Anda di halaman 1dari 5

A. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Emak menyuruh saya menyiram pokok bunga jiran ketika mereka


pulang ke kampung. Saya ______________________

A seronok kerana dapat membantu jiran


B marah kerana mengganggu saya menonton televisyen
C menunggu seketika.

2. Ayah saya meminta saya membeli barang keperluan harian untuk


jiran saya yang uzur. Saya _________________________

A memarahi jiran dan menyuruhnya ke kedai sendiri


B mencari alasan supaya tidak perlu ke kedai
C pergi ke kedai dan membeli barang untuk jiran yang uzur

3. Kakak meminta saya memberikan makanan kepada kucing jiran


kerana jiran pulang ke kampung. Saya ______________

A pergi dengan gembira kerana saya suka akan kucing


B rasa berat hati kerana saya takut dengan kucing
C tidak mengendahkan permintaan kakak

4. Saya memberikan laluan kepada jiran saya sudah uzur semasa


beratur mengambil makanan ketika aktiviti gotong- royong taman
perumahan saya. Saya berasa _____________ kerana dapat
membantu jiran saya.

A. dibenci B. terpinggir C. bangga

5. Saya memperlahankan radio semasa jiran bertandang ke rumah.


Saya berasa ___________ kerana jiran dapat berbual dengan emak
tanpa gangguan.
A. seronok B. sedih C. marah

6. Seorang kawan mengejek jiran yang mengalami masalah obesiti.


Saya menasihatinya agar menghormati perasaan jiran. Saya
berasa __________ kerana dapat menolong jiran.
A. bermasalah B. berguna C. berbalah

7. Sarjit memulangkan surat jirannya yang tersalah diberikan oleh


posmen. Jirannya memuji sikap jujur Sarjit. Sarjit berasa
__________.
A. sedih B. bangga C. marah

8. Mei Mei tidak menggunakan wang hasil kutipan derma daripada


jiran-jirannya. Oleh itu, jiran-jirannya memberi kepercayaan
kepadanya untuk memegang duit tabung kawasan kejiranan. Mei
Mei berasa _____________.

1
A. dihargai B. pandai C. dibenci

B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

menggeratkan harmoni yakin tanggungjawab

menjaga membantu menghargai bangga

membudayakan menghulurkan dekat

1. Kita haruslah _______________ amalan membantu sesame jiran yang


dapat meringankan beban.

2. Farid berasa _________________kerana dapat menyelamatkan anak


jirannya daripada mati lemas.

3. Cindy sekeluarga __________________ keselamatan rumah Puan


Ainon semasa jirannya itu pulang ke kampung.

4. Kita haruslah mempunyai sikap __________________ terhadap jiran.

5. Bertanggungjawab terhadap jiran akan melahirkan masyarakat


yang _____________________.

6. Sikap bertanggungjawab terhadap jiran akan melahirkan


masyarakat yang ___________________.

7. Jiran akan berasa lebih ________________terhadap kita.

8. Semua jiran __________________ bantuan semasa Puan Siti


mengadakan majlis kenduri.

9. Rajesh sekeluarga ______________ Lee Keat sekeluarga tanpa


mengharapkan balasan.

10.Kita haruslah ________________ bantuan yang diberikan oleh jiran.

2
C. Gariskan jawapan yang paling tepat.

1. Di Malaysia terdapat pelbagai ( kepercayaan/ acara ) yang


diamalkan oleh pelbagai agama.

2. Kita perlu menghormati amalan beribadat dan kepercayaan


penganut agama lain bagi mewujudkan masyarakat yang
(harmoni/ bermusuhan).

3. Sikap menghormati amalan beribadat kaum lain dapat ( menjaga/


mengguris) perasaan penganutnya.

4. Menghormati amalan beribadat pelbagai agama dapat memupuk


(perpecahan/perpaduan) kaum.

5. Semua kaum akan berkongsi ( kesedihan/ kegembiraan) apabila


hidup dalam keadaan aman.

6. Hubungan dalam masyarakat juga akan bertambah (erat/


renggang) apabila kita menghormati amalan beribadat kaum lain.

7. Jonathan (memarahi/ mengajar) anak jirannya yang lemah dalam


mata pelajaran Bahasa Inggeris.

8. Encik Leong segera (mengangkat/ membawa) anak jirannya yang


terjatuh dari pokok itu ke hospital.

9. Mei Ling mengucapkan (tahniah/ takziah) atas kejayaan jirannya


dalam pertandingan pidato.

10.Kok Seang turut membantu jirannya yang (mengadakan/


membatalkan) majlis rumah terbuka membuat persiapan.

3
D. Tulis Ya pada sikap yang adil dan Tidak pada sikap yang tidak adil
terhadap jiran.

1. Tommy menuduh Alif mencuri kasutnya tanpa menyiasat


terlebih dahulu.

2. Zack sebagai tuan rumah tidak memberikan layanan yang


sama kepada semua jirannya semasa sambutan hari lahirnya.

3. Mei Ching memberikan tugas kepada rakan lelakinya sahaja


semasa gotong-royong di kawasan perumahannya.

4. David mengagihkan buah rambutan kepada semua jirannya.

5. Stephen membenarkan rakan yang rapat dengannya sahaja


memberikan pendapat semasa perbincangan kumpulan di
kawasan kejiranannya.

6. Tina mengucapkan terima kasih kepada semua jirannya kerana


Telah melawatnya semasa dia sakit di hospital.

7. Jayanthi memberikan bantuan kepada jiran yang pernah


Menolongnya sahaja.

8. Jiji menghadiri semua jemputan majlis yang diadakan oleh


Jirannya jika dia berkesempatan.

4
E. Nyatakan cara bertoleransi sesama jiran berdasarkan situasi berikut.

1. Ketika ingin membeli nasi lemak yang dijual dikawasan


perumahan saya, nasi lemak hanya tinggal sebungkus sahaja.
Jiran saya ingin membeli nasi lemak tersebut.
Tindakan kamu : _________________________________________________
__________________________________________________________________

2. Jiran saya ingin meminjam basikal yang baru dibeli oleh ayah
kerana tayar basikalnya pancit. Tetapi saya belum puas
menunggang basikal tersebut.
Tindakan kamu : _________________________________________________
__________________________________________________________________

3. Perasatuan penduduk taman perumahan saya mengadakan


jamuan makan malam tahunan di padang tempat saya dan kawan-
kawan bermain setiap petang.
Tindakan kamu : _________________________________________________
__________________________________________________________________

4. Saya ingin bermain bola sepak tetapi jiran meminta saya


membantunya membeli barang di kedai.
Tindakan kamu : __________________________________________________
___________________________________________________________________
_________________________________________________________________

SELAMAT MENJAWAB

Anda mungkin juga menyukai