Anda di halaman 1dari 4

Siti Hajar Ibu Mithali

Assalamualaikum kepada semua, Dengarkan kisah Siti Hajar ibu mithali, Bukan sekadar halwa telinga, Tetapi motivasi untuk kita hayati. NABI Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya. Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.Em ...mana ada orang lelaki tidak suka berpoligami betul tak .. Hasil perkahwinan mereka, Siti Hajar telah ditakdirkan hamil seperti dalam firman Allah dalam surah As-Saffat ayat 101 yang berbunyi:


Maksudnya: Maka kami beri khabar gembira kepadanya dengan kelahiran seorang anak yang sangat sabar (Ismail) Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu. Pengajarannya isteri bermadu hendaklah hidup berbaik-baik kerana Allah telah menjanjikan payung emas di syurga.Maka itulah Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Persatuan Poligami untuk membela nasib-nasib mereka yang diabaikan oleh pihak suami. Kian hari, rasa cemburu Siti Sarah kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga dia mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu. (lagu ) Apa salahnya apakah dosanya, Hatinya dirundung pilu, Si kecil dibawa, Dengan menunggang unta, Entah kemana hendak dibawa, Timur ke barat Selatan ke utara Berbulan jauh lamanya Dari ibu kota Hingga ke bumi gersang Si hajar hanya berserah Yang pasti tentu ada hikmahnya...

Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba-Nya.Akhirnya, setelah menempuh pelbagai keperitan mereka berhenti di suatu kawasan lembah di tengah-tengah padang pasir, disitulah Baitul haram. Selepas Siti Hajar diturunkan, tanpa berlengah lagi Nabi Ibrahim bersiap sedia untuk pergi meninggalkan mereka. Bak kata pepatah, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Apabila Siti Hajar melihat perlakuan suaminya, yang bergegas mahu pergi, ditariknya jubah suaminya sambil merayu-rayu: "Wahai suamiku, apakah aku akan ditinggalkan bersama anakmu di sini?" Tanpa memandang wajah isterinya, Nabi Ibrahim hanya mampu menganggukkan kepala. "Oh... kiranya kerana dosaku menyebabkan engkau bertindak begini, ampunkanlah aku. Aku tidak sanggup ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang ini." Nabi Ibrahim menjawab: "Tidak wahai isteriku, bukan kerana dosamu..." Siti Hajar bertanya lagi: "Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini... Anak ini tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?" "Tidak, bukan itu maksudku. Tapi apa dayaku... ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah." Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam.Dia redha dengan ketentuanNya. Lalu digenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya,"Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami," kata Siti Hajar. Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa sepertimana dalam surah Ibrahim ayat 37:


"Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepadaMu."

Tinggallah Siti Hajar bersama anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Pengajarannya Siti Hajar merupakan seorang isteri yang patuh kepada Allah dan suaminya. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental sepertinya tentu mereka akan sentiasa bahagia. Ini tidak, isteri sekarang berani curang contoh yang berlaku kepada ibu Syafia Humaira, suami dipenjara, isteri bersekedudukan dengan orang lain, anaknya didera sehingga mati oleh teman lelakinya.....Masya Allah... Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air susunya juga kering sama sekali. Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air di tengah padang pasir yang kering kontang itu? (Syair) Si ibu runsing tidak terkira Mengenang si anak sungguh dahaga Dari safa ke marwa mencari telaga Tetapi hanyalah fatamorgana.. Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia akan mendapat air. Anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentakhentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencaricari air, terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.Subhanallah Sepertimana firman Allah dalam surah al-ankabut ayat 60yang berbunyi:

Maksudnya: Allah lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu. Dia maha mendengar lagi maha mengetahui. Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan terkeluar dari mulutnya, "Zami, zami, zami.." yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah. Seolah-olah dia berkata kepada air itu, "Berkumpullah untuk anakku." Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia. Pengajarannya Siti Hajar sanggup berkorban apa sahaja demi anaknya tetapi tidak seperti yang berlaku kepada ibu hari ini. Banyak terjadi kes pembuangan bayi sehingga ada yang sanggup membakar anaknya sendiri. Itulah akibatnya kalau perintah Allah ditolak ketepi.. Nabi Ibrahim alaihis salam dari semasa ke semasa pergi ke Mekah mengunjungi Hajar dan anaknya, Ismail bagi menghilangkan rasa rindu. Sewaktu usia Ismail meningkat remaja, Nabi Ibrahim mendapat mimpi bahawa dia harus menyembelih anaknya.

Ketika itu Hajar sekali lagi pasrah, anak yang selama ini dibesarkan olehnya ingin dijadikan korban. Ismail seorang anak yang soleh yang sangst taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, dia akur. Saat penyembelihan yang mengerikan tiba Ismail telah ditukarkan kepada seekor kibas. Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahwa perintah pergorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap hari raya Aidiladha di seluruh pelosok dunia. Pengajarannya, kasih ibu berterusan sepanjang hayat. Kita sebagai anak haruslah patuh dan taat selagi mana dia tidak meminta kita membuat kemungkaran sepertimana dalam Firman Allah dalam surah yang berbunyi:

Sebelum mengakhiri kisah ini, izinkan saya deklamasikan sajak khas buat ibu-ibu serta bakal ibu: (sajak) Ibu,suapanmu membuatkan anak mengerti erti manis dan masin. Susuanmu mengenalkan anak tentang bulan dan bintang. . Redhamu seolah2 anak bagaikan berlari di taman syurga. Suka mu mampu menyejukkan matahari. Pesanan mu membuatkan bukit serba salah. Belaian kasih sayangmu menggegarkar dunia dan akhirat. Dakapanmu bisa memanaskan salji. Tangisanmu menyekat kemarau panjang. Ciumanmu berbekas di hati hingga ke kiamat. Ibu, kaulah segalanya Sekian, sesungguhnya yang benar itu dari Khalik dan lemah itu dari makhluk..wabillah hi taufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai