Anda di halaman 1dari 15

TEKNIK MENULIS

KARANGAN BAHAN
RANGSANGAN
MUDAH
KARANGAN GAMBAR
RANGSANGAN
Bahagian A
[ 30 markah ]
[Masa yang dicadangkan :
45 minit]
 
TAHUN TEMA
2007(J) Aktiviti masa lapang
2007(N) Tanggungjawab menjaga kebersihan
2008(J) Kegiatan dalam bidang pertanian
2008(N) Punca-punca pencemaran sungai
2009(J) Bantuan kepada mangsa banjir
2009(N) Aktiviti badan beruniform serta faedah-faedahnya
2010(J) Punca pencemaran udara
2010(N) Grafik penjagaan kesihatan - Cara-cara menjalani kehidupan
yang sihat
2011(J) Kepentingan pengangkutan awam
2011(N) Faedah belajar secara berkumpulan
2012(J) Faedah menggunakan perpustakaan
2012(N) Aktiviti-aktiviti Bulan Kemerdekaan di Sekolah
2013 N Memelihara dan Memulihara Bangunan Bersejarah
2014N Sukan Lasak
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada kemudahan yang disediakan untuk
golongan Orang Kelainan Upaya (OKU). Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha
untuk membantu meningkatkan taraf hidup golongan OKU. Panjangnya huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Teknik Pendahuluan - mudah
Ayat 1[AYAT RANGSANGAN]
Latar Masa Akhir-akhir ini/Pada masa ini/Belakangan
ini/Mutakhir/Mayapada/Marcapada
Tema isu berkaitan dengan.....................(sebutkan tema)
Sasaran dalam kalangan pelajar/remaja/masyarakat/belia
Prioriti saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana
malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara
kita.
Ayat 2: [AYAT ARAHAN]
JUSTIFIKASI Wacana Justeru, / Sehubungan dengan itu, /
Menyedari hakikat ini,
Saranan semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk
mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan /
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / yang bulat tidak
datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Ayat 3 : TUGASAN Persoalannya, apakah...( salin tugasan soalan)
dan berakhir dengan tanda tanya (?)
Belakangan ini, isu berkaitan dengan
Golongan Kelainan Upaya (OKU) dalam
kalangan masyarakat saban waktu diwara-
warakan dalam media arus perdana malah
sering menjadi polemik yang hangat
diperdebatkan di negara kita. Menyedari
hakikat ini, semua pihak mestilah komited dan
beriltizam untuk mendepani isu ini kerana
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk
meningkatkan taraf hidup golongan OKU?
PENULISAN ISI PERTAMA:
AYAT 1 : (Apa tema?)
Pada pandangan saya, salin tugasan ialah salin isi.
AYAT 2 : (Sebab apa?)
Hal ini demikian kerana… [who, where, why]
AYAT 3 : (Macam mana)
Sebagai contoh, [kaitkan isi dengan tema]
AYAT 4 : (Betulkah…)
Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, salin isi
merupakan salin tugasan.
PENULISAN ISI KEDUA:
AYAT 1 : (Apa tema?)
Bukan sahaja salin isi 1, salin isi 2 juga merupakan
salin tugasan
AYAT 2 : (Sebab apa?)Saya berpendapat sedemikian
kerana ... [who, where, why]
AYAT 3 : (Macam mana)
Misalnya, [kaitkan isi dengan tema]
AYAT 4 : (Betulkah…)
Memang tidak dapat dinafikan, salin tugasan ialah
salin isi 2
PENULISAN ISI KETIGA:
AYAT 1 :
Selain salin isi 1 dan salin isi 2, salin isi 3 juga
dikenal pasti sebagai salin tugasan
AYAT 2 :
Hal ini demikian kerana [who, where, why]
AYAT 3 :
Tamsilannya, [kaitkan isi dengan tema]
AYAT 4 :
Seyogia dinyatakan, salin tugasan ialah salin isi
3
KESIMPULAN:

Akhir kalam, semua pihak mestilah


berusaha untuk meningkatkan taraf hidup
Orang Kelainan Upaya (OKU) supaya wawasan
negara dapat dicapai secara optimum. Kita perlu
menggembleng tenaga untuk merealisasikannya
kerana orang tua-tua pernah berpesan kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya!
 
TEKNIK KEDUA
Tidak kuminta lahir ke dunia, Boleh mula dengan seni
kata lagu…
Tidak kuduga cacat begini.
Bukan kuminta kasih dan manja,
Bukan kurayu bantu simpati.

Demikian senandung sayu sebahagian daripada lirik lagu ‘Namun Kupunya Hati’ yang bertemakan
Orang Kelainan Upaya (OKU). Antara kategori OKU ialah orang yang kurang dari aspek penglihatan,
pendengaran, fizikal dan sebagainya. Disebabkan hal ini, OKU sukar menjalani kehidupan seperti orang yang
normal. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup golongan
OKU?
Antara usaha pertama yang dapat kita lakukan untuk
membantu meningkatkan taraf hidup OKU di negara kita
adalah dengan memberikan mereka peluang dalam
bidang kerjaya. Hal ini adalah untuk membolehkan OKU
berdikari. Sebagai contoh, memberikan mereka peluang
pekerjaan sama ada di sektor kerajaan mahupun di sektor
swasta. Antara OKU yang berjaya dan mendapat
pengiktirafan ialah Allahyarham Profesor Dato’ Ismail bin
Salleh yang buta matanya. Tegasnya, OKU perlu diberi
peluang pekerjaan supaya taraf hidup mereka dapat
ditingkatkan.
Selain itu, golongan OKU boleh dibantu dengan
memperbanyak infrastruktur atau kemudahan awam
kepada mereka. Hal ini adalah untuk memudahkan OKU
bergerak dengan selesa. Sebagai contoh, kemudahan
laluan pejalan kaki atau tempat khusus untuk meletakkan
kenderaan. Sekiranya kemudahan ini tiada, sudah tentu
golongan OKU akan mengalami kesukaran kerana
ketidakupayaan mereka dari segi fizikal jika menggunakan
kemudahan awam yang sama seperti orang yang sempurna
sifat fizikaInya. Sudah terang lagi bersuluh, pelbagai
kemudahan perlu disediakan untuk meningkatkan taraf
hidup mereka.
Seterusnya, kerajaan perlu menyediakan peluang
pendidikan yang secukupnya kepada OKU. Hal ini
adalah untuk membolehkan mereka memiliki ilmu
pengetahuan dan kemahiran tertentu. Sebagai contoh,
menyediakan sekolah khusus dan pendidikan khas seperti
bahasa isyarat kepada golongan OKU. Secara tidak
langsung, golongan OKU juga diberikan peluang
pendidikan yang sama rata dengan orang yang sempurna
sifatnya. Jelaslah bahawa golongan OKU juga perlu
disediakan kemudahan pendidikan untuk mereka
mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
Kesimpulannya, semua anggota masyarakat perlulah
berganding bahu dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai
anggota masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan OKU.
Seharusnya nasib mereka dibela kerana bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Marilah kita
mengatur langkah sederap, seia sekata agar taraf hidup OKU
lebih terjamin dan merealisasikan slogan 1Malaysia, Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
28
markah
[ 345 patah perkataan]

Anda mungkin juga menyukai