Anda di halaman 1dari 31

1.0 Analisis Cerpen 1.1. Cerpen 1 : Ramlah Mencari Ramli (Makieteng) 1.1.

1 Tema :

Tema
Bertemakan kasih sayang antara manusia dan haiwan.

Kasih sayang ini dibuktikan oleh Ramlah yang bercadang melaporkan kehilangan Ramli kepada pihak polis. Ramlah juga berdoa agar Ramli selamat dan akibat terlalu risaukan Ramli, Ramlah tidak nasi goreng yang dimasak ibunya.

1.1.2. Persoalan :

Persoalan kasih sayang terhadap haiwan.

Ramlah menjaga Ramli seperti anaknya sendiri. dia menyayangi Ramli melebihi segalanya dan Ramli merupakan sebahagian daripada hidupnya. Ramlaterlalu risau akan kehilangan Ramli dan berdoa agar Ramli sentiasa selamat.

Persoalan Cinta

Ramlah dan Zizan telah mejalinkan percintaan sejak dari bangku sekolah lagi. Walaupun sudah putus tunang, Zizan masih menyintai Ramlah dan ingin menjadikan Ramlah sebagai isterinya.

Persoalan Nilai-nilai Kemanusiaan

Digambarkan dalam watak Ramlah dan bapanya, Roslan yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi iaitu tolong menolong, penyayang, san pemurah. Ramlah sering menjenguk Ibu Salim semasa wanita itu tidak sihat.

1.1.3. Watak dan Perwatakan i. Ramlah

a) Watak :

Satu-satunya anak perempuan Roslan Pernah bertunang dengan Zizan dan akhirnya berkahwin Berjiwa seni dan kreatif

Ramlah
Baik hati Bercinta dengan Zizan sejak dari bangku sekolah Penyayang

b) Perwatakan :

Seorang penyayang

Dia amat menyanyangi Ramli seperti anaknya sendiri dan menyanyangi Ramli melebihi segalanya.

Seorang yang tegas

Beliau sanggup mengugut sesiapa sahaja yang berani menganggu Ramli.

Seorang yang baik hati

Dia sanggup menjaga ibu Salim semasa wanita itu tidak sihat.

Seorang yang ego

Walaupun Ramlah membenci Zizan, namun dihatinya masih terdapat perasaan rindu terhadap bekas tunangnya itu.

Seorang usahawan wanita yang berjaya

Ramlah membeli kraftangan yang dibeli daripada orang kampung dan menjualnya di dalam internet.

ii.

Zizan :

a) Watak :

Sangat mencintai Ramlah Suami kepada Ramlah Pernah bertunang dengan Ramlah

Zizan
Matang Bertubuh badan gagah Tidak mudah berputus asa

b) Perwatakan :

Seorang setia

Dia terlalu mencintai Ramlah sehingga tidak mampu bersama dengan wanita lain.

Seorang yang tidak mudah berputus asa

Walaupun Ramlah membencinya, Zizan tetap tidak berputus asa untuk mengambil hati Ramlah malah ingin menjadikan Ramlah sebagai isterinya.

Seorang yang baik hati

Dia membantu Ramlah mencari Ramli tanpa diketahui oleh Ramlah.

iii.

Salim :

a) Watak :

Tinggal bersama ibunya

Ditipu oleh kekasihnya

Pernah bekerja di Shah Alam

Salim
Mencintai Cinta seorang gadis Indonesia Menolak semasa ibunya ingin menjodohkannya dengan Ramlah

b) Perwatakan :

Seorang mudah tertipu kerana cinta

Dia terlalu mencintai kekasihnya sehingga ditipu sebanyak RM10,000 dan kekasihnya merupakan isteri orang.

Tidak kuat agama

Sanggup membawa Cinta ke bilik tidur semasa mereka bercinta

Tidak berdisiplin

Selalu ponteng kerja dan akhirnya diberhentikan kerja.

1.1.4. Plot

Permulaan Cerita Ramlah mencari Ramli yang tidak pulang ke rumah sewaktu hampir magrib. Ramlah mencari Ramli di sekeling kampung namun tiada seorang pun yang melihat Ramli.

Perkembangan Cerita Ramlah bercadang untuk membuat laporan polis tentang kehilangan Ramli tetapi dihalang oleh ayahnya. Ramlah teringat semasa menyambut kelahiran Ramli. Emak Ramli meninggal dunia sewaktu melahirkan Ramli. ibunnya meninggal dunia sebelum sempat dibawa berjumpa dengan doktor kerana diwaktu itu kampungnya banjir. Tangan Ramlahlah yang membesarkan Ramli dan dia teringat sewaktu Ramli kembung perut, dialah yang menyapukan minyak hijau ke perut Ramli.
Klimaks Ramlah dan ibu bapanya pergi ke rumah Zizan Disana, Ramlah berjumpa dengan Ramli yang telah diselamatkan oleh Zizan. Zizan meluahkan perasaannya kepada Ramlah dan Zizan ingin menjadikan Ramlah sebagai isterinya. Pengakhiran Cerita Ramlah membelek-belek inai dijarinya kerana dia masih tidak percaya dia masih mempunyai jodoh dengan Zizan Zizan memberitahu berbaloi mencari Ramli kerana disebabkan itu Ramlah menerimanya.

1.1.5. Latar

a) Latar Tempat :

Di kamar Ramlah
Ramlah berjalan dengan lesu ke biliknya. Dia memandang keluar dari tepi jendela, hujan diluar mula menggila.

Di rumah Zizan
Ramlah pergi ke rumah Zizan bersama ibu bapanya dan disana Ramlah bertemu dengan Ramli. Disini juga Zizan melamar Ramlah untuk menjadi isterinya.

Di atas tangga rumah Salim


Salim dan ibunya bercerita dengan kebaikan yang dilakukan oleh Ramlah dan juga bapanya. Salim juga dibebel oleh ibunya tentang kisah cintanya yang tidak menjadi.

10

b) Latar Masa dan Waktu

Waktu hampir magrib


"Ramli...Ramli..." Mana pula budak bertuah ni. Dah nak magrib pun tak balikbalik lagi, kalau main tu, tak ingat dunia dia ni", omel Ramlah.

Waktu malam
"Apa yang Melah senyum sorang-sorang tu?". Ramlah menutup mulutnya sendiri. DIa bersama dengan Zizan sebentar tadi. Selepas upacara persandingan 'Malam berinai'.

c) Latar Masyarakat :

Masyarakat kampung
Masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan kampung. Disinilah tempat Ramlah dan keluarganya tinggal. Contoh : "Ramli...oh Ramli...". Hampir putus nyawa Ramlah dibuatnya. Sudah secerok kampung dia mencari nmun tidak seorang pun yang ternampak Ramli.

11

1.1.6. Nilai dan Pengajaran

a) Nilai kemanusiaan :

Penyayang

Ramlah yang menyayangi Ramli. Contoh : "Ya Allah, selamatkanlah Ramlu. Selamatkanlah anakku". Ramlah meraup mukanya yang basah. Dia menyayangi Ramli melebihi segalanya.

Baik hati

Ramlah yang sangat baik hati terhadap ibu Salim. Contoh : Melahlah yang selalu mejaga mak kalau mak sakit. Dia anak yang baik.

b) Pengajaran :

Kita perlulah menjaga dan menyayangi haiwan. Haiwan juga adalah salah satu makhluk Tuhan di muka bumi. Contohnya Ramlah yang menyayangi Ramli. Contohnya : "Ramli..." Pekik Ramlah. Dia berlari mendapatkan Ramli. Ramli terjaga bila mendengar namanya disebut. Dia menyondol-nyondol kepalanya di ribaan Ramlah. Ramlah mencium sepuas-puasnya muka Ramli. Kita mestilah mengamalkan sikap tolong-menolong dalam masyarakat Bapa Ramlah, Roslan banyak membantu keluarga Salim untuk membina kandang kambing.

