Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A

A. Bulatkan jawapan yang betul

/10 markah]

1. Emak menyuruh saya menyiram pokok bunga jiran ketika mereka pulang ke kampung.
Saya _________________________________________
A

seronok kerana dapat membantu jiran

marah kerana mengganggu saya menonton televisyen

tidak mengendahkan suruhan ibu.

mencabut pokok bunga jiran.

2. Jojo mengaku kesalahannya mengambil buah mangga jiran di belakang rumah tanpa
meminta kebenarannya. Jojo _______________ kerana jiran tidak memarahinya.
A bangga

C sedih

B marah

D gembira

3. Saya memberikan laluan kepada jiran yang sudah uzur semasa beratur mengambil
makanan ketika aktiviti gotong-royong taman perumahan saya. Saya berasa _________
kerana dapat membantu jiran saya.
A dibenci

C bangga

B terpinggir

D kecewa

4. Berikut adalah kebaikan membantu jiran yang dalam kesusahan, kecuali _____________
A

menggembira hati jiran.

meringankan kesusahan jiran.

menjadi jiran yang sombong

disayangi jiran-jiran

6. Apakah sumbangan yang sesuai diberikan kepada jiran yang rumahnya musnah kerana
kebakaran?
A

makanan, pakaian dan wang

televisyen dan komputer

katil dan basikal

telefon

7. Mengapakah kita perlu mematuhi peraturan dan adab hidup berjiran?


A

menyusahkan hidup jiran

dapat mengambil tahu kekayaan jiran

C mewujudkan hubungan yang baik dengan jiran


D dapat mencampuri hal keluarga jiran.
8. Seorang kawan mengejek jiran yang mengalami masalah obesiti. Saya menasihatinya
agar menghormati perasaan jiran. Saya berasa ____________ kerana dapat menolong
jiran.
A

bermasalah

berbalah

berguna

bangga

9. Anak jiran saya menengking orang tua yang lalu di hadapan rumahnya. Saya
menasihatinya agar menghormati orang lebih tua dan tidak mengulangi perbuatan
tersebut. Saya berasa tindakan saya ialah satu tindakan yang _______________.
A

bertanggungjawab

berani

bodoh

bijak

10. Saya memperlahankan radio semasa jiran bertandang ke rumah. Saya berasa
______________ kerana jiran dapat berbual dengan emak tanpa gangguan.
A

seronok

marah

sedih

benci

BAHAGIAN B
A. Tulis sumbangan jiran berdasarkan petikan yang diberikan.[

/4 markah]

Ke hadapan Jenny yang diingati,


Saya menulis surat ini untuk menceritakan kemalangan yang menimpa keluarga saya. Dua
minggu lepas, rumah saya terbakar. Kami kehilangan tempat tinggal. Saya tidak dapat
melupakan peristiwa sedih itu. Tetapi, saya sangat bernasib baik kerana mempunyai jiran
yang sangat baik. Jiran saya telah membantu memadamkan kebakaran. Mereka juga
memberikan kata-kata perangsang dan sokongan moral untuk menguatkan semangat
kami sekeluarga. Jiran saya bergotong-royong membina rumah untuk kami. Tidak kurang
juga yang memberi sumbangan berupa pakaian, makanan dan wang ringgit. Jasa mereka
tidak akan saya lupakan.
Baiklah, semoga kita bertemu lagi pada warkah seterusnya.
Yang benar

Chua

1. _______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

2. _______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

3. _______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

4. _______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

B. Gariskan jawapan yang betul.

/ 8 markah]

1. Di Malaysia terdapat pelbagai (kepercayaan / acara) yang diamalkan oleh pelbagai


agama.
2. Semua kaum berkongsi (kesedihan / kegembiraan) apabila hidup dalam keadaan aman.
3. Hubungan dalam masyarakat juga akan bertambah (erat / renggang) apabila kita
menghormati amalan beribadat kaum lain.
4. Mengamalkan kehidupan beradab dalam pergaulan jiran akan melahirkan masyarakat
yang (aman / huru-hara).
5. Kehidupan kita juga akan lebih (susah / selesa) jika kita beradab dalam pergaulan
dengan jiran.
6. David murid yang (berhemah tinggi / sayangi diri) menghormati pendapat yang diberikan
oleh jirannya.
7. (Beribadat / Bersenam) adalah tanda kita bersyukur kepada Tuhan.
8. Shipau (mengeji / menghormati) Ammar yang berpuasa di bulan Ramadan.

C. Tandakan (

) pada sikap menghormati jiran dan (

menghormati jiran

) pada sikap yang tidak


[

/6 markah]

D. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

/6 markah]

dekat

mengeratkan

tanggungjawab

harmoni

puas hati

gembira

1. Bersikap adil kepada jiran akan melahirkan masyarakat yang ____________________.

2. Jiran ialah orang yang tinggal _________________ dengan rumah kita.

3. Saya berasa _____________________ kerana bersikap adil terhadap jiran.

4. Sikap bertanggungjawab terhadap jiran akan melahirkan masyarakat yang


________________.

5. Semua jiran akan berasa _________________ jika kita bersikap adil dengan mereka.

6. Sikap bertanggungjawab terhadap jiran dapat ________________ hubungan sesama


jiran.

E. Tulis Ya pada sikap yang adil dan Tidak pada sikap yang tidak adil terhadap jiran.
[

/ 6 markah ]

1. Tommy menuduh Alif mencuri kasutnya tanpa menyiasat terlebih dahulu.

2. Zack sebagai tuan rumah tidak memberikan layanan yang sama kepada
semua jirannya semasa sambutan hari lahirnya.

3. Mei Ching memberikan tugas kepada rakan lelakinya sahaja semasa


gotong-royong di kawasan perumahannya.

4. David mengagihkan buah rambutan kepada semua jirannya.

5. Stephen membenarkan rakan yang rapat dengannya sahaja memberikan


pendapat semasa perbincangan kumpulan di kawasan kejiranannya.

6. Tina mengucapkan terima kasih kepada semua jirannya kerana telah


Melawatnya semasa dia sakit di hospital

F. Jawab soalan-soalan di bawah

/ 10 markah]

1. Apakah maksud jujur?


_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
2. Apakah kepentingan bersikap jujur kepada jiran berdasarkan situasi tersebut.
(a) ____________________________________________________________________
(b) ____________________________________________________________________
(c) ____________________________________________________________________
[ 3 markah ]
3. Apakah kepentingan hormat-menghormati sesama jiran?
(a) ____________________________________________________________________
(b) ____________________________________________________________________
(c) ____________________________________________________________________
[ 3 markah ]
4. Senaraikan cara-cara menghargai sumbangan jiran.
(a) ____________________________________________________________________
(b) ____________________________________________________________________
[ 2 markah]

----------------------------------------------- SOALAN TAMAT --------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai