Anda di halaman 1dari 9

UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2022

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

NAMA : _______________________________________ KELAS : _______

A. Bulatkan jawapan yang paling tepat.

1. Lee Wong berbasikal pulang dari sekolah. Dia ___________ jirannya yang sedang
berjalan kaki di kawasan perumahannya. Lee Wong memang seorang jiran yang baik hati.

A. menegur
B. mentertawakan
C. memarahi

2. Orang yang baik hati akan _________ ramai.


A. dimarahi
B. disenangi
C. dicemuh

3. Kamu ternampak jiran kamu membawa barang yang banyak Ketika pulang dari pasar.
Kamu sepatutnya
A. bertanya khabar jiran
B. menegur jiran dengan mesra
C. menolong jiran membawa barang

4. Penghayatan prinsip kepercayaan kepada agama dapat membentuk jiran yang


A. sombong
B. bermuafakat
C. berpecah belah

5. Kamu diminta untuk mengadili satu perlawanan bola sepak di kawasan kejiranan kamu.
Apakah tindakan kamu?
A. Mengadili dengan adil dan tidak berat sebelah

1
B. Memberikan sepakan percuma kepada jiran baik kamu
C. Memberikan tumpuan kepada pasukan pilihan sahaja

6. Kamu hanya menyampaikan maklumat mengenai gangguan bekalan air di kawasan


kejiranan kepada jiran sebelah rumah kamu sahaja. Apakah kesan tindakan kamu itu?
A. Sikap kamu dihargai oleh jiran
B. Berlaku perselisihan faham antara jiran lain
C. Hubungan kejiranan menjadi bertambah erat

7. Bagaimanakah kamu mengamalkan sikap adil dalam kehidupan berjiran ?


A. Tidak mahu menerima teguran
B. Bersikap mementingkan diri sendiri
C. Memberi layanan yang sama rata kepada tanpa mengira bangsa

8. Saya akan bersikap __________ menolak ajakan jiran yang meminta saya ponteng
sekolah dan masuk ke pusat Internet.
A. takut
B. marah
C. berani

9. Pernyataan yang berikut adalah benar mengenai kepentingan bertoleransi, kecuali


A. menjalinkan hubungan silaturrahim yang erat
B. mewujudkan perasaan tidak puas hati sesama jiran
C. memupuk semangat kejiranan antara pelbagai kaum

10. Kamu terdengar beberapa orang jiran bercakap benda buruk tentang jiran. Kamu patut
melakukan perkara yang berikut kecuali
A. menegur dan menasihati mereka
B. memarahi dan bergaduh dengan mereka
C. meminta mereka melakukan perkara yang lebih berfaedah

2
11. Antara kepentingan bersikap jujur dalam pergaulan sesama jiran termasuklah
A. mengetahui semua rahsia jiran
B. memperoleh balasan wang ringgit
C. dihormati dan dipandang mulia

12. Pernyataan manakah yang TIDAK menunjukkan kamu mengamalkan amalan jujur
terhadap jiran?
A. Menjaga nama baik dan maruah jiran
B. Bercakap benar dan mengotakan janji terhadap jiran
C. Bersikap talam dua muka dan suka memburuk-burukkan jiran

13. Jiran kamu membenarkan kamu bermain kasut rodanya yang baharu. Kamu patut
A. bermain untuk seketika
B. bermain terlalu lama sebab seronok
C. tidak memulangkan kasut rodanya semula

14. Linggam terbawa pulang buku cerita jiran ke rumahnya. Dia sepatutnya________
A. menyimpan buku cerita tersebut
B. memulangkan buku cerita itu dan meminta maaf
C. memberi pinjam buku tersebut kepada rakan lain

15. Iris terpijak anak pokok bunga yang ditanam oleh jiran. Apakah tindakan kejujuran Iris?
A. Iris mengaku kesalahannya.
B. Iris meminta adiknya memberitahu jiran.
C. Iris mendiamkan diri kerana jiran tidak nampak perbuatannya.

16. Gopalan sentiasa mengamalkan sikap jujur terhadap jiran. Dia berasa __________.
A. sedih
B. bangga
C. sombong
3
17. Yew Yien memulangkan telefon pintar kepada jiran. Jiran memberikan RM50 untuk
membalas jasa Yew Yien. Apakah tindakannya?
A. Dia menerima wang pemberian jiran itu.
B. Dia teragak-agak untuk menerima pemberian itu.
C. Dia menolak pemberian jiran kerana ikhlas melakukannya.

18. Alisa meminjam basikal jiran. Adik Alisa ingin bermain dengan basikal itu. Alisa tidak
membenarkannya. Apakah ciri kejujuran Alisa?
A. ikhlas
B. amanah
C. bercakap benar

19. Persiapan perkahwinan anak Pak Ahmad dapat dilakukan dengan cepat dan lancer kerana
penduduk di situ mengamalkan sikap ______________.
A. bertolak-ansur
B. bergotong-royong
C. mementingkan diri

20. Kita hendaklah sentiasa __________dalam menghadapai kerenah jiran di sekeliling kita.
A. bersabar
B. bertenang
C. bergaduh

B. Fahami situasi. Kemudian padankan.

4
Kamu bertangguh membuat kerja sekolah Mengambil makanan mengikut
1.
kerana ingin menyertai majlis perasmian keperluan dan tidak mengabaikan
balai raya di kawasan kejiranan kamu. kepentingan tetamu lain

2. Jiran kamu meminta sedikit sumbangan Memulangkan buku tersebut


untu membantu kos rawatan anaknya. mengikut tarikh yang telah
Kamu pula ingin membeli alatan keperluan dijanjikan.
sekolah.

