelajar rosakkan motor dan kereta cikgu. Tapi, setakat ni, masih terkawal. Itu kes dulu-dulu. Terang Yusri. Kena hati-hati jugalah kan. Abang ada perkara penting ke ni? Sampai sanggup datang ke bilik Shukri. Hehe. Abang nak tanya sikitlah pasal Zakri. Apa cerita dia? Erm. Macam itulah juga. Shukri tengah cuba nak ajar dia kuasai subjek untuk PMR. Dia tu payah sikit nak dengar kata. Tapi, lama-lama, insya-Allah, akan lembut kot. Harap-harap macam itulah. Abang nak tegur cara lembut tak pandai sangat kalau dengan dia tu. Asyik nak melawan saja. Mungkin, dengan kau, dia okey kot. Eh, tak juga bang. Dia pun melawan juga. Tapi, Shukri ada buat sesuatu. Shukri ambil PS2 dia dan akan pulangkan semula bila dia berjaya dapat 6A ke atas. Dia tak marah ke? Itulah permainan kesayangannya selepas iPhone dia tu. Marah juga bang. Tapi, takde cara lain. Mungkin, lepas ni, giliran iPhone dia pula kot. Tengok keadaanlah. Umi risau juga dia asyik main sampai abaikan pelajaran. PMR dah semakin hampir. Ya, abang tahu. Abang harap kau berjaya ajar dan lembutkan hati dia. Banyakkan bersabar. Abang cuba tolong apa yang patut nanti. Okey, abang pergi dulu. Selamat bekerja. Yusri keluar dari bilik Shukri dan menuju ke kelas 3 Abu Bakar untuk mengajar subjek Bahasa Arab Komunikasi. Shukri menuju ke kantin untuk mengisi perutnya yang sedang berkeroncong tanda lapar. Dia memesan menu nasi goreng ayam bersama teh o ais sebagai hidangannya. Saat dia leka dengan makanannya, Shukri disapa oleh beberapa orang murid perempuan. Mereka kelihatan dalam lingkungan tingkatan 4. Mereka memberi salam dan cuba mengusik Shukri. Suarasuara manja mula terdengar. Ustaz, tak nak ajak kami makan sekali ke? Boleh ustaz belanja. Ustaz dah kahwin ke belum? Ustaz ni baru lagi kan? Umur ustaz berapa ya? Shukri agak terganggu dengan sapaan mereka. Lebih-lebih lagi dengan murid yang tidak dikenalinya. Mukanya mula terasa hangat dan merah tanda malu yang menguasai diri. Dia hanya menjawab salam dan tersenyum. Dia menundukkan pandangan dan mempercepatkan sesi makannya. Dia beredar dari situ meninggalkan mereka. Telinganya masih menangkap suara-suara berbaur kutukan daripada mulut mereka. Sombonglah ustaz tu. Kita tanya, dia buat tak tahu saja. Kita ni cantik sangatlah sampai ustaz tu tak sanggup nak pandang kita kan. Haha. Shukri hanya menggelengkan kepala. Bukan kerana cantiknya murid-murid perempuan itu dia menundukkan pandangan. Bukan kerana sombong dia beredar dari situ. Tapi kerana, dia ingin menjaga dan membatasi hati dan dirinya daripada dikuasai nafsu dan bisikan syaitan. Lebih baik digelar sombong daripada melayan secara berlebihan sehingga boleh menimbulkan fitnah ke dalam dirinya. Itulah prinsip seorang hamba Allah yang bernama Shukri. *******

Cuti hujung minggu telah pun tiba. Siti Nor Aisyah sudah bersiap menunggu kedatangan abang sulungnya, Yusri. Dia sempat meluangkan masa bersama nota kecilnya untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari malam semalam. Hampir 30 minit juga Aisyah menunggu kehadiran abangnya itu. Masih belum kelihatan. Pintu bilik Aisyah disapa dengan ketukan. Umi memanggil tanda abang sulungnya sudah sampai untuk menjemputnya. Aisyah segera ke ruang tamu. Yusri datang seorang diri. Dah siap? Tanya Yusri. Dah, 30 minit yang lepas. Jawab Aisyah dengan berseloroh. Maaflah, lambat. Abang singgah kedai tadi. Beli barang dapur sikit. Aisyah gurau sajalah. Hehe. Takpe. Zakri mana? Ada dekat dalam bilik dia tu. Kenapa? Abang nak jumpa dia sekejap. Pergi angkut barang dalam kereta dulu ya. Yusri mengatur langkah menuju ke bilik Zakri. Zakri, tengah buat apa tu? Zakri yang sedang leka membalas sms aweknya cepat-cepat menyembunyikan iPhone miliknya di bawah bantal. Dia memandang Yusri. Dia cuba menyusun jawapan. Takde buat apa. Kenapa bang? Percubaan PMR dapat berapa hari tu? Abang lupa nak tanya. Ermtak banyak, sikit saja. Jawab Zakri dengan nada perlahan. Takut dimarahi Yusri. Iyalah, berapa? Erm..2A.. Yang lain? Erm..3B,2C,1D.. Subjek apa yang D tu? Bahasa Arab Komunikasi. Bahasa Arab dapat D? Lepas ni, belajar betul-betul. Abang Shukri nak tolong tu. Cuba dengar cakap dia. Jangan asyik nak melawan saja. Berdosa. Kalau abang dapat tahu Zakri buat hal lagi, siaplah. Jangan harap nak ada iPhone lagi. Yusri cuba memberi amaran sebagai perangsang. Zakri hanya mengangguk. Jauh di lubuk hatinya, dia memberontak. Aaaarrggghhh! Tension aku kalau macam ni! Yusri keluar dan mencari kelibat adiknya, Shukri. Shukri, nanti ajar Zakri betul-betul ya. Abang dah cakap dengan dia. Subjek Bahasa Arab Komunikasi dia dapat D masa percubaan. Payah tu. Yang lain, kena tekankan juga.

Insya-Allah, bang. Ada masa lagi, Shukri akan cuba. Shukri hanya tersenyum. Yusri bersalaman dengan Shukri, Umi dan Abi. Amri merapati Yusri dan menyalaminya. Yusri mencubit mesra pipi Amri yang mulus itu. Lama juga dia tidak meluangkan masa bersama Amri. Amri, maafkan abang ya kalau tak bawa Amri jalan-jalan. Bila-bila ada masa nanti, kita pergi jalanjalan ya. Aisyah berpelukan dengan Uminya. Seakan hendak berpisah jauh. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Abi dan abangnya, Shukri. Abang,semoga berjaya ya didik Zakri tu. Banyakkan bersabar tau. Kalau ada apa-apa, call Aisyah ya. Sempat Aisyah memberi pesanan terakhir kepada Shukri. Shukri mengangguk sambil tersenyum. Prihatin sungguh adiknya itu. Aisyah dan abang sulungnya, Yusri, berbual mesra di dalam kereta. Bermacam-macam cerita yang dikongsikan Aisyah. Yusri menjadi pendengar yang setia. Yusri juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi pendapat dan sempat memberi tazkirah untuk Aisyah. Perempuan memang kena banyak menjaga. Kena jaga aurat dan pergaulan dengan lelaki ajnabi. Kena ada malu dan rasa takut pada Allah, barulah senang nak membataskan diri. Ingat, hilang malu, hilanglah maruah dan harga diri kita. Pesan Yusri. ******* Zakri, jom pergi masjid. Abi dah tunggu dekat luar tu. Amri pun ikut sekali. Shukri mengajak Zakri dengan senyuman yang berseri-seri. Balik dari masjid, abang nak ajar Zakri subjek Bahasa Arab Komunikasi. Jom! Sambung Shukri lagi. Zakri memandang dengan pandangan yang bersahaja. Songkok dicapainya dan dia terus melangkah menuju ke luar rumah. Langsung tidak memberi respon berupa kata kepada Shukri. Shukri tersenyum sahaja. Sekurang-kurangnya, Zakri mahu ikut ke masjid. Alhamdulillah! Pulang saja dari masjid, Shukri terus ke bilik Zakri. Jom, abang ajar. Erm.. Bahasa Arab ni susahlah! Belajar Bahasa Melayu sajalah. Eh, mana boleh macam tu. Bahasa Melayu Zakri dah pandai. Dapat A kan? Kenalah tumpu dekat subjek yang lemah macam Bahasa Arab ni pula. Barulah seimbang keputusan PMR nanti. Ingat, 6A ke atas. Banyak tu, bukan senang. Kena usaha lebih. Shukri sengaja mengingatkan Zakri untuk menyuntik semangat belajarnya. Okey, fine! Zakri mengalah. Dia mengeluarkan buku nota dan latihan Bahasa Arab Komunikasi. Shukri mengajar asas Bahasa Arab dahulu supaya Zakri mudah memahami dan menguasai. Syukur, segalanya dipermudahkan-Nya! Siti Nor Aisyah juga sedang mengulangkaji subjek Bahasa Arab Tinggi bersama abang sulungnya, Yusri. Kakak iparnya, Norlia, sedang sibuk menguruskan Humaira. Anak-anak buah Aisyah juga sedang khusyu membuat latihan. Rajin sungguh. Ini semua hasil didikan Yusri. Dia memang tegas, namun, penyayang dan memahami. Yusri tak pernah merotan anaknya lagi kerana Razali dan Rifki masih mudah untuk menunaikan solat. Mereka juga mendengar kata dan tak pernah melawan cakap. Sesekali, memang ragam mereka

membuatkan Yusri terpaksa banyak bersabar. Dia cuba bersabar dalam mendidik anak-anaknya. Sabar itu indah jika pandai mempraktikkan dan kena pada tempatnya. ******* Pintu bilik Aisyah dikuak oleh kakak iparnya, Norlia. Jam tepat menunjukkan pukul 4.30 pagi. Yusri meminta isterinya mengejutkan Aisyah untuk qiamulail bersama. Aisyah gagahkan diri untuk membuka mata yang seakan tidak mahu terbuka. Sejak kebelakangan ini, memang payah bagi dirinya untuk segar bertahajud di hening pagi. Puncanya, dia pun tak ketahui. Usai qiamulail bersama abang sulung dan kakak iparnya, Aisyah tidak tidur semula. Dia meluangkan masa untuk membaca al-quran. Kemudian, menyambung ulangkaji. Yusri meminta izin untuk masuk ke bilik Aisyah. Dia begitu prihatin terhadap Aisyah. Dekat rumah, Aisyah selalu tak bangun untuk qiamulail? Ermada, tapi, tak selalu. Kadang-kadang. Peperiksaan dah makin dekat kan, jadi, Aisyah kena dekatkan diri dengan Allah juga. Jangan disebabkan kesibukan mengulangkaji pelajaran mengenepikan segala urusan kita dengan Tuhan. Tanpa Dia, kita tak mampu nak dapat keputusan yang cemerlang. Kena ingat tu. Aisyah faham bang. Aisyah cuba untuk istiqamah qiamulail. Terima kasih ya bang sebab selalu ingatkan Aisyah. Lepas ni, bangun dan tahajud sendiri. Jangan lupa, buat alarm. Masa-masa berharga macam inilah kita dapat mengadu dan luahkan semua yang kita nak dekat Allah. Dia Maha Mendengar. Kita kena selalu mohon keampunan dan bertaubat pada Allah. Nabi yang masum pun selalu beristigfar dan bertaubat, inikan pula kita, manusia biasa yang sentiasa melakukan dosa. Dalam sebuah hadis, daripada al-Aghar bin Yasar al-Muzani r.a berkata,Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :Wahai sekalian manusia, minta ampunlah (istighfar) kepada Allah SWT. Sesungguhnya aku meminta ampun & bertaubat kepada Allah SWT 100 kali setiap hari. (Riwayat Muslim) Bijak sungguh Yusri menyusun kata. Insya-Allah, bang. Aisyah akan buat. Abang doakan ya! Aisyah menanam tekad. Yusri mengangguk sambil tersenyum. ******* Hari ini, Umi dan Abi meluangkan masa bersama untuk pergi ke taman bunga. Siti Nor Aisyah, Zakri dan Amri masing-masing bersekolah seperti biasa. Shukri dan Yusri pula sedang menikmati hidangan lazat di kantin sekolah. Zakri mempunyai agenda yang sangat penting pada pagi ini. Dia cuba meloloskan diri dari sekolah. Berjaya! Dia berjaya memanjat pagar belakang sekolah tanpa pengetahuan sesiapa. Kakinya laju menuju ke suatu tempat. Di situ, seseorang sudah lama menunggunya. Pen di tangan Shukri diletakkan sebentar di atas meja kerana telefon bimbitnya berbunyi tanda panggilan masuk. Tertera nombor yang tidak dikenalinya. Dia menjawab panggilan tersebut. Assalamualaikum..ini abang Zakri ke? Waalaikumussalam..ya saya, Shukri, abang Zakri. Ada apa ya? Ni siapa?

Saya guru kelas Zakri, cikgu Hamidah. Maaf kalau saya menganggu. Kenapa Zakri tak datang ke sekolah? Dia tak sihat ke? Hari ini sekolah ada buat bengkel khas untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR. Rugi siapa tak datang. Shukri terdiam sebentar. Timbul tanda tanya dalam dirinya. Bukankah Zakri pergi ke sekolah? Dia yang menghantar Zakri. Pasti ada yang tak kena ni. Oh, yeke? Saya tak tahu pula ada bengkel PMR hari ini. Maaf ya cikgu. Esok dia datang sekolah. Insya-Allah. Tapi, ada kawan nampak dia pagi tadi. Saya rasa, dia ponteng kelas. Ya, saya yang menghantar dia ke sekolah. Takpe cikgu, nanti saya cuba cari dia. Esok, Zakri akan ke sekolah juga. Saya akan pastikan. Maaf sekali lagi ya cikgu. Baiklah, maaf ya. Tapi awak kena bagi perhatian yang lebih dekat Zakri tu sebab dia banyak buat perangai di sekolah. Saya faham. Terima kasih ya cikgu. Okey, assalamualaikum. Waalaikumussalam.. Shukri tergamam. Kenapa Zakri sanggup ponteng kelas? Kenapa Zakri sanggup menipu dia, Umi, Abi dan cikgunya? Ya Allah.. Shukri meluahkan keluhannya. Dia rancak berfikir. Perlukah dia beritahu perkara ni pada Abi dan Umi? Pada abang Yusri? Dia pasti, Yusri akan mengamuk bila dapat tahu yang Zakri ponteng dan selalu buat hal di sekolah. Shukri mula buntu. Dia ingin menolong Zakri, tapi, Zakri yang tidak mahu ditolong. Shukri bergegas menuju ke keretanya. Dia ternampak kelibat Yusri sedang menghampirinya. Dia cuba berkelakuan seperti biasa agar tidak menzahirkan keresahan yang bertakhta di jiwa. Shukri, nak balik dah ke? Awalnya! Baru pukul 12 tengahari. Ada hal penting ke? Takde apa bang. Ada hal sikit. Lagipun, lepas ni, dah takde kelas dah. Pergi dulu ya! Assalamualaikum. Okey, kirim salam dekat Abi dan Umi. Waalaikmussalam. Shukri meneroka lorong-lorong berhampiran dengan sekolah Zakri menaiki keretanya. Dia tidak nampak sebarang petanda bahawa Zakri ada di situ. Tak mungkin Zakri ponteng untuk lepak di lorong-lorong berhampiran dengan sekolahnya. Shukri menuju ke bandar pula. Kebiasaannya, tempat membeli belah di bandar menjadi fokus utama para remaja untuk ponteng sekolah dan lepak di situ. Mereka lebih gemar membuang masa bersama teman-teman daripada menuntut ilmu yang lebih tinggi nilai dan kebaikannya. Mata Shukri berasa perit dan sakit dengan pemandangan di sekelilingnya. Lakaran pemandangan yang berlatarkan maksiat semakin berleluasa. Bukan saja para remaja, bahkan, dari semua golongan. Para wanita dewasa juga semakin membuka dan menayangkan aurat di tempat awam. Tidakkah mereka berasa malu dengan anak kecil yang lalu di sini dengan pakaian sempurna dan menutup aurat?

Shukri beristighfar berkali-kali. Kelajuan kaki dimaksimakan untuk mencari sekujur badan milik Zakri. Dia berhenti sebentar. Sudah setengah jam pencarian, namun, dia gagal untuk mengesan Zakri. Dia duduk sebentar sambil tekaknya dihidangkan air milo sejuk. Terasa segar! Mata Shukri terpana apabila melihat Zakri sedang berpegangan tangan bersama seorang perempuan yang juga berpakaian sekolah dan bertudung! Dia cuba mengesat matanya berkali-kali. Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya! Namun, itulah realiti yang perlu diterimanya. Zakri dan seorang perempuan sedang berjalan beriringan sambil tangan mereka berpaut. Mereka menuju ke panggung wayang. Barangkali hendak menghabiskan masa bersama dengan menonton filem yang baru ditayangkan. Shukri berlari untuk mendapatkan Zakri. Segera dia menarik tangan adik lelakinya itu. Zakri! Jom balik! Shukri tegas. Zakri agak terkejut. Dia tidak menyangka bahawa abangnya berjaya menemuinya dalam keadaan sebegini. Banyak mata yang memandangnya. Perempuan di sebelah Zakri menarik tangannya daripada terus digenggam oleh tangan Zakri. Abang buat apa dekat sini? Soal Zakri dengan nada yang agak tinggi. Seakan mahu melawan cakap abangnya lagi. Abang yang patut tanya soalan tu dekat Zakri! Kenapa ponteng sekolah? Dah! Jom balik! Shukri terpaksa menarik telinga Zakri lantaran adiknya itu berkeras untuk tidak mahu balik. Sampai di kereta, Zakri mula berang dengan sikap abangnya itu. Telinganya merah kesakitan. Sakitlah! Abang ni tak malu ke semua orang tengok tadi??!! Bentak Zakri. Abang yang patut rasa sakit sebab Zakri sanggup tipu abang, Umi dan Abi. Sanggup ponteng sekolah dan buat maksiat dekat sini. Tak malu ke dengan Allah??!! Suara Shukri semakin meninggi. Kali ini, dia betul-betul marah. Zakri terus terdiam tanpa sepatah kata. Dia terus masuk ke perut kereta. Suasana menjadi sunyi sepi. Shukri juga kelihatan tegang pada wajahnya. Dia hanya diam seribu bahasa. Zakri mula berasa takut melihat muka tegang abang Shukri. Dia tidak memandang lagi. Matanya difokuskan pada pemandangan di luar tingkap kereta. Shukri cuba meredakan perasaan marah yang cuba membakar dirinya sebentar tadi. Dia beristighfar berkali-kali. Dia yakin dengan tindakannya yang menarik telinga Zakri kerana adiknya itu berkeras dan mahu melawan kata saja. Ini merupakan hukuman berbentuk fizikal yang pertama. Shukri teringat pada satu kisah. Rasulullah s.a.w. pernah melakukan perkara sedemikian kepada Abdullah bin Burs al-Mazini ketika kanak-kanak. Abdullah menceritakan bahawa ibu pernah menyuruhnya membawa setangkai anggur untuk diberikan kepada Baginda. Kemudian, beliau makan sebahagian daripadanya, selebihnya diserahkan kepada Rasulullah. Rasulullah menarik telinganya sambil berkata : wahai anak yang tidak amanah. Tindakan Rasulullah s.a.w. ini memberi sedikit kesakitan yang diharapkan dapat memberi peringatan kepadanya. Akibat melakukan kesalahan, dia memang layak dikenakan pelajaran sedemikian. ******* Shukri tidak mengajar Zakri pada malam itu. Dia hanya mengurung diri di dalam biliknya. Bukan dia tak mahu, tapi, hatinya sudah terluka dengan sikap Zakri. Dia cuba ingin memberi pelajaran pada Zakri.

Zakri menunggu kedatangan abangnya, namun, tetap tidak kelihatan. Entah kenapa, Zakri berasa amat bersalah terhadap abang Shukri. Ya, dia sedar, selama ini dirinya memang sering menyakiti abangnya itu namun, tak pernah abang Shukri memarahinya seperti hari ini. Perlukah dia meminta maaf? Zakri terpaksa mengalah dengan egonya lantaran diri yang diselaputi rasa terlalu bersalah terhadap Shukri. Dia memulakan langkah menuju ke bilik abangnya itu. Abang, Zakri minta maaf. Untuk apa? Erm..pasal tadi.. Buat apa minta maaf dekat abang? Zakri langsung takde buat salah dekat abang. Zakri sepatutnya minta maaf dekat Abi dan Umi. Minta ampun dekat Allah. Itu yang lebih penting. Jiwa Zakri terasa bagai ada getar yang tiba-tiba menyelinap masuk. Dia begitu terharu dengan sikap abangnya yang terlalu baik itu. Abang nak Zakri buat apa? Zakri buatlah apa yang Zakri rasa betul dan tak berdosa di sisi Allah. Shukri melangkah lesu keluar menuju ke ruang tamu. Dia menyampaikan salam abangnya, Yusri kepada Abi dan Umi. Zakri tiba-tiba muncul. Dia bersuara dengan penuh sayu. Dia ingin membuat pengakuan jujur yang datang dari hati yang sarat dengan sesalan. Abi, Umi, Zakri minta maaf. Zakri ponteng sekolah hari ini. Zakri pergi dating dengan perempuan dekat bandar. Zakri tahu, Zakri salah. Selama ni, memang Zakri banyak buat salah pun. Zakri minta maaf banyak-banyak dengan abang Shukri. Abi dan Umi tercengang mendengar pengakuan jujur daripada anak lelakinya itu. Shukri juga terkejut. Tak sangka Zakri berani buat confession seperti itu. Zakri menuju ke arah Abi, Umi dan abang Shukri. Dia menyalami ketiga-tiga mereka dengan linangan air mata yang mengharapkan keampunan dan kemaafan. Zakri masih teringat peristiwa petang tadi. Sebelum dia dan abang Shukri pulang ke rumah. Sempat abang Shukri membawanya ke sebuah tempat yang tinggi dan luas. Cantik! Abang nak Zakri jerit nama Allah sekuat hati. Shukri bersuara perlahan. Kenapa? Jerit sekuatnya. Buat saja! Zakri diam seketika. Dia cuba mencari tenaga dalamannya. Allah!!!! Allah.!!! Allah!!! Zakri melaungkan nama pencipta alam semesta beberapa kali. Tiba-tiba, pipinya terasa hangat dengan jernih air mata dosa. Ada rasa getar tak dalam hati Zakri? Tanya Shukri dengan lembut. Zakri mengangguk lemah. Bersyukurlah, sebab dalam hati Zakri masih ada iman pada Allah. Akhiri Shukri. Umi dan Abi memeluk Zakri. Akhirnya, hati Zakri terbuka dan lembut juga untuk menghidu haruman hidayah dan berjaya menundukkan egonya. Shukri bangga dengan adik lelakinya itu. Dia menceritakan segala yang berlaku pada adik perempuannya, Siti Nor Aisyah melalui telefon. Aisyah berasa sungguh bahagia dan terharu. Begitu juga dengan Yusri.

Zakri mula bersungguh-sungguh untuk mengulangkaji pelajaran kerana baru dia sedar, peperiksaan PMR semakin hampir. Labih kurang 20 hari saja lagi. Dia perlu buktikan pada keluarganya bahawa dia seorang yang cemerlang dan boleh berjaya. Itu tekad di dalam hati seorang Zakri. Hati yang dulunya musim sentiasa ego dan penuh kebencian, kini telah bertukar kepada musim kasih dan sayang. Aisyah juga semakin sibuk melayan kerenah buku-buku latihannya yang semakin hari semakin banyak. Dia juga perlu bersungguh-sungguh untuk peperiksaan SPM yang bakal dihadapinya tak lama lagi. Dia mengimpikan pencapaian yang cemerlang untuk membolehkannya menyambung pelajaran di Jordan pada tahun hadapan. Dia ingin mengikut jejak langkah abang-abangnya yang telah berjaya menggenggam segulung ijazah dari Timur Tengah. ******* 6 bulan kemudian Siti Nor Aisyah menyambung pelajaran di sebuah sekolah agama menengah yang menawarkannya tingkatan 6 STAM. Sekolah itu jugalah tempat di mana abang-abangnya menabur bakti sebagai guru. Dia menerimanya dengan penuh gembira. Walaupun mendapat tawaran ke UNISZA, namun, dia lebih berminat dengan STAM kerana lebih jimat masa untuk menyambung ke peringkat Ijazah nanti. Di samping itu, Aisyah masih menyimpan harapan untuk ke Timur Tengah. Memang perasaan Aisyah agak kecewa kerana dengan keputusan SPM sebanyak 6A, tidak melayakkannya untuk menyambung pelajaran di Jordan. Ditambah pula, subjek Bahasa Arab Tinggi, dia hanya mampu mencapai B+ walaupun subjek Pendidikan Al-Quran Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah mendapat A. Syarat untuk menyambung pelajaran ke Jordan, mestilah mendapat A untuk subjek Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah. Aisyah pasrah dan tidak berputus asa. Dia percaya, segalanya ada hikmah. Zakri pula telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. 8A 1B menjadi miliknya setelah penat lelahnya berusaha dan berdoa pada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia juga tidak menyangka bahawa dirinya akan memperoleh keputusan secemerlang itu. Zakri berjaya menyambung pelajarannya di SBP (Sekolah Berasrama Penuh) KISAS. Shukri menunaikan janjinya untuk memulangkan PS2 Zakri. Zakri bahagia kerana sudah berjaya mendapatkan kembali permainan kesayangannya. Cuti hujung minggu menjadikan harinya lebih indah dan seronok. Kak, jom main PS2! Ajak Zakri. Boleh juga. Jom! Akak nak main Naruto tau! Aisyah bersemangat. Kemesraan di antara mereka mula berputik. Semakin hari semakin bercambah. Amri menjadi penonton setia mereka berdua. Amboi! Bukan main lagi ya! Abang pun nak! Shukri duduk berhampiran mereka untuk bermain bersama. Okey. Abang lawan dengan Aisyah ya. Hehe. Aisyah cuba mencabar abang Shukri. Kemesraan mereka membuatkan Abi dan Umi tersenyum lebar dan terasa lapang di dalam hati. Syukur ke hadrat Ilahi. Yusri dan sekeluarga datang ke rumah untuk melepaskan rindunya pada Abi dan Umi. Keadaan rumah bertambah riuh dan kecoh. Aisyah segera mengundur diri daripada terlibat dengan permainan PS2 kerana hero-hero lelaki abang sulungnya sudah tiba. Dah hafaz surah Rum belum? Yusri mula bertanya soalan cepumas. Aisyah hanya tersenyum.

Erm, belum lagi bang. Baru habis hafaz surah Sajadah. Surah Luqman pun tak habis-habis lagi. Hehe. Jawab Aisyah dengan selamba. Habiskan cepat-cepat. Nanti senang. Sepuluh hadis hafalan dah hafaz? Insya-Allah. Oo..sepuluh hadis tu dah! Alhamulillah. Nasib baik dah hafaz. Kalau tak, memang kenalah. Dahlah subjek abang tu. Shukri, suruh si Aisyah ni cepat-cepat habiskan hafalan untuk 3 surah tu. Banyak lagi yang perlu dihafaznya. Kalau habis cepat, senang sikit. Shukri hanya tersenyum. Aisyah tengah cuba la tu kan..? Betul tu. Sayang abang Shukri! Hehe. Tiap-tiap hari abang Shukri tasmikan Aisyah lepas solat tau. Kan bang? Shukri mengannguk tanda menyokong kata-kata Aisyah. Bibirnya hanya mampu menguntum senyum. Iyalah, sayang abang Shukri saja. Nada Yusri seakan merajuk. Ala abang ni.. Aisyah sayang abang Yusri jugalah. Abang kan ada kak Norlia, lagi untung. Abang Shukri ni, entah bilalah nak ada isteri yang sayang kalau bukan adiknya, Aisyah kan..?? Haha. Aisyah berseloroh. Shukri mula terasa malu. Sengaja Aisyah membangkitkan isu perkahwinan. Haha. Betul tu. Shukri, bila lagi? Tanya Yusri sambil menyakat. Abi dan Umi memandang Shukri dengan penuh harapan. Shukri makin dihimpit rasa malu. Erm, Abi dan Umi carikanlah. Boleh? Shukri menjawab dengan yakin dan tenang. Kenapa tak nak cari sendiri macam abang Yusri kamu tu? Abi pula menyoal. Pelik dengan permintaan Shukri. Tak ramai anak yang meminta ibu bapa mencarikan jodoh untuk mereka di zaman mutakhir ini. Erm, saja. Pilihan Abi dan Umi, pilihan Shukri juga. Mesti Abi dan Umi nak menantu yang solehah juga kan? Shukri pun idamkan isteri yang solehah. Jadi, apa salahnya kalau Abi dan Umi yang carikan? Shukri tersenyum manja. Okey juga tu Abi. Dah dia nak macam tu. Abi dan Umi carikan saja. Dah dapat, cepat-cepat nikah. Senang sikit hati Shukri tu. Hehe. Sokong Yusri. Insya-Allah. Jawab Umi. Shukri gembira mendengar jawapan Umi. Baginya, biarlah Abi dan Umi yang tentukan pasangan hidupnya. Mereka lebih berhak dan mereka lebih berpengalaman. Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya, pasti Abi dan Umi juga inginkan yang terbaik untuk dirinya. Dia percaya, andai sudah bersedia, jodohnya pasti tiba. ******* Siti Nor Aisyah dihimpit rasa rindu. Bukan rindu yang melalaikan terhadap lelaki ajnabi, bukan rindu yang mengasyikkan pada sang kekasih, tetapi rindu pada seorang teman karibnya, Ezza Atilia. Ezza Atilia berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Syariah Islamiah. Sudah lama dia tidak mendengar gelak tawa sahabat karibnya itu. Walaupun jarak memisahkan, namun, hubungan cinta yang telah dijalin atas nama-Nya itu tidak pernah luput dan hilang dari ingatan seorang sahabat. Aisyah dan Ezza tetap berhubung melalui mesej di telefon bimbit danFacebook.

Sahabat baiknya yang lain seperti Syifa dan Dayana, menyambung pelajaran ke peringkat Diploma di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dalam bidang masing-masing. Aisyah membuka laman Yahoo Messenger. Ada 5 orang sahabatnya yang sedang online termasuk Syifa. Dia segera menyapa sahabatnya itu. Aisyah : Assalamualaikum..Syifa apa khabar? Lama tak dengar cerita kan.. Syifa : Waalaikumussalam. Aisyah, aku rindu sangat dengan kau. Maaflah tak contact kau sebab aku agak sibuklah dekat sini. Aku alhamdulillah, sihat. Kau pula macam mana? Aisyah : Aku pun sihat. Apa cerita di sana? Mesti dapat ramai kawan baru kan? Dayana sihat ke? Apa cerita dia? Untunglah korang berdua sama-sama dekat sana. Huhu. Syifa : Erm, Dayana sihat juga. Entahlah, kawan tu ramai, tapi, nak cari kawan yang sebenar yang boleh bawa kita ke arah kebaikan tu susah. Bila dah masuk universiti ni, memang kena pandai-pandai bawa diri. Kalau tak, boleh berubah macam si Dayana tu. Aisyah : Kenapa dengan Dayana? Berubah? Maksud kau? Syifa : Ya, dia dah berubah. Dah lama aku dengan dia tak keluar sama-sama. Aku ada tegur dia, tapi, dia buat tak tahu saja. Macam tak pernah kenal aku dah. Dia sekarang dah ada geng baru. Aku tak kesah kalau dia ada ramai kawan tapi masalahnya, kawan-kawan dia tu semuanya yang suka bersosial. Tu yang dia pun ikut sekali. Aku bukan nak burukkan kawan sendiri, tapi, itu realitinya. Dayana bukan Dayana kita lagi.

Aisyah : Astaghfirullah, yeke? Sosial macam mana tu? Teruk sangat ke? Syifa : Tudung makin lama dah makin singkat. Sekarang, dah pandai keluar dengan lelaki. Alasannya bila aku tegur, belajar sama-sama. Tapi, keluar berdua. Mesej pula yang jiwang-jiwang. Sekarang ni pun, dah lama tak nampak dia. Yelah, kos pun lain. Aisyah : Kita kena tolong kawan kita tu. Betul cakap orang, 5 tahun kita bersekolah agama takkan dapat jamin diri kita kekal beragama selepas dah keluar nanti. Nauzubillah. Bukan senang nak mencapai darjat husnul khatimah. Takut pula aku rasa bila memikirkan keadaan dekat universiti nanti. Kau hati-hatilah ya. Syifa : Okey, maaflah, aku nak sambung buat kerja ni. Doakan aku di sini kuat ya. Doakan aku tak terpengaruh dengan gejala negatif. Assalamaualaikum. Aisyah : Sama-samalah ya kita doa yang terbaik. Okey, jaga diri dan jaga iman baik-baik. Waalaikumussalam. Aisyah segera mencapai telefon bimbitnya. Dia mencari nama sahabatnya, Dayana. Dia ingin menghantar pesanan untuk sahabatnya itu. Jumpa! Dia segera menaip dan menghantar pesanan tersebut pada Dayana. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya. (Surah Al-Nur : 31) Sender : Siti Nor Aisyah

Dayana pelik membaca mesej tersebut. Seolah-olah ayat itu ditujukan kepadanya. Dia menekan butang padam untuk memadam mesej berbentuk tazkirah yang dihantar oleh Aisyah. ******* Hari ini, Zakri terpaksa pulang ke asramanya. Usai menghantar Zakri ke asrama, Shukri dan adik perempuannya menghadirkan diri ke teratak sahabatnya, Nizam. Sahabatnya itu baru sahaja diijabkabulkan seminggu yang lalu. Kenduri dibuat secara sederhana untuk mengejar keberkatan bukan kemewahan dan kemegahan. Oleh kerana kesibukan yang melanda, Shukri tidak sempat untuk menghadiri kenduri mereka. Nizam dan isterinya, Siti Suhaila menyambut kedatangan Shukri dan adiknya, Siti Nor Aisyah dengan penuh mesra. Aisyah menyalami tangan isteri ustaznya itu. Ustaz Nizam merupakan guru yang mengajarnya subjek Tauhid Mantiq. Aisyah berasa bahagia kerana ustaznya sudah pun mendirikan rumah tangga. Bila pula giliran abangnya, Shukri? Dia pun tak tahu. Abi dan Umi sedang memulakan pencarian jodoh untuk abang Shukri. Nizam rancak berbual dengan Shukri. Siti Suhaila pula terpaksa mengundur diri kerana khidmatnya diperlukan di dapur. Aisyah turut serta. Aisyah cuba beramah mesra bersama isteri ustaznya itu. Aisyah cuba membuat tafsiran sendiri di benak mindanya. Mesti isteri ustaz Nizam ni peramah. Sebab ustaz tu agak pendiam juga orangnya. Tiba-tiba, Aisyah tergelak sendiri. Firasatnya menafsir lagi. Haha. Betullah kata orang, pasangan hidup kita ni saling melengkapi. Seorang pendiam, seorang peramah. Seorang agak gelap kulitnya, seorang lagi putih. Memang saling melengkapi! Seronoknya! Semoga jodoh mereka berkekalan di dunia dan akhirat. Kenapa Aisyah senyum seorang-seorang ni? Tegur Siti Suhaila yang sedang mengelap meja dapur. Aisyah tersentak seketika. Tak ada apa-apalah kak, eh, ustazah. Hehe. Jawab Aisyah sambil tersenyum. Ustazah mengajar kan? Seronok tak? Tanya Aisyah memulakan bicara. Ya, seronok. Sebab dapat pengalaman mendidik anak-anak bangsa seagama. Cita-cita Aisyah nak jadi apa?Giliran Siti Suhaila pula untuk bertanya. Aisyah pun teringin juga nak menabur bakti. Mungkin cikgu atau pensyarah. Doakan Aisyah ya. Insya-Allah, semoga Aisyah berjaya mencapai apa yang Aisyah nak. Erm, ustazah dulu belajar sama dengan ustaz ke? Dekat Mesir? Soal Aisyah lagi. Ya, kami dulu satu sekolah. Ustaz tu senior saya. Entah macam mana, aturan Allah, akhirnya, kami dijodohkan juga. Universiti kami di Mesir dulu tak sama. Jauh sikit. Jawab Siti Suhaila dengan senyuman manis di bibirnya. Mukanya yang putih mula bertukar merah tanda malu. Wah! Ustazah ambil kos apa dekat sana? Syariah Islamiah. Seronok tau belajar dekat sana. Aisyah tak nak ke sana? Insya-Allah. Niat tu dah ada, tapi, wallahualam.

Perbualan mereka terhenti dengan sapaan Nizam. Maaflah ya Aisyah kalau menyusahkan kamu. Susah-susah saja tolong dekat dapur ni. Bicara Nizam. Tak apa. Biar dia belajar nak jadi suri rumah. Hehe. Sampuk Shukri. Ish abang ni! Tak ada susahlah ustaz. Seronok dapat berborak dengan isteri ustaz ni. Peramah orangnya. Aisyah tersenyum ke arah Siti Suhaila. Borak apa la tu kan? Lama benar. Haha. Dah, jom kita balik. Nizam, terima kasih ya. Barakallah. Mabruk! Shukri memeluk sahabatnya itu. Aisyah juga menghulurkan tangan untuk bersalam dengan isteri ustaznya itu. Tahniah ya ustazah. Terima kasih. Assalamualaikum. Aisyah melambaikan tangan dan masuk ke perut kereta bersama abangnya, Shukri. Sempat ustaznya itu berpesan, Jangan lupa belajar dekat rumah. Rajinkan diri untuk buat latihan. ******* Malam yang gelap bertambah gelita tanpa kehadiran bulan yang selalu menyimbah cahaya untuk menerangi segenap ruang alam maya. Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Siti Nor Aisyah baru sahaja selesai mengulangkaji subjek lemahnya, Nahu Sorf. Otaknya memang sudah terasa penat. Dia merebahkan diri di atas katil empuknya. Bayangan Ezza Atilia tiba-tiba muncul di kamar hati. Rindu pada Ezza juga semakin membuak apinya. Dia segera mencapai laptop dan broadband untuk membuka laman Facebook. Mana tahu, Ezza juga sedang online saat ini. Ya! Firasat Aisyah betul lagi. Dia terus memulakan bicara untuk menyapa sahabat karibnya itu. Aisyah : Assalamualaikum Ezza! Rindu sangat! Ezza Atilia : Waalaikumussalam. Samalah! Aku pun rindu sangat dengan kau! Apa khabar? Kawankawan macam mana? Aisyah : Alhamdulillah, semua sihat-sihat belaka. Kawan-kawan? Macam itulah juga. Hehe. Aku seorang saja dekat sekolah ni. Syifa dan Dayana ada dekat UNISZA. Ezza Atilia : Ala, sedihnya ceritamu. Hehe. Nak dengar cerita dari Jordan tak? Huhu. Aisyah : Okey. Silakan, nak juga. Hehe. Ezza Atilia : Kau tahu tak, minggu lepas, aku dengan seorang kakak senior kena kejar dengan pak Arab. Dalam hujan pula tu. Memang aku dengan kakak tu berlari sampai menangis. Banyak betul dugaan dekat sini. Tapi, seronok! Hehe. Aisyah : Yeke? Ish ish.. seronok kena kejar dengan pak Arab? Haha. Peliklah kau ni. Jaga diri baikbaik tau dekat sana. Ezza Atilia. : Lagi satu. Pernah ada helikopter berwarawiri dekat Jordan ni. Kakak senior tu beritahu aku, itu helikopter Israel. Memang masa tu, aku pasrah. Tak tahu apa yang akan berlaku. Doakan keselamatan aku dan penuntut ilmu yang lain ya.

Aisyah : Ya Allah! Yeke? Seramnya! Takpe, tabahkan hati ya. Insya-Allah, Allah akan melindungi kau dan yang lain. Doakan aku dan kawan-kawan kita semua dikekalkan hidayah dan diberi petunjuk untuk terus berjuang menempuh ujian dan dugaan hidup. Ezza Atilia : Insya-Allah. Amin. Doakan juga kejayaan kita bersama ya! Okey, aku ada kelas ni. Assalamualaikum. Aisyah : Insya-Allah. Waalaikumussalam. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Aisyah segera melelapkan mata kerana esok dia harus gagahkan diri untuk bangun bertahajud pada Ilahi. Dia ingin cuba untuk istiqamah melakukan qiamulail seperti yang dipesan oleh abang sulungnya dahulu. ******* Norlia dan anak kecilnya, Humaira, demam. Norlia demam rindu pada kedua ibu bapanya di Kelantan. Yusri memahami kerinduan isteri tercintanya itu. Dia mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung Norlia. Abi dan umi ingin turut bersama kerana sudah lama juga mereka tidak bersua muka dengan besan di sana. Shukri memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya. Siti Nor Aisyah, Zakri dan Amri tidak ikut bersama kerana sekolah masih beroperasi seperti biasa. Perjuangan menuntut ilmu masih perlu diteruskan. Cuti pertengahan tahun masih belum menjelma. Perjalanan ke Kelantan memerlukan masa yang panjang untuk sampai ke destinasinya. Lebih kurang 9 jam masa yang diambil oleh Yusri untuk bertemu dengan keluarga mertuanya. Pinggangnya cuba direnggangkan. Terasa sedikit lega. Norlia memaut Humaira dan menidurkannya di ruang tamu rumah. Abi dan Umi berpelukan dengan besan masing-masing. Abi melapangkan tangannya untuk memeluk Abah menantunya, Norlia. Umi pula memeluk Ibu Norlia dengan air mata terharu. Sudah lama benar mereka tidak bertemu. Namun, tautan cinta antara dua buah kelurga sentiasa membuat jiwa mereka terasa bahagia dalam rahmat-Nya. Hidup terasa indah andai Allah sebagai teman. Mereka meluangkan masa bersama dengan bertanya khabar, berkongsi cerita dan sebagainya. Yusri bahagia melihat sebaris senyuman manis terukir di bibir isterinya yang sedang demam rindu itu. Sisa penat yang masih melekat di badan terasa semakin menghilang dengan melihat senyuman manis itu. Semoga Norlia cepat sembuh. Semoga Humaira juga akan kembali sihat dan girang seperti biasa. Amacam? Dah sihat? Yusri menegur isterinya sambil mencubit mesra pipi mulus milik Norlia. Norlia terasa malu kerana perbuatan Yusri itu dilihat oleh Abahnya. Abah hanya tersenyum. Bahagia melihat anak perempuannya tersenyum dengan suami tercinta. Norlia membalas manja cubitan di pipi suaminya. Semakin sihatlah. Terima kasih ya bang. Pasangan suami isteri itu hanya tersenyum. Cinta di dalam hati mereka semakin hari semakin berputik mesra. ******* Hari ini, matahari tinggi dan semakin marak menyimbah bahang kehangatnnya.Budak-budak bersekolah seperti biasa. Razali dan Rifki membuat cuti sendiri kerana Yusri membawa kedua-dua anak lelakinya itu pulang ke kampung. Dia tidak mahu membebankan adiknya, Shukri. Yusri bersiap untuk menghadirkan diri ke masjid. Dia ingin mendengar dan mengutip tazkirah yang berupa hikmah dan cahaya dalam hati seorang insan yang sering alpa. Ustaz-ustaz di sini, ilmunya lebih mantap dan banyak yang mereka ingin kongsikan bersama rakyat di bumi Kelantan. Setiap hari, akan diadakan usrah di masjid. Yusri tidak mahu ketinggalan memandangkan dia tidak sering menjejakkan kaki di serambi Mekah ini lantaran kesibukan bekerja dan jarak jauh yang memisahkan. Abi dan Umi juga

ikut bersama. Bapa dan ibu mertua Yusri juga turun padang sama. Hanya Norlia dan anak-anaknya yang menjaga di rumah. Alhamdulillah, dapat juga saya ikut program usrah di sini. Umi meluahkan rasa tahmidnya pada besannya, Norjihah. Syukurlah. Saya pun, tak selalu dapat peluang untuk berusrah bersama mereka di masjid ni. Kalau ada kelapangan masa saja, saya akan ke sini. Ibu pula meluahkan bicaranya pada Umi. Usrah pun bermula. Para lelaki yang hadir duduk berjemaah di hadapan ustaz Azhari. Para wanita pula duduk berjemaah di barisan belakang. Tirai dibuka untuk memudahkan komunikasi apabila tiba giliran soal jawab nanti. Umi berjaya menumpukan seluruh perhatiannya pada usrah yang bertajuk Barakah Dalam Kehidupan. Fikiran Umi teringat pada anak-anaknya yang sedang berada di Selangor. Sudah makankah Shukri, Aisyah, Zakri dan Amri? Apa khabar mereka? Perasaan rindu tiba-tiba memenuhi ruang di jiwa Umi. Makcik, ada orang panggil makcik. Satu suara lembut menganggu lamunannya. Umi tersedar. Usrah sudah pun berakhir. Besannya, Najihah yang menyuruh gadis itu memanggilnya. Terima kasih ya nak. Umi tersenyum. Gadis yang bersuara lembut itu lantas menghulurkan tangan untuk menyalami Umi. Dia membalas senyum Umi dengan mengukir sebaris senyuman dihiasi cahaya ikhlas di hatinya. Dia segera mengundur diri untuk pulang ke rumah. Gadis manis itu berjalan seiring dengan seorang wanita yang agak berumur. Barangkali, itu ibunya. Entah kenapa, sejuk mata Umi memandang gadis itu. Bukan suara lembut yang membuatkan Umi terpaut. Tapi kecantikan gadis itu dalam berpakaian. Gadis itu memakai jubah berwarna hitam dan bertudung labuh putih. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Umi teringat akan anaknya, Shukri. Bibirnya mengukir senyum. Hanya Umi yang mengerti. Umi menceritakan perihal gadis yang ditemuinya di masjid itu kepada Abi. Besannya juga turut memasang telinga. Yusri dan Norlia hanya mendengar dari beranda rumah. Anak-anaknya sedang bermain basikal di halaman rumah. Sejuk mata saya memandangnya, bang.. Umi cuba mengukir sebuah harapan. Yelah, kalau awak dah berkenan dengan peribadinya, pandai-pandailah nak merisik dia. Abi memberi respon positif. Awal lagi tu, bang. Saya nak berkenalan dengan ibunya dulu. Cadang Umi. Ikut awaklah. Baik untuk awak, baik untuk saya. Baik juga untuk anak kita. Abi tersenyum tanda memahami. Eloklah tu Umi dah jumpa calon untuk Shukri. Semoga dia cepat-cepat akad nikah. Sampuk Yusri. Kalau menjadi ni, dua-dua menantu Umi dari Kelantan lah jawabnya. Kata Umi dengan nada bergurau. Abi hanya melemparkan senyum manisnya. ******* Seminggu sudah pun berlalu. Hari ini, Umi dan Abi akan pulang. Perasaan Shukri berasa bahagia bercampur terharu kerana kini, dia sudah pun bertunang. Ya! Shukri sudah bertunang dengan pilihan ibu bapanya. Calon isterinya itu lulusan ijazah Syariah Islamiah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dia tidak pernah melihat wajah calon isterinya itu, apatah lagi mendengar suaranya. Biarlah,

dia tidak pernah kisah akan rupa ataupun kecantikan yang ada pada calon yang telah memikat hati ibu bapanya itu. Apa yang dia mahu, calonnya itu seorang yang beragama. Alasan itu sudah cukup kukuh untuk menjadi sebab mengapa ibu bapanya memilih si dia untuk dirinya. Segala urusan pertunangan diuruskan oleh ibu bapanya. Shukri hanya mengikut rentak mereka sahaja. Shukri, ada surat untuk kamu. Dari calon isteri kamu. Umi menghulurkan sampul berisi surat kepada Shukri. Shukri terdiam. Umi bacalah isi dalam surat ni dulu. Jangan risau, Umi dah baca. Calon isteri kamu yang suruh Umi baca surat ni dulu. Ambillah ya. Umi masuk dalam bilik dulu. Umi tersenyum. Shukri juga tersenyum. Dia tidak menyangka bahawa calon isterinya sebegitu pandai mengatur strategi. Shukri bertambah yakin akan agama yang ada pada calon isterinya itu. Shukri menapak ke dalam bilik. Dia membuka sampul yang berada di tangan. Dia menatap isi surat itu. Khas untukmu : Calon suamiku, Shukri Assalamualaikum Apa khabar imanmu hari ini? Bercambahkah ia atau semakin layu dengan noda-noda palsu duniawi? Sudahkah air wudhuk membasuh dosa-dosamu yang lalu? Sudahkah air wudhuk itu menggilap iman di wajahmu? Aku menukil surat ini bukan untuk melalaikan hati dan jiwamu.. Aku tak ingin meminta cinta,rindu,kasih dan sayang yang belum tentu layak jadi milikku yang halal.. Aku tak ingin berkasih dalam murka-Nya.. Aku tak ingin bercinta dalam Neraka-Nya.. Surat ini ku tulis khas buatmu sebagai perkenalan kita sebagai tunangan.. Aku hanya ingin menyegarkan kembali ingatanmu terhadap amanah yang sedang kau pikul saat ini.. Amanah yang akan bertambah tanggungjawabnya saat engkau melestarikan sebuah akad pada bulan hadapan.. Sudahkah engkau bersedia?? Aku ingin kau tahu bahawasanya Allah amat mencintaiku.. Dia menghadirkanmu dalam hidupku setelah Dia mengambil ayah tercintaku.. Dia mengujiku agar aku kuat, tabah dan sabar dalam menempuh dugaan.. Dia menemukan aku dengan sebuah keluarga yang lengkap setelah Dia mengetahui bahawa hatiku merindui kasih seorang ayah..

Hingga saat ini,aku masih menjadi asuhan ibuku.. Doaku, semoga aku dapat menjadi anak yang solehah untuk ibu dan ayahku.. Agar aku bisa menjadi tabungan keduanya di akhirat kelak..

Namun, setelah selesai sebuah akad pada bulan hadapan, prinsip taatku akan bertukar.. Dan aku juga perlu bersedia untuk mentaatimu.. Aku memang seorang wanita yang memiliki rasa cemburu yang tinggi.. Namun, aku akur andai Allah dan Rasulullah lebih kau cintai.. Aku juga berharap yang sama akan diriku.. Aku ingin mencintai Allah dan Rasulullah lebih daripadamu.. Aku harap kau juga bersetuju dengan prinsipku..

Aku yakin bahawa Allah juga amat mencintaimu.. Aku yakin, Dia sedang mentarbiah dirimu untuk menjadi seorang mujahid yang akan mempertahankan agama-Nya.. Aku yakin, Dia ingin kau menjadi seorang yang soleh agar kelak kau akan memiliki pendamping yang solehah.. Insya-Allah.. Jangan kau harapkan kecantikan dariku kerana hanya sia-sia akan kau dapati nanti.. Aku yakin, Dia mengetahui segalanya.. Aku masih dahagakan ilmu.. Namun, berbekalkan ilmu yang ku ada saat ini, aku akan cuba untuk menjadi yang terbaik untukmu kelak.. Aku tahu,ilmu pengetahuan agamamu lebih mendalam dariku.. Aku harap, kelak, bila sudah terungkai sebuah akad, kau tidak lokek untuk berkongsi ilmu bersama aku.. Ajari aku dengan qudwah Rasulullah.. Ingatkan aku dengan ayat-ayat Allah..

Aku ingin ingatkan diriku dan dirimu.. Jadikan Allah cinta teragung dalam hidup kita.. Jadikan Rasulullah cinta yang indah dalam hati kita.. Jadikan ibu bapa cinta yang menenangkan jiwa gelisah kita.. Semoga bila sudah terlerai sebuah akad nanti, aku dan kau dapat berkongsi rasa cinta yang sememangnya anugerah dari-Nya.. Semoga cinta kita nanti adalah cinta atas dasar kerana-Nya..

Kekalkanlah agama dalam dirimu dan tingkatkan iman dalam hatimu.. Sesungguhnya, Allah sentiasa bersamamu..

Daripada : Calon isterimu, Wan Norazlin Pipi Shukri terasa hangat dengan air mata keinsafan. Bibirnya melafaz istighfar berkali-kali. Perasaan Shukri berbaur. Dia berasa bahagia, terharu, hina di sisi Allah dan macam-macam lagi. Tapi, dia bersyukur kerana Allah menganugerahkannya calon isteri yang sebegini. Semoga aturan Allah akan menemukan dirinya dan calon isterinya dalam sebuah pertemuan indah pada bulan hadapan. Itu doa dari hati Shukri. ******* Siti Nor Aisyah leka melihat sekeping gambar milik bakal kakak iparnya. Abi dan Umi juga sedang berbincang tentang pernikahan Shukri pada bulan hadapan. Semuanya hampir selesai. Syukur pada Allah kerana memudahkan segala urusan. Umi, Abi, terima kasih ya. Nak tanya sikit boleh? Shukri muncul sambil duduk merapati orang tuanya. Ada alamat dia tak? Shukri nak hantar surat ni. Umi dan Abi bacalah dulu ya. Aisyah nak baca boleh?? Sampuk Aisyah. Eh,tak boleh. Ni hal orang dewasalah. Hehe. Shukri tersenyum malu. Ni alamatnya. Umi dan Abi percaya dengan Shukri. Malaslah kami nak baca. Cukuplah surat calon isteri kamu tu Umi dah baca. Umi menghulurkan sehelai kertas yang tertera alamat Wan Norazlin. Betul Umi tak nak baca? Mana tahu Shukri mengarut ke dalam ni? Hehe. Usik Shukri. Umi kenal anak Umi. Jawab Umi sambil mencubit mesra pipi Shukri. Okey, terima kasih ya Umi. Ringkas Shukri membalas. Abang! Nak tengok tak muka bakal isteri abang ni? Cun! Sampuk Aisyah lagi. Shukri hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Takpelah, Aisyah sajalah yang tengok. Cun ke, tak cun ke, abang tak pernah ambil kesah sangat, yang penting, ada agama yang cun, abang terima. Kenapa tak nak tengok? Biarlah kamu berpuas hati dengan pilihan kami. Abi berbicara pula. Shukri yakin dengan pilihan Abi dan Umi. Sengaja Shukri tak nak walaupun Nabi kita beri kebenaran untuk melihat siapa calon isteri kita. Shukri cuma tak nak hati Shukri ni tertarik dengan si dia disebabkan kecantikan atau selainnya. Biarlah Shukri tenang menerima agama yang ada pada dirinya. Ada agama, dah cukup bagi Shukri. Yang lain, Shukri sedia terima seadanya. Shukri tersenyum lagi. Yakin dengan jawapan hatinya. Abi dan Umi hanya mengangguk. Aisyah juga tersenyum tanda bangga dengan jawapan abangnya itu. Aisyah, sini sekejap. Cuba baca apa yang abang nak tulis ni. Shukri menulis sesuatu di atas sehelai kertas.

Jika wanita solehah dan beragama = 1 Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10 Jika dia kaya; tambah lagi 0 = 100 Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000 Tetapi jika yang 1 tiada, maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok 0.. Ooo..Aisyah dah faham. Terima kasih ya bang! Sama-sama. Abang harap, Aisyah dapat jadi wanita yang dapat markah 1 tu. Agama yang paling penting. Shukri mengingatkan Aisyah. Untunglah kak Azlin dapat abang. Hehe. Aisyah mengeyitkan matanya. Shukri tersipu malu. Dia hanya tersenyum dengan usikan adik perempuannya itu. Shukri keluar untuk menghantar surat tersebut ke tempat pos berhampiran. Aisyah terasa bosan tanpa adiknya, Zakri. Sudah lama juga dia tidak berjumpa dengan Zakri. Minggu depan, barulah adiknya itu dapat pulang dari asramanya. Tak sabar hendak bermain PS2 bersama. Kak, jom jalan-jalan naik motor. Ajak Amri. Barangkali, dia juga kebosanan. Jom! Laju jawapan Aisyah. Dua beradik itu makin hari makin mesra dengan keakraban yang dibina oleh tali kasih sayang mereka. ******* Syifa baru pulang dari kelasnya. Dia merebahkan diri di atas katil. Kepalanya terasa berdenyutdenyut. Pening mula melilit tempurung kepalanya. Dia cuba memejamkan mata untuk tidur, namun, usahanya gagal. Matanya sukar dipejamkan. Mak, duit Rina memang dah nak habis. Tinggal berapa puluh saja lagi. Banyak lagi buku yang Rina kena beli. Peperiksaan dah dekat ni. Minggu depan, mak tolong bank in RM200 tau! Suara Erina jelas kedengaran dari dalam bilik Syifa. Syifa menapak keluar. Kepalanya yang masih berdenyut diabaikannya sebentar. Dia ingin menjenguk room mateyang berada di ruang tamu itu. Yes! Berjaya! Haha. Erina ketawa bahagia sambil melambai ke arah Syifa. Kenapa ni Erina? Bahagia saja. Tanya Syifa tanda prihatin. Aku berjaya tipu mak aku. Minggu depan, dapatlah duit nak keluar dating dengan boyfriend aku. Haha. Aku nak pergi tengok wayang, karaoke, pergi makan dekat KFC dan nak shopping! Yahoo! Jawab Erina tanpa ada terpalit rasa serba salah. Syifa terkedu mendengar jawapan Erina. Tak baik buat macam tu tau. Syifa cuba menegur. Baik tak baik, ada aku kisah? Haha. Yang penting, dapat keluar dating dengan boyfriend aku. Aku tahu, kau mestijealous kan. Yelah, kau single lagi. Takde siapa nak dating dengan kau. Okeylah,aku nak keluar ni. Bye! Erina melangkah keluar dengan pakaiannya yang agak ketat dan menampakkan bentuk tubuhnya. Selendang yang dipakainya juga tidak menutup bahagian dadanya. Syifa beristighfar berkali-kali. Dia tidak pernah makan hati dengan apa yang Erina cakap tentang dirinya. Syifa bukannya cemburu kerana dia masihsingle. Dia bukan cemburu sebab tak dapat dating dengan lelaki macam yang Erina katakan sebentar tadi. Syifa bahagia dengan dirinya yang single kerana dia masih belum bersedia

untuk berumah tangga. Syifa gembira dia tidak berpeluang untuk berdating dengan lelaki ajnabi kerana dia hanya ingin berdating bersama suaminya yang halal nanti. Syifa tak pernah rasa cemburu dengan orang-orang yang berbuat dosa dan maksiat. Tapi, Syifa cemburu dengan sahabatnya seperti Aisyah kerana dia seorang yang kuat pegangan agama. Dia tidak pernah melayan mesej-mesej perkenalan daripada lelaki yang menginginkannya. Dia tidak pernah bergaul dengan lelaki ikut sesuka hatinya. Dia tidak pernah berbicara dengan lelaki tanpa sebarang urusan. Sahabatnya itu selalu menjaga hati dan pandangannya. Sahabat karibnya itu selalu bangun di sepertiga malam dan sering mengejutkannya. Syifa cemburu dengan insan-insan yang sering membina pahala dan amalan untuk dibawa menghadap-Nya suatu hari nanti. Syifa masih ingat apa yang Aisyah pernah beritahunya soal hati. Saat itu, mereka berdua membuat pertemuan di Masjid Negeri, Shah Alam. Hati kita memang selalu diuji dengan lelaki. Sebab tu kita kena jaga pandangan. Dari mata, turun ke hati. Dari situlah kita kena hati-hati. Beritahu Aisyah. Kau dah ada calon ke? Hehe. Tanya Syifa. Aku? Entahlah. Aku cuba tak nak fikir semua tu. Aku takut hati aku ni lalai. Calon? Aku cuma listkan saja. Aku tak nak berharap dan memberi harapan. Cukuplah aku serahkan semuanya pada Allah. Dia yang mengatur hidup kita. Jodoh pertemuan ada dalam perancangan-Nya. Jawab Aisyah sambil tersenyum. Wah! Dah berapa orang setakat umur 18 tahun ni? Aku pun ikut cara kau juga. Aku nak listkan saja. Aku pun tak nak berharap dan memberi harapan. Insya-Allah. Syifa tersenyum manja. 5 orang kot. Haha. Tapi, rasanya, aku tak layak untuk calon-calon yang aku list tu. Agama diorang semua mantap-mantap. Aku ni, hampeh! Jawab Aisyah dengan nada kesal. Jangan risau. Kita masih ada peluang untuk merealitikan diri menjadi seorang wanita beragama dan solehah. Walaupun aku tahu, darjat wanita solehah itu terlalu tinggi, tapi, setidak-tidaknya kita ada usaha ke arah itu. Betul tak? Syifa mengangkat keningnya. Betul tu! Aku setuju! Terima kasih ya Syifa! Aisyah memeluk sahabat karibnya itu. Aku yang patut berterima kasih dekat kau. Kau banyak bimbing aku. Terima kasih juga! Syifa dan Aisyah berpelukan erat. Pelukan kasih sebuah ikatan persahabatan. ******* Azlin! Ada surat untuk kamu ni. Dari Selangor. Puan Norjihah memanggil anaknya dengan nada ceria. Wan Norazlin bergegas ke ruang tamu. Bibirnya mengukir senyum. Hatinya berdebar-debar. Ibu bacalah surat tu. Azlin bersuara malu. Tak kuasa ibu nak membaca surat kamu yang berjela-jela ni. Takpe, ibu percaya dekat bakal menantu ibu ni. Ibu yakin dengan anak ibu. Ibu tersenyum manis sambil menghulurkan surat itu kepada puterinya, Wan Norazlin. Azlin mengambil posisi yang sesuai di ruang tamu itu untuk membaca warkah yang baru diterimanya. Jantungnya berdegup kencang. Dia sendiri tidak tahu apakah makna dan punca kencangnya degupan jantungnya hari ini. Dia beristighfar berkali-kali sebelum membuka warkah tersebut. Istimewa untukmu : Calon isteriku, Wan Norazlin

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.. Terima kasih atas warkahmu pada tempoh hari.. Terima kasih kerana mengingatkan aku akan tanggungjawabku.. Terima kasih pada Allah kerana menggerakkan hatimu untuk mengingatkan aku.. Terima kasih pada dirimu kerana sudi menerimaku seadanya..

Aku membalas suratmu ini bukan untuk melalaikan hati dan jiwamu.. Aku menulis bukan untuk mendamba rindu dan kasih daripadamu yang belum pasti lagi menjadi milik halalku.. Aku menukil bukan untuk menambahkan resah di jiwamu.. Aku menulis untuk mengingatkanmu tentang tanggungjawabmu sebagai seorang wanita..

Aku hanya ingin kau tahu.. Aku tidak pernah mengharapkan kecantikan daripadamu.. Aku tidak pernah mengharapkan harta setinggi gunung datang daripadamu.. Aku tidak pernah mengimpikan insan yang sempurna.. Kerana aku sedar, manusia itu tidak pernah bersifat sempurna.. Yang ada, hanyalah cacat cela dan serba kekurangan.. Tapi, itu bukanlah untuk kita sesali tapi untuk diperbaiki.. Aku pasti kau mengerti..

Aku cuma ingin kau tahu.. Aku tidak pernah ingin menjadi seperti mereka.. Jika mereka memilih untuk bertemu.. Aku memilih untuk tidak bertemu.. Jika mereka memilih untuk kerap berhubung.. Aku memilih untuk tidak berhubung.. Jika mereka memilih untuk saling mengingati.. Aku memilih untuk tidak mengingatimu.. Jika mereka memilih untuk saling merindui.. Aku memilih untuk tidak merinduimu.. Jika mereka memilih untuk saling bermanja.. Aku memilih untuk tidak bermanja denganmu..

Kerana apa pilihanku berbeza dengan mereka? Kerana kau belum tentu jadi milikku.. Belum pasti itu aturan-Nya untuk kita.. Aku lebih rindukan Penciptaku Yang Maha Agung.. Aku lebih senang bertemu dengan Pelindungku Yang Maha Kuat.. Aku lebih suka bermesej dengan Kekasihku dengan hanya berdoa.. Aku lebih selesa mengingati Dia yang sering mengingatiku.. Benar! Aku lebih sayangkan Dia.. Terima kasih kerana memahami caraku..

Aku juga ingin kau tahu.. Maruah diri dan auratmu adalah nilai sebuah Syurga.. Jangan sesekali kau buang fitrah malu dalam dirimu.. Jangan sesekali kau gantungkan harapanmu padaku.. Tapi gantunglah harapan itu pada Yang Maha Mengetahui.. Hanya apabila sebuah akad suci dilafazkan olehku.. Barulah sah cinta itu menjadi milik kita.. Kita sama-sama ingin berkasih sayang di Syurga-Nya.. Oleh itu, sama-samalah kita memelihara sebuah pertunangan ini daripada dicemari oleh bisikan syaitan durjana.. Biar rindu ini bersarang di jiwa, semoga kelak kita akan dipertemukan-Nya.. Biar diri menempuh derita di sana, semoga kelak akan dihadiahkan ganjaran SyurgaNya.. Biar kita terpisah jauh beribu batu, semoga kelak kau akan temui bahawa Dia sentiasa akan melindungimu.. Biar kita menangis menempuh duri yang berliku, semoga kelak kita akan temui erti sebenarnya sebuah mujahadah menuju reda-Nya.. Daripada : Calon suamimu, Shukri

Air mata Azlin tiba-tiba mengalir deras. Dadanya terasa sebak. Dia beristighfar berkali-kali. Ibu kehairanan melihat air mata anaknya itu. Dia menghampiri Azlin. Azlin memeluk kudrat ibunya. Kenapa ni Azlin? Calon suami kamu tulis apa dalam tu sampai kamu menangis ni? Soal ibu tanda risau akan kedaan anaknya. Ibu! Terima kasih sebab pilihkan dia untuk Azlin! Azlin sayang ibu! Kenapa kamu menangis? Bukan ke kamu patut rasa bahagia sebab kamu suka dengan pilihan ibu?

Azlin menangis sebab isi surat ni, ibu. Dia banyak bagi Azlin peringatan. Dia banyak sedarkan Azlin. Dia tak macam lelaki lain, ibu. Dia lain. Azlin suka dengan agamanya. Azlin sayang ibu! Azlin seakan tidak mahu melepaskan pelukannya. Ibunya mengusap manja kepala anaknya itu. Doanya sebagai seorang ibu, semoga anaknya berbahagia di dunia dan akhirat. ******* Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Yusri mengesat matanya. Dia cuba gagahkan diri untuk berjumpa dengan Pencipta alam semesta. Dia ingin berjumpa kekasih agungnya. Dia mengejutkan isterinya, Norlia yang sedang lena tidur sambil tangannya memeluk tubuh kecil Humaira. Sayang, bangun. Jom kita solat. Kejut Yusri penuh mesra. Mata Norlia terbuka. Bibirnya menguntum senyuman. Terima kasih ya bang sebab kejutkan. Ucap bibir Norlia. Sama-sama. Dah, jom bangun, solat! Balas Yusri sambil mengucup dahi isteri tercinta. Malam mereka sentiasa disinari dengan solat di sepertiga malam. Jika Yusri yang terjaga, dia akan mengejutkan isterinya. Jika Norlia terjaga, dia pula yang akan membangunkan suaminya. Mereka ingin merebut sayang dari Allah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air di wajahnya. (Riwayat Abu Daud) Usai qiamulail, Yusri dan isterinya berdiskusi soal masa depan anak-anaknya. Bang, sayang risaulah dengan keadaan dunia sekarang ni. Macam-macam ada. Dah banyak sangat gejala negatif yang menular dalam kalangan masyarakat hari ini. Norlia meluahkan kegelisahannya terhadap dunia hari ini. Ya,abang pun dapat rasa apa yang sayang rasakan. Abang pun risau. Yelah, anak-anak kita makin hari makin membesar. Sebab tu abang nak kita mula didik agama dalam diri mereka sejak kecil lagi ni. Nanti bila dah besar, senang sikit. Lagi satu, sayang kena tengok juga saluran dan cerita apa yang sesuai untuk Razali dan Rifki tu. Abang tak selalu dapat perhatikan anak-anak abang tengok tv. Sekarang, macam-macam dah ada dekat tv. Paling banyak, hiburan yang melalaikan. Penayangan aurat sana sini. Kena perhatikan juga budak-budak tu tengok cerita apa. Yusri berbicara sambil memberi cadangan. Cadangan untuk memelihara akhlak islamiah anak-anak mereka. Insya-Allah. Sayang memang selalu perhati apa yang budak-budak tu tengok dekat tv. Abang pun kena selalu ajak Razali dan Rifki solat berjemaah dekat masjid. Biar hati mereka melekat di rumah Allah. Respon Norlia. Insya-Allah, kita sama-sama berusaha ya. Akhiri Yusri dengan sebuah senyuman. ******* Akhirnya, Zakri dapat pulang ke rumah. Dia berasa bahagia kerana dapat meluangkan masa bersama bersama keluarga tercintanya. Abang Yusri juga pulang bersama keluarga bahagianya. Zakri semakin gembira apabila mendapat tahu bahawa abangnya, Shukri bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Abang, tahniah! Orang mana bakal isteri abang tu? Ucap Zakri sambil mengangkat keningnya.

Belum lagi, hehe. Orang Kelantan. Jawab Shukri sambil tersipu. Zakri sihat? Iman di hati apa khabar? Soal Shukri pula. Alhamdulillah. Zakri sihat, iman di hati pun sihat. Abang, nak tanya boleh? Tanyalah. Apa dia? Boleh ke mahar dalam bentuk ayat al-quran? Boleh. Ada dalam hadis. Seorang perempuan telah datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda, Siapakah yang mahu mengahwininya? Lalu seorang lelaki berdiri seraya berkata, Aku. Lalu Nabi s.a.w. berkata kepadanya: Berikanlah mahar kepadanya walaupun sebentuk cincin daripada besi. Lalu lelaki itu menjawab, Aku tidak mempunyainya. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, Kini aku kahwinkan kamu dengan perempuan itu dengan mahar ayat-ayat al-Quran yang ada pada diri kamu. (Riwayat Ibn Majah) Ooo..okey, terima kasih. Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam dia pula yang nak nikah. Hehe. Saja. Zakri pernah baca dalam novel. Nak tahulah betul ke tak. Shukri hanya tersenyum. Abang, malam ni, Zakri nak jadi imam boleh tak? Kita solat berjemaah sekeluarga. Zakri meminta kebenaran untuk mengimamkan solat Maghrib dan Isyak pada malam ini. Boleh! Ringkas jawapan Shukri. Shukri kini lebih bahagia dengan perubahan sikap positif yang ditunjukkan Zakri. Abang, apa ciri-ciri orang yang mati dalam keadaan beriman? Tanya Zakri lagi. Erm, seseorang tu berjaya mengucapkan kalimah syahadah sebelum meninggal. Yang paling abang harapkan, mati dalam keadaan sujud di hari Jumaat pada bulan puasa. Itu cita-cita abang. Zakri pun nak macam tu. Arwah ustaz Zakri meninggal dalam keadaan sujud. Sebab tu selalu di akhir solat, bila berdoa, kita kena selalu memohon pada Allah agar Dia matikan kita dalam keadaan kita beriman dan semoga pengakhiran hidup kita dalam kebaikan. Mudahmudahan. Husnul khatimah kan bang? Ya, husnul khatimah. Bukan dalam keadaan su khatimah iaitu pengakhiran yang buruk. Akhiri Shukri. Yusri sedang rancak berbual dengan Umi dan Abi sambil mendukung puteri kecil kesayangannya, Humaira. Shukri meminta keizinan Yusri untuk mendukung anak kecilnya itu. Shukri mencium pipi mulus Humaira. Tengoklah tu, Umi. Dia dah tak sabar nak ada anak. Usik Yusri. Abi dan Umi ketawa bahagia. Ish! Orang saja nak dukung anak buah sendiri. Salah ke? Comel Humaira ni. Tungkas Shukri membela diri. Hahaha. Tahu takut! Yusri tergelak.

Abang Yusri ni, tak baik. Haha. Sampuk Aisyah. Ala, tinggal berapa hari saja lagi. Apa perasaan kau Shukri? Tanya Yusri. Entahlah. Bahagia. Gementar dan takut pun ada. Macam-macamlah. Jawab Shukri. Biasalah tu. Abang dulu pun macam tu. Tapi, sekejap saja. Lama-lama, kita rasa seronok. Betul tak Abi? Yusri cuba menenangkan perasaan Shukri. Ya, betul. Masa nak lafaz akad nikah lagi gementar. Sokong Abi. Doakanlah semoga Shukri dipermudahkan urusan oleh-Nya dalam reda-Nya. Shukri hanya tersenyum. Insya-Allah. Yusri juga tersenyum. ******* Hari yang dinanti muncul jua. Shukri dan keluarganya sudah berada di bumi Kelantan. Majlis akad nikah akan dilakukan di masjid berhampiran dengan rumah Wan Norazlin. Jiwa Shukri semakin dilanda badai resah. Selepas ini, statusnya akan berubah. Dia akan menjadi suami dan imam kepada sebuah keluarga yang dibinanya sendiri. Semoga dirinya mampu untuk mengemudi kapal mahligainya di bawah naungan reda Ilahi.

Mata Shukri bertemu dengan mata Azlin. Mata itu sungguh menyejukkan kalbunya. Hati mereka saling merenung. Subhanallah! Hati Shukri memuji Allah. Jantung mereka berdegup kencang. Jiwa nurani mereka bergema lagu cinta. Sentuhan lembut tangan Azlin membuatkan Shukri semakin resah di dada. Pipinya merona merah. Rasa malu bercampur bahagia melilit dirinya. Azlin juga merasakan bagai ada arus elektrik yang tiba-tiba menyelinap masuk ke dalam relung jiwanya. Dia terasa kaku saat bersalaman dengan suami tercinta seusai lafaz akad nikah yang diwalikan oleh bapa saudaranya. Bibirnya mengukir sebaris senyuman terindah untuk kekasih halal yang berada di hadapannya. Pengantin baru itu tidak lupa untuk melakukan solat sunat sebagai tanda syukur pada Allah. Rasa syukur yang mendalam akan selalu mampu membuat diri merasakan nikmat yang makin lama makin bertambah. Syukur itu melapangkan hati untuk menerima hidup, sedangkan kufur itu menyempitkannya. Terima kasih bang.. Ucap bibir Azlin dengan lembut. Shukri hanya tersenyum girang. Dia bersyukur kerana Allah mempertemukan dia dan jodohnya, Wan Norazlin. Kenduri perkahwinan mereka dibuat secara sederhana di rumah pengantin perempuan. Shukri membawa isterinya, Wan Norazlin menaiki kereta miliknya sendiri. Di dalam kereta, masing-masing meluahkan rasa. Sayang. Shukri memulakan bicara cinta di hatinya. Azlin tersenyum malu. Ya bang. Lembut suara Azlin menyahut panggilan suami tercinta. Terima kasih sebab beri abang peringatan. Bibir Shukri menguntum senyum.

