Anda di halaman 1dari 11

KARYAWAN MUDA 2012

FAKULTI TEATER, ASWARA [SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]

RINGGIT KE SYURGA
IDEA ASAL
ALLOY AZZALY
SKRIP
ALLOY AZZALY

SINOPSIS
Mengisahkan tentang kehidupan dua beranak iaitu pak Haji Berahim dan anaknya
Saiful di sebuah kampung di pinggir bandar metropolitan, Kuala Lumpur. Pak Hj.
Berahim membesarkan anaknya, Saiful dengan berniaga bakso secara bergerak
dengan gerai tolaknya. Dari merah bayi sehinggalah umurnya genap 21 tahun, dia
hanya membesar bersama kasih sayang seorang ayah.Namun langit tidak selalunya
cerah, konflik hidup mereka bermula apabila pak Hj. Berahim dijatuhkan hukuman
gantung mandatori kerana bersalah memiliki sejumlah sekilogram dadah jenis ganja.
Peristiwa ini telah mengundang pelbagai cemuhan dan cacian masyarakat (jiran /
penduduk kampong). Pelbagai cerita lama antara pak Haji Berahim dan Saiful telah
wujud. Luka lama, kenangan pahit serta harapan turut menuntut suatu pembongkaran
sebenar di sebalik kehidupan sederhana mereka dua beranak.Sehingga terlerailah satu
metafora ‘Ringgit ke Syurga’.

WATAK DAN PERWATAKAN

Pak Haji Berahim - seorang ayah yang berumur 45 tahun.Seorang yang


bertanggungjawab, beriman, penyayang dan seorang duda
beranak satu (seorang anak lelaki).Isterinya mati di tali gantung
akibat dadah sewaktu anaknya baru berusia 6 bulan.

[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 1


KARYAWAN MUDA 2012
FAKULTI TEATER, ASWARA [SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]

Saiful - seorang anak lelaki tunggal kepada Pak Hj Berahim.Sejak lahir


lagi dia tinggal bersama ayahnya.Berumur 21 tahun sewaktu
ayahnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati akibat dadah.

Mona - isteri kepada Hj Berahim yang telah dijatuhkan hukuman gantung


sampai mati, 6 bulan selepas Saiful dilahirkan.

PROLOG
PENTAS DITERANGKAN
LATAR PERHENTIAN BAS / RUMAH-RUMAH BERSEBELAHAN (JIRAN
SEKAMPUNG)
V.O JIRAN DAN ORANG KAMPUNG.

WANITA 1 : Itulah anak penjual bakso yang kena tangkap tu. Tak sangka, gelaran dah
lah Haji, sudah lanjut usia pun masih nak buat kerja tak elok.

WANITA 2 : Zaman sekarang, ada macam-macam jenis orang. Entah-entah dalam


bakso dia tu ada diletakkan benda tu. sebab itulah bila makan sekali, asyik nak makan
lagi. Lebih kurang macam ketagih lah tu!.

LELAKI 1 : hey Rashid! Kau kenal tak ayah si Saiful?Ala.. Pak Haji Berahim!

LELAKI 2 : hah! Kenapa dengan pak Haji?

LELAKI 1 : nampak macam baik, beriman, penyayang anak, siap bagi ceramah lagi kat
surau waktu malam Jumaat. Rupa-rupanya… topeng semata-mata!

SAIFUL : (marah) Hei kamu semua! Cakap biar beradap.Jangan ikut sedap mulut saja.
Ayah saya tak salah!
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 2
KARYAWAN MUDA 2012
FAKULTI TEATER, ASWARA [SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]

SEMUA JIRAN : Kalau tak salah, masakan ditangkap bersama dengan benda tu?

SAIFUL berlari meninggalkan perhentian bas.

PENTAS DIGELAPKAN.

BABAK 1
LATAR : MAHKAMAH/KANDANG PERSALAH
PENTAS DITERANGKAN
Pak Hj Berahim tenang berada di kandang pesalah.Lampu ditengah pentas malap.

HAKIM : Berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan. Maka dengan ini pihak
mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan
tuduhan terhadap Hj Berahim bin Sani disebalik keraguan yang munasabah.Maka,
dengan ini Hj Berahim bin Sani didapati bersalah sebagaimana pertuduhan
terhadapnya dan mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati di bawah
Akta 39(B) Akta Dadah Merbahaya pada 26 Februari 2012, jam 6.00 pagi di penjara
Sungai Buloh.

Hj Berahim meraut muka senyuman bermakna selepas Hakim selesai membacakan


pertuduhannya.

PENTAS DIGELAPKAN

BABAK 2
PENTAS DITERANGKAN
SAIFUL duduk melutut.Lampu menyuluh kepada SAIFUL.

[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 3


KARYAWAN MUDA 2012
FAKULTI TEATER, ASWARA [SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]

SAIFUL : Sejak kecil, ayah tidak pernah abaikan aku. Segala makan, pakai dan semua
kelengkapan cukup sempurna… tiada yang tercicir.Aku bangga dan bertuah punya
ayah sebegitu.walaupun sudah tidak ada ibu, kasih dan sayang ayah tidak pernah
berkurangan malah berlebihan. Aku tidak pernah merasa kasih sayang seorang
ibu.Bagi aku, Haji Berahim bin Sani adalah ibu dan ayah kepada diriku. Apabila aku
sudah meningkat usia remaja, aku seperti sudah mengerti kisah penghidupanku.
Perniagaan bakso milik ayah sudah cukup bagi menampung kehidupan kami
sekeluarga. Terima kasih ayah!. Namun… Setiap kali hari ulang tahunku, aku sering
bertanyakan kepada ayah, di mana ibu? kenapa ibu tidak pernah datang menjenguk
kita? Ayah membisu, biar berjuta kali aku tanyakan persoalan yang sama. Kalau ada
pun jawapannya… “saiful… ayah dah lama bercerai dengan ibu kau sewaktu kau masih
kecil lagi. Tapi percayalah! Ibu kau seorang ibu yang baik!”.Namun bagi aku ianya
hanya satu jawapan yang tak berpenghujung.

PENTAS DIGELAPKAN.

BABAK 3
LATAR : DALAM PENJARA
PENTAS DITERANGKAN

MONA : siapa kata ianya satu jawapan yang tak pasti atau tidak berpenghujung? Setiap
cerita ada penamatnya! yang hidup akan mati! Yang bercinta akan berumah
tangga! Yang sihat akan sakit! Yang selalu betul akan silap! Yang jahat akan
menjadi baik! Dan banyak lagi pehujung lain yang pasti! Cuma ianya terletak di
tangan kita. Sama ada kita mahukan ianya berkesudahan baik atau tidak. Setahu
aku, hidup aku bermula di sebuah rumah kebajikan. Aku tak tahu siapa ibu bapa
aku, asal-usul aku, saudara-mara aku! Semasa umur aku 7 tahun, aku telah
melarikan diri daripada rumah kebajikan tersebut. Dan dari situlah aku mula
mengenali kehidupan dunia luar yang penuh dengan hitam dan putihnya. 10
tahun aku hidup merempat dan mengemis di kota Kuala Lumpur ini. Orang kata
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 4
KARYAWAN MUDA 2012
FAKULTI TEATER, ASWARA [SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]

“kota ini kota kehidupan, kemewahan dan wang ringgit!”. Namun bagi aku ianya
tidak seperti sangkar duri pada mereka yang miskin dan naif seperti aku untuk
hidup dikalangan mereka yang terus kaya dengan cita-cita tamak dan rakus
mereka. Sepanjang saat itu hidup aku hanya beralaskan sisa makanan orang
mahupun sisa dari tong sampah! Tempat tidurku di mana-mana, kaki lima kedai,
hentian bas, dataran merdeka mahupun di jambatan berhampiran Bank Negara.
Sehinggalah aku bertemu dengan seorang lelaki bernama Zack. Dia membawa
dan menjaga aku dengan sebaiknya. Disediakannya rumah, kereta dan segala
bentuk kemewahan hidup ini. namun aku mengerti akan kemahuannya. Nak
dikatakan menjadi perempuan simpanannya sudah pasti tidak kerana dia belum
berkahwin. Yang aku tahu, hampir setiap hujung minggu pertama pada setiap
awal bulan aku akan diminta menghantar sebuah bagasi ke Thailand. Aku tidak
pernah bertanya pada Zack mengapa perlu aku melakukannya. Atau mungkin
kerana aku merasa begitu selesa dengan kehidupan mewah sekarang yang
menyebabkan aku mengiyakan saja. Sehinggalah pada suatu hari… aku
berjumpa dengan seorang insan yang baik dan berhati mulia. Mulanya aku sering
mengunjungi gerai baksonya. Di situlah aku sering singgah apabila baru kembali
dari Thailand. Dia seorang lelaki yang peramah, alim dan begitu kuat bekerja.
Kerana budi pekerti serta dasar keimanannya yang begitu dalam telah
menyebabkan aku didatangi suatu hidayah yang selama ini aku tinggalkan, iaitu
iman. Sehinggakan pada suatu hari tu aku berani untuk menyatakan pada Zack
yang aku akan berkahwin dengan penjual bakso itu. Dan zack telah
membenarkannya. Namun… belum sempat aku merasai sepenuhnya nikmat
kebebasan dan keinsafan itu, penentu akan penghujung kehidupan aku telah
mengambil tempat untuk mengadili segala kekhilafan masa lalu ku… dan aku
sebenarnya adalah mangsa keadaan… aku tidak bersalah!

PENTAS DIGELAPKAN.

[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 5


KARYAWAN MUDA 2012
FAKULTI TEATER, ASWARA [SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]

BABAK 4
LATAR : BALAI POLIS / TEMPAT BERJUMPA
PENTAS DITERANGKAN
Ditengah pentas terdapat sebuah meja empat segi.SAIFUL duduk di meja dengan
gelisah.Pak Haji Berahim dibawa masuk oleh dua orang pegawai polis dengan tangan
yang bergari.Pak Haji Berahim duduk bertentangan dengan SAIFUL.

SAIFUL : Ayah….

Haji Berahim tunduk.

SAIFUL : Kenapa begini jadinya ayah?

Haji Berahim diam lagi.

SAIFUL : Kenapa ayah buat semua ni? Saya sudah tidak ada siapa-siapa lagi ayah….
saya cuma ada ayah….Ayah… pandanglah saya.

Haji Berahim perlahan-lahan mengangkat muka. Riaknya Haji Berahim senyum dalam
kesedihan.

SAIFUL : Ayah sedar apa yang telah ayah lakukan? Sudah hilangkah kasih ayah pada
saya?

HAJI BERAHIM : Sebab kasihlah ayah lakukannya Saiful. Ayah buat semua ni sebab
ayah sayangkan kamu.

SAIFUL : ini bukan caranya sayang, ayah! Banyak lagi cara lain ayah nak tunjukkan
kasih sayang ayah pada saya. bukan dengan cara ni. Orang kampung! Jiran-
jiran kita! Semuanya mengata dan mencaci ayah!

[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 6


KARYAWAN MUDA 2012
FAKULTI TEATER, ASWARA [SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]

HAJI BERAHIM : kata orang, ‘ Biar mati anak jangan mati adat!’. Tapi apalah ertinya
adat andai zuriat yang akan mewarisinya akan terkorban mati! (sebak menahan
tangis) ayah hanya ada kau Saiful.

SAIFUL : tapi kenapa mesti ayah yang menanggung tanggungjawab ini!

HAJI BERAHIM : Cukup! Cukup Saiful! Ayah pernah kehilangan seorang insan yang
ayah sayangi iaitu ibu kau. Pergilah Saiful! Asal kau tahu ayah sangat
sayangkan kau! Pergilah…

SAIFUL : Ayah! … (sambil berlalu meninggalkan ayahnya bersama seorang pegawai


polis).

PENTAS DIGELAPKAN.

BABAK 5
LATAR DALAM PENJARA
PENTAS DITERANGKAN

HAJI BERAHIM :25 tahun yang lalu aku telah berjumpa dengan seorang perempuan
yang bernama Mona. Setahun kami bercinta.Dia seorang gadis yang baik,
penyayang dan begitu mengambil berat.Kehidupannya agak senang. Walaupun
aku tidak tahu akan latar belakangnya. Namun keramahan serta sikap
penyayangnya telah membuat ikatan kasih kami disatukan di alam
perkahwinan.3 tahun selepas itu kami telah dikurniakan seorang
cahayamata.Dan ianya adalah Saiful. Kami sangat gembira! Namun
kegembiraan yang diharap itu amat pendek usianya.3 bulan selepas anak aku
lahir, isteri aku telah ditangkap kerana disyaki menjadi dalang kepada sindiket
pengedaran dadah di Kuala Lumpur. Seakan tidak percaya aku cuba mencari
jawapannya di mulut Mona. Namun kata Mona, “abang! Ampunkan Mona
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 7
KARYAWAN MUDA 2012
FAKULTI TEATER, ASWARA [SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]

abang… Mona sedar yang abang pasti amat kecewa dengan tindakan Mona ini.
Namun satu yang Mona mahu abang tahu yang Mona sangat sayangkan
abang!”.Itulah kata-kata terakhir Mona sebelum dia dijatuhkan hukuman
gantung sampai mati 6 bulan kemudian. Kerana peristiwa inilah Saiful! Kerana
peristiwa ini! Sejak hari itulah setiap pertanyaan yang kau ajukan tentang ibumu
mendera hati ayah.Alasan ayah bahawa ayah dah bercerai dengan ibu kau
hanyalah satu alasan ciptaan ayah supaya kau tidak akan bersedih dengan apa
yang akan kau dengari nanti. Ayah bimbang sekiranya kau malu dilahirkan
sebagai seorang anak pengedar dadah. Ayah tidak mahu pisang berbuah dua
kali. Ayah sudah tua, kau pula masih muda. Ayah pasrah dengan apa yang
berlaku.

SAIFUL : sudah 21 tahun aku hidup tanpa kasih sayang seorang ibu.

HJ. BERAHIM : sudah 21 tahun aku menjaga Saiful untuk kau Mona.

SAIFUL : tapi aku tetap merasa seperti wujudnya sentuhan ibu.

HJ BERAHIM : namun aku seolah-olah nampak kau pada dia.

SAIFUL : detik demi detik!

HJ BERAHIM : hari demi hari!

SAIFUL : aku sentiasa berharap ibu akan hadir kerana aku amat kesiankan ayah sendiri
menyaraku.

HJ BERAHIM : aku berdoa agar Saiful tidak terbalut selendang hitammu yang pernah
membawa kedukaanku.

[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 8


KARYAWAN MUDA 2012
FAKULTI TEATER, ASWARA [SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]

SAIFUL : kerana ayah selalu mengatakan yang sifat aku amat mirip dan persis seperti
ibu!

HJ BERAHIM : kerana aku selalu mengatakan yang sifat Saiful amat mirip dan persis
seperti kau!

PENTAS DIGELAPKAN.

BABAK 6
SUATU SUDUT DI RUMAH ZACK.
PENTAS DITERANGKAN

Zack : semenjak pemergian mona untuk berkahwin dengan Haji Berahim. Aku telah
memulakan suatu dunia baru! Perniagaan baru! Kehidupan baru! Ahahaa!...
mona… aku ambil dia dari sampah! Aku bagi dia hidup, aku bagi dia wang!
Rumah! Kereta dan segala-galanya kemewahan yang semua orang lain impikan
apabila hidup di bandar metropolitan ini. kuala Lumpur! Ya! Se-Gah namanya dan
sehebat itu jugalah aku berkuasa di bandar ini sebagai seorang taikun dadah!
Hahahaha! Apa? Bagasi? Bagasi yang mona bawa tu? Apa lah bengap sangat
kau ni hah! Mestilah wang! Mona hantar wang ke Thailand dan kembalikan bagasi
itu kepada aku dengan dadah di dalamnya. Dia tak tahu! Dia hanya keldai dadah
kepadaku! Hahahaha!... argh!!!! (marah). Tapi… tapi… tapi mona telah berpaling
daripada aku… dia yang dulunya buta dengan wang dan kemewahan yang aku
berikan. Telah celik oleh seorang lelaki penjual bakso di jalan cheras. Penjual
bakso?! Hahaha! Tapi aku puas sekarang! Perempuan bodoh itu telah aku
campak ke tali gantung kerana hadiah dari aku sewaktu hari kelahiran anaknya!
Hahaha! Mampus kau betina bodoh! Hihihihi (ketawa seakan-akan menangis)
tapi… tapi hati aku belum puas! Selagi seluruh kehidupan mona tidak aku
hapuskan, selagi Haji Berahim masih hidup! Akan aku hapuskan satu persatu
keluarganya… hahaha! Sekarang giliran kau Haji Berahim! Aku nak kau rasa
[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 9
KARYAWAN MUDA 2012
FAKULTI TEATER, ASWARA [SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]

betapa sakit kehilangan orang yang kau sayang! Hahahaha! Akan aku getas daun
mudamu… hahaha!!!

PENTAS DIGELAPKAN.

BABAK 7
SUATU SUDUT DI RUMAH HJ BERAHIM.
PENTAS DITERANGKAN

SAIFUL : ayah!!!!...

Saiful tertunduk sambil ingin mencampakkan baju peninggalan ayahnya kepadanya


sewaktu di penjara tempoh hari. Kemudian Saiful terjumpa surat yang terkeluar dari
kocek baju bapanya itu dan kemudian membacanya.

MONA : Buat tatapan suami ku. Maafkan aku kerana tidak menjadi isteri dan ibu yang
baik. Saat aku menulis surat ini, aku baru sahaja selesai solat Subuh dan menanti untuk
menerima hukumanku sebentar lagi, Semoga ibadah ku pada hari-hari terakhir ku
diterima Tuhan.Maafkan aku, dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki.Halalkan
makan minum aku, abang.Aku berdosa kerana telah mengabaikan tanggungjawab
ku.Kini aku mulai sedar.Tetapi kesedaran ku pada ketika ini sudah tidak bermakna apa-
apa lagi.semuanya sudah terlambat. Aku sudah menerima hukuman ku atas apa yang
aku lakukan. Setelah aku tiada nanti, kau jagalah anak Saiful kita sebaik-baik insan dan
bajailah kehidupannya dengan kasih sayang yang melimpah ruah agar dia tidak berasa
kesepian. Aku harap kau dapat merahsiakan apayang telah berlaku padaku dari
pengetahuan anak kita. Aku tidak mahu anak ku malu mempunyai ibu seperti aku.

Haji Berahim menangis.

SAIFUL menangis dan memeluk seerat-eratnya surat yang telah dibacanya.


[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 10
KARYAWAN MUDA 2012
FAKULTI TEATER, ASWARA [SKRIP TEATER ‘RINGGIT KE SYURGA’. ]

SAIFUL : (menjerit) ayah……. Ibu …..Ya Tuhan… tolonglah ampunkan segala dosa ibu
dan bapaku… sebenarnya….

EPILOG
Malam yang suram. Saiful telah dikejar oleh tiga orang polis.Saiful berhenti di gerai
bakso bapanya dan meletakkan sesuatu di situ. Seterusnya beredar dari situ. Ketika
itu bapanya sibuk mencuci pinggan mangkuk. Pegawai polis tersebut singgah di gerai
bakso dan seperti berkata kepada sesuatu padanya. Mereka mencari sesuatu dan
menjumpai apa yang mereka cari. Bapanya kemudian telah ditangkap dan dibawa ke
balai polis.

HAJI BERAHIM : ya encik! Barang ini, saya punya encik!

PENTAS DIGELAPKAN SEIRING BUNYI DAUN PINTU BESI DITUTUP.

TAMAT.

[Type the company name] | SKRIP OLEH FARA FARIHA 11

Anda mungkin juga menyukai