Anda di halaman 1dari 95

SBDJ (SAMBUNGAN 1) SIRI 218 MENJUNJUNG SONGKOK HITAM

MENJUNJUNG SONGKOK HITAM

Saya segera mendekati datuk.

Harun hanya memerhatikan saja tindak-tanduk saya. Barangkali, dia sedang memikirkan sesuatu.
Kalau tindakan yang bakal diambil menguntungkan, dia sokong seratus peratus. Kalau
merugikan, mungkin dia menyisihkan diri. Macam-macam yang tumbuh dalam kotak fikiran.

"Bagaimana tuk? ."

Tidak ada sebarang reaksi yang datuk tunjukkan.

"Bagaimana tuk?" ulang saya cemas.

"Apa,dia?," sahut datuk dalam nada suara yang kurang menyenangkan. Muka Harun saya jeling,
dia tunduk bersama senyum sinis.

Saya jadi serba salah menerima tempelak dari datuk bersama sinar mata yang tajam. Wajahnya,
nampak bengis. dalam keadaan yang agak runcing itu, tanpa disangka-sangka Harun Fadilah
campur tangan. Dia menerangkan kepada datuk apa yang mahu saya perkatakan secara
terperinci. Usaha Harun berhasil, datuk tersenyum senang.

"Kita pergi, kamu dengan Tamar ikut sama," jawab datuk pendek tetapi, tegas.

Keriangan berpesta dalam diri, kerana bakal dapat melihat adat budaya di Kampung Raja Susuk.

“Tapi memanda........ ," muka Harun nampak cemas semacam."

"Apa dia Harun?"

"Ada kerja yang belum selesai di rumah, barang dalam bungkusan masih belum ditanam,belum
dibuang," Harun mengingatkan datuk.

Dada saya berdebar dan bimbang, kalau ingatan itu boleh membuat datuk membatalkan
rancangannya.

"Tak mengapa, kita ke Pengkalan Berandan dulu, selesaikan masalah jenazah, kemudian baru
kita fikirkan tentang barang dalam bungkusan," datuk memberikan kata pemutus. Kebimbangan
yang berputih di kalbu segera gugur.

Tetapi, hati kecil merasakan tindakan datuk itu sesuatu yang ganjil. Selalunya, dia tidak mahu
menangguhkan atau membatalkan sesuatu rancangan yang sudah diatur, kerana perbuatan itu
merupakan pantang larang baginya. Tetapi, kenapa kali ini kebiasaan itu ditukar. Mungkin, dia
melakukannya atas muslihat atau tujuan tertentu.
Mana tahu, si mati yang dipanggil RAJA SUSUK itu ada hubung kaitnya dengan barang dalam
bungkusan di rumah Harun. Boleh jadi, dari Pengkalan Berandan datuk mahu memulakan
tugasnya menjejaki pengamal ilmu susuk. Semua persoalan itu berlegar-legar dalam peti otak
saya.

"Kamu berdua naik kereta itu."

Jari telunjuk datuk menuding ke arah kereta Austin Mini berwarna merah. Arahan itu kami
patuhi. Kereta mini yang dipandu oleh etnik Batak mula bergerak, terpisah agak jauh dari kereta
yang dinaiki oleh Pak Imam, Datuk dan si ulama berbadan kecil, kira-kira dalam jarak lima buah
kereta.

Anak muda empat puluhan, naik satu kereta dengan Syed Hamid AI-Hadad. Pak Imam dan
datuk, mendahului kereta jenazah. Tidak ada jemaah yang mahu naik kereta Austin mini merah.
Mungkin kerana mereka memikirkan kereta itu kecil dan kurang selesa untuk satu perjalanan
yang jauh.

Kerana tidak ada orang lain, pergerakan kami terasa bebas. Boleh bercakap apa saja dengan
pemandu beragama Kristian yang peramah dan periang.

"Saya sudah dua kali ke Penang. Seronok di sana” katanya bangga.

"Banyak duit kamu?" usik saya.

"Tuan Syed yang bawa, kalau harapkan saya entah bila sampai. Tapi, ada peristiwa
menarik.....,”si pemandu berhenti bercakap. Dia ketawa lucu.

"Kenapa? Apa yang lucunya," Harun pula bertanya.

"Begini, salah seorang kawan rapat Tuan Syed telah menceritakan pada saya tentang sebuah
gereja tua di Bukit Mertajam, kalau tak silap saya Gereja Stann. Saya ingin melihat dan
sembahyang di gereja tersebut. Perkara itu saya ceritakan pada Tuan Syed,” pemandu peramah
berhenti bercakap. Stereng kereta dipaut kemas menempuh satu selekoh yang tajam.

“Saya ceritakan hasrat hati saya padanya. Cara kebetulan hari saya bercerita itu hari Ahad dan
dia bersedia menghantar saya ke tempat tersebut. Perkara ini jadi gempar, ada orang Islam di
tempat itu melihat seorang haji berdiri di depan gereja menemani seorang lelaki bersongkok
masuk ke gereja. Perkara itu jadi gempar, saya dan Tuan Haji diburu wartawan.”

“Apa jadi selanjutnya?” Harun mendesak.

“Setelah dijelaskan kedudukan sebenar, perkara itu selesai dengan baik. Rupa-rupanya di
semenanjung tidak ada orang pakai songkok pergi ke gereja kerana yang bersongkok itu orang
Islam. Pada saya songkok itu budaya bukannya agama,” terang pemandu Batak.
SUKAR

DAN dia menganggap perkara itu merupakan pengalaman yang sukar dilupakan. Tetapi, dia
memuji Tuan Syed Hamid AI-Hadad yang bersikap toleransi terhadap pekerjanya yang bukan
beragama Islam.

Kerana sikapnya itu, ada pekerjanya yang bukan Islam berbincang dan bertukar-tukar pendapat
tentang agama secara terbuka dengannya. Malah, ada yang tertarik dengan penjelasannya itu
memeluk agama lslam.

Apa yang menariknya, secara samar-samar Harun mengetahui serba sedikit tentang Syed Hamid
AI-Hadad yang dikenalinya sebagai seorang dermawan, bersedia membantu siapa sahaja. Tanpa
mengira agama dan keturunan.

"Setahu saya Syed Hamid ada kedai buku," Harun mula mencungkil rahsia.

"Iya, sebenarnya lebih dari itu," jawab pemandu Austin mini merah.

Rupa-rupanya, jawapan itu mendorong Harun mencungkil rahsia tentang Syed Hamid AI-Hadad
lebih mendalam. Saya kagum dengan cara Harun, menyusun kata yang dapat mempengaruhi si
pemandu menceritakan agak terperinci tentang Syed Hamid Al-Hadad.

Menurut si pemandu kereta Austin mini merah, Syed Hamid Al-Hadad pernah memberitahu,
bahawa keturunan berasal dari dunia Arab, lebih tepatnya Hadramaut. Salah seorang dari
keturunannya pernah menjadi mufti Negeri Johor sekitar hujung tahun dua puluhan, manakala
yang lain tersebar di seluruh Nusantara.

Matlamat mereka berdakwah dan memartabatkan imej Islam di mata dunia bukan Islam. Kerana
itu mereka merantau dan berniaga untuk mengukuhkan ekonomi. Bila ekonomi sudah teguh
mereka pun mendirikan madrasah menyebarkan ajaran Islam. Ertinya,bila kedudukan ekonomi
sudah mantap, barulah sesuatu kegiatan dapat diatur.

Seterusnya si pemandu kereta Austin menyebut tidak ramai yang tahu Syed Hamid AI-Hadad
ada ladang getah di Palembang, ladang cengkih di Lampung. Ada beberapa buah kedai buku
agama. Ada kapal untuk berulang alik Belawan-Pulau Pinang, tidak ramai yang tahu tentang
kekayaannya yang sebenar kerana dia hidup dalam keadaan sederhana ke mana-mana hanya
menggunakan kereta Austin Mini.

Kerana peniagaan keluarganya berpusat di Jakarta dan Singapura dalam sebulan dia hanya
berpeluang berada di Medan selama tiga hari saja. Syed Hamid AI-Hadad terjumlah dalam
golongan orang bertuah kerana para pekerjanya cukup amanah. Pemandu itu juga menyatakan,
kereta yang digunakan untuk membawa dan mengiring jenazah ke tanah perkuburan semuanya
disewa, kecuali kereta yang kami naiki.
Akhirnya, rombongan pun sampai di sebuah kampung yang agak terpencil di Pengkalan
Berandan, tidak ramai orang kampung yang menanti jenazah "Raja Susuk." Malah, beberapa
orang penduduk yang turut ke tanah kubur tidak pula terkejut atas kematian Raja Susuk tersebut.

KECIL

SELESAI saja talkin dibacakan oleh si ulama berbadan kecil, dan ketika orang mahu berangkat
pulang, bau wangi segera menusuk Iubang hidung. Bagi yang datang dari Masjid Raya (Medan)
perkara itu tidaklah mengejutkan.

Tetapi, bagi beberapa orang penduduk kampung yang hadir di tanah kubur sudah pasti merasa
terkejut dan hairan. Malah, ada di antara mereka yang bercakap sama sendiri.

"Saya minta Tuk Guru dan rombongan singgah di rumah. Ayah saya, adik kepada si mati ada
menyediakan kopi panas sebagai tanda terima kasih terhadap kerjasama yang diberikan pada
arwah," anak muda empat puluhan menyampaikan amanat ayahnya.

Permintaannya, di perkenakan oleh si ulama berbadan kecil. Semua ahli rombongan menuju ke
rumah papan yang bentuknya tidak ubah seperti rumah orang Melayu Kedah, berbumbung lima,
berdindingkan papan lidah. Papan pintu dan tingkap berukir indah.

Abang saya memang tidak disenangi oleh orang-orang di sini, puas saya memujuknya supaya
berhenti dari melakukan perbuatan kurang manis, malangnya cakap saya tidak diambil peduli.
Bila anak saya ini......”

Lelaki itu menudingkan jari ke arah anak muda empat puluhan,"menamatkan pengajian di
Mekah dan balik ke sini kira-kira tiga bulan terus mendampinginya ke mana saja. Akhirnya, dia
sedar dan mencari orang yang sudi membimbingnya. Dia berhajat benar-benar mahu bertaubat di
Masjid Raya dan mahu berguru di situ. Ternyata, Allah lebih sayangkan dia. Terima kasihlah
kerana tuan-tuan membawa anak saya," ayah kepada anak muda empat puluhan, menamatkan
ucapannya. Dia tersedu.

Anak muda empat puluhan mempersilakan ahli rombongan minum air kopi yang terhidang. Dan
saya dapat mengesan, sejak dari dalam Masjid Raya lagi, datuk begitu rapat dengan anak muda
empat puluhan. Tidak putus-putus bercakap. Perkara itu berlanjutan hingga ke saat ini.

Datuk dan Pak Imam sepakat menyuruh si ulama berbadan kecil membalas ucapan ayah pemuda
empat puluhan. Setelah memberi salam, si ulama berbadan kecil pun meneruskan ucapannya.

"Sebagai orang Islam, kita dituntut memberi panduan dan jalan kepada orang yang sudah insaf
dan menyedari kesalahan-kesalahan yang dibuatnya. Berpegang pada prinsip itulah kami
membantunya. Orang yang patut kita puji ialah anak saudara si mati yang tidak putus asa
berusaha membetulkan kesilapan ayah saudaranya.

"Begitu juga dengan Syed Hamid AI-Hadad yang sanggup menyediakan kenderaan untuk
membawa jenazah ke sini. Setahu saya, dia seorang dermawan Islam yang baik sentiasa
menghulurkan wang ringgit untuk kebajikan sesama Islam, termasuk membesarkan masjid dan
surau.

Dia telah menggunakan keteguhan ekonominya untuk insan seagama. Dalam perkataan lain telah
memanfaatkan hartanya ke jalan Allah. Kita berharap akan muncul lagi lebih ramai orang Islam
yang kaya. Bila ekonomi orang Islam teguh dengan sendirinya orang Islam jadi kuat dan
dihormati oleh orang lain.

Ingatlah Allah berfirman: Sesungguhnya aku tidak menganiaya manusia sedikit pun, akan tetapi
manusia jugalah yang menganiaya diri mereka sendiri. Surah Yunus ayat 44, cubalah anda
semua fahami dan halusi. Memanglah manusia selalu menyeksa hidup sendiri ........," si ulama
berbadan kecil mengakhiri ucapannya.

Datuk dan Pak Imam menarik nafas lega. Semua yang mendengar ceramah pendek si ulama
berbadan kecil termenung. Agaknya berfikir.

TENANG

SUASANA yang tenang itu dikocak oleh suara batuk seorang lelaki. 1 Saya merenung ke arah
lelaki yang kelakuannya agak ganjil sedikit. "Tuk guru saya nak tanya, sedikit," dia bersuara.

Memang sudah sah lelaki itu bukan anggota rombongan dari Medan.

Dia orang tempatan. Anak muda empat puluhan nampak resah dan kurang senang dengan sikap
orang itu.

"Teruskan pertanyaan kamu." susul si ulama berbadan kecil bila melihat lelaki berwajah keras,
menjunjung songkok hitam yang lusuh, seperti keberatan mahu meneruskan pertanyaan.

"Boleh saya teruskan," lelaki itu minta kepastian.

"Silakan."

"Dj kubur tadi sara tercium bau wangi ," kata-kata, tidak diteruskan oleh lelaki tersebut. Anak
muda empat puluhan yang resah nampak mula tenang. Malah tersenyum. Lelaki berwajah keras
tidak memperkatakan tentang keburukan ayah saudaranya.

"Apakah bau wangi itu datang dari kubur si mati. Cuma itu saja yang mahu saya tahu," tambah
lelaki berwajah keras.

"Saya tak dapat memastikannya tetapi, semasa mayat berada di dalam masjid bau wangi itu
memang ada. Dalam perjalanan ke mari bau wangi itu tidak pula ada.

Semasa di tanah kubur, saya tidak pula tercium bau wangi," terang si ulama berbadan kecil
dengan jujur. Jawapan itu, membuat si lelaki berwajah keras mengerutkan dahi dan menepuk
songkok di kepala.
"Pelik," keluh lelaki berwajah keras.

Si ulama berbadan kecil, datuk dan Pak Imam tersenyum. Begitu dengan anak muda empat
puluhan. Dia kira kehadiran lelaki berwajah keras mengganggu perjalanan majlis yang diatur.
Ayah kepada lelaki empat puluhan hanya membisu tetapi, masih mampu mendermakan senyum
pada orang yang datang.

Dari raut muka dan tindak-tanduk Ielaki berwajah keras itu ternyata membayangkan rasa tidak
puas hatinya selagi dia tidak memperoleh jawapan yang benar-benar boleh memuaskan hatinya.

"Saya nak bertanya lagi." lelaki berwajah keras renung tepat ke arah batang hidung si ulama
berbadan kecil.

"Silakan," tutur si ulama berbadan kecil.

"Menurut cerita yang saya dengar," si mati datang ke Masjid Raya mahu berjumpa ulama besar,
dia mahu bertaubat tetapi, malangnya sebelum sempat bertaubat dia mati. Betulkah cerita ini?"

"Betul," jawab si ulama penuh yakin.

"Apakah bau wangi itu sebagai tanda taubatnya sudah diterima oleh Allah?" soal lelaki berwajah
keras penuh ghairah.

NAFAS

PAK IMAM dan datuk menarik nafas, pada hemat mereka pertanyaan itu kebudak-budakan.
Tidak harus dilayan dan sebahagian orang yang berada di situ gelengkan kepala.

"Satu pertanyaan yang baik," jawab si ulama berbadan kecil dengan wajah yang tenang. Datuk
agak terkejut dengan jawapan tersebut.

"Saya cuma nak tahu," datang lagi suara dari lelaki berwajah keras.

"Begini, soal diterima atau tidak, itu soal roh si mati dengan Allah. Itu urusan Allah. Kenapa
perkara itu kita persoalkan, pokoknya si mati berusaha mahu menebus kesalahan dengan Allah.
Saya nak tanya kamu, apakah selama ini kamu telah melakukan perkara yang diperintah oleh
Allah dengan sempurna."

"Itu urusan saya, itu soal peribadi."

Tiba-tiba lelaki berwajah garang melenting, mencabut songkok di kepala lalu dihempaskannya
ke tanah.. Tidak memadai dengan itu, dia terus menggenggam penumbuk dan bersedia untuk
menyerang si ulama berbadan kecil.
Ali Usman (Lelaki empat puluhan) segera menerpa ke arah lelaki berwajah garang. Bahu kanan
lelaki itu ditepuknya. Mereka bertentang muka dan biji mata. Suasana terasa tegang dan sebarang
kemungkinan buruk mungkin terjadi. Ali Usman membisikkan sesuatu ke lubang telinga lelaki
berwajah keras. Beberapa saat berikutnya Ali Usman kembali ke tempatnya.

Ada perubahan yang ketara pada lelaki berwajah keras. Dia nampak kendur tidak seagresif tadi.
Songkok di tanah diambil dan ditepuk berkali-kali sebelum disarungkan semula ke kepala.

"Saya yakin, bau wangi itu datang dari kubur si arwah. Saya merasa pelik kenapa orang yang
semasa hayatnya jahat, mengamalkan perbuatan yang bertentangan dengan suruhan Allah, bila
mati mayatnya berbau wangi. Pelik memang pelikkkkkk....." lelaki berwajah keras terus
melampiaskan rasa tidak senangnya.

Ali Usman dan ayahnya gelengkan kepala, tidak tahu bagaimana mahu mengawal keadaan
supaya tenang dan tenteram. Memang Ali Usman kecewa dengan peristiwa di luar dugaan. Rasa
sedih atas kematian paman belum berakhir, timbul pula masalah yang memalukan dirinya pada
orang kampung.

RESAH

ALl Usman maIu pada Syed Hamid Al-Hadad, maIu pada datuk dan Pak Imam. Mungkin juga
pada saya dan Harun Fadillah. Ke manalah muka mahu dihalakan. Apalah jawapan yang mahu
diberikan, bila ada orang bertanya haI tersebut padanya. Ali Usman benar-benar resah. Sekejap
menggigit bibir, sebentar termenung panjang. Perbuatan itu diulangnya berkali-kaIi.

Apa yang dialami dan dirasai oleh Ali Usman, dapat dibaca oleh datuk. Dia segera mendekati Ali
Usman. Bahu kiri lelaki empat puluhan itu diusap perlahan-lahan sambil anak mata hitamnya
mencari anak mata hitam Ali Usman pandangan mereka bertembung.

"Bersabarlah, ini ujian."

"Maksudnya," lemah tekanan suara Ali Usman.

"Kamu orang berilmu, dalam pengetahuan agama. Bertahun belajar di Mekah, apa yang terjadi
ini mungkin Allah mahu menguji kesabaran, ketinggian dan keikhlasan hati kamu, setiap insan
memang diuji. Tetapi, kalau hilang pertimbangan, rosaklah kamu. Ingat, sabar itu sebahagian
dari iman"

"Hummmmm......" Ali Osman anggukkan kepala sambil menelan air liur. Dan apa yang
diucapkan oleh datuk terus disampaikan kepada ayahnya.

Sesungguhnya, saya sendiri bosan dan marah dengan kerenah dan lelaki berwajah keras itu, Suka
buat sibuk tidak tentu fasal, tidak menghormati tuan rumah.

"Menyampah," itu yang tercetus dari kelopak bibir,


"Apa yang menyampah Tamar?" sampuk Harun.

"Orang itu," saya menajamkan mulut ke arah lelaki berwajah keras.

"Pedulikan,"

SBDJ (SAMBUNGAN 1) SIRI 219 RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK

RAHSIA PONDOK RAJA SUSUK

Beberapa orang tempatan yang berada di situ mula beredar. Barangkali mereka tidak mahu
campur tangan dalam urusan yang tidak menguntungkan itu.

"Huh, penakut."

Terdengar suara protes. Tidak tahu dari mana datangnya. Saya cuba mengesan tetapi, tidak
berhasil sama sekali. Hati kecil yakin, suara itu datangnya dari lelaki berwajah keras.

Ada dua alasan yang kuat kenapa saya mengatakan suara itu datangnya dari lelaki yang berwajah
keras. Pertama, dia tidak begitu suka seperti menaruh dendam pada simati. Kedua, dia seperti
tidak puas hati dengan tindak tanduk si ulama berbadan kecil.

"Hummmmmm....."

Terdengar dengusan.

Kali ini saya berjaya mengesan si pendengus tersebut, Tidak lain, tidak bukan ialah lelaki
berwajah keras. Dia tidak berpuas hati kerana tidak menerima penjelasan segera dari si ulama
berbadan kecil. Dan protes itu dilahirkan dengan berbagai-bagai cara untuk perhatian orang
ramai terutama dari si ulama.

Apa juga yang dilakukan oleh lelaki berwajah keras, tidak dipedulikan oleh si ulama berbadan
kecil. Keadaan demikian, membuatkan saya resah semacam, mungkin orang lain juga mengalami
seperti apa yang sayaalami.

Lelaki berwajah keras bertambah agresif. Dia bercakap ikut suka hati. Meluahkan sindiran tajam
dan pedih secara tidak langsung ditujukan kepada si ulama berbadan kecil. Mulutnya cukup
celupar. Apa yang menariknya, si ulama tidak bertindak balas. Tetapi tenang dan bersahaja.
Malah saya pula yang panas telinga.

"Saudara."

Semua biji mata tertumpu ke arah Pak Imam yang berdiri dengan wajah berkerut.

"Kenapa?" sanggah lelaki berwajah keras.


Dia dapat merasakan Pak Imam memperkatakan sesuatu terhadapnya. Lalu dia memusingkan
tubuhnya menghadap ke arah Pak Imam. Dada dan muka mereka bertentang,

"Dengan izin Allah, tidak ada perkara pelik di muka bumi ini, Allah berhak melakukan apa saja
terhadap makhluk ciptaannya, janganlah kita persoalkan kekuasaan Allah," tambah Pak Imam
dalam nada suara yang keras dan lantang.

Tindakan Pak Imam itu mengejutkan datuk, Syed Hamid Al-Hadad juga si ulama berbadan kecil.
Memang mereka tidak menduga Pak Imam yang banyak diam dari bercakap itu mahu
mengambil dan menjalankan peranannya sendiri.

"Tidak baik mengungkit dan memperkatakan tentang orang yang sudah matui, perbuatan itu
mencerminkan kerendahan akhlak diri sendiri, lagi pun perbuatan demikian di tegah oleh
agama," Pak Imam menyambung kuliah singkatnya di depan para tetamu.

Tersentak dengan penjelasan Pak Imam, lelaki berwajah keras terdiam. Tidak memperlihatkan
sebarang reaksi. Malah tunduk terus sehingga majlis ucapan terima kasih itu selesai. Tetapi, saya
dan Harun tetap waspada, mungkin orang lain juga demikian. Mana tahu, dalam diam lelaki
berwajah keras yang merasakan dirinya diperkecilkan bertindak di luar dugaan.

BERGERAK

Penduduk setempat mula bergerak. Mula bersalaman dengan ahli rombongan dari Masjid Raya,
termasuk Syed Hamid Al-Hadad, Pak Imam dan datuk. Saya dan Harun orang terakhir tidak
membabitkan diri dalam acara itu, masih sendirian dan duduk mencangkung atas tunggul buruk,
macam beruk jantan nanti beruk betina melintas di depan. Saya kira kata-kata dari Pak Imam
meninggalkan kesan yang mendalam pada dirinya.

"Terima kasih."

Dengan pantas ayah Ali Usman menyambar telapak tangan yang dihulurkan oleh Syed Hamid
Al-Hadad, Telapak tangan mereka berlaga kulit, jari jemari bercantum erat. Kelopak bibir
mengukir senyum dalam pelukan persaudaraan sesama Islam, penuh erat, penuh mesra.

"Sepatutnya saya yang mengucapkan terima kasih kerana berusaha membawa jenazah arwah
abang saya untuk dikebumikan di sini," suara ayah Usman Ali tersekat-sekat dan akhirnya
menangis.

"Jangan menangis."

"Maafkan saya, semoga Allah murahkan rezeki, panjangkan umur Tuan Syed,"

"Alhamdulillah, semoga Allah memberi rahmat dan petunjuk ke atas keluarga kamu," balas Syed
Hamid Al-Hadad sambil menjatuhkan tangannya yang memeluk tubuh ayah Ali Usman. Syed
Hamid Al-Hadad hanya melangkah beberapa tapak ke depan sebelum berpatah semula ke arah
ayah Ali Usman.
Sudah tentu peerbuatan Syed Hamid Al Hadad menimbul persoalan dalam hati datuk. Mungkin
juga dalam hati Pak Imam tetapi, Ali Usman tidak pula menganggap perbuatan Syed Hamid Al-
Hadad sebagai sesuatu yang luar biasa.

"Lelaki yang marah-marah tu, orang dari kampung mana?"

Syed Hamid Al-Hadad bertanya secara berbisik kepada ayah Ali Usman.

"Anak jati kampung ni, tinggal sebelah darat dekat sungai," balas ayah Ali Usman secara
berbisik juga.

"Saya nak berjumpa dengannya."

"Haaaaa....."

Terbeliak sepasang biji mata ayah Ali Usman seketika. Tidak terdetik di dalam hatinya yang
Syed Hamid Al-Hadad berminat dengan lelaki berwajah keras.

"Bawa saya berjumpa dengannya," desak Syed Hamid.

Tanpa bertangguh lagi, ayah Ali Usman membawa Syed Hamid Al-Hadad bertemu dengan lelaki
berwajah keras yang termenung di tunggul buruk.

Pertemuan Syed Hamid Al-Hadad dengan lelaki berwajah keras itu berlangsung lebih dari
setengah jam. Ada ketikanya, mereka kelihatan seperti bertengkar dan mahu bergaduh dan dalam
masa yang sama nampak cukup mesra.

Apa yang jelas, lelaki berwajah keras tetap dengan sikap agresifnya, cepat naik darah dan
bercakap dengan suara yang tinggi. Seolah-olah mahu mengheret Syed Hamid Al-Hadad dalam
pergaduhan kecil.

Usahanya itu gagal, dapat dikalahkan oleh Syed Hamid Al-Hadad dengan sikap perwatakannya
yang lembut dan tenang. Walaupun ayah Ali Usman tidak melibatkan diri dalam dialog kecil
antara Syed Hamid Al- Hadad dengan lelaki berwajah keras, dia tetap mengawasi keadaan.

RIWAYAT

Semasa Syed Hamid Al- Hadad menjejaki riwayat silam laki berwajah keras itu secara perbualan
dari adik si mati, datuk mengambil peluang mengajak Ali Usman (lelaki empat puluhan) ke
pondok pamannya, RAJA SUSUK yang terpencil di kaki bukit. Saya di ajak oleh datu?k untuk
menemaninya ke kaki bukit.

Pemergian saya dan datuk dipersetujui oleh Pak Imam dengan bersyarat. Harun mesti tinggal
bersamanya untuk mengikuti perkembangan pertemuan Syed Hamid Al-Hadad dengan lelaki
berwajah keras.
Syarat itu bukanlah syarat yang sulit buat datuk. Tetapi, bagi Harun syarat itu sungguh
menyiksakan, dia harus berpisah dengan saya untuk sementara.

Perjalanan ke pondok RAJA SUSUK terpaksa melalui denai yang saya kira, laluan binatang buas
yang kiri kanannya penuh dengan semak belukar. Kami tidak boleh jalan bersaing kerana denai
yang sempit muat untuk laluan seorang saja. Suasana terasa menyeramkan dibawah sinar
matahari yang keras, terdengar bermacam-macam dari berbagai jenis unggas.

"Yang kita lalui ni, laluan gajah waktu malam. Kadang-kadang waktu siang begini ada harimau
yang lalu, ular tedung melintas. Kalau nasib baik dapat melihat kijang."

"Oh......" itulah reaksi saya.

"Berbulan-bulan saya berulang-alik di laluan ini, tidak kira waktu, ada masanya waktu tengah
malam, subuh, pagi, petang, tengah hari memujuk dia supaya bertaubat dan kemali ke jalan yang
benar. Empat kali berulang alik belum tentu dapat bertemu dengannya," cerita Ali Usman.

Datuk tidak memberikan sebarang komentar. Dia hanya anggukkan kepala.

Saya kira bermacam-macam bergolak dam tempurung kepala datuk, bagaikan ombak memukul
pantai. Pasti, datuk tidak dapat memisahkan barang dalam bungkusan di rumah Harun dengan
pondok milik RAJA SUSUK di kaki bukit, semuanya itu mungkin ada kaitannya.

"Saya pernah terserempak dengan harimau menggonggong napuh waktu tengah malam di sini,"
Ali Usman berhenti melangkah dan menunjukkan kepada datuk dan saya dari arah mana harimau
itu muncul dan ke arah mana pula dia menghilangkan diri.

"Berhati-hati," pendek datuk bersuara.

Dan saya menoleh ke kiri, pepokok kecil bergerak macam dilanggar sesuatu. Suara unggas kian
garang berbunyi bagaikan memberikan kepada kami sesuatu yang bakal muncul dari rimbunan
pepokok kecil.

Saya semakin cemas, sepasang biji mata berputar melihat keadaan sekitar. Dengan tidak semena-
mena kepala lutut mengeletar. Kaki terasa lemah untuk melangkah. Malah, sepasang telapak kaki
bagaikan tidak berpijak di permukaan bumi.

"Subhanallah......." ucap saya lemah.

Dari celah-celah rimbunan pokok kecil terjenggul kepala harimau dengan sinar mata yang tajam
dan garang. Dan dalam beberapa detik saja seluruh badan harimau dapat saya lihat dengan jelas
sekali.

"Tuk...." saya bersuara.


Tiada jawapan balas yang diterima. Dedaun hutan yang tua ditolak angin melayang-layang
lemah sebelum tersadai di dedaun pepokok kecil. Suara monyet liar mula kedengaran.

Ali Usman yang menjadi kepala tidak memperlihatkan rasa terkejut atau cemas. Dia nampak
tenang dan bersahaja, begitu juga dengan datuk. Harimau belang sebesar bapak lembu dengan
perut yang mengelembir, terbuai ke kiri, terbuai ke kanan merintangi perjalanan kamai.

"Bagaimana," ucap saya,

Datuk dan Ali Usman tidak memberikan sebarang reaksi. Bagi mereka harimau besar yang
mengoyang-goyangkan itu bagaikan tidak wujud.

Dan harimau nampak semakin berani, kalau tadi dia merintangi jalan, kini semakin bebas
bergerak. Berlegar-legar didepan kami. Suara monyet liar semakin kuat. Setelah beberapa kali
berlegar sambil menguap, harimau besar itu cuba melakukan terkaman untuk mematahkan
batang leher Ali Usman. Hati saya semakin kecut. Datuk tetap berdiri tenang.

PERSOALAN

Keadaan yang tidak aman itu menimbulkan bermacam-macam persoalan dalam hati. Apakah
salah seorang dari kami akan menjadi mangsa harimau? Kenapa datuk tidak melakukan sesuatu?

Berapa lama Ali Usman boleh bertahan dengan keadaan yang mencemaskan ini. Saya mengigit
bibir sambil menarik nafas panjang. Harimau terus melakukan terkaman maut ke arah Ali Usman
yang tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Setelah menyorot dengan teliti pergerakan harimau belang, saya dapati ada sesuatu yang aneh
terjadi. Setiap kali harimau itu melakukan terkaman akan mengalami kegagalan. Hanya mampu
melompat separuh jalan saja.

Harimau itu nampak seperti kehilangan tenaga dan kekuatan. Kaki belakangnya seperti tidak
berfungsi untuk menolak tubuhnya yang besar itu ke arah Ali Usman yang sedang menanti di
depannya.

Dalam usaha menahan serangan harimau belang berbadan besar, saya dapati Ali Usman
melakukan dua perkara. Dia tidak berganjak pada tempat dia berdiri dalam kedudukan sebagai
seorang jaguh silat menentang musuh.

Sepasang matanya tidak berkedip merenung ke arah anak mata harimau liar. Agaknya, kerana
bosan, sering mengalami kegagalan menerkam Ali Usman, perlahan-lahan harimau itu beredar
sambil mencium dedaun pepokok renik di kiri dan di kanannya.

"Kamu nampaknya, hebat sekali," kata datuk.

"Perkara begini memang selalu saya alami." Ali Usman menoleh ke arah saya dan datuk.
"Hmmmm......." pendek saja jawap datuk.

Dan perjalanan pun diteruskan. Suara jeritan monyet tidak kedengaran lagi tetapi, suara burung
masih kedengaran terutama burung murai batu, merbah jambul dan kuang. Hati kecil tetap
mengharapkan tidak akan berhadapan dengan perkara yang tidak diingini. Matahari tetap ramah
memancarkan cahayanya, Walau apapun, kami tetap melangkah dengan hati-hati.

"Kata arwah bapa saudara saya, semua binatang buas di kawasan ini sudah dikuasainya. Sudah
diilmukan secara jauh. Semuanya sudah disusuk secara batin," ungkapan Ali Usman itu sesuatu
yang mengejutkan dan saya menoleh ke arah datuk.

"Ehemmmm......."

Saya tidak tahu kenapa datuk berdehem. Mungkin ada sesuatu yang tersirat dari suara tersebut?
Apa yang pasti ungkapan yang terluah dari kelopak bibir Ali Usman menambahkan
perbendaharaan pengetahuan saya. Barulah saya tahu rupanya binatang buas juga boleh disusuk.
Benarkah perkara ini? Timbul pertanyaan dalam hati.

"Orang yang satu keturunan dengan paman, tidak akan dibinasakan oleh binatang buas dan
mereka sering diuji. Ada syarat tertentu untuk mengatasi ujian tersebut."

"Apa syaratnya?" Dengan pantas datuk meningkah.

"Menentang anak mata binatang buas dengan tidak berkedip, Ibu jari kaki kanan
dibengkukkkan," jelas Ali Usman sambil berjalan. Dia tidak mahu menoleh ke arah datuk. Saya
hanya memasang telinga saja.

"Kamu percaya dengan cakapnya tu?"

Langkah Ali Usman terhenti seketika. Dengan pantas dia menoleh ke arah datuk. Kerana Ali
Usman berhenti secara mengejut menyebabkan saya hampir melanggarnya. Datuk tersenyum
melihat gelagat saya.

"Dalam hal ini susah saya mahu menjelaskannya, Nak kata tak percaya, perkara itu macam
benar," lemah benar suara Ali Usman, selemah hayunan kakinya.

"Buktinya," datuk minta kepastian.

"Pernah di suatu petang saya terserempak dengan babi hutan yang ganas terus menyerang saya.
Kerana tidak ingat pesan paman, saya terus melarikan diri. Entah macam mana dalam keadaan
yang kelam kabut, saya teringat cakap paman. Apa yang dicakapkannya, saya buat, mata babi
hutan itu saya tentang," Ali Usman berhenti bercerita.

"Akhirnya jadi macam mana ? soal datuk.


"Bila ditentang dengan penuh rasa yakin, babi hutan itu tunduk dan undur kebelakang. Itulah
sebabnya saya kata susah nak cakap, nak kata atak percaya pun tak boleh, bila percaya rasanya
macam tak masuk akal," jujur benar Ali Usman menerangkan keadaan sebenar yang di alaminya.

POKOK

Penjelasan dari Ali Usman membuat datuk tersenyum panjang. Andainya, pada ketika itu ada
orang bertanya tentang pendirian saya dalam hal ini, pasti saya katakan sama dengan pendapat
Ali Usman. Perjalanan diteruskan ke tempat yang diingini.

Sebaik saja mendekati pokok jering besar yang tidak berbuah, dalam jarak kira-kira lima kaki,
halangan baru muncul. Seekor ular tedung muncul dari rerumpun lalang berdekatan pokok jering
besar. Sisiknya nampak berkilat ditampar cahaya matahari. Ular itu duduk di tengah jalan sambil
memanggungkan kepalanya, Lidahnya yang bercabang terjulur keluar, bergerak ke kanan dan ke
kiri.

Ah! sungguh menyiksakan, perjalanan menuju ke rumah peninggalan RAJA SUSUK penuh
dengan rintangan dan cabaran. Kenapa datuk memilih cara ini menyelesaikan masalahnya, fikir
saya dalam hati sambil merenung ke arah ular tedung yang tegak berdiri melepasi kepala kami
bertiga. Tiba-tiba dengan sekelip mata ular itu hilang dari pandangan saya.

Secara otomatik saya terfikir, ular tedung tersebut, bukan ular sebarangan. Sudah pasti ular jadi-
jadian dan harus dimusnahkan. Sebaik saja saya berpendapat sedemikian ular itu menjelma
kembali, betul-betul di depan Ali Usman dalam jarak yang cukup dekat, tidak sampai sepuluh
kaki. Apa yang tergambar dalam kepala saya ialah sebuah kematian yang mengerikan. Tiga
manusia mati serentak dipatuk ular tedung.

"Jangan bergerak."

Terpinga-pinga saya mendengar suara datuk. Bagaikan ada kuasa ghaib, sepasang kaki Ali
Usman dan saya bagaikan dipaku dibumi. Tidak bergerak walau seinci pun. Memang ada niat
untuk menoleh ke arah datuk, bila mengingatkan arahannya hasrat tersebut terpaksa dikuburkan
begitu saja.

SBDJ (SAMBUNGAN 1) SIRI 220 SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA

SUARA AZAN DALAM RIMBA RAYA

Sesungguhnya saya tidak dapat menduga atau membaca perasaan Ali Usman di saat itu.

Gegendang telinga dapat menangkap suara datuk seperti membaca sesuatu. Makin lama, makin
jelas kedengaran, saya pasti datuk sedang membaca petikan ayat Al-Quran. Semakin keras suara
datuk, semakin galak ular tedung sebesar batang pinang itu mengerak-gerakan badannya.
Ular itu seperti mahu memperlihatkan kekuatan dan kehebatannya kepada kami. Mulutnya
dibuka luas mempamirkan dua siung yang tajam. Lidahnya yang bercabang dijulurkan ke kiri
dan ke kanan, sesekali terkena kepala Ali Usman.

Semuanya mencemaskan penuh dengan debaran. Bila saya melihat kelopak mata si ular tedung
berkedip, semakin kuat saya mengatakan ular tersebut adalah ular jadian.

“Syukur.”

Itulah berdetik dalam hati.

Ular yang tegak berdiri, Nampak lemah sedikit. Tidak sehebat tadi, ekornya yang menjadi
tunjang berdiri bergerak lembik, secara beransur-ansur badannya merendah separuh pucuk
lalang. Kemudian merendah lagi dan akhirnya melata di permukaan jalan.

Kepalanya masih bergerak ke kiri dan ke kanan dengan mulut ternganga. Lidahnya yang
bercabang halus, sekejap terjulur keluar sekejap tersentap kedalam. Suara datuk masih
kedengaran melafazkan surah pilihan dari Al_Quran. Saya dan Ali Usman masih tegak kaku,
macam tunggul ayu buruk di muara sungai. Gelora hati, hanya Allah sahaja yang Maha
Mengetahui.

Di bawah sinar matahari, sisik ular tedung nampak bermanik-manik dan bercahaya kuning
keemasan, sungguh menarik sekali. Tanpa disangka-sangka ular tedung itu mendesis sambil
membentuk lingkaran. Beberapa minit berikut, lingkaran itu dibuka perlahan-lahan. Sungguh
menhejutkan bila ekornya melibas dengan ganas rerumpun lalang sekitarya.

“Kamu berdua bergerak dengan segera mengundur perlahan-lahan. Kemudian, seorang berdiri di
kanan dan seorang lagi di kiri. Ikut seperti apa yang aku lakukan,” itu arahan datuk dalam
suasana cemas dan mendebarkan. Apa yang diarahkan segera kami patuhi.

Datuk berdiri dalam keadaan yang agak berbeza dengan kami. Kaki kirinya dihulurkan agak
ketara kehadapan. Kaki kanan ditarik ke belakang. Sepasang kelopak matanya dalam keadaan
separuh pejam. Sepasang tangan memeluk tubuh.

Tangan kiri menindih tangan kanan dengan telapak tangan kiri mengampu siku tangan kanan.
Semua yang datuk lakukan segera kami turuti.

“Jangan pejamkan mata kamu berdua, lihat apa yang terjadi,”

“Haaaa……….”Ali Usman bersuara.

“Kamu berdua ikut saja, jangan banyak haaaaaaa dan jangan banyak eeekkkkk,” satu amaran
dari datuk.

Kelopak mata yang separuh pejam segera kami buka.


Ada debaran dalam dada, bila menyaksikan ular tedung terus melibas-libaskan ekornya ke arah
rerumpun lalang hingga rebah ke permukaan bumi. Tidak memadai dengan semuanya itu, si ular
tedung membalik-balikkan diri dan menghempas-hempaskan badan di bumi seperti bergelut
dengan sesuatu. Suara desis si tedung jelas kedengaran.

Datuk tetap dengan keadaannya, si tedung terus menghempaskan badan hingga tanah jalan yang
agak keras menjadi lekuk. Dari rerumpun lalang yang rebah dan melata, keluar asap nipis macam
kabus. Beberapa saat berikutnya asap nipis bertukar menjadi api dan kebakaran kecil pun
berlaku.

Saya lihat datuk masih tenang dan saya yakin datuk dapat melihat apa yang berlaku, walaupun
kedua-dua belah kelopak matanya dalam keadaan tertutup.

TERBAKAR

Rerumpun lalang terus terbakar dan seluruh kawasan dikuasai oleh asap yang tebal. Saya dan Ali
Usman tersedak. Mata mula terasa pedih dan perit. Menarik dan melepaskan nafas terasa sukar
sekali.

Angin yang bertiup membawa gumpalan asap kea rah wajah kami. Saya dan Ali Usman mula
lemas. Peliknya datuk terhindar dari masaalah yang kami hadapi. Dia tetap tenang dan bersahaja.

Di tengah-tengah gumpalan asap hitam bersama lidah ap yang marak memamah rumpun lalang,
terlihat baying seorang lelaki tua, berjanggut putih hingga ke dada, memakai pakaian seperti
hulubalang kerajaan Majapahit, duduk bersila atas batu besar di keliling api yang marak.

Di tangan kanannya tersedia sebatang tongkat dari jenis kayu keras berlekuk (berkeluk-keluk)
semacam badan ular memanjat akar. Kepala tongkatnya menyerupai naga berkepala dua.

Sekali sekala orang tua berjanggut putih itu , kelihatan terangkat secara perlahan-lahan dari
permukaan batu. Bergerak bebas di hujung api sambil melemparkan batu-batu ke arah datuk.

Anehnya, belum pun sempat batu-batu mengenai tubuh datuk, batu-batu itu berpatah balik
semula ke arahnya dan berlakulah letupan kecil seperti mercun.

Datuk masih seperti tadi. Saya dan Ali Usman terus tersedak dan batuk-batuk. Dada terasa sakit
dan sukar untuk menarik dan melepaskan nafas. Orang tua berjanggut masih bergerak bebas
mengikut angin.

Bila kedudukannya bertentangan dengan datuk, pergerakannya mati disitu. Bagaikan ada kuasa
yang menahannya dari pergi kemana-mana.

Kerana menyedari ada sesuatu di hadapannya, datuk segera membukakan kelopak matanya
secara perlahan. Setiap kali kelopak matanya bergerak terdengar suara rintihan orang menangis
dan meminta tolong. Tidak tahu dari mana suara itu datang. Jalan yang dilalui, tidak wujud lagi
di depan mata. Sudah hilang entah kemana. Kiri kanan ialah lautan api yang sungguh luas.
Bahang api membuat seluruh badan terasa panas, tekak menjadi kering dan rasa dahaga bagaikan
tidak tertahan-tahan. Seluruh tubuh kami berdua dibasahi peluh. Letupan kecil terus berlaku.
Saya dan Ali Usman melihat datuk, dua tiga kali rebah ke bumi mengerag kesakitan. Macam ada
sesuatu yangmenumbuk dan memukulnya.

Setiap kali datuk rebah kebumi, secepat kilat dia bangun tanpa membuka tangan yang memeluk
tubuh, suara rintihan meminta tolong terus bergema. Dalam satu kesempatan yang agak baik dan
selamat datuk segera mengumpulkan segala kekuatannya. Berdiri dalam keadaan siap sedia
mengahadapi sebarang rintangan.

Orang tua berjanggut putih separas dada, rupa-rupanya menyusun strategi. Dia juga berdiri
dalam kumpulan asap tetapi, separuh saja badannya yang kelihatan. Tubuh bahagian
pinggangnya bagaikan bersatu dengan asap. Orang tua berjanggut putih separas dada merenung
ke arah datuk. Mereka bertentang mata.

“Ajaib,” kata saya.

Seluruh badan mengeletar. Bagaimana tidak mengeletar? Dari mata lelaki tua berjanggut separas
dada, muncul cahaya kehijauan, kekuningan dan kemerahan.

Semua warna itu berpadu (menjadi satu) dan membulat macam sarang tebuan. Warnanya
bertukar agak menjadi putih pucat, persis macam warna sarang tebuan.

SARANG

Benda yang seperti sarang tebuan itu terus melindungi wajah lelaki tua berjanggut panjang.
Seimbas pandang, llelaki tua berjanggut panjang itu, bagaikan berwajah sarang tebuan. Apa pun
yang berlaku di depan mata, saya tetap mengawasi setiap pergerakan datuk.

Datuk pun mengubah kedudukan kakinya. Kaki kiri dialihkan ke belakang dan kaki kanan di
ubah ke depan. Berdiri seperti seorang pesilat yang bersedia menhadapi serangan musuh. Anak
matanya bergerak tajam merenung keliling macam ada sesuatu yang dicarinya.

Datuk bermandi peluh dan saya lihat Ali Usman cemas semacam. Dalam diam, dia berusaha
merapatkan badannya dengan saya. Api yang membakar seluruh kawasan padam mengejut.

“Pernah kamu menghadapi perkara semacam ini?” bisik saya ke telinga Ali Usman. Tiada
jawapan yang saya terima. Pertanyaan yang sama saya ulangi.

“Tak pernah,” jawabnya pendek.

“Kamu kenal orang tua tu?”

Ali Usman gelengkan kepala.


“Barangkali ada hubungan keluarga dengan kamu?”

“Kau jangan merepek, Tamar.”

“Maafkan aku Ali,” tutur saya tenang.

Rasa kurang senang yang terpamir di wajah Ali Usman segera padam.

Saya dan Ali Usman terkejut besar, kami terdengar deru angin yang cukup kuat. Datuk masih
berdiri seperti tadi. Bagaikan tidak terganggu dengan bunyi deru angin tersebut. Orang tua
berwajah sarang tebuan masih tidak berganjak dari tempatnya.

“Ribut mengejut,” kata saya pada Ali Usman, bila melihat dahan mempelam dan dahan durian
yang berputik lebat sekali. Dedaun muda dan tua berterbangan. Angin yang kuat membuat saya
dan Ali Usman hampir terjatuh dan terpaksa mencari pokok kecil untuk bertahan.

Anehnya ribut yang datang secara mengejut itu itu berlegar-legar dalam kawasan seluas antara
lima hingga 100 meter. Beberapa batang pokok bayas dan pokok pisang hutan tercabut
bergelempangan

Ribut yang disertai dengan titik-titik hujan yang halus menyebabkan baju kami basah dan
lembab. Rasa gatal dan miang mula menguasai celah ketiak, celah pelipat paha dan tengah
belakang. Cuping telinga terasa tebal, pangkal hidung terasa membengkak. Semuanya ini,
membuat saya tidak tenang dan selesa.

Ribut terus mematahkan dedahan pokok, mengugurkan dedaun dan peputik buah-buahan. Deru
rebut membuat telinga terasa pekak. Badan mengigil kesejukan.

“Azan”

Kerana yakin suara itu adalah suara datuk, saya segera menoleh ke arahnya. Tetapi, datuk tidak
dilihat, dipisahkan oleh dinding asap yang tebal. Tidak tahu dari mana datangnya.

“Kita dalam bahaya Ali,” tutur saya mengeletar kesejukan.

“Maksud kamu, Tamar?”

“Kamu lihat sendiri Ali, asap tebal memisahkan kita dengannya.”

“Jadi apa yang harus kita lakukan.”

“Tak tahu.” Jawap saya dengan rasa hampa dan kecewa.

Titik-titik hujan yang halus bertukar besar. Beberapa dahan yang sekah dibawa angin jatuh di sisi
saya dan Ali Usman. Setiap kali titik hujan yang kasar mengenai tubuh, aduh sakitnya bukan
kepalang seperti terkena air panas.
“Azan.”

Saya dan Ali Usman berpandangan.

“Itu suara datuk kamu, Tamar”

“Iya, tadi aku terdengar suara macam itu, Ali.”

“Barangkali dia suruh kita azan, kau saja yang azan dan kemudian tengok hasilnya.”

“Baiklah,”

AZAN

Beberapa saat berikutnya, saya terus melaungkan azan. Bergema di seluruh kawasan.

Reaksi pertama dari tindakan itu ialah ujan semakin menjadi-jadi bersama dengan dentuman
petir. Dahan jering yang sebesar paha terus patah. Tidak memadai dengan itu, batangnya terbelah
dua.

Sepotong kayu melayang-layang kea rah kepala Ali Usman dengan serta merta Ali Usman
meniarap badannya ke tanah. Potong kayu itu jatuh tidak jauh dari Ali Usman, lebih tepatnya
jatuh atas perdu nenas dan perdu nenas pun terbakar dalam hujan yang mencurah-curah itu.

Ali Usman yang tertiarap tidak dapata bangun. Tubunya bagaikan melekat di bumi. Mukanya
nampak pucat sekali.

Apakah saya harus melaungkan azan atau berhenti untuk menolong Ali Usman yang berusaha
untk berdiri. Dalam masa yang sama saya seperti mendengar suara datuk menyuruh saya
meneruskan laungan azan, dan jangan mempedulikan keadaan sekitar.

Saya mengambil keputusan untuk mematuhi bisikan suara datuk. Penuh semangat dan khusyuk
azan saya laungkan dengan semahu-mahunya. Sungguh mengejutkan sebaik saja saya
menghabiskan laungan azan, ribut beransur reda, begitu juga dengan bunyi petir dan hujan.

Tergesa-gesa Ali usman bangun sambil menepuk-nepuk bajunya menghilangkan kesan-kesan


tanah dan dedaun yang melekat. Perdu nenas yang terbakar, tidak apa-apa. Tetap seperti keadaan
asal. Begitu juga dahan-dahan yang sekah atau patah akibat rebut kembali pada keadaan asal.
Tidak ada sesuatu yang terjejas, semuanya seperti sediakala.

Malah asap tebal yang memisahkan kami (saya dan Ali Usman) dengan datuk, sudah hilang
entah ke mana. Tetapi, orang tua berwajah sarang tebuan mash wujud, berdepan dengan datuk
yang masih berpeluk tubuh.
Alam kedaan tubuh dan dahi yang berpeluh, saya lihat datuk masih berusaha mencari anak mata
lelaki tua yang ditampal sarang tebuan. Dengan sedaya upaya lelaki itu cuba mengelak. Ternyata,
usaha itu menemui kegagalan, menerusi mata batinnya, datuk dapat mengesan di mana lelaki tua
itu menyembunyikan anak matanya di balik sarang tebuan.

Boila sudah menemui sasarannya dengan penuh hati-hati dan keyakinan datuk pun melepaskan
pandangan makrifat bersama sebuah doa yang diambil dari surah Al-Jin. Dengan serta merta
sarang tebuan yang tertampal di wajah lelaki tua melahirkan bunyi letupan kecil seperti mercun.
Sarang tebuan pecah berkecai, bertaburan bersama percikan bunga api dalam bermacam-macam
warna. Di mana saja percikan bungi api itu jatuh akan berlaku kebakaran kecil. Sebahagian yang
tidak menjadi bunga api bertkar menjadi kepingan tanah liat kering bila jatuh kepermukaan bumi
mengeluarkan kepulan asap hitam seperti asap tayar kereta yang dibakar.

Sebahagian lagi dari perckan bungan api seperti menuju ke arah pakaian datuk. Malangnya,
belum pun sempat percikan bunga api membakar baju dan seluar hitam dauk, bunga api itu
padam lalu menjadi kumpulan kelkatu yang membunuh diri dalam api di mana berlaku
kebakaran kecil.

HITAM

Dalam kepulan asap hitam yang tebal itu, lelaki tua berjanggut separas dada mempamerkan
wajah sebenarnya. Muka sebelah kirinya cukup sempurna. Tidak ada cacat cela. Manakala, muka
sebelah kanan sungguh menyeramkan. Tanpa hidung, kulitnya bersisik macam kulit bunga
tembaga. Ada tandk di kepala, macam tanduk kambing gurun dengan telinga menyerupai telinga
harimau.

Manakal bibirnya, terjuih kebawah dan tebal. Bibir atasnya menutup mulut. Matanya kecil tanpa
kelopak, tanpa kening dan tersembul keluar seperti mata katak puru.

“Manusia dua muka.”

Terdengar suara datuk tersangkut-sangkut, macam ada sesuatu yang tersangkut di kerongkong.
Suara orang ketua dengan jumlah yang ramai mula menguasai kawasan sekitar. Saya dan Ali jadi
mengelabah semacam. Datak masih tetap tenang, suara ketawa beramai-ramai beransur perlahan-
lahan dan akhirnya hilang. Begitu juga denga lelaki dua wajah buruk dan cantik – terus ghaib.

Tetapi, kami berhadapan dengan suasana yang sungguh mencemaskan, di sekeliling kami –
setiap inci penuh dengan api yang menjulang melepasi kepal. Bahangganasnya Allah sahaja yang
mengetahui. Lagi sekali lelaki tua berjanggut separas dada muncul dalam wajah yang sungguh
berbeza. Kalau tadi sebelah muka nya hodoh dan sebelah lagi buruk. Kali ini keadaan ini tidak
wujud.

Dia muncul dengan wajah yang sempurna, bertanjak, bermisai sambil memegang hulu keris
berukiran kepala helang. Orangnya sungguh kacak berkulit putih merah. Tetapi, sayang dia
hanya mucncul untuk beberapa saat saja dalam keadaan yang amat marah.
Sebelum menghilang sedikit demi sedikit dari penglihatan saya – mungkin juga penglihatan Ali
Usman dan datuk, terdengar suara dengusan darinya serentak dengan itu dia terus ghaib. Saya
dan Ali Usman terpinga-pinga. Datk nampak bersahaja, bagaikan tidak terkesan dengan apa yang
berlaku.

Saya dan Ali Usman bagaikan dihumban kembali ke alam nyata. Tidak ada asap, tidak ada lalang
yang terbakar. Malah, tidak ada api yang marak menjulang. Segala-galanya macam biasa. Masih
berdiri tidak jauh dari pokok jering besar yang tidak berubah.
Langit nampak cerah dengan awan gemawan yeng berarak lembut ke selatan. Matahari bersinar
terang. Cuma yang tidak berubah, kami bertiga (saya, datuk dan Ali Usman) tidak berubah dari
kawasan mula berdiri tadi.

Saya kira kawasan tempat kami berdiri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Boleh
membuat orang yang berdiri di situ berada dalam dua alam. Alam fantasi dan alam nyata.

Dalam erti kata lain, berada di alam manusia dan alam makhluk halus, boleh jadi alam jin
(bunian) atau syaitan.

“Apa erti semuanya ini?” Sebuah pertanyaan dari Ali Usman ntuk datuk.

Tiada jawapan yang diterima oleh Ali Usman. Terukir rasa hampa di kerutan wajahnya.

“Bertenang dulu Ali, belum masanya untuk bertanya,” kata saya perlahan sambil meraba-raba
pangkal dagu.

“Aku setuju dengan kamu Tamar.,” sahutnya tenang.

Datuk menarik nafas dalam-dalam. Cuba mententeramkan fikiran dan melapangkan dada. Saya
pun melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kai sambil memikirkan tentang suasana yang
ditempuh sebentar tadi. Suasana demikian suasana yang asing bagi saya.

SBDJ (SAMBUNGAN 1) SIRI 221 DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK

DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK

Dalam usaha mencari ketenangan dan menyingkirkan keresahan yang bersarang dalam kepala.
Saya menarik dan melepaskan nafas secara perlahan-lahan.

Sepanjang yang diingati, sejak menemani datuk kemana-mana. Samaada di tanah air, di
Sumatera dan di Tanah Jawa. Dalam setahun, paling kurang dua tiga kali berhadapan dengan
kejadian yang tidak diduga dan sukar diterma oleh akal fikiran yang waras.

Kesan yang diterima setelah melalui peristiwa tersebut berbeza-beza. Bergantung pada kuat atau
tidak tekanan perasaan yang dialami, semasa peristiwa itu, berlaku atau dalam istilah orag tua-
tua di sebut “BADI.”
Ada ketikanya, saya seprti orang bodoh, bercakap sendirian. Bermain pasir macam kanak-kanak
berusia antara 5-10 tahun. Mengigau dan mengalami mimpi ngeri. Menjerit, setiap kali matahari
terbit dan matahari jatuh sambil berlari keliling rumah.

Penawar paling mujarab yang datuk lakukan, ialah menyuruh saya membaca beberapa wirid
tertentu, setelah melakukan sembahyang wajib dan sunat. Dilanjutkan dengan membaca surah
yassin, ayat Al-Kursi petikan surah Al-Baqarah dan lain-lain lagi.

Jika cara itu masih tidak mendatangkan hasil. Datuk sendiri akan bertindak hingga apa yang saya
tanggung hilang terus. Soalnya, apakah perkara yang baru dialami sebentar tadi akan
meninggalkan “BADI” yang hebat? Itulah yang berlegar-legar dalam tempurung kepala.

Bagaimana fikiran tidak terganggu. Apa yang dilihat dan dialami memang luar biasa sekali.
Tidak mask di akal. Sukar diterima oleh orang lain. Betapa tidak, dalam keadaan sedar saya
seperti dibawa kedunia lain yang serba aneh.

“Apa ertnya semua ini?” Saya tersentak. Ali Usman mengulangi pertanyaan yang tidak dapat
mendapat sebarang reaksi dari datuk. Pertanyaan itu juga menyebabkan apa yang saya fikirkan
hilang serta merta. Datk tidak juga memberikan jawapan.

“Apa ertinya semua ini?”

Untuk kali yang ketiga Ali sman mengajukan pertanyaan.

“Ayah saudara kamu memang hebat,” balas datuk.

“Maksudnya,” sepasang anak mata Ali Usman tertumbuk kewajah datuk yang mempamirkan
senyum sinis.

“Maksudnya mudah saja,” ujar datuk.

“Mudah?” Ali Usman kehairanan.

Wajah saya direnuninya sejenak. Sayap bahu kiri dan kanan segera digerakkan keatas,
menandakan yang saya sendiri tidak dapat menangkap maksud kata-kata yang datuk lontarkan.

“Maksud mudah itu seperti yang kamu lihat dan kamu alami.”

Jawapan datuk itu bertujuan membunuh keraguan dalam diri Ali Usman. Buat beberapa ketika,
saya dan Ali Usman termenung panjang. Datk Nampak tenang dan aman saja.

“Iya, saya tidak menafikan bapa saudara saya boleh menundkkan binatang buas, boleh menyuruh
binatang melakukan sesuatu,” nada suara Ali Usman lemah sekali.

“Sekarang kamu sudah faham Ali.”


“Iya,” Ali Usman mengangguk.

“Itulah kehebatan bapa saudara kamu, tapi………….”

Datuk tidak meneruskan kata, mati begitu saja. Tetapi, ada senyum sinis berlari di kelopak bibir
datuk yang kecut.

GARU

Ali Usman menggaru cuping telinga kanan dua tiga kali. Dan dia dapat merasakan yang datuk
tidak menyindirnya.

“Tapi sebenarnya, dia tidak hebat.”

Tanpa diduga datuk menyambung kembali kata yang putus. Ini sungguh mengejukan buat diri
Ali Usman dan saya. Datuk sperti bermain tarik tali dengan Ali Usman.

“Sebabnya,” Ali Usman minta kepastian.

“Dia yang Nampak hebat, sebenarnya memang tidak hebat. Bapa saudara kamu jadi hamba nafsu
dan makhlk lain,” sambung datuk dengan wajah selamba.

Ali Usman tidak memperlihatkan sebarang reaksi yang kurang menyenangkan. Malah dia turut
menganggukkan kepala beberapa kali. Bagaikan setuju dengan apa yang datuk katakan.

”Saya menyedari hal ini,” ucap Ali Usman dengan penuh yakin.

“Bagus bila kamu menyedarinya.”

“Keraa itu saya berusaha menyedarkannya. Berusaha membawanya ke jalan yang betul. Hasilnya
seperti apa yang terjadi,” Ali Usman menelan air liur sambil merenung lesau kea rah pepokok
kecil di hadapannya.

“Sesungguhnya, saya tidak menduga sampai begitu jauh baoa saudara memilih jalan yang salah,”
lemah benar suara Ali Usman . Rasa kesal dapat dibaca di wajahnya. Berkali-kali dia mengucap
panjang. Kelopak matanya di genangi air jernih.

“Tak apalha Ali, usah dikenang perkara yang lalu. Marilah kita berdoa muda-mudahannya
taubatnya diterima oleh Allah dan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,”
sebuah harapan dan doa penuh simpati dari datuk.

“Memang itu yang saya harapkan,”

Ali Usman tersedu sambil tunduk merenung permukaan bumi.


Perasaan saya bagaikan terjebak dalam suasana yang mengahrukan. Dada terasa sebak, tidak
tahu apa yang harus saya tuturkan kepada Ali Usman.

“Masa dah suntuk ni, saya tak mahu kerana kita orang ain tergendala. Saya tak mahu Syed
Hamid Al-Hadad dan Harun Fadillah menunggu kita terlalu lama.”

Cepat-cepat saya alihkan perhatian dari Ali Usman kepada datuk yang baru saja menuturkan
kata.

“Iya, kita harus pergi ke tempat yang dihajati,” sanggah Ali Usman.

PERJALANAN

Sebelum meneruskan perjalanan, Ali Usman melihat jam di tangan. Dahunya berkedut seketika.
Kepalnya didongakkan ke langit melihat awan putih bersih berarak lembut entah kemana.

“Hampir sejam kita di sini,” kata saya.

“Ertinya, hampir satu jam kita diganggu.” Sahut Ali Usman.

Datuk anggukkan kepala.

“Tak sangka sampai begitu lama,” komen saya lagi.

“Bukan diganggu.”

Lagi sekali datuk jadi perhatian kami berdua.

“Kalau bukan diganggu , apa dia?” Sal Ali Usman serius.

“Kita dihalang untuk pergi ke rumah Raja Susuk. Orang tua yang bertukar-tukar dan akhirnya
memperlihatkan dirinya sebagai lelaki muda yang kacak dan tampan. Itulah orang yang menjadi
pelindung dan pendamping bapa saudara kamu.”

“Tapi……….” Ali Usman memintas percakapan datuk,” bapa saudara saya kata guru atau
pendampingnya sudah lama mati.”

“Cakap bapa saudara kamu memang benar.”

“Kalau sudah mati, bagaimana orang itu boleh wujud?” Teragak-agak Ali Usman bertanya.

“Jangan terkejut, bila aku katakana pendamping bapa saudara kamu itu, sedang mencari
pengganti bapa saudara kamu. Mungkin kamu salah seorang dari calonnya.”

“Haaaa………..”
Ali Usman terkejut besar.

“kalau sudah mati macam mana dia bo;leh wujud di dunia ini,” muncul lagi pertanyaan dari
mulut Ali Usman.

“Barangkali roh dan jasadnya ditolak bumi,” Penjelasan dari datuk itu membuat Ali Usman
bertambah resah. Cemas dan takut. Wajahnya pucat, tubuhnya mula mengeletar. Mula bercakap
sebarangan. Matanya mula memperlihatkan urta-urat merah bersama renungan yang sungguh
mengerikan. Wajah yang pucat bertukar garang.

Suasana yang tenang berkicak semula. Perubahan tingkah laku Ali usman memang tidak diduga.
Datk yang terkejut mula membuat persiapan perlu bagi menghindari kejadian lebih buruk
berlaku.

“Tamar, tumbuk rusuk kanannya dengan tangan kiri.”

Arahan datuk segera saya patuhu. Dengan sekali tumbuk Ali Usman jatuh terlentang.

Belum pun sempat Ali Usman bangun untuk melakukan tindak balas, datuk segera mengambil
serumpun semalu berbunga lebat diramas hingga lumat. Kemudian dilemparkan ke muka Ali
Usman.

“Ahhh………..” Terdengar suara Ali Usman.

Berguling-guling di tanah sambil berusaha untuk bangun, tetapi tidak berhasil. Ali Usman
bagaikan kehabisan tenaga.

“Tamar, rentap kaki kanannya sekuat hati dan alihkan kedudukkannya supaya kepalanya
mengadap kiblat,”

Perintah datuk segera saya ikut, berhempas pulas juga mahu menangkap kaki kanan Ali Usman.
Walaupun dia nampak lemah dan tidak berdaya, Ali Usman tetap mempamirkan tentangan.

Sebaik pergelangan kaki kanannya disentuh, Ali Usman terus menjerit dan berguling-guling di
tanah samabil mengigit rerumput sekitarnya. Semasa saya berusaha menalihkan kedudukan
tubuhnyaseperti yang diingini oelha datuk, belakang syaa terasa seperti ditusuk oleh benda tajam.

Jangan pedulikan semuanya, kamu bertahan saja Tamar,”

Suara datuk cukup lanang kedengaran. Datuk bagaikan tahu yang saya sedang bergelut dengan
sesuatu. Dalam tercungap-cungap kepenatan, hajat datuk dilaksanakan.

Di saat membetul kedudukan kepala Ali Usman supaya selari dengan arah kiblat, saya
mengalami kejutan. Seluruh kulit muka, lengan dan kaki Ali Usman bersisk macam sisik ular
tedung namak berkilau-kilau. Gerak badannya juga bertukar, tidak ubah macam ular bergerak di
permukaan tanah yang berpasir.
Perubahan itu tidak bertaan lama. Sebaik saja keddkan kepalanya selari dengan arah kiblat,
sekujur tubuhAli Usman kembali normal. Dengan segenggam tanah yang ditaburkan oleh datuk
dari hujung kaki hingga ke kepala, Ali Usman pulih seperti sediakala.

“Ali, kamu kenal dengan orang yang duduk dekat kamu ini?’ Bisik datuk ke cuping telinganya.

“Kenal.”

“Siapa namanya?” Tambah datuk.

“Tamar.”

“Betul,’ sambut datuk keriangan.

Serentak kami ketawa terkikih.

BERDIRI

Bila Ali Usman berdiri dan bersedia untuk melangkah menuju kerumah Raja Susuk halangan
dating lagi. Dengan tidak semena-mena muncul seekor harimau belang dari sebelah kanan jalan.

Kaki kiri bahagian belakng harimau itu kudung tetapi itu bukan halangan untuknya menerkam
malah membaham kami sekaligus.

Tanpa berfikir panjang datuk pun mengambil segenggam tanah. Langkah slat pun dibuka menuju
kearah harimau yang mula menyeringai, mempamirkan sepasang siung yang tajam.

“Allah huakbar……..”

Kawasan sekitar bergema dengan suara datuk. Serentak denganitu tanah yang ada dalam
genggaman dilemparkan kearah muka harimau belang. Si harimau mengaum dengan sekuat hati
dan terus lari ke sebelah kiri jalan hingga tidak dapat ditangkap oleh kuasa mata kami bertiga.

“Kalau kamu pergi ke rumah itu seorang saja, kamu tidak menghadapi sebarang masalah seperti
apa yang terjadi sebentar tadi. Pendamping bapa saudara kamu mahu membinasakan aku dan
Tamar saja. Kamu tidak diapa-apakannya. Dia mahu menjadkan kamu sebagai tuannya,” tanpa
diminta datuk member penjelasan.

“Inilah membuat saya tidak senang,” terpancut kata dari Ali Usman. Dia mula resah dan Nampak
tidak keruan.

Sebelum kejadian seperti tadi berulang, datuk segera meletakkan bahagian belakang tangan
kirinya ke pangkal leher kanan Ali Usman. Mulut datuk nampak komat-kamit.

Ada sesuatu yang dibacanya. Barangkali datuk memberikan suntikan semangat secar batin.
“Kalau sulit kita patah balik saja,” usul dari Ali Usman.

“Kau keberatan,” Tanya datuk.

Ali Usman seperti serba salah untuk menyatakan. Tetapi, akhirnya dia menganggk. Datuk
senyum.

“Ali, jangan bimbang, renung biji mata aku. Kedua belah tangan kamu lekapkan ke dada.”

“Baik,” jawab Ali Usman.

Ali Usman akur dengan arahan datk. Lebihdari lima saat mereka berlaga anak mata. Peluh
mercik di kedua dua belah pelipis Ali Usman. Rambut di bahagian ubun-ubun terpacak. Bila
datuk alihkan anak mata ke arah lain, rambut yang tegak pun tunduk. Peluh dikiri kanan pelipis
pun hilang.

“Kita teruskan, usah bimbang. Dengan ilmu yang ada, disertai dengan taqwa kepada Allah, aku
yakin kamu tidak mudah dipengaruhi,” satu suntikan semangat datuk terapkan di dalam kalbu
Ali Usman.

“Kadang-kadang orang berilmu dan kuat iman memang dicari atau jadi sasaran syaitan,
sebenarnya, ilmu tidak setinggi mana ,” Ali Usman merendah diri.

“Aku percaya, kamu boleh menghadapinya. Buktinya………….”

“Apa buktinya…….” pintas Ali Usman.

“Kamu telah membawa bapa saudara kamu ke landasan yang sempurna. Jangan banyak fikir,
mari kita pergi.”

Datuk pun menepuk bahu kanan Ali Usman. Tetapi, Ali Usman seperti keberatan mahu
melangkah. Keraguan dan kebimbangan masih bersarang di sudut hatinya.

“Rumah itu jauh terpencil, letaknya di hujung kampung dekat bukit pula,” sebuah dalih yang
tersusun rapi adri Ali Usman.

“Tak apa, kita pergi dulu,” datuk mendesak

Ali Usman mengigit bibir. Perubahan sikap itu sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan dalam
diri saya. Kenapa mudah, dia beralih hati.

SEMANGAT

Kalau tadi dia bersemangat mahu membawa datuk ke tempat tersebut. Tetapi, setelah melalui
beberapa kejadian yang tidak diduga, semangatnya terus menurun.
“Mari kita pergi.”

Datuk terus mendesak.

“Kita balik saja” lemah benar suara Ali Usman.

Bagi menguatkan alasannya, dia memberitahu yang rumah papan tua di bawah pokok ara besar
itu, tidak mempunyai apa apa keistimewaan.

Selain dari menghadiahkan pandangan yang menyeramkan. Akar dari dedahan pokok ara
berjuntaian bagaikan bersatu dengan atap zink yang sudah berkarat. Suasana sekitar kawasan
rumah sentiasa redup dan lembab.

“Kenapa kita mesti balik?”

“Saya rasa lain macam saja.”

“jagan begitu, memang menjadi tanggung jawab kita bersama untuk menghapuskan perbuatan
dan kepercayaan syirik yang bertentangan dengan hukum Allah. Kalau biarkan nanti ramai orang
yang jahanam,” dengan lembut datuk memujuk.

“Betullah tu.”

“Kalau sudah betul, jangan lengah-lengahkan, ayuh kita pergi.”

Kali ini, Ali Usman tidak mampu berdalih, tidak boleh memberikan sebarang alasan lagi. Dan
dia dengan rela hati menyandang tugasnya semula sebagai kepala jalan menuju ke rumah RAJA
SUSUK. Kami segera bergerak.

Hanya bunyi telapak kaki dan kicau burung yang kedengaran. Sesekali terdengar bunyi ranting
patah akibat di pijak, diselang seli dengan buni daun pokok yang berlaga sesama sendiri kerana
disentuh angin.

Kami bertiga tidak banyak bercakap. Masing-masing tetap berhati-hati. Hati kecil terus digayuti
harapan. Semuga tidak ada peristiwa buruk yang bakal berlaku.

“Itu dia rumahnya.”

Sebuah rumah papan tua, beratap zink tertegun kaku di depan mata. Saya terus memasang
telinga, menanti ungkapan yang bakal diluahkan oleh Ali Usman. Tetapi, mata sya terus
memperhatikan keadaan sekitar rumah papan using itu.

Halaman rumah dipenuhi dengan rumput rampai setinggi lutut. Di bawah rumah terdapat
timbunan kayu api di samping beberpa pohon senduduk, mengkudu dan pohon ciku yang
menolak lantai. Tidak jauh dari tangga terdapat sebuah perahu lama yang dibuat dari pokok
meranti.

Lima ancak yang dibuat dari buluh dan bertiang ( juga dari buluh) dipacakkan di dalam perahu
tua. Terdapat lorong kecil untuk laluan seorang sahaja menuju ke kaki tangga yang bersimen
separuh. Anak tangga yang berjumlah tujuh semuanya dibuat dari jens kayu keras.

Sekali pandang, rumah tersebut bagaikan tidak pernah didiami oleh manusia. Pohon ara sebesar
dua pemeluk tumbuh megah di sudut kanan rumah berbumbung limas. Bumbung bahagian dapur
bagaikan tidak keliahatan kerana di selimuti dedaun ara yang berjuntaian.

Kehadhiran pokok ara dua pemeluk itu memberikan suasana seram dan suram. Boleh
mengundang rasa takut pada orang yang baru melihatnya. Beberapa ekor monyet liar
berlompatan dari dahan Ara ke dahan pokok berdekatan yang berjajar menuju kearah bukit kecil
yang tidak jauh dari rumah.

Melihat kedatangan monyet-monyet liar itu terus menjerit sambil menegakan ekornya yang
panjang sambil cuba meahu menerkam ke arah kami. Jeritan monyet yang tidak berhenti-henti
berjaya menarik perhatian kumpulan monyet yang lain.

SBDJ (SAMBUNGAN 1) SIRI 222 DISERANG MONYET JADIAN

Dalam masa yang amat singkat beratus –ratus ekor monyet menguasai bumbung rumah dan
pokok ara bessar. Semua monyet tersebut memperlihatkan kemarahan. Tidak mahu menerima
kehadiran kami.

Bila saya acah kemarahan kumpulan monyet itu kian menjadi-jadi. Malah ada yang berani
mendekati kami. Datuk dan Ali Usman tetap tenang. Buat saya, keadaan begini sungguh
membosankan, menjadikan saya tidak tentu arah dan lemas sendirian. Mahu rasanya menjerit
sekuat hati.

Ketika saya membongkok mahu mengambil sepotong kayu di hujung kaki untuk dibalingkan
kearah monyet-monyet yang menjerit, datuk segera memagang tangan saya.

“Jangan,” suara datuk keras.

“Jangan Tamar, monyet-monyet di sini kalau diganggu akan mengamuk, susah kita dibuatnya.”

Ali Usman bagaikan menyokong tindakan yang datuk buat.

“Mana kamu tahu?”

“Aku sudah mengalaminya, dulu aku datang ke sini, seekor monyet jantan mengacah-acah aku di
kepala tangga. Bila di baling dengan kayu sekumpulan monyet lain datang menyerang. Nasib
baik bapa saudara aku ada. Kalau dia tak ada tak tahulah apa nak kaya.”
“Hmmmmm.............” keluh saya.

Bila melihat kumpulan monyet kian bertambah, datuk seperti keresahan. Lebih-lebih lagi bila
melihat ukuran badan satu kali lebihbesar dari monyet biasa.. Terdapat juga satu kumpulan
monyet berbulu putih dan kemerahan. Kumpulan yang berbulu kemerah-merahan ini lebih
agresif berbanding dengan kumpulan yang lain.

“Keadaan ini tidak boleh dibiarkan, kita sebenarnya dalam bahaya. Sebelum keadaan menjadi
lebih teruk, kita mesti bertindak.”

Sebaik saja selesai bercakap, datuk mematahkan batang pokok kemahang yang ada disisinya.
Batang kemahang itu dipatah tiga. Bahagian bawah dihumbankan ke bawah rumah manakala
bahagian atas dicacak kebumi.

Batang bahagian tengah ditimang beberapa kali. Berdaasarkan gerak mulutnya, saya yakin datuk
sedang membaca ayat-ayat suci. Bila pembacaannya tamat, kayu yang ditimang terus digenggam
erat.

Kemudian potongan kayu itu terus dilemparkan ke pangkal pokok ara besar. Monnyet-monyet
liar yang bergayutan bertempiaranmenuju kearah bukit kecil.

Akibat dari lompatan monyet-monyet tersebut, dedaun muda dan tua berguguran ke bumi.
Reranting yang kering berjatuhan.

Bunyi deru akibat lompatan kumpulan monyet dari dahan ke dahan, tidak ubah seperti rebut
yang kuat. Jeritan dari monyet-monyet itu menegejutkan beburung dan lain-lain unggas yang
mendiami hutan sekitar rumah.

BESAR

Dalam suasana yang tidak menentu itu, seekor monyet besar yang ukuran tingginya sama dengan
seekor beruang dewasa muncul dari balik pangkal pokok ara besar. Seluruh badannya si selimuti
bulu tebal berwarna kemerah-merahan.

Bentuk muka monyet besar ini menyerupai muka mawas yang seketurunan dengan orang hutan
dan cimpanzi. Monyet besar mendengus marah sambil menyeringai gigi yang tajam. Dalam
keadaan tegak melangkah perlahan-lahan kea rah datuk.

Ali Usman bagaikan terpaku. Saya toleh ke kiri, toleh ke kanan mencari tempat yang sesuai
untuk melompat dan melarikan diri. Andainya, berlaku sesuatu yang tidak diduga.

HAMPIR

Monyet besar kian lama kian hampir dengan datuk. Secara perlahan-lahanAli Usman berubah
tempat. Tadi ke kanan, kini betul-betul berada di belakang datuk. Saya pula berlindung di
belakangnya (Ali Usman). Apa saja ayat-ayat Quran yang saya ingat saya terus baca.
“”Kamu berdua pergi jauh, cari tempat berlindung” Tanpa menoleh ke arah saya dan Ali Usman
datuk mengeluarkan arahan.

Jeritan kumpulan monyet tidak kedengaran lagi. Begitu juga dengan yang patah. Dedaun tua dan
muda tidak ada yang berterbangan. Bunyi menderu juga sudah berakhir.

“Cepat cari teempat berlindung, jangan banyak fikir.”

Kerana kami masih teragak-agak, datuk mengeluarkan arahan kali kedua. Kali ini nada suaranyta
meninggui dan keras. Membayangkan kemarahan mula berbuih dalam hati. Monyet besar terus
mendekati datuk.

Dalam keadaan yang serba tertekan itu, kami tidak dapat membuat keputusan. Aarah mana dan
tempat mana yang paling sesuai dijadiikan tempatberlindung. Peliknya, bagaikan ada arahan dari
dalam diri masing-masing, kami memilih tempat yang sama.

Saya dan Ali Usman jalan beriringan menuju kearah kepala jalan yang sudah kami lalui, ketiika
memasuki kawasan rumah RAJA SUSUK. Bagaikan ada persefahaman yang terjalin dalam diri
kami berdua. Tempat yang dipilih ialah di bawah pokok sukun berbuah jarang.

Dari bawah pokok sukun kami dapat melihat dengan jelas kea rah datuk yang berdiri kemas
menanti kedatangan monyet besar, berbulu kemerah-merahan.

CEMAS

Cemas juga hati melihat situasi tersebut. Bagaimana datuk harus menghadapi monyet besar itu?
Muncul ertanyaan dalam hati.

“Bolehkah datuk kamu melawannya, Tamar”

“Entahlah susah nak cakap,”

“Kita tolong dia.”

Ali Usman mengusulkan satu cadangan. Saya tergaman sejenak. Cadangan itu memang baik
sekali. Tetapi, bila mengingatkan pesan datuk yang tidak mahu dibantu bila berhadapan dengan
sebarang kesukaran kecuali dia sendiri yang minta tolong.

Cadangan yang baik menjadi susah.

“Nanti dulu,” tahan saya.

“Kenapa?”
“ Kita bantu dia biladia minta tolong. Itu lebih baik.”

“Kalau itu merupakan syarat,, aku tak boleh buat apa-apa,” balas Ali Usman tenang.

Perlahan-lahan saya anggukkan kepala. Kami berbalas senyum.

Perahatian ditumpukan kea rah datuk yang sedang berhadapan dengan monyet besar dalam jarak
yang dekat. Mungkin menyedari yang lawannya memiliki kekuatan yang luar biasa, datuk
menggunakan taktik berundur, tidak menyerang. Malah ada ketikanya datuk berlindung di balik
pepokok kecil sambil mengambil beberapa potong kayu lalu dilempar ke arah monyet besar.

Perbuatan datuk menimbul kemarahan yang amat ketara pada monyet besar. Sepasang kakinya
menghentak-hentak bumi. Teriakannya cukup lantang. Monyet besar terus mara. Beberapa kali
terkmaan dibuat ke arah datuk. Macam tadi, datauk berhasil mengelak.

HABIS

Mungkin kerana kerap melompat dan berdiri ke setiap sudut, datuk kehabisan tenaga. Dalam
usaha untuk kesekian kali mengelakkan diiri dari cengkaman monyet besar, datuk tersilap
langkah, terpijak tanah berlubang lalu tersembam mencium tanah. Terkial-kial berusaha untuk
bangun.

Kesempatan yang baik itu, segera di manafaatkan oleh monyet berbadan besar. Datuk di terkam
dan dipijak berkali-kali. Dijulang dan dicampak ke arah pokok renik. Datuk mengerang dan
mengolek-golek. Monyet besar terus mengikuti dimana datruk berada.

Datuk ditendang dan disepak bagaikan bola. Dalam pertarungan kali ini datuk tewas. Seluruh
kekuatannya bagaikan tidak wujud lagi. Situasi begitu, sungguh mencengkam perasaan kami. Ali
Usman bagaikan tidak sabar mahu membantu.

Saya terpaksa bekerja keras menahan Ali Usman menerpa ke arah monyet besar.

“Bertenang, selagi dia tidak meminta bantuan kita tidak boleh membantunya.”

“Kesian datuk kamu, Tamar,”

“Aku tak berani melanggar pesannya.”

Ali Usman menarik nafas kehampaan.

“”Ahhhhooooo.......” jeritan monyet besar bergema ke seluruh kawasan sekitar. Kaki kanannnya
yang berbulu berada di atas dada datuk. Monyet besar menepuk-nepuk dadanya sambil
merenung kawasan sekitar. Seolah-olah memberitahu kepada semua makhluk yang berada di situ
yang dia berjaya menewaskan datuk. Di saat monyet besar berada di puncak kegembiraan datuk
yangberada di bawah telapak kakinya segera bertindak.
Dengan sisa tenaga yang masih ada, kedua-dua belah tangan datuk memegang pergelangan kaki
monyet besar lalu di pulas. Monyet besar menjeritkesakitan kerana pergelangan kakinya terkehel
dan terus jatuh. Secepat kilat datuk bangun dan bersedia untuk meneruskan perlawannan.

Kerana menyedari musuhnya seekor monyet besar, dia harus bertindak dengan hati-hati dan
teliti. Silap langkah akan menanggung sengsara seumur hidup.

Dari cara datuk berdiri serta memperkemaskan kekuda, saya dapat menduga yang datuk tidak
akan membuka langkah silat GERAK RASA DAN HATI yang banyak menafaatkan tenaga
dalam. Setiap jurus yang dilepaskan seiring dengan kalimah Allah. Begoitu juga dengan gerak
langkah dan kerdipan mata.

Silat gerak dan Rasa Hati jarangsekalidigunakan. Malah datuk sendiri tidak gemar menggunakan
silat jenis ini. KKecuali sudah terdesak benar atau menghadapi saat paling genting yang tidak
dapat diatasi cara lain.

Biasanya, setelah datuk memanfaatkan silat tersebut untukmelawan musuh, dia akn berpuasa
selama seminggu dan melakkukan amalan tertentu sepanjang malam.

Banyak melakkukan sembahyang sunat dan bersedekah. Selain itu, seluruh sendi dan tubuh
terasa sengal-sengal dan sakit. Menanggung rasa sakit inilah yang tidak berapa digemari oleh
datuk. Mungkin kerana faktor usianya.

“Monyet besar dah bangun,” tutur Ali Usman.

Sepasang anakmata saya tertumpu ke arah datuk dan monyet besar saling berhadapan. Dalam
keadaan yang terhincut-hincut monyet besar perlahan-lahan memusingkan badan hingga
membelakangkan datuk. Dattuk yang berkira-kira mahu membuat serangan mengejut
merapatkan dirinya dengan monyet besar. Mencari bahagian

yang baik untuk untuk melepaskan tumbukan berkesan.

POSISI

Datuk menemui posisi paling baik, berada di sebelah rusuk kiri monyet besar dalam jarak kira-
kira satu kaki. Bila tumbukan padu dilepaskan urat saraf dan tali perut boleh putus tanpa
meninggalkan sebarang kesan dari luar.

Di saat datuk menaraik nafas, mengumpulkan kekuatan dari dalam sambilmengucapkan kalimah
Allah, monyet besar melepaskan tending kencang. Secepat kilat datuk menjatuhkan diri hingga
berlakangnya sama paras dengan pucut rumut semilu.

Menyedari tendangannya tidak mengena sasaran, monyet besar menjadi marah dan membetulkan
kedudukannya untuk melepaskan tendanngan kedua yanglebih kuat dan padu. Sasarannya (tubuh
datuk) sudah dipastikan di mana berada. SEbelum tendangan kedua dari monyet besar berjalan,
datuk bertindak terlebih dahulu.
Bagi mengelirukan perhatian dan tumpuan monyet besar. Datuk menggolekkan tubuhnya ke
knan dan kekiri di bumi. Keadaan tersebut menyebabkan meonyet besar teragak-agak untuk
melepaskan tendangan. Kedudukan sasarannya sering berubah.

Kemarahan monyet besar terus membara, memekik dan menumbuk dada dan menghentak bumi.
Ketika itu lah tumbukan dilepaskan oleh datuk ke arah yang sudah dipilih.

Monyet besar terus meraung, Bila suara raungannya berhenti, tubuh monyet besar hilang, entah
kemana. Cuma yang kelihatan kepulan asap nipis bersama bau kemenyan.

BERLARI

“Kamu berdua kemari,,” laung datuk.

Saya dan Ali Usman segera berlari ke arah datuk yang tertunduk duduk di bumi. Dia Nampak
tercungap-cungap dan keletihan.

‘Kita berehat dahulu,” Itu usul dari Ali Usman.

“Tak payah, sekarang kita masuk kerumah,” kata datuk.

“Tapi, datuk keletihan,” katra saya.

“”Tak apa, suruh Ali Usman buka pintu rumah,”

Datuk terus bangun. Ali Usman mengigit bibir sambil merfenung ke arah pintu rumah yang
bertutup rapat.

“Cepat Ali,” segah datuk.

“Baik,” balas Ali Usman.

Baru saja dua tapak Ali Usman melangkah menuju ke kaki tangga, tterdengar sesuatu dari balik
pokok ara. Ali Usman berpatah balik ke arah datuk.

“Macam ada bunyi binatang di balik pokok besar,” beritahu Ali Usman.

“Perasaan kamu saja rasa macam itu,” saya meninggkah..

“Tidak Tamar.”

Serentak dengan itu terdengar bunyi dedahan dan reranting pokok besar bergegar. Akar yang
bergayutan terbuai-buai. Dua tiga ekor tupai yang berlari di dahan berjatuhan ke bumi. Macam
ada sesuatu yang menggoyangkan pohon Ara dua pemeluk itu.
Kami alihkan perhatian ke arah pokok Ara besar. Lagi sekali mengalami kejutan yang tidak di
duga.

Rasanya bagaikan tidak percaya dengan apa yang berada dii depan mata. Sejenis makhluk ganjil
keluar dari celah-celahan juntaian akar. Rupanya sungguh pelik. Badanya bersisik macam sisik
buaya. Perutnya buncit dengan pusat tersembul sebesar buah jambu batu.

PAYUDARA

Sepasang payu dara besarnya kelihatan lembik terbuai-buai. Bagaikan bersabung dengan
bahagian dagu. Putingnya, tersembul hitam macam seketul kayu arang. Kedua dua belah pipinya
kelihatan kkembung, tidak ubah macam perut katak puru yang baru diusik denngan kayu.

Bentuk wajahnya campuran keluang dan manusia. Sepasang telinganya menyerupai telinga
gajah. Kedua-dua belah tangan dan jari jemari persis tangan dan jejari manusia. Kehadiran
makhluk ganjil ini diiringi dengan beberapa ekor keluang berukuran besar. Lebih besar dari
ayam jantan.

Saya terpesona dengan sepasang kaki dan pahanya yang besar dan memancarkan cahaya. Sisik di
bahagian tersebut kedudukannya agak menonjol dan bentuknya seperti kulit tiram. Walau apa
pun, saya dan Ali Usman tidak berani merenung ke arah mata yang merah menyala serta
memancarkan sinar yang boleh memeningkan kepala bila ditentang.

“Berjaga.”

Datuuk mengingatkan kami berdua, bila melihat makhluk pelik itu melangkah sambil
mengangkat kedua tangannya. Setiap kali makhluk hodoh dan menakutkan itu melangkah,
keluang yang berterbangan mengiringinya dalam nada suara yang tiinggi dan rendah bagaikan
satu irama.

Pancaran matahari yang kea rah badan makhluk pelik itu memantulkan kilauan yang berpadu
dalam warna kekuningan. Kebiruan dan merah jambu. Kilauan warna itu cukup menarik.

Jika direnung dalam tempoh yang lebih dari sepuluh saat kepala terasa pening dan pandangan
jadi berpinau-pinau. Tekak jadi loya dan tterasa mahu muntah.

“Ini bukan sebarang binatang,” komen saya.

“”Iya,” balas datuk.

”Ini syaitan, “ tingkah Ali Usman

“Benar apa yang kamu kata. Aku minta kamu atasi masalah ini.”

MENGUJI
Mungkin kerana kepenatan, mungkin mahu mmenguji atau sememangnya datuk tahu keupayaan
Ali Usman maka tugas tersebut diserahhkan ke bahunya.

“Serahkan pada saya,” ada nada kebimbangan mengiringi kata dari Ali Usman.

“Iya, kamu harus mencuba. Aku bantu kamu.”

Itu janji datuk yang memberikan kekuatan semangat pada Ali Usman. Ada cahaya keyakinan
tergambar diwajahnya.

Walaupun sudah diberikan suntikan semangat keyakinan oleh datuk. Tetapi, Ali Usman bagaikan
ragu-ragu mahu memulakannya.

Perkara itu dapat saya kesan berdasarkan riak wajahnya. Dua tiga kali dia menarik nafas sambil
merenung ke arah saya, minta sokongan moral.

“Kamu bolehbuat Ali,” saya bersuara.

Dia tersenyum resah.

“Hadapilah dengan keyakinan, percaya Allah berkuasa atas segala-galanya,” nada suara datuk
agak keras. Alli Usman masih belum berganjak dari tempat asalnya. Masih belum membuka
langkah.

“Ayuh, pergi sekarang,” desak datuk.

“Sekarang?”

“Iyalah,” balas datuk dengan tegas. Wajah Ali Usman dalam matanya. Dalam keadaan yang
serba tidak kena itu, Ali Usman tatap muka saya. DEngan tujuan menaikkan semangatnya, saya
tegakkan ibu jari kearahhnya.

“Kamu boleh,” kata saya.

Ali Usman terus melangkah dengan tenang ke arah makhluk aneh yang kian berani
mempamirkan dirinya. Tidak mahu berlindung dibalik pokok besar lagi.

SBDJ (SAMBUNGAN 1) SIRI 223 DIUSIK MANUSIA KELUANG

DIUSIK MANUSIA KELUANG

Suaranya mula bergema, macam suara singa betina sarkas yang lapar. Keluang kian banyak
bertenggek di dahan pokok besar. Suara dari kumpulan keluang itu amat mengganggu sekali.
Sambil berbunyi kumpulan keluang itu terus melepaskan biji dan kulit rambutan yang dibawa
dari kawasan kampung berdekatan. Tidak memadai dengan itu, kumpulan keluang tersebut terus
berak dan kencing. Kami terpaksa berhadapan dengan bau yang kurang menyenangkan.

Ada keganjilan yang cukup ketara dilakukan oleh Ali Usman. Saya tidak tahu apakah perkara
yang dilakukannya itu merupakan petua atau syarat yang telah diterapkan oleh datuk kepadanya.

Setiap sepuluh kali melangkah. Ali Usman berhenti dan menoleh ke arah saya dan datuk. Sudah
tiga kali dia berbuat demikian. Peliknya manusia keluang juga turut berbuat demikian.

Sepuluh langkah menuju ke depan terus terhenti. menoleh ke arah pangkal pokok besar, macam
ada sesuatu yang dilihatnya di situ, seperti menerima arahan sesaorang dari pokok besar.

"Maju terus jangan menoleh ke arah kami.'

Arahan dari datuk segera dipatuhi oleh Ali Usman.

“Ingat, aku bersama kamu Ali, tambah datuk lagi. Suara cukup lantang sekali.

Dari jauh Ali Usman anggukkan kepala dan mengangkat tangan. Datuk senyum kerana dia tahu
Ali Usman sudah cukup bersedia. Tidak boleh diganggu gugat, tidak mudah patah semangat.

Manusia kelawar juga mengikut rentak Ali Usman. Cepat langkah Ali Usman, cepat juga
langkahnya. Ali Usman angkat tangan, dia juga angkat tangan. Ali Usman anggukkan kepala, dia
juga anggukkan kepala. Saya berdepan dengan suasana yang melucukan dan memaksa saya
ketawa kecil.

KETAWA

“Jangan ketawa Tamar,” tegah datuk.

“Kelakuan makhluk ganjil tu macam kartun tuk.'

"Biarkan, kita tunggu dan lihat."

"Tapi, dia mempermain-mainkan kita tuk,” saya luahkan rasa kurang senang.

'Kita tengok. sejauh mana dia mahu memperdayakan kita," kata datuk sambil mengigit bibir.

Jawapan datuk itu memang tidak menggembirakan hati. Saya dongakkan kepala ke dada langit,
melihat awan putih nipis bergerak ke arah gunung di selatan

Bila datuk meluah kan kata "Kita lihat sejauh mana dia mahu memperdayakan kita, Dalam erti
kata lain, datuk tidak mahu bertindak Dia sekadar mahu menonton saja.
Perhatian kembali ditumpukan kearah Ali Usman yang terus mara penuh semangat. Begitu juga
dengan manusia kelawar. Di duga satu pertarungan hebat lagi mencemaskan pasti berlaku.
Antara manusia kelawar dengan Ali Usman siapakah yang lebih hebat?

"Jangan kemana-mana Kamu duduk di sini.”

Datuk segera bergerak ke perdu pokok Pulai patah dahan akibat dipanah petir.

Dengan tenang bersandar di situ, telapak kaki kirinya menekan akar pulai yang menolak bumi.
Kaki kanannya diangkat separas lutut. Ekor matanya menjeling ke arah Ali Usman dan manusia
kelawar.

“Nampaknya, datuk mula membuat persiapan,” cetus batin saya sambil merenung ke arahnya.

"Jangan renung aku, tengok ke arah Ali, 'sergah datuk.

"Baik tuk." sahut saya cemas

SASARAN

ALI Usman dan manusia kelawar kembali menjadi sasaran sepasang anak mata saya. Kalau tadi
langkah mereka rancak dan penuh semangat, kini kelihatan agak lemah

Jarak rnereka antara satu sama lain kian dekat. Pada hemat saya, sepuluh tapak melangkah ke
depan pasti berlaga batang hidung.

Andainya Ali Usman menjadi korban manusia kelawar, apa kah tindakan selanjutnya yang akan
datuk lakukan?

Mungkinkah datuk bertindak atau lepas tangan. Semuanya bagaikan diundang muncul dalam
tempurung kepala. Dalam saat genting begini, perkara yang negatif saja yang muncul. Kenapa
hal-hal yang positif tidak mahu datang? Suara kalbu saya terus bergelora dan bergolak.

"Ahhhh..... "

Saya terkejut, Ali Usman dan manusia kelawar, berhenti melangkah, masing-masing terpaku
kaku. Mereka terpisah dalam jarak sepuluh langkah. Terfikir oleh saya untuk merenung ke arah
datuk yang bersandar di pangkal pokok Pulai .Tetapi, bila teringatkan pesannya, hasrat tersebut
terpaksa dibekukan.

"Dummmm...... "

Bergema ledakan yang kuat. Bumi yang dipijak terasa bergegar dan badan terlayah ke kiri dan ke
kanan. Akhirnya tersembam di permukaan bumi, berpusing-pusing macam gasing dan tercampak
di pangkal pukok Pulai, tempat datuk bersandar.
"Bangun Tamar."

Sedaya upaya saya berusaha untuk bangun dengan berpaut pada lutut datuk, Bila berhasil berdiri
dengan sempurna, jari jemari kanan datuk menepuk bahu kiri saya tiga kali berturut-turut.

Serentak dengan itu terdengar suara datuk menyebut beberapa potong ayat dari al- Quran untuk
menghalau syaitan.

“Nampaknya aku seperti dicabar."

Datuk melepaskan geramnya dengan menumbuk pangkal Pulai hingga meninggalkan bekas.
Kulit pokok tersebut terkupas.Tersentak dengan tindak-tanduk itu, saya seperti mendapat
semangat baru. Apa yang dialami sebentar tadi bagaikan tidak terasa.

"Tenaga kamu dah pulih Tamar?"

MENOLEH

SOALAN datuk saya jawab dengan anggukkan.

Entah macammana, seperti di dorong oleh sesuatu saya menoleh ke arah Ali Usman dan manusia
kelawar. Kedua-duanya terkapar di tanah. Ali Usman terlentang menentang langit sedangkan
manusia kelawar tertiarap dengan sepasang kakinya masih menggeletek, macam ekor cicak yang
terputus dari badan.

"Sungguh ganjil, semuanya ganjil."

Datuk mengeluh, rupa-rupanya dia juga merenung ke arah yang sama seperti saya. Kami saling
berpandangan tanpa sepatah kata. Bila saya amat-amati seperti ada kabus nipis keluar dari
hujung kaki manusia kelawar.

Kabus nipis itu kelihatan naik memanjang ke udara yang kemudiannya mengembang akhirnya
terus menghilang. Tanah berhampiran telinga manusia kelawar nampak berlubang sebesar buah
kelapa. Otak nakal, segera membuat andaian, mungkin ledakan tersebut berpunca dari situ.

"Ah.... dia masih hidup , syukur."

Itu yang muncul di hati. bila melihat sepasang kaki dan tangan Ali Usman bergerak- gerak.
menggeliat macam orang terjaga dari tidur yang panjang. Beberapa minit berikutnya terus duduk.

"Ali dah duduk Tuk,” kata saya.

Tiada jawapan dan datuk tetapi, sepasang anak matanya masih terpanah ke arah Ali Usman yang
sedang menggerakkan kepalanya kekiri dan ke kanan.

" Mari Tamar."


Datuk pun menarik tangan. saya dengan kasar. Kami terus berlari anak mendapatkan Ali Usman
yang tertonggok kebingungan.

Manusia kelawar yang terkapar tidak karni hiraukan. suara kumpulan beburung gagak yang
berpadu dengan suara jeritan kelawar liar dari pepohon sekitar kawasan tersebut, tidak kami
pedulikan.

"Ali bagaimana kamu?' Tanya datuk.

Tiada jawapan dari Ali Usman.

Datuk terus meletakkan telapak tangan kanannya ke dahi Ali Usman. Perlahan-lahan teiapak
tangannya bergerak ke atas permukaan rambut hingga ke bahagian belakang tengkuk.

Perkara sedemikian dilakukan oleh datuk sebanyak tiga kali berturut-turut. Dan sebagai
penamatnya, belakang Ali Usman ditumbuk dengan sekuat hati hingga tersedak dan muntah.
Manusia kelawar terus mengeruh macam babi hutan kena peluru senapang kampung.

PANTAS

DENGAN pantas saya merapatkan sepasang kelopak mata. tidak sanggup melihat muntah Ali
Usman yang melambak di tanah. Sebagai manusia, rasa ingin tahu membuat aaya membuka
kelopak mata semula. Muntah yang berwarna kekuningan bercampur kehijauan dan berlendir
membuat bulu tengkuk saya meremang dan tekak jadi loya.

Ahhhhhhh.... "

Saya mengalami kejutan yang luar biasa, bersama muntah yang berlendir itu keiihatan batu-batu
kerikil, tanah liat. beberapa batang paku belanda serta serpihan tembikar.

"Muntahkan lagi, biar semua yang ada di dalam isi perut kamu keluar.” lembut nada suara datuk
selembut telapak tangannya mengurut belakang Ali Usman.

"Saya tak terdaya lagi," suara All Usman tersangkut-sangkut.

'Hummmmmmm,,,,'

Datuk menarik nafas dalam-dalam Seiring dengan tarikan nafas itu datuk terus menepuk
belakang Ali Usman dengan sekuat hati.

"Weeeeekkkkkk "

Ali Usman membongkok. Dan lubang mulutnya terpancut muntah air yang keruh dan
berkeladak. Baunya masam sekali. Bila muntah air tidak lagi memancut dari mulutnya. Ali
Usman nampak keletihan dan tidak bermaya, lembik macam ayam berak kapur.
"Kamu letih," tanya datuk.

Ali Usman anggukkan kepala

“Tekak kamu kering."

Macam tadi juga. Ali Usman terus mengangguk.

"Kamu dahaga." All Usman gelengkan kepala.

"Bagaimana, apakah semuanya akan berakhir? tersekat-sekat Ali Usman me- ngajukan
pertanyaan. Buat seketika, datuk termenung sambil menekan-nekan pangkal dagunya dengan ibu
jari kanan.

"Kalau mengikut gerak langkah. petua orang tua-tua. semuanya sudah mahu berakhir," jawab
datuk selamba.

Dan secara tidak langsung memberikan khabar gembira buat saya.

“U uuuhhhhhh '

Serentak saya dan datuk menoleh ke arah suara tersebut. Manusia kelawar yang hampir
dilupakan cuba bergerak dan berdiri. Tetapi tidak berhasil. Suara gagak dan jeritan kelawar liar
mula berkurangan. Agak lama juga datuk merenungi manusia kelawar. Kelopak bibir datuk
bergerak-gerak. Tidak tahu apa yang dikatakannya.

Mungkin dia menyebut sumpah petua orang tua-tua. Mungkin juga dia membaca potongan ayat-
ayat dari al-Quran. Fikir saya dalam hati.

“Ah! pedulikan dia, kita uruskan hal si Ali ini dulu. Tak guna kita membuang masa di sini, kalau
kita terlalu lama di sini, nanti orang yang menunggu marahkan kita.” anak mata datuk menikam
wajah. Bibir bawah saya tekan dengan gigi hingga berbekas

Apakah pertanyaan itu wajar dijawab dengan kata-kata atau dengan gerak badan Sukar untuk
saya membuat keputusan.

"Bagaimana? apakah pendapat aku itu betul atau salah. Tamar?

Perasaan jadi tidak tentu arah, hati berdebar semacam. Jarang sekali datuk meminta pendapat
atau pandangan dari saya.

"Betui tuk," kata saya penuh yakin.

"Hummmm........ "suara datuk lemah.


Lagi sekali datuk mengusap wajah Ali Usman hingga ke bahagian belakang tengkuk Kedua-dua
belah sayap bahu turut menjadi mangsa jari jemari datuk.

MUNTAH

SETIAP kali picit dilakukan, Ali Usman batuk terbahak-bahak, bau mulutnya busuk kesan
muntah. Dari bahu, jari-jemari datuk turun ke tengah belakang dan akhirnya singgah di bahagian
pinggang lebih tepatnya di belikat Ali Usman kegelian. Dengkur manusia kelawar sekejap keras
sekejap lembik.

"Tamar kamu picit kedua-dua belah buah betisnya."

“ I y a Tuk."

Tanpa diarahkan. Ali Usman memberikan kerjasama yang sungguh baik. Sepasang kakinya
dilunjurkan, Dan buah betis yang dipadati dengan daging keras terus saya picit.

“Cuba berdiri.”

Cakap datuk segera di patuhi, secara perlahan-lahan dan penuh hati-hati Ali Usman berusaha
berdiri. Kali pertama gagal, kali kedua juga gagal. Kepala lututnya, seolah-olah tidak berfungsi
sama sekali. Tetapi usha kali ketiga cemerlang sekali. Dapat berdiri seperti keadaan asal. Ali
Usman boleh menghayunkan kakinya ke kiri dan ke kanan, sesuka hati. Kegembiraan terpancar
dimuka datuk dan saya menarik nafas lega.

“Saya dah pulih.”

Ali Usman memberitahu datuk, seiring dengan senyum berlari di kelopak bibir. Dua tiga kali,
sepasang tangannya diangkat dan dijatuhkan.

"Aku tahu Ali.".

"Sekarang saya boleh berjalan?"

"Nanti dulu."

"Kenapa pula” Ali Usman kehairanan.

Datuk tidak memberikan jawapan pasti, sebaliknya mencabut keris di pinggang dan terus
membongkok. Dengan hujung keris pendek dia mencungkil dan mengkuis-kuis tanah lalu
dikumpulkan menjadi dua longgokan.

Dua helai daun hijau yang lebar dipetik ranting pokok berdekatan.

Memang diyakini, daun yang berada di tangan datuk adalah daun mengkudu hutan yang
mempunyai khasiat tersendiri Setiap urat di daun boleh dijadikan penawar sakit berbisa. Memilih
daun untuk dijadikan penawar harus pandai, mesti diipilih urat daun yang bertindih. Daunnya
tidak terlalu tua, tidak pula terlalu muda. Tangkainya mesti terdapat garis-garis nipis.

PETIK

KEDUDUKAN daun yang mahu dipetik itu mestilah mengarah ke kiblat. Dimulai dengan
Bismillah dan diakhiri dengan selawat terhadap Nabi besar.

Ciri-ciri itulah yang dilakukan oleh datuk. Saya masih buntu dan tidak dapat menduga untuk apa
daun mengkudu hutan itu dipetik oleh datuk.

"Untuk apa?" tanya saya sendirian.

Bila melihat datuk membungkus dua longgokan tanah dengan daun mengkudu hutan. Tak ubah
seperti membungkus nasi lemak.

Kemari dan berdiri di depan aku."

Macam kanak-kanak Tadika Ah Usman mematuhi cakap datuk.

Saya menelan air, perhatian tetap saya tumpukan pada datuk dan Ali Usman. Suara gagak dan
jentan kelawar sudah pun berakhir. Di ganti dengan kicau burung.

"Lipat seluar kamu hingga paras pangkal paha," lantang suara datuk menguasai kawasan sekitar.
Ali Usman pun membongkok lalu menggulung kaki seluarnya seperti yang diinginkan oleh
datuk.

"Lagi apa yang mesti saya buat," Ali Usman pula bertanya.

“Begini, semasa aku melumurkan kedua-dua lutut kamu dengan tanah, kamu bacalah surah Al-
Fatihah tujuh kali. minta pertolongan dan perlindungan dari Allah, kamu faham."

"Faham," angguk Ali Usman.

Sebelum bungkusan berisi tanah singgah di kepala lutut Ali Usman, hujung keris kecil dicucuk
ke bahagian bucu bungkusan tiga kali berturut-turut. Kemudian baru bungkusan berisi tanah
dihempaskan ke kepala lutut Ali Usman.

Bila bungkusan pecah, tanah bertaburan dan Ali Usman menjerit kesakitan untuk seketika.
Cebisan daun pembungkus segera dikutip oleh datuk lalu dilemparkan ke arah tubuh manusia
kelawar.

Sebaik saja terkena cebisan daun mengkudu hutan, manusia kelawar terus bangun terpekik
terlolong mengejutkan dan menghentikan nyanyian beburung.

“Tuk. “
Saya tidak dapat meneruskan kata-kata bila melihat datuk mengangkat tangan kiri dan
mengembangkan ke lima-Iima jarinya ke arah saya.

GANJIL

GERAK tangan itu bermaksud jangan bertanya kerana dia sedang menggunakan indera yang
kelima untuk berhadapan dengan manusia kelawar.

Ali Usman yang sudah dipulihkan oleh datuk, berkelakuan agak ganjil seperti bersilat. beradu
kekuatan dengan seseorang. Datuk berdiiri kaku sambii memeluk tubuh, perhatian tertumpu ke
satu arah. Dia bagaikan memisahkan dirinya dan alam nyata untuk masuk ke alam lain.

Bila sudah demikian. secara tidak langsung membawa perubahan fizik pada datuk. Tubuhnya
menggeletar sebelum dia undur tiga tapak ke belakang untuk mencari kedudukan yang baik dan
selamat.

"Haiiiiii "

Teriakan datuk itu membuat saya terus merenung ke arahnya. Ada perubahan di wajahnya, keras
tegang bercampur bengis. Rambutnya kelihatan seperti mengembang terutama yang dekat cuping
telinga, hujung tengkuk dan pelipis.

Kedua-dua telinganya merah, hidungnya kembang kempis. Setiap kali dia menarik dan
melepaskan nafas dadanya nampak berombak. Urat dan otot ditubuh seperti membengkak.

Jika diperhatikan dengan teliti tanpa berkerdip macam ada bebayang asap keluar dari tubuhnya.

SBDJ (SAMBUNGAN 1) SIRI 224 DISERANG PONTIANAK

DISERANG PONTIANAK

Berpandu pada pengalaman dan apa yang dilihat, menebalkan keyakinan di hati bahawa datuk
sedang bertarung dengan sesuatu, sedang memanfaatkan ilmu kebatinannya. Ali Usman tetap
dengan caranya, terus bersilat dengan menjerit kecil.

Semua yang berlaku di depan mata membuat saya tidak keruan dan tidak tentu arah. Semuanya
pelik dan membingungkan. Macam mana tidak pelik, Ali Usman yang tidak tahu bersi!at, tiba-
tiba boleh bersi!at macam pendekar. Biasanya. dalam saat-saat genting seperti ini, datuk tidak
mahu berada jauh dari saya, Tetapi kali ini keadaan ltu tidak berlaku.

'Huuuuuuuuuuuuuuu….Ahhhhhhhhhh…."

.Suara jeritan itu membuat scya menekup sepasang lubang telinga dengan teiapak tangan. Ali
Usman yang bersilat, mati langkah malah tersebam memeluk pokok jering, madam ada tenaga
ghaib yang menghempaskannya kepokok tersebut. Datuk pula sudah berubah ternpat, duduk
bersila di atas tanah yar.g agak tinggi.memeluk tubuh, tidak ubah macam orang bersemadi.

Bila jeritan itu berakhir, baru telapak tangan yang menekup lubang telinga saya buka. Mata saya
melilau mencari punca jeritan. Mungkin dari datuk, mungkin juga dari manusia monyet.
Terlintas dalam fikiran untuk meniru bunyi jueritan tersebut.

“Batalkan apa yang kamu fikirkan. kalau kamu meniru jeritan- nya, kamu akan masuk
perangkapnya. aku baru saja melepaskan Ali dari cengkaman- nya. Bila dia sudah menguasai
fikiran dan hati kamu, susah jadinya," saya pasti itu adalah suara datuk.

Dengan pantas saya renung ke arah-nya, datuk tidak bergerak. masih macam tadi.

'Huuuuuuuuuuuu Ahhhhhhhhhh "jeritan bergema lagi.

Dan kali ini saya sudah menemui kepastiannya. jeritan itu datang dari manusia keluang. Memang
wajar datuk melarang saya meniru jeritannya.

Saya teringat pesan orang tua-tua, kononnya "semangat" hantu syaitan dan makhluk ghaib boleh
bersatu dengan semangat manusia, bila manusia meniru gaya dan lagak mereka seperti meniru
perbuatan mereka, mengajuk suara mereka dan sebagainya.

Saya rerung ke arah manusia keluang dengan harapan dia akan menjerit. Lebih dari lima minit
menanti, jeritan tidak juga bergema. Apa yang saya lihat manusia keluang berhempas cuba
bangun.

Segala usahanya tidak berhasil. Sebaik sahaja dapat berdiri terus rebah ke bumi. Kedua-dua
belah pahanya tidak dapat menopang badannya yang besar. Keadaannya tidak ubah seperti itik
patah pinggang.

Apa yang menarik manusia keluang tidak kenal putus asa. Susah macamanapun, dia tetap
berusaha. Tidak lemah semangat, tidak jemu. Perlahan-lahan bibir bawah saya tekan dengan gigi
atas. Kagum dengan semangat yang diperlihatkannya.

“Huuuuhhhhhhh,”

Terdengar suara manusia keluang, seperti mengeluh. Dia sudah hampir berjaya berdiri dengan
sepenuhnya. Tetapi, kerana tidak dapat mengimbangi badan disebabkan perutnya yang luar biasa
besar menyebabkan dia tersembam ke dada bumi semula.

Saya mula merasa kan satu perbuatan yang tidak wajar, kalau sekadar hanya melihat gerak-geri
dan keranah manusia keluang itu tidak ada untungnya dan boleh mengundang kecelakaan, fikir
saya dalam hati.
Tindakan selanjutnya yang boleh saya lakukan ialah merenung ke arah datuk minta bantuan.
Datuk masih macam tadi masih bertafakur. Renungan saya alihkan ke arah Ali Usman. Ada
perubahan pada dirinya. Keadaan sudah berubah. dia tidak lagi memeluk pangkal pokok.

"Ali."

Saya cuba bersuara. Malangnya suara saya tidak keluar. Saya lambaikan tangan ke arahnya.
Tidak mendapat balasan. Suasana begini membuat saya tidak tentu arah. Dan sebagai usaha
terakhir, saya bercadang mahu mengambil seketul batu kecil untuk dilontarkan ke arah Ali
Usman.

JAMAH

SEMASA ketul batu dijamah. pergelangan tangan kanan terasa sengal dan sakit macam ada
sesuatu yang menekan, Toleh kiri, toleh kanan. Tidak ada ape di sisi saya.

"Siapa yang mengganggu?"

Muncul pertanyaan dalam hati sambil perlahan_lahan menoleh ke arah manusia keluang yang
sudah berdiri dengan baiknya.

'Perbuatan kamu," kata saya.

Manusia keluang bagaikan mengerti dengan bahasa yang saya tuturkan. Sepasang tangan
memukul-mukul dada menggambarkan kebanggaan dan secara tidak langsung mengakui
perbuatannya terhadap diri saya.

Menyedari risiko besar menanti, saya batalkan hasrat mengutip batu kecil untuk dilemparkan ke
arah Ali Usman.

Saya sedar, datuk dan All Usman tidak dapat menolong saya, andainya terjadi sesuatu perkara
yang tidak diingini. Jadi saya harus bertindak sendirian andainya terjadi sesuatu perkara di luar
jangkaan.

" Allah yang maha besar, berilah kekuatan dan keyakinan untuk menentang semuanya ini.
Sesungguhnya, tanpaMu. aku tidak berdaya," hati kecil saya berdoa, memohon kekuatan.

Suasana sekitar terasa agak sepi. Datuk dan Aii Usman. tidak menarik perhatian saya.

Dalam keadaan begini, mereka berdua tidak dapat memberikan sesuatu yang bererti atau
bermakna dalam menghadapi situasi yang serba genting ini. Saya cuba melupakan tentang
manusia keluang untuk seketika. Seluruh pancaindera zahir batin harus dikerahkan untuk
mencari jalan bagi menyelamatkan diri.
Saya menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Muka saya tengadahkan ke dada langit,
kelihatan awan nipis bergerak ke satu arah. Sinar mata-hari tidak segarang tadi. Sukar untuk
mengagak sudah berapa lama kami (datuk, saya dan Ali Usman) berada di sini

Sesungguhnya. memang saya mengharapkan manusia keIuang merupakan dugaan terakhir


daripada episod perjuangan misteri, yang tidak boleh diterima oleh akal.

"Uhhhhhhhh….”

Saya renung ke arah kanan, kerana dari situ suara tersebut muncul. Manusia keluang melangkah
ke arah saya dengan sepasang tangan dihulurkan ke arah batang leher. Dari hujung jari jemarinya
terjulur kuku yang panjang dan tajam

CEMAS

SEPASANG telinga ganjilnya narnpak tegak dan mengembang, giginya yang bersusun rapi
dipamerkan. Dengus nafasnya, jelas kedengaran. Matanya, tidak berkedip merenung ke arah
saya. Dan saya mula bekirak-kira ke arah mana harus lompatan dilakukan dan kemudian terus
Iari menyelamatkan diri.

"Uhhhhhhhhhhhh"

Manusia keluang melakukan lompatan yang luar biasa, Dia sudah tercegat didepan saya.
Bersedia meletakan sepasang tangan ke batang leher sambil melakukan cekikan padu hingga
boleh membuat lidah terjelir sampai sekaki. Bila membayangkan tentang semuanya ini saya jadi
cemas dan takut semacam.

"Seiarnatkan diri kamu Tamar,”

Bagaikan ledakan petir, suara datuk mengasak lubang telinga saya. Dan ketika itu, saya seperti
memperolehi kekuatan yang luar biasa dan terus melompat tinggi melepasi kepala manusia
keluang Lompatan itu membawa saya berada dekat dengan datuk.

Muka datuk saya tatap dengan gerak wajah dan mulut, datuk menyuruh saya berlari kearah Ali
Usman. Memang sudah diduga tindak tanduk saya menimbulkan kemarahan yang amat sangat
pada manusia keluang. Perkara ini diukur dari tempekan suaranya yang menguasai kawasan
sekitar.

Di saat manusia keluang meledakkan kemarahannya dengan tempekan sambil menghentak-


hentakan sepasang kakinya ke permukaan bumi. Datuk segera memanfaatkan kesempatan itu
dengan sebaik mungkin. Dia menguling-gulingkan diri ke arah kaki sebelah kiri manusia
keluang. Taktik yang dilakukan oleh datuk dapat dikesan oleh makhluk aneh tersebut.

Perlahan-lahan dia mengangkat kaki semampu yang boleh, dalam perkiraannya biia tubuh datuk
berada di bawah telapek kaki akan dijatuhkan den sekujur tubuh datuk terbenam dalam perut
bumi. Perancangan yang disusun oieh manusia aneh berjalan dengan baik, begitu juga dengan
perancangan datuk. Di saat ghairah menggolekkan tubuh, tiba- tiba saja datuk kehilangan tenaga.

Tubuhnya keras kaku dan betui-betul berada di bawah telapak kaki kiri manusia keluang.
Dengan tempikandan ketawa yang tidak putus-putus, sediki tdemi sedikit manusia keluang
menjatuhkan telapak kakinya,

tidak ada apa-apa yang datuk lakukan, hanya berserah pada Allah.

Entah macamanan dalam saat genting begitu, datuk terlihat seketul teras kayu merbau hitam
dihujung kakinya.

TERAS KAYU

DENGAN sisa kekuatan yang tidak seberapa, dia berusaha mengkuiskan teras kayu itu dengan
lbu jari kakinya hingga sampai ke hujung tangan kanannya. Sebaik saja teras merbau hitam yang
tajam dan runcing itu berada di tangannya terus dicacakkannya permukaan bumi.

P ada masa itu jarak dadanya dengan telapak kaki manusia keluang tidak sampai sepuluh inci
hingga bau telapak kaki yang busuk dan hanyir itu terus menyumbat lubang hidungnya, tekaknya
terasa loya dan mahu muntah.

Datuk cuba mengarahkan tubuhnya ke kanan. Kali pertama masih gagal. Kali kedua juga tidak
berhasil sedangkan telapak kaki manusia keluang, makin hamper kedadanya. Usha ketiga juga
tidak menhasilkan sesuatu seprti yang diharapkan.

“Kalau kali ini gagal juga, sertnya memang sudah sampai ajalku, bisik batin datuk sambil
matanya memandang ke arah telapak kaki manusia keluang yang mengerutu serta mengeluarkan
bau busuk dan hapak.

Telapak kaki itu hanya berada beberapa inci saja dari dadanya. Bajunya terutama di bahagian
dada basah kuyup akibat dihujani air hanyir dan hapak dari bawah telapak kaki kiri manusia
keluang. Apakan daya, dia terpaksa menghidu bau yang kurang menyenangkan itu.

“Allah hu Akbar ........”

CANTUM

Tempik datuk dengan sekuat hati. Uaranya bergema ke seluruh kawasan dan pada masa yang
sama, datuk terus berusaha mengubahkan kedudukan tubuhnya ke kanan. Ternyata usha itu tidak
sia-sia.

Semasa telapak kaki kiri manusia keluang bercantum dengan permukaan bumi, tubuh datuk
sudah bergerak jauh ke kanan. Sepasang tangannya berpaut pada sebatang pokok langsat. Denan
berpaut pada pokok tersebut, datuk mengharapkan agar dia dapat bangun dan berdiri. Dalam
pada itu sepasang matany tidak terlepas dari memerhatikan keadaan manusia keluang.
Terdengar rintihan kesakitan yang amat sangat dari manusia keluang, kami juga mendengar
rintihan tersebut.

“Kakinya tertusuk benda tajam?”

Secara tiba-tiba saja Ali Usman bersuara. Datuk yang sudah duduk tersandar di batang langsat,
saya lihat menganggukkan kepala, membenarkan pendapat Ali Usman.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Ali Usman. Manusia keluang berpusing-pusing sambil
mengangkat kaki. Bila telapak kakinya dihalakan kea rah saya , kelihatam benda hitam terbenam
di situ. Darah yang bercampur dengan air hanyir bercucuran kebumi. Manusia keluang berjalan
terhincut-hincut.

Suaranya yang merintih menahan kesakitan sungguh memilukan meringgit-ringgit macam bayi
kelaparan susu. Dia tidak tentu arah. sekejap melompat. sekejap bergulung-gulung di bumi.
Kakinya yang ditusuk teras merbau hitam, adak iepas dari pegangannya.

'Bummmmm

Manusia keluang tumbang di bumi terlentang mererung langit. Telapak kaki kirinya yang ditusuk
teras kayu merbau hitam di angkatnya ke udara, seolah-olah minta bantuan pada sesiapa saja.
Ada lelehan air jernih di- pinggir kelopak matanya. Sedih. Sunguh melihat keadaannya.

“Huuuuuhhhhh.......”

Terdengar dengusan dari manusia keluang. Serentak dengan itu dari ibu jari kanannya keluar
asap nipis yang diikuti dengan percikan bunga api

Dalam masa beberapa detik saja percikan bunga api itu bertukar menjadi bara api yang akhirnya
mengeluarkan api dan terus marak serta merebak ke seluruh badan ma- nusia keluang. Tubuh-
nya terbakar terus.

Sunyi suara api yang membakar tubuh manusia ganjil tidak ubah macam bunyi batang-batang
kayu besar yang dibakar ketika membuka tanah baru. Tidak sampai sepuluh minit seluruh tubuh
manusia keluang menjadi abu dan debu.

Saya menarik nafas lega, semoga selepas ini tidak ada lagi kejadian yang menakut-kan. Dengan
sisa-sisa yang masih ada datuk berjalan separuh merangkak menuju ke tempat mayat manusia
keluang terbakar. Saya hanya melihat gerak- geri datuk dengan hati- hati dan telitL

Saat datuk duduk mencangkung di depan debu mayat, tanpa di duga angin bertiup kencang.
Debu mayat berterbangan berpusing-pusing lalu membentuk sekujur tubuh perempuan berjubah
putih dengan rambut mengerbang wujud di depan datuk.
Wanita yang wajahnya berkeriput di- penuhi dengan ulat- ulat kecil macam ulat nangka terus
melakukan serangan mengejut ke arah datuk. Nasib baik dalam keadaan yang serba terdesak itu,
datuk dapat berfkir dan membuka langkah silat untuk mempertahankan diri. Serangan dari
perempuan berjubah putih berterusan. Dua tiga kali datuk jatuh terduduk akibat menerima
(tendangan ) pukulan dari wanita tersebut.

Állah hu Akbar”………….”

MAYAT

SERENTAK dengan ungkapan itu, datuk mengenggam abu mayat yang berada tidak jauh
darinya. Setelah membaca sesuaiu debu mayat itu di campakkan ke arah wanita yang berada di
awing-awangan didepannya. Angin kencang terus mati, lembaga wanita terus ghaib dan seluruh
kawasan dikuasai jeritan suara wanita. Sungguh nyaring dan mengerikan.

Suasana sekitar kembali tenang. Ali Usman mengatur langkah menuju kearah saya. Datuk yang
berhadapan dengan kejadian aneh dan pelik itu hanya mengurut dada sambil menark nafas
panjang.

Setelah mengumpulkan sisa-sisa tenaga yang ada datuk segera berubah tempat. Dia menuju ke
arah tanah lapang dan duduk bersila di situ.

"Kamu berdua mari ke sini."

Datuk merenung tajam ke arah sava dan Ali Usman. Kami segera mendekati dan duduk di
sampingnya. Saya berada di sebelah kanan, manakala Ali Usman di kirinya.

"Wajarkah kita masuk ke rumah itu?'

Hujung telunjuk datuk menunding ke arah rumah Raja Susuk. Sukar untuk memberikan jawapan
dan saya mengharapkan Ali Usman akan melakukan sesuatu.

"Wajar diteruskan, kalau perlu kita musnahkan semua kelengkapan di rumahnya, kerana ini
adalah amanatnya," jawapan yang sungguh menyenangkan, Datuk mengkerukan dahi, ada
sesuatu yang difikirkannya.

“Kamu macamana Tamar?" Soal datuk.

"Saya hanya mengikut."

'Hmmmmmm.......................................... "

Datuk menelan air liur. Saya dan Ali Usman saling berpandangan. Ruang dada terus diselubungi
dengan berbagai-bagai pertanyaan. Apakah datuk bersedia menunaikan permintaan kami.

“lya kita tunaikan amanat orang bertujuan baik “ Satu jawapan yang sungguh menyenangkan.
Dan sebuah harapan berbunga di dada. Semoga seiepas ini, tidak ada dugaan dan rintangan besar
yang bakal menghalang kami bertiga memasuki RAJA SUSUK. Kami pun melangkah dengan
sebuah keyakinan yang kukuh.Tidak dinafikan ada gangguan-gangguan kecii serupa bayangan
wanita berwajah hodoh, kulit mukanya mengerutu macam katak puru. rambut mengerbang
bagaikan berterbangan di depan kami. Ada ketikanya dia berdiri di depan kami tanpa bumi.
Semuanya tidak diperhiraukan oleh datuk.

Kerana kedatangan makhluk (Pontianak) dalam keadaan seperti bebayang atau kabus, datuk terus
menguaknya ke tepi dengan sepasang tangan. Setiap kali dikuak, terdengar suara wanita ketawa
manja kegelian seperti digelitik.

Jangan peduli semuanya itu."

Datuk mengingatkan kami. Serentak kami angguk- kan kepala. Dan akhirnya, anak tangga
pertama ru- mah milik Raja Susuk dipijak oleh Ali Usman. Diikuti oleh datuk dan saya. Bila
anak tangga kedua dipijak, pintu rumah terbuka sendiri.

SBDJ (SAMBUNGAN 1) SIRI 225 PENUNGGU BILIK

PENUNGGU BILIK

“Teruskan,” kata datuk. Bila melihat saya dan Ali Usman mematikan langkah dengan mengejut.

Perasaan saya berdebar semacam. Sawang dan sarang lelabah yang bergayutan di ambang pintu
putus dan jatuh ke atas bahu bahagian belakang saya.

Paling mengejutkan, berbelas-belas ekor tikus berbulu kelabu muncul dari celah jenang pintu dan
tingkap lalu terjun ke arah Ali Usman dan saya. Kami terpaksa melompat, mengelakkan tubuh
menjadi tempat tikus kelabu bergayut.
Dalam masa yang sama, entah dari mana datangnya kelihatan beratus-ratus ekor lipas memanjat
dan terbang ke arah tangga. Bentuknya lebih besar dari lipas biasa yang sering dilihat dalam
rumah.

Kepaknya hampir dua inci lebarnya. Dari badannya yang besar berkilat itu mengeluar kan bau
hamis, macam bau hamis kambing randuk.

“Apa erti semuanya ini?” kata saya.

Kata-kata yang terpancut dan kelopak bibir saya, tidak mendapat tindak balas dari datuk dan Ali
Usman. Inilah yang membuat saya resah.

“Allah” terkeluar lagi ungkapan dari mulut saya.

"Humm " keluhan dari datuk masuk ke lubang telinga.


“Hisss......... banyaknya,” terhambur kata dari Ali Usman.

Dan kini, enam biji mata tertumbuk ke arah barisan semut merah yang bertali arus me manjat
tiang, dinding, meniti di jenang tingkap dan bendul. Sebahagiannya jatuh terus menerpa ke arah
kaki kami.

“Elakkan dari kena gigitannya,” datuk mengingatkan.

Serentak saya dan Aii Usman menarik nafas cemas sambil mata mengawasi kumpulan semut
merah yang jatuh menuju ke arah kaki.

"Jangan dibunuh," datang lagi ingatan dan datuk.

Bagi melaksanakan saranan datuk ini, saya dan Ali Usman ada ketikanya terpaksa berjingkit dan
melompat, begitu juga dengan datuk. Kerana kumpulan semut merah yang ber jatuhan itu bukan
sedikit jumlahnya, bebera pa ekor daripadanya berjaya bergayut di hujung sepatu yang dipakai,
getah di hujung sepatu terus dimamah hingga relai, giginya cukup tajam.

"Semut menggigit hujung kasut saya." adu saya pada Ali Usman sambil merenung mukanya. Dia
cemas dan tidak tahu apa perkara yang patut di beritahu pada saya.

"Ambil ini."

Bagaikan kilat saya menoleh ke arah datuk yang melambungkan keris pendek kepada saya. Keris
pendek tanpa hulu dan sarung se gera saya sambut. Keris dalam genggaman sa ya renung sekali
imbas.

Sepanjang yang saya ingat datuk seme mangnya tidak memiliki keris jenis ini. Dari mana dia
memperolehinya. Tak kisahlah da tuk memang suka buat kejutan dan melakukan hal hal yang
pelik. Soalnya apa yang mesti saya lakukan dengan keris di tangan ini?

Bunuh semut merah dengan keris pendek? Ini kerja gila. Mana ada orang bunuh semut dengan
keris. Saya terus berperang dengan perasaan sambil menggigit bibir. Kerana bosan menanti
arahan dari datuk saya segera menyongsong pertanyaan:

“Tikam semut dengan keris Tuk?”

“Kenapa otak kau beku sangat Tamar" Sergah datuk.

JATUH

ALI USMAN ketawa kecil dan saya jadi serba salah. Memang saya kurang senang dengan tutur
kata yang dihamburkan oleh datuk. Dia seolah-olah mempermain-mainkan saya.
Semut merah kian banyak berjatuhan, semuanya menuju ke arah kaki saya dan Ali Usman.
Jumlah yang menuju ke kaki datuk agak berkurangan. Jika dibandingkan dengan jumlah yang
meluru ke kaki kami. Tikus berbulu kelabu boleh dikatakan hanya tinggal beberapa ekor saja
yang aktif melompat dan terjun.

Lipas besar berbau hamis yang tadi menguasai di dinding rumah lari menyelamatkan diri, bila
semut merah muncul. Mana yang tidak sempat menyelamatkan diri terus jadi mangsa semut
merah. Semuanya serba menakutkan dan membingungkan.

“Tamar.”

Perhatian kembali kepada datuk, tidak lagi kepada semut merah, tikus berbulu kelabu dan lipas
yang berbau hamis.

"Ada apa tuk?"

"Banyak lagi semut merah mengigit kasut kamu?"

"Banyak tuk”

"Si Ali macammana?"

"Setakat ini belum ada yang hinggap di sepatu saya, tapi saya sudah letih melompat dan
berjingkit.” Kata Ali Usman dalam nada suara yang agak cemas.

"Apa yang aku harapkan kamu berusaha jangan sampai semut merah menggigit kasut kamu, bila
dah jadi macam Ta mar, sulit sikit." terang datuk pada Ali Usman.

Kata-kata itu sudah tentu membuat saya lemah semangat. Membuat saya hilang keyakinan diri.

Bila saya lihat ke kaki, jumlah semut merah kian banyak bergayut di hujung sepatu, kalau tadi
hanya sebelah, kini sudah menjadi dua belah. Saya tidak boleh bergerak kerana kaki terasa amat
berat macam batu.

“Semut merah makin banyak tuk, matilah saya” nada suara saya separuh rnenangis.

Dalam melompat dan terjingkit jingkit itu. Ali Usman masih sempat melepaskan senyum sinis
untuk saya.
Sebahagian daripada muncung sepatu saya sudah berlubang digigit oleh semut merah. Begitu
juga bahagian tumit. Pada bemat saya dalam beberapa minit lagi mungkin gigitan itu menembusi
kulit kaki saya.

“Macamana ni tuk?” saya merayu.

"Kamu acukan hu jung keris itu ke arah kasut kamu Tamar." Arahan datuk segera saya turuti.
“Haaaa....” biji mata saya terbeliak.

Sebaik saja hujung keris dihalakan ke arah kumpulan semut merah, kaki yang berat terasa ringan.
Dan semut- semut di hujung sepatu berjatuhan di lantai lalu menjadi debu halus yang bertukar
menjadi kelompok air berwarna kemerah-merahan dan terus bersatu (meresap) dalam papan
lantai.

"Sudah habis kerja kamuTamar?"

"Dah tuk."

"Sebelum tu. Ali pergi ke arah kanan, berdiri dekat tingkap. Apa yang kamu nampak di situ,
jangan disentuh dan jangan diusik." Ali Usman pun melakukan apa yang disuruh oleh datuk.
Dalam sekelip mata saja Ali Usman sudah berubah tempat.

Dengan hati-hati dan penuh waspada saya pun meletakkan keris pendek di lantai Ada pancaran
cahaya keluar dari huiung keris yang kemudian bertukar menjadi percikan api dan terus merayap
di permukaan papan lantai, seolah-olah papan lantai disimbah minyak petrol.

PANTAS

PERKARA itu berlangsung cukup pantas sekali, sepantas semut-semut merah yang bertali-tali
hilang dari penglihatan saya. Hujung dan tumit sepatu saya yang robek dan berlubang, kelihatan
tidak mengalami kecacatan sedikit pun, masih seperti asal.

“Terlalu banyak rintangan." keluh Ali Us man.

“Sabar." kata saya. Tidak ada komen dari datuk.

Dengan tenang da tuk rnendekati saya. Dia membongkok mengambil keris pendek di lantai, keris
pendek tanpa hulu segera dibungkus dengan kain dua warna iaitu hitam berjalur merah.

Saya sendiri tidak tahu, bagaimana caranya datuk membungkus keris yang panjangnya kira-kira
satu jengkal orang dewasa, boleh menjadi kecil sebesar ibu jari dan terus diselitkan ke celah tali
pinggang lebarnya yang berwarna hijau.

Datuk menegakkan jari telunjuk ke langit kemudian manjatuhkannya perlahan-lahan hingga


hujung jari itu selari dengan pintu bilik. Isyarat tersebut membawa maksud langkah seterusnya
ialah menuju ke bilik yang berada di sebelah kanan Ali Usman.

Masalahnya siapa yang harus mendahului. Saya atau Ali Usman? Walaupun cahaya dapat masuk
ke ruang rumah melalui pintu yang terbuka. Tetapi cahaya itu tidak menyeluruh, tidak sampai ke
depan pintu bilik.
Rasa takut dan cemas setelah melalui peristiwa berdepan dengan semut merah, tikus kelabu dan
lipas besar masih terkesanen di hati.

“Kamu dulu, aku ikut dari belakang.” bisik Ali Usman.

"Maaf, ini rumah bapak saudara kamu, eloklah kamu pergi dulu." saya membalas bisikan Ali
Usman. Hampir lima minit masa berlalu begitu saja, kami masih belum bergerak dari tempat
berdiri. Datuk sudah dua kali berdehem menyuruh kami segera melangkah.

"Buka mana-mana tingkap, baru dapat cahaya masuk dan memudahkan kamu bergerak." ujar
datuk dari belakang.

Aneh! selesai saja datuk bercakap, daun tingkap yang berada tidak jauh dari saya terbuka sendri.
Caha ya matahari segera menerpa ke ruang rumah.

"Buka lagi satu ting kap," datuk bersuara. Sepasang daun tingkap yang berada betul- betul di
belakang datuk terbuka sendiri. Angin terasa meluru masuk ke ruangtamu.

Dalam keadaan cemas dan takut, saya masih sempat melihat bahagian tertentu dalam rumah
tersebut dipenuhi dengan jaringan sarang lelabah. Ali Usman nampak tenang dan bersahaja.

"Luas," terdengar suara datuk.

"Memang luas,” balas Ali Usman.

Saya tidak mahu melibatkan dalam dialog pendek tersebut.


Sepasang mata liar terus bergerak. Di satu sudut terdapat meja bulat kecil yang dipenuhi dengan
tengkorak binatang. Berpandu kan dari bentuk tengkorak tersebut menyakinkan saya bahawa
tengkorak tersebut ada lah tengkorak monyet atau sejenis dengannya.

SAKIT

TIBA-TIBA saja batang leher rasa sakit, sukar untuk digerakkan ke kiri dan ke kanan. Ali
Usman dan Datuk masih bercakap sesuatu yang tidak dapat saya pastikan perkara yang mereka
perkatakan.

“Ular.”

Mujur suara itu bergolak dalam dada saja. Kalau terpaksa keluar pasti datuk dan Ali Us man
melompat. Walau apa pun saya tetap cemas. Demi kepastian, saya renung kembali ke bawah
meja bulat.
Saya pasti bukan nya ular di bawah meja bulat, tetapi sebatang tongkat dan kayu yang bengkang-
bengkuk, manakala pemegang atau hulunya diukir kepala ular, seluruh tongkat disapu cat hitam
berkilat.
Tidak jauh dan kaki meja bulat terhampar sehelai tikar mengkuang yang keempat- empat
bucunya dikerat. Di bahagian tengah ditebuk bulat dan disitu terdapat tempat membakar
kemenyan yang dibuat dari tembikar, masih terdapat arang yang membara mengeluarkan asap
nipis. Seolah-olah baru saja lepas ditiup.
Selain dari itu, tidak terdapat benda-benda pelik yang lain. Cuma sesekali terhidu bau kemenyan
dan bau daun pandan terba kar. Datuk dan Ali Usman yang terpisah segera bersatu dan
mendekati saya. Datuk berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik sambil menggigit hu jung jari
kiri dengan sepasang mata me renung lubang kunci pintu.

“Pada hemat aku, bilik ini tidak ada istimewanya, macam bilik biasa saja."

“Maksudnya?” Pintas Ali Usman.

“Bukan bilik kerjayanya.”

“Jadi mahu cari bilik kerjanya”

“Tentu sekali,” jawab datuk tegas

PELIK

ALI USMAN kerutkan dahi, ada sesuatu yang bermain dalam ternpurung kepalanya. Biji
matanya mula merenung ke setiap sudut ruang. Dia mencari bilik kerja arwah bapa saudaranya.
Memang tidak ada bilik lain, selain dari bilik yang ada di depan kami.

“Buka lagi satu tingkap.” perintah datuk pada saya.

Sama seperti tadi, sebaik habis datuk bercakap tingkap yang kedudukannya agak tersorok
terbuka sendiri.
Cahaya yang masuk membuka rahsia, menyuluh ke arah tirai kain berwarna hitam yang di
bahagian kakinya ada garisan kain berwarna kuning.
Kalau tidak diperhatikan dengan teliti kain hitam tidak kelihatan seperti kain hitam. Malah
kelihatan macam dinding rumah (semua dinding rumah dicat dengan warna hitam). Ali Usman
agak terkeiut, sebelumnya dia tidak pernah melihat tirai tersebut.

"Barang kali di sebalik tirai itu bilik kerjanya. "spontan datuk bersuara. Serentak dengan itu kain
tirai lucut dan penyangkutnya seperti direntap oleh seseorang yang tidak kelihatan oleh mata
kasar.

"Memang itu biliknya, saya ingat sekarang," suara Ali Usman riang. Jari telunjuknya masih
menuding ke arah pintu dua warna. Pintu kiri dicat hitam, manakala sebelah kanan dicat merah.

Berdasarkan dari warna di dalam rumah tersebut. Ternyata pemliknya amat berselera dengan
wama hitam, merah dan sedikit warna kuning. Mungkin warna tersebut membawa erti tertentu
dalam kehidupan pemiliknya atau mempunyai imej tersendiri.
"Ada kucing hitam depan pintu Tuk."

Seekor kucing hitam jenis Siam duduk berlingkar di depan pintu. Ekornya yang panjangnya
bergerak-gerak menyapu lan tai, sesekali membalik-balikkan badannya yang besar sambil
mengiau panjang. Kehadiran kami bagaikan tidak menarik minatnya.

“Kucing hitam siapa?”

Saya renung batang hidung Ali Usman.

"Kucing peliharaan bapa saudara aku. Dari dulu lagi memang tempatnya di situ"

“Jaga pintu?” tingkah saya lagi.

“Begitulah kira-kiranya,” jawab Ali Us man selamba dan penjelasan itu saya sambut dengan
ketawa kecil.

"Salah seorang da ri kamu mesti lakukannya, pada hemat aku orang yang paling sesuai si Ali
kerana dia ada hubungan darah dengan pemiliknya." lernbut dan senada saja suara datuk
mengungkapkan kata tetapi wajah Ali Usman membayangkan keresahan.

“Ayuh buka Ali”

“Sekarang?” Ali renung muka datuk.

"lya."

Ali Usman pun mengatur langkah me nuju ke pintu bilik dua warna merah dan hitam.

Saya yang nakal mengira langkah Ali Usman. “Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tuuuuu........”,
kata tidak dapat diteruskan.

Dari arah belakang dirasakan ada tangan besar yang menolak tubuh maju ke depan menuju ke
bilik kerja memintas Ali Usman yang sedang melangkah.

Bagi mengelakkan perkara tidak diingini terpaksa meluruskan se pasang ta ngan ke de pan
dengan harapan tubuh ti dak terdampar ke pintu dua war na, biar tangan saja yang mencecah
pintu. Semasa telapak tangan menyentuh daun pintu. Kucing yang berada di situ mengiau keras.

Belum pun sempat saya melakukan sesuatu, kucing hitam melompat ke arah muka sambil
mempamirkan gigi, kukunya yang tajam dan panjang menuju ke arah biji mata. Dalam keadaan
yang tergamam itu, Ali Us man menerpa lalu memeluk tubuh saya. Akibatnya kami jatuh
terguling di lantai.

CARI MANGSA
MUNGKIN kerana gagal menjadikan saya mangsanya, kucing hitam naik angin.
Mangsa seterusnya ialah datuk yang diserang dari segenap penjuru. Semua serangan itu dapat
diatasi de ngan baik. Kucing hi tam siam yang mempunyai kekuatan tenaga luar biasa, tidak
berputus asa dan terus melakukan serangan demi serangan bertubi-tubi.
Dailam usaha menewaskan datuk, lebih dari lima kali kucing hi tam itu jatuh di sisi Ali Usman,
malah ada ketikanya badannya ja tuh atas badan Ali Us man. Anehnya, kucing tersebut tidak pun
mencakar mengigit Ali Usman.

"Bersedia kamu." Saya dan Ali Usman yang baru bangun segera merenung ke arah datuk yang
berdiri betul-betul di muka pintu.

Kucing hitam berlegar-legar di depannya. Tidak ubah seperti harimau yang cuba menarik
perhatian musuhnya. Bila musuh terlalai masa itulah serangan maut dilakukan.

“Mari,” Datuk menyelak bajunya mempamerkan daging perutnya pada kucing hitam.

Perbuatan itu menyebabkan sikucing bertambah marah. Tanpa membuang masa, satu terkaman
dilakukan dan dengan pantas datuk menjatuhkan dirinya dipermukaan lantai.

Kucing hitam meluru bagaikan peluru me nuju ke pintu yang terbuka luas, lalu tercampak di
halaman sambil mengiau panjang, manahan kesakitan. Saya dan Ali Usman meluru ke pintu dan
berdiri di situ. Kucing hitam siam terkapar di halaman untuk beberapa detik, sebelum mengecil
dan akhirnya bersatu dengan pasir di halaman rumah.

“Kita tunggu dulu, kalau -kalau kucing syaitan datang lagi.”

Arahan datuk itu kami patuhi. Lebih dari sepuluh minit masa berlalu. Tidak ada sebarang tanda
atau alamat yang boleh membawa kepada keburukan. Demikianlah menurut firasat datuk.

Tugas yang dibebankan kepada Ali Us man untuk membuka pintu bilik kerja masih belum
berakhir, meskipun diganggu oleh ku cing hitam siam. Dari gerak-geri dan air mu ka Ali Usman,
ternyata dia cukup senang de ngan tugas tersebut. Dia tidak gentar dan cemas macam tadi.

"Semasa arwah ayah saudara ada lagi, saya memang takut semacam bila berdepan dengan kucing
hitam yang menjaga bilik, kerana dia ada saya tidaklah cemas sangat." Ali Usman membuka
rahsia.

"Kenapa tak cakap awal-awal." Datuk gelengkan kepala. Saya dan Ali Usman ketawa serentak,
penuh lucu.

“Bagaimana? boleh saya masuk.” Datuk anggukkan kepala.

Tiga langkah Ali Usman maju ke depan. Berdiri betul di depan pintu dua warna. Sebelum
pemegang pintu dipulas, dia merenung ke arah saya dan Datuk.
“Mari rapat dengan saya. Berdirilah di kiri dan kanan saya.” Permintaan Ali Usman segera
dipatuhi. Saya dan datuk berdiri disisinya.

Mungkin untuk memberikan kekuatan atau semangat baru. Datuk menekankan ibu jari kirinya ke
pangkal telinga kanan Ali Usman.
Ada perubahan di wajahnya, muka Ali Usman nampak merah, macam udang kena bakar. Dia
nampak bersemangat sekali. Perlahan-lahan, pembuka pintu dipulas, sepasang daun pintu
terkuak.

“Ya Allah”

Ali Usman tidak mampu berdiri, tubuhnya jadi lemah dan lembik. Datuk segera memangkunya,
saya turut membantu.
Dengan perlahan-lahan badan Ali Usman diletakkan atas lantai.

“Kenapa Ali?” Soal datuk.

“Bapak saudara saya ada di dalam.”

SBDJ (SAMBUNGAN 1) SIRI 226 WANITA DALAM BILIK PAWANG

WANITA DALAM BILIK PAWANG

Tanpa membuang masa saya dan datuk melihat ke dalam bilik. Samar-samar kelihatan seorang
lelaki duduk bersila dengan sepasang tangan berada diantara kedua belah paha dan kaki.

Sebuah tempat bara berada di depannya, mengeluarkan asap berbau cengkih dan kemenyan.
Lelaki yang berwajah serius dan bengis itu seperti bertafakur dengan sepasang kelopak matanya
dirapatkan. Kepala dililit dengan kain kuning.

“Dari mana datangnya makhluk ini” bisik batin saya.

“Eehemmmmm………,” suara datuk menyumbat lubang telinga. Dan sudah pasti, suara tersebut
adalah isyarat untuk saya mengawal perasaan, jangan memikirkan tentang sesuatu.

Asap kemenyan yang bergerak lembut si sebelah kiri dan kanan lelaki itu, melakarkan
sekumpulan bebayang makhuk ganjil yang menakutkan. Ada yang bertanduk, bermisai, mata
berlubang, berdagu panjang hingga ke lantai dan bermacam-macam lagi. Saya segera merenung
ke arah datuk. Tenang sahaja datuk menghadapi suasana yang mencemaskan itu. Bibirnya seperti
bergetar. Dan saya menduga, datuk sedang membaca petikan ayat al-Quran untuk menghalau
syaitan.

Usaha datuk yang direstui Allah mendatangkan hasil yang sungguh mengesankan. Satu persatu
bayang yang menakutkan itu menipis, membulat dan memanjang
.
Sebelum ghaib dari penglihatan terdengar seperti suara hembusan angin yang keluar dari belon
mainan akibat dicucuk dengan jarum.

“Dah hilang,” cetus hati saya.

Datuk berdehem dan saya sedar tentang kesilapan yang tidak saya sengajakan. Dua tiga kali saya
menarik dan melepaskan nafas sambil mengutuk diri sendiri.

Mungkin menyedari tidak ada sebarang gangguan lagi menyebabkan datuk menumpukan seluruh
perhatiannya kepada Ali Usman kembali. Macam tadi juga, Ali Usman masih lagi mamai. Dua
kali bahu Ali Usman saya singgung dengan kuat. Tetapi, dia tidak memberikan tindak balas yang
sewajarnya.

“Áli, apa yang kamu lihat itu, itulah juga yang aku Iihat. Sekarang semuanya sudah selesai,
sudah tak ada lagi, Cuba buka mata kamu "

Datuk dan saya segera berusaha mendirikan Ali Usman. Kepalanya yang terkulai kami tegakkan,
Wajahnya dihalakan ke arah pintu bilik yang terdedah.. Pelahan-lahan Ali Usman mambuka
kelopak matanya.

"Kamu tengok sekarang, semuanya sudah hilang."

Itulah yang datuk bisikkan ke lubang telinga Ail Usman. Dengan lemah saya lihat Ali Usman
anggukkan kepala. Dia hanya berkerut, buat beberapa ketika Ali Usman menarik dan melepaskan
nafas dalam usahanya mencari ketenangan dan ketenteraman.

"Bagaimana perasaan kamu sekarang? Dah tenang," susul datuk.

Ali Usman anggukkan kepala, senyumnya kian lebar.

"Kalau gitu kamu mulakan,"


Datang lagi usul dari datuk dan ternyata tiada bantahan dari Ali Usman. Dia pun melangkah
melepasi bendul pintu bilik.
Setelah mendapat isyarat dari datuk, saya turut melangkah ke dalam bilik yang kelihatan
mempunyai ciri-ciri tersendiri. Datuk pun membekalkan pesan agar jangan menyentuh apa juga
barang yang terdapat di situ, kecuali setelah mendapat kebenaran darinya.

KHAS

BERADA di dalam bilik khas yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, terasa nyaman bagai kan
berada di dalam bilik yang berhawa dingin. Keganjilan yang dialami setiap kali melangkah, saya
seperti tidak dapat mengimbangi seluruh tubuh, terhoyang hayang ke kiri dan ke kanan. Bagi
mengelak dari jatuh terpaksa berpaut pada tubuh Ali Usman.

Apakah perkara yang saya alami turut dirasakan oleh Ali Usman dan datuk? Tetapi, melihat pada
gaya dan gerak mereka temyata perkara itu tidak berlaku.
Dengan tidak semena-mena terdengar seperti suara kumbang mengorek lubang dikayu. Keadaan
begini memang kurang tenteram, memberi kesan yang tidak tentu arah disanubari.

"Apa pula sialnya si kumbang ni, mengacau urusan orang dan menakutkan aku,” jerit batin saya.

“Ehemmmm.. “ Datuk berdehem pendek

Dan secara sepontan saya menoleh ke arah datuk, pandangan kami bertembung.

"Jangan ditegur atau dikomen bila kamu melihat atau mendengar sesuatu yang pelik. Cuba fikir
dulu sebelum mengikut kata hati. Jangan pandai-pandai nak mengutuk atau marah tidak
bersebab."

Itulah komentar datuk. Dia bagaikan tahu erti renungan mata saya sebentar ta di. Saya mengigit
bibir, susah sungguh berurusan dengan manusia yang dapat membaca suara hati kita.

Dan buat sekian kalinya, saya menatap wajah All Usman. Dia nampak bersahaja. Tetapi gerak
mata hitamnya membayangkan sekelumit keresahan dalam dirinya Dia cuba tersenyum dan
ternyata senyum yarng dipaksa itu hilang serinya.

Bilik yang nampak kecil itu, tenyata cukup besar dan luas. Buktinya. sudah lebih sepuluh
langkah kami melangkah dari bendul, masih belum sampai ke bahagian tengah bilik. Ali Usman
memberikan isyarat tangan, supaya kami menuju ke bucu bilik sebelah kiri. Dan saya yang
sangsi dengan arahan tersebut enggan melangkah.

"Ke sana, sebelah kiri,” keras suara. Ali Usman.

"Maaf," bisik saya padanya.

"Bodoh,”' Sakit benar rasa hati menerima ungkapan kata yang ditujukan oleh Ali Usman untuk
saya. Kalau tidak memikirkan berada di tempat orang mahu rasanya melepaskan penumbuk
sulung ke mukanya. Biar pecah berdarah dan tersungkur di lantai.

"Ehemmm,,,.' datuk bersuara.

Menyedari kesilapan yang dilakukan, saya minta maaf dengan menganggukkan kepada pada
datuk.

Saya dan datuk mengekori Ali Usman menuju ke tempat yang dimaksudkan. Keadaan di situ
agak gelap dan lubang hidung mula diasak dengan bau bunga cempaka kembang pagi. Terdengar
bunyi seperti kain batik dikoyak berkali-kali. Sesekali terdengar suara wanita berbisik sesama
sendiri.
Dalam suasana yang agak gelap itu, sepasang telapak tangan jatuh atas sayap bahu kiri dan
kanan. Berdebarlah hati saya, rasa cemas dan takut terus memuncak. Perlahan saya raba tangan
di bahu kiri, terasa kasar dan keras dengan urat-urat timbul di belakang tangan.

Bila telapak tangan merayap di lengan orang yang belum saya pasti siapakah orangnya, rasa
gementar terus menguasai tangkai hati, lebih-lebih lagi bila telapak tangan menyentuh bulu roma
yang keras terpacak.

Pergerakan telapak tangan terhenti di hujung siku, bila tersentuh bulu berlebihan daging yang
lembik dan lembut. Tidak salah lagi tangan yang memegang kedua belah sayap bahu ialah
tangan datuk dan dengan serta merta degup jantung saya kembali normal.

“Bertenang dan kawal perasaan kamu Tamar, jangan menggelabah tak tentu pasal,” suara datuk
masuk ke lubang telinga.

“Baik tuk.”

Serentak dengan itu cengkaman sepasang telapak tangan di bahu kiri dan kanan segera berakhir.
Saya bernafas lega kerana datuk berada tidak jauh dari saya.

LILIN

Ali Usman menyalakan api di hujung lilin besar. Tidak diketahui dari mana dia memperolehi
mancis.

Cahaya di hujung lilin yang sekejap besar, sekejap kecil itu mampu memberikan sinar yang
cukup terang untuk kami melihat apa saja barang atau peralatan yang berada disitu.

Terdapat sebuah perahu Bugis, lengkap dengan layar dan pendayungnya terbelenduh di bucu
bilik. Bahagian bawah (perut) perahu terletak di atas empat pasu besar Cina yang berukiran naga
dengan latar belakang biru kuat. Pada hemat saya, tujuan berbuat demikian bagi mengelakkan
kerosakan lantai bilik dan perut perahu.

“Kita ke sana.”

Ali Usman menuding jari telunjuk ke arah yang dimaksudkan. Saya dan datuk pun bergerak ke
arah yang dimaksudkan. Tidak ada apa pun yang terdapat di situ, kecuali kain tabir yang
berwarna hitam.

“Ada rahsia di sebalik tabir ini.”

Dengan pantas Ali Usman menjatuhkan kain tabir berwarna hitam lalu digulung serta di
ketepikan berhampiran dinding.
“Pasu pertama diisi tulang gajah mati beragan, pasu kedua atau di tengah-tengah ditaruh tulang
badak sumbu mati berlaga di tepi danau dan pasu yang ketiga ditaruhkan dengan tulang harimau
jantan yang ganas.”

Mulut saya terlopong mendengar penjelasan dari Ali Usman yang memang tidak diduga atau
dijangkakan. Datuk hanya anggukkan kepala sambil mengharapkan ada penjelasan selanjutnya
dari Ali Usman. Dan apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.

Keadaan sekitar terasa amat sunyi sekali tetapi, beberapa minit kemudian tulang temulang dalam
ketiga-tiga pasu besar itu bergerak dan berlaga sama sendiri. Beberapa potong tulang terangkat
sendiri. Dalam masa yang sama, terdengar seperti ada orang menjilat dan menyedut tulang yang
terangkat dari pasu besar. Saya cuba mengesan dari arah mana datangnya bunyi orang menjilat
dan menghisap tulang itu.

Ali Usman tahu yang saya sedang mengesan bunyi ganjil tersebut. Dia cuba berusaha
menghalangnya dengan cara yang paling sopan sekali.

Berkali-kali dia mengedutkan dahi sambil mengaru pangkal leher kanan, macam ada sesuatu
yang mahu dituturkan.

“Semua yang saya cakapkan tadi, bukan rekaan. Hal itu diberitahu oleh bapa saudara saya
sendiri. Pesannya, bila dia sudah tiada, saya mesti menjaga apa yang ada di dalam rumah ini.”
Ali Usman mengakhiri kata dengan senyum yang memanjang. Saya dan datuk berbalas
renungan.

KHASIAT

“DIA tak cakap pada kamu tujuan dia menyimpan tulang temulang binatang dalam pasu?” Satu
pertanyaan datu ajukan dalam nada suara yang lembut sekali.

“Untuk tujuan perubatan,” jawap Ali Usman.

“Untuk ubat.” Datuk minta kepastian.

“Iya,” angguknya penuh yakin.

Mungkin untuk meyakinkan kami berdua, Ali Usman pun menerangkan tentang khasiat-khasiat
yang boleh diperolehi dari tulang-temulang binatang yang ada di dalam ketiga-tiga pasu tersebut.

“Kalau kena cirit birit atau kolera, panas badan, darah tinggi, runsing dan sukar tidur malam,
rendam tulang paha gajah semalaman bersama air telaga, kemudian minumlah air tersebut
bersama dengan campuran biji tembikai.”

“Lagi, tulang yang lain macam mana?” desak datuk.


“Air rebusan tulang harimau ganas, diminum waktu pagi dicampur dengan sedikit jintan manis,
boleh menghilangkan lenguh-lenguh sendi, lelas, lesu badan, kencing manis, gaut, tekanan darah
rendah, menambahkan nafsu makan.”

“Macam mana tulang badak sumbu mati berlaga.”

“Air rebusan dari tulang kaki badak mati berlaga diminum bersama campuran kicap pekat dan air
tebu hitam diminum waktu pagi cukup berkesan untuk menguatkan dan mengeraskan alat
kelamin lelaki, tahan lama berjuang lama di katil. Perempuan belum beranak dilarang
minumnya, boleh menyebabkan mandul.”

“Haaaa………” Datuk seperti terkejut.

Sesungguhnya saya tidak melibatkan diri dalam perbincangan itu (antara datuk dan Ali Usman)
lebih banyak mendengar dan memerhatikan saja. Kalau masuk campur, mungkin tidak disenangi
oleh Ali Usman.

Malah, mungkin dimarahi datuk. Ali Usman bergerak ke arah lain, kesudut paling kanan. Datuk
mengikut saja ke mana Ali Usman melangkah, begitu juga dengan saya.

Berada di sudut paling kanan dalam bilik tersebut seluruh badan terasa panas berbahang, macam
berdiri dekat unggun api. Peluh mula mercik di seluruh badan.

“Panas?” Tanya Ali Usman.

Saya mengangguk.

“Tetapi, datuk kamu sejuk mengigil.”

Bagi mempastikan cakap Ali Usman benar atau sebaliknya, saya toleh ke arah datuk, memang
benar dia mengeletar. Saya berhadapan dengan suasana yang sungguh menakjubkan. Dalam
sebuah bilik, kami berhadapan dengan hawa yang berbeza.

“Tak apalah, sebentar lagi kamu akan kembali normal, setiap orang yang baru masuk ke sini
akan mengalami rasa sejuk dan panas tidak bersebab,” jelas Ali Usman dengan tenang.

Saya dan datuk menerima penjelasan itu dengan hati yang terbuka. Kata-kata Ali Usman terbukti
benar. Lima minit kemudian suhu badan saya dan datuk kembali normal.

“Ini tempat paling rahsia, hanya saya seorang saja yang diizinkan masuk di sini, orang lain
diharamkan. Hari ini saya melanggar akibatnya,” tutur kata Ali Usman tersangkut sangkut.

Datuk tidak memperlihatkan sebarang reaksi. Bagaimanapun, Ali Usman tidak terdaya
menyembunyikan keresahan batinnya dari terpamir diwajahnya.

BANTAL
Sudut paling kanan ini saya kira cukup istimewa berbanding dengan sudut sebelah kiri, terdapat
tilam bersarung kain kuning, dua biji bantal beropol kain kuning juga.

Terdapat longgokkan buku (kitab) lama yang kertasnya sudah kuning. Terdapat lampu minyah
tanah antik, badannya dari kaca dan corongnya juga dari kaca.

Di hujung tilam, atas rak yang dibuat dari buluh kuning tersusun berpuluh botol kecil yang
berisikan aneka minyak, ada minyak dagu, minyak tupai jantan, minyak tembuni, minyak mani
gajah, dan berbagai lagi. Kegunaannya untuk pengasih dan menegangkan kulit muka, demikian
saya diberitahu oleh Ali Usman.

“Ini pula taring babi hutan yang mati beragan,”

Ali Usman menuding jari telunjuk ke arah tali pinggang yang penuh taring babi hutan yang
berwarna putih berkilat.

“Untuk apa?” secara sepontan datuk menyoal.

“Sesiapa yang memakainya, digantung di leher, diikat di pinggang atau dijadikan azimat, orang
itu tak lut peluru atau senjata tajam. Itulah yang diberitahu oleh bapa saudara kepada saya.”

“Perbuatan syirik, syukurlah saya dapat membetulkannya. Walaupun mengambil masa yang
lama,” Ali Usman luahkan perasaannya dengan penuh keyakinan.

“Sepatutnya semua yang ada di sini dimusnahkan,” datuk mengemukakan cadangan. Ali Usman
menarik nafas panjang sambil merenung ke arah longgokkan kitab.

“Biarkan semua yang ada di sini musnah sendiri, saya tak senang hati kalau dimusnahkan oleh
orang lain.”

“Kamu ada maksud lain Ali?”

“Tidak ada, saya sendiri tidak suka dengan semua ini.”

“Baiklah, “ jawap datuk pendek.

BENAR

Sungguh mengejutkan bila Ali Usman membenarkan saya dan datuk menyentuh dan membaca
kitab-kitab lama yang ada di situ. Walaupun sudah diizinkan, saya masih ragu-ragu untuk
melaksanakannya.

“Boleh tuk,”

“Silakan tuk.”
Sebuah kitab lama saya buka, tulisannya sungguh ganjil bercampur aduk tulisan jawi dengan
tulisan siam, Vietnam, Jawa Kuno, dan Hindustan. Sukar untuk membaca apalagi memahaminya.
Tetapi, saya tidak putus asa, saya cari kitab lain dan akhirnya saya tersua dengan sebuah buku
tebal yang di dalamnya tercatat nama pawang dan bomoh serta orang yang pernah berguru
dengan bapa saudara Ali Usman (Si Raja Susuk).

Antaranya terdapat nama nama beberapa lelaki dan wanita dari Pahang, Kedah, Perlis, Melaka,
Trengganu yang pernah menuntut ilmu denga Raja Susuk. Bila pulang ke tempat asal mereka
berusaha mengembangkan ilmu tersebut di tempat masing-masing.

“Dia datang,” jerit Ali Usman.

Dengan serta merta buku ditangan saya lepaskan. Datuk yang duduk bersandar di tepi dinding
segera bangun. Seluruh biji mata tertumpu ke arah pintu yang terbuka. Semuanya tergamam
tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Seorang wanita dengan rambut mengerbang, memangku seorang bayi berkepala licin dalam kain
putih. Sebahagian dari dadanya dibalut dengan kain merah manakala bahagian lainnya terdedah.
Buah dadanya dilindungi oleh tubuh bayi yang dipangkunya.

Kain putih yang membalut tubuh si bayi kepala botak, menutup bahagian badan depan wanita
tersebut iaitu dari pinggang hingga ke kaki. Dengan sepasang mata yang merah, mulut separuh
terbuka bersama susunan gigi yang tinggi rendah. Wanita melangkah kea rah kami.

Di luar bilik terdengar suara tangisan bayi sedangkan bayi dalam pangkuan wanita berwajah
hodoh diam kaku. Dari bahagian jenang atas pintu terhulur kain berwarna merah jambu bersama
lembaga yang menyerupai muka orang hutan.

Dari lubang hidung lembaga tersebut terkeluar hembusan nafas membekalkan bau busuk.

Mata kanannya buat kehijau-hijauan, manakala mata kirinya serupa dengan mata manusia biasa.
Wanita berwajah hodoh terus melangkah mendekati kami. Ali Usman cuba melakukan sesuatu.
Dia berdiri sambil mengenggam penumbuk dan menentang wanita yang memangku bayi kecil
kepala botak.

“Saya tahu, semuanya berpunya dari perbuatan saya membuka rahsia rumah ini pada orang lain,”
jerit Ali Usman.

“Bertenang, kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi,” datuk memberikan secebis nasihat dan
Ali Usman akur dengan nasih tersebut. Wanita terus melangkah mendekati kami dan kami
bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

SBDJ (SAMBUNGAN 1) SIRI 227 DI PINTU KEMATIAN

DI PINTU KEMATIAN
Saya terkejut, bila wanita itu tidak meneruskan langkahnya mendekati All Usman. Suara
tangisan bayi terus hilang, begitu juga dengan bentuk lembaga orang Utan.

Keresahan segera mengoncang dada. Wajah datuk pun dijeling, dia nampak tenang sekali.
Tetapi, Ali Usman masih tidak bergerak dari tempat dia berdiri.

Perlahan-lahan saya menarik dan melepaskan nafas, bila terlihat beberapa ekor lipas lari di lantai
lalu menyusup di bawah kain wanita berwajah hodoh.

"Pelik," terhambur keluhan dan kelopak bibir saya.

"Yahooooo................. "

Tidak dapat saya pastikankan dari arah mana suara itu datang. Tidak dinafikan juga pekikan ltu
memekakkan anak telinga, mengganggu konsentrasi datuk. Buktinya, datuk merenung ke arah
lelangit rumah.

"Hisss............"

Aii Usman mendengus panjang sambil mengkepal-kepal penumbuk. Sepasang kelopak matanya
sebentar terbuka dan sebentar terkatup.

Bila kelopak matanya nya terbuka renungannya ke arah wanita hodoh mendukung anak kecil
tidak beralih. Seolah- olah hati serta perasaannya sudah ditakluki wanita aneh itu
"Hati-hati Ali,'' saya mengingatkannya.

"Itu urusan dia, bukan urusan kamu.''

Datuk meluahkan sebuah protes yang membuat saya kurang senang. Tiba-tiba saya jadi marah
pada datuk.

Puncak dari kemarahan ltu, saya tidak mahu melihat mukanya. Dan batang leher bagaikan
dipusing suatu tenaga ghaib yang memaksa saya merenung ke arah wanita berwanita hodoh yang
tidak disenangi. Pada mulanya saya melakukan penentangan tetapi, akhirnya saya terpaksa
mengalah kerana tenaga yang memaksa lebih kuat dari saya.

Bila sepasang anak mata tertampar ke wajah wanita mendukung anak kecil. Rasa terkejut dan
pelik bermain dalam tempurung kepala. Rasa pening dan pedih di kelopak mata mula dialami.

Dengan seluruh daya dan usaha, saya cuba alihkan pandangan ke arah lain.

Pada mulanya saya mengalami kepayahan sedikit tetapi, akhirnya berhasil, dinding rumah
menjadi sasaran anak mata. Rasa pening dan sakit kepala segera berakhir, saya kembali selesa
dan berpijak pada alam nyata.
Keselesaan yang baru dinikmati ini harus dipertahankan, fikir saya. Wanita berwajah hodoh
mendukung anak kecil, tidak wajar dilihat kerana boleh mendatangkan kesan buruk pada diri
sendiri. Itulah keazaman berputik dalam hati.

LEMAH

Sayang, keazaman yang kuat itu berjaya dibunuh oleh rasa keinginan yang tidak mampu
dibendung untuk melihat perempuan berwajah hodoh bagi sekian kalinya. Dan sebagai manusia
yang lemah, saya tunduk pada keinginan itu. Wajah wanita hodoh itu saya tatap tanpa berkedip.
Sungguh mengejutkan, ketika ditatap wajahnya mengalammi proses perubahan secara perlahan-
lahan. Kulit mukanya yang mengerutu, macam kulit katak puru itu relai berkeping-keping jatuh
atas kepala bayi yang didukungnya. Bekas kulit yang relai segera diganti dengan kulit baru yang
putih dan licin.

Manakala kepala bayi yang ditimpa oleh kulit yang relai tadi segera ditumbuhi rambut hitam
yang kemerah-merahan.

Gigi yang tidak teratur kini nampak putih bersih, tersusun rapi dan rapat. Ada lesung pipit di kiri
dan kanan pipi, bila tersenyumm manis sekali mengingatkan saya pada Mia, gadis yang pernah
membuat saya tidak nyenyak tidur malam.

“Cantik,” bisik batin saya.

Mata masih terpaku ke arah hujung dagunya yang tajam macam mempelam Siam. Sepasang bulu
keningnya nampak tebal, bulu mata nya lentik, padan benar dengan sepasang bibir nipisnya yang
merah menarik.

Rasa takut dan benci segera hilang, bertukar menjadi rasa ghairah. Nafsu berahi meluap-luap,
tidak tertahan-tahan lagi. Saya jadi tidak tentu arah.

Dalam saat mengelamun sambil membelai rasa ghairah yang bagaikan tiada hujungnya itu, bayi
dalam pangkuan wanita tersebut hilang secara mengejut. Tidak memadai dengan semuanya itu,
kain putih yang membalut sebahagian dari tubuhnya dijatuhkan perlahan-lahan. Saya jadi kelam
kabut.
“Dia telanjang bulat,”

Itu reaksi saya semua kain putih pembalut sebahagian tubuhnya jatuh dikaki. Setiap liku dan
lekuk di tubuhnya, termasuk bahagian alat sulitnya berada dalam mata saya.

“Huuuhhhh.....” saya mengeluh geram.

Saya terpesona, bila dia memusingkan tubuhnya secara lembut sambil melakukan gerakan-
gerakan. Saya terpesona, bila dia memusingkan tubuhnya secara lembut sambil melakukan
gerakan-gerakan yang membakar nafsu muda. Seluruh pembuluh darah menjadi tegang
semacam, badan mengeletar geram bersama ghairah nafsu muda yang sukar dikawal.
Dalam keadaan yang tidak menentu itu, akal mula dikuasai nafsu. Saya seperti terasa ada tenaga
mendorong saya untuk mendekati wanita yang pada penglihatan saya ketika itu cukup cantik
sekali.

“Rapatlah.”

Saya seakan-akan terdengar suara wanita itu berkata demikian pada saya.

“Rapatlah, Cuma kita saja disini,” ulangnya dengan suara yang serak-serak basah. Gerak bibir
dan gerak tubuh mengiringi kata-kata yang diluahkan, membuat saya, macam berada di dunia
fantasi yang tidak bertepi.

Dengan hati-hati langkah pertama diatur ke arah wanita yang sedangkan mendepangkan kedua
belah tangannya. Dua ketul daging hidup yang tegang melekap di dada, terbuai-buai setiap kali
dia bergerak atau melonjak. Semuanya itu menyebabkan perasaan muda saya terhumban ke tasik
nafsu berahi yang sukar dikawal.

Langkah pertama yang teragak-agak dan hati-hati segera bertukar menjadi rancak penuh
semangat. Suara ketawa penuh manja dari wanita itu menyambut lubang telinga kiri kanan.
Tidak memadai dengan itu terdengar suara mengerang kenikmatan, bersama renggekan berahi.
Situasi begini membuat saya lupa pada keadaan sekeliling. Ali Usman bagaikan tidak wujud lagi.
Begitu juga dengan datuk. Apa yang ada dalam kotak fikiran, hanya saya dan perempuan itu
sahaja yang berada disitu, bagaikan berada di sebuah taman bunga yang indah.

GELORA

Bersama gelora berahi dan nafsu yang bergelombang hebat dalam batin, saya terus melangkah
dan melangkah. Matlamat dalam diri ialah wanita bogel didepan mata harus di kuasai lahir batin.
Langkah makin rancak, makin bersemangat.

“Tamar,” terpinga-pinga suara datuk, “ kawal diri kamu, jangan biarkan akal fikiran dan
perasaan dikuasai roh jahat.”
Saat memikirkan kata-kata itu, terdengar bunyi berdesing yang amat kuat. Tidak tahu dari arah
mana bunyi itu datang. Kerana bunyinya amat kuat dan panjang membuatkan gegendang telinga
seperti mahu pecah. Rambut di kepala macam mahu tercabut.

Pandangan saya mula berpinar-pinar. Wanita cantik tanpa kain yang wujud di depan mata, tidak
keliahatan lagi. Tidak tahu, entah mana ghaibnya. Batang leher terasa sakit bila digerakkan ke
kiri dan ke kanan. Bunyi berdesing tidak juga berhenti.

“Datuk, tolong saya.”

Suara saya tidak keluar, tersangkut dan tenggelam di tekak. Saya semakin lemas, tidak tentu
arah. Tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Kepala semakin terasa berat.
Usaha terakhir yang dilakukan ialah membongkokkan separuh badan. Kemudian duduk bersila di
lantai sambil melunjurkan kedua belah kaki. Pada masa itu, entah macam mana saya terfikir
membaca “surah An-Nas” hingga tamat. Bunyi berdesing yang memekakkan itu beransur
perlahan dan terus hilang.

"Haaaa sudah berhenti!"

Saya seperti tersentak dari sebuah lamunan yang cukup panjang. Seluruh badan berpeluh, nafas
tercungap-cungap. Saya lihat sekitar dan pasti segala-galanya kembali pada keadaan asal.
Wanita yang menghairankan itu kembali berada di tempat asalnya dengan wajah hodoh yang
menakutkan mendukung bayi berkepala licin. Kecantikannya yang hampir berjaya
memperdayakan saya terus hilang.

Kerana keadaan sudah agak normal, tanpa membuang masa saya terus menoleh ke arah Ali
Usman. Dia masih macam tadi, berdiri kaku macam patung menggenggam penumbuk, matanya
masih terpaku kepada wanita hodoh yang mendukung anak kecil.

‘Rapatlah," wanita hodoh bersuara parau semacam. Anak mata nya tetap menyorot tajam ke
muka Ali Usman yang kelihatan seperti orang bodoh. Dan saya yang sudah pulih dari kuasa
semangat wanita hodoh, itu resah melihat keadaan Ali Usman yang tidak stabil itu.

"Rapatlah," kata wanita itu lagi, "aku tidak boleh melepasi garis di lantai ini,"

Saya segera mencari garis di lantai yang dimaksudkan oleh wanita tersebut. Nyata, dia tidak
berbohong. Memang ada garisan berwarna putih melingkari tempatnya sendiri.

"Rapatlah, “ ulangnya untuk sekian kali.

Ali Usman masih ragu-ragu sama ada mahu melangkah memenuhi permintaan wanita tersebut
atau sebaliknya.

"Bila aku melangkah atau melanggar garisan ini, bererti apa yang mahu disampaikan atau mahu
diturunkan oleh bapa saudara kamu kepada kamu habis hancur, semua nya menjadi sia-sia. Aku
tak boleh melangkah garisan putih, ini sumpah kami berdua antara bapa saudara kamu dengan
aku,” nada suara wanita hodoh lembut merayu minta simpati.

TERMAKAN

ALI USMAN termakan dengan rayuan itu. Dia pun melangkah setapak ke depan. Wanita
berwajah hodoh ketawa mengilai. Bayi dalam dukungan merenggek manja, macam diacah
seseorang. Saya jadi resah kerana datuk masih berdiam diri, tidak mahu melakukan sesuatu bagi
menghalang niat jahat wa nita hodoh tersebut.

"Aku datang sekadar mahu menyampaikan amanat orang yang sudah tiada, kau berhak menerima
peninggalannya," dalam ketawa yang mengada-ngada wanita itu bersuara manja. Ali Usman
melangkah setapak lagi. Perasaan saya bertambah tidak tenteram.
Pada hemat saya sesuatu harus dilakukan, kalau dibiarkan pasti menimbulkan masalah yang
rumit, mungkin Ali Usman bakal menjadi mangsa wanita berwajah hodoh.

"Terimalah warisan peninggalannya." rayu si wanita hodoh

Ali Usman terus melangkah, ketawa wanita dan renggekan si bayi dalam dukungan kian
menjadi-jadi, menguasai seluruh bilik khas itu.

"Jangan pergi Ali, bahaya tu," jerit saya separuh keras. Sebaik saja jeritan berakhir saya menerpa
ke arah Ali Usman dan menarik tangan kirinya seraya menyuruh dia berhenti dari melangkah ke
depan.

Saya kira usaha itu berhasil kerana Ali Usman berhenti melangkah. Dia pun memusingkan
tubuhnya ke belakang lalu merenung tepat ke arah batang hidung saya. Wajahnya nampak
bengis. Marah benar dia kerana saya mengganggu urusannya.

"Aduh,” jerit saya. Satu hentakkan siku yang kencang singgah di bahu membuat bahu kanan
terasa sengal.

Tidak memadai dengan itu, sebiji lagi penumbuk Ali Usman singgah di pangkal dagu. Saya jatuh
tersandar di dinding, tidak bermaya rasanya mahu bangun. Ketawa wanita berwajah hodoh
makin galak, makin mengada-ngada. Dalam renungan yang berpinar-pinar itu, saya lihat dia
bertepuk tangan gembira. Bayi dalam pangkuannya melonjak-lonjak.

"Dia penghalang," kata wanita itu.

BENGIS

ALI USMAN merenung bengis ke arah saya yang terkapai-kapai berusaha untuk bangun. Kerana
menyedari tidak mampu melawan Ali Usman, saya hanya bersikap pasrah saja. Rela menerima
tumbukan atau tendangan darinya.

"Huuhhhhh.................. "

Ali Usman melempias-kan kemarahannya tanpa menumbuk atau menyepak saya. Dia
memusingkan badannya lalu menentang kerelaan.

"Masuklah ke sini, langkahlah garisan putih itu." Wanita berwajah hodoh menghulurkan
sepasang tangannya ke arah Ali Usman. " Jari-jemarinya yang lentik berkuku panjang bergerak-
gerak, macam ekor cicak putus dari badan. Ali Usman terus menghulurkan tangan untuk
menyambut hujung jari-jemari wanita tersebut.

“Sambutlah, pegang kuku di jari hantu,” wanita mengeluarkan arahan. Ali Usman anggukkan ke
pala, tanda setuju.
"Bercantum."

Itulah yang keluar dari mulut saya yang secara kebetulan terlihat anak dalam dukungan wanita
itu seperti bercantum dengan dada wanita berwajah hodoh.

Bila hujung jari Ali Usman hampir menyentuh hujung kuku jari hantu wanita itu, terdengar suara
hilai ketawa yang nyaring bersama paluan gendang kemenangan. Pada fikiran ketika itu, segala-
galanya akan berakhir dengan kepunahan. Saya dan datuk bakal jadi korban penunggu rumah
RAJA SUSUK, mungkin nasib saya dan datuk termasuk dalam istilah MATI KATAK.

"Sikit lagi, langkah setapak lagi,” rayu wanita itu.

Dan Ali Usman akur pada rayuan itu. Dia menjengkitkan kakinya sambil rnencondongkan tubuh.
Saat jari Ali Usman hampir menyentuh hujung kuku jari hantu wanita hodoh, suara ketawa dan
gendang makin bertambah gamat. Suasana ketika itu seperti dalam keadaan kacau bilau.

Pada saat itu, apa yang terbayang dalam kepala ialah pintu kematian untuk saya dan datuk. Tidak
ada apa-apa yang dapat dilakukan. Saya menarik nafas hampa dan kecewa. Entah macamana
timbul keinginan untuk melihat datuk, saya segera menoleh ke arahnya yang sudah bersila atas
lantai.

Sepasang bibir datuk bergerak-gerak, saya pasti dia sedang membaca sesuatu. Sudah pasti ayat
Quraan yang dibacanya. Saya cuba menenangkan perasaan dengan membaca surah "ALAM
NASRAH" beberapa kali. Dengan izin Allah, ketenangan dan keyakinan segera datang dalam
dada.

Saat Ali Usman mengangkat kaki untuk melangkah garisan putih, datuk seperti hilang sabar. Dia
terus bangun dan menerpa ke arah Ali Usman.

MENJERIT

DENGAN kekuatan tangan kiri tubuh Ali Usman ditolak kebelakang hingga jatuh terkapar di
lantai, tidak bergerak, kecuali sepasang kakinya yang tersentap-sentap.
Tindakan datuk menimbulkan kemarahan yang amat sangat dari wanita berwajah hodoh.

Wanita itu menjerit-jerit dan melompat dalam kawasan bergaris putih sambil menghamburkan
kata-kata yang sukar difahami. Datuk buat tidak kisah dengan tindak tanduk wanita berwajah
hodoh. Perhatian lebih ditumpukan pada Ali Usman yang terkapar di lantai. Semasa datuk
bertinggung mahu melakukan sesuatu, seluruh tubuh Ali Usman bergerak, satu sepakan kaki kiri
dilepaskan oleh Ali Usman.

Kerana serangan itu cara mengejut dan tidak diduga, datuk tidak dapat mengelak dan satu
sepakan tepat mengenai pangkal belikat kanan. Datuk terduduk. Ali Usman yang memperolehi
kekuatan luar biasa segera bangun dan melakukan serangan bertubi-tubi. Datuk terus mengelak
dan berusaha dengan sedaya tidak mahu membalas serangan tersebut.
Bila dapat berdiri dalam keadaan yang cukup selesa, datuk ber usaha menentang anak mata Ali
usman sambil melafazkan kata "BISMILLAH" yang kemudian diikuti dengan bacaan petikan
surah tertentu dan Al-Quran. Hasilnya, kekuatan luar biasa Ali Usman menjadi lemah, terutama
setelah lima jari kiri datuk ditayangkan ke muka All Usman.

Dan anak saudara Raja Susuk itu pun jatuh terkulai di lantai untuk kali kedua. Bezanya, jatuh
kali pertama terus pengsan dan kemudian memperolehi kekuatan luar biasa.

Jatuh kali kedua, dia seakan-akan terkejut dan tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya.

"Apa yang terjadi?" tanyanya kehairanan.

MEMBISU

SAYA dan datuk terus membisu. Kami menanti reaksi selanjutnya dari wanita berwajah hodoh
yang sedang memangku anak.

Ali Usman mengulangi pertanyaan yang sama. Saya dan datuk tetap bersikap macam tadi.
Wanita berwajah hodoh pura-pura batuk.

"Kamu harus bertanya pada aku, bukan pada mereka yang tiada urusan dalam hal ini. Kenapa
kamu bawa dua manusia ini,” suara wanita menguasai ruang khas.

Semasa suara itu bergema, saya lihat kelopak bibir wanita tersebut tidak bergerak langsung.
Dalam erti kata lain, suara itu tidak datang dari mulut wanita itu.

Dalam keadaan saya terpingga-pingga itu, saya lihat datuk mendekati Ali Usman. Ada sesuatu
yang datuk bisikan padanya. Ali Usman anggukkan kepala lalu melangkah mendekati garisan
putih.

"Hai perempuan, apa yang harus aku tanyakan kepada kamu," keras sungguh nada suara Ali
Usman. Wanita itu tersenggih sambil menghayunkan bayi yang didukungnya ke kiri dan ke
kanan.
"Aku sebenarnya memang mahu mencari kamu, bila kamu sudah datang memudahkan kerja
aku."

"Maksud kamu?" Sergah Ali Usman.

"Guru kepada bapa saudara kamu, mengambil aku bersama anak dari kubur untuk dipelihara
sebagai kunci atau ibu pada segala ilmu yang dituntut. Bila guru itu mati, aku dan anak
diserahkan untuk peliharaan bapa saudara kamu,'' wanita berwajah hodoh berhenti bercakap
.
"Apa hubungan aku dengan kamu?”
"Bapa saudara kamu berjanji untuk melihara aku dan anak ini sampai hari kiamat. Bila dia mati,
pewarisnya adalah kamu, segala ilmu yang dituntutnya dulu dengan sendiri akan turun kepada
kamu. Tidak susah membela kami, makanan kami tulang, minuman kami darah binatang."
"Oh, itu bukan urusan aku membela syaitan bukan kerja aku, bukan kerja orang beriman."

Kata-kata itu membuat wanita berwajah hodoh jadi marah. Dia mendengus macam kerbau. Anak
dalam pangkuannya bertukar jadi merah macam kayu arang dibakar. Mata wanita itu juga
berubah dan wajahnya bertambah garang dan seram yang dalam sekelip mata seluruh badannya
bertukar mejadi rangka.

SBDJ (SAMBUNGAN 1) SIRI 228 DENDAM WANITA HODOH

DENDAM WANITA HODOH

Dan dalam sekelip mata juga, rangka tersebut kembali kepada keadaan asal. Kemudian bertukar
semula menjadi rangka. Bertukar balik menjadi tubuh manusia. Begitulah seterusnya, sering
bertukar ganti rupa dan bentuk.

Semasa proses penukaran itu suasana dalam ruang bilik diterangi dengan kilauan cahaya merah
dan hijau, gerakan cahaya itu tidak ubah macam pancaran kilat.

Bila terpancar warna hijau, tubuh wanita hodoh menjadi rangka, tengkorak kepalanya putih
berkilat, lubang mata dan hidungnya terpelohong. Bila bergerak seluruh sendinya berbunyi
macam bunyi tayar lori melanggar batu kerikil dijalan baru.

Bila pancaran hijau bertukar merah, rangka wanita bertukar menjadi tubuh manusia yang cukup
sempurna. Pancaran warna yang sering bertukar menyebabkan pandangan menjadi silau. Mata
menjadi pedih dan perit.

Seiring dengan pancaran warna itu, terdengar suara lelaki mengerang, merintih menahan rasa
sakit yang amat sangat serta diselang seli dengan suara perempuan ketawa dan mengilai panjang.
Apa yang terdaya kami lakukan adalah pasrah pada keadaan. Bersedia menghadapi apa saja yang
datang. Jauh di sudut hati, masih berbunga harapan yang datuk tidak akan berdiam diri, jika
terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Ali Usman kelihatan tidak tenang sekali. Wanita hodoh terus mengusap-usap kepala bayi yang
dipangkunya, Suara lelaki merintih dan perempuan mengilai terus bergema.
“Kita hadapi apa saja yang terjadi,” dalam keadaan yang tidak menentu itu, datuk masih sempat
melafazkan pesanan.

“Saya faham dan bersedia,” balas Ali Usman.

Dan saya hanya angguk kepala.


Tiba-tiba secara mengejut, pancaran cahaya hijau merah berhenti. Sekujur tubuh wanita
berwajah hodoh kembali dalam bentuk asal, tidak lagi bertukar menjadi rangka. Suara lelaki
merintih dan perempuan mengilai turut lesap. Keadaan kembali tenang.

“Kenapa senyap dan sunyi,” bergema persoalan dalam kalbu, bila berdepan dengan situasi yang
saya kira cukup ganjil sekali. Rasa sepi menguasai sekitar.

Ruang bilik yang tadi riuh rendah dengan berbagai-bagai bunyi, bertukar rentak terasa sunyi dan
kosong. Gegendang telinga bagaikan hilang kuasa untuk menangkap sebarang kesan bunyi yang
terjadi dalam bilik. Rasa cemas dan takut bersarang di dada.

Kami saling berpandangan dan mengharapkan salah seorang daripada kami dapat memberikan
idea untuk memecahkan kebuntuan yang sedang dialami. Wanita berwajah hodoh tahu masalah
yang sedang kami hadapi, Dia tersenyum dan akhirnya ketawa. Dia melafazkan sesuatu ke arah
kami.

Sayang, apa yang dituturkan tidak mampu ditangkap oleh anak telinga kami. Wanita berwajah
hodoh makin menjadi-jadi, dia menari-nari sambil mengoyang-goyangkan punggungnya.

“Allah hu Akbar.”

Datuk bertempik sambil tangan kirinya memukul lantai bilik. Serentak dengan itu gegendang
telinga kami berfungsi kembali, semuanya dapat didengar dengan jelas dan terang. Rasa sepi
yang menguasai segera berakhir. Bunyi bising dan hinggar binggar datang kembali.

SENYUM

Muka Ali Usman segera saya lihat. Ada senyum berlari di kelopak bibir. Datuk juga saya renung,
orang tua itu masih membongkok, telapak tangannya kelihatan melekat di lantai seperti kena
gam.

Datuk kerah seluruh tenaganya untuk memisahkan telapak tangannya yang melekat. Urat leher
dan di lengannya nampak timbul.

“Dia mula memperdayakan aku ,” cetus datuk dengan muka berkerut.

“Itu satu permulaan,” wanita berwajah hodoh menyindir.

“Aku tahu, jangan fikir aku mahu menyerah begitu saja,” keras nada suara datuk.

Benih-benih peluh mula meruap di dahi dan pangkal leher. Tidak ada tanda-tanda datuk mahu
menyerah. Segala kekuatan tenaga dan ilmu mula dimanfaatkan.

“Allah hu Akbar,”
Suara kemenangan menguasai seluruh ruang bilik. Telapak tangan yang melekat di lantai
terpisah. Datuk berdiri gagah dan wanita berwajah hodoh tercengang, tidak percaya dengan apa
yang dilihatnya.

“Mengapa aku harus menjadi mangsa kamu,” satu pertanyaan yang garang dari datuk.

“Tanpa kamu, semua angkara ini tidak terjadi.”

“Aku sekadar menolong.”

“Pembohong, kamu mahu menjahanamkan apa yang ada pada aku.”

“Biar aku jelaskan.”

“Diam.......” jerit wanita berwajah hodoh.

Datuk terdiam tetapi, sepasang bola matanya tidak bergerak dari menatap seluruh tubuh wanita
tersebut. Datuk tahu, kalau renungannya dialihkan ke arah lain dia akan menerima akibat buruk.
Jeritan yang bergema sebentar tadi bertujuan untuk mengalihkan perhatian datuk. Secara
lojiknya, tidak ada sebab wanita tersebut mesti menjerit kerana datuk bercakap dalam nada suara
yang lembut, penuh persahabatan.

“Kamu orang tua sial.”

Jari telunjuk wanita hodoh menuding ke arah batang hidung datuk. Darah saya tersirap kerana
datuk tidak bertindak balas. Masih tenang, seolah-olah kata-kata itu tidak memberikan sebarang
kesan pada dirinya.

“Bummmmmmm.....”

Satu ledakan kecil terjadi di depan wanita berwajah hodoh. Seluruh ruang bilik mula dikuasai
bau hangit dan hapak. Kepulan asap kecil dan nipis muncul di kiri kanan wanita tersebut.
Asap nipis sedikit demi sedikit bertukar warna menjadi hitam tebal hingga tubuh wanita yang
memangku bayi hilang dari penglihatan kami.

“Kita keluar dari rumah neraka ni,” satu usul dari Ali Usman.

“Ayuh,” sahut saya.

Tdak ada sebarang bantahan dari datuk. Serentak kami memusingkan tubuh menghala ke pintu
untuk keluar. Sebelum langkah sulung dimulakan, terdengar bunyi deru angin yang cukup kuat.
Badan terasa bergegar, dan terangkat secara perlahan-lahan.

TERHEMPAS
Sebelum pun sempat kami mengatur strategi, tubuh kami berpusing-pusing dalam ruang bilik
yang hangit dan hapak. Akhirnya terhempas ke dinding dengan kuat, seluruh sendi bagaikan
mahu tercabut rasanya. Sakitnya tidak boleh di ceritakan. Lebih dari lima minit kami terkapar di
situ.

“Hei kamu semua, mahu ke mana?”

Wanita berwajah hodoh tercegat di depan kami. Bayi yang dipangku berubah tempat. Kini
berada di atas bahu dengan kedua belah kakinya terjuntai ke dada hampir mencecah hujung
puting payu dara. Kedua dua belah tangan bayi memeluk dahi ibunya.
“Bagaimana? Masih macam tadi juga?”

Ternyata pertanyaan itu ditujukan kepada Ali Usman yang baru saja menyandar tubuh ke
dinding. Datuk terus memicit hujung sikunya. Bunyi deru angin sudah mati, digantikan dengan
bunyi bising yang tidak menentu.

“Bagaimana, masih mahu berkeras?.”

Suara wanita berwajah hodoh bertambah lantang. Mungkin dia marah kerana pertanyaan tidak
dijawab oleh Ali Usman. Bunyi bising hilang secara mengejut. Datuk sudah pun berdiri, saya
masih terkial-kial berusaha untuk duduk macam Ali Usman.

“Tak dapat nak buat keputusan,” ulang wanita berwajah hodoh.

Ali Usman terus membisu.

“Kamu menolak peluang yang baik ini?.”

“Iya, aku menolak,” tingkah Ali Usman penuh yakin.

“Kamu mengkhianati perjanjian yang dibuat antara aku dan bapa saudara kamu.”

“Heii, aku tidak masuk campur dalam perjanjian dengan syaitan, perkara itu memang aku tidak
tahu. Macam mana, aku kamu babitkan.”

“Kamu pengkhianat.”

Wanita berwajah hodoh tidak mampu mengawal kemarahannya. Mukanya nampak merah. Dua
tiga kali dia menghentakkan kaki kirinya ke lantai bilik. Rumah terasa bergegar seketika.
Dalam keadaan yang begitu kritikal, Ali Usman dapat berdiri lalu menghadapkan wajahnya ke
muka wanita hodoh.

“Jangan tentang anak matanya Ali,” terpancut kata dari kelopak bibir datuk, “ kekuatannya
sekarang berkumpul di situ, dia akan menggunakan segala kebolehannya menunduk kamu.”
“Hai orang tua, ini bukan urusan kamu,” dengan segera wanita hodoh mengalihkan
pandangannya ke arah datuk.

“Aku sekadar menolongnya, memenuhi permintaannya,” balas datuk dalam nada suara yang
lembut dan tenang.

HODOH

Saya lihat wanita hodoh menarik nafas dalam-dalam. Bayi yang berada di tengkuk diturunkan
lalu dipangku dan dihayunkannya ke kiri dan ke kanan. Sepasang tangan dan kaki bayi bergerak-
gerak. Terdengar suara bayi merengek kegelian. Sebaik sahaja suara rengekan itu berhenti, bayi
dalam pangkuan segera didakap erat ke dada. Kedua-dua belah pipi wanita hodoh nampak
kembung, macam perut ikan buntal.

“Puuuhhhhh.....”

Saya melihat ke arah mulut wanita hodoh, baju dan seluar datuk nampak bergerak, begitu juga
rambutnya. Datuk terpaksa membongkok melawan arus angin yang keluar dari mulut wanita
hodoh, andainya datuk berdiri tegak sudah tentu badannya bergerak dan terhumban ke dinding
seperti tadi. Sebelum kejadian pertama berulang untuk kali kedua, datuk sudah pun
mempersiapkan diri.

Wanita hodoh kelihatan panik, hembusan angin dari mulut yang selama ini, mempunyai
kekuatan ntuk menjatuhkan pokok dan manusia, ternyata kali ini tidak berfungsi. Datuk masih
bertahan dalam keadaan yang cukup selesa. Wanita hodoh yang tak kenal erti putus asa terus
berusaha. Kali ini dia dibantu oleh bayi dalam pangkuannya. Tetapi, tidak mendatangkan
sebarang kesan pada datuk.

“Dia lelaki tua yang hebat.” Keluh wanita hodoh.

Rasa kecewa dan hampa tergambar diwajahnya kerana gagal menghempaskan tubuh datuk ke
dinding melalui hembusan angin dari mulut.

Bayi dalam pangkuan bersuara seperti katak memanggil hujan. Wanita hodoh tumpukan seluruh
perhatian pada nada dan irama bunyi suara tersebut. Dua tiga kali dia anggukkan kepala,
menandakan faham dan mengerti dengan erti bunyi tekanan nada suara si bayi dalam pangkuan.
“Itu satu arahan,” tutur datuk.

“Bukan urusan kamu,” balas wanita hodoh.

Datuk tersenyum sinis. Ali Usman mengigit jari manis dan saya ingin mempastikan apakah kata-
kata datuk itu tepat atau sebaliknya.

Ramalan datuk menjadi kenyataan. Nada suara si bayi yang menyerupai bunyi katak memanggil
hujan adalah satu arahan.
Sebaik suara itu berhenti. Wanita hodoh menundukkan kepalanya ke lantai, kemudian diangkat
perlahan-lahan, hingga tegak 90 darjah, menentang anak mata hitam datuk.

Dengan pantas datuk membengkokkan kepala lututnya yang sekali gus merendahkan tubuh
hingga anak matanya berada di paras dada wanita hodoh. Dalam erti kata lain, mata datuk tidak
berlaga dengan anak matanya.

Tindakan selanjutnya, wanita hodoh meluruskan kedua-dua belah tangannya ke depan dan turut
merendahkan tubuh seperti datuk buat seketika.

Berdiri kembali dan kali ini bayi dalam pangkuan menhulurkan sepasang tangannya ke arah
wanita hodoh. Tanpa membuang masa wanita hodoh mematahkan jari telunjuk kiri dan kanan
bayi dengan tenang. Setiap batang jari telunjuk yang dipatahkan itu dicabut, bayi dalam
pangkuan ketawa macam digelitik.

Kedua-dua jari telunjuk yang dicabut itu diramas-ramas sehingga menjadi berkeping-keping.
Kemudian diuli hingga bulat sebesar buah guli kaca. Dan guli dari jari kelingking itu dibalingkan
ke arah datuk. Kerana datuk sentiasa bergerak dan pantas mengelak tidak ada satu pun yang
singgah di tubuh datuk.
Semuanya terhempas ke dinding bilik akhirnya menghasilkan ledakan kecil-kecilan yang
membingitkan anak telinga. Saya dan Ali Usman menyaksikan semua kejadian aneh itu dengan
penuh teliti di samping berjaga-jaga. Bimbang kalau kami berdua akan menjadi mangsa
kemarahan wanita hodoh.

“Huuuuhhhh,” jerit wanita hodoh sambil menampar-nampar dada dan meramas-ramas kepala
bayi dalam dakapan. Dia bagaikan tahu, bahawa datuk bukanlah lawannya.

Dia perlu mengatur strategi lain hingga kejayaan berada di pihaknya. Apa yang pasti si wanita
hodoh memang tidak kenal erti putus asa. Tidak kenal erti kekalahan. Apa yang dia tahu ialah
kemenangan harus berada di pihaknya.

JALAN

Satu-satunya jalan menuju kemenangan ialah mempergunakan, kelemahan Ali Usman. Untuk
kesekian kalinya anak matanya mencari anak mata Ali Usman. Pesan datuk tidak dilupakan. Ali
Usman segera berusaha dengan sedaya yang boleh agar anak matanya tidak bertembung dengan
anak mata wanita hodoh.

Di saat Ali Usman dan wanita hodoh berlawan, datuk mengambil peluang meluruskan tangan.
Kemudian dengan tenang datuk berdiri seperti biasa, mengeliat untuk menghilangkan lenguh-
lenguh di sendi akibat terlalu lama membongkok.

Di samping itu datuk membuka langkah silat-silat yang agak ganjil. Dengan menggunakan
kekuatan kedua-dua belah ibu jari kakinya datuk mengatur langkah silat. Silat yang
menggunakan ibu jari kaki kiri dan kanan untuk mengawal pergerakan badan dan langkah silat,
jarang digunakan oleh datuk. Malah dia tidak pernah mengajar ilmu silat yang disebut SILAT
SABUI kepada saya.

Silat yang banyak menggunakan kekuatan ibu jari kaki dan ibu jari tangan itu, lebih tertumpu
pada kekuatan mental dan gerak cepat bahagian lengan, betis kaki yang mengerakkan jari jemari
kaki dan tangan untuk mencakar bahagian dada, muka dan belakang lawan hingga terkoyak dan
sekali gus menarik daging dan tulang pihak lawan terkeluar dari bahagian tubuh.

Silat Sabui ini berlandaskan kerohanian yang tidak lari dari hukum agama. Tetapi, kalau salah
bawa boleh terpesong jauh dari hukum-hukum agama malah boleh terkeluar dari akidah.
Itulah salah satu sebab datuk tidak mahu menurunkan ilmu silat itu kepada anak muridnya
kecuali hal-hal pengetahuan agama. Tidak boleh diajarkan kepada sebarang orang.

Apa yang saya tahu cuma ada tiga orang sahaja anak muridnya di Tanah Semenanjung, seorang
di Benut- JOHOR dari suku Bugis, seorang di kawasan Padang Terap-Kedah dari suku Acheh
dan seorang lagi di Kawasan Pulau Kerengge-Terengganu.

Anak murid di Benut lepasan Sekolah Al-Junid-Singapura, seorang lagi AL-Mashoor, Pulau
Pinang dan yang akhir tamat pengajian dari Arab Saudi. Mereka adalah tokoh agama ulama
tempatan dan tidak ramai yang tahu tentang kebolehan ketiga-tiga insan tersebut.
Sebabnya, mereka ditegah memperlihatkan kebolehan atau ketangkasan ilmu yang dimiliki pada
khalayak ramai. Silat Sabui, hanya boleh dimanfaatkan bila keadaan terdesak. Tetapi wajib
digunakan demi mempertahan agama dan maruah bangsa terutama bila diancam oleh puak bukan
Islam yang bertujuan mempersendakan agama Allah.

Andainya, anggota silat Sabui tidak memanfaatkan ilmu yang ada untuk mempertahankan
maruah dan kesucian agama Islam, mereka dianggap dayus dan tidak keterlaluan boleh dicap
sebagai pengkhianat agama.

“Berhenti.”

Saya dan Ali Usman terkejut. Suara wanita hodoh cukup kuat. Rupa-rupanya dia sedang
menuangkan kemarahannya ke arah datuk yang sedang menyusun tapak langkah silat sabui.
Matanya merah menyala, macam biji saga dan dari kedua-dua belah bahunya keluar asap.
Telinga kiri dan kanannya sekejap mengembang, sekejap mengecut mengikut tarikan nafasnya.
“Kamu biadap, ambil ini.”

Wanita hodoh mencampakkan bayi dalam pangkuannya yang sudah menjadi seketul bara ke arah
datuk. Kerana sudah menjangka apa yang akan berlaku, datuk sudah bersedia. Dengan
meluruskan kedua belah tangan dan mengembangkan telapak tangan dan jari jemari ke arah
ketulan bara besar yang menuju ke arahnya.

Tiba-tiba kelajuan ketulan bara terhenti di tengah-tengah antara datuk dan wanita hodoh,
berlegar-legar di situ sambil mengeluarkan bunyi letupan kecil yang membentuk bunga api halus
dan tajam. Tiba-tiba wanita hodoh terjatuh di lantai dan ketulan bara yang berada di awang-
awangan kembali menjadi bayi lalu kembali ke pangkuan wanita hodoh.
“Hiss................” nyaring suara wanita hodoh.

Dalam sekelip mata dia sudah berdiri, Semua rambutnya menutup muka. Biji matanya tidak
dapat dilihat kerana dilindungi rambut yang hitam. Saya kira ini juga merupakan taktik.
Dengan berbuat demikian, kami bertiga menyangka matanya di tutup rambut tidak dapat melihat
kami, pada hal dari celah-celah rambut hitam itu dia dapat melihat anak mata kami bertiga
dengan jelas.

JELAS

Dengan demikian dia dapat melakukan sesuatu atau melemahkan kami melalui renungan
matanya yang bertembung dengan mata kami.

Dan kali ini bayi dalam dakapan yang sejak tadi diam, tiba-tiba menangis dengan semahu-
mahunya. Ini juga merupakan satu helah, bagi menarik perhatian saya, Ali Usman dan datuk.
Bila kami terleka atau terlalai dia akan melakukan sesuatu untuk membinasakan kami.

“Aaaaaa......”

Itu tanda isyarat dari datuk agar kami berhati-hati dan berjaga-jaga. Jangan sekali-kali
terpengaruh dengan tipu helah wanita hodoh itu. Kerana isyarat sudah diberikan, maka kami pun
lebih bersedia.

Perhatian saya dan Ali Usman tertumpu ke arah tubuh wanita hodoh yang menggerakkan
tubuhya dari kiri ke kanan secara perlahan-lahan. Bila bahagian dadanya berdepan dengan dada
Ali Usman, gerakan tubuhnya terus terhenti. Rambut hitam yang menutup muka sebelah kiri
dikuaknya lalu disangkutkan ke telinga. Dengan sebelah mata dia memandang ke arah Ali
Usman.

“Kau manusia pendusta, pengkhianat. Tidak sebaik bapa saudara kamu. Kamu yang mungkir
janji, tidak akan aku lepaskan begitu saja,” satu amaran keras dari wanita hodoh untuk Ali
Usman yang nampak terkejut.

“Tapi..”

“Jangan bertapi lagi, kamu terimalah akibat dari perbuatan kamu,” wanita hodoh memotong
cakap Ali Usman dengan pantas sekali.

Dan kali ini Ali Usman nampak cemas, entah mengapa tiba-tiba badannya mengigil semacam,
tidak boleh berdiri. Semua urat urat sendinya bagaikan terasa mahu bercerai.

SBDJ (SAMBUNGAN 1) SIRI 229 SEDUT TULANG BAYI

Wanita hodoh itu menggunakan kekuatan ilmu aliran nadi yang disalurkan kearah tumit kakinya
yang bercantum pada sekeping papan lantai yang secara kebetulan dipijak oleh sepasang kaki Ali
Usman. Andainya sebelah kaki Ali Usman memijak papan lantai yang lain, pasti aliran nadi
hitam wanita hodoh tidak akan berhasil meresap ke urat darah Ali Usman.

Seluruh tubuh Ali Usman jadi lembik dan perlahan-lahan mahu rebah ke lantai. Sepatutnya dia
rebah ke kiri dan ke kanan tetapi yang anehnya, dia seakan-akan rebah lurus ke atas papan lantai
sekeping yang dipijak oleh wanita hodoh.

Bayi dalam dakapan wanita hodoh ketawa kegelian seperti digelitik. Malah bayi itu bertepuk
tangan.

Saya menarik nafas kecewa, beberapa detik lagi seluruh tubuh Ali Usman yang lembik akan
terbaring di papan lantai sekeping. Kejadian seterusnya susah sungguh mahu diramalkan. Wanita
hodoh mula ketawa, tergambar kepuasan dan kegembiraan yang amat sangat di mukanya.

“Allahu hu Akbar.”

Datuk bertempik, melompat hampir mengenai lelangit bilik dengan kedua-dua belah kakinya
terkangkang dan sepasang tangannya berkembang. Bila tubuh yang melambung itu kembali
berada di lantai tanpa membuang masa datuk terus menumbuk papan lantai di hadapannya.
Aneh sungguh, papan lantai yang ditumbuk tidak pecah, sebaliknya papan lantai yang menjadi
tempat wanita hodoh dan Ali Usman berdiri patah dua dan tercabut dari paku. Papan yang patah
jatuh ke tanah lalu terbentuk ruang atau lubang yang panjang. Cahaya dari luar menyelinap
masuk. Ketawa si bayi dalam dakapan wanita hodoh terhenti dan wajah wanita hodoh yang ceria
menjadi keruh dan cemas.

“Kubur untuk kau,” kata datuk.

“Belum tentu.” Sahut wanita sambil menjenguk ke arah lubang lantai yang ternganga, macam
mulut buaya lapar menanti monyet turun dari pokok bakau.

Saya pastikan, sebaik selesai menjengah ke lubang yang terpelohong itu, wanita hodoh
termenung seketika. Macam ada sesuatu yang difikirkannya.

“Mungkin juga untuk aku, mungkin juga untuk orang yang mungkir janji,” sindir wanita hodoh
sambil menjeling tajam ke arah Ali Usman yang sudah boleh berdiri dengan betul, sebaik saja
papan yang di pijaknya patah dan menjadi lubang.

“Bertenanglah Ali Usman. Aku tidak akan membiarkan kamu sengsara,” sebuah ikrar terpancar
dari kelopak bibir datuk. Ali Usman yang sudah memperolehi kekuatan semangat dan fizikal
mengukir sebuah senyum keyakinan buat dirinya dan datuk.

“Hai, orang tua nak mampus, usah masuk campur dalam urusan ini. Biarlah hal ini diselesaikan
oleh anak saudara orang terbabit dalam perkara ini,” satu permintan yang keras dari wanita
hodoh untuk datuk.
Di sebalik permintaan yang keras itu, wanita hodoh terus menjadikan datuk sasaran
kemarahannya untuk kali kedua.
Kalau tadi matanya merah menyala dan kedua belah bahu mengeluarkan asap. Tetapi, kali ini
dari mata yang merah itu terpancar cahaya kebiruan yang panjang dan tajam, macam pancaran
laser. Setiap benda yang terkena pancaran cahaya akan cair dengan sendiri Manakala dari kiri
dan kanan bahu sudah bertukar daripada asap mengeluarkan percikan bunga api seperti yang
selalu dimainkan oleh kanak-kanak ketika menyambut hari raya.

GAGAL

Berkali-kali sorotan pancaran cahaya itu diarahkan kepada datuk. Semuanya gagal, pancaran itu
seolah-olah ditolak oleh angin ke arah lain.

Dalam masa yang sama terdengar suara datuk membaca surah Al-Kursi dengan fasih dan lancar
sebutannya. Selagi ayat-ayat itu terkeluar dari mulut datuk, kedudukan sorotan cahaya tidak
mengikut seperti apa yang di arahkan oleh wanita hodoh, malah sorotan cahaya menjadi lintang
pukang dan saling tindih menindih.

Setiap kali sorotan cahaya itu berpatah ke arah wanita hodoh dan mengenai tubuhnya, wanita
hodoh akan menjerit kesakitan dan hujung rambutnya akan terbakar lalu mengeluarkan bau
hangit yang amat sangat.

“Bodoh sial,” Wanita hodoh cuba menimbulkan kemarahan datuk. Dalam perkiraanya, bila datuk
marah, datuk tidak dapat mengawal perasaan. Mudahlah baginya mencari kekurangan atau
kelemahan diri datuk. Dengan itu mudah lah dia menewaskan orang tua yang menjadi batu
penghalang cita-citanya.

Segala usaha yang dilakukan tidak menjadi. Datuk tetap tenang dan dingin. Tidak
memperlihatkan sebarang reaksi.

Sebaliknya terus mendekati Ali Usman. Bahu kiri anak saudara raja pukau itu ditepuknya
beberapa kali. Ternyata tindak tanduk itu menyemarakkan kemarahan yang sedia ada dalam dada
wanita hodoh. Dengan serta merta pancaran cahaya yang menyerupai pancaran laser itu
dimatikan.

“Kraaakkkkk....”

Seluruh perhatian kami tertumpu ke arah bunyi tersebut. Beberapa keping papan lantai turut
patah (terutama di kiri kanan papan yang patah pada mula-mula tadi) membentuk permukaan
yang bulat seperti permukaan perigi yang seluasnya lebih dari empat kaki dalam bentuk bulat.
Dari permukaan papan yang bulat itu terhulur secara perlahan-lahan ketulan batu bata tua yang
penuh lumut dan rumput-rumput. Ketulan batu lama tersusun rapi mengelilingi lubang yang
tersedia di lantai.

“Telaga timbul dalam bilik,” itu komen saya melihat kejadian di depan mata yang tidak masuk di
akal.
“Itu bukan telaga, tetapi kubur untuk kamu bertiga,” wanita hodoh membalas komen saya.
Datuk hanya diam. Sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Wanita
hodoh terus berusaha dengan menimbulkan bermacam macam bunyi yang lebih menakutkan
daripada tadi di dalam bilik.

Malah dengan kuasa sihir yang ada padanya, wanita hodoh mendatangkan ular bisa dan beribu-
ribu kala jengking di atas lantai. Semua binatang berbisa menuju ke arah kami bertiga tetapi
berpatah balik ke arah wanita hodoh lalu menjadi dedaun kering, bila datuk menjentik papan
lantai dengan kuku jari hantunya.

PERUT

Jalan terakhir yang dilakukan wanita hodoh untuk melunaskan rasa marah hatinya, bayi dalam
pangkuannya dibalingkan ke pangkal tiang. Kepala bayi itu berkecai dengan otak bersemburan.
Tempurung kepalanya terbelah dua. Apa yang menakjubkan bayi itu tidak menangis langsung.
Darah bertebaran di lantai.

Memang tidak disangka, kejadian yang ngeri dan menakutkan itu berlaku di depan mata. Saya
kecut perut. Wanita hodoh melangkah ke tiang tempat dia menghempaskan bayi kesayangannya.
Sekujur tubuh bayi terkapar dilantai, dikelilngi darah merah segar.

“Daripada hidup menderita, tidak bertuan lebih baik kamu mati,” terdengar ratapan dari wanita
hodoh. Sungguh mendebarkan bila sepasang kaki wanita hodoh memijak-mijak tubuh si bayi.
Darah memancut-mancut dari tubuh bayi yang malang. Wanita hodoh duduk mencangkung di
depan tubuh bayi yang terkapar.

Sepasang matanya bersinar garang. Kemudian perlahan-lahan membongkok tubuh lalu menjilat
darah bayi di lantai serta menelan tulang-temulang yang ada di situ. Lidahnya yang agak luar
biasa panjangnya itu di penuhi dengan darah.

Sebahagian daripada darah merah yang segar itu melekat di kiri kanan pipi. Beberapa bahagian
tulang yang besar seperti tulang paha, kaki dan lenan tidak dimamah atau ditelan tetapi disedut
dengan penuh nafsu.

Semasa menjilat darah dan menghisap tulang temulang bayi terdengar hembusan nafasnya yang
kencang, macam hembusan atau dengkur orang tidur yang amat keletihan. Tidak sampai sepuluh
minit lantai yang berdarah nampak bersih. Begitu juga dengan tulang-tulang yang bertaburan
terus hilang entah kemana.

Kerana terlalu kekenyangan wanita hodoh itui tersandar di dinding dalam keadaan yang tidak
senonoh, Satu persatu wanita hodoh memperhatikan wajah-wajah kami dengan rasa geram.

“Kamu sebenarnya tidak diingini di sini,” tutur datuk.

“Kedatangan aku kerana janji.”

“Orang yang berjanji sudah mati.”


“Dia sudah menyediakan gantinya,” tingkah wanita hodoh.

“Gantinya tidak bersedia,” jawab datuk.

Wanita hodoh terdiam, daging di jari jemarinya kelihatan membengkak. Perlahan-lahan sepasang
tangan nya diangkat separas dada. Daging di jari jemari berguguran di lantai, cuma yang tinggal
ialah tulang jari. Bermula dari jari melarat sedikit demi sedikit hingga kedua dua belah daging
sikunya relai.

“Kakinya, “ kata saya.

Ali Usman dan datuk terus memandang ke arah kaki wanita yang telah tinggal tulang. Tiada
seorang pun daripada kami yang menyedari perubahan yang berlaku pada kedua-dua belah kaki
wanita hodoh. Wajahnya nampak bersahaja, tidak membayangkan rasa sakit walaupun daging
kaki dan tangannya relai di lantai.

Daging yang berguguran dilantai segera dihurungi semut-semut merah berukuran sebesar semut
api. Terdengar bunyi suara meresik memanjang mengiringi pergerakan semut-semut merah itu.
Tidak tahu dari arah mana semut-semut itu datang. Apa yang nyata, dalam beberapa minit saja
semua daging wanita hodoh yang relai dan bersepah dilantai hilang entah kemana.

Pada hemat saya mungkin daging wanita hodoh itu enak rasanya. Sesuai dengan selera semut-
semut merah yang kelihatan masih belum puas. Bunyi suara meresik memanjang yang
membingitkan anak telinga hilang secara mendadak.

“Pelik.”

Kerana yakin, suara itu milik datuk saya segera merenung ke arahnya.Jelas kelihatan dahinya
berkedut. Dua tiga kali gigi atas dengan gigi bawah di lagakannya. Macam ada sesuatu yang
difikirkan. Ali Usman menarik dan melepaskan nafas dengan tenang.

Perhatian kembali ditumpukan pada semut-semut merah di lantai. Semut-semut merah yang
berserakan itu berkumpul lalu membentuk barisan memanjang dan terus bergerak, macam
gerabak keretapi berjalan atas landasan menuju ke arah bahagian kaki yang masih berdaging.

PAHA

Bila sisa daging di kaki habis semut-semut itu bergerak ke bahagian paha. Sebahagian yang lain
berpecah kebahagian lengan, merayap ke dada. Seluruh badan wanita hodoh sudah dikuasai
semut-semut merah. Bunyi suara meresik yang memanjang mula kedengaran.

“Dari mana semut itu datang.”

Ali Usman tujukan pertanyaan kepada datuk. Dengan tenang datuk mengangkat kedua-dua sayap
bahunya sambil mengelengkan kepala.
“Ganjil sungguh,” keluh Ali Usman.
Datuk mengukir senyum sinis di kelopak bibir.

Saya tidak ambil kisah apa yang dikatakan oleh datuk dan Ali Usman. Sesungguhnya saya lebih
berminat melihat gerak geri semut-semut merah yang bagaikan berpesta makan besar di tubuh
wanita hodoh yang terkedang di lantai.

Dia masih bernafas. Matanya yang masih belum diserbu semut-semut merah masih bergerak.
Renungannya sayu ke arah saya. Seolah minta bantuan agar menghalau atau membunuh semut-
semut merah yang menyelimuti seluruh tubuhnya.

Daya melawan masih ada dalam dirinya. Dan wanita hodoh cuma berusaha menghalau kumpulan
semut dengan mengeliat dan mengerakkan tubuhnya. Usaha itu tidak berhasil sepenuhnya.
Hanya sebahagian sahaja semut-semut itu yang jatuh di lantai.

Perbuatan wanita hodoh itu merangsang kemarahan sebahagian dari semut-semut merah yang
masih berada di badannya. Kumpulan yang tinggal itu semakin aggresif mencarik-carik daging
tubuh wanita hodoh. Dari kaki hingga paras leher, tidak ada daging yang tersisa. Sudah tinggal
tulang.

Kumpulan semut merah terus bergerak dan merayap ke bahagian leher. Wanita hodoh
mengerang menahan kesakitan dan kumpulan semut merah sudah pun mendarat di wajahnya.
Dari situ merangkak ke telinga. Suara keluhan dari wanita hodoh kian lemah dan lenyap begitu
saja.

Dan akhirnya, seluruh muka, kepala, hilang dalam timbunan kumpulan semut merah. Si wanita
hodoh juga hilang entah kemana. Terdengar bunyi deru angin yang amat kencang di luar rumah.
Ekor mata saya terus menjeling ke arah datuk dan Ali Usman. Mereka masih seperti tadi, masih
termenung dan terkejut dengan apa yang mereka lihat.

“Allah hu Akbar.”

Itu yang berbunga dalam kalbu, bila melihat seluruh tubuh wanita bertukar menjadi rangka.
Kaku di tengah ruang bilik macam patung. Kaki (tulang) terkangkang. Tangan terkedang,
tengkorak (bahagian muka) mendongak ke langit.

Seling bilik yang bertentangan dengan tengkorak terbuka sendiri. Begitu juga dengan atap di
bahagian tersebut sudah terkobak. Cahaya matahari segera menerkam tengkorak dan tulang
temulang di lantai yang nampak seakan-akan memancar sinar berkilat.

Lebih mengejutkan, kumpulan semut merah yang tadi berpesta riang memamah daging tubuh
wanita dengan rakus hilang entah kemana. Deru angin di luar rumah tidak kedengaran lagi. Sinar
matahari yang jatuh pada longgokan rangka wanita hodoh tidak secerah tadi. Tetapi dari lubang
bumbung yang ternganga itu kelihatan beberapa helai daun kering melayang-layang di udara
sebelum jatuh ditepi longgokan tulang rangka.
“Semuanya macam tidak masuk akal,” Ali Usman memberikan komentar.

“Susah nak cakap,” balas datuk.

Dan seluruh perhatian, saya tumpukan ke arah dua manusia tersebut. Datuk menggaru hujung
dahi sebelah kiri dua tiga kali. Barangkali, dia juga merasa takjub berhadapan dengan suasana
yang tidak pernah difikirkannya.

“Kruuuuuupppppp.”

Tulang-tulang rangka bergerak sendirian, Beberapa detik berikutnya perlahan-lahan tulang


rangka wanita hodoh yang dalam keadaan duduk itu jatuh satu persatu dan berserakan di lantai.
Sinar matahari yang masuk ikut lubang bumbung terus menyorot ke arah tulang yang bertaburan.

BERJALAN

“EH, tulang rangka berjalan?”

Serentak ungkapan itu terpancut dari kekopak bibir datuk dan Ali Usman. Tulang-temulang yang
berserakan bergerak dan berkumpul menjadi satu longgokan. Bagaikan ada kuasa tertentu atau
angin yang menggerakkan tulang temulang tersebut menjadi selonggok.

Susunannya juga menarik, tulang-tulang kaki dan tangan berada di bahagian bawah. Diikuti
dengan tulang kering, tulang paha dan punggong. Lapisan ketiga untuk tulang dada, belakang,
tulang bahu dan tengkuk. Tempat paling atas untuk tengkorak. Lubang mata yang terpelohong,
hidung dan mulutnya, letaknya mendongak ke arah lubang bumbung. Lebih tepatnya mengadap
ke langit.

Kami bertiga bagaikan terpukau dengan apa yang berlaku. Dari sebelah kanan bucu bilik, di
bahagian papan yang terkopak sedikit muncul dua tiga ekor kalkatu. Ganjil sekali, biasanya
kalkatu muncul waktu malam. Keganjilan kalkatu muncul siang, turut dirasakan oleh datuk dan
Ali Usman.

“Ini bukan sebarang kalkatu,” datuk luahkan suara hatinya.

Ali Usman anggukkan kepala. Setuju dengan datuk.

Kalkatu itu terbang ke arah longgokkan tulang temulang. Dalam sekelip mata saja jumlahnya
bertambah lalu bergabung dengan kalkatu yang mula-mula muncul tadi yang (jumlahnya tidak
lebih dari tiga ekor) sedang berlegar-legar atas tulang selonggok.

Kerana jumlahnya sudah banyak, kumpulan kalkatu yang berlegar-legar itu melahirkan bunyi
berdengung yang kuat. Setelah puas berlegar-legar kumpulan tersebut membentuk satu bulatan
seperti bentuk piramid. Kumpulan pertama berada di tempat paling atas sekali. Dua tiga ekor
yang berada di bahagian bawah jatuh atas longgokan tulang yang hilang.
Sebahagian dari kalkatu yang berada dalam bentuk susunan piramid keluar, terutama di bahagian
tengah. Kumpulan yang terkeluar itu terbang menuju ke arah saya dan Ali Usman. Keadaan itu
membuat saya cemas. Kumpulan yang datang itu bukan sedikit, nampak hitam seperti sebiji
bantal guling.

“Tunduk,” jerit datuk, “jangan sampai kepaknya jatuh atas badan kamu berdua. Jangan biarkan
badan kamu digigit kalkatu siang. Bisanya boleh membawa maut,” sambung datuk.
Arahan datuk kami patuhi. Malah kami terus meniarap di permukaan lantai.

“Siapa suruh kamu meniarap, kamu berdua nak mati katak. Aku suruh kamu tunduk saja,” datuk
meledakkan kemarahan. Dengan segera kami bangun dan tunduk.

Kumpulan kalkatu yang datang menyerang itu melepasi kepala kami berdua. Sebahagian yang
terlajak, tidak sempat berpusing balik lalu melanggar dinding.

Akibatnya jatuh bergelimpangan di lantai dan segera menjadi butir-butir pasir yang halus.
Sebahagian yang terselamat terus menyelinap ke dalam lubang dinding.

Kerana tidak mendapat arahan selanjutnya dari datuk, saya dan Ali Usman terus tunduk hingga
batang leher terasa tidak selesa. Secara mengejut kulit di tempurung kepala terasa seperti disikat-
sikat. Rambut hitam saya gugur di lantai. Begitu juga dengan rambut Ali Usman.Wanita hodoh
itu menggunakan kekuatan ilmu aliran nadi yang disalurkan kearah tumit kakinya yang
bercantum pada sekeping papan lantai yang secara kebetulan dipijak oleh sepasang kaki Ali
Usman. Andainya sebelah kaki Ali Usman memijak papan lantai yang lain, pasti aliran nadi
hitam wanita hodoh tidak akan berhasil meresap ke urat darah Ali Usman.

Seluruh tubuh Ali Usman jadi lembik dan perlahan-lahan mahu rebah ke lantai. Sepatutnya dia
rebah ke kiri dan ke kanan tetapi yang anehnya, dia seakan-akan rebah lurus ke atas papan lantai
sekeping yang dipijak oleh wanita hodoh.

Bayi dalam dakapan wanita hodoh ketawa kegelian seperti digelitik. Malah bayi itu bertepuk
tangan.

Saya menarik nafas kecewa, beberapa detik lagi seluruh tubuh Ali Usman yang lembik akan
terbaring di papan lantai sekeping. Kejadian seterusnya susah sungguh mahu diramalkan. Wanita
hodoh mula ketawa, tergambar kepuasan dan kegembiraan yang amat sangat di mukanya.

“Allahu hu Akbar.”

Datuk bertempik, melompat hampir mengenai lelangit bilik dengan kedua-dua belah kakinya
terkangkang dan sepasang tangannya berkembang. Bila tubuh yang melambung itu kembali
berada di lantai tanpa membuang masa datuk terus menumbuk papan lantai di hadapannya.
Aneh sungguh, papan lantai yang ditumbuk tidak pecah, sebaliknya papan lantai yang menjadi
tempat wanita hodoh dan Ali Usman berdiri patah dua dan tercabut dari paku. Papan yang patah
jatuh ke tanah lalu terbentuk ruang atau lubang yang panjang. Cahaya dari luar menyelinap
masuk. Ketawa si bayi dalam dakapan wanita hodoh terhenti dan wajah wanita hodoh yang ceria
menjadi keruh dan cemas.

“Kubur untuk kau,” kata datuk.


“Belum tentu.” Sahut wanita sambil menjenguk ke arah lubang lantai yang ternganga, macam
mulut buaya lapar menanti monyet turun dari pokok bakau.

Saya pastikan, sebaik selesai menjengah ke lubang yang terpelohong itu, wanita hodoh
termenung seketika. Macam ada sesuatu yang difikirkannya.

“Mungkin juga untuk aku, mungkin juga untuk orang yang mungkir janji,” sindir wanita hodoh
sambil menjeling tajam ke arah Ali Usman yang sudah boleh berdiri dengan betul, sebaik saja
papan yang di pijaknya patah dan menjadi lubang.

“Bertenanglah Ali Usman. Aku tidak akan membiarkan kamu sengsara,” sebuah ikrar terpancar
dari kelopak bibir datuk. Ali Usman yang sudah memperolehi kekuatan semangat dan fizikal
mengukir sebuah senyum keyakinan buat dirinya dan datuk.

“Hai, orang tua nak mampus, usah masuk campur dalam urusan ini. Biarlah hal ini diselesaikan
oleh anak saudara orang terbabit dalam perkara ini,” satu permintan yang keras dari wanita
hodoh untuk datuk.

Di sebalik permintaan yang keras itu, wanita hodoh terus menjadikan datuk sasaran
kemarahannya untuk kali kedua.

Kalau tadi matanya merah menyala dan kedua belah bahu mengeluarkan asap. Tetapi, kali ini
dari mata yang merah itu terpancar cahaya kebiruan yang panjang dan tajam, macam pancaran
laser. Setiap benda yang terkena pancaran cahaya akan cair dengan sendiri Manakala dari kiri
dan kanan bahu sudah bertukar daripada asap mengeluarkan percikan bunga api seperti yang
selalu dimainkan oleh kanak-kanak ketika menyambut hari raya.

GAGAL

Berkali-kali sorotan pancaran cahaya itu diarahkan kepada datuk. Semuanya gagal, pancaran itu
seolah-olah ditolak oleh angin ke arah lain.

Dalam masa yang sama terdengar suara datuk membaca surah Al-Kursi dengan fasih dan lancar
sebutannya. Selagi ayat-ayat itu terkeluar dari mulut datuk, kedudukan sorotan cahaya tidak
mengikut seperti apa yang di arahkan oleh wanita hodoh, malah sorotan cahaya menjadi lintang
pukang dan saling tindih menindih.

Setiap kali sorotan cahaya itu berpatah ke arah wanita hodoh dan mengenai tubuhnya, wanita
hodoh akan menjerit kesakitan dan hujung rambutnya akan terbakar lalu mengeluarkan bau
hangit yang amat sangat.
“Bodoh sial,” Wanita hodoh cuba menimbulkan kemarahan datuk. Dalam perkiraanya, bila datuk
marah, datuk tidak dapat mengawal perasaan. Mudahlah baginya mencari kekurangan atau
kelemahan diri datuk. Dengan itu mudah lah dia menewaskan orang tua yang menjadi batu
penghalang cita-citanya.

Segala usaha yang dilakukan tidak menjadi. Datuk tetap tenang dan dingin. Tidak
memperlihatkan sebarang reaksi.

Sebaliknya terus mendekati Ali Usman. Bahu kiri anak saudara raja pukau itu ditepuknya
beberapa kali. Ternyata tindak tanduk itu menyemarakkan kemarahan yang sedia ada dalam dada
wanita hodoh. Dengan serta merta pancaran cahaya yang menyerupai pancaran laser itu
dimatikan.

“Kraaakkkkk....”

Seluruh perhatian kami tertumpu ke arah bunyi tersebut. Beberapa keping papan lantai turut
patah (terutama di kiri kanan papan yang patah pada mula-mula tadi) membentuk permukaan
yang bulat seperti permukaan perigi yang seluasnya lebih dari empat kaki dalam bentuk bulat.
Dari permukaan papan yang bulat itu terhulur secara perlahan-lahan ketulan batu bata tua yang
penuh lumut dan rumput-rumput. Ketulan batu lama tersusun rapi mengelilingi lubang yang
tersedia di lantai.

“Telaga timbul dalam bilik,” itu komen saya melihat kejadian di depan mata yang tidak masuk di
akal.

“Itu bukan telaga, tetapi kubur untuk kamu bertiga,” wanita hodoh membalas komen saya.
Datuk hanya diam. Sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Wanita
hodoh terus berusaha dengan menimbulkan bermacam macam bunyi yang lebih menakutkan
daripada tadi di dalam bilik.

Malah dengan kuasa sihir yang ada padanya, wanita hodoh mendatangkan ular bisa dan beribu-
ribu kala jengking di atas lantai. Semua binatang berbisa menuju ke arah kami bertiga tetapi
berpatah balik ke arah wanita hodoh lalu menjadi dedaun kering, bila datuk menjentik papan
lantai dengan kuku jari hantunya.

PERUT

Jalan terakhir yang dilakukan wanita hodoh untuk melunaskan rasa marah hatinya, bayi dalam
pangkuannya dibalingkan ke pangkal tiang. Kepala bayi itu berkecai dengan otak bersemburan.
Tempurung kepalanya terbelah dua. Apa yang menakjubkan bayi itu tidak menangis langsung.
Darah bertebaran di lantai.

Memang tidak disangka, kejadian yang ngeri dan menakutkan itu berlaku di depan mata. Saya
kecut perut. Wanita hodoh melangkah ke tiang tempat dia menghempaskan bayi kesayangannya.
Sekujur tubuh bayi terkapar dilantai, dikelilngi darah merah segar.
“Daripada hidup menderita, tidak bertuan lebih baik kamu mati,” terdengar ratapan dari wanita
hodoh. Sungguh mendebarkan bila sepasang kaki wanita hodoh memijak-mijak tubuh si bayi.
Darah memancut-mancut dari tubuh bayi yang malang. Wanita hodoh duduk mencangkung di
depan tubuh bayi yang terkapar.
Sepasang matanya bersinar garang. Kemudian perlahan-lahan membongkok tubuh lalu menjilat
darah bayi di lantai serta menelan tulang-temulang yang ada di situ. Lidahnya yang agak luar
biasa panjangnya itu di penuhi dengan darah.

Sebahagian daripada darah merah yang segar itu melekat di kiri kanan pipi. Beberapa bahagian
tulang yang besar seperti tulang paha, kaki dan lenan tidak dimamah atau ditelan tetapi disedut
dengan penuh nafsu.

Semasa menjilat darah dan menghisap tulang temulang bayi terdengar hembusan nafasnya yang
kencang, macam hembusan atau dengkur orang tidur yang amat keletihan. Tidak sampai sepuluh
minit lantai yang berdarah nampak bersih. Begitu juga dengan tulang-tulang yang bertaburan
terus hilang entah kemana.

Kerana terlalu kekenyangan wanita hodoh itui tersandar di dinding dalam keadaan yang tidak
senonoh, Satu persatu wanita hodoh memperhatikan wajah-wajah kami dengan rasa geram.
“Kamu sebenarnya tidak diingini di sini,” tutur datuk.

“Kedatangan aku kerana janji.”

“Orang yang berjanji sudah mati.”

“Dia sudah menyediakan gantinya,” tingkah wanita hodoh.

“Gantinya tidak bersedia,” jawab datuk.

Wanita hodoh terdiam, daging di jari jemarinya kelihatan membengkak. Perlahan-lahan sepasang
tangan nya diangkat separas dada. Daging di jari jemari berguguran di lantai, cuma yang tinggal
ialah tulang jari. Bermula dari jari melarat sedikit demi sedikit hingga kedua dua belah daging
sikunya relai.

“Kakinya, “ kata saya.

Ali Usman dan datuk terus memandang ke arah kaki wanita yang telah tinggal tulang. Tiada
seorang pun daripada kami yang menyedari perubahan yang berlaku pada kedua-dua belah kaki
wanita hodoh. Wajahnya nampak bersahaja, tidak membayangkan rasa sakit walaupun daging
kaki dan tangannya relai di lantai.

Daging yang berguguran dilantai segera dihurungi semut-semut merah berukuran sebesar semut
api. Terdengar bunyi suara meresik memanjang mengiringi pergerakan semut-semut merah itu.
Tidak tahu dari arah mana semut-semut itu datang. Apa yang nyata, dalam beberapa minit saja
semua daging wanita hodoh yang relai dan bersepah dilantai hilang entah kemana.
Pada hemat saya mungkin daging wanita hodoh itu enak rasanya. Sesuai dengan selera semut-
semut merah yang kelihatan masih belum puas. Bunyi suara meresik memanjang yang
membingitkan anak telinga hilang secara mendadak.
“Pelik.”
Kerana yakin, suara itu milik datuk saya segera merenung ke arahnya.Jelas kelihatan dahinya
berkedut. Dua tiga kali gigi atas dengan gigi bawah di lagakannya. Macam ada sesuatu yang
difikirkan. Ali Usman menarik dan melepaskan nafas dengan tenang.

Perhatian kembali ditumpukan pada semut-semut merah di lantai. Semut-semut merah yang
berserakan itu berkumpul lalu membentuk barisan memanjang dan terus bergerak, macam
gerabak keretapi berjalan atas landasan menuju ke arah bahagian kaki yang masih berdaging.

PAHA

Bila sisa daging di kaki habis semut-semut itu bergerak ke bahagian paha. Sebahagian yang lain
berpecah kebahagian lengan, merayap ke dada. Seluruh badan wanita hodoh sudah dikuasai
semut-semut merah. Bunyi suara meresik yang memanjang mula kedengaran.

“Dari mana semut itu datang.”

Ali Usman tujukan pertanyaan kepada datuk. Dengan tenang datuk mengangkat kedua-dua sayap
bahunya sambil mengelengkan kepala.

“Ganjil sungguh,” keluh Ali Usman.

Datuk mengukir senyum sinis di kelopak bibir.

Saya tidak ambil kisah apa yang dikatakan oleh datuk dan Ali Usman. Sesungguhnya saya lebih
berminat melihat gerak geri semut-semut merah yang bagaikan berpesta makan besar di tubuh
wanita hodoh yang terkedang di lantai.

Dia masih bernafas. Matanya yang masih belum diserbu semut-semut merah masih bergerak.
Renungannya sayu ke arah saya. Seolah minta bantuan agar menghalau atau membunuh semut-
semut merah yang menyelimuti seluruh tubuhnya.

Daya melawan masih ada dalam dirinya. Dan wanita hodoh cuma berusaha menghalau kumpulan
semut dengan mengeliat dan mengerakkan tubuhnya. Usaha itu tidak berhasil sepenuhnya.
Hanya sebahagian sahaja semut-semut itu yang jatuh di lantai.

Perbuatan wanita hodoh itu merangsang kemarahan sebahagian dari semut-semut merah yang
masih berada di badannya. Kumpulan yang tinggal itu semakin aggresif mencarik-carik daging
tubuh wanita hodoh. Dari kaki hingga paras leher, tidak ada daging yang tersisa. Sudah tinggal
tulang.

Kumpulan semut merah terus bergerak dan merayap ke bahagian leher. Wanita hodoh
mengerang menahan kesakitan dan kumpulan semut merah sudah pun mendarat di wajahnya.
Dari situ merangkak ke telinga. Suara keluhan dari wanita hodoh kian lemah dan lenyap begitu
saja.

Dan akhirnya, seluruh muka, kepala, hilang dalam timbunan kumpulan semut merah. Si wanita
hodoh juga hilang entah kemana. Terdengar bunyi deru angin yang amat kencang di luar rumah.
Ekor mata saya terus menjeling ke arah datuk dan Ali Usman. Mereka masih seperti tadi, masih
termenung dan terkejut dengan apa yang mereka lihat.

“Allah hu Akbar.”

Itu yang berbunga dalam kalbu, bila melihat seluruh tubuh wanita bertukar menjadi rangka.
Kaku di tengah ruang bilik macam patung. Kaki (tulang) terkangkang. Tangan terkedang,
tengkorak (bahagian muka) mendongak ke langit.

Seling bilik yang bertentangan dengan tengkorak terbuka sendiri. Begitu juga dengan atap di
bahagian tersebut sudah terkobak. Cahaya matahari segera menerkam tengkorak dan tulang
temulang di lantai yang nampak seakan-akan memancar sinar berkilat.

Lebih mengejutkan, kumpulan semut merah yang tadi berpesta riang memamah daging tubuh
wanita dengan rakus hilang entah kemana. Deru angin di luar rumah tidak kedengaran lagi. Sinar
matahari yang jatuh pada longgokan rangka wanita hodoh tidak secerah tadi. Tetapi dari lubang
bumbung yang ternganga itu kelihatan beberapa helai daun kering melayang-layang di udara
sebelum jatuh ditepi longgokan tulang rangka.

“Semuanya macam tidak masuk akal,” Ali Usman memberikan komentar.

“Susah nak cakap,” balas datuk.

Dan seluruh perhatian, saya tumpukan ke arah dua manusia tersebut. Datuk menggaru hujung
dahi sebelah kiri dua tiga kali. Barangkali, dia juga merasa takjub berhadapan dengan suasana
yang tidak pernah difikirkannya.

“Kruuuuuupppppp.”

Tulang-tulang rangka bergerak sendirian, Beberapa detik berikutnya perlahan-lahan tulang


rangka wanita hodoh yang dalam keadaan duduk itu jatuh satu persatu dan berserakan di lantai.
Sinar matahari yang masuk ikut lubang bumbung terus menyorot ke arah tulang yang bertaburan.

BERJALAN

“EH, tulang rangka berjalan?”

Serentak ungkapan itu terpancut dari kekopak bibir datuk dan Ali Usman. Tulang-temulang yang
berserakan bergerak dan berkumpul menjadi satu longgokan. Bagaikan ada kuasa tertentu atau
angin yang menggerakkan tulang temulang tersebut menjadi selonggok.
Susunannya juga menarik, tulang-tulang kaki dan tangan berada di bahagian bawah. Diikuti
dengan tulang kering, tulang paha dan punggong. Lapisan ketiga untuk tulang dada, belakang,
tulang bahu dan tengkuk. Tempat paling atas untuk tengkorak. Lubang mata yang terpelohong,
hidung dan mulutnya, letaknya mendongak ke arah lubang bumbung. Lebih tepatnya mengadap
ke langit.
Kami bertiga bagaikan terpukau dengan apa yang berlaku. Dari sebelah kanan bucu bilik, di
bahagian papan yang terkopak sedikit muncul dua tiga ekor kalkatu. Ganjil sekali, biasanya
kalkatu muncul waktu malam. Keganjilan kalkatu muncul siang, turut dirasakan oleh datuk dan
Ali Usman.

“Ini bukan sebarang kalkatu,” datuk luahkan suara hatinya.

Ali Usman anggukkan kepala. Setuju dengan datuk.

Kalkatu itu terbang ke arah longgokkan tulang temulang. Dalam sekelip mata saja jumlahnya
bertambah lalu bergabung dengan kalkatu yang mula-mula muncul tadi yang (jumlahnya tidak
lebih dari tiga ekor) sedang berlegar-legar atas tulang selonggok.

Kerana jumlahnya sudah banyak, kumpulan kalkatu yang berlegar-legar itu melahirkan bunyi
berdengung yang kuat. Setelah puas berlegar-legar kumpulan tersebut membentuk satu bulatan
seperti bentuk piramid. Kumpulan pertama berada di tempat paling atas sekali. Dua tiga ekor
yang berada di bahagian bawah jatuh atas longgokan tulang yang hilang.

Sebahagian dari kalkatu yang berada dalam bentuk susunan piramid keluar, terutama di bahagian
tengah. Kumpulan yang terkeluar itu terbang menuju ke arah saya dan Ali Usman. Keadaan itu
membuat saya cemas. Kumpulan yang datang itu bukan sedikit, nampak hitam seperti sebiji
bantal guling.

“Tunduk,” jerit datuk, “jangan sampai kepaknya jatuh atas badan kamu berdua. Jangan biarkan
badan kamu digigit kalkatu siang. Bisanya boleh membawa maut,” sambung datuk.

Arahan datuk kami patuhi. Malah kami terus meniarap di permukaan lantai.

“Siapa suruh kamu meniarap, kamu berdua nak mati katak. Aku suruh kamu tunduk saja,” datuk
meledakkan kemarahan. Dengan segera kami bangun dan tunduk.

Kumpulan kalkatu yang datang menyerang itu melepasi kepala kami berdua. Sebahagian yang
terlajak, tidak sempat berpusing balik lalu melanggar dinding.

Akibatnya jatuh bergelimpangan di lantai dan segera menjadi butir-butir pasir yang halus.
Sebahagian yang terselamat terus menyelinap ke dalam lubang dinding.

Kerana tidak mendapat arahan selanjutnya dari datuk, saya dan Ali Usman terus tunduk hingga
batang leher terasa tidak selesa. Secara mengejut kulit di tempurung kepala terasa seperti disikat-
sikat. Rambut hitam saya gugur di lantai. Begitu juga dengan rambut Ali Usman.

Anda mungkin juga menyukai