Kamu mengambil makanan terlalu banyak


3. Memetik dan mengambil buah
ketika majlis perkahwinan jiran. Tetamu
setakat yang perlu sahaja.
pula semakin ramai yang datang.

Kamu dan adik bermain buaian terlalu lama Membeli alatan keperluan
4. di taman. Anak-anak jiran yang lain pula sekolah dahulu, bakinya boleh
menunggu giliran untuk bermain. disumbangkan kepada jiran.

Jiran membenarkan kamu memetik buah Berhenti bermain dan memberi

5. rambutannya. Kamu dan rakan telah peluang kepada anak-anak jiran


memetik buah dengan banyak. bermain pula.

6. Kamu tidak memulangkan buku yang


Menyiapkan kerja sekolah dahulu
dipinjam daripada jiran lebih sebulan yang
sehingga selesai.
lalu.

C. Pilih dan tulis jawapan yang betul

5
mengambil berhemah bekerjasama sombong melibatkan
menghulurkan mengharapkan benar sederhana mengeratkan

1. Sikap ziarah-menzirahi ketika jiran sakit dapat ________________ hubungan sesama


jiran.

2. Kita wajar _____________ berat terhadap hal ehwal jiran tetangga supaya hidup sentiasa
aman dan sentosa.

3. Kita perlu ________________ diri dalam aktiviti kejiranan agar hubungan bertambah
erat.

4. Sikap _________________ dalam kalangan anggota kejiranan dapat menyelesaikan


sesuatu tugasan dengan cepat.

5. Kita wajar _____________ bantuan bagi meringankan beban jiran yang susah.

6. Kita seharusnya tidak ______________ balasan apabila membantu jiran.

7. Asyraf menegur anak jirannya dengan ____________ kerana memecahkan pasu bunga
kepunyaan ibunya.

8. Sikap sederhana dapat menghindarkan diri seseorang daripada bersikap


_______________ ketika bergaul dengan jiran.

9. Sikap suka bercakap _______________ ialah amalan terpuji dan amat disenangi oleh
jiran.

10. Kita patut makan secara _____________ semasa menikmati makan malam semasa majlis
kongsi raya anjuran kawasan kejiranan.

6
D. Tulis BETUL atau SALAH pada pernyataan yang berikut.

1. Amalan sayang-menyayangi sesama jiran dapat membentuk individu yang tidak


mementingkan diri. ( _______________ )

2. Sarah tidak berpuas hati kerana jiran-jirannya selalu mengambil berat terhadap
dirinya. ( _________________ )

3. Lee Wah meleraikan anak-anak jirannya yang sedang bergaduh kerana berebutkan
bola. ( _________________ )

4. Fakri bersikap sombong terhadap jiran-jirannya selepas menerima hadiah


kecemerlangan dalam bidang akademik. ( _________________ )

5. Kita hendaklah saling bermaafan apabila berlaku perselisihan faham sesama jiran.
( ________________ )

6. Gunakanlah panggilan seperti mak cik, pak cik, tuan, puan, atau encik semasa
bertegur sapa dengan jiran sebagai tanda kita menghormati mereka.
( ___________________ )

7. Jack membiarkan anjing peliharaannya berkeliaran di kawasan kejiranan.


( _______________ )

8. Mazlan menghulurkan sumbangan kepada Maniam kerana rumah Maniam terlibat


dalam kebakaran. ( _______________ )

9. Sikap Emily yang pilih kasih dalam mengagihkan tugasan disukai oleh jiran-jirannya.
( _________________ )

10. Kita wajar mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu daripada jiran.
( __________________ )

7
E. Fahami situasi. Tandakan ( √ ) pada tindakan yang patut dilakukan.

1. Buku sekolah anak jiran kamu musnah akibat kebakaran.Kamu patut

meminjamkan buku sekolah kepadanya.

membiarkannya tidak datang ke sekolah.

2. Hujan turun dengan tiba-tiba. Kamu ternampak kain jiran kamu masih dii ampaian. Kamu
patut

buat tidak tahu sahaja.

mengangkat kain jiran di ampaian.

3. Jiran kamu baru pulang ke rumahnya selepas beberapa hari berada di hospital. Kamu
patut

menyuruh ayah dan ibu sahaja pergi ke rumahnya atas alasan sibuk.

mengajak ayah dan ibu pergi menziarahinya dan bertanya khabar.

4. Jiran tertumpah minuman ke baju kamu pada majlis hari lahrinya. Kamu patut

mengherdik dan memarahinya kerana tidak berhati-hati.

bersabar dengan apa yang berlaku kerana mungkin jiran tidak sengaja berbuat
begitu.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :


______________________ ______________________ ______________________
(Zaiazlina Zainudin) (Lee Cheng Bei)
Guru Pendidikan Moral Tahun 4 Ketua Panitia Pendidikan Moral
8
9

Anda mungkin juga menyukai