Anda di halaman 1dari 4

CERPEN : PADAMU KU BERSUJUD

Assalamualaikum, kun kata Allah, fayakun, kata Muhamaad, robbikun kata Jibril” Satu kata
yang diajar oleh seorang guru ulama kepada Izmanil Aliff sewaktu dia ingin melanjutkan
pelajarannya di luar negeri.

Berita tawaran menyambungkan pengajian di luar negeri membuatkan sedikit gusar di hati
seorang ibu. Hajah Raudah bimbang jika keadaan anak bongsunya hidup di tempat orang.
Hatinya semakin bimbang apabila mengingatkan keadaan anak saudaranya, Kamal Sufi yang
hanya dibuai lena mimpi kota metropolitan. Kehidupan berjauhan daripada keluarga, apatah lagi
di negara yang lupa erti namanya agama. Di kawasana kediaman, Kamal Sufi hanya bertuhankan
duniawi semata-mata. Hanya kerakusan mengejar kedunian membuatkan Kamal Sufi sesat
sehingga beberapa kali menjadi si tanggang derhaka.

Disebabkan itulah, hati Hajah Raudah sedikit bimbang. Jika nasib yang menimpa Kamal akan
sama menimpa anak bongsunya. Kegusaran itu semakin bertambah apabila mengingatkan
penduduk agama islam adalah golongan minoriti di sana. Bimbangnya semakin menebal semakin
hari. Sinar kegusaran telah terlekat dalam fikirannya. Namun, sebaliknya berlaku kepada
suaminya, Ustaz Haji Tamrin Azhar. Dia tidak menegah anaknya itu ingin menuntut ilmu di
negara orang. Apa yang penting adalah menjaga maruah dan agama.

Baginya, didikan agama dan kehidupan yang menjadi pengalaman berharga yang telah
diterapkan dalam diri anak bongsunya dalam memberikan beberapa keberuntungan kepada
dirinya apabila berada di negera orang lain kelak. Sememangnya, anaknya itu telah dilengkapi
dengan agama yang utuh dan jati diri yang tebal. Dirinya tembok besar cina yang besar itu jika di
serang dengan strategi yang betul, akan berkubur juga kubu. Begitu juga dengan apa yang
diterapkan kepada Izmanil Aliff. Walau sebesar mana ajaran agama yang diberikan, walau tidak
yakin dengan adanya Tuhan, nescaya semua itu hanya sia-sia.

Bagi Ustaz Haji Tamrin Azhar, pemergian anak bongsunya itu telah meninggalkan kesan dan
paruh yang dalam dan tidak boleh terlupakan buat isterinya. Ibarat separuh jiwa Hajah Raudah
pergi untuk sementara, hanya yang ada di sisi Ustaz Haji Tamrin Azhar adalah jasadnya sahaja.
Almaklum, Izmanil Aliff adalah anak bongsu daripada 12 orang adik beradik dan merupakan
anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Dalam usia yang begitu muda, 18 tahun, darah merah
yang pekat membara yang sering kali membuak-buak dan meronta-ronta hanya menunggu masa
meletus bagai merapi, diajarnya dengan percaya kepada Allah.
“Sudahlah, jangan menangis lagi. Kita hanya berdoa kepada Allah, agar anak kita itu selamat.
Dia hanya ingin pergi berjihad sahaja. Fikirlah secara positif.” Ustaz Haji Tamrin Azhar ingin
meredakan api kebimbangan isterinya yang sedang duduk menatap gambar anak bongsunya.

“Abang apa tahu, saya melahirkannya. Saya berdoa kepada Allah agar saya di kurniakan anak
lelaki setelah 11 anak kita semuanya perempuan. Saya bernazar menumbangkan 3 ekor lembu
apabila saya selamat melahirkan dia. Dia adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Saya tak
sanggup berjauhan daripada dia.” Tegas Raudah.

“Abang tahu, awak sampai berdoa sakan di hadapan Kaabah sewaktu kita menunaikan haji.
Abang tahu semua apa yang awak rasakan. Tadi baru aja kamu cakap, Izmanil itu anugerah
Allah yang tidak ternilai. Jika itu kata awak, InsayAllah Allah akan menjaga kurniaannya itu
sebaik mungkin. Apa yang boleh kita harapkan, hanya berdoa kepada Allah agar dia selamat. Itu
sahaja.” Kata Ustaz Haji Tamrin.

Hajah Raudah hanya berdiam dan tidak berkata apa-apa. Segala bual bicaranya tiada lagi idea
untuk diujarkan. Memang benar juga apa yang dikatakan suaminya. Jika itu takdir Izmanil,
diturutkan sahaja kata takdir. Sememangnya malam itu menjadi malam yang tidak boleh lena
buat kedua pasangan suami isteri itu. Malam itu berlalu begitu panjang. Hanya menghitung
waktu pagi.

***

“Kriiiiiinngggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!”

Izmanil sedikit terkejut apabila lonceng jamnya berbunyi. Dilihat jam pada lonceng
menunjukkan pukul 5.30 pagi. Sesedar daripada tidur, lalu dia mengambil tuala dan menuju ke
bilik air.

Hajah Raudah dan Haji Tamrin juga bangkit pada waktu yang sama. Masing-masing bersiap-siap
untuk menghantar Izmanil ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tiket
penerbangan jam 8.40 pagi. Setelah semuanya siap-sedia untuk bertolak, Hajah Raudah memeluk
dan mencium anaknya sepuas-puasnya. Sayu hatinya melihat wajah anaknya. Izmanil hanya
membiarkan perbuatan ibunya itu. Baginya, itu adalah kenangan yang bakal meninggalkan kesan
kepada si ibu kepada anaknya. Dalam pelukan itu, tiba-tiba hajah Raudah menitiskan air mata.
Sebak yang tidak tertahan melepaskan anaknya pergi mula terpacul.

Haji Tamrin membiarkan keadaan isterinya itu. Setelah sesi berpeluk habis, mereka semua naik
menaiki kerata menuju ke KLIA.

Tepat Jam 7.00 Pagi, mereka sampai di KLIA, sampai sahaja, Izmanil membuatkan pengesahan
tiket dan meletakkan beg bagasinya ke ruangannya. Sementara menunggu penerbangan bermula,
mereka bertiga sarapan di restoran Melayu di KLIA. Hajah Raudah tidak lalu makan, dia hanya
memandang ke arah anaknya itu. Wajah yang tatap itu mungkin adalah wajah yang akan
dirinduinya.

“Assalamualaikum, Izma ke ni? Kenal ana lagi tak?” Sapa seseorang yang tiba-tiba hadir dari
arah hadapan.

“Walaikumusalam, Ellyias....Ellyias Al- Hafiz kan?” Izmanil hanya ingin mendapatkan


kepastian. Dia tidak sangka berjumpa dengan sahabat baiknya sewaktu di sekolah Maahad
Thafidz, Pontian Johor. Ellyias hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum.

“Subhanaallah, Maha Suci Allah, dah lama kita tak jumpa” Izmanil terus bangkit lalu berpelukan
dengan rakannya itu.

”Anta buat apa di sini? Mahu pergi mana?” Tanya Elliyas.

“Ana mahu berangkat ke Moscow. Ana melanjutkan pengajian ana dalam bidang perundangan di
Universiti Idoha, Moscow. Anta?”
“MasyaAllah, rupanya anta yang dimaksudkan oleh Encik Adzhar, Izmanil Aliff yang akan
sama-sama dari Malaysia dengan ana. Ana tidak sangka anta orangnya. Ana pun belajar di sana
juga. Ana baru sahaja menghabiskan program beberapa hari di Malaysia untuk tujuan Thesis ana.
Ana sudah setahun belajar di sana dalam bidang undang-undang juga. Ana tak sangka anta akan
menjadi junior ana.”

Anda mungkin juga menyukai