Anda di halaman 1dari 10

NAMA :

MUHAMMAD AFIQ IRFAN BIN ZAHARI

NO.MATRIK :

PID 22217

PROGRAM :

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM PENGKHUSUSAN DAKWAH DAN PENGURUSAN

NAMA PENSYARAH:

SHAMMIL BIN SABRI

1
ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN HALAMAN


1. SINOPSIS 3
2. WATAK & PERWATAKAN 4
3. CERPEN : LAUNGAN YANG TIDAK DISAMBUT 5-10

2
1. SINOPSIS

Cerpen Laungan Yang Tidak Disambut ini menceritakan tentang


dua orang pemuda.Pemuda yang hatinya terpaut pada masjid dan
sebaliknya seorang pemuda yang jauh dengan agama.Dua pemuda
yang digambarkan ini bernama Kamarul dan Syahid.Kamarul
merupakan anak tunggal di dalam keluarganya.Manakala Syahid
merupakan anak yatim piatu yang kurang upaya.Kedua ibu bapanya
sahaja menerima Syahid menjadi sebahagian daripada keluarga
mereka.Tetapi Kamarul tidak puas hati dan merasa dengki
terhadap Syahid kerana dia ingin dimanja oleh ibu bapanya
seorang sahaja.Cerpen ini mula mengisahkan tentang dua orang
pemuda ini dalam mentaati tuntutan Ilahi.

3
2. WATAK & PERWATAKAN

 Syahid

Syahid merupakan seorang pemuda yatim piatu yang kurang


kemampuan kerana ditimpa kemalangan bersama ibu
bapanya.Walaupun kurang kemampuan dia rajin menunaikan solat 5
waktu secara berjemaah di masjid.

 Kamarul

Kamarul merupakan anak tunggal yang masih menetap bersama


kedua ibu bapanya walaupun usia sudah meningkat.Dia tidak
ingin menceburi dalam bidang pekerjaan dan masih dimanjakan
oleh kedua ibu bapanya.

 Cik Sudin

Cik Sudin adalah bapa kepada Kamarul.Beliau seorang bapa yang


terlalu memanjakan anaknya.

 Mak Timah

Mak Timah merupakan isteri kepada Cik Sudin dan ibu kepada
Kamarul.Beliau juga merupakan ibu saudara kepada Syahid dan
menganggap Syahid seperti anak kandungnya sendiri.

4
LAUNGAN YANG TIDAK DISAMBUT

Tuk!Tuk!Tuk!”Assalamualaikum Ustaz”.”Waalaikumussalam Syahid


sila masuk”,jawab Ustaz Zainal yang merupakan guru besar di
sekolah Syahid.Syahid dalam keadaan tertanya-tanya menyapa
Ustaz Zainal memanggilnya sedangkan dia tidak pernah melanggar
peraturan sekolah dan asrama.Syahid tadi ibu bapa kamu
menghubungi saya untuk melepaskan kamu untuk pulang pada
minggu ini jadi saya benarkan”.Wajah Syahid terus bertukar
daripada serius menjadi gembira kerana dia sudah lama tidak
pulang ke kampung.Maklumlah Syahid aktif di asrama sekolahnya
dalam menyertai kelas tahfiz.Syahid antara pelajar yang baik
sahsiahnya.”Terima kasih Ustaz” ujar Syahid.

Keesokan harinya pada hari Jumaat selepas sahaja mendirikan


solat Jumaat di masjid berdekatan asramanya Syahid dalam
keadaan semangat menunggu kedua ibu bapanya untuk datang
membawanya pulang.Akhirnya ibu bapanya sampai lalu dia berlari
tanda gembira menuju ke kereta ibu bapanya dan
bersalaman.Setelah lama berborak dengan ibu bapanya di dalam
kereta lalu Syahid dibuai lena.Tanpa sedar Syahid dikejutkan
dengan hentakan yang kuat.Mata Syahid dibuka dengan perlahan
kerana kesakitan yang amat sangat di kakinya kerana patah dan
menyaksikan kedua ibu bapanya diambil nyawanya kerana
keretanya ditimpa kecelakaan dilanggar lori yang hilang
kawalan.Allahuakbar..Allahuakbar! berkumandang laungan azan di
pembesar suara masjid menunjukkan masuknya waktu solat
Subuh.Syahid yang dikejutkan oleh mimpi yang merupakan
peristiwa gelap yang dihadapinya 10 tahun lepas
bangun.”Astaghfirullah”keluar dari mulut Syahid.Syahid
mengelap air matanya jatuh dan bingkas bangun untuk solat
Subuh.Dia redha akan semua perkara itu “Ini semua ujian yang
Allah bagi kepadaku,Allah tidak akan uji hambanya melebihi
kemampuan hambanya”.

5
Pada waktu yang sama Cik Sudin juga bergegas bersiap untuk ke
masjid bagi mendirikan solat berjemaah.Manakala Kamarul masih
dibuai lena.Cik Sudin bingkas bangun dari kerusi malasnya lalu
menyuruh Syahid untuk mengajak Kamarul untuk solat berjemaah
di masjid.

”Syahid pergi kejut si Kamarul solat berjemaah Subuh di


masjid”.Syahid mengetuk pintu bilik Kamarul.

”Tuk!Tuk!Tuk!Kamarul!Jom solat Subuh di masjid”.Kamarul sambil


menggulingkan badannya di atas tilam yang lembut berkata.

”Pergilah dulu!Nanti aku solatlah!”.Cik Sudin mendengar


tengkingan Kamarul tehadap Syahid sambil menggelengkan
kepalanya tanda kecewa akan perangai anaknya yang malas untuk
solat berjemaah di masjid dan selalu melewatkan solat.Lalu Cik
Sudin dan Syahid pergi ke masjid berjalan kaki kerana rumahnya
berhadapan masjid sahaja.

”Walaupun Syahid kakinya tempang dia selalu ke masjid” ujar


Cik Sudin di dalam hatinya.

Selepas habis bacaan doa di masjid,Cik Timah bergegas untuk


membuka gerai di hadapan rumahnya kerana kebanyakan jemaah
masjid membeli kuih muih dan nasi lemaknya sambil dibantu oleh
Syahid.Wajah Cik Timah senyum melihat Syahid membantunya
walaupun jauh dalam lubuk hatinya berkata

“Mengapalah Kamarul tidak rajin seperti Syahid,ini tidak!malam


keluar berjaga,siang membuta sahaja kerjanya macam
kelawar”.Sementara Kamarul yang merupakan anak kandungnya
masih terlantar di atas tilam biliknya.

Tepat pada pukul 12 tengah hari Kamarul sudah bingkas bangun


mencari juadah yang disediakan oleh ibunya di bawah saji untuk
makan tengah hari bersama ibu bapanya dan Syahid.Ketika Syahid
ingin memulakan bacaan doa makan dengan tanpa segan silu

6
Kamarul terus menguapkan nasi ke mulutnya.Tegur bapanya
“Kamarul!Doa makan belum habis baca lagi kamu nak makan dah!
Subuh tadi kamu dah solat belum!.Lantas selera Kamarul untuk
makan sudah hilang dan menghentakkan kakinya berkata

“Ah!Bisinglah orang tua ni hilang dah selera aku nak makan!


Disebabkan kata-kata yang dilontarkan oleh Kamarul kedua ibu
bapanya merasa sebak dan sedih akan perangai yang semakin
teruk.Syahid yang menyaksikan situasi itu menegur Kamarul
dengan nada yang lembut

“Kamarul...tidak baik kamu buat sebegini terhadap ibu bapa


kamu.Mereka buat semua ini,menegur kamu kerana mereka sayang
akan kamu”..Lalu Kamarul menjawab Weh!kau tu siapa? Kau tu
menumpang dalam rumah ni saja!” Tanpa Kamarul sedar bapanya
terus menampar mukanya.Wajah raut muka Kamarul berubah ingin
menangis kerana dari kecil bapanya tidak pernah menamparnya
kerana bapanya terlalu memanjakannya.Selepas itu,lantas
Kamarul mengambil kunci motorsikalnya dan menghilang dari
rumah itu.Ibu bapanya cuba menghalangnya tetapi apakan daya
Kamarul dengan pantas menepis dan berlalu pergi.

Cik Sudin dan Cik Timah mengadu dan meminta maaf kepada Syahid
sambil mengusap air mata di pipi mereka.”Menyesal pak cik dan
mak cik memanjakan Kamarul dari kecil sampai dia berani
memberontak dan tidak dengar teguran kami dan maafkan anak
pakcik berkata begitu kepada kamu”.Syahid menenangkan mereka
sambil berkata”Tidak mengapa pakcik dan mak cik Kamarul itu
sebenarnya sayangkan makcik dan pakcik,mari kita solat
berjemaah solat zuhur dan solat hajat untuk doakan hati
Kamarul dilembutkan supaya dia pulang semula ke pangkuan
kita”.

Setelah lama waktu berlalu matahari sudah tidak kelihatan dan


hari mula gelap.Syahid dan ibu bapa Kamarul masih menunggu
Kamarul untuk pulang.Beberapa kali percubaan Cik Sudin dan Cik

7
-Timah memanggil di telefon bimbit tetap Kamarul tidak
menjawab malah ditolak panggilan itu oleh Kamarul.Ketika itu
Kamarul di rumah kawannya mengambil barang terlarang yang
mengkhayalkan di kampung sebelah.Kamarul tidak tahan mahu lagi
barang terlarang itu.

”Wei!Aku nak lagi”.Ujar kawannya”Kali ni tak free kalau nak


bayar ler”.Terlintas dalam fikiran Kamarul untuk menyelinap
balik mencuri duit perniagaan ibunya lalu dia menunggang
motorsikal ke rumahnya dalam keadaan khayal.

Pada waktu yang sama Cik Sudin,Cik Timah dan Syahid bergegas
bersiap menaiki kereta untuk mencari Kamarul.Kamarul yang
dalam keadaan yang khayal menunggang motorsikal di atas jalan
yang lurus menunggang dalam keadaan yang merbahaya seperti
berlumba di dalam Litar Sepang.Malang tidak berbau Kamarul
telah merempuh sebuah kereta dengan izin Allah dia masih
bernyawa namun kakinya telah patah dan menyebabkan dia
menjerit kerana menahan kesakitan dan dirinya telah sedar dari
kekhayalannya.Tambahan pula darahnya mula berderau kerana
melihat kereta yang dia telah rempuh merupakan kereta yang
pernah dinaiki bersama ibu bapanya.Walaupun dalam keadaan
tempang dia bangkit melihat isi di dalam kereta itu dan
mendapati Syahid dan kedua ibu bapanya tidak bermaya.Dia
menggoncangkan tubuh Syahid dan ibu bapanya satu persatu
sambil menangis teresak esak tanpa mengeluarkan suara kerana
kesedihan yang teramat sangat.

”Ayahhhh banguun!Ibuuuu banguun!Syahiiid bangun!maafkan aku


Syahid!maafkan Kamarul ibuuu!maafkan Kamarul ayaaah!”.Ketika
waktu itu Kamarul mula sedar dan menyesal akan perbuatannya
terhadap Syahid dan kedua ibu bapanya.

Dia mula menyalahi dirinya dan menyatakan dirinya anak yang


derhaka.Kamarul masih berharap Syahid dan ibu bapanya dapat
bertahan agar dapat diselamatkan.

8
Selepas setengah jam daripada kejadian kedengaran bunyi siren
ambulan di penghujung jalan menuju ke tempat
kemalangan.Kamarul yang tidak sedar dan terbaring diangkat
oleh anggota kesihatan untuk dibawa ke hospital.

Setelah 3 jam berlalu Kamarul mula sedar dan bingkas bangun


mencari Syahid dan kedua ibu bapanya lalu terserempak dengan
doktor.

”Doktor!Bagaimana keadaan Syahid dan ibu bapa saya?”

“Maafkan saya,Syahid dan ibu bapa kamu tidak dapat saya


selamatkan.Harap kamu tabah dan redha atas pemergian mereka
dan perbanyakkan zikir.Allah lebih sayangkan mereka sebabtu
mereka pergi dulu”.Apabila Kamarul mendengar ucapan yang
dilontarkan dari doktor badannya mula kaku dan tidak
bergerak.Air matanya mula mengalir kesedihan sama seperti di
tempat kemalangan tadi.

Keesokan harinya Kamarul bersama jemaah masjid mendirikan


solat jenazah untuk Syahid dan ibu bapanya dan mengiring
jenazah ke liang lahad.Selepas semua penduduk kampung hanya
tinggal Kamarul seorang menatap ke arah kubur Syahid dan ibu
bapanya.

”Assalamualaikum Syahid...Ibu...Ayah...Maafkan Kamarul.Kamarul


berjanji akan berubah menjadi insan yang lebih baik.Solat 5
waktu di awal waktu berjemaah di masjid seperti mana Syahid
dan ayah lakukan ketika hidup dan Kamarul akan mencari
pekerjaan untuk ubah hidup Kamarul seperti ibu mencari rezeki
dengan menjual kuih muih dan nasi lemak dulu..

9
Setelah lama masa sudah berlalu dengan izin Allah hidup
Kamarul berubah 360 darjah dari kehidupan sebelumnya.Dia
sentiasa menunaikan solat secara berjemaah di masjid.Hatinya
sudah terpaut di masjid.Dahulu dia jauh daripada
agama,sekarang hidupnya dipenuhi dengan ilmu
agama.Akhirnya,seruan Ilahi telah disambut Kamarul membuatkan
kehidupan sehariannya diredhai Allah SWT.

Kesimpulannya,pengajaran yaang kita dapat di dalam cerpen


ini.Kita perlulah menghargai kedua ibu bapa kita sebelum
mereka tiada di sisi kita.Susah senang mereka jugalah yang
menjaga makan minum ketika kamu masih merangkak dan selalu
menangis ketika waktu kecil.Pengorbanan mereka tidak akan
dapat dibayar balik dengan wang ringgit.Mereka hanya mahu kita
menjadi manusia yang memberi manfaat kepada masyarakat dan
hamba Allah yang taat dan selalu mendoakan mereka tidak kira
masih hidup atau sudah tiada.

10

Anda mungkin juga menyukai