Anda di halaman 1dari 3

TEORI DAN KRITIKAN SENI PERSEMBAHAN (ATE 5393)

[TEORI PSIKOANALITIK DI DALAM FILEM GADOH]

TEORI PSIKOANALITIK DI DALAM FILEM GADUH.

Perspektif yang akan disentuh disini ialah pandangan Sigmund Freud berkaitan struktur personaliti. Manakala bahan rujukan dan kajian yang dihubungkaitkan ialah filem Gadoh arahan Brenda Danker dan Namron. Sigmund Freud mengemukakan Teori Psikoanalitik yang menyentuh tentang pembentukan personaliti berdasarkan persaingan antara tiga unsur kuasa iaitu (a) keinginan memenuhi kehendak asas yang dikenali sebagai id (b) keperluan untuk akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat yang dikenali sebagai ego (c) ingin hidup dengan kod moral mengikut pandangan sendiri yang dikenali sebagai superego. Ketiga-tiga kehendak tersebut sering tidak dapat ditunaikan oleh seseorang secara serentak. Ini menyebabkan kita bertindak mengikut kehendak diri sendiri. Inilah yang berlaku kepada pelajar di sekolah di ndalam filem Gadoh. Sebagai contoh, mereka tahu ponteng sekolah adalah menyalahi peraturan sekolah serta bertentangan dengan kehendak ibu bapa mereka. Namun oleh kerana terikut dengan kawan ataupun tarikan daripada keseronokan luar seperti kedai siber yang menyediakan kemudahan internet dan permainan yang lebih menarik daripada pelajaran yang terdapat di sekolah, telah menyebabkan mereka sanggup ponteng sekolah demi memenuhi kehendak diri sendiri. Inilah unsur yang memenuhi keseronokan yang disebut sebagai id. Jika remaja tersebut dapat berfikir bahawa ponteng sekolah adalah menyalahi undang-undang sekolah, maka remaja tersebut telah mencapai tahap ego. Peringkat superego dapat dicapai apabila kod moral remaja tersebut selari dengan id dan ego lalu merealisasikannya dengan tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan juga bertentangan dengan prinsip moral diri yang tidak sanggup melakukan perkara yang salah. Jika tahap ini berjaya dicapai maka tingkah laku remaja berada di landasan yang betul dan selari dengan kehendak sekolah. Ketiga-tiga kuasa dalaman ini bertindak dalam zon yang dipanggil unconscious iaitu tidak sedar. Dalam menyelesaikan permasalahan dalam zon unconscious ini, Freud telah mengenal pasti strategi yang dipanggil defence mechanisms (mekanisma untuk mempertahankan) yang merupakan suatu usaha untuk mempertahankan sebarang tindakan yang telah dilakukan oleh individu. Defence mechanisms yang pertama ialah rationalization atau rasionalisasi. Apabila kita mula bertindak untuk melakukan sesuatu, kita telah bersedia dengan jawapan tentang mengapa kita bertindak demikian. Contoh remaja yang pertama kali ingin ponteng sekolah akan memberi alasan pada diri sendiri, tindakan ponteng tersebut tidak mengapa kerana itulah pertama kali dia ponteng dan tidak merasa rugi tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. Defence mechanisms yang kedua dipanggil repression iaitu perasaan cemburu yang perlu dipendamkan sahaja akibat kesilapan sendiri. Contohnya remaja yang selalu melakukan kesalahan disiplin, prestasinya mula merosot di dalam filem Gadoh. Dia melihat rakan lain yang berdisiplin dan rajin, lulus dengan cemerlang. Akibatnya timbul perasaan cemburu di hatinya. Perasaan cemburu tersebut terpaksa dipendamkan kerana tidak sepatut dia merasa cemburu kerana sikapnya memang bermasalah berbanding rakannya yang baik dan mengikut peraturan sekolah.

TEORI DAN KRITIKAN SENI PERSEMBAHAN (ATE 5393)

[TEORI PSIKOANALITIK DI DALAM FILEM GADOH]

Defence mechanisms seterusnya dipanggil displacement iaitu seorang pelajar merasa marah terhadap guru kerana menegur sikapnya yang tidak baik. Kesannya pelajar tersebut rasa ingin bertindak terhadap guru tersebut tetapi tahu kesan akibat daripada tindakan itu. Maka dia meluahkan perasaan marahnya terhadap rakan pelajar lain misalnya bertindak kasar terhadap mereka seperti memaki hamun dan memukul seolah-olah kita sedang melepaskan geram terhadap guru tersebut yang turut dipaparkan di dalam filem tersebut. Defence mechanisms yang disebut sebagai projection pula adalah perasaan bersalah tentang sesuatu tindakan yang telah kita lakukan, lalu kita membuat kesimpulan bahawa individu lain juga akan bertindak begitu dalam situasi yang sama seperti situasi yang kita alami. Sebagai contoh di dalam filem ini, pelajar lelaki tersebut begitu membenci golongan cina kerana beranggapan mereka menindas kaum melayu dan beranggapan bahawa semua orang melayu juga bencikan kaum cina walaupun ianya adalah bersifat Rasisme. Seterusnya adalah defence mechanisms yang dikenali sebagai reaction formation iaitu bertindak secara bertentangan dengan perasaan yang telah sebati dengan jiwanya. Contohnya seorang remaja yang mempunyai tingkah laku baik tetapi oleh kerana ingin diterima oleh ahli kumpulan di sebuah sekolah yang baru dimasuki, dia terpaksa mengikut budaya kumpulan tersebut walaupun bertentangan dengan sifat asalnya. Ini banyak berlaku kepada pelajar yang tidak ada rakan di tempat baru. Oleh kerana ingin diterima sebagai rakan, mereka sanggup berubah sikap asal, seterusnya menghancurkan diri dan masa depan. Defence mechanisms yang terakhir adalah sublimation iaitu mengarahkan perasaan yang tidak sesuai agar ditukarkan menjadi sesuatu yang bermanfaat dan diterima oleh masyarakat. Sebagai contoh, seorang remaja yang berasa terlalu marah kepada rakannya dalam kelas tetapi enggan memukul rakannya itu kerana takut dimarahi guru, telah meluahkan kemarahan tersebut dengan menyibukkan diri dengan aktiviti di padang seperti bermain bola sepak dan sebagainya. Ini merupakan defence mechanisms yang baik dan dapat membentuk tingkah laku baik kerana berjaya mengubah sikap asal yang berbentuk negatif kepada tindakan yang bersifat positif. Ini patut digalakkan dalam kalangan remaja. Dan ini telah ditunjukkan di dalam filem Gadoh iaitu pelakon yang memegang watak seorang pelajar dari kaum india.

Jelas sekali dalam memahami tingkah laku bermasalah di kalangan remaja, peranan unsur kuasa dalaman seperti id, ego dan superego yang dinyatakan oleh teori psikoanalitik secara terus berkait rapat dengan pembentukan tingkah laku bermasalah mereka. Ini ditambah lagi dengan peranan kewujudan aspek unconscious di dalam diri seseorang. Dengan mengetahui beberapa aspek dalam defence mechanisms, kita dapat menyelami fikiran remaja yang bertindak secara bermasalah kerana aspek unconscious telah mempengaruhi tingkah laku remaja tersebut. Mereka ingin mengelak daripada dikenakan tindakan disiplin ataupun dikenali sebagai remaja yang nakal dan bermasalah. Sebagai ibu bapa dan guru, aspek unconscious perlu diberi perhatian dalam menangani masalah tingkah laku remaja kerana remaja tidak dapat melihat secara signifikan, cara tindakan mereka selari dengan kehendak

TEORI DAN KRITIKAN SENI PERSEMBAHAN (ATE 5393)

[TEORI PSIKOANALITIK DI DALAM FILEM GADOH]

masyarakat ataupun sekolah. Sekiranya elemen unconscious itu bertepatan dengan tuntutan moral, ianya perlu dipupuk tetapi jika ia bertentangan maka ibu bapa dan guru perlu memperbetulkan agar ia tidak berterusan dan menjadi sebahagian daripada nilai hidup mereka.

Justeru, berdasarkan pelbagai perspektif tentang pembentukan tingkah laku bermasalah di kalangan remaja, guru-guru boleh membantu pelajar membentuk tingkah laku positif yang dapat diterima oleh masyarakat. Di sekolah, tugas guru bukan sekadar ingin memenuhi hasrat ibu bapa daripada aspek akademik semata-mata tetapi yang lebih penting adalah untuk mendidik pelajar menjadi manusia yang seimbang daripada aspek intelek,emosi, rohani dan jasmani. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ibu bapa, guru dan masyarakat perlu menggembelingkan tenaga secara berpadu agar masalah tingkah laku remaja yang masih bersekolah dapat dibentuk dan dikawal agar mereka ini membesar dalam acuan yang mementingkan kesejahteraan umum daripada memikirkan kepentingan peribadi. Berdasarkan pelbagai perspektif teori, pembentukan tingkah laku negatif kadangkala adalah tanpa kesedaran remaja itu sendiri. Persepsi mereka mungkin beranggapan nilai dan world view mereka adalah sama dengan orang di sekeliling mereka. Guru, ibu bapa dan masyarakat perlu sedar bahawa tanpa bimbingan, remaja tidak akan sedar nilai dan world view mereka kadangkala adalah bertentangan dan tidak selari dengan kehendak masyarakat. Remaja perlu dibantu untuk membaiki tingkah laku mereka kerana mereka merupakan modal insan yang perlu digilap dan diasuh agar menjadi aset yang berguna kepada negara. Masa untuk menuding jari kepada remaja atas kesalahan tingkah laku yang mereka lakukan sudah berlalu dan tidak memberi faedah kepada manamana pihak malah ia memberi implikasi kepada kita semua betapa kita tidak mempunyai ilmu dan daya untuk memulihkan keadaan. Berdasarkan justifikasi tersebut, kerajaan telah mengorak langkah dengan mengadakan pelbagai program seperti Rakan Muda, Program Latihan Khidmat Negara dan lain-lain lagi bagi mencari jalan untuk mendekati golongan remaja agar mereka dapat difahami dan dibantu. Tambahan pula Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik dan memerlukan tahap toleransi yang tinggi. Konklusinya, di bahu remajalah hasrat tersebut perlu digalas dan komponen penting yang perlu dimiliki oleh remaja adalah tingkah laku yang bersesuaian dengan sifat majmuk tersebut dan bukannya tingkah laku bermasalah.

Anda mungkin juga menyukai