Abang pun, terima kasih. Dengan rasminya hari ni, bersaksikan rumah Allah yang penuh barakah tadi, cinta itu dah pun jadi milik kita. Kita bercinta ya lepas ni? Shukri cuba mengusik isteri tercinta. Abang ni, malu lah. Abangsaya sayang abang! Luah Azlin dengan sepenuh ketulusan jiwanya. Abang cinta sayang! Shukri membalas ringkas. Yang penting, kita sama-sama cintakan Allah dan Rasulullah lebih dari kita cintakan cinta ni. Betul! Abang setuju! Shukri menumpukan perhtiannya terhadap pemanduannya. Keretanya meluncur laju menuju rumah mertuanya. ******* Hari ketiga, kenduri di rumah Shukri pula dibuat secara sederhana. Shukri menjemput sahabatsahabat dan anak-anak murid lelakinya. Dia berasa malu untuk menjemput anak-anak murid perempuannya. Nizam dan isterinya, Siti Suhaila, datang dengan membawa hadiah khas untuk pasangan pengantin baru. Shukri, tahniah! Nizam memeluk sahabat seperjuangannya itu. Shukri mengucapkan terima kasih atas kehadiran mereka. Siti Suhaila dan Wan Norazlin juga sempat berborak memperkenalkan diri. Ustaz! Tahniah! Selamat pengantin baru. Ucap Zulhelmi, anak didiknya. Anak-anak muridnya yang lain juga mengucapkan ucapan yang sama. Shukri tersipu malu. Dia tersenyum sambil mengucapkan terima kasih. Abang ni, pemalu betul kan. Nak tergelak sayang. Usik Azlin sambil tergelak kecil melihat gelagat suaminya yang pemalu itu. Pipi suaminya asyik merona merah lantaran malu. Abang memang seorang yang pemalu. Beritahu Shukri dengan nada berbisik. Mereka tersenyum mesra. Abang! Zakri nak peluk abang boleh? Zakri tiba-tiba muncul. Shukri tersenyum sambil mengangguk. Zakri mendakap erat tubuh Shukri. Ada air mata yang mengalir di atas pipi Shukri. Dia berasa terharu. Zakri okey tak ni? Lain macam saja. Tanya Shukri. Okey,abang jangan risau. Zakri sayang abang. Terima kasih ya bang. Tahniah! Ceria wajah Zakri pada pagi itu. Wajahnya berseri-seri dengan sinaran iman. Kak, untung akak dapat abang Shukri ni. Dia baik sangat. Zakri tersenyum. Azlin juga tersenyum sambil memandang Shukri. Lagi sekali, Shukri dibelit rasa malu. Memang penat seharian melayan tetamu yang hadir. Namun, apa yang Shukri harapkan, semoga dengan kehadiran tetamu-tetamunya itu tadi dapat menambahkan keberkatan pernikahannya. Dia dan isteri melangkah masuk ke dalam bilik untuk merehatkan diri. Abang nak minum? Tanya Azlin dengan suara manjanya. Abang tak nak minum. Abang nak sayang. Sini sekejap boleh? Ada sesuatu yang abang nak beritahu. Shukri mengambil posisi di tepi hujung katil. Azlin duduk di sebelah suaminya. Buku ni khas untuk sayang. Shukri menghulurkan sebuah buku kepada isterinya. Bercinta Sampai Ke Syurga? Azlin tersenyum.

Ya. Abang dah baca. Sayang pun bacalah ya. Abang harap kita akan bercinta sampai ke Syurga. Shukri mencapai lembut jari-jemari isterinya dan mengucup jemari itu dengan penuh rasa kasih. Terima kasih bang.. sayang abang! Azlin mencium pipi suaminya. Pipi Shukri berubah merah. Dia malu. Azlin tergelak kecil. Suka usik abang kan. Tak baik tau. Shukri mencubit hidung isterinya. Sayang, lagu ni khas untuk sayang. Shukri memasang lagu Duhai Pendampingku dendangan Edcoustic di telefon genggamnya untuk isteri tercinta. Azlin hanya mampu tersenyum bahagia. Dia terharu dengan ketulusan suaminya. Semoga kemesraan yang terjalin itu disirami dengan reda-Nya. ******* Hari ini hari Jumaat, matahari bersinar dengan terik sekali. Pagi yang sungguh indah. Siti Nor Aisyah mencari kelibat adiknya, Zakri. Dia ingin mengajak Zakri keluar menemaninya ke taman bersama Amri. Abi, Umi, Ibu dan Shukri serta isterinya sedang bersarapan. Wan Norazlin kelihatan ceria. Wajahnya girang sahaja. Barangkali, itulah seri pengantin baru. Begitu juga dengan Shukri. Bersinarsinar wajahnya dengan cahaya cinta. Cinta yang halal tanpa sebarang dosa dan noda. Aisyah mencari Zakri di dalam bilik. Zakri sedang solat. Solat Dhuha agaknya kerana jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Aisyah sabar menanti di luar bilik. Amri sudah bersiap untuk ke taman. Kak! Cepatlah sikit. Amri menjerit dari luar rumah. Sudah 10 minit Aisyah menunggu. Dia masuk ke dalam bilik Zakri. Zakri sedang bersujud. Lama sujudnya. Barangkali, Zakri sedang khusyuk berdoa pada Allah. Waktu sujud termasuk salah satu waktu doa kita dimakbulkan. Aisyah bergerak ke luar rumah untuk menjenguk Amri. Sekejap, abang Zakri dah nak habis solat dah tu. Beritahu Aisyah. Jam di tangannya mempamerkan 5 minit sudah berlalu. Aisyah terpaksa masuk ke bilik Zakri lagi. Lamanya Zakri ni..tidur ke dia? Aisyah mengeluh sendirian. Dia menunggu Zakri sambil memperhatikannya. Lama. Jantung Aisyah mula terasa kencang. Berdebar. Dia cuba menghampiri Zakri yang masih lagi dalam sujud. Zakri?? Zakri, bangun. Tidur ke dik? Lama betul sujud. Aisyah bertanya. Tidak ada sebarang reaksi daripada Zakri. Aisyah makin tidak sedap hati. Dia menolak bahu Zakri dengan perlahan. Zakri jatuh. Lemah. Badannya kaku, putih dan sejuk. Abang.!!! Aisyah menjerit sekuat hati memanggil abangnya. Shukri dan yang lain segera menuju ke bilik Zakri apabila mendengar jeritan Aisyah. Kenapa dik? Tanya Shukri kehairanan. Abang.Zakri. Lidah Aisyah kelu untuk menyambung kata. Shukri tergamam. Abi dan Umi segera mendapatkan tubuh Zakri. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. Lafaz bibir Abi. Aisyah menangis dalam pelukan Umi. Azlin juga menangis bersama pelukan Umi dan Aisyah. Shukri terkedu. Dia teringat akan kata-kata Zakri tempoh hari yang membicarakan tentang pengakhiran hidup. Aisyah, macam mana Zakri boleh.. Pertanyaan Shukri terhenti.

Tadi dia tengah sujud. Lama sujudnya. Aisyah tolak bahu dia, terus jatuh.. Jawab Aisyah dengan suara terketar-ketar. Air mata Shukri mengalir hebat. Dia memeluk Amri yang sedang teresak-esak menangis. Abang Zakri dah tak ada. Takde siapa nak main PS2 dengan Amri nanti. Luah si kecil Amri. Abang Shukri kan ada. Nanti kita main sama-sama ya. Shukri mendakap erat adiknya yang paling kecil itu. Air matanya semakin mencurah. Zakri meninggal pada hari Jumaat dalam sujudnya. Dia berjaya mencapai cita-citanya. Shukri segera mendail nombor abangnya, Yusri. Yusri terkejut bukan kepalang dengan berita tersebut. Dia dan sekeluarga bergegas pulang. ******* Sebulan kemudian Siti Nor Aisyah sedang melayan perasaan rindunya pada Zakri dengan menyelak gambar-gambar kenangan mereka bersama. Dia teringat segala suka duka bersama adik lelakinya itu. Semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam khusyuk sujudmu.. Semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam damai zikirmu.. Semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam tenang jiwamu Semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam sempurna keredaanmu.. Semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam deras air mata cintamu kepada-Nya. Semoga berjaya menjadi gadis terindah dalam manis senyumanmu..

Walau dalam hati, badai sedang bergelora, namun, tetap tenang, kerana limpahan rahmat.. Senyuman paling manis, adalah ketika Allah memberimu ujian, dan kamu berkata.. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun.. Sender : Ezza Atilia Mesej yang dihantar oleh sahabatnya yang berada di Jordan itu benar-benar membuatnya terharu. Dia akur, Allah lebih sayangkan adiknya, Zakri. Walaupun Aisyah masih dilanda duka, namun, jauh di sudut hatinya, dia berasa bahagia kerana Zakri menghadap Ilahi dalam keadaan husnul khatimah. Saat jiwa adiknya mula menghidu haruman hidayah Allah, langkahnya juga sudah banyak berubah. Dia lebih kenal akan Pencipta dirinya. Dia semakin dekat dengan Allah. Coretan kenangan bersama Zakri akan sentiasa terpahat dalam memori sanubarinya. Aisyah teringat akan sahabat-sahabatnya. Ramai yang sudah berubah. Aisyah semakin risau. Dia risau dengan pengakhiran hidupnya. Permulaan yang baik tak semua akan berakhir dengan kebaikan. Begitu juga dengan lumrah kehidupan. Aisyah mula mengalunkan ayat-ayat Allah untuk menenangkan jiwa laranya. Abi, Umi dan Ibu sudah reda dengan pemergian Zakri. Yusri juga sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adiknya itu. Adiknya pergi dalam usia muda. Dia teringat kata-kata Imam Hassan al-Banna : kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada. Shukri memuhasabah dirinya. Dia sedar, mati itu pasti. Mati tidak mengenal usia. Dia masih mengimpikan sebuah kematian menemui Ilahi pada hari Jumaat, bulan puasa dan saat dia sedang bersujud. Dia akan cuba mempersiapkan bekal untuk dibawa ke sana. Selagi jasad masih bernyawa, selagi kudrat masih terdaya, tak ada alasan untuk kita tidak bersedia menghadapi kematian. Dia akan

memimpin semangat juangnya bersama isteri tercinta, Wan Norazlin untuk meraih sebuah husnul khatimah. Aisyah mengorak langkahnya semula. Dia cuba membina keyakinan yang seakan sudah runtuh dan pergi bersama adiknya, Zakri. Dia bermula dari awal. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk peperiksaan STAM yang bakal dihadapinya tak lama lagi. Masa yang ada berbaki 4 bulan. Dia akan cuba dan berusaha sedaya upayanya. Shukri dan Yusri juga menggagahkan diri untuk terus maju dalam kerjaya mereka. Abi, Umi dan Ibu semakin hari semakin bercambah iman di hati. Amri juga sudah mula menampakkan kematangan dalam setiap tindak-tanduknya. Harapan di hati mereka, semoga setiap langkah hidup ini akan menjadi bekal untuk di hari akan datang di hadapan Yang Maha Esa. Semoga pengakhiran hidup ini seindah husnul khatimah yang akan membawa ke Syurga-Nya dan bertemu dengan Allah. Setiap insan mengimpikan sebaik-baik kematian dalam iman, namun, apakah langkah hidup memenuhi kelayakan untuk insan itu menghuni Syurga-Nya? ***TAMAT***

Anda mungkin juga menyukai