Anda di halaman 1dari 7

SKK SK RANCHA-RANCHA

UJIAN BULANAN MAC 2018


PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

NAMA: _________________________________ KELAS: _____________________

A. Jawab soalan-soalan di bawah. (30%)

1 Jiran akan __________ diri kita walaupun bantuan yang dihulurkan itu kecil
sahaja.
A membuat
B menghargai
C menconteng
D menyampah

2 Membantu jiran menrupakan amalan yang __________.


A keji
B mulia
C mahal
D murah

3 Pernyataan di bawah merupakan tanda kita menghargai jiran kecuali


____________________.
A membeli buah tangan kepada mereka.
B selalu berprasangka buruk terhadap mereka.
C memberi makanan yang dimasak.
D bersikap ramah terhadap mereka.

4 Jiran yang baik ialah jiran yang __________________ akan jirannya.


A tidak suka
B membuang masa
C mengambil berat
D tidak seronok

5 Ainee mempunyai hubungan yang __________ dengan jirannya kerana dia


sentiasa mengamalkan sikap tanggungjawab terhadap jiran.
A runtuh
B renggang
C jarang
D erat
6 Kita hendaklah __________ jiran dengan cara yang berhemah jika mereka
membuat kesalahan.
A menasihati
B menjumpai
C mendekati
D melupai

7 Mengapakah kita perlu mengucapkan terima kasih kepada jiran?


A Untuk meringankan beban jiran
B Untuk menghargai sumbangan jiran
C Untuk memberi hutang kepada jiran
D Untuk menunjukkan simpati kepada jiran

8 Menghargai sumbangan jiran ialah perbuatan yang __________.


A baik
B silap
C salah
D susah

9 jiran akan berasa __________ jika kita menghargai sumbangan mereka.


A sedih
B duka
C sebak
D gembira

10 Kita perlu mengenang __________ jiran.


A jasa
B muka
C rumah
D tulisan

11 Bagaimanakah perasaan Chee Seng selepas membantu Pak Hamid menebas


rumput di halaman rumahnya?
A Chee Seng berasa terharu
B Chee Seng berasa gembira
C Chee Seng berasa sakit hati
D Chee Seng berasa kurang selesa
12 Adib menerima kad __________ semasa hari lahir daripada jirannya.
A liputan
B ucapan
C pandauan
D sentuhan

13 Penganut agama apakah yang membakar colok di hadapan rumah mereka?


A Penganut agama Tao
B Penganut agama Islam
C Penganut agama Sikh
D Penganut agama Kristian

14 Mengapakah kita perlu menghormati kepercayaan orang lain?


A Supaya timbul salah faham
B Supaya jiran berasa tidak selesa
C Supaya hubungan sesama jiran menjadi renggang
D Supaya budaya ejek-mengejek dapat dielakkan

15 Amrina sedang menunggang basikal pulang dari sekolah. Dia ternampak


jirannya, Salmi sedang berjalan kaki. Apakah tindakan yang wajar dilakukan
oleh Amrina?
A Membiarkan Salmi berjalan berseorangan
B Mengayuh basikal dengan laju dan tidak menoleh ke arah Salmi
C Memberi basikalnya kepada Salmi dan dia berjalan kaki pulang ke rumah
D Menemani Salmi dengan berjalan bersama-samanya sambil menuntun
basikal

B. Tulis “BAIK” atau “TIDAK BAIK” berdasarkan situasi di bawah. (10%)

1 Ah Kiong memberi pakaian yang sudah koyak kepada


jirannya yang terlibat dalam kebakaran.
2 Susan membantu anak-anak jirannya mengulang kaji
pelajaran.
3 Meng Choo tidak membantu jirannya semasa jirannya
hendak berpindah.
4 Hashim hanya mendiamkan diri semasa mendengar jirannya
meminta tolong kerana tergelincir di halaman rumah.
5 Mohan membantu Ahmad memilih hadiah untuk hari jadi
ibu Ahmad.
C. Isikan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang betul. (26%)

bertanggungjawab sakit membantu bertuah


lokek berkunjung muhibah mengenali

Abu berjiran dengan Su Lin. Abu ialah seorang jiran yang

(1) ___________________________. Su Lin berasa gembira kerana dapat berjiran

dengan Abu. Pernah sautu ketika dahulu semasa ibu Su Lin jatuh (2) ______________,

Abu yang baik hati itu (3) __________________ Su Lin menghantar ibunya ke hospital

walaupun hari sudah lewat malam.

