Anda di halaman 1dari 8

SAJAK KIJANG

YANG LELAH
KIJANG YANG LELAH
Bimbang tersadung akar dan jerat
Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba Meski dalam peribadi yang keruh
Diredah belantara yang mula teduh
Dia tidak lagi mampu menobat takhta Nun jauh di batas nuraninya
Mengorak telapak di tanah menghijau. Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
terus mengorak penuh berhemah
Saat itu dengan akal dan hati
Sebak menyentap dahan kalbu dia tidak lagi gundah
Dedaun resah mula berguguran menyusun gerak dan langkah
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarnya menguncup di perdu harap
Hari ini
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.
MAKSUD SAJAK

• Rangkap 1
Kehidupan kijang tua yang berasakan dirinya tidak lagi diperlukan seperti zaman mudanya yang gagah dan berkuasa..
• Rangkap 2
Pada masa itu, sang kijang berasa sedih dan risau. Sang kijang yang uzur masih mempunyai harapan untuk menjadi
ketua kembali
• Rangkap 3
Kini, sang kijang berusaha menjadi ketua walaupun lelah dan tidak berdaya sementara mempunyai kesempatan pada
sisa-sisa usianya.
• Rangkap 4
Sang kijang berjalan berhati-hati bagi mengelakkan dirinya terkena jerat dan tersandung akar. Sang kijang tetap
meneruskan perjalanannya ke dalam hutan walaupun kudratnya lemah. Sang kijang berazam akan meneruskan perjalanan
walau terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran. Setiap cabaran yang dihadapinya akan diselesaikan dengan
fikiran dan akal yang waras
TEMA

Kesukaran hidup seekor kijang tua yang


berazam untuk meneruskan
kehidupannya.
PERSOALAN
Ketabahan hidup dalam meneruskan kehidupan
Sikap berhati-hati dalam melakukan tindakan
Kewarasan berfikir dalam menempuhi cabaran dan rintangan
Keupayaan yang lemah bukan penghalang mencapai sesuatu yang
diinginkan
GAYA BAHASA
Metafora:
Sebak menyentap dahan kalbu
Personifikasi:
Daun Resah mula berguguran
Responsi (perulangan perkataan di tengah baris):
Suara nyaringnya tidak gah bergema
Dia tidak lagi mampu menobat betakhta
Asonansi(e):
Diredah belantara yang mula teduh
Aliterasi (k):
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki (perulangan konsonan k)
NILAI
o Ketabahan
o Berhati-hati/ Berwaspada
o Berhamah tinggi
o Bersemangat tinggi
PENGAJARAN

Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.


Kita hendaklah berhati-hati dalam melakukan sesuatu
perkara.
Kita hendaklah menggunakan akal yang waras ketika
membuat keputusan.
Kita hendaklah bersemangat tinggi untuk mengubah
kehidupan yang lebih baik.

Anda mungkin juga menyukai