Anda di halaman 1dari 8

Kijang yang Lelah

Disediakan oleh:
❏ Fadhlin Jamila Khayrin
❏ Zafreen Arissa Rizwana
❏ Hannah Suraiya
Kijang yang Lelah

Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema


Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau.
Bimbang tersadung akar dan jerat
Saat itu Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Meski dalam peribadi yang keruh
Sebak menyentap dahan kalbu
Diredah belantara yang mula teduh
Dedaun resah mula berguguran Nun jauh di atas nuraninya
Pepohon batin akhirnya tumbang Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
Akarnya menguncup di perdu harap. Terus mengorak penuh berhemah
Dengan akal dan hati
Hari ini Dia tidak lagi gundah
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki Menyusun gerak dan langkah.
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.
MAKSUD RANGKAP
Rangkap 3
Rangkap 1
Namun begitu , kijang tua berusaha untuk
Kijang tua tidak berdaya lagi untuk bersuara
menggagahkan dirinya bagi menghabiskan
nyaring dan berlari pantas di tengah rimba
sisa hidupnya meskipun kijang berasa lemah
serta tidak mampu bermaharajalela lagi .
setiap masa .

Rangkap 4

Rangkap 2 Kijang tua berjalan dengan berjati-hati


kerana bimbang dirinya rebah . Walau
Kijang tua kian sedih dan resah kerana bagaimanapun , kijang tetap meneruskan
kekuatan dirinya kian berkurangan . kehidupannya di belantara dalam keadaan
lemah jiwa dan fizikal . Kijang bertekad untuk
meneruskan kehidupannya dengan cekal
tanpa sebarang kebimbangan .
Tema
Menggambarkan keperitan hidup seekor kijang tua.

Persoalan
1. Persoalan tentang kekuatan semangat.
= Dalam keadaan yang lemah itu, hanya semangat yang mampu memberikan kekuatan. Dengan
oomenguatkan semangat dan akal, kijang tua dapat berjalan namun pada kali ini, dia lebih berhemah
oodan berhati-hati.
2. Persoalan tentang perasaan warga tua.
= Warga tua sering berasa sedih, kesepian dan hilang keyakinan diri.
3. Kewarasan berfikir dalam menempuhi cabaran dan rintangan.
= Kekuatan fizikal dan mental amat penting untuk meneruskan hidup yang penuh cabaran.
4. Persoalan tentang Keupayaan yang lemah bukan penghalang mencapai sesuatu yang
diinginkan.
= Meskipun sudah tua, tetapi kijang tersebut terus gagah meredah hutan itu.
5. Persoalan tentang ketabahan hidup
= Ketabahan hidup dalam menghadapi masa tua
Bentuk Sajak

1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap


2. Rangkap pertama mengandungi empat baris, rangkap kedua dan ketiga mengandungi lima
baris dan rangkap keempat mengandungi sepuluh baris
3. Setiap rangkap sajak terdiri dua hingga tujuh patah perkataan sebaris
4. Bilangan suku kata setiap baris sajak ini adalah empat hingga 17 suku kata
5. Bentuk sajak adalah bebas
Gaya bahasa

● Metafora (maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan
yang berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan)
○ Dahan kalbu
○ Dedaun resah
○ Pepohon batin

● Personafikasi(perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada benda tidak


bernyawa atau sesuatu yang abstrak, contohnya emosi, hasrat, perasaan dan
pertuturan)
○ Menghambat waktu yang bersisa
● Hiperbola
○ Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema

● Asonansi
○ Terus mengorak penuh berhemah (perulangan vokal e)

● Aliterasi
○ Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki (perulangan konsonan k)
Nilai
1. Berdikari
=Kijang tua berdikari dalam meneruskan hidupnya di hutan.
2. Keberanian
=Kijang tua berani menghadapi usia tua dan cabaran yang bakal dilaluimya dalam
meneruskan hidupnya di hutan.
3. Rasional
=Kijang tua mampu berfikiran logik dan terbuka bahawa kudratnya semakin lemah, sesuai
dengan pertambahan usianya.
4. Ketabahan
= kijang tua tabah dalam menghadapi hari tua.
5. Hemah tinggi
= kijang tua menggunakan kewarasan akal fikiran setiap tindakan yang akan dilakukannya.
Pengajaran
● Kita mestilah tabah dalam menghadapi dugaan hidup ketika menghadapi
hari tua.
● Kita haruslah berusaha untuk mengubah kehidupan agar diri kita menjadi
lebih baik
● Kita hendaklah bertekad ketika melakukan sesuatu perkara agar diri kita
menjadi lebih baik
● Kita disarankan untuk mengamalkan sikap berhati-hati dalam melakukan
sesuatu perkara
● Kita perlulah menggunakan kewarasan akal fikiran dalam membuat
sebarang tindakan
● Kita mestilah reda terhadap ketentuan takdir dan menerimanya dengan
hati yang terbuka

Anda mungkin juga menyukai