12

1.2 Cerpen 2 : Oh Cantik! (Ainul Yaqin) 1.2. 1. Tema :

Tema
Cerpen ini membawa tema tentang percintaan yang bukan hanya pada rupa fizikal tetapi kecantikan dalaman.

Disebabkan sikap Lokman yang sering memilih wanita dari segi paras rupa, akhirnya dia sedar hati seorang wanita itu lebih cantik daripada fizikal mereka.

Watak Lokman bersyukur akhirnya beliau medapat cinta sejati tanpa melihat kecantikan luaran.

13

1.2.2 Persoalan

Persoalan Cinta bukan pada fizikal

Watak Lokman yang begitu memilih dalam mencari pasangan. Lokman hanya memandang paras rupa seseorang wanita untuk dijadikan pasangannya. Contohnya, "Kaulah yang sesuai dengan aku. Kenapa? Kau cantik, kurus, tinggi, dan manis", puji Lokman sambil berharap perasaan Leha akan mengendur mendengarnya.

Persoalan persahabatan

Sahabat Lokman iaitu Syukri yang begitu menentang gadis pilihan Lokman yang tidak cantik dan gemuk. Contohnya, "Man, kau yang bermasalah sebenarnya. Selalunya kau pilih perempuan yang cantik, atau sedang-sedang. Bukan macam perempuan yang kau jumpa tadi!".

14

1.2.3 Watak dan Perwatakan i. Lokman :

a) Watak :

Sedikit gempal
Jatuh cinta pandang pertama kepada Rozimah

Berkumis tebal

Lokman
Suka akan Leha
Mudah terpengaruh memandang wanita hanya pada luaran

15

b) Perwatakan :

Terlalu memilih pasangan

Lokman hanya ingin mencari wanita yang cantik luaran tanpa menilai kecantikan dalaman Contohnya, Lokman menyukai Leha yang cantik, kurus, tinggi dan manis. Lokman terlalu mempercayai kata-kata rakannya dan meninggalkan Rozimah Contohnya, Lokman terus meninggalkan Rozimah setelah menyedari tentang rupa paras sebenar Rozimah. Lokman seorang lelaki yang bijak bermain kata-kata apabila berhadapn dengan wanita. Contohnya, "Tak perlu. Cukup kalau awak bagi saya nombor telefon awak." Tergamam Rozimah mendengarnya. Lokman mempunyai sikap tidak tahu malu dan suka membuat keputusan sendiri. Contohnya, semasa dimarahi oleh Leha kerana menyebarkan perkara palsu. "Man, kenapa kau cakap dengan kawankawan aku kita bercinta? Kita kan tak ada apa-apa hubungan, kenapa kau buat cerita macam ni? aku malu tau"

Tidak mempunyai pendirian tetap

Bermulut manis

Suka membuat keputusan sendiri

16

ii.

Rozimah :

a) Watak :

Wanita bekerjaya

Pernah dikecewa oleh lelaki

Rozimah

Berbadan gempal

Wajahnya biasa-biasa sahaja

17

b) Perwatakan :

Seorang yang baik hati Seorang yang sukakan kanak-kanak

Rozimah menghulurkan duit kertas yang ada di dala dompetnya kepada wanita yang mengemis bersama anak-anaknya.

Rozimah memujuk seorang kanak-kanak yang menagis dengan aiskrim.


Contoh : "Lelaki tak pernah suka perempuan macam saya. Termasuklah awak. Kenapalah saya tak sedar awak pun sama macam mereka? Lepas tu dibiarkan macam tu saja oleh awak? Saya rasa macam orang bodoh awak tau tak?" Rozimah tidak memarahi pekerja restoran atau Lokman yang menghinanya kerana berbadan gempal. Contoh : "Kerusi di sini dibuat aripada besi yang tahan encik. Tak mungkin robh macam tu sahaja kecuali lah..." dia tidak meneruskan kata-kata tetapi menjeling Rozimah yang sudah beredar dari situ.

Pernah kecewa kerana lelaki

Seorang yang sabar

18

iii.

Syukri

a) Watak :

Rakan kepada Lokman

Syukri
memandang wanita hanya pada luaran sahaja
Suka menghasut Lokman

19

b) Perwatakan :

Seorang yang suka menghasut

Syukri menentang apabila Lokman menyukai Rozimah. Contoh : "Kenapa kau macam ni? Man, kau tak tahu ke perempuan tu gemuk? Gemuk dua kali ganda daripada kau! kau tak perasan ke?" Pucat wajah Lokman. Contohnya, "Tak payahlah jumpa dia lagi, Man. Kalau kau tengok muka sebenar perempuan tu tentu kau akan kecewa." Syukri seakan tahu kerindua yang ditanggung Lokman.

Seorang yang memandang paras rupa wanita sahaja

20

1.2.4 Plot

Permulaan Cerita Rozimah melanggar Lokman menggunakan kereta secara tidak sengaja. Lokman mengajak Rozimah untuk berjumpa pada malam tersebut.

Perkembangan Cerita Lokman membawa rakannya, Syukri, bertemu Rozimah di restoran. Sewaktu bertemu dengan Rozimah, Lokman asyik merenung wajahnya. Kerusi Rozimah roboh dan membuatkan Rozimah jatuh. Rozimah berasa malu dan terus beredar dari restoran itu. Syukri menentang gadis pilihan Lokman kerana gadis itu gemuk. Lokman teringat kembali bagaimana dia telah dilanggar oleh Rozimah.

Klimaks Lokman menjadi tidak tentu hala kerana terlalu rindukan Rozimah. Lokman berasa tercabar dengan kata-kata Syukri dan ingin berjumpa sekali lagi dengan Rozimah. Lokman amat terkejut setelah melihat rupa paras sebenar Rozimah. Pengakhiran cerita Lokman menunggu Rozimah diluar pejabatnya. Lokman meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Rozimah. Rozimah bersyukur kerana mata seseorang terbuka untuk melihat kecantikan dalamannya.
21

1.2.5 Latar a) Latar Tempat :

Di restoran makanan segera


Tempat Lokman bertemu dengan Rozimah buat pertama kalinya. Disini juga tempat di mana Rozimah telah terjatuh daripada kerusi dan dimalukan dihadapan pelanggan lain. Contoh : "Kerusi di sini dibuat aripada besi yang tahan encik. Tak mungkin robh macam tu sahaja kecuali lah..." dia tidak meneruskan kata-kata tetapi menjeling Rozimah yang sudah beredar dari situ.

Di kedai mamak tepi Jalan Hang Tuah


Perjumpaan kali kedua Lokman dan Rozimah. Di sini Lokman menyedari rupa paras sebenar Rozimah.

Di luar pejabat Rozimah


Lokman meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Rozimah dan berjanji tidak akan mempermainkan Rozimah.

b) Latar Masyarakat :

Masyarakat yang bekerjaya


Lokman, Syukri dan Rozimah merupakan golongan bekerjaya yang bekerja di pejabat. Contohnya : Di luar pejabat tempat Rozimah bekerja, Lokman menunggu dengan sabar. Dia tahu Rozimah bekerja di situ selepas diberitahu tempoh hari. Rupanya pejabat mereka berdekatan.

22

1.2.6 Nilai dan Pengajaran :

a) Nilai kemanusiaan :

Baik hati

Rozimah yang baik hati. Contoh : Rozimah menghulurkan duit kertas yang ada di dalam dompetnya kepada wanita yang mengemis bersama anak-anaknya.

Penyabar

Rozimah seorang yang penyabar Contoh : Beliau bersikap sabar dan tidak memarahi pekerja restoran semasa kerusi yang didudukinya roboh.

Pemaaf

Rozimah memaafkan kesalahan Lokman dan bersyukur kerana ada insan yang melihat kecantikkan dalamannya.

23

b) Pengajaran :

Kita haruslah melihat manusia bukan hanya pada fizikal tetapi juga kecantikkan dalamannya.

Kita mestilah bersyukur dengan apa yang diperolehi

Kita juga mestilah menjaga hati orang lain dan tidak menghina kekurangannya.

24

2.0 Penambahbaikan Cerpen Ramlah Mencari Ramli

2.1 Sinopsis :

Waktu sudah menghampiri magrib. Namun, Ramli masih belum pulang ke rumah. Ramlah mencari Ramli sambil memegang ranting kayu di tangannya. Mulut Ramlah mengomel sepanjang mencari Ramli. Sudah secerok kampong dia mencari namun tidak seorang pun yang ternampak Ramli. Walaupun sudah tengah malam, Ramli masih belum pulang dan Ramlah sudah berkira-kira mahu melaporkan kehilangan Ramli pada pihak polis. Namun dihalang oleh bapanya.Ramlah sentiasa berdoa agar Ramli dalam keadaan yang selamat. Ramlah amat menyayangi Ramli melebihi segalanya bagaikan anak sendiri dan Ramli merupakan sebahagian dari hidupnya. Ramlah teringat sewaktu dia menyambut kelahiran Ramli. Ibu Ramli meninggal dunia sewaktu melahirkannya manakala kembarnya meninggal di dalam perut ibunya. Ibu Ramli meninggal dunia sebelum sempat dibawa berjumpa doctor kerana pada waktu itu kampungnya dilanda banjir dan semua jalan dinaiki air. Ramlah juga putus tunang dengan Zizan disebabkan terlalu sayangkan Ramli. Namun, Ramlah masih rindu dan kasih terhadap Zizan. Pada suatu hari, Ramlah sekeluarga pergi ke rumah Zizan dan di sana dia berjumpa semula dengan Ramli yang sudah lama menghilangkan diri. Pada saat itu, Zizan meluahkan hajatnya ingi mengahwini Ramlah kerana beliau tidak dapat bersama dengan perempuan selain Ramlah. Ibu Salim meluahkan kekecewaan kerana tidak dapat bermenantukan Ramlah kerana hajatnya ditolak oleh Salim. Ibu Salim memuji kebaikan Ramlah dan bapanya, Roslan yang tidak sombong dan sentiasa menolong keluarganya walaupun mereka adalah orang senang. Ibu Salim meminta Salim agar melupakan kekasih lamanya yang tidak jujur dan Pberhajat ingin mengusahakan tanaman jagung dan memelihara kambing bersamasama anaknya, Salim. Ramlah dan Zizan selamat diijabkabulkan dalam majlis yang cukup meriah. Ramlah berasa sangat gembira dan tidak menyangka bahawa jodohnya bersama Zizan masih ada.

25

2.2 Penambaikan Cerpen :

Cerpen ini amatlah menarik, jalan ceritanya sangat kreatif dan berlainan daripada cerpen yang lain. Namun begitu, saya ingin melakukan beberapa penambahbaikan agar jalan ceritanya bertambah menarik. Penambahbaikan yang saya ingin lakukan ialah dari segi plot cerita. Selain itu, Penambahbaikan boleh dilakukan pada peringkat klimaks sewaktu Zizan ingin melamar Ramlah. Unsur saspens boleh dimasukkan pada peringkat ini untuk melahirkan kemuncak cerpen tersebut. Misalnya, sewaktu Zizan melamar Ramlah, tiba-tiba Ramli meluru ke tepi jalan dan dilanggar oleh sebuah lori. Ramli mengalami patah kaki dan terpaksa dibawa ke veterinar untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Pada waktu itu, Ramlah berasa sangat sedih kerana kejadian yang yang baru menimpa haiwan kesayangannya. Zizan mengambil peluang untuk menenankan Ramlah dan memberi semangat kepada kekasih hatinya itu. Setelah mendapatkan rawatan, tidak lama selepas itu Ramli semakin pulih dan mampu berjalan dengan baik. Ramlah dan Zizan pula melangsungkan perkahwinan mereka dengan meriahnya.

Untuk menambahkan unsur yang lebih menarik, beberapa konflik perlu diwujudkan dalam cerpen ini. Misalnya, kehadiran kekasih lama Zizan semasa persiapan perkahwinan antara Zizan dan Ramlah sedang dilaksanakan. Kehadiran kekasih lama Zizan adalah bertujuan untuk menagih kembali cinta Zizan yang telah meninggalkannya kerana cintakan Ramlah. Dalam konflik ini, Ramlah akan berasa tertekan dengan kehadiran orang ketiga dalam hubungannya walaupun sudah menghampiri hari perkahwinan antara Ramlah dan Zizan. Untuk tambah menarik, kekasih lama Zizan mula menaburkan fitnah iaitu Zizan sudah mencemarkan kehormatannya sebagai seorang wanita sewaktu mereka bergelar kekasih. Dalam konflik ini, Zizan haruslah bijak menangani konflik tersebut demi membuktikan perkara yang terjadi hanyalah fitnah semata-mata.Disebabkan tertekan dengan perkara yang terjadi dalam hubungannya dengan Zizan, Ramlah telah melarikan diri ke Sabah dan
26

membuat keputusan untuk tinggal di sana buat sementara waktu. Ramlah ingin menenangkan fikirannya dan ingi bebas daripada belenggu masalah yang dhadapinya. Zizan nekad untuk mencari Ramlah di Sabah dan membawanya pulang seterusnya melangsungkan perkahwinan mereka. Zizan meyakinkan Ramlah agar tidak

mempercayai individu-individu yang cuba memisahkan Zizan dan Ramlah. Setelah mengharungi pelbagai cabaran, akhirnya Ramlah dan Zizan disatukan dan hidup bahagia.

Saya juga ingin mengubah bahagian pengakhiran cerita iaitu Pak Cik Roslan tidak seharusnya menjual anak kambing yang dibela oleh Ramlah iaitu Ramli. Ramlah haruslah memelihara Ramli walaupun dia sudah berumah tangga. Ramlah sepatutnya membina kandang untuk Ramli dan beberapa ekor kambing lain agar Ramli mempunyai teman. Jalan cerita juga perlu dikembangkan iaitu Ramlah mempunyai cahaya mata dan keluarganya semakin besar. Begitu juga dengan Ramli, Ramli semakin meningkat dewasa dan mempunyai baka yang seiras dengan wajahnya.

Kesimpulannya, saya berharap dengan penambahan dari segi konflik dan saspen menjadikan cerpen ini lebih menarik dan tidak membosankan.

27

3.0 Refleksi Alhamdulillah dan syukur kerana tugasan kerja kursus Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemuliha ini telah dapat saya siapkan dengan jayanya. Sepanjang proses menyiapkan tugasan ini banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang saya peroleh disamping menyiapkan soalan tugasan. Semasa menyiapkan tugasan ini, berbagai proses telah saya jalani. Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan bahan rujukan yang bersesuaian dengan tugasan ini. Pada awalnya, agak sukar bagi saya untu memperolehi malumat tentang cerpen-cerpen yang menarik di pusat sumber. Ini kerana terdapat banyak cerpen yang berkaitan dengan komponen sastera di sekolah menengah. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya dan rakan-rakan tidak dibenarkan mengambil analisis cerpen kompenan sastera sekolah menengah. Saya perlu mengkaji cerpen dari segi tema, persoalan, watak, perwatakan, plot, latar dan nilai. Kali terakhir saya menganalisis cerpen adalah semasa di sekolah menengah, jadi saya harus menjalakan sedikit ulangkaji dan melakukan pembacaan bagi memahami dengan jelas aspek-aspek yang perlu dianalisis dalam cerpen. Saya amat meminati sastera dan melalui tugasan ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang struktur-struktur sesebuah prosa. Saya mengambil masa yang agak lama untuk mengulangkaji serba sedikit tentang analisis cerpen. Saya juga pergi ke pusat sumber untuk mencari bahan rujukan yang sesuai. Tidak menjadi masalah untuk mendapatkan bahan rujukan tentang komponen sastera di pusat sumber kerana terdapat banyak buku yang boleh dijadikan rujukan. Namun begitu, terdapat juga kekangan dan kesulitan sewaktu menyiapkan tugasan ini. Ini kerana saya perlu menyiapkan beberapa tugasan dalam satu masa iaitu menyiapkan laporan kajian tindakan dan menyiapkan tugasan ini. Namun, perkara tersebut tidak menghalang saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik. Saya membahagikan masa saya agar saya tidak mengalami sebarang tekanan sehingga membantutkan proses menyiapkan tugasan ini. Saya agak lambat dalam membuat penulisan kerana ingin memahami komponen-komponen yang perlu dianalisis dalam cerpen. Jika saya tidak faham, maka agak sukar kepada saya untuk saya menganalisis cerpen berdasarkan ciri-ciri yang dihendaki dalam soalan tugasan. Segala kesulitan
28

yang dihadapi berjaya saya atasi dengan baik dan menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Semasa mencari bahan dan maklumat yang sesuai, banyak ilmu yang saya perolehi seperti aspek-aspek yang penting dalam cerpen. Setiap karya mempunyai struktur tersendiri iaitu tema, plot, teknik penceritaan, sudut pandangan, perwatakan, gaya bahasan serta persoalan. Saya juga dapat mengetahui tentang ciri-ciri setiap struktur tersebut. Ini sangat penting kerana saya perlu menganalisis dua buah cerpen dan sebagai ilmu pengetahuan kepada seorang guru bahasa Melayu. Melalui kerja khursus ini juga, saya mengetahui pelbagai jenis prosa tradisional dan prosa moden. Ilmu yang diperolehi bukan sahaja boleh digunakan dalam menyiapkan tugasan ini tetapi juga boleh diaplikasikan apabila sudah bergelar seorang guru kelak. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya yang banyak membimbing dan memberikan maklumat yang berguna sewaktu sesi interaksi waktu kuliah. Beliau banyak memberikan input-input berguna dan menyampaikan

pengetahuan serta pengalaman beliau yang sudah lama bergelar pendidik. Akhir kata, saya akan menggunakan ilmu pengetahuan yang diperoleh ini dan meningkatkan lagi pemahaman tentang Seni Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan Pemulihan.

Sekian, terima kasih.

................... (NUR SYAHIRAH BINTI ABU BAKAR)

29

4.0 Bibliografi Azlinda Masri. (2001). Ulasan dan Kajian Kesusasteraan Melayu STPM : Warna Sari Sastera Melayu Moden. Selangor : Penerbitan Nadi Ilmu Sdn. Bhd. Ainul Yaqin. (2013, Oktober 1). Oh Cantik!. Majalah Remaja, 651,172-175. Cikgufizzsmart. (2009, Julai 27). Kajian Cerpen 1 : Aspek-aspek yang perlu dikaji semasa menilai cerpen. Diperolehi dari http://cikgufizsmart.blogspot.com/2009/07/aspek-aspek-yang-perlu-dikajisemasa.html Cikgu Amin. (2009, Mac 23). Aspek Kajian Sastera. Diperolehi dari http://arifbahasamelayu1.blogspot.com/2009/03/aspek-kajian-sastera.html Makieteng. (2013, September 27). Cerpen : Ramlah Mencari Ramli. Diperolehi dari http://www.penulisan2u.my/2013/09/cerpen-ramlah-mencari-ramli/ Mohd. Zaki Hj. Awang Mat. Aspek Kajian Sastera untuk Teks Komsas. Diperolehi dari http://www.bmspm.net/aspeksastera.htm#Sudut Pandanqan Nur Naemah Ibrahim. (2007). Kupasan Grafikal Kesusasteraan Melayu Sejarah dan Kritikan Sastera STPM. Selangor : Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd.

30

Lampiran

31

Anda mungkin juga menyukai