Abu juga berasa (4) _____________________ kerana dapat berjiran

dengan Su Lin. Su Lin tidak pernah (5) ________________________ menghulurkan

bantuan. Su Lin sering menjenguk ibu Abu sekiranya Abu tiada di rumah. Setiap kali

tiba musim perayaan, mereka akan saling (6) ____________________ untuk

mempratikkan semangat (7) ____________________. Ahli keluarga mereka turut

mempunyai hubungan yang baik dan saling (8) ___________________ antara satu

sama lain.

menghormati tanggungjawab mempelawa berbincang rendah

1 Banyak __________________________ sesama jiran yang perlu kita laksanakan.

2 Apabila bercakap dengan jiran yang lebih berusia, kita hendaklah bercakap
dengan nada suara yang ________________.

3 Jika mempunyai masalah, kita bolehlah ___________________ dan meluahkan


perasaan kepada jiran terdekat.

4 Jika anak jiran tertinggal bas sekolah, kita sepatutnya _________________ anak
jiran menaiki kereta bersama-sama.

5 Kita perlu menyayangi dan sentiasa ______________________ jiran.


D. Padankan cara menghargai sumbangan jiran berdasarkan situasi (4%)

Wai Man tertinggal bekas


Amna perlu meminta maaf
pensel di rumahnya. Sebagai
dan membeli sekai payung
jiran, Saleha telah memberi
baharu sebagai ganti.
Wai Man penselnya.

Kiki boleh membantu Mak Cik


Ibu Danish membelikan buku Milah mencuci pinggan,
rujukan untuk Danish dan juga melipat baju dan menyapu
untuk jirannya, Simon. sampah. Sikap ini menunjukkan
Keluarga Simon agak susah. Kiki sangat menghargai
kebaikan jirannya.

Selepas pulang dari sekolah, Simon perlu belajar


Kiki akan menumpang di bersungguh-sungguh sebagai
rumah jirannya, iaitu Mak Cik tanda menghargai kebaikan
MIlah kerana ibu bapa Kiki ibu Danish.
masih bekerja.

Jiran Amna meminjamkan


sekaki payung kepada Amna, Wai Man mengucapkan terima
namun payung tersebut telah kasih atas kebaikan jirannya
hilang. Aman meminta maaf itu.
kepada jirannya.
E. Gariskan jawapan yang betul. (20%)

1 Pakaian yang paling sesuai dipakai ketika mengunjungi tempat beribadat


ialah pakaian yang ( singkat / sopan ).

2 Kita dilarang menghina kepercayaan agama lain agar kita dapat hidup
dalam suasana ( haru-biru / harmoni ).

3 Penganut agama Kristian membaca dan mempercayai isi kandungan Bible,


iaitu sebuah ( kitab suci / catatan sejarah Kristian ).

4 Ketika mengunjungi rumah ibadat kita tidak seharusnya ( membuat bising /


senyap seketika ).

5 Lee Wai Jing membakar ( colok / lampu ) ketika bersembahyang di


hadapan rumahnya.

6 Kita boleh ( membalas / menerima ) jasa baik jiran kita dengan pelbagai
cara.

7 Luangkanlah ( jam / masa ) bertegur sapa sesame jiran.

8 “Saya ( bersatu / bersyukur ) kerana mempunyai jiran yang prihatin seperti


awak sekeluarga,” kata Fatin kepada Loke Yu.

9 “Terima kasih kerana ( memberi / mengingati ) hadiah sempena hari lahir


saya,” kata Sammy.

10 Encik Zaman dan jiran-jirannya saling ( menjaga / meneliti ) rumah jika ada
antara mereka yang pulang ke kampung atau pergi bercuti.
F. Nyatakan cara anda membantu jiran berdasarkan situasi yang diberikan. (10%)

1 Jiran kamu akan berpindah dan sedang mengangkat barang-barang untuk


diletakkan di dalam sebuah lori.

Tindakan kamu: ___________________________________________________________

___________________________________________________________

2 Jiran kamu, iaitu Encik Raju sakit. Dia perlu dihantar ke hospital dengan
segera untuk mendapatkan rawatan namun anak-anaknya tiada di rumah.

Tindakan kamu: ___________________________________________________________

___________________________________________________________

3 Kamu terserempak dengan Mak Cik Minah sedang membawa bakul yang
penuh dengan sayur dan ikan.

Tindakan kamu: ___________________________________________________________

___________________________________________________________

4 Kamu melihat kucing kesayangan jiran kamu sedang merayau-rayau di tepi


jalan raya.

Tindakan kamu: ___________________________________________________________

___________________________________________________________

5 Telefon Kak Siti kehabisan kredit. Tapi dia perlu membuat panggilan telefon
kepada suaminya.

Tindakan kamu: ___________________________________________________________

